tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
KATA GANTI DIRI
1. Kata Ganti nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yangdigunakan untuk menggantikan diri orangyangbercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua,iaitu yangberbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorangyang baru dikenal atau dalam
suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri padazaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyatapabilabercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabilabertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orangyangberkata serta temannya apabila bercakap
dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orangkedua
Ganti nama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
Tunggal beta, patik,aku, saya
Jamak kita,kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda,engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orangkedua apabilatidak berhadapan
dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orangkedua yang rapathubungannya
dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orangkedua yang rapathubungannya
dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orangyang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orangkedua yang rapathubungannya
dengan kita
Contoh ayatyang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yangbaik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiramsekejap lagi.
2. Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orangketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau,baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia,dia,beliau,baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orangyang kita hormati, misalnya
ibu bapa,guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orangyang umum seperti orangbiasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orangyang bilangannya lebih daripadaseorang
Contoh ayatyang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedangbertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan,…….akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini.berpeluangmemenangi pelbagai hadiah yanglumayan,"kata pengacara itu.
9 Wakil rakyatakan merasmikan mesyuaratitu 2 jamlagi.
10 " tunggu di sini.Biar kusiasatperkara itu dahulu,"kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orangyang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orangyang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orangyang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka