SEMESTER 3 SESI2013/2014
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS
TUGASAN 2
TITLE : USING TECHNOLOGY, PARTICULARLY ICT FOR
TEACHING AND LEARNING
DISEDIAKAN OLEH
BIL NAMA NO MATRIK
1 BETTY CHIEW MEE HUI M20131000387
2 LO SIEW LING M20131000397
3 NGAN JIA ING M20131000406
4 MUHAMMAD AZWAN BIN MOHD. TALAL M20131000519
5 WONGE-MANN M20131000523
PENSYARAH:DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH
PEMARKAHAN
2 | P a g e
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Teknologi 4
2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 5
2.2 Penggunaan Teknologi 5
3.0 Perkembangan ICT dalam dunia Pendidikan 6
3.1 Integriti ICT dalam pembelajaran dan pengajaran 7
2.5 Visualisasi 9
2.6 Menghubungkaitkan 10
2.7 Penerokaan 10
4.0 Isu dan Cabaran 11
4.1 Penerimaan ICT oleh warga pendidik 11
4.2 Kekurangan pengetahuan dan kemahiran ICT 12
4.3 Kekangan masa dan beban guru 13
4.4 Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan 14
4.5 Peranan pentadbir sekolah 15
4.6 Kekurangan prasarana 15
4.7 Masalah penyelenggaraan makmal komputer 16
4.8 Jurang ICT dan digital 17
4.9 Penyalahgunaan makmal komputer dan internet 19
4.10 Keselamatan ICT 19
5.0 Usaha Kerajaan
5.1 Peranan kerajaan
5.2 Peranan sekolah
5.3 Peranan guru
5.4 Peranan pelajar
5.5 Peranan masyarakat
Rujukan
20
20
21
23
24
25
26
3 | P a g e
1.0 Pendahuluan
Teknologi adalah menjadi satu saingan pada abad ke 21 ini. Semua negara di
dunia berlumba – lumba untuk meningkatkan teknologi di negara masing – masing
terutama sekali kuasa – kuasa besar dunia dan tak kurang pula negara kecil yang sedang
membangun seperti Malaysia. Kepentingan teknologi di dalam negara adalah dalam
bidang perindustrian, ekonmi, pelancongan dan yang paling penting adalah pendidikan.
Proses pendidikan di zaman yang canggih ini tidak lagi menggunakan kaedah yang lama
kerana kerajaan telah membekalkan pelbagai alatan berteknologi tinggi untuk digunakan
oleh guru. Guru sebagai medium utama untuk mengaplikasikan alatan yang telah
disediakan dari kerajaan yang mengutamakan sistem pendidikan. Kerana mereka sedar ,
generasi baru yang berfikiran jauh ke depan akan membantu dalam meningkatkan nama
negara Malaysia di mata dunia supaya disegani negara lain.
4 | P a g e
2.0 Teknologi
Secara umum, kata teknologi berasal dari bahasa Yunani technología (τεχνολογία),
di mana TECHNE (τέχνη) bermakna ‘kerajinan’ dan LOGIA (‐λογία) bermakna sains
tentang sesuatu atau cabang pengetahuan dari suatu disiplin. Menurut Judet dan Perrin
(1971, dalam Fajril, 2002), teknologi membawa makna sekumpulan pengetahuan ilmiah,
mesin, perkakas serta kemampuan organisasi produksi yang dikelola secara sistematik
dan efektif. Harahap dan Poerbahawadja (1982) pula mendefinisikan teknologi sebagai
ilmu yang menyelidiki cara-cara kerja dalam teknik dan industri. Dalam konteks ini,
segala benda-benda yang berguna kepada manusia, contohnya mesin, dan juga sistem
serta teknik boleh digolongkan sebagai teknologi.
Teknologi tidak terbatas untuk komputer, televisyen, DVD, sistem satelit dan
Internet, tetapi ianya adalah bersifat universal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
teknologi adalah cabang ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan industri bangunan,
mesin-mesin dan sebagainya (Salim, 1985). Dari definisi ini jelas bahawa teknologi
adalah berkaitan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perencanaannya. Dalam hal ini,
teknologi juga merangkumi organisasi, budaya dan sosial, serta ekonomi dan politik.
Teknologi ialah ilmu pengetahuan mengenai pembangunan dan industri (Saliman,
Sudarsono, 1993 : 216). Menurut Rogers (dalam Seels, Richey, 1994 : 12), teknologi
adalah suatu rancangan langkah instrumental untuk memperkecil keraguan mengenai
hubungan sebab akibat dalam mencapai hasil yang diharapkan. Jelaslah, teknologi ialah
pengembangan dan aplikasi dari alat, mesin, material dan proses yang menolong manusia
menyelesaikan masalahnya. Sebagai aktiviti manusia, teknologi mulai sebelum sains dan
teknik.
Tuntasnya, teknologi adalah berkaitan dengan idea atau pemikiran yang tidak
terbatas seperti keberadaan budaya umat manusia. Teknologi dapat meningkatkan
performa kemampuan manusia dalam pelbagai aspek dan bersifat universal.
