SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
DEFINISI MULTIMEDIA
Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak,
dan media bererti tempat, sarana atau alat yang digunakan untuk
menyampaikan informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat
dirumuskan sedagai wadah atau penyatuan beberapa media yang kemudian
didefinisikan sebagai elemen-elemen pembentukan multimedia. Elemen-
elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi, dan video. Multimedia
merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di
mana informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video
disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses dan disajikan baik
secara liner mahupun interaktif.
Oleh itu, dengan menggabungkan seluruh elemen multimedia tersebut
menjadikan informasi dalam bentuk multimedia yang dapat diterima oleh
indera penglihatan dan pendengaran, lebih mendekati bentuk aslinya dalam
dunia sebenarnya. Multimedia enteraktif adalah apabila suatu aplikasi
terdapat seluruh elemen multimedia yang ada dan pemakai (user) diberi
keputusan atau kemampuan untuk mengawal dan menghidupkan elemen-
elemen tersebut.
CIRI-CIRI MULTIMEDIA
Multimedia mempunyai lima ciri untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Lima
ciri tersebut adalah teks, gambar, audio, animasi, dan video.
Teks
Teks merupakan bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dan
dikendalikan. Kebiasaannya, teks paling hampir dengan kita kerana kita
sering kali menggunakan teks untuk menyampaikan maklumat. Teks
berfungsi dalam memberi maksud cerita. Seterusnya, teks juga dikatakan
sebagai kunci komunikasi idea. Teks merangkumi pelbagai jenis iaitu teks
bercetak, teks imbasan, teks elektronik dan hiperteks. Teks juga dibantu oleh
beberapa komponen seperti reka letak teks, jenis dan fon untuk
menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat berkaitan dengan tema
aplikasi media. Kebiasaannya audien mudah bosan dengan teks jika
dibandingkan dengan gambar.
Imej grafik
Grafik sering kali muncul sebagai latar belakang sesuatu teks untuk
menghadirkan kerangka yang indah. Gambar sering dikatakan sebagai bahasa
sebuah gambar yang mampu menjelaskan seribu kata. Imej yang ditonjolkan
mesti bertepatan dengan tema atau tajuk yang hendak disampaikan. Imej
grafik terdiri daripada pelbagai jenis iaitu imej vector, gambar digital, gambar
hiper dan gambar bitmap. Kesesuaian dalam saiz imej mestilah bersesuaian
agar tidak menganggu teks yang hendak disampaikan.
Audio
Bunyi dikatakan sebagai pemankin seri dalam persembahan multimedia jika
paparan teks hanya memuatkan grafik dan teks tidak dapat menarik minat
seseorang. Bunyi dapat ditambahkan dalam produk multimedia melalui suara,
muzik dan kesan suara. Bunyi mempunyai beberapa objek bunyi yang biasa
digunakan dalam produk multimedia iaitu waterform audio, compact disk,
audio, MIDI soundtrack dan mp3. Bunyi juga berfungsi untuk meneguhkan
mesej, menentukan keadaan fikran atau perasaan sesorang dan berperanan
untuk menarik perhatian atau menghidupkan suasana penonton. Bunyi ini
perlu mempunyai kesesuaian. Bunyi audio yang bising akan menyebabkan
gangguan timbul dan menggangu matlamat yang hendak disampaikan. Buntu
yang disampaikan bersifat fleksibel (boleh diubah-ubah).
Video
Video adalah rakaman gambarhidup atau gambar bergerak yang saling
berurutan. Video dikatakan sebagai elemen yang paling mudah untuk menarik
perhatian penonton dalam persembahan aplikasi multimedia. Video boleh
dibahagikan keapada dua jenis iaitu video analog dan video digital. Video
analog dibentuk daripada deretan gelombang iaitu analog yang yang dirakam
oleh kamera dan dipancar luaskan melalui gelombang udara. Video digital
pula dibentuk daripada sederhana gelombang iaitu digital yang digambarkan
menerusi titik sebagai rangkaian nilai minimum atau maksimum. Video ini
boleh dimuat turun melalui pelbagai aspek atau cara seperti melaluisumber
televisyen, pita vedio, cakera video dank lip video digital.
Animasi
Animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada
layar animasi diibaratkan nadi utama dalam sesuatu imej. Animasi
membolehkan imej yang diambil dan diubah suai seperti memasukkan
pergerakan ke dalam imej boleh berlaku. Animasi mensimulasikan tingkah
laku sebenar, menarik perhatian isi kandungan pada skrin dan member
maklum balas kepada impak visual. Jenis animasi ialah animasi berbingkai,
animasi masa sebenardan audio animasi.
Komputer merupakan mesin elektronik yang memproses data mengikut satu
senarai arahan yang dipanggil program. Pada asasnya, komputer
mengandungi tiga langkah utama, iaitu input, proses dan output. Data
dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan peranti input. Antara
contoh peranti input ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas, mikrofon,
kamera web dan sebagainya. Proses memasukkan data ini dikenali sebagai
input. Setelah data dimasukkan ke dalam komputer, komputer akan
memproses data kepada bentuk yang boleh digunakan. Proses ini merupakan
langkah untuk menggubah data ke dalam bentuk yang berguna dengan
menggunakan set arahan yang disebut perisian. Hasil daripada pemprosesan
komputer pula dikenali sebagai output. Antara contoh peranti output adalah
monitor, pencetak dan speaker.
Komputer terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perkakasan dan perisian.
Perkakas komputer terdiri daripada papan kekunci, tetikus, monitor, papan
induk, ram dan sebagainya. Perisian pula merupakan program yang disimpan
di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan
sesuatu tugas, misalnya program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000,
WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Perisian komputer terbahagi kepada
tiga kategori iaitu, perisian sistem, perisian pengaturcara dan perisian
aplikasi. Antara ketiga-tiga perisian tersebut, perisian aplikasi amat popular
dalam kalangan pengguna komputer. Perisian aplikasi membolehkan
pengguna menjalankan tugas-tugas tertentu (yang tiada kaitan dengan
komputer) dengan lebih berkesan. Aplikasi yang lazimnya digunakan ialah
perisian bisnes, perisian pendidikan, perisian perubatan, pengkalan data dan
permainan komputer. Microsoft Word merupakan contoh perisian aplikasi
yang sering digunakan oleh pengguna.
4 CIRI PENTING PRODUK MULTIMEDIA
Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh
melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan
maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau
Mixed Media.
Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem
komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan
media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.
Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (links). Ia membenarkan
pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain
pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang
tersendiri. Tanpa sifat ini, ia lebih menyerupai persembahan maklumat di
dalam sebuah buku.
Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di
mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan
yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya
untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut (contoh
halaman web).
Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh
berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini,
ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV.
SEJARAH PERKEMBANGAN MULTIMEDIA
Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer di rumah dan pejabat telah
dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang
sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti
kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat
dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA BERUBAH SELARAS DENGAN
PERUBAHAN TEKNOLOGIKOMPUTER.
Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk
mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan
menguruskan maklumat.
Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih
mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan
kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan
sebagainya.
1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik
sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang
sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :
(a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses
yang lebih laju.
(b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer.
(c) Kapasiti muatan storan data yang lebih besardi dalam pemacu keras
(hardisk) dan CD-ROMs.
(d) Audio dan video digital.
(e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk
atau klik pada objekdengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan
antaramuka pengguna bergrafik memudahkan
pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih
mudah.
(f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna
berhubung dengan seluruh dunia.
MULTIMEDIA DAN KESANNYA KEPADA INDUSTRI
Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang
industri,
iaitu :-
· Industri komputer (computing)
· Industri telekomunikasi (telecommunication) dan
· Industri penyiaran (broadcasing)
KESAN KEPADA INDUSTRI KOMPUTER
Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi
juga melalui sumber-sumberyang diperolehi daripada media lain seperti
audio dan video.
Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia
berkemampuan menukar sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti
suara, muzik dan video ke format digital dan kemudiannya menukar semula
data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data
multimedia disimpan.
Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal
sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara
sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh
disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas.
Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan
skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker
atau dirakam terus ke peranti video.
KESAN KEPADA INDUSTRI TELEKOMUNIKASI
Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau
penghantaran tanpa wayar (satelit).
Oleh kerana maklumat multimedia selalunya bersaiz besardan dalam
keadaan berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat
diperlukan. Ini mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang
ada. Sistem rangkaian yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon
yang membawa sedikit data dan lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah
kepada talian lease yang membolehkan lebih banyak data dihantar seperti
2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya di MSC).
KESAN KEPADA INDUSTRI PENYIARAN
Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat di studio
rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku
kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional
telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital.
Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia
ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri
penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada
pengguna melalui rangkaian komputer.
BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA
Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang
tersebut adalah :- Perniagaan, Pentadbiran, Pendidikan,Penyiaran, Hiburan.
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN
Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan
boleh dilakukan secara :-
(a) Verbal
(b) Dari seorang ke seorang
(c) Dalam bentuk cetakan
(d) Menggunakan slide show
(e) Menggunakan video
Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan
tadi serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih
menarik.
Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk:
(a) Persembahan jualan (sales/market prsentations).
(b) Trade-show production
(c) Sistem latihan pekerja.
(d) Direct marketing
(e) Retail vending
(f) Point-of-sale information
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENTADBIRAN
Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidangpentadbiran kerajaan
seperti
· Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office)
· Keperluan pertahanan negara
· Penyebaran maklumat kepada rakyat
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yang paling layak untuk
menggunakan teknologi multimedia.
Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio
bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan
interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran
dilakukan dengan lebih berkesan.
·Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh mengesan prestasi pelajar
dengan memperolehi laporan setiap kali pelajarmenggunakan bahan
tersebut. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah. Program pendidikan jarak
jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia
untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat
lebih tinggi.
PENGGUNAAN MULTIMEIDA DALAM BIDANG PENYIARAN
Teknologi multimedia juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran
seperti :-
(a) Pengiklanan
(b) Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt
(c) Peralatan audio dan video
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM HIBURAN
Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan. Banyak
permainan kini terdapat dalam bentuk CD-ROM dan mengandungi elemen-
elemen grafik, animasi, audio dan video. Bentuk permainan yang ganas dan
tidak berfaedah perlu dibendung.
Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan.
Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment.
Permainan serupa ini mengajarkita supaya membuat perancangan dengan
teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur.
Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimedia berupa hiburan.
Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam
perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila
masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan
mengikut cita rasa masing-masing asalkan ia terdapat di dalam server.

More Related Content

What's hot

Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaKepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaainzd78
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Harries Har
 
Multimedia immersif
Multimedia immersifMultimedia immersif
Multimedia immersifKak Yong
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 

What's hot (8)

Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_maklumaKepentingan penggunaan teknologi_makluma
Kepentingan penggunaan teknologi_makluma
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
 
Multimedia immersif
Multimedia immersifMultimedia immersif
Multimedia immersif
 
Topik 1.0
Topik 1.0Topik 1.0
Topik 1.0
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
Konsep Multimedia
Konsep MultimediaKonsep Multimedia
Konsep Multimedia
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 

Similar to Definisi multimedia

Presentation (18).pptx
Presentation (18).pptxPresentation (18).pptx
Presentation (18).pptxDanielSyahmi1
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Harries Har
 
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Yen Lee Lew
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimediaasasmultimedia
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputerMOHANASELVAN
 
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4 TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4 FREE FILE DOWNLOAD
 
Multimedia modul-1-bm1
Multimedia modul-1-bm1Multimedia modul-1-bm1
Multimedia modul-1-bm1farid2405
 
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4rafydah
 
Komputer
KomputerKomputer
KomputerVan46
 
2013 04 - perisian aplikasi
2013   04 - perisian aplikasi2013   04 - perisian aplikasi
2013 04 - perisian aplikasiadamque95
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Animasi, kesan visual dan teknologi
Animasi, kesan visual dan teknologiAnimasi, kesan visual dan teknologi
Animasi, kesan visual dan teknologiTuan Zawari
 
Topik 7 integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 7  integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 7  integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 7 integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaranJalalludin6791
 
3. the impact of ict on society
3. the impact of ict on society3. the impact of ict on society
3. the impact of ict on societySiti Muhammed
 

Similar to Definisi multimedia (20)

Presentation (18).pptx
Presentation (18).pptxPresentation (18).pptx
Presentation (18).pptx
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
 
Ciri perisian
Ciri perisianCiri perisian
Ciri perisian
 
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
 
Topik 1.0
Topik 1.0Topik 1.0
Topik 1.0
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputer
 
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4 TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4
TMK Multimedia modul 1 (versi bm )KSSR TAHUN 4
 
Multimedia modul 1 bm
Multimedia modul 1 bmMultimedia modul 1 bm
Multimedia modul 1 bm
 
Multimedia modul-1-bm1
Multimedia modul-1-bm1Multimedia modul-1-bm1
Multimedia modul-1-bm1
 
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4
Multimedia modul-1-bm1-tmkthn4
 
Tmk
TmkTmk
Tmk
 
Komputer
KomputerKomputer
Komputer
 
Basic mm
Basic mmBasic mm
Basic mm
 
2013 04 - perisian aplikasi
2013   04 - perisian aplikasi2013   04 - perisian aplikasi
2013 04 - perisian aplikasi
 
Nota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasiNota Produksi multimedia animasi
Nota Produksi multimedia animasi
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Animasi, kesan visual dan teknologi
Animasi, kesan visual dan teknologiAnimasi, kesan visual dan teknologi
Animasi, kesan visual dan teknologi
 
