SlideShare a Scribd company logo
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 1
IMEJ VEKTOR DAN IMEJBITMAP
1.0 PENDAHULUAN
Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan
sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang berkesan.
Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan
lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan
kawalan pencarian di dalam produk multimedia. Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang
dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah
seperti garisan atau bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal. Grafik disimpan di dalam
pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti serta penggunaan pelbagai
aplikasi. Grafik berkomputer terbahagi kepada dua iaitu imej Raster atau grafik Bitmap dan
imej Vektor atau grafik Metafile.
Secara keseluruhannya ia untuk mewakili sesuatu imej, Cuma perbezaannya ialah bagaimana
sesuatu imej itu diwakili. Imej memainkan peranan yang penting dalam pembangunan produk
multimedia. Tedapat dua jenis imej yang utama iaitu imej vektor dan imej bitmap. Namun
begitu, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan konteks penggunaan yang berbeza.
2.0 GRAFIK BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Juga dikenali sebagai imej raster. Ia mewakili sesuatu imej sebagai susunan titik yang dikenali
sebagai piksel atau bit. Bitmap mewakili imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik
mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud dalam membentuk imej. Grafik bitmap
adalah kumpulan bit yang membentuk sebuah gambar. Gambar tersebut memiliki kandungan
satuan-satuan titik (pixel) yang memiliki warnanya masing-masing (bits) Imej yang biasa
disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia
digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di
dalam paparan komputer. Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat
memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 2
yang sebenar iaitu gambar asli. Kebiasaannya imej bitmap wang dipaparkan pada skrin
komputer mempunyai resolusi kira-kira 100 ppi. Walau bagaimanapun apabila membuat
cetakan, pencetak akan memerlukan data imej melebihi daripada monitor. Dalam usaha
menjadikan imej bitmap tepat dan kemas, pencetak biasanya memerlukan 150-300 ppi dan
imej yang muncul di skrin monitor menjadi lebih besar.
Manakala imej vektor juga dikenali sebagai imej lukisan (draw-type images) atau imej yang
berasaskan objek (object oriented images). Merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan
dengan menggunakan teknologi komputer menggunakan perisian-perisian tertentu dan diwakili
dalam bentuk geometri (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval,
lengkungan, bulatan dan sebagainya.Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah
saiz dalamskala besar tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej. Imej vektor adalah asas kepada
elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya
terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan
dilukis. Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz,
kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang
mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :
 Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
 Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
 Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian.
3.0 CIRI-CIRI GRAFIK BITMAP
Ciri-ciri grafik bitmap iaitu tersusun oleh sebaran bintik-bintik (pixel) yang berbagai-bagai
warna. Pixel tersebar dalam pola grid. Pecah ketika diperbesarkan. Resolusi mengacu pada
jumlah pixel dalam foto dan biasanya dinyatakan sebagai dpi (titik per inci) atau ppi (pixel per
inci). Digunakan untuk gambar kompleks, berupa ragam warna dan bentuk yang beraneka
seperti foto dari hasil bidikan kamera. Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor
yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 3
1. Resolusi (Resolution)
Bilangan piksel yang terdapat pada imej fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi.
Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan. Resolusi imej yang tinggi akan
menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.
2. Kedalaman (depth)
Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu.
Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan
melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.
Contohnya:
 1 bit menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
 2 bit menghasilkan 4 warna
 4 bit menghasilkan 16 warna
 8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
 16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
 24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna
Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.
Sesuai digunakan untuk gambar-gambar dengan efek bayangan yang halus.
Manakala ciri-ciri imej vektor adalah grafik dengan imej vektor merupakan gambar yang
dibentuk oleh objek berupa garis dan lengkung. Kualiti hasil gambar tidak bergantung pada
resolusi gambar. Dalam penyimpanan fail Imej vektor hanya memerlukan ruang penyimpanan
yang relatif kecil. Format penyimpanan fail umumnya terdiri dari : *.eps,*.wmf, dan lain – lain.
Pilihan grafik yang paling tepat untuk mengolah atau membuat gambar logo atau gambar
percetakan. Mengubah sifat-sifat dari objek tidak akan mempengaruhi objek itu sendiri. Ukuran
gambar imej vektor dapat ditingkatkan dan dikurangkan untuk setiap baris, dan akan tetap
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 4
tajam baik di paparan atau di cetak. Gambar fleksibel memiliki resolusi bebas kerana dapat
menjadi output dengan kualiti tertinggi pada skala apapun. Imej vektor adalah asas kepada
elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya
terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan
dilukis. Objek seperti garisan, lengkungan, bulatan dan sebagainya dilukis dan diwakili dalam