5 | P a g e
2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi (KPM, 2001). Justeru, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah
teknologi yang diperlukan untuk pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT secara
amnya juga bermaksud menggunakan alat teknologi seperti komputer dan perisian untuk
mendapatkan maklumat tanpa mengira jarak dan masa. Sesungguhnya, teknologi
maklumat tidak terbatas kepada komputer sahaja tetapi ia melibatkan Internet, televisyen,
telefon bimbit, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam penyampaian maklumat dan
penerimaan maklumat (Haliza, Nenly & Aidah, 2010).
2.2 Penggunaan Teknologi, Khasnya ICT untuk Pembelajaran dan Pengajaran
Penggunaan teknologi, khasnya ICT dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP (Portal JU ICT Hulu Langat,
2007).
Menurut Stair dan Reynolds (1999, dalam Intan Safinaz & Quah, 2004), tujuan
utama ICT adalah untuk membantu organisasi mencapai tujuannya dengan membekalkan
pengurus-pengurus “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal,
mengelola dan merancang urusan dengan lebih cekap dan berkesan. Penggunaan ICT
dalam PdP mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep
yang didedahkan, di samping memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar yang mempunyai pelbagaian individu. Khususnya, ICT dapat membolehkan
pembelajaran bersendiri (individualise learning) dan mewujudkan persekitarn
pembelajaran yang menyeronokkan.
Pendek kata, penggunaan ICT dalam PdP mampu membawa hasil yang
maksimum terhadap pembelajaran pelajar dengan bimbingan yang minimum. Dengan itu,
kita seyogianya menguasai kemahiran ICT untuk menghadapi cabaran pada zaman
globalisasi ini. Sebagai renungan:
“…Computeraren’tmagic,teachers are.”
Graig Barrett.CEO, Intel Corporation.
6 | P a g e
3.0 Perkembangan ICT dalam dunia pendidikan
Apabila zaman diglobalisasikan, dunia pendidikan pun mula diperkenalkan
dengan pelbagai alat bantuan dalam pengajaran. Ini termasuklah bahan ICT. Dari zaman
dulu, kelas dengan hanya disediakan dengan papan hitam, meja, kerusi dan kapur, sampai
penggunaan Overhead Projector (OHP), dan sekarang kelas yang disediakan dengan
fasiliti audio, video, komputer, LCD dan rangkaian internet. Teknologi ini terus dibantu
dengan pelbagai perisian ataupun CD ROM yang berkaitan dengan matapelajaran. Ini
membuktikan bahawa era teknologi ini telah membawa banyak perubahan dan juga
kebaikan bidang pendidikan. Murid pada zaman abad ke-21 ini dapat menikmati
penghantaran dan penerimaan pengetahuan dengan penglibatan 5 organ deria. Mereka
tidak lagi menerima pengetahuan dengan gambar yang hitam putih dan 2D malahan
gambar yang berwarna-warni dan berbentuk 3D.
Pada zaman dulu, perkongsian ilmu adalah susah ataupun boleh dicakap tidak
mungkin dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Murid pada zaman dahulu memang
bergantung sahaja pada pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Pada zaman yang
moden dan canggih sekarang, perkongsian ilmu menjadi senang. Melalui facebook, e-
mail, youtube atau laman web, murid boleh mencapai maklumat yang mereka mahu
dengan mengerakkan jari mereka sahaja. Murid dapat mencari soalan-soalan latihandi
atas talian, membuka forum perbincangan, mencari video yang berkaitan dengan isi
kandungan matapelajaran dimana semua ini adalah tidak mungkin berlaku pada murid
zaman dahulu. Murid pada zaman yang moden ini bolehlah dikatakan dapat mengakses
pelbagai maklumat tambahan selain pada yang diberikan oleh guru dalam kelas.
7 | P a g e
3.1 Integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran
Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari Matematik. Sebagai
contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid dapat mengkaji lebih banyak
contoh ataupun perwakilan matematikal daripada kemungkinan dengan hanya
melaksanakannya dengan tangan sahaja. Akibat daripada ini, murid-murid dapat
membina dan meneroka konjekur-konjektur dengan lebih mudah dan senang.
Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat teknologi memberikan suatu hubungkait
yang istimewa kepada model-model visual matematik yang begitu berkuasa di mana
murid-murid sendiri pun tidak sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya. Kapasiti
untuk menjalankan komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan bentuk
masalah matematikal yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah untuk diperkenalkan
kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid menyelesaikan prosedur-
prosedur matematikal yang rutin dengan lebih pantas dan tepat. Justerunya, lebih banyak
masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk mengalih perhatian dan fokus mereka
kepada permodelan serta konseptual matematik.
Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat
membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji
Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan
komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory)
dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;
1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan
pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang
menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan
pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar
yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988).
8 | P a g e
Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah
menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks
dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara
luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan
sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di
mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan
pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak
mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan epembelajaran dan juga
bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya
lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan
terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya
terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang
terkini yang tidak terdapat dalam buku.
Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap
penggunaakan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian,
email,video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung
denganpelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat
secarakolaboratif. Pengetahuan dalame-pembelajaran juga dapat disebarkan secara
serentak di mana pelajar dapat mengaksesmaklumat dari mana-mana laman web yang
dikehendaki secara serentak. Ia berbezadengan kaedah tradisional yang mana pelajar
terpaksa menunggu masa dan giliranuntuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat.
E-pembelajaran juga banyakmenyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi
maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh
berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama
mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak
terikat. ICT bolehmengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan
pada guru danpembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang
rigid danterkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion
keguruan,khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung
padaguru.
9 | P a g e
Perisian yang dapat diaplikasikan dalam Matematik termasuklah Geometer’s
Sketchpad, GeoGebra, Matematika, Autugraf, Kalkulator grafik dan lain-lain lagi.
Dengan menggunakan perisian yang khas untuk Matematik ini, topik Matematik yang
memerlukan imaginasi murid menjadi lebih senang. Sebagai contoh, dengan
menggunakan geometer’s sketchpad, pengetahuan tentang penjelmaan (translasi, pantulan,
putaran dan pembesaran) dapat disampaikan dengan jelas. Selain daripada penjelmaan,
topik yang dapat menggunakan aplikasi perisian Matematik termasuklah algebra, statistik,
calculus, trigonometry, geometry dan lain-lain lagi. Apabila konsep matematik dapat
disampaikan dengan jelas, kefahaman pelajar akan meningkat.
3.2 Visualisasi
Visualisasi adalah tindakan seseorang individu dengan menghubungkan konstruk
dalaman dengan perkara yang boleh didapati melalui kepekaan. Hasil yang terbina
daripada visualisasi terdiri daripada sebarang imej visual sesuatu objek atau situasi yang
diterima oleh individu (Zazkis et al., 1996). Selain itu, visualisasi merupakan proses
mental seseorang individu apabila individu itu menggambarkan objek atau situasi
(Bishop,1989).
Menurut Noraini Idris (2001), teknologi memiliki keupayaan pendidikan yang
unik di mana ia dapat menghubungkan kepada sumber informasi dan membantu pelajar
dalam membuat gambaran tentang sesuatu masalah dan penyelesaian dengan lebih baik.
Keupayaan komputer secara langsung mambantu pembelajaran matematik melalui
kebolehannya menjana grafik secara efektif untuk memahami sesuatu konsep matematik
yang abstrak secara visualisasi. Grafik yang dijana oleh komputer mampu menghasilkan
bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi, malah ia juga boleh bersifat dinamik dan
interaktif tidak seperti di dalam buku. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk
bertindak balas dan seterusnya membantu mengembangkanpemikiran visualisasi mereka.
Menurut Moses (1982), pada peringkat memahami masalah, murid boleh memahami
masalah dengan lebih baik apabila mereka dapat menghasilkan imej visual yang situasi
dalam masalah matematik. Visualisasi boleh membantu murid dalam menyatakan semula
maksud soalan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Visualisasi juga
membantu murid mewakili dan membina model konkrit bagi situasi yang dinyatakan
10 | P a g e
dalam masalah matematik berayat. Pada peringkat merancang strategi dan melaksanakan
penyelesaian, seseorang individu mungkin perlu untuk memfokus kepada gambar,
gambar rajah atau lakaran. Dengan memfokus kepada perwakilan diagramatik atau
simbolik yang mewakili maklumat yang diberi dalam masalah matematik memudah tugas
seseorang individu merancang strategi penyelesaian.
3.3 Menghubungkaitkan
Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai
serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan
penaakulan matematik yang lain. Membuat dan menguji konjektur adalah isipati kepada
pembuktian dalam matematik. Seperti teknologi melukis graf dan hamparan elektronik
yang telah membuat konsep fungsi dan algebra mudah diperoleh oleh murid-murid;
teknologi kalkulator grafik dan perisian geometri dinamik juga telah membawa kesan
yang sama dalam membantu murid-murid membuat penaakulan matematik. Saling
hubungan di antara teknologi, konjektur dan bukti dapat digambarkan oleh model seperti
yang berikut:
Teknologi menggalakkan murid-murid membuat konjektur yang
kemudiannya diuji dan disiasat dengan menggunakan teknologi. Menentukan sama ada
konjektur-konjektur itu benar atau palsu dapat merangsangkan murid-murid untuk
berbincang dan mencari bukti-bukti matematikal untuk menentusahkan pendirian mereka.
(Balacheff , 1990
3.4 Penerokaan
ICT dalam pembelajaran penerokaan ini sesuai bagi pembelajaran berbentuk
inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, kajian masa depan dan
pembelajaran simulasi. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan
menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.Carin dan Sund (1971) mendefinisikan
inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan
penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan
kepada penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
11 | P a g e
Melalui aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat
mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di
dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah bagaimana murid dapat mengakses
maklumat dari perisian Matematik, contohnya Matematika, Geometer’s Sketch Pad,
GeoGebra dan lain-lain lagi. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid
hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh guru. Dengan
penggunaan perisian ini, murid akan meneroka dan menjumpai konteks Matematik
dengan bantuan perisian. Di sini pembelajaran simulasi berlaku. Pendekatan ini serasi dan
menyokong pendekatan konstruktivisme, iaitu teori pembelajaran yang memberi
penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran
yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Dengan cara ini murid
dapat mencari peluang untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-
masing dengan penglibatan yang lebih aktif.
4.0 ISU DAN CABARAN
Kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap
yangrendah (Ashinida et al, 2004).Faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan
ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan sekolah (Zhao et al, 2002). Ketiga-tiga faktor ini
berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995) berpendapat faktor guru adalah
kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya cabaran paling
besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan
dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009).
4.1 Penerimaan ICT oleh Warga Pendidik
Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran matematik merupakan salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru
menyampaikan sesuatu pengajaran. Akan tetapi, terdapat segelintir guru tidak mahu
mengikuti dan mengubah kaedah pengajaran mereka.Perkara ini dapat kita perhatikan
bahawa guru-guru matematik yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan
12 | P a g e
mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaranmereka.Menurut Albaugh (1997),
guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baharu dan terkini. Mereka berasa lebih
selesa dengan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang diaplikasikan dalam bilik darjah tertumpu kepada penggunaan buku
teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran
yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah
cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik
darjah. Kajian KPM pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru
menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan ICT menyebabkan
mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi. Menurut Norizan (2003),
kajiankesediaan guru menggunakan teknologi dalam pengajaran membuktikan bahawa
guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang
membantutkanpengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa
kerana berasa sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.
4.2Kekurangan Pengetahuan dan Kemahiran Mengintegrasikan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran
teknologi seseorang guru untuk mengendalikan. Oleh itu, pengintegrasian ICT dalam
pengajaran matematik di sekolah sering menghadapi kekangan terutamanya masalah
kekuranganguru matematik terlatih dalam bidang teknologi maklumat.Guru-guru yang
telah lama mengajar dalam bidang matematik khususnya kurang berpengalaman dan
pendedahan dengan penggunaan ICT.Lantaran itu, guru tidak mahir untuk membuat
perancangan pengajaran berdasarkan ICT.Ini disokong oleh kajian Wan Ibrahim (2009)
yang menunjukkan bahawa hampir tiga perempat iaitu 78.2 % dari guru-guru dalam
kajian tersebut mengaku bahawa mereka masih belum cekap atau tidak tahu untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan
sumber ICT.Hal ini turut dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Norida (2001)
13 | P a g e
ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10%
daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.
Tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus. Guru dikehendaki
menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk
menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal sebagai kemahuan
kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru kerap menggunakan hanya satu perisian sahaja
seperti pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data,
persembahan multimedia, persembahan grafik, mel elekronik dan laman web dalam
pengajaran. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan yang mana
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan
bahan teknologi khususnya dalam kalangan pelajar.
4.3 Kekangan Masa dan Beban Tugas Guru
Menurut Mazniza (2004), kebanyakan guru sedar tentang kelebihan menggunakan
komputer tetapi mereka kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah
penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru
menjadi penghalang (IAB, 2008).Bukan begitu sahaja, sesetengah guru beranggapan
bahawa inovasi dalam pengajaran termasuk ICT adalah membebankan (Fullan,
1996).Penggunaan komputer dalam pengajaran mengambil masa bagi guru-guru untuk
menyediakannya.Persediaan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar dan
memasang bahan pada komputer sebelum kelas bermula. Dengan bilangan waktu
mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak
27 waktu atau lebih dalam seminggu, maka adalah sukar bagi guru membuat persediaan
mengajar dan juga memasang bahan mengajar di makmal komputer.
Bukan begitu sahaja, tugas sebagai seorang guru era kini sangat mencabar. Guru bukanlah
hanya mengajar. Guru turut terlibat dalam kerja perkeranian dan pentadbiran sekolah.
Guru mempunyai tugas-tugas lain seperti menyandang jawatan setiausaha peperiksaan,
guru data, ketua-ketua panitia, ahli jawatankuasa PIBG dan sebagainya. Kesibukan ini
14 | P a g e
menyukarkan guru meluang masa untuk membuat persediaan yang mantap dengan
integrasi ICT.
4.4 Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan
Sistem pendidikan di Malaysia berorientasikan peperiksaan mengakibatkan guru kurang
berminat dan mengabaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Peperiksaan dianggap sebagai perkara yang sangat pentingsama ada oleh guru,
pelajar mahupun ibu bapa. Peperiksaan merupakan penanda aras dan kayu pengukur
kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut menghebahkan pencapaian
sekolah dan pelajar. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau fenomena mengajar dan
belajar untuk peperiksaan.Dalam hal ini, guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan
dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan.Pelajar diajar untuk mengingat
model jawapan.Selepas itu, guru akan memberikan latihan secara berterusan sehingga
mengabaikan kaedah pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penekanan kepada pencapaian dalam peperiksaan turut menyebabkan guru diarahkan
untuk memberi latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar. Buku latihan pelajar akan
dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru
menjalankan arahan yang diberikan.Lantaran itu, penggunaan kaedah biasa seperti buku
latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan memberikan
latihan melalui penggunaan ICT.Ini disebabkan buku-buku tersebut boleh dijadikan bukti
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang diarahkan oleh pentadbir
sekolah.
Justeru itu, pembelajaran yang lumpuh diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah
Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin.Menurut beliau, pelajar Malaysia
adalah antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan.
Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang
dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan
seharian.
15 | P a g e
4.5 Peranan Pihak Pentadbir Sekolah
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sumbangan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.Namun, kejayaan pelaksanaan dasar ICT bergantung kepada
pihak pentadbir sekolah.Peranan pihak pengurusan sekolah iaitu pengetua atau guru besar
dan penolong-penolong kanan adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalan di
peringkat sekolah.Mereka adalah penggerak yang memotivasikan guru melaksanakan
dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.Sokongan dan
galakan daripada pihak pentadbir akan menimbul semangat guru untuk mencuba
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentadbir yang tidak prihatin
akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.
4.6 Kekurangan Prasarana
Satu cabaran penting dalam pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan
prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar.Ini bermakna kemudahan ini
tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, tetapi melibatkan keseluruhan warga
sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan
pembekalan kemudahan ICT dengan pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan
pembelajaran.Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu
fasa.Ketiadaan bekalan elektrik semestinya membantutkan pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik.
Selain itu, bilangan komputer yang disalurkan kepada sesebuah sekolah masih tidak
mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran
bagi para pelajar.Makmal komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu
yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh
sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa.Justeru itu, kebiasaannya
penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan
dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang
dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap
masa.
16 | P a g e
Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian untuk memberi peluang
kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di
peringkat sekolah.Berbekal dengan pengetahuan asas ICT, para pelajar berkemampuan
menghadapi cabaran kerjaya dalam abad ke-21.Walaupun hampir semua sekolah di
Malaysia dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada
komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih
rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas.Selain itu, bilangan komputer
yang boleh digunakan seringkali terhad kerana kerosakan teknikal yang dialami.
Seringkali, kadar pengguna komputer bertambah sehingga empat atau lima orang murid
terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini telah
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
Tambahan pula, sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar tidak meluas di semua sekolah
dan tidak menepati piawaian turut menyukarkan capaian kepada internet.Rangkaian jalur
lebar yang tidak stabil dan tidak pada kelajuan minimum piawai menyukarkan
penyediaan dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
4.7 Masalah Penyelenggaraan Makmal Komputer di Sekolah
Makmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi
penyelenggaraan.Kebanyakan makmal di sekolah adalah tidak terurus kerana ketiadaan
kepakaran dari segi penyelenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik
komputer di setiap daedah, namun masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.Juruteknik
yang dilantik hanya bertugas di pejabat pendidikan daerah masing-masing dan jarang
keluar untuk membantu dalam penyelenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah.
Perkakasan dan perisian komputer di dalam makmal komputer memerlukan
penyelenggaraan yang rapi dan kerap untuk mengelakkannya daripada mudah
rosak.Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal
sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-
kerja penyelenggaraan terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri.Ini bermakna
beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kadang-kala terdapat juga guru
teknologi maklumat yang kurang berkemahiran dalam menyelenggara komputer.Dengan
17 | P a g e
ini, kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Keadaan ini memakan
perbelanjaan yang besar dan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Sehubungan
itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses
penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan komputer di sekolah-sekolah tertentu
menjadi timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian. Dukacita yang amat
sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan
ICT di sekolah tetapi dari segi penyelenggaraannya terabai.
Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengesahkan bahawa sebanyak
574 daripada 600 buah makmal komputer di zon timur tidak selamat dan merbahaya
(Utusan Malaysia, 19 Julai 2003).
Kira-kira 30 peratus komputer di makmal sekolah seluruh negara adalah komputer
bermasalah kerana perkakasan yang digunakan sudah melebihi lima tahun dan sering
rosak dan seterusnya menggagalkan usaha-usaha membudayakan ilmu ICT di sekolah.
Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (kG-MMB), Mohamed
Sabri Mohd Arshad, sistem penyelenggaraan tidak tercekap, termasuk perlu menunggu
selama tiga hingga lima bulan untuk membaiki kerosakan. Apabila komputer rosak, pihak
sekolah perlu melaporkan kepada PPD sebelum masalah itu dibawa untuk perhatian
JPN.Bukan semua aduan diberi perhatian segera kerana sikap sambil lewa sesetengah
pihak.Ini mengakibatkan juruteknik komputer datang lewat untuk membaiki komputer
yang rosak berbulan-bulan selepas aduan dibuat.
