SlideShare a Scribd company logo
KECERGASAN FIZIKAL 
Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan 
banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian 
mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran 
motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah. 
Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan 
saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan 
ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis 
dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan 
kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal 
seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus 
dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. 
Apa dia Kecergasan Fizikal 
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang 
melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih 
mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. 
Definisi kecergasan fizikal: 
Falls (1980) 
"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan 
dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang 
individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik 
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan 
berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula 
merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang 
membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga 
daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" 
Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap 
maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik 
dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang 
seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya 
kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua 
komponen utama kecergasan iaitu : 
Komponen Kecergasan Kesihatan.
Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan 
kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot 
kelenturan serta komposisi badan 
Komponen Kercergasan Perlakuan Motor. 
Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, 
keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang 
diklasfikasikan sebagai kecergasan motor 
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 
i. Dayatahan Kardiorispitori 
Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin boleh bekerja keras 
tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa panjang. Ini disebabkan ia 
tidak dapat bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darah dan paru-parunya 
tidak efisen. Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan 
oksigen dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepam darah 
itu ke seluruh badan, maka dikatakan individu itu mempunyai 
kecergasan dan dayatahan kardiovaskular. 
Dayatahan kardiovaskular merupakan bentuk dayatahan otot khas 
tertinggi yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah dan 
paru-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran 
darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya 
dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk 
jangkamasa panjang. 
Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, kuasa 
aerobik atau dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan 
jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan 
karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan. 
Oleh itu pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi 
adalah amat penting kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kian 
bertambah sedenteri. 
Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan 
mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan 
kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah digunakan untuk 
mengetahui taraf kecergasan jantung anda. 
Sangat cergas...................... .bawah 50 denyutan seminit. 
Cergas.................................51 - 69 denyutan seminit.
Sederhana............................70 - 80 denyutan seminit. 
Tidak Cergas..................... .lebih dari 80 denyutan seminit. 
ii- Kecergasan Otot 
a) Kekuatan Otot- Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil 
kucupan otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah 
kuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau beban yang 
dikenakan keatasnya. Kekuatan otot membolehkan manusia 
mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan 
dengan senang. 
- Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi 
rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). 
- Kuasa kontraksi otot yang maksima. 
- Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yang 
dikeluarkan oleh kumpulan otot. 
b) Daya Tahan Otot- Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang 
melakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggota 
badan secara berterusan. Contohnya, pukulan badminton atau tenis 
yang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot tangan. 
- Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya 
berulang-ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-otot 
menguncup untuk satu masa. 
c) Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima 
dalam keadaan eksplosif dalam jangkamasa yang terpendek sekali. 
iii- Kelenturan Dan Kelonggaran. 
Kelembutan dan Kelenturan tubuh badan adalah satu komponen 
kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai 
dengan meregangkan otot dan sendi tertentu. 
Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhu badan 
dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinan besar 
tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus kelenturannya. 
Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot dan 
sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan 
yang licin tanpa menghadapi rintangan. Hasil pergerakan biasanya
ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon dan 
struktur sendi-sendi seseorang itu. 
Secara ringkas boleh dikatakan sebagai kemampuan sendi-sendi 
tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin.Contoh: 
Menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut. 
iv- Komposisi Lemak Badan. 
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot 
dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan 
peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan 
otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan 
akan menimbulkan masalah kegemukan. 
Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu simpton 
bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu keadaan di mana 
lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau lebih 
daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanita pula, 
apabila lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih 
daripada keseluruhan berat badannya. 
Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan daripada lelaki. Bagi 
wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah 
untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basal yang 
lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori daripada lelaki. 
Purata kadar lemak badan seseorang lelaki kira-kira 12 - 15 peratus 
sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus. 
Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab biologi, 
emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain. 
KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR 
Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan 
dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi 
setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan 
pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat 
sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit 
kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 
'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi 
menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima. 
PANCAINDERA kpd SARAF kpd OTAK kpd NEORON MOTOR
Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya: 
i- KUASA 
Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya 
adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas 
(mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan 
kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam 
jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot 
dan kepantasan kucupan otot. 
ii- KETANGKASAN 
Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan 
ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. 
Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan 
mudah. 
iii- KELAJUAN KEPANTASAN 
Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan 
pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait 
rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan 
dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. 
iv- KOORDINASI 
Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan 
tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan 
pergerakan kesemua anggota badan. 
- merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang disatukan 
bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. 
- kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan 
mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna 
sebagaimana yang dikehendaki . 
- paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu 
lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya 
memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. 
v.- MASA TINDAKBALAS 
Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam 
suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan.
vi- IMBANGAN 
Kebolehan untuk mengekalkan keseimgangan apabila pusat graviti 
seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah. 
a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika 
pusat gravitinya berada setempat. 
b)Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika 
pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan 
dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan 
diam. 
Lakukan Aktiviti Fizikal 
Aktiviti fizikal didefinisikan sebagai sebarang pergerakan anggota badan yang menggunakan 
tenaga. Aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan diri 
serta dapat mengurangkan risiko perlbagi penyakit. 
Jadikan ianya sebagai asas kesejahteraan dalam hidup. 
- meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup 
- menyumbang kepada kecergasan fizikal dan kecerdasan mental 
- membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup 
sedentari seperti: 
a) Penyakit jantung koronari 
b) Penyakit angin ahmar / Strok 
c) Darah tinggi 
d) Diabetes 
e) Kegemukan / obesiti 
f) Arthritis / penyakit sendi 
g) Osteoporosis 
Amalan makan secara sihat adalah satu 
faktor yang penting ke arah kesihatan 
sekeluarga, dan amalan ini seharusnya 
dibentuk dan dipupuk dirumah.
Justeru,sesebuah keluarga itu seharusnya 
menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan 
dengan makanan seperti perancangan menu, 
pembelian, pemilihan dan penyediaan 
makanan sebagai aktiviti sekeluarga. 
Sementara itu , waktu makan juga boleh 
digunakan untuk mendidik ahli keluarga 
tentang amalan makanan cara sihat. Di 
samping tujuan utamanya untuk 
mengeratkan hubungan kekeluargaaan.