bentuk geometrik (formula matematik). Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan
dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor
disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :
 Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
 Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
 Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian
Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program).
Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.
4.0 KESESUAIAN PENGGUNAAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Imej bitmap sesuai digunakan untuk keperluan dunia fotografi atau gambar-gambar yang
memiliki banyak warna kerana masing-masing pixel akan mengunci warna-warna yang
kemudiannya susun. Makin banyak pixel dalam satuan yang besar menjadikan kualiti gambar tu
semakin cantik. Contohnya jika kita ingin memanipulasi warna latarbelakang kita,
menghilangkan bintik-bintik hitam diwajah dan sebagainya, caranya mudah, dengan
memanipulasi dan menggantikan pixel-pixel yang ada dengan pixel baru yang warnanya
berbeza. Selain itu dengan Bitmap, kita boleh memanipulasi beberapa objek sehingga nampak
rapat dengan kita, memperbaiki kualiti warna gambar hingga memberikan efek-efek tertentu
pada warna gambar (cahaya, glowsi, dkk).
Contohnya:
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 5
Selepas Sebelum
Manakala bagi imej vektor amat popular digunakan bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik
berkomputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersialkan. Sering digunakan dalam
bidang teknikal seperti CAD/CAM,permodalan saintifik,senibina dan sebagainya yang
memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam,
menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. Sering juga digunakan dalam dunia senibina grafik
dan multimedia terutamanya hasil sokongan perisian grafik komputer berasaskan vektor seperti
Macromedia Freehand, Adobe Iiiustrator, AutoCar,CorelDraw dan sebagainya. Ia selalu
digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti kartun,
gambar rajah, carta dan logo. Imej animasi juga biasanya dicipta sebagai fail vektor, sebagai
contoh produk Shockwave Flash membolehkan kita membuat animasi 2-D dan 3-D. Imej vektor
sesuai untuk gambar-gambar yang warnanya sejenis atau tidak terlalu menggunakan berbagai
warna, contohnya logo-logo, kerana logo biasanya menggunakan beberapa garis lengkung atau
berbagai bentuk. Gambar akan dapat menjana line tersebut, dan apabila dibesarkan, bentuk
gambar tidak akan berubah, Sekiranya ingin membuat gambar dengan banyak lengkuk atau
sudut. Contohnya penggunaan dibidang reka bentuk pakaian hingga ke reka bentuk rumah.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 6
Contohnya:
5.0 KAEDAH PENGHASILAN DANOPERASI PENGIMEJANIMEJBITMAP DAN
IMEJ VEKTOR
Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:
1. Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint
Program).
2. Menggunakan Screen Capture
3. Scanner, kamera digital atau video capture
Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program).
Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap
ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design
Painter dan aturcara Paint. Operasi Pengeditan imej bitmap adalah :-
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 7
 Aliasing (Jagged)
Keadaan di mana sempadan imej kelihatan bergerigi dan tidak rata disebabkan oleh ketidak
selarasan antara baris mendatar dan baris menengak sempadan imej tersebut. Sharpen
merupakan satu operasi yang akan menambah contrast antara piksel-piksel yang bersebelahan
yang boleh mengakibatkan keadaan aliasing berlaku.
 Anti-Aliasing
Satu proses untuk menjadikan bahagian tepi sesebuah imej itu kabur supaya imej tidak
kelihatan bergerigi. Ia bertujuan untuk menyingkirkan bahagian gerigi (jagged) atau bahagian
tepi yang kasar untuk menghasilkan sebuah imej yang lebih baik. Smooth merupakan satu
operasi yang mengurangkan contrast antara piksel yang bersebelahan.
Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program).
Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.
Operasi Pengeditan imej vektor ialah pengeditan Primitif yang melibatkan operasi
mengubahsuai bentuk objek, mengalih kedudukan objek, menyalin dan menampal. Setiap objek
mempunyai titik-titik pemegang (handles) yang boleh ditarik-tarik untuk dimanipulasikan. Objek
boleh diubah bentuknya seperti stretching, perspective warp, horizontal and vertical flip,
scaling, rotating serta mengubah warnanya. Ada di antara melukis yang membenarkan
beberapa objek disediakan secara automatik daripada dua objek asas. Proses ini dinamakan
sebagai morphing. Rendering merupakan suatu proses yang akan menukarkan suatu model
objek ke bentuk imej. Format fail grafik vektor akan menentukan cara atau arahan bagaimana
grafik tersebut akan disimpan.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 8
6.0 FORMATFAIL IMEJBITMAP DAN IMEJVEKTOR
Antara format fail imej bitmap adalah seperti berikut :-
a) BMP (Windows bitmap)
 Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej dipersekitaran
Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-
bit atau 24-bit.
 Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan RLE(Run-Length
coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless.
b) PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
 Piawaian yang disediakan untuk perisian imej pada mesin IBM dan yang serasi
dengannya.
c) TIFF Tagged Image File Format)
 Format yang digunakan oleh kebanyakan perisian pengimbas (scanner).
 Format ini boleh dimampatkan. Pemampatan TIFF menggunakan pengekodan
LZW (Lempel-Ziv-Welch coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless.
d) GIF (Graphic Interchange Format)
 Format imej meluas digunakan bagi WWW. Ia hanya menggunakan 256 warna
atau kurang. Ini menyebabkan sai failnya dapat dikurangkan dan disesuaikan
untuk menghantar imej melalui talian telefon.
e) JPG (Platform-independent graphics format)
 Format imej yang dimampatkan mengguna kaedah JPEG yang merupakan
pemampatan secara Lossy. Format ini sesuai untuk imej yang diimbas dan ingin
digunakan pada WWW.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 9
Manakala format fail untuk imej vektor adalah seperti berikut:-
i. CDR (CorelDRAW)
 Format yang disediakan untuk perisian CorelDRAW
ii. CGM (Computer Graphics Metafile)
 format fail vektor paling digunakan secara meluas. Ia merupakan program
melukis yang popular termasuklah program persembahan grafik yang
menyokong fail CGM.
 Antara produk perisian terbesar yang mampu mengeksport dan mengimport
fail CGM ialah CorelDRAW, Lotus Freelance Graphics, Harvard Graphics dan
Micrografx Designer.
iii. DRW (Micrografx Designer)
 format fail grafik yang digunakan oleh Micrografx Designer, program melukis
yang dihasilkan untuk kegunaan PC.
 Program-program yang menyokong format fail ini ialah Word untuk
Windows, Ami Pro dan PageMake.
iv. DXF
 Dicipta oleh Autodesk AutoCAD. Ia adalah format untuk Lukisan Kejuruteraan
dan senibina. Ia digunakan oleh program AutoCAD dan program yang sesuai
dengan AutoCAD.
 Kebanyakkan program penerbitan desktop dan grafik tidak boleh
mengimport fail DXF tanpa penterjemah walaupun CorelDRAW yang
membenarkan pengguna membuka fail DXF dan menyimpannya di dalam
format berbeza.
v. EPS (Encapsulated PostScript)
 Dibangunkan oleh Adobe Systems. Format popular untuk penghasilan grafik
pada pencetak postscript. Ia mempunyai saiz fail yang besar dan berkualiti
tinggi.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 10
 Ia menyimpan kedua-dua imej bitmap dan vektor
 Apabila fail EPS dipaparkan, ia akan kelihatan seperti imej vektor biasa atau
dikelabukan dalam kotak bersama label pengenalan. Apabila kotak ini
dipaparkan selepas mengimpot grafik EPS, ini bermakna program yang
sedang digunakan tidak tahu mentafsir bahasa PostScript yang
membentukkan imej.
 Tetapi apabila ia dicetak menggunakan pencetak melalui PostScript imej
terbabit akan muncul seperti biasa.
 Apa yang membezakan di antara PostScript dan Encapsulated PostScipt atau
EPS adalah pada fail EPS di mana kod tambahan tersebut akan memberitahu
program yang akan menerima fail terbabit bahawa fail grafik terbabit akan
dihantar.
vi. GEM (GEM metafile)
 Format GEM dicipta khusus untuk persekitaran GEM ( Digital Research ). Ia
merupakan format berasaskan objek untuk fail grafik.
 Contohnya, IMG adalah format bitmap yang digunakan oleh program GEM
seperti Ventura Publisher. Format ini mempunyai banyak penghadkan
termasuklah jumlah bilangan titik dibenarkan dalam sesuatu imej dan jumlah
bilangan bentuk dibenarkan.
 Kebanyakan aplikasi Windows tidak menyokong GEM dan format ini juga
tidak boleh digunakan pada Macintohs.
vii. HPGL (Heelett-Packard Graphics Language)
 format digunakan khusus untuk pemplotan. Ia mula-mula dibangunkan
sebagai format fail piawai pemplotan fail output.
 Ia tidak sesuai untuk aplikasi biasa kecuali untuk menghasilkan hanya garisan
seni.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 11
 Ia tidak boleh mengawal pengisian warna atau menggelapkan bahagian
tertentu bagi sesuatu bentuk tertutup.
 Terdapat sebilangan besar program CAD menghasilkan output fail HPGL dan
beberapa program penerbitan desktop terkenal mengimpot fail ini tetapi
sokongan adalah terhad.
viii. PIC (Picture format)
 Terdapat 2 jenis fail PIC.
 Pertama Jenis format bitmap yang digunakan bersama program cat dipanggil
Pictor ( PC Paint).
 Manakala yang kedua menyimpan fail berorientasikan objek daripada Lotus
1-2-3 di dalam bentuk carta daripada program bercirikan penggrafan data
berjadual.
ix. PICT (Macintosh format)
 PICT adalah format yang dipilih oleh Macintosh. Kebanyakan aplikasi Mac
berkebolehan untuk menyimpan tangkapan skrin dan fail grafik dalam format
PICT.
 Grafik bitmap dan berorientasikan objek boleh disimpan dalam format PICT.
Semua aplikasi dalamMac juga boleh membaca fail grafik dalam format PICT.
 Format ini tidak disediakan untuk pengguna PC kerana fail PICT memerlukan
pennyahkodan yang hanya disediakan oleh sistem pengoperasian Mac.
x. WMF (Windows metafile)
 Format bagi Windows meta file. Ia merupakan piawaian bagi struktur fail
grafik vektor dalam persekitaran windows.
 Boleh menyimpan kedua-dua grafik bitmap dan grafik berorientasikan objek
dalam fail WMF.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 12
 Namun terdapat hanya sebilangan kecil program yang boleh mengecam
WMF di luar Windows. Piawai WMF adalah lebih diminati oleh pembangun
perisian daripada pengguna akhir dan ianya juga merupakan salah satu
kelebihan format ini iaitu mudah untuk ditulis dalam kod perisian.
 Kemungkinan pengguna Windows sendiri tidak menyedari yang mereka ada
menggunakan fail WMF. WMF juga adalah salah satu format di mana objek
Clipboard akan disimpan.
7.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN IMEJBITMAP DAN IMEJVEKTOR
KELEBIHAN IMEJ BITMAP KELEMAHAN IMEJ BITMAP
 Sesuai digunakan sekiranya tahap imej
yang mendalam (detail) serta imej
sepeti mana di dalam kehidupan yang
sebenar diperlukan.
 Bitmap mampu menyimpan sejumlah
besar maklumat mengenai imej
tersebut dan ini membolehkan ianya
diubahsuai dengan tahap
pengubahsuaian yang tinggi dan
mendalam sehinggalah anda boleh
mengubah warna setiap piksel yang
ada pada imej tersebut.
 Ia bergantung kepada resolusi dan
biasa membentuk saiz fail yang besar.
 Menukar saiz atau skala sesebuah imej
bitmap sebenarnya hanyalah
merupakan proses memaparkan piksel
imej yang semakin dibesarkan atau
dikecilkan.
 Ini akan mewujudkan masalah dalam
menangani kualiti sesebuah imej
memandangkan sesebuah perisian
grafik perlu menambah atau
membuang piksel yang tertentu bagi
memenuhi keperluan saiz imej yang
dikehendaki.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 13
 Imej yang terhasil dari proses
pengecilan/pembesaran saiz ini
biasanya kabur, bergerigi dan tidak
menarik. Apbila imej bitmap
dibesarkan, piksel imej tersebut akan
turut membesar dan seterusnya
mengubah maklumat bagi setiap piksel
yang ada.
KELEBIHAN IMEJ VEKTOR KELEMAHAN IMEJ VEKTOR
 Imej vektor sesuai bagi melakukan
pemanipulasian imej yang mana ianya
boleh diubah suai saiznya di dalam
pelbagai sudut dan arah tanpa
mengubah kualiti imej tersebut.
 Kelebihan imej vektor adalah
kurangnya jumlah data untuk
memaparkan imej dan tidak
memerlukan ingatan yang banyak
untuk disimpan memandangkan data
bagi imej tersebut hanya mengandungi
beberapa set arahan berdasarkan
kepada lukisan yang dikehendaki .
 Kelemahan imej vektor pula adalah
imej yang dipaparkan adalah dalam
lingkungan aras yang terhad . Imej
vektor yang ringkas tidak dibiarkan
bersendirian seperti gambar foto
melainkan imej raster disimpan
sebagai komponenn objek yang
merupakan bahagian daripada imej
vektor.
 Imej vektor dihasilkan sepenuhnya
oleh komputer. Oleh itu, ia kurang
realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri
objek yang sebenar di dalam
kehidupan yang sebenar.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 14
 Semua arahan komputer ini dikodkan
dalam satu set arahan yang kecil. Ini
membolehkan sebuah imej yang
komplek disimpan sebagai satu fail
yang hanya memerlukan beberapa
ratus kilobyte sahaja.
 Walaubagaimanapun , imej bitmap
menyediakan jumlah pixel yang sesuai
untuk ketinggian , kedalaman dan
kesesuaian warna , manakala imej
vektor pula ia bergantung kepada
arahan lukisan yang sedikit .
 Semakin kompleks imej vektor yang
dilukis semakin besar saiz failnya, ini
menyebabkan proses pemaparan imej
pada skrin semakin lambat.
8.0 PERBEZAAN ANTARAIMEJVEKTOR DAN IMEJ BITMAP
Grafik Vektor Grafik Bitmap
Ia dikenali sebagai imej jenis lukisan / imej
berasaskan objek.
Ia dikenali sebagai imej raster.
Ia dibina daripada koleksi objek seperti garisan
lurus, garisan bujur dan garisan kotak.
Ia dibina daripada piksel / bit iaitu satu
susunan titik-titik
Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan
untuk menyimpannya adalah kecil. Ini adalah
kerana grafik jenis ini disimpan berdasarkan
set-set arahan komputer / lakaran pada
komputer.
Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan
untuk menyimpannya adalah besar. Ini adalah
kerana grafik jenis ini disimpan dalam bentuk
bit.
Ianya diwakili dalam bentuk geometrik Bitmap mewakili sesebuah imej yang
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 15
(arahan matematik) yang dibina daripada
garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan
sebagainya. Imej jenis vektor dibina
berdasarkan garisan pada dua penjuru yang
bertentangan. Apabila suatu garisan dibina,
satu set arahan akan dibentuk bagi
menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk
imej tersebut. Gabungan pelbagai bentuk
objek yang dihubungkaitkan antara satu sama
lain membentuk suatu imej yang lebih
bermakna.
maklumatnya disusun dalam bentuk matrik
mudah yang menerangkan setiap dot atau
piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu
imej
Imej ini sesuai dan mudah untuk dikendalikan
bagi tujuan mengubahsuai atau manipulasi
imej. Saiz, kedudukan serta bentuknya boleh
diubah suai di dalam pelbagai sudut dan arah
tanpa gangguan terhadap kualitinya.
Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap
sebenarnya hanyalah merupakan proses
memaparkan piksel imej yang semakin dibesar
atau dikecilkan. Imej yang terhasil dari proses
pengecilan dan pembesaran saiz ini biasanya
akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak
begitu menarik perhatian.
Semua imej vektor adalah dihasilkan oleh
komputer maka ini bermakna ianya adalah
kurang realistik ataupun kurang memenuhi
ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan
sebenarnya.
Semakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi
satu unit lokasi, semakin baik resolusi dan
semakin jelas sesebuah imej tersebut
Semakin kompleks imej yang dilukis semakin
besar saiz failnya dan semakin lambat untuk
ianya dipaparkan pada skrin. Kepakaran di
dalam grafik berkomputer juga amat
diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej
vektor yang berkualiti tinggi
Pengimbas imej (scanner) merupakan antara
perkakasan yang boleh digunakan bagi
memperolehi imej jenis bitmap
Imej ini amat sesuai bagi tujuan menyimpan
fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip
Art yang kemudiannya digunakan serta
dipasarkan secara komersial dengan
meluasnya. Ia juga sering digunakan
Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya tahap
imej yang agak mendalam serta kualiti
paparan imej seperti mana di dalam
kehidupan yang sebenar diperlukan.
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 16
terutamanya di dalam bidang teknikal seperti
CAD/CAM ('Computer Aided Design /
Manufacture'), permodelan saintifik, senibina,
senireka dan sebagainya. Semua bidang ini
memerlukan keupayaan bagi proses
memanipulasikan imej seperti memindah,
memadam, menukar saiz, membuat salinan
dan lain-lain.
Contoh perisian: Macromedia Freehand,
Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw dan
sebagainya.
Contoh perisian : Adobe Photoshop, Painter
dan Macromedia X-Res.
Contoh perbezaan imej Vektor dan imej Bitmap
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 17
9.0 KESIMPULAN
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Page 18
RUJUKAN
http://tuanzawari.blogspot.my/2013/01/jenis-jenis-grafik.html
Nor Anita Fairos bt. Ismail Fsksm, UTM
http://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrsASPHN5dXAGAAwoAPQgx.;_ylu=X3oDMTByZXNnbDRwBH
NlYwNzcgRwb3MDMgRjb2xvA3NnMQR2dGlkAw/RV=2/RE=1469556808/RO=10/RU=http%3a%
2f%2fwww.gmm.fsksm.utm.my%2f~sca3103%2fcgibin%2fbahan_kuliah%2fanita%2fBab%25207
%2520%2520Penggunaan%2520Grafik%2520Dalam%2520MM.pdf/RK=0/RS=kTOsqDx2iBXVUaf
nD_EWKScDUu0-
http://www.angelfire.com/pa5/software_application/grafik.htm

More Related Content

What's hot

Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
Siti Rohayu Rohan
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Fairus Razally
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisSohib AlQuran
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
Aswini Devendren
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Angel Spaghcoroni
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
Mandy Cheng 92
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Erica Leenya
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
Amran Aris
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
awecheim
 

What's hot (20)

Reka bentuk visual
Reka bentuk visualReka bentuk visual
Reka bentuk visual
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulis
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 

Similar to Imej vektor dan imej bitmap

BAB 9 grafik
BAB 9  grafikBAB 9  grafik
BAB 9 grafik
Nur Salsabila Edu
 
Asas grafik
Asas grafikAsas grafik
Asas grafikRuudz Dy
 
Nota penghasilan animasi
Nota penghasilan animasiNota penghasilan animasi
Nota penghasilan animasiRahman Ellis
 
Nota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasiNota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasi
Paee Faiezah Kertau Kintus
 
Pengenalan kepada digital foto
Pengenalan kepada digital fotoPengenalan kepada digital foto
Pengenalan kepada digital foto
roslee1970
 
Microsoft Visio
Microsoft VisioMicrosoft Visio
Microsoft Visio
Mohamed Hafiza
 
Definisi multimedia
Definisi multimediaDefinisi multimedia
Definisi multimedia
Alam Flora Sdn Bhd
 
Slide Digital Image
Slide Digital ImageSlide Digital Image
Slide Digital Image
plpictimatec
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
Slot 2 elemen multimedia
Slot 2   elemen multimediaSlot 2   elemen multimedia
Slot 2 elemen multimediaramly5597
 
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
juliaahmad3
 
PENGENALAN Grafik komputer
PENGENALAN Grafik komputerPENGENALAN Grafik komputer
PENGENALAN Grafik komputerRuudz Dy
 
Ask tingkatan1 binary
Ask tingkatan1 binary Ask tingkatan1 binary
Ask tingkatan1 binary
Sivam Andy
 
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
JAIDABINTIJAAFFARMoe
 

Similar to Imej vektor dan imej bitmap (15)

BAB 9 grafik
BAB 9  grafikBAB 9  grafik
BAB 9 grafik
 
Asas grafik
Asas grafikAsas grafik
Asas grafik
 
Nota penghasilan animasi
Nota penghasilan animasiNota penghasilan animasi
Nota penghasilan animasi
 
Nota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasiNota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasi
 
Pengenalan kepada digital foto
Pengenalan kepada digital fotoPengenalan kepada digital foto
Pengenalan kepada digital foto
 
Microsoft Visio
Microsoft VisioMicrosoft Visio
Microsoft Visio
 
Definisi multimedia
Definisi multimediaDefinisi multimedia
Definisi multimedia
 
Slide Digital Image
Slide Digital ImageSlide Digital Image
Slide Digital Image
 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Slot 2 Elemen Multimedia
Slot 2   Elemen MultimediaSlot 2   Elemen Multimedia
Slot 2 Elemen Multimedia
 
Slot 2 elemen multimedia
Slot 2   elemen multimediaSlot 2   elemen multimedia
Slot 2 elemen multimedia
 
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
 
PENGENALAN Grafik komputer
PENGENALAN Grafik komputerPENGENALAN Grafik komputer
PENGENALAN Grafik komputer
 
Ask tingkatan1 binary
Ask tingkatan1 binary Ask tingkatan1 binary
Ask tingkatan1 binary
 
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej dan Audio Digital.pptx
 

Imej vektor dan imej bitmap

  • 1. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 1 IMEJ VEKTOR DAN IMEJBITMAP 1.0 PENDAHULUAN Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang berkesan. Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia. Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal. Grafik disimpan di dalam pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti serta penggunaan pelbagai aplikasi. Grafik berkomputer terbahagi kepada dua iaitu imej Raster atau grafik Bitmap dan imej Vektor atau grafik Metafile. Secara keseluruhannya ia untuk mewakili sesuatu imej, Cuma perbezaannya ialah bagaimana sesuatu imej itu diwakili. Imej memainkan peranan yang penting dalam pembangunan produk multimedia. Tedapat dua jenis imej yang utama iaitu imej vektor dan imej bitmap. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan konteks penggunaan yang berbeza. 2.0 GRAFIK BITMAP DAN IMEJ VEKTOR Juga dikenali sebagai imej raster. Ia mewakili sesuatu imej sebagai susunan titik yang dikenali sebagai piksel atau bit. Bitmap mewakili imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud dalam membentuk imej. Grafik bitmap adalah kumpulan bit yang membentuk sebuah gambar. Gambar tersebut memiliki kandungan satuan-satuan titik (pixel) yang memiliki warnanya masing-masing (bits) Imej yang biasa disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di dalam paparan komputer. Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan
  • 2. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 2 yang sebenar iaitu gambar asli. Kebiasaannya imej bitmap wang dipaparkan pada skrin komputer mempunyai resolusi kira-kira 100 ppi. Walau bagaimanapun apabila membuat cetakan, pencetak akan memerlukan data imej melebihi daripada monitor. Dalam usaha menjadikan imej bitmap tepat dan kemas, pencetak biasanya memerlukan 150-300 ppi dan imej yang muncul di skrin monitor menjadi lebih besar. Manakala imej vektor juga dikenali sebagai imej lukisan (draw-type images) atau imej yang berasaskan objek (object oriented images). Merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer menggunakan perisian-perisian tertentu dan diwakili dalam bentuk geometri (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya.Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah saiz dalamskala besar tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej. Imej vektor adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis. Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :  Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna  Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna  Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian. 3.0 CIRI-CIRI GRAFIK BITMAP Ciri-ciri grafik bitmap iaitu tersusun oleh sebaran bintik-bintik (pixel) yang berbagai-bagai warna. Pixel tersebar dalam pola grid. Pecah ketika diperbesarkan. Resolusi mengacu pada jumlah pixel dalam foto dan biasanya dinyatakan sebagai dpi (titik per inci) atau ppi (pixel per inci). Digunakan untuk gambar kompleks, berupa ragam warna dan bentuk yang beraneka seperti foto dari hasil bidikan kamera. Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
  • 3. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 3 1. Resolusi (Resolution) Bilangan piksel yang terdapat pada imej fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi. Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah. Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya. 2. Kedalaman (depth) Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu. Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna. Contohnya:  1 bit menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)  2 bit menghasilkan 4 warna  4 bit menghasilkan 16 warna  8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna  16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna  24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar. Sesuai digunakan untuk gambar-gambar dengan efek bayangan yang halus. Manakala ciri-ciri imej vektor adalah grafik dengan imej vektor merupakan gambar yang dibentuk oleh objek berupa garis dan lengkung. Kualiti hasil gambar tidak bergantung pada resolusi gambar. Dalam penyimpanan fail Imej vektor hanya memerlukan ruang penyimpanan yang relatif kecil. Format penyimpanan fail umumnya terdiri dari : *.eps,*.wmf, dan lain – lain. Pilihan grafik yang paling tepat untuk mengolah atau membuat gambar logo atau gambar percetakan. Mengubah sifat-sifat dari objek tidak akan mempengaruhi objek itu sendiri. Ukuran gambar imej vektor dapat ditingkatkan dan dikurangkan untuk setiap baris, dan akan tetap
  • 4. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 4 tajam baik di paparan atau di cetak. Gambar fleksibel memiliki resolusi bebas kerana dapat menjadi output dengan kualiti tertinggi pada skala apapun. Imej vektor adalah asas kepada elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis. Objek seperti garisan, lengkungan, bulatan dan sebagainya dilukis dan diwakili dalam bentuk geometrik (formula matematik). Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :  Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna  Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna  Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program). Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya. 4.0 KESESUAIAN PENGGUNAAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR Imej bitmap sesuai digunakan untuk keperluan dunia fotografi atau gambar-gambar yang memiliki banyak warna kerana masing-masing pixel akan mengunci warna-warna yang kemudiannya susun. Makin banyak pixel dalam satuan yang besar menjadikan kualiti gambar tu semakin cantik. Contohnya jika kita ingin memanipulasi warna latarbelakang kita, menghilangkan bintik-bintik hitam diwajah dan sebagainya, caranya mudah, dengan memanipulasi dan menggantikan pixel-pixel yang ada dengan pixel baru yang warnanya berbeza. Selain itu dengan Bitmap, kita boleh memanipulasi beberapa objek sehingga nampak rapat dengan kita, memperbaiki kualiti warna gambar hingga memberikan efek-efek tertentu pada warna gambar (cahaya, glowsi, dkk). Contohnya:
  • 5. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 5 Selepas Sebelum Manakala bagi imej vektor amat popular digunakan bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersialkan. Sering digunakan dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM,permodalan saintifik,senibina dan sebagainya yang memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. Sering juga digunakan dalam dunia senibina grafik dan multimedia terutamanya hasil sokongan perisian grafik komputer berasaskan vektor seperti Macromedia Freehand, Adobe Iiiustrator, AutoCar,CorelDraw dan sebagainya. Ia selalu digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti kartun, gambar rajah, carta dan logo. Imej animasi juga biasanya dicipta sebagai fail vektor, sebagai contoh produk Shockwave Flash membolehkan kita membuat animasi 2-D dan 3-D. Imej vektor sesuai untuk gambar-gambar yang warnanya sejenis atau tidak terlalu menggunakan berbagai warna, contohnya logo-logo, kerana logo biasanya menggunakan beberapa garis lengkung atau berbagai bentuk. Gambar akan dapat menjana line tersebut, dan apabila dibesarkan, bentuk gambar tidak akan berubah, Sekiranya ingin membuat gambar dengan banyak lengkuk atau sudut. Contohnya penggunaan dibidang reka bentuk pakaian hingga ke reka bentuk rumah.
  • 6. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 6 Contohnya: 5.0 KAEDAH PENGHASILAN DANOPERASI PENGIMEJANIMEJBITMAP DAN IMEJ VEKTOR Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap: 1. Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint Program). 2. Menggunakan Screen Capture 3. Scanner, kamera digital atau video capture Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program). Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design Painter dan aturcara Paint. Operasi Pengeditan imej bitmap adalah :-
  • 7. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 7  Aliasing (Jagged) Keadaan di mana sempadan imej kelihatan bergerigi dan tidak rata disebabkan oleh ketidak selarasan antara baris mendatar dan baris menengak sempadan imej tersebut. Sharpen merupakan satu operasi yang akan menambah contrast antara piksel-piksel yang bersebelahan yang boleh mengakibatkan keadaan aliasing berlaku.  Anti-Aliasing Satu proses untuk menjadikan bahagian tepi sesebuah imej itu kabur supaya imej tidak kelihatan bergerigi. Ia bertujuan untuk menyingkirkan bahagian gerigi (jagged) atau bahagian tepi yang kasar untuk menghasilkan sebuah imej yang lebih baik. Smooth merupakan satu operasi yang mengurangkan contrast antara piksel yang bersebelahan. Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program). Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya. Operasi Pengeditan imej vektor ialah pengeditan Primitif yang melibatkan operasi mengubahsuai bentuk objek, mengalih kedudukan objek, menyalin dan menampal. Setiap objek mempunyai titik-titik pemegang (handles) yang boleh ditarik-tarik untuk dimanipulasikan. Objek boleh diubah bentuknya seperti stretching, perspective warp, horizontal and vertical flip, scaling, rotating serta mengubah warnanya. Ada di antara melukis yang membenarkan beberapa objek disediakan secara automatik daripada dua objek asas. Proses ini dinamakan sebagai morphing. Rendering merupakan suatu proses yang akan menukarkan suatu model objek ke bentuk imej. Format fail grafik vektor akan menentukan cara atau arahan bagaimana grafik tersebut akan disimpan.
  • 8. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 8 6.0 FORMATFAIL IMEJBITMAP DAN IMEJVEKTOR Antara format fail imej bitmap adalah seperti berikut :- a) BMP (Windows bitmap)  Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej dipersekitaran Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8- bit atau 24-bit.  Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan RLE(Run-Length coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless. b) PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)  Piawaian yang disediakan untuk perisian imej pada mesin IBM dan yang serasi dengannya. c) TIFF Tagged Image File Format)  Format yang digunakan oleh kebanyakan perisian pengimbas (scanner).  Format ini boleh dimampatkan. Pemampatan TIFF menggunakan pengekodan LZW (Lempel-Ziv-Welch coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless. d) GIF (Graphic Interchange Format)  Format imej meluas digunakan bagi WWW. Ia hanya menggunakan 256 warna atau kurang. Ini menyebabkan sai failnya dapat dikurangkan dan disesuaikan untuk menghantar imej melalui talian telefon. e) JPG (Platform-independent graphics format)  Format imej yang dimampatkan mengguna kaedah JPEG yang merupakan pemampatan secara Lossy. Format ini sesuai untuk imej yang diimbas dan ingin digunakan pada WWW.
  • 9. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 9 Manakala format fail untuk imej vektor adalah seperti berikut:- i. CDR (CorelDRAW)  Format yang disediakan untuk perisian CorelDRAW ii. CGM (Computer Graphics Metafile)  format fail vektor paling digunakan secara meluas. Ia merupakan program melukis yang popular termasuklah program persembahan grafik yang menyokong fail CGM.  Antara produk perisian terbesar yang mampu mengeksport dan mengimport fail CGM ialah CorelDRAW, Lotus Freelance Graphics, Harvard Graphics dan Micrografx Designer. iii. DRW (Micrografx Designer)  format fail grafik yang digunakan oleh Micrografx Designer, program melukis yang dihasilkan untuk kegunaan PC.  Program-program yang menyokong format fail ini ialah Word untuk Windows, Ami Pro dan PageMake. iv. DXF  Dicipta oleh Autodesk AutoCAD. Ia adalah format untuk Lukisan Kejuruteraan dan senibina. Ia digunakan oleh program AutoCAD dan program yang sesuai dengan AutoCAD.  Kebanyakkan program penerbitan desktop dan grafik tidak boleh mengimport fail DXF tanpa penterjemah walaupun CorelDRAW yang membenarkan pengguna membuka fail DXF dan menyimpannya di dalam format berbeza. v. EPS (Encapsulated PostScript)  Dibangunkan oleh Adobe Systems. Format popular untuk penghasilan grafik pada pencetak postscript. Ia mempunyai saiz fail yang besar dan berkualiti tinggi.
  • 10. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 10  Ia menyimpan kedua-dua imej bitmap dan vektor  Apabila fail EPS dipaparkan, ia akan kelihatan seperti imej vektor biasa atau dikelabukan dalam kotak bersama label pengenalan. Apabila kotak ini dipaparkan selepas mengimpot grafik EPS, ini bermakna program yang sedang digunakan tidak tahu mentafsir bahasa PostScript yang membentukkan imej.  Tetapi apabila ia dicetak menggunakan pencetak melalui PostScript imej terbabit akan muncul seperti biasa.  Apa yang membezakan di antara PostScript dan Encapsulated PostScipt atau EPS adalah pada fail EPS di mana kod tambahan tersebut akan memberitahu program yang akan menerima fail terbabit bahawa fail grafik terbabit akan dihantar. vi. GEM (GEM metafile)  Format GEM dicipta khusus untuk persekitaran GEM ( Digital Research ). Ia merupakan format berasaskan objek untuk fail grafik.  Contohnya, IMG adalah format bitmap yang digunakan oleh program GEM seperti Ventura Publisher. Format ini mempunyai banyak penghadkan termasuklah jumlah bilangan titik dibenarkan dalam sesuatu imej dan jumlah bilangan bentuk dibenarkan.  Kebanyakan aplikasi Windows tidak menyokong GEM dan format ini juga tidak boleh digunakan pada Macintohs. vii. HPGL (Heelett-Packard Graphics Language)  format digunakan khusus untuk pemplotan. Ia mula-mula dibangunkan sebagai format fail piawai pemplotan fail output.  Ia tidak sesuai untuk aplikasi biasa kecuali untuk menghasilkan hanya garisan seni.