Topik 7 integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 7  integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 7  integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 7 integrasi perisian aplikasi pejabat untuk pengajaran dan pembelajaran
 
3. the impact of ict on society
3. the impact of ict on society3. the impact of ict on society
3. the impact of ict on society
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Definisi multimedia

  • 1. DEFINISI MULTIMEDIA Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak, dan media bererti tempat, sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat dirumuskan sedagai wadah atau penyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen pembentukan multimedia. Elemen- elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi, dan video. Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses dan disajikan baik secara liner mahupun interaktif. Oleh itu, dengan menggabungkan seluruh elemen multimedia tersebut menjadikan informasi dalam bentuk multimedia yang dapat diterima oleh indera penglihatan dan pendengaran, lebih mendekati bentuk aslinya dalam dunia sebenarnya. Multimedia enteraktif adalah apabila suatu aplikasi terdapat seluruh elemen multimedia yang ada dan pemakai (user) diberi keputusan atau kemampuan untuk mengawal dan menghidupkan elemen- elemen tersebut. CIRI-CIRI MULTIMEDIA Multimedia mempunyai lima ciri untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Lima ciri tersebut adalah teks, gambar, audio, animasi, dan video. Teks Teks merupakan bentuk data multimedia yang paling mudah disimpan dan dikendalikan. Kebiasaannya, teks paling hampir dengan kita kerana kita sering kali menggunakan teks untuk menyampaikan maklumat. Teks berfungsi dalam memberi maksud cerita. Seterusnya, teks juga dikatakan sebagai kunci komunikasi idea. Teks merangkumi pelbagai jenis iaitu teks bercetak, teks imbasan, teks elektronik dan hiperteks. Teks juga dibantu oleh beberapa komponen seperti reka letak teks, jenis dan fon untuk menyampaikan sesuatu maksud atau maklumat berkaitan dengan tema aplikasi media. Kebiasaannya audien mudah bosan dengan teks jika dibandingkan dengan gambar.
  • 2. Imej grafik Grafik sering kali muncul sebagai latar belakang sesuatu teks untuk menghadirkan kerangka yang indah. Gambar sering dikatakan sebagai bahasa sebuah gambar yang mampu menjelaskan seribu kata. Imej yang ditonjolkan mesti bertepatan dengan tema atau tajuk yang hendak disampaikan. Imej grafik terdiri daripada pelbagai jenis iaitu imej vector, gambar digital, gambar hiper dan gambar bitmap. Kesesuaian dalam saiz imej mestilah bersesuaian agar tidak menganggu teks yang hendak disampaikan. Audio Bunyi dikatakan sebagai pemankin seri dalam persembahan multimedia jika paparan teks hanya memuatkan grafik dan teks tidak dapat menarik minat seseorang. Bunyi dapat ditambahkan dalam produk multimedia melalui suara, muzik dan kesan suara. Bunyi mempunyai beberapa objek bunyi yang biasa digunakan dalam produk multimedia iaitu waterform audio, compact disk, audio, MIDI soundtrack dan mp3. Bunyi juga berfungsi untuk meneguhkan mesej, menentukan keadaan fikran atau perasaan sesorang dan berperanan untuk menarik perhatian atau menghidupkan suasana penonton. Bunyi ini perlu mempunyai kesesuaian. Bunyi audio yang bising akan menyebabkan gangguan timbul dan menggangu matlamat yang hendak disampaikan. Buntu yang disampaikan bersifat fleksibel (boleh diubah-ubah). Video Video adalah rakaman gambarhidup atau gambar bergerak yang saling berurutan. Video dikatakan sebagai elemen yang paling mudah untuk menarik perhatian penonton dalam persembahan aplikasi multimedia. Video boleh dibahagikan keapada dua jenis iaitu video analog dan video digital. Video analog dibentuk daripada deretan gelombang iaitu analog yang yang dirakam oleh kamera dan dipancar luaskan melalui gelombang udara. Video digital pula dibentuk daripada sederhana gelombang iaitu digital yang digambarkan menerusi titik sebagai rangkaian nilai minimum atau maksimum. Video ini boleh dimuat turun melalui pelbagai aspek atau cara seperti melaluisumber televisyen, pita vedio, cakera video dank lip video digital. Animasi
  • 3. Animasi merupakan penggunaan komputer yang menciptakan gerak pada layar animasi diibaratkan nadi utama dalam sesuatu imej. Animasi membolehkan imej yang diambil dan diubah suai seperti memasukkan pergerakan ke dalam imej boleh berlaku. Animasi mensimulasikan tingkah laku sebenar, menarik perhatian isi kandungan pada skrin dan member maklum balas kepada impak visual. Jenis animasi ialah animasi berbingkai, animasi masa sebenardan audio animasi. Komputer merupakan mesin elektronik yang memproses data mengikut satu senarai arahan yang dipanggil program. Pada asasnya, komputer mengandungi tiga langkah utama, iaitu input, proses dan output. Data dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan peranti input. Antara contoh peranti input ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas, mikrofon, kamera web dan sebagainya. Proses memasukkan data ini dikenali sebagai input. Setelah data dimasukkan ke dalam komputer, komputer akan memproses data kepada bentuk yang boleh digunakan. Proses ini merupakan langkah untuk menggubah data ke dalam bentuk yang berguna dengan menggunakan set arahan yang disebut perisian. Hasil daripada pemprosesan komputer pula dikenali sebagai output. Antara contoh peranti output adalah monitor, pencetak dan speaker. Komputer terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perkakasan dan perisian. Perkakas komputer terdiri daripada papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, ram dan sebagainya. Perisian pula merupakan program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan sesuatu tugas, misalnya program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Perisian komputer terbahagi kepada tiga kategori iaitu, perisian sistem, perisian pengaturcara dan perisian aplikasi. Antara ketiga-tiga perisian tersebut, perisian aplikasi amat popular dalam kalangan pengguna komputer. Perisian aplikasi membolehkan pengguna menjalankan tugas-tugas tertentu (yang tiada kaitan dengan komputer) dengan lebih berkesan. Aplikasi yang lazimnya digunakan ialah perisian bisnes, perisian pendidikan, perisian perubatan, pengkalan data dan permainan komputer. Microsoft Word merupakan contoh perisian aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna. 4 CIRI PENTING PRODUK MULTIMEDIA
  • 4. Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media. Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya. Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ia lebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku. Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut (contoh halaman web). Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV. SEJARAH PERKEMBANGAN MULTIMEDIA Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer di rumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA BERUBAH SELARAS DENGAN PERUBAHAN TEKNOLOGIKOMPUTER. Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
  • 5. 1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat. Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya. 1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada : (a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju. (b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer. (c) Kapasiti muatan storan data yang lebih besardi dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs. (d) Audio dan video digital. (e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objekdengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah. (f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia. MULTIMEDIA DAN KESANNYA KEPADA INDUSTRI Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri, iaitu :- · Industri komputer (computing) · Industri telekomunikasi (telecommunication) dan · Industri penyiaran (broadcasing) KESAN KEPADA INDUSTRI KOMPUTER
  • 6. Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga melalui sumber-sumberyang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video. Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia berkemampuan menukar sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke format digital dan kemudiannya menukar semula data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan. Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia disimpan. Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas. Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus ke peranti video. KESAN KEPADA INDUSTRI TELEKOMUNIKASI Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran tanpa wayar (satelit). Oleh kerana maklumat multimedia selalunya bersaiz besardan dalam keadaan berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya di MSC). KESAN KEPADA INDUSTRI PENYIARAN
  • 7. Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat di studio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital. Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer. BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut adalah :- Perniagaan, Pentadbiran, Pendidikan,Penyiaran, Hiburan. PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh dilakukan secara :- (a) Verbal (b) Dari seorang ke seorang (c) Dalam bentuk cetakan (d) Menggunakan slide show (e) Menggunakan video Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan tadi serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih menarik. Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk: (a) Persembahan jualan (sales/market prsentations). (b) Trade-show production (c) Sistem latihan pekerja. (d) Direct marketing (e) Retail vending (f) Point-of-sale information
  • 8. PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENTADBIRAN Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidangpentadbiran kerajaan seperti · Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office) · Keperluan pertahanan negara · Penyebaran maklumat kepada rakyat PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yang paling layak untuk menggunakan teknologi multimedia. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan. ·Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh mengesan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajarmenggunakan bahan tersebut. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah. Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi. PENGGUNAAN MULTIMEIDA DALAM BIDANG PENYIARAN Teknologi multimedia juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran seperti :- (a) Pengiklanan (b) Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt (c) Peralatan audio dan video
  • 9. PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM HIBURAN Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan. Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CD-ROM dan mengandungi elemen- elemen grafik, animasi, audio dan video. Bentuk permainan yang ganas dan tidak berfaedah perlu dibendung. Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini mengajarkita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur. Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimedia berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing asalkan ia terdapat di dalam server.