Ilmu Dalalah merupakan ilmu yang mempelajari tentang arti perkembangan seiring dengan bahasa, itu adalah bentuk koneksi kehidupan masyarakat, maka perkembangan gaya hidup juga akan mempengaruhi perkembangan bahasa. Ilmu Dalalah sudah cukup tua karena membahas bentuk-bentuk makna telah didiskusikan sejak zaman Aristoteles. Ilmu Dalalah tercapai didirikan di era modern, dimulai pada abad ke-19.
Sebagai media komunikasi, bahasa terus berkembang seiring dengan perkembangan pemikiran pengguna bahasa. Seiring berkembangnya pemikiran linguistik, demikian pula penggunaan kata dan kalimat. Perkembangan ini dapat berupa penambahan atau pengurangan karena ketika kata dan kalimat berubah, artinya secara otomatis berubah. Semantik (selanjutnya disebut dalalah) tidak hanya muncul sebagai cabang disiplin ilmu, tetapi juga mengalami perkembangan dan proses yang panjang, yang semula hanya makna sebuah kata, kemudian menjadi penelitian para ulama dan ilmuwan hingga akhirnya menjadi sub disiplin ilmu.
Ilmu Dalalah merupakan ilmu yang mempelajari tentang arti perkembangan seiring dengan bahasa, itu adalah bentuk koneksi kehidupan masyarakat, maka perkembangan gaya hidup juga akan mempengaruhi perkembangan bahasa. Ilmu Dalalah sudah cukup tua karena membahas bentuk-bentuk makna telah didiskusikan sejak zaman Aristoteles. Ilmu Dalalah tercapai didirikan di era modern, dimulai pada abad ke-19.
Sebagai media komunikasi, bahasa terus berkembang seiring dengan perkembangan pemikiran pengguna bahasa. Seiring berkembangnya pemikiran linguistik, demikian pula penggunaan kata dan kalimat. Perkembangan ini dapat berupa penambahan atau pengurangan karena ketika kata dan kalimat berubah, artinya secara otomatis berubah. Semantik (selanjutnya disebut dalalah) tidak hanya muncul sebagai cabang disiplin ilmu, tetapi juga mengalami perkembangan dan proses yang panjang, yang semula hanya makna sebuah kata, kemudian menjadi penelitian para ulama dan ilmuwan hingga akhirnya menjadi sub disiplin ilmu.
SlideShare now has a player specifically designed for infographics. Upload your infographics now and see them take off! Need advice on creating infographics? This presentation includes tips for producing stand-out infographics. Read more about the new SlideShare infographics player here: http://wp.me/p24NNG-2ay
This infographic was designed by Column Five: http://columnfivemedia.com/
No need to wonder how the best on SlideShare do it. The Masters of SlideShare provides storytelling, design, customization and promotion tips from 13 experts of the form. Learn what it takes to master this type of content marketing yourself.
10 Ways to Win at SlideShare SEO & Presentation OptimizationOneupweb
Thank you, SlideShare, for teaching us that PowerPoint presentations don't have to be a total bore. But in order to tap SlideShare's 60 million global users, you must optimize. Here are 10 quick tips to make your next presentation highly engaging, shareable and well worth the effort.
For more content marketing tips: http://www.oneupweb.com/blog/
Are you new to SlideShare? Are you looking to fine tune your channel plan? Are you using SlideShare but are looking for ways to enhance what you're doing? How can you use SlideShare for content marketing tactics such as lead generation, calls-to-action to other pieces of your content, or thought leadership? Read more from the CMI team in their latest SlideShare presentation on SlideShare.
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksSlideShare
Turbocharge your online presence with SlideShare. We provide the best tips and tricks for succeeding on SlideShare. Get ideas for what to upload, tips for designing your deck and more.
Makalah Tafsir, Ta'wil dan Tarjamah (Ulumul Qur'an 1)Khusnul Kotimah
Makalah yang berisi penjelasan tentang tafsir, ta'wil dan tarjamah guna memenuhi tugas ULUMUL QUR"AN 1. kunjungi bog saya di khusnulsawo.blogspot.com \(^o^)/ yaa..??
terima kasih
1. SLQ 3332
USUL FIQH II
TAJUK :
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM AL-
MUSYTARAK
DISEDIAKAN OLEH:
SARIBANUN BINTI NGARIB (540118-10-5404)
FARIDAH BINTI IBRAHIM (611203-04-5296)
SUZANA BINTI HASHIM (670425-08-6210)
ROSNAH BINTI MOHD ALI (720129-10-6224)
PENSYARAH:
USTAZ SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM)
3. PRAKATA
Bismillahirrohmanirrohim
Alhamdulillah kami bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia
dan hidayah-Nya, kami dapat menyiapkan penulisan kertas kerja yang diamanahkan
kepada kami bertajuk “Kaedah Pengambilan Hukum al-Musytarak”.
Terima kasih kami rakamkan kepada semua pihak, terutamanya Ustaz Sayed
Mahussain bin Sayed Ahmad yang telah memberi tunjuk ajar serta pandangan juga
bimbingan semasa kami menyiapkan tugasan ini.Semoga Allah membalas baik semua.
yang terlibat.
Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan hasil penulisan yang
terbaik, namun hanya inilah sahaja yang mampu kami laksanakan. Sesungguhnya segala
kelemahan dan kekurangan adalah datangnya dari kami dan segala kebaikan dan
kelebihan itu datangnya dari Allah jua.Diharapkan sedikit sebanyak hasil penulisan ini
akan dapat membantu dan boleh menjadi rujukan mereka yang berkenaan.
Kami berharap semua pihak dapat memberi teguran yang membina dan sokongan
di atas segala kekurangan dalam penulisan ini.Semoga usaha ini mendapat keberkatan
dan menjadi amal ibadah yang diredhai Allah.
Wallahu ‘Alam Bisawab.Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
4. Kaedah pengambilan hukum al-musytarak
1.0 Pendahuluan.
Yang dimaksudkan dengan kaedah pengambilan hukum ialah kaedah hukum
pada dalil-dalil syarak.Memandangkan bahawa sumber hukum syarak yang asasi iaitu
al-Quran dan al-Sunnah adalah dalam bahasa Arab maka sudah tentu tidak dapat untuk
memahami maknanya secara yang betul dan membuat kesimpulan hukum-hukum
daripadanya, kecuali dengan memahami makna bagi lafaznya di segi khusus, umum
dan sebutannya.
2.0 Pengertian Musytarak
Musytarak menurut bahasa berrti sesuatu yang dipersekutukan.Manakala menurut
istilah ialah
اللفظ الذي تعدد معناه ووضعه
Maksudnya:
“Satu lafaz yang berbilang makna dan hantaran atau peruntukannya”.
Huraian:
Al-musytarak atau al-musytarak al-lafzi ialah satu lafaz yang mengandungi dua
makna atau lebih dengan beberapa peruntukan yang mana bilangannya adalah sama
dengan bilangan maknanya seperti lafaz (quru’) yang bermakna suci atau haid.Lafaz
(al-’Ainu) yang bermakna mata, mata air, perisik rahsia, emas atau matahari.Lafaz (jaun)
yang bermaksud putih atau hitam.
Apabila dalam nas syarak terdapat lafaz musytarak, sementara kemusytarakannya
itu terdapat pada erti bahasa dan erti istilah syarak, maka lafaz itu harus dibawa kepada
makna syari’i dan jika kemusytarakannya itu pada dua erti atau lebih dari erti-erti bahasa
dengan dalil yang dapat menguatkannya.Tidaklah jika yang dimaksud lafaz musytarak itu
ada dua erti atau beberapa erti secara bersama-sama.
5. 1
3.0 Sebab-sebab timbul lafaz al-musytarak
Para ulamak telah menjelaskan sebab-sebab timbulnya lafaz musytarak, di antara
yang terpenting daripadanya adalah seperti berikut:
1. Bermacam-macam suku bangsa Arab terdiri daripada dua golongan, iaitu
golongan Adnan dan golongan Qathan.Masing-masing golongan ini terdiri
daipada suku yang bermacam-macam dan yang berbeza-beza tempat
lingkungannya.Kadang-kadang satu suku memberi nama untuk sesuatu
pengertian, kemudian suku yang lain menggunakan nama tersebut untuk sesuatu
pengertian lain yang tidak dimaksudkan oleh suku yang pertama tadi.Kadang-
kadang antara kedua pengertian itu tidak ada sangkut pautnya.Tatkala bahasa
Arab diambil orang lain dan dibukukan kedua pengertian itu diambil begitu
sahaja tanpa memperhatikan hubungannya dengan suku yang menghasilkannya
semula.
2. Terkadang diletakkan satu lafaz untuk satu makna kemudian digunakan untuk
makna yang lain secara majaz, selepas itu terkenal penggunaan makna majazi
sehingga lupa bahawa ia adalah makna majazi bagi lafaz itu, maka dipindahkan
kepada kita berdasarkan kepada bahawa ia adalah diuntukkan bagi dua makna
secara hakiki.
3. Bahawa adalah satu lafaz diletakkan untuk satu makna pada bahasa, kemudian
diletakkan pada istilah untuk makna yang lain seperti lafaz “al-solah” yang mana
ia diletakkan disegi bahasa untuk makna “doa”, kemudian pada istilah syarak
untuk “ibadat yang terkenal”.
6. 2
4.0 Hukum Lafaz al-Musytarak
Apabila lafaz al-musytarak yang terdapat dalam nas syarak itu musytarak antara
beberapa erti menurut bahasa, maka wajib berijtihad untuk menentukan ertinya.Ini
kerana syar’i tidak menghendaki lafaz itu kecuali melalui salah satu ertinya.Dan
seorang mujtahid wajib mengambil dalil melalui beberapa qarinah dan tanda-tanda
serta bukti-bukti untuk menentukan ertinya.
Maka lafaz القروءyang terdapat dalam firman Allah, surah al-Baqarah: 228;
والمطلقت يترببصن بافسهن ثلثة قروء
Maksudnya:
“ dan wanita-wanita yang diceraikan hendaklah menahan diri (menunggu) selama tiga
kali quru’.
Pada pandangan setengah ulamak, isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah
menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci, atau haid
(pada pandangan yang lain).
Terdapat lafaz musytarak antara suci dan haid, dan para ulamak telah sepakat
mengatakan bahawa makna yang dikehendaki ialah salah satu daripada makna
tersebut.Tetapi mereka telah berselisih pendapat dalam menentukan makna yang
dikehendaki didalam ayat tersebut.
1. Pandangan ulamak Syafii dan sebahagian ulamak lain:
Makna yang dikehendaki ialah daripada lafaz quru’ itu ialah suci kerana adanya
qarinah yang menunjuk ke atasnya, iaitu:
3
7. Di antara tandanya ialah dita’nithkan isim ‘adad iaitu ( )ثلثةkerana ia
menunjukkan bahawa perkara yang dibilangkan itu adalah muzakkar, lafaz
muzakkar di sini ialah ( الطهرsuci ) الحيض tidak ( haid.)
2. Pandangan ulamak Hanafi dan sebahagian yang lain:
Makna yang dikehendaki daripada lafaz quru’ itu ialah haid kerana adanya
qarinah yang menunjuk ke atasnya, iaitu:
Lafaz ثلثةadalah khas, maka ia menunjukkan secara qat’ii kepada masa
ber’iddah ialah tiga kali quru’ tidak lebih dan tidak kurang, dan ini tidak
terlaksana kecuali apabila adalah makna yang dikehendaki daripada lafaz quru’
itu ialah haid tidak suci.
Maka jika tidak ada qarinah yang menunjuk kepada salah satu daripada makna-
maknanya,seorang mujtahid wajib dapat menghilangkan kemungkinan lafaz-lafaz itu dan
menegaskan pengertian masing-masing jika muncul di dalam nas syarak.
Terkadang lafaz al-musytarak itu berupa isim (benda), atau fi’il (kata kerja),
seperti bentuk amar (perintah) yang bererti wajib atau sunat, atau berupa huruf seperti
wau ( و ) untuk ‘thaf dan untuk hal.Jika lafaz musytarak dalam nas syarak
dimusytarakkan antara erti bahasa dan erti istilah syarak maka yang dimaksud dengannya
haruslah erti istilah syaraknya.Lafaz الصلةmenurut bahasa bererti doa, sedangkan
menurut syarak bererti ibadah tertentu.Maka firman Allah :
4
8. اقيموا الصلة
(Dirikanlah olehmu solat)
Demikian yang dimaksudkan ialah erti syaraknya, iaitu ibadah tertentu, dan bukan
erti bahasa iaitu doa.
Lafaz الطلقmenurut bahasa ialah “lepas”.Sementara menurut syarak ialah
“melepaskan tali ikatan perkahwinan dengan aturan tertentu”
Firman Allah, surah al-Baqarah :229;
الطلق مرتان فإمساك بمعروف أوتسريح بإحسن
Maksudnya:
“Talak (yang dapat dirujuki, adalah) dua kali.Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara
yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik”.
Maka, talak dalam ayat tersebut yang dimaksudkan ialah erti syaraknya dan bukan erti
bahasanya
Apabila musytarak di antara beberapa makna lughawi (bahasa), maka untuk
menentukan erti yang dimaksud diperlukan ijtihad dengan cara mencari keterangan-
keterangan (Qarinah) yang dapat membantu kepada penentuan maknanya.
5
9. Seperti lafaz yad dalam firman Allah, surah al-Maidah :38;
والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما
Maksudnya:
“ Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya”
Lafaz yad mempunyai banyak makna seperti berikut,iaitu:
Tangan sampai pergelangan.
Tangan sampai siku.
Tangan sampai bahu.
Tangan kanan atau kiri.
Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w, pernah menyuruh seorang
sahabat untuk memotong tangan seorang pencuri pada pergelangan tangannya.Yang
demikian itu, juga pernah dilakukan oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan Saidina Umar
bin al-Khattab r.a. iaitu memotong tangan pencuri pada pergelangan tangannya.
Riwayat yang bersumber dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat tadi, menjadi qarinah
(keterangan) bagi makna yad.Dengan berdasarkan pada qarinah itu, maka yad pada ayat
di atas dapat ditetapkan, iaitu “pergelangan tangan dari tangan kanan”.
Contoh lainnya ialah lafaz lamasa ( لمس ) dalam firman Allah, surah an-Nisa’:43;
أو لمستم النساء
Maksudnya:
“Atau kamu telah menyentuh perempuan”
6
10. Lafaz lamasa adalah lafaz musytarak, yang meliputi makan-makna berikut:
Bersentuh kulit.
Bercampur (bersetubuh).
Apabila lafaz itu diertikan dengan “bersentuh kulit”, maka ayat tersebut menjadi dalil
bahawa bersentuh kulit dengan lawan jenisnya merupakan “hadas” atau “membatalkan
wuduk”.Bila diertikan dengan “bersetubuh”, maka bersentuhan tadi tidak menjadi hadas
atau membatalkan wuduk.
Dalam riwayat an-Nasa’ii disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan solat,
di mana kakinya menyentuh badan isterinya, iaitu Siti Aisyah yang sedang tidur-tiduran.
Riwayat tersebut menjadi qarinah bagi makna lamasa, dan berdasarkan atas qarinah itu,
maka makna yang dimaksudkan dengan lafaz lamasa pada ayat di atas adalah
“bersetubuh”.Kerana itu, bersentuh kulit dengan lawan jenis tidak menjadi hadas atau
tidak membatalkan wuduk.
para ulamak berselisih pendapat mengenai boleh dikehendaki daripada lafaz musytarak
akan setiap satu daripada maknanya kepada 3 pendapat pula:
1. Harus dikehendaki dengan lafaz musytarak itu kesemua maknanya sama ada dalam
bentuk nafi atau ithbat dengan syarat tidak tertegah menghimpun kesemua maknanya
seperti digunakan lafaz al-‘ainu kepada makna matahari, pengintip, mata dan
sebagainya.Jika sekiranya tertegah menghimpun kesemua makna-maknanya maka
tidak boleh dikehendaki dengannya kesemua maknanya seperti lafaz quru’ untuk haid
dan suci sekali.
7
11. Imam Syafii, sekumpulan ulamak Syafii dan sebahagian ulamak muktazilah, memberi
pendapat dengan alasannya berdasarkan firman Allah:
ألم ترأن ا يسجدله,من فى السموت ومن فيالرض
والشمش والقمر والنجم والشجروالدوآب وكثيرمن
الناس
١٨ : سورة الحج
Maksudnya:
“Tidakkah kamu mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk
sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari, bulan, bintang, gunung-
ganang, pokok-pokok kayu dan binatang-binatang serta sebahagian besar daripada
manusia”.
ِAllah telah menjelaskan kepada kita mengenai kesemua makhluk sujud
kepada AllahTaala,sujud manusia adalah dengan meletakkan dahi dibumi dan sujud
selain daripada manusia adalah dendan tunduk dan patuh secara kekerasan,kedua-
duanya ada makna yang berlainan,dan dikehendaki dengan firman Allah
Taala(yasjud)maka dengan itu jelaslah kepada kita bahawa ia menunjuk kepada
digunakan lafaz musytarak kepada kedua-dua maknanya sekali dalam satu sebutan.
2. Tidak harus dikehendaki dengan lafaz musytarak kecuali satu makna sahaja
daripada makna-maknanya,samaada ia dalam bentuk nafi atau isthbat.ini adalah
pendapat sebahagian besar ulama’ Hanafi,sebahagian ulama’Shafie seperti Imam
Harmin dan sekumpulan ulama’ Muktazilah seperti Abi Hashim.
12. Diantara alasan mereka ialah bahawa lafaz musytarak tidak diletakkan untuk
makna-maknanya dengan sekali letak, hanya ia diletakkan bagi tiap-tiap satu daripada
makn-maknanya.Dengn perletakkan yang khusus,dengan sebab itu dikehendaki
kesemua makna-maknanya dengan sekali sebutan adalah menyalahi perletakan ini
dan tidak harus.
8
3. Harus dikehendaki dengan lafaz musyatarak kesemua makna-maknanya,jika ia
dalam bentuk nafi,ini adalah pendapat sebahagian ulama’ Hanafi.
Diantara alas an mereka ialah apa yang berlaku didalam masalah-masalah
wasiat iaitu sesiapa yang berwasiat 1/3 daripada hartanya untuk mewalinya
,sedangkan ia mempunyai beberapa mewali yang mereka memerdekakannya dan
mewali yang ia merdekakan mereka dan mati ia sebelum sempat menjelaskannya
maka wasiatnya adalah batal kerana memandangkan lafaz ‘maula’(jamaknya
mawali)adalah musytarak diantara makna penghulu dan makna orang yang telah
dimerdekakan dan tidak boleh dikehendaki dengan lafaz ‘maula’.tiap-tiap makna
keduanya adalah sekali kerana ia lafaz musytarak dalam bentuk ithbat tidak
umum,maka tinggallah orang yang diwasiat untuknya tidak diketahui,dan wasiat
untuk orang yang tidak diketahui ada;lah batal.
Ini adalah berlainan dengan apa yang berlaku dalam masalah sumpah iaitu
sesiapa yang bersumpah tidak akan bercakap dengan ‘mawali si anu’maka
sumpahnya itu dianggap merangkumi ‘maula’ yang bererti penghulu-penghulu dan
yang bererti hamba-hamba yang telah dimerdekakan,oleh yang demikian mana-mana
sahaja dari kedua-dua makna mawali itu ia bercakap dengannya maka ia dianggap
melanggar sumpah.
Dengan ini jelaslah bahawa lafaz musytarak (disini lafaz mawali) dalam bentuk
nafi adalah dikehendaki dengan kesemua makna-maknanya.
9
13. RUJUKAN
Haji Hasan bin Haji Ahmad,Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah ,Haji Muhammad
Soleh bin Haji Ahmad,Pustaka Haji Abdul Majid,Kuala Lumpur ,2002.
Prof.Dr.Abdul Wahab Khalaf,Ilmu Ushulul Fiqh,Gema Risalah Press,Bandung
1997.
A.Hanafie M.A, Usul Fiqh,Klang Book Centre,Selangor,1998.
Drs.Miftah Faridl,Drs.Agus Syihabudin,Al-Quran Sumber Hukum Islam Yang
Pertama,Pustaka Bandung ,1410 H- 1989 M.