  • 11. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 11  Ia tidak boleh mengawal pengisian warna atau menggelapkan bahagian tertentu bagi sesuatu bentuk tertutup.  Terdapat sebilangan besar program CAD menghasilkan output fail HPGL dan beberapa program penerbitan desktop terkenal mengimpot fail ini tetapi sokongan adalah terhad. viii. PIC (Picture format)  Terdapat 2 jenis fail PIC.  Pertama Jenis format bitmap yang digunakan bersama program cat dipanggil Pictor ( PC Paint).  Manakala yang kedua menyimpan fail berorientasikan objek daripada Lotus 1-2-3 di dalam bentuk carta daripada program bercirikan penggrafan data berjadual. ix. PICT (Macintosh format)  PICT adalah format yang dipilih oleh Macintosh. Kebanyakan aplikasi Mac berkebolehan untuk menyimpan tangkapan skrin dan fail grafik dalam format PICT.  Grafik bitmap dan berorientasikan objek boleh disimpan dalam format PICT. Semua aplikasi dalamMac juga boleh membaca fail grafik dalam format PICT.  Format ini tidak disediakan untuk pengguna PC kerana fail PICT memerlukan pennyahkodan yang hanya disediakan oleh sistem pengoperasian Mac. x. WMF (Windows metafile)  Format bagi Windows meta file. Ia merupakan piawaian bagi struktur fail grafik vektor dalam persekitaran windows.  Boleh menyimpan kedua-dua grafik bitmap dan grafik berorientasikan objek dalam fail WMF.
  • 12. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 12  Namun terdapat hanya sebilangan kecil program yang boleh mengecam WMF di luar Windows. Piawai WMF adalah lebih diminati oleh pembangun perisian daripada pengguna akhir dan ianya juga merupakan salah satu kelebihan format ini iaitu mudah untuk ditulis dalam kod perisian.  Kemungkinan pengguna Windows sendiri tidak menyedari yang mereka ada menggunakan fail WMF. WMF juga adalah salah satu format di mana objek Clipboard akan disimpan. 7.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN IMEJBITMAP DAN IMEJVEKTOR KELEBIHAN IMEJ BITMAP KELEMAHAN IMEJ BITMAP  Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan.  Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.  Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar.  Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan.  Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.
  • 13. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 13  Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada. KELEBIHAN IMEJ VEKTOR KELEMAHAN IMEJ VEKTOR  Imej vektor sesuai bagi melakukan pemanipulasian imej yang mana ianya boleh diubah suai saiznya di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa mengubah kualiti imej tersebut.  Kelebihan imej vektor adalah kurangnya jumlah data untuk memaparkan imej dan tidak memerlukan ingatan yang banyak untuk disimpan memandangkan data bagi imej tersebut hanya mengandungi beberapa set arahan berdasarkan kepada lukisan yang dikehendaki .  Kelemahan imej vektor pula adalah imej yang dipaparkan adalah dalam lingkungan aras yang terhad . Imej vektor yang ringkas tidak dibiarkan bersendirian seperti gambar foto melainkan imej raster disimpan sebagai komponenn objek yang merupakan bahagian daripada imej vektor.  Imej vektor dihasilkan sepenuhnya oleh komputer. Oleh itu, ia kurang realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri objek yang sebenar di dalam kehidupan yang sebenar.
  • 14. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 14  Semua arahan komputer ini dikodkan dalam satu set arahan yang kecil. Ini membolehkan sebuah imej yang komplek disimpan sebagai satu fail yang hanya memerlukan beberapa ratus kilobyte sahaja.  Walaubagaimanapun , imej bitmap menyediakan jumlah pixel yang sesuai untuk ketinggian , kedalaman dan kesesuaian warna , manakala imej vektor pula ia bergantung kepada arahan lukisan yang sedikit .  Semakin kompleks imej vektor yang dilukis semakin besar saiz failnya, ini menyebabkan proses pemaparan imej pada skrin semakin lambat. 8.0 PERBEZAAN ANTARAIMEJVEKTOR DAN IMEJ BITMAP Grafik Vektor Grafik Bitmap Ia dikenali sebagai imej jenis lukisan / imej berasaskan objek. Ia dikenali sebagai imej raster. Ia dibina daripada koleksi objek seperti garisan lurus, garisan bujur dan garisan kotak. Ia dibina daripada piksel / bit iaitu satu susunan titik-titik Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah kecil. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan berdasarkan set-set arahan komputer / lakaran pada komputer. Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah besar. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan dalam bentuk bit. Ianya diwakili dalam bentuk geometrik Bitmap mewakili sesebuah imej yang
  • 15. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 15 (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan sebagainya. Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua penjuru yang bertentangan. Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Gabungan pelbagai bentuk objek yang dihubungkaitkan antara satu sama lain membentuk suatu imej yang lebih bermakna. maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot atau piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej Imej ini sesuai dan mudah untuk dikendalikan bagi tujuan mengubahsuai atau manipulasi imej. Saiz, kedudukan serta bentuknya boleh diubah suai di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa gangguan terhadap kualitinya. Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau dikecilkan. Imej yang terhasil dari proses pengecilan dan pembesaran saiz ini biasanya akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian. Semua imej vektor adalah dihasilkan oleh komputer maka ini bermakna ianya adalah kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan sebenarnya. Semakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi satu unit lokasi, semakin baik resolusi dan semakin jelas sesebuah imej tersebut Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin. Kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi Pengimbas imej (scanner) merupakan antara perkakasan yang boleh digunakan bagi memperolehi imej jenis bitmap Imej ini amat sesuai bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya digunakan serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya. Ia juga sering digunakan Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan.
  • 16. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 16 terutamanya di dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM ('Computer Aided Design / Manufacture'), permodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya. Semua bidang ini memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. Contoh perisian: Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw dan sebagainya. Contoh perisian : Adobe Photoshop, Painter dan Macromedia X-Res. Contoh perbezaan imej Vektor dan imej Bitmap
  • 17. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 17 9.0 KESIMPULAN
  • 18. STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA Page 18 RUJUKAN http://tuanzawari.blogspot.my/2013/01/jenis-jenis-grafik.html Nor Anita Fairos bt. Ismail Fsksm, UTM http://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrsASPHN5dXAGAAwoAPQgx.;_ylu=X3oDMTByZXNnbDRwBH NlYwNzcgRwb3MDMgRjb2xvA3NnMQR2dGlkAw/RV=2/RE=1469556808/RO=10/RU=http%3a% 2f%2fwww.gmm.fsksm.utm.my%2f~sca3103%2fcgibin%2fbahan_kuliah%2fanita%2fBab%25207 %2520%2520Penggunaan%2520Grafik%2520Dalam%2520MM.pdf/RK=0/RS=kTOsqDx2iBXVUaf nD_EWKScDUu0- http://www.angelfire.com/pa5/software_application/grafik.htm