More Related Content

What's hot

Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanPengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanDorothy Edward Neng
 
Nota sains sukan tahap i
Nota sains sukan tahap iNota sains sukan tahap i
Nota sains sukan tahap isairi72
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuranAlyias Suut
 
Teori latihan olahraga
Teori latihan olahragaTeori latihan olahraga
Teori latihan olahragaMat Wadi
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri UjianFatim Rbh
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPShaiful Izham
 
Manual tid-sekoah
Manual tid-sekoahManual tid-sekoah
Manual tid-sekoahLaw Denny
 
Prosedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubiProsedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubiHazean Erdawaty
 
Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahNik Zawawi
 
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docx
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docxTugasan Sains Sukan Tahap 2.docx
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docxJames Chiew
 
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.pptPENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.pptssuserfbb544
 
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantungkakapalapes
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularArafeh Karimi
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 

What's hot (20)

Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukanPengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidkan jasmani dan sukan
 
Nota sains sukan tahap i
Nota sains sukan tahap iNota sains sukan tahap i
Nota sains sukan tahap i
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran
14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran
 
Teori latihan olahraga
Teori latihan olahragaTeori latihan olahraga
Teori latihan olahraga
 
Olahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah RendahOlahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah Rendah
 
Bateri Ujian
Bateri UjianBateri Ujian
Bateri Ujian
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
 
Manual tid-sekoah
Manual tid-sekoahManual tid-sekoah
Manual tid-sekoah
 
Prosedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubiProsedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubi
 
Komposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badanKomposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badan
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolah
 
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docx
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docxTugasan Sains Sukan Tahap 2.docx
Tugasan Sains Sukan Tahap 2.docx
 
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.pptPENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
 
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran JantungSistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung - 5.1 Keluaran Jantung
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 

Viewers also liked

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...Rafiza Diy
 
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur Rochmah
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur RochmahBuku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur Rochmah
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur RochmahRian Maulana
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalLim Phaiknee
 
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan Nadzirah Hanis
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Presley Marcel
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiPresley Marcel
 

Viewers also liked (7)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
 
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur Rochmah
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur RochmahBuku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur Rochmah
Buku Biologi SMA Kelas XI [BSE] 2009 – Siti Nur Rochmah
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan
Kempen Kesedaran Kanser (3K) di Kg Gadong, Negeri Sembilan
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
 

Similar to Kecergasan fizikal

Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatCeramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatSafiah Sulaiman
 
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxKondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxSyahrizalMohammad1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalhery spyro
 
Kebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniKebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniNur Huda
 
0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmaniIwan Saputra
 
Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)anesa chin
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxbagusotnaimar
 
Nota kecergasan fizikal form 4
Nota kecergasan fizikal form 4Nota kecergasan fizikal form 4
Nota kecergasan fizikal form 4Roslinawati Arafee
 
PENGENALAN KECERGASAN.ppt
PENGENALAN KECERGASAN.pptPENGENALAN KECERGASAN.ppt
PENGENALAN KECERGASAN.pptssuserfbb544
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literaturAzan Hamin
 
kebubagaran jasmani.pptx
kebubagaran jasmani.pptxkebubagaran jasmani.pptx
kebubagaran jasmani.pptxdavidsagita2
 
Kelas1 semester1
Kelas1 semester1Kelas1 semester1
Kelas1 semester1arman11111
 

Similar to Kecergasan fizikal (20)

Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatCeramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
 
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptxKondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
Kondisi-Fisik-dan-Program-Latihan-3 (1).pptx
 
Tugas penjass
Tugas penjassTugas penjass
Tugas penjass
 
Smk hj
Smk hjSmk hj
Smk hj
 
Smk
SmkSmk
Smk
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Kebugaran jasmani
Kebugaran jasmaniKebugaran jasmani
Kebugaran jasmani
 
Kebutuhan aktivitas
Kebutuhan aktivitasKebutuhan aktivitas
Kebutuhan aktivitas
 
0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani0.1 materi kebugaran jasmani
0.1 materi kebugaran jasmani
 
Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
 
Nota kecergasan fizikal form 4
Nota kecergasan fizikal form 4Nota kecergasan fizikal form 4
Nota kecergasan fizikal form 4
 
Mtr penjas x
Mtr penjas xMtr penjas x
Mtr penjas x
 
PENGENALAN KECERGASAN.ppt
PENGENALAN KECERGASAN.pptPENGENALAN KECERGASAN.ppt
PENGENALAN KECERGASAN.ppt
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
kebubagaran jasmani.pptx
kebubagaran jasmani.pptxkebubagaran jasmani.pptx
kebubagaran jasmani.pptx
 
Kelas1 semester1
Kelas1 semester1Kelas1 semester1
Kelas1 semester1
 

Kecergasan fizikal

  • 1. KECERGASAN FIZIKAL Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. Apa dia Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980) "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu : Komponen Kecergasan Kesihatan.
  • 2. Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan Komponen Kercergasan Perlakuan Motor. Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan i. Dayatahan Kardiorispitori Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin boleh bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darah dan paru-parunya tidak efisen. Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan oksigen dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepam darah itu ke seluruh badan, maka dikatakan individu itu mempunyai kecergasan dan dayatahan kardiovaskular. Dayatahan kardiovaskular merupakan bentuk dayatahan otot khas tertinggi yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang. Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan. Oleh itu pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi adalah amat penting kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kian bertambah sedenteri. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan jantung anda. Sangat cergas...................... .bawah 50 denyutan seminit. Cergas.................................51 - 69 denyutan seminit.
  • 3. Sederhana............................70 - 80 denyutan seminit. Tidak Cergas..................... .lebih dari 80 denyutan seminit. ii- Kecergasan Otot a) Kekuatan Otot- Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah kuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau beban yang dikenakan keatasnya. Kekuatan otot membolehkan manusia mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan dengan senang. - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). - Kuasa kontraksi otot yang maksima. - Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan otot. b) Daya Tahan Otot- Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang melakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggota badan secara berterusan. Contohnya, pukulan badminton atau tenis yang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot tangan. - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa. c) Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam jangkamasa yang terpendek sekali. iii- Kelenturan Dan Kelonggaran. Kelembutan dan Kelenturan tubuh badan adalah satu komponen kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai dengan meregangkan otot dan sendi tertentu. Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinan besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus kelenturannya. Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan yang licin tanpa menghadapi rintangan. Hasil pergerakan biasanya
  • 4. ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu. Secara ringkas boleh dikatakan sebagai kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin.Contoh: Menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut. iv- Komposisi Lemak Badan. Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan. Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basal yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak badan seseorang lelaki kira-kira 12 - 15 peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus. Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain. KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima. PANCAINDERA kpd SARAF kpd OTAK kpd NEORON MOTOR
  • 5. Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya: i- KUASA Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot. ii- KETANGKASAN Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah. iii- KELAJUAN KEPANTASAN Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. iv- KOORDINASI Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. - merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. - kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki . - paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. v.- MASA TINDAKBALAS Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan.
  • 6. vi- IMBANGAN Kebolehan untuk mengekalkan keseimgangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah. a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat. b)Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam. Lakukan Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal didefinisikan sebagai sebarang pergerakan anggota badan yang menggunakan tenaga. Aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap kecergasan diri serta dapat mengurangkan risiko perlbagi penyakit. Jadikan ianya sebagai asas kesejahteraan dalam hidup. - meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup - menyumbang kepada kecergasan fizikal dan kecerdasan mental - membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti: a) Penyakit jantung koronari b) Penyakit angin ahmar / Strok c) Darah tinggi d) Diabetes e) Kegemukan / obesiti f) Arthritis / penyakit sendi g) Osteoporosis Amalan makan secara sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga, dan amalan ini seharusnya dibentuk dan dipupuk dirumah.
  • 7. Justeru,sesebuah keluarga itu seharusnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti perancangan menu, pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti sekeluarga. Sementara itu , waktu makan juga boleh digunakan untuk mendidik ahli keluarga tentang amalan makanan cara sihat. Di samping tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaaan.