3. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala
nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka
tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi
Maha Terpuji.
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
1
4. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak
kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik
itu adalah satu kezaliman yang besar".
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
2
5. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
3
6. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui
sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah
dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang
yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).
Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
4
7. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau
yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam
batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh
Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha
Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
5
8. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan
suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada
melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas
segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat melakukannya.
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
6
9. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri.
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
7
10. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,
juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),
sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keldai".
www.tadabburcentre.com
TADABBUR WASIAT LUQMAN
(SURAH 31 : AYAT 12-19)
8
11. 1. Hikmah kisah sejarah atau ayat tokoh
menjadi ayat al-Quran
2. Hikmah hanya kisah Luqman sahaja
dalam surah Luqman
3. Hikmah surah Luqman selepas surah
al-Rum
www.tadabburcentre.com
TADABBUR :
BEBERAPA PENGAJARAN TERSIRAT
13. www.tadabburcentre.com
“Surah sebelum mengenai pertembungan dan
peperangan antara dua kuasa besar dunia yang
tidak percaya kepada Akhirat. Tiba-tiba surah
ini muncul dengan kisah seorang soleh yang
diberikan hikmah, merendah diri di hadapan
Allah dan memfokuskan dirinya pada mendidik
anaknya mengenai hari Akhirat dan bekalan ke
sana, wasiat yang berakhir agar jangan
berlagak sombong antara satu sama lain
kerana itulah kelak menyebabkan
pertembungan dan peperangan.” (Said Hawwa,
al-Asas fi al-Tafsir, juzuk 5, halaman 85)
15. 4. Hikmah kisah Luqman diturunkan di
hujung Makkiyah
5. Hikmah kisah Luqman selepas ayat
mengenai kerosakan ummat
6. Hikmah kisah Luqman di tengah-
tengah ayat mengenai air hujan
www.tadabburcentre.com
TADABBUR :
BEBERAPA PENGAJARAN TERSIRAT
16. www.tadabburcentre.com
HIKMAH KISAH LUQMAN SELEPAS AYAT
MENGENAI KEROSAKAN UMAT (AYAT 6)
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang
melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari
ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada
pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Asbabun Nuzul Ayat 6
18. Ayat 13-16 : AQIDAH (benih)
Ayat 17 : IBADAH (batang)
Ayat 18-19 : AKHLAK (buah)
www.tadabburcentre.com
KISAH LUQMAN DI TENGAH-TENGAH
AYAT MENGENAI AIR HUJAN
19. 7. Hikmah pesan mengandungi lima kali
“sesungguhnya”
8. Hikmah anak tidak respon wasiat
9. Syirik bukan hanya menyembah
berhala
10. Keseimbangan agama antara “zahir”
dan “batin”
www.tadabburcentre.com
TADABBUR :
BEBERAPA PENGAJARAN TERSIRAT
21. RUMUSAN 7 KAEDAH
1. Memahami TUJUAN kisah diturunkan
2. Menghargai KEBENARAN setiap kisah
3. Meyakini setiap kisah pasti akan BERULANG
4. Menghargai KEDUDUKAN kisah dalam surah
5. Menghargai PENGULANGAN kisah dalam
pelbagai surah
6. Menghargai GAYA BAHASA penceritaan kisah
7. Menghargai TAFSIR BIL MA’THUR pada kisah