SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
JOM URUSKAN KEWANGAN ANDA
Norazah binti Abdullah
&
Mohd Fahmi Bin Ab Rahman
Kolej Komuniti Jempol
“Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit”
Saya yakin 100%, semua orang setuju dengan petikan kata-kata di atas. Di zaman teknologi
yang serba pantas ini, duit merupakan salah satu benda terpenting dalam kehidupan
seseorang manusia. Sehinggakan setiap perkara, setiap detik, setiap saat adalah duit.
Tanpa duit manusia tidak boleh berbuat apa-apa. Sehinggakan hendak masuk tandas awam
sekalipun anda perlu bayar RM0.20.
Percaya atau tidak, ketiadaan atau kekurangan sumber kewangan merupakan salah satu
punca berlakunya jenayah. Kejadian mencuri, meragut, memecah masuk rumah, merompak
bank merupakan antara jenayah yang disebabkan oleh kekurangan duit.
Adakah anda menghadapi masalah kewangan? Ataupun anda tidak pasti sama ada
jawapannya ya atau tidak. Awas! Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut, maka anda
sedang mengalami masalah kewangan.
1. Apabila anda berbelanja melebihi pendapatan anda.
2. Apabila anda tidak mempunyai simpanan.
3. Hutang anda melebihi 50% daripada gaji anda
4. Anda hanya mampu bayar nilai minimum bil kad kredit
Oleh itu, perancangan kewangan adalah amat penting sama ada bagi mereka yang makan
gaji atau bekerja sendiri.
a. Rancang pelan kewangan anda.
Setiap bulan anda perlu rancang kewangan anda. Anda perlu membezakan antara
keperluan dan kehendak. Utamakan keperluan berbanding kehendak. Contohnya
setiap bulan anda perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pampers
dan susu. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama anda teringin untuk
membeli sebuah basikal berharga RM700 untuk dihadiahkan kepada anak anda.
Pampers dan susu adalah keperluan, manakala basikal adalah kehendak. Sekiranya
anda membeli basikal, maka budjet perbelanjaan anda akan lari. Oleh itu utamakan
keperluan membeli pampers dan susu.
b. Kaji dan audit perbelanjaan anda.
Perasan atau tidak, adakalanya kita tidak tahu ke mana duit kita habis. Harini kita
keluarkan RM300 dari ATM. Tiba-tiba esok bila kita buka dompet, duit hanya tinggal
RM 50. Yang ajaibnya kita sendiri pelik, “eh.. apa yang aku beli! Mana duit aku
pergi?”
Dalam proses merancangan kewangan, salah satu langkah penting ialah kaji dan
audit perbelanjaan anda setiap masa. Tujuannya ialah supaya di masa akan datang
anda boleh mengelakkan dari membeli perkara yang tidak berfaedah. Tulis semua
perbelanjaan anda sama ada kecil atau besar. Contohnya seperti membeli barang
dapur, makan di kedai, membeli pakaian dan lain-lain. Di hujung bulan, semak
senarai pembelian anda. Anda pasti terkejut kerana kadang-kadang ada pembelian
yang tidak penting dan tidak perlu. Oleh itu, bulan hadapan anda boleh mengelakkan
dari membuang duit membeli benda tersebut.
c. Hadkan Penggunaan Kad Kredit.
Penggunaan kad kredit ada kebaikan dan keburukkan yang tersendiri. Sekiranya
anda seorang yang berdisiplin dan pandai mengawal perbelanjaan, tidak salah anda
menggunakan kad kredit. Ini kerana kad kredit boleh membantu anda ketika anda
mengalami masalah kewangan secara tiba-tiba seperti membaiki kereta rosak, Tapi
anda harus ingat bahawa anda perlu membayar keseluruhan bil anda setiap hujung
bulan. Penggunaan kad kredit yang salah ialah apabila anda hanya membayar kadar
minimum sahaja iaitu 5% sahaja dari jumlah perbelanjaan anda. Apabila anda hanya
membayar kadar minimum, interest kad kredit akan bertambah dari setiap bulan dan
hutang anda akan bertambah. Oleh itu langkah terbaik, elakkan penggunaan kad
kredit. Latih diri untuk membuat bayaran tunai setiap kali berbelanja. Apabila anda
belajar untuk membeli secara tunai, maka anda telah menghadkan diri anda
daripada membeli belah secara boros dan melatih diri membeli barang keperluan
sahaja.
d. Simpan 10% untuk diri sendiri.
Menurut Irfan Khairi,setiap orang perlu mengamalkan konsep "Pay Yourself First !"
Apa yang dimaksudkan dengan “pay Yorself First” ialah kita wajib mempunyai duit
simpanan setiap bulan. Kebanyakkan rakyat Malaysia hari ni, apabila dapat gaji kita
akan mendahului bayaran kereta, bayaran rumah sehinggakan tidak sempat untuk
menyimpan. Salah satu tips untuk membantu kita menyimpan secara istiqamah
setiap bulan ialah dengan membuat potongan gaji. Potong gaji anda sekurang-
kurangnya 10% dari gaji anda. Sekiranya gaji anda ialah RM3000.00, maka anda
harus potong gaji sebanyak RM300.
e. Simpan syiling anda.
Setiap kali membeli barang, kita pasti akan mendapat duit syiling. Mulai hari ini
jangan sesekali membelanjakan duit syiling anda. Setiap kali anda pulang ke rumah,
simpan duit syiling anda semuanya ke dalam tabung. Lihatlah keajaibannya nanti.
Anda pasti tidak akan sedar bahawa anda telah berjaya menyimpan duit dengan
jumlah yang banyak. Dan duit syiling inilah yang boleh membantu anda ketika anda
mengalami masalah kewangan atau ketika kecemasan. Dengan adanya simpanan
syiling ini, ia boleh mengelakkan anda daripada menggunakan simpanan tetap anda
di bank.
f. Bayar zakat dan sedekah
Dalam perancangan kewangan yang bijak, anda perlu memasukkan “bayar zakat
dan sedekah”.
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan
(ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi
maha mengetahui”
Mulai detik ini, cuba peruntukkan sekurang-kurangnya RM50 dari gaji kita setiap
bulan untuk diinfakkan ke jalan Allah. Walaupun nilai RM50 kecil tetapi yang penting
adalah istiqamah.
g. Pemberian nafkah untuk mak dan ayah.
Kadang kala kita acapkali terlupa untuk memperuntukkan sejumlah wang kepada
kedua ibubapa kita. Walaupun pemberian kepada ibubapa tidak wajib tetapi setiap
sen yang dilhulurkan kepada ibubapa, Allah akan balas dengan keberkatan. In sya
Allah semakin banyak kita memberi semakin berkat rezeki kita.
h. Hidup mengikut kemampuan diri sendiri.
Setelah anda mencuba untuk merancang kewangan anda, apa yang paling penting
ialah anda perlulah mengukur baju di badan sendiri. Iaitu hiduplah mengikut
kemampuan diri sendiri. Ada sesetengah orang gaji RM2000, tapi bayaran bulanan
kereta RM1000. Apabila anda memakai kereta, anda harus mempertimbangkan kos-
kos lain seperti kos penyelenggaran kereta, insurans, roadtax, dan lain-lain lagi.
Semakin mahal harga kereta, maka kos-kos tersebut akan semakin meningkat. Oleh
itu, sekiranya anda membuat pilihan untuk bergaya dengan memakai kereta mahal,
maka bersedialah untuk mengikat perut. Ibarat kais pagi makan pagi. Formula
terbaik untuk menguruskan kewangan dengan bijak ialah jangan berbelanja melebihi
pendapatan.
i. Elakkan berhutang.
Langkah yang paling penting dalam perancangan kewangan ialah elakkan
berhutang. Pada zaman kini, banyak bank membuat tawaran untuk membuat
pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan, penjaman perumahan dan lain-lain lagi.
Seboleh-bolehnya elakkan hutang-hutang mudah seperti membuat pinjaman
peribadi, membeli perabot, membeli perkakas rumah. Setiap manusia memang
berkeinginan untuk hidup selesa dan mewah tapi tidak salah sekiranya anda
bersabar dahulu. Contohnya anda teringin untuk membeli set sofa yang baru untuk
rumah anda. Cara yang terbaik adalah anda mengumpul duit setiap bulan kemudian
baru beli. Dengan membeli secara tunai, anda boleh mendapatkan harga dengan
lebih murah. Beli secara ansurans akan menyebabkan harga barang melambung
tinggi.
Uruskan kewangan anda

