2. Multimedia
• Multimedia terdiri daripada gabungan
elemen-elemen teks, grafik, animasi,
bunyi dan video untuk
mempersembahkan maklumat kepada
pengguna melalui komputer.
3. Asas Grafik
• Grafik merupakan antara media yang paling
utama dan popular digunakan bagi
membangunkan sesebuah aplikasi
multimedia.
• Grafik membawa maksud maklumat atau
informasi yang disampaikan kepada
seseorang pengguna sama ada dalam
bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar
dalam bentuk 2D atau 3D.
4. Asas Grafik
• Grafik juga memberikan maksud
penggunaan visual untuk menerangkan
konsep yang tidak dapat atau sukar
diterangkan oleh teks.
• Grafik dapat mempercepatkan penyampaian
sesuatu maklumat dan dapat memberikan
tangkapan yang jelas, tepat, dan konsisten
antara individu yang berbeza.
5. Asas Grafik
• Grafik dikatakan sebagai sumber
penyampaian maklumat yang amat
berkesan kerana segala bentuk mesej
yang diterima oleh manusia melalui
penglihatan mereka dapat diterima
secara terperinci dan ianya
mempunyai daya ketahanan serta
daya ingatan yang lebih tinggi.
6. Asas Grafik
• Grafik boleh diintegrasikan ke dalam sesebuah
aplikasi multimedia melalui pelbagai cara,
antaranya ialah:
– Latar belakang skrin.
– Antaramuka pengguna.
– Fotografi atau gambar foto.
– Gambar 2D atau 3D.
– Carta.
– Kartun.
– Lukisan.
– Butang atau ikon.
11. Kualiti Grafik
• Membina satu lengkungan dengan
menggunakan perisian grafik jenis vektor
membenarkan anda menentukan hanya satu
warna bagi keseluruhan lengkungan.
• Pembinaan imej jenis bitmap pula sebaliknya
membolehkan anda meminda warna bagi
setiap piksel yang ada di dalam lengkungan
tersebut.
12. Kualiti Grafik
• Saiz imej, kedalaman warna (color
depth) dan resolusi merupakan antara
faktor yang akan menentukan kualiti
dan juga saiz fail sesebuah imej atau
grafik.
13. Saiz Imej
• Saiz imej merujuk kepada tinggi dan
lebar sesebuah imej dan diukur dalam
unit inci, sentimeter, dot atau unit
pengukuran lain.
14. Kedalaman Warna
• Kedalaman warna merujuk kepada
julat warna yang wujud di dalam
sesebuah piksel ataupunn berapa
banyak warna yang berbeza wujud
dalam sesebuah imej.
15. Kedalaman Warna
• Kedalaman warna juga sering dikenali
sebagai “Bit Depth”. Semakin tinggi
kedalaman, semakin banyak warna
yang terlibat. Contohnya, imej dengan
kedalaman 1 bit hanya mampu
memaparkan hanya 2 warna sahaja. Ini
adalah kerana hanya terdapat 2
kombinasi nombor sahaja iaitu 0 dan 1.
16. Kedalaman Warna
• 4 bit = 16 kombinasi warna.
• 8 bit = 256 warna.
• 16 bit = 65536 warna.
• 24 bit = 16777216 (16 juta warna).
17. Resolusi
• Resolusi sesebuah imej merujuk
kepada jumlah titik (dot) bagi setiap
inci (dot per inch – dpi) yang terdapat
pada imej tersebut.
– Contohnya:
Sesebuah imej boleh mempunyai resolusi
100 dpi atau 1000 dpi.
18. Resolusi
• Resolusi Cuma boleh dipertingkatkan
dalam keadaan sebenar dengan cara
“redigitizing” (digitalkan semula)
sesuatu imej dengan resolusi yang
lebih tinggi.
– Contohnya:
imbas atau scan semula menggunakan
scanner yang mempunyai resolusi yang
lebih tinggi.
21. Piawaian Grafik Komputer
• Piawaian ataupun format fail bagi
sesebuah imej atau grafik menentukan
kualiti imej, saiz fail serta tujuan
penggunaan sesebuah imej.
• Setiap piawaian mempunyai ciri-ciri,
kelebihan serta kelemahannya yang
tersendiri.