SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendengar
sekalian. Saya, Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan
untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada muslimin dan muslimat sekalian.
Sebelum saya memulakan tazkirah, marilah kita bersama menadahkan tangan bagi
bacaan doa. (baca doa pendek)
Topik yang ingin saya sampaikan adalah lidah tergamam apabila tangan bertutur.
Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk
memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu
masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri
daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas
mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan
diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh
berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan
tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya
dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni
menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan
jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan
dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran
adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada
kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan
bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi
jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan
(menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu agar kamu bertaqwa.” (al-An’aam :153)
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga
yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang
patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta
mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah
disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa
dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan
penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri
kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan
seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia
kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli
Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali
ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh,
seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang
bermaksud…….
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa
itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami,
kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami
akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
(As-Sajadah:12)
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet
bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur.
Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah
yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk
hidup didunia dahulu?
Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.
(5 minit ke2)
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar sekalian.
Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR,
Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu
lidah tergamam apabila tangan bertutur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Dihari akhirat Tuhan akan bertanya
kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau
kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu?
Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu
pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk
apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi
untuk apa ilmu itu kamu gunakan."
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg
pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya
taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak
kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan
dan larangan yg terkandung didalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat
remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru
mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja
bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan
kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran
usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang
merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal
dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan
umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak
peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu
disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah
kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan
tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan
berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai
pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi
manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah
semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan
dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk
istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam
diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk
melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan
harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa
pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun
kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun
moden.
Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan
kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung
selepas ini.
(5 minit ke3)
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar. Kembali lagi
bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan
Dakwah dan Rohani.
Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu lidah tergamam apabila
tangan bertutur. Para pendengar sekalian, segala yang bersangkutan dengan
harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab
didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan
seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram,
akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan
bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu
dimanfaatkan'?
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa
mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia
dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari
manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada
Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada
Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika
kamu memang dari golongan yang benar”. (Al-Baqarah:31)
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu
pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh
Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah
al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud.
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari
apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Bijaksana”. (Al-Baqarah:32)
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah
telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah
didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud….
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu
dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al-Mujaadilah:11)
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-
Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang
bermaksud.
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang
jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’."
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh
Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk
kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu
juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan
terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari
Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan
terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;
"Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang
telah mereka kerjakan dulu." (Al-Hijr:92-93)
Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun
pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran
itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal
menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula
akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka
dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka
usahakan." (Yasin:65)
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat
pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu.
Baiklah para pendengar sekalian, setakat ini sahaja dahulu segmen tazkirah kita
pada kali ini. Diharapkan para pendengar dapat kebaikan dan manfaat daripada
tazkirah yang disampaikan.
Maafkan saya atas kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang episod tazkirah ini.
Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa. Yang baik itu datang daripada Allah
dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Jangan lupa untuk terus
dengarkan episod tazkirah yang seterusnya dari rakan-rakan Badar saya, setiap
hari pada jam 7 malam, hanya di Radio BBest, Mude dan Segar. Layari
radiobbest.smskb.edu.my untuk maklumat selanjutnya.
Sekian sahaja.
Assalamualaikum wbt.

More Related Content

Similar to Lidah Tergamam Saat Tangan Bertutur

Menjadi SuperMuslim sejati
Menjadi SuperMuslim sejatiMenjadi SuperMuslim sejati
Menjadi SuperMuslim sejatiErwin Wahyu
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]KRFlamenco
 
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayatSampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayat-
 
MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH
 MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH
MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAHLidia Winarti
 
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanAyat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanDwi Endriani
 
Hubungan da’wah dengan ilmu
Hubungan da’wah dengan ilmuHubungan da’wah dengan ilmu
Hubungan da’wah dengan ilmuHMGI
 