More Related Content

Similar to Uruskan kewangan anda

10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda10 isu kewangan anda
10 isu kewangan andanotaeditor
 
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluargaNota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarganotaeditor
 
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)Mohd Zulkifli Shafie
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata gandazilaoa
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanyeizornalmar
 

Similar to Uruskan kewangan anda (7)

Rahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudungRahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudung
 
10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda10 isu kewangan anda
10 isu kewangan anda
 
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluargaNota ceramah pengurusan kewangan keluarga
Nota ceramah pengurusan kewangan keluarga
 
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)
Seminar Simpan Emas Public Gold (Bahagian 2)
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaan
 
3kpersaraanawal
3kpersaraanawal3kpersaraanawal
3kpersaraanawal
 

More from Ts Norazah Abdullah

More from Ts Norazah Abdullah (8)

asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 
Tugasan 1 prinsip elektrik
Tugasan 1 prinsip elektrikTugasan 1 prinsip elektrik
Tugasan 1 prinsip elektrik
 
Kertas kerja Bengkel Penyelidikan
Kertas kerja Bengkel PenyelidikanKertas kerja Bengkel Penyelidikan
Kertas kerja Bengkel Penyelidikan
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Pemutus litar
Pemutus litarPemutus litar
Pemutus litar
 
Asas Ms Excel
Asas Ms ExcelAsas Ms Excel
Asas Ms Excel
 
Kertas Kerja CSR
Kertas Kerja CSRKertas Kerja CSR
Kertas Kerja CSR
 
Modul asas Ms power point
Modul asas Ms power pointModul asas Ms power point
Modul asas Ms power point
 

Uruskan kewangan anda

  • 1. JOM URUSKAN KEWANGAN ANDA Norazah binti Abdullah & Mohd Fahmi Bin Ab Rahman Kolej Komuniti Jempol “Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit” Saya yakin 100%, semua orang setuju dengan petikan kata-kata di atas. Di zaman teknologi yang serba pantas ini, duit merupakan salah satu benda terpenting dalam kehidupan seseorang manusia. Sehinggakan setiap perkara, setiap detik, setiap saat adalah duit. Tanpa duit manusia tidak boleh berbuat apa-apa. Sehinggakan hendak masuk tandas awam sekalipun anda perlu bayar RM0.20. Percaya atau tidak, ketiadaan atau kekurangan sumber kewangan merupakan salah satu punca berlakunya jenayah. Kejadian mencuri, meragut, memecah masuk rumah, merompak bank merupakan antara jenayah yang disebabkan oleh kekurangan duit. Adakah anda menghadapi masalah kewangan? Ataupun anda tidak pasti sama ada jawapannya ya atau tidak. Awas! Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut, maka anda sedang mengalami masalah kewangan. 1. Apabila anda berbelanja melebihi pendapatan anda. 2. Apabila anda tidak mempunyai simpanan. 3. Hutang anda melebihi 50% daripada gaji anda 4. Anda hanya mampu bayar nilai minimum bil kad kredit Oleh itu, perancangan kewangan adalah amat penting sama ada bagi mereka yang makan gaji atau bekerja sendiri. a. Rancang pelan kewangan anda. Setiap bulan anda perlu rancang kewangan anda. Anda perlu membezakan antara keperluan dan kehendak. Utamakan keperluan berbanding kehendak. Contohnya setiap bulan anda perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pampers dan susu. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama anda teringin untuk
  • 2. membeli sebuah basikal berharga RM700 untuk dihadiahkan kepada anak anda. Pampers dan susu adalah keperluan, manakala basikal adalah kehendak. Sekiranya anda membeli basikal, maka budjet perbelanjaan anda akan lari. Oleh itu utamakan keperluan membeli pampers dan susu. b. Kaji dan audit perbelanjaan anda. Perasan atau tidak, adakalanya kita tidak tahu ke mana duit kita habis. Harini kita keluarkan RM300 dari ATM. Tiba-tiba esok bila kita buka dompet, duit hanya tinggal RM 50. Yang ajaibnya kita sendiri pelik, “eh.. apa yang aku beli! Mana duit aku pergi?” Dalam proses merancangan kewangan, salah satu langkah penting ialah kaji dan audit perbelanjaan anda setiap masa. Tujuannya ialah supaya di masa akan datang anda boleh mengelakkan dari membeli perkara yang tidak berfaedah. Tulis semua perbelanjaan anda sama ada kecil atau besar. Contohnya seperti membeli barang dapur, makan di kedai, membeli pakaian dan lain-lain. Di hujung bulan, semak senarai pembelian anda. Anda pasti terkejut kerana kadang-kadang ada pembelian yang tidak penting dan tidak perlu. Oleh itu, bulan hadapan anda boleh mengelakkan dari membuang duit membeli benda tersebut. c. Hadkan Penggunaan Kad Kredit. Penggunaan kad kredit ada kebaikan dan keburukkan yang tersendiri. Sekiranya anda seorang yang berdisiplin dan pandai mengawal perbelanjaan, tidak salah anda menggunakan kad kredit. Ini kerana kad kredit boleh membantu anda ketika anda mengalami masalah kewangan secara tiba-tiba seperti membaiki kereta rosak, Tapi anda harus ingat bahawa anda perlu membayar keseluruhan bil anda setiap hujung bulan. Penggunaan kad kredit yang salah ialah apabila anda hanya membayar kadar minimum sahaja iaitu 5% sahaja dari jumlah perbelanjaan anda. Apabila anda hanya membayar kadar minimum, interest kad kredit akan bertambah dari setiap bulan dan hutang anda akan bertambah. Oleh itu langkah terbaik, elakkan penggunaan kad kredit. Latih diri untuk membuat bayaran tunai setiap kali berbelanja. Apabila anda belajar untuk membeli secara tunai, maka anda telah menghadkan diri anda daripada membeli belah secara boros dan melatih diri membeli barang keperluan sahaja.
  • 3. d. Simpan 10% untuk diri sendiri. Menurut Irfan Khairi,setiap orang perlu mengamalkan konsep "Pay Yourself First !" Apa yang dimaksudkan dengan “pay Yorself First” ialah kita wajib mempunyai duit simpanan setiap bulan. Kebanyakkan rakyat Malaysia hari ni, apabila dapat gaji kita akan mendahului bayaran kereta, bayaran rumah sehinggakan tidak sempat untuk menyimpan. Salah satu tips untuk membantu kita menyimpan secara istiqamah setiap bulan ialah dengan membuat potongan gaji. Potong gaji anda sekurang- kurangnya 10% dari gaji anda. Sekiranya gaji anda ialah RM3000.00, maka anda harus potong gaji sebanyak RM300. e. Simpan syiling anda. Setiap kali membeli barang, kita pasti akan mendapat duit syiling. Mulai hari ini jangan sesekali membelanjakan duit syiling anda. Setiap kali anda pulang ke rumah, simpan duit syiling anda semuanya ke dalam tabung. Lihatlah keajaibannya nanti. Anda pasti tidak akan sedar bahawa anda telah berjaya menyimpan duit dengan jumlah yang banyak. Dan duit syiling inilah yang boleh membantu anda ketika anda mengalami masalah kewangan atau ketika kecemasan. Dengan adanya simpanan syiling ini, ia boleh mengelakkan anda daripada menggunakan simpanan tetap anda di bank. f. Bayar zakat dan sedekah Dalam perancangan kewangan yang bijak, anda perlu memasukkan “bayar zakat dan sedekah”. Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” Mulai detik ini, cuba peruntukkan sekurang-kurangnya RM50 dari gaji kita setiap bulan untuk diinfakkan ke jalan Allah. Walaupun nilai RM50 kecil tetapi yang penting adalah istiqamah. g. Pemberian nafkah untuk mak dan ayah. Kadang kala kita acapkali terlupa untuk memperuntukkan sejumlah wang kepada kedua ibubapa kita. Walaupun pemberian kepada ibubapa tidak wajib tetapi setiap
  • 4. sen yang dilhulurkan kepada ibubapa, Allah akan balas dengan keberkatan. In sya Allah semakin banyak kita memberi semakin berkat rezeki kita. h. Hidup mengikut kemampuan diri sendiri. Setelah anda mencuba untuk merancang kewangan anda, apa yang paling penting ialah anda perlulah mengukur baju di badan sendiri. Iaitu hiduplah mengikut kemampuan diri sendiri. Ada sesetengah orang gaji RM2000, tapi bayaran bulanan kereta RM1000. Apabila anda memakai kereta, anda harus mempertimbangkan kos- kos lain seperti kos penyelenggaran kereta, insurans, roadtax, dan lain-lain lagi. Semakin mahal harga kereta, maka kos-kos tersebut akan semakin meningkat. Oleh itu, sekiranya anda membuat pilihan untuk bergaya dengan memakai kereta mahal, maka bersedialah untuk mengikat perut. Ibarat kais pagi makan pagi. Formula terbaik untuk menguruskan kewangan dengan bijak ialah jangan berbelanja melebihi pendapatan. i. Elakkan berhutang. Langkah yang paling penting dalam perancangan kewangan ialah elakkan berhutang. Pada zaman kini, banyak bank membuat tawaran untuk membuat pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan, penjaman perumahan dan lain-lain lagi. Seboleh-bolehnya elakkan hutang-hutang mudah seperti membuat pinjaman peribadi, membeli perabot, membeli perkakas rumah. Setiap manusia memang berkeinginan untuk hidup selesa dan mewah tapi tidak salah sekiranya anda bersabar dahulu. Contohnya anda teringin untuk membeli set sofa yang baru untuk rumah anda. Cara yang terbaik adalah anda mengumpul duit setiap bulan kemudian baru beli. Dengan membeli secara tunai, anda boleh mendapatkan harga dengan lebih murah. Beli secara ansurans akan menyebabkan harga barang melambung tinggi.