Portofolio Pendidikan Agama Islam
Portofolio Pendidikan Agama IslamPortofolio Pendidikan Agama Islam
Portofolio Pendidikan Agama IslamYossrizal Ramadhan
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaBowo Aquhh
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaSugengwi Kocakabiezt
 
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parentingMenuntut Ilmu
 
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)Barang Antik
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAthoillahAR
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAbuAtheea
 
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxMAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxAsriLadjagang
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islamMudhofar Khanif
 
Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02sitinadia_nana
 

Similar to Lidah Tergamam Saat Tangan Bertutur (20)

Menjadi SuperMuslim sejati
Menjadi SuperMuslim sejatiMenjadi SuperMuslim sejati
Menjadi SuperMuslim sejati
 
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]Buku mentoring islam saja [kalam upi]
Buku mentoring islam saja [kalam upi]
 
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayatSampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
 
Tugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadistTugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadist
 
Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1
 
MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH
 MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH
MAKALAH SUBTANSI, STRATEGI, DAKWAH DI MEKAH
 
Etos Kerja
Etos KerjaEtos Kerja
Etos Kerja
 
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanAyat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
 
Hubungan da’wah dengan ilmu
Hubungan da’wah dengan ilmuHubungan da’wah dengan ilmu
Hubungan da’wah dengan ilmu
 
Portofolio Pendidikan Agama Islam
Portofolio Pendidikan Agama IslamPortofolio Pendidikan Agama Islam
Portofolio Pendidikan Agama Islam
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
 
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting
40 Hadits Seputar Pendidikan Anak - edisi parenting
 
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxMAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islam
 
Dakwah
DakwahDakwah
Dakwah
 
Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02Dakwah 100711211627-phpapp02
Dakwah 100711211627-phpapp02
 

Recently uploaded

Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 

Recently uploaded (20)

Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 

Lidah Tergamam Saat Tangan Bertutur

  • 1. SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pendengar sekalian. Saya, Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada muslimin dan muslimat sekalian. Sebelum saya memulakan tazkirah, marilah kita bersama menadahkan tangan bagi bacaan doa. (baca doa pendek) Topik yang ingin saya sampaikan adalah lidah tergamam apabila tangan bertutur. Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat. Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT . Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
  • 2. Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.” (al-An’aam :153) Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu. Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah. Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud……. “Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”. (As-Sajadah:12)
  • 3. Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu? Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung selepas ini. (5 minit ke2) Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar sekalian. Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu lidah tergamam apabila tangan bertutur. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan." Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat. Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
  • 4. Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak. Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu. Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu? Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara. Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden. Baiklah, kita berehat seketika sebelum meneruskan lagi tazkirah ini. Jangan kemana-mana dan sabar menunggu, as shobru minal iman. Kita bersambung selepas ini.
  • 5. (5 minit ke3) Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pendengar. Kembali lagi bersama saya Muhammad Aiman Hafiz bin Md Faiezol dari BADAR, Badan Dakwah dan Rohani. Saya akan menyambung topik saya pada hari itu iaitu lidah tergamam apabila tangan bertutur. Para pendengar sekalian, segala yang bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah) Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'? Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”. (Al-Baqarah:31) Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud.
  • 6. “Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. (Al-Baqarah:32) Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud…. ‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al-Mujaadilah:11) Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru- Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang bermaksud. “Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’." Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu. Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
  • 7. Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud; "Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu." (Al-Hijr:92-93) Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu. Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan. Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud "Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65) Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu. Baiklah para pendengar sekalian, setakat ini sahaja dahulu segmen tazkirah kita pada kali ini. Diharapkan para pendengar dapat kebaikan dan manfaat daripada tazkirah yang disampaikan. Maafkan saya atas kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang episod tazkirah ini. Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Jangan lupa untuk terus dengarkan episod tazkirah yang seterusnya dari rakan-rakan Badar saya, setiap hari pada jam 7 malam, hanya di Radio BBest, Mude dan Segar. Layari radiobbest.smskb.edu.my untuk maklumat selanjutnya. Sekian sahaja. Assalamualaikum wbt.