4.8 Jurang ICT dan Digital
Jurang digital bermaksud kewujudan jurang antara satu komuniti dengan komuniti yang
lain di dalam pengaksesan kepada ICT, pencapaian maklumat melalui ICT serta
memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Laporan
InternationalTelecommunications Union (ITU) pada 2002 telah mentakrifkan jurang
digital sebagaikekurangan akses kepada perkhidmatan komunikasi seperti
telefon.Takriftersebut juga merangkumi kekurangan akses kepada ICT.Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD) pada 2001 telahmenakrif jurang
digital sebagai jurang yang wujud di antara individu, isi rumah,perniagaan dan kawasan
18 | P a g e
geografi pada tahap sosio-ekonomi yang berbeza untukmendapat peluang mengakses ICT
dan mengunakan Internet untuk tujuan pelbagaiaktiviti.
Terdapat empat kategori utama halangan yang wujud berkenaan dengan akses kepada
perkhidmatan digital atau ICT.
1. Akses Mental
Akses ini menerangkan kekurangan pengalaman asasdigital yang wujud disebabkan
kurangnya minat dan teknologi baru yangtidak menarik.
2. Akses Material
Akses ini menerangkan kekurangan akses yangdisebabkan oleh kekurangan kelengkapan
peralatan dan perkhidmatanseperti perkakasan komputer dan rangkaian.
3. Akses Kemahiran
Kekurangan kemahiran digital disebabkan olehteknologi yang tidak mesra pengguna dan
kekurangan pendidikan atau latihanatau sokongan sosial.
4. Akses Penggunaan
Kekurangan peluang pengunaan memberihalangan dalam akses ini.
Ini memberi gambaran bahawa jurang digital bukan sahaja wujud dari segiteknologi dan
kos yang tinggi tetapi juga mempunyai kaitan sosio-ekonomi. (VanDijk& Hacker,2000)
Secara ringkas, jurang digital mengaitkan isu kepenggunaan, keupayaandan ketersediaan
teknologi digital seperti ICT.
Faktor-faktor lain yang turut menyebabkan jurang digital ialah faktor ekonomi ialah ,
geografi, dan kemahiran bahasa dan literasi. Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah
ketidakmampuan untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT, manakala faktor
geografi ialah ketiadaan internet dan bekalan elektrik di sesetengah tempat.Faktor
kemahiran bahasa dan literasi pula ialah tidak dapat membaca dan memahami bahasa
internet dengan baik.Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari
segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan
sebagainya memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital.
19 | P a g e
4.9 Penyalahgunaan Makmal Komputer dan Internet Percuma
Guru-guru dan pelajar-pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah
untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran seperti laman social Facebook, Skype dan sebagainya.Selain daripada
portal-portal sosial, permainan komputer atas talian turut menjadi kegilaan pelajar
sekolah masa kini.Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah
internet yang sukar dikawal.Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama,
adalah tidak wajar untuk melarang mereka daripada menggunakan internet.Namun,
langkah-langkah pemantauan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah berikut.Pelajar
sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia.Penyalahgunaan internet di
kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan
pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini.
4.10 Keselamatan ICT
Terdapat pelbagai ancaman dan serangan siber yang dilakukan oleh individu yang tidak
bertanggungjawab yang dikenali sebagai penggodam.Ancaman terdiri daripada beberapa
jenis iaitu virus komputer, phishing, penipuan internet, Malware atau Cyberstalking.
Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosakan perisian dan perkakasan
komputer. Virus boleh berjangkit antara satu komputer dengan komputer yang lain.
Jangkitan virus dapat diperoleh melalui e-mel, cakera padat, pendrive, storan sekunder
yang lain serta perisian dan bahan yang dimuat turun daripada internet. Selitan mesej
dalam bentuk iklan dan mesej turut mengakibatkan jangkitan virus terhadap komputer.
Kesemua ini telah mengakibatkan komputer menjadi perlahan, operasi sukar dijalankan,
kandungan data berubah dan sebagainya.Secara tidak langsung, proses pengajaran dan
pembelajaran terjejas dengan timbulnya masalah-masalah berikut.
20 | P a g e
5.0 Usaha Penyelesaian
5.1 Peranan Kerajaan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Seri Mahathir Mohamad telah
melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Selain itu,
kerajaan juga sentiasa memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan
kelengkapan makmal komputer yang mencukupi terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar. Hal ini disebabkan pelajar-pelajar luar bandar harus diajar untuk menggunakan
komputer sejak usia pujuk supaya jurang pelajar bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.
Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan guru, kerajaan
telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Pusat Internet Desa (PID)
dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah
dan Sarawak, seperti di kawasan Kota Samarahan dan Bario (Jamaludin, 2005). Pusat
Internet Desa telah dibangunkan sejak April 2000. Sehingga kini, sebanyak 42 Pusat
Internet Desa telah beroperasi diseluruh negara. Setiap PID dilengkapi dengan 5 hingga 7
buah komputer, sebuah pencetak, sebuah projektor, sebuah mesin faks, dua webcam serta
akses internet. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah komputer dan akses internet,
latihan-latihan ICT asas, dan pembangunan laman-laman web tempatan atau blog.
Beberapa aktiviti-aktiviti ICT telah dikendalikan dari semasa ke semasa seperti hari
komuniti dengan PID, bengkel-bengkel, dan seminar.
Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah menyentuh
tentang aspek memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Sepanjang dekad yang lalu, pihak kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM6
bilion untuk ICT dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Walau
bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan,
baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
Menjelang tahun 2013, pihak kerajaan telah meningkatkan akses internet dan persekitaran
pembelajaran maya melalui 1 Bestari Net untuk semua 10,000 sekolah. Dalam masa yang
terdekat, semua murid berpeluang akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1
Bestari Net. Rangkaian ini bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan
pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi
sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi
secara maya.
21 | P a g e
Selain itu, pihak kerajaan juga menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian
amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan
pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh mengakses lebih banyak
contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini dimulakan
dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata
pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Bagi
guru, sumber ini boleh digunakan untuk mendapatkan idea. Murid pula boleh
menjadikannya sebagai alat ulang kaji.
Kerajaan juga menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal
menjadi tenaga pengajar di sekolah dan universiti. Demi memastikan pendidikan
Malaysia tidak hanyut ditelan arus pemodenan, kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan
semasa masyarakat dan perubahan teknologi global.
Seterusnya, pihak kerajaan juga harus menyediakan latihan intensif kepada para guru.
Guru-guru diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam PdP oleh tenaga
pengajar yang berpengalaman dan terlatih. Oleh sebab kursus sebegini memakan belanja
dan kos yang tinggi, pihak kerajaan juga harus menyarankan guru-guru mengambil
inisiatif untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Hal ini disebabkan menghadiri
kursus tetapi tidak mengaplikasikan hasil dapatan kursus dalam PdP harian amat
membazirkan.
Akhir-akhir ini, ujian sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijalankan secara online untuk menguji pengetahuan
am komputer para guru. Ujian ini juga merupakan salah satu komponen penting dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan termasuk guru dan pentadbir wajib menjawab semua soalan
mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.
5.2 Peranan Sekolah
Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah.
Mereka bukan sahaja perlu memberikan sokongan dari segi kewangan tetapi juga
memainkan peranan penting sebagai pelaksana.
Demi menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya
disediakan untuk membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan
22 | P a g e
progresif. Sesuatu polisi perlu disemak sekurang-kurangnya setahun sekali, terutamanya
apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerangka polisi ICT haruslah dibina berdasarkan
kepada perancangan sekolah, pandangan ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat
Pendidikan Daerah dan selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya terlibat
dalam program pembangunan yang dirancang oleh pihak sekolah supaya dapat
membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan
seterusnya memantau pelaksanaannya.
Selain daripada polisi yang diwujudkan, jawatan juruteknik juga harus diwujudkan untuk
membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada di bawah penyeliaan
Guru Data, Pengetua atau Guru Besar. Hal ini disebabkan kaedah merujuk kepada pihak
luar dalam pembaikan kerosakan komputer biasanya memakan perbelanjaan yang besar.
PdP juga akan terganggu. Maka, jawatan juruteknik harus diwujudkan untuk
menyelenggarakan kemudahan dan perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan, dan aplikasi
yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah, serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan
dan penyelenggaraan kelengkapan ICT yang rosak, contohnya kerosakan perkakasan
utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
Seterusnya, pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan
dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal
komputer pula hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbir
agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul dalam kalangan guru. Demi meningkatkan
penggunaan komputer dalam kalangan guru, Zoraini (2000) telah mencadangkan supaya
bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan akses
ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru
mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada para guru. Oleh sebab
setiap sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan
menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar, terdapat sekolah yang
bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Bagi
meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah pula, terdapat sekolah yang
23 | P a g e
mendapatkan kerjasama daripada pembekal internet (ISP) untuk mengurangkan kos
tanggungan pengguna.
Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus sentiasa peka terhadap keperluan dan tahap
penguasaan para guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Hal ini adalah
penting dalam perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus luaran atau
dalaman kepada para guru. Kursus-kursus atau program perkembangan staf adalah amat
penting dalam meastikan guru-guru menguasai ilmu dan berketrampilan untuk
menggunakan peralatan ICT secara efektif dan berkesan semasa PdP berlangsung.
Program atau kursus yang diadakan harus selari dengan polisi ICT dan pelan
pembangunan sekolah.
5.3 Peranan Guru
Di bawah kerangka behaviourisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai
maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada.
Demi menjadikan pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviourisme dan kognitivisme
lebih bermakna, pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT diperlukan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena
yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras,
latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori.
Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan adalah dalam bentuk pembelajaran
ekspositori. Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial pula direka
dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional PdP, iaitu model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima
(Merill, 1996). Para guru digalakkan mempertimbangkan penggunaan perisian-perisian
ini dalam perancangan PdP masing-masing. Walau bagaimanapun, para guru perlu
menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses PdP untuk memastikan
proses PdP berjalan dengan efektif dan berkesan.
Melalui pendekatan teori pembelajaran konstruktivisme, guru berperanan sebagai
fasilitator dalam mengendalikan proses PdP dan menggunakan ICT sebagai alat bantu
belajar. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk
menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan PdP. Melalui pembelajaran sebegini,
murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensiklopedia multimedia atau
24 | P a g e
bahan-bahan daripada internet. Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan
digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Semasa menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan, para guru perlulah memberikan
perhatian yang mencukupi kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat
yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding, dan menilai). Dalam proses
pembelajaran ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana
pemikiran murid-murid. Hal ini selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan
Malaysia masa kini, iaitu menerapkan konsep KBAT dalam PdP yang dirancang. Peranan
guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan
persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada
perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah
untuk membantu proses PdP seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan
untuk mesin taip elektronik.
Selain itu, guru juga boleh mengambil peluang daripada keupayaan ICT yang memainkan
peranan sebagai alat komunikasi untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam
kelas. Kaedah ini dapat digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi
yang berbeza berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi. Aktiviti sebegini akan mewujudkan hubungan kerja
berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci
untuk memastikan disiplin murid semasa menggunakan e-mail atau chat room dalam
pembelajaran kolaboratif.
5.4 Peranan Pelajar
Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti
untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar juga boleh mengulang kaji sesuatu
mata pelajaran mengikut kadar sendiri melalui tutorial yang disediakan. Terdapat
pelbagai projek yang disediakan dalam laman web untuk membolehkan pelajar
mengakses maklumat yang berkaitan. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah
yang sama atau sekolah yang berbeza melalui emel untuk berkongsi maklumat yang
ditemui. Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain.
Misalnya, pautan emel Pelajar dan Cadangan Pelajar.
25 | P a g e
5.5 Peranan Masyarakat
Demi memantapkan integrasi ICT dalam proses PdP, pelbagai perkhidmatan luar seperti
pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat boleh
dijadikan sebagai sumber bantuan. Khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah PdP
menggunakan ICT boleh diperoleh dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi
untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Komuniti setempat
juga boleh dijadikan sumber sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu
guru-guru dalam penggunaan ICT yang berkesan dalam PdP.
26 | P a g e
Rujukan:
Albaugh, P. (1997). The role of skepticismin preparing teachers for the use of technology.Eric
Document ED: pp, 339-406.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan
PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran danpembelajaran
Bahasa Arab sebagaibahasa asing: Satu tinjauan awal.Online Journal ofLanguage
Studies (GEMA).Dilayaripada 1 Jun 2014, dari
http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm
Balacheff, N. (1990). Towards a problématique for research on mathematics teaching. Journal for
Research in Mathematics Education, 21, 258-272.
Carin, A.A. &Sund, R.B. (1971).Developing Question Techniques: A Self-Concept Approach.
Columbus, OH: Charles E. Merrill.
Educational Testing Service. (2007). A Digital Transformation A Framework For ICTLiteracy
(White Paper). International ICT Literacy Panel.Centre for Science, Development and
Media Studies (CSDMS).2007.digitalLearning(Monthly Magazine) – Volume III,Issue 12
December 2007.
Ely, D.P. (1995). Technology is the answer!But what was the question? The James P.
CurtisDistinguished Lecture,Capstone College of Education Society, University of
Alabama.
Fajril, A. R. (2002). Konsep Teknologi: Evolusi dan Pengertian Teknologi.
http://www.scribd.com/doc/211535432/02-Perkembangan-Teknologi
FakhrulAnuar Aziz. (2002). “MemanfaatkanSumber-sumberPercuma Internet dan WWW
untukPendidikan.”Prosiding Seminar
TeknologiMaklumatdanKomunikasiDalamPendidikan: “Penggunaan TMK
dalamPendidikanPemangkinKebestarianPendidikan.” 18-19 Sept. 2002, Kuching,
Sarawak.
Fullan, M. (1996).The new meaning of educational change.New York:Teacher College Press.
Haliza Binti Sainan, Nenly Marudi dan Aidah Binti Sulaiman. (2010). Definisi Tentang Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT). http://kumpulan1kawan.blogspot.com/p/test.html
Harahap,Poerbahawatja,(1982). Ensiklopedi Pendidikan. Jakarta:PT Gunung Agung.
Hasselbring, T.S., Goin, L.I.,&Bransford, J.D.,1988. “Developing Math Automaticity
in Learning Handicapped Children : The Role of Computerized Drill and Practice.” Focus
on Exceptional Children, 20, 1-7.
Intan Safinaz Zainudin & Quah, C. K. (2004). Perkhidmatan Terjemahan Dalam-Talian Malaysia:
Satu Kajian Awal. GEMA Online Journal of Language Studies.
Jamaludin, R. (2005) Multimedia dalamPendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd
Kulik, J.,Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on
Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26.
Kulik, J.,Bangert, R. & Williams, G. (1984). “Effects of Computer Based Education in
Elementery Schools.” Computer in Human Behavior, 1 (1) : 59-74.
Kulik, C.C. &Kulik, J.A. (1986). “Effects of Computer Based Education in Colleges.”
AEDS Journal, 19 (2-3) : 81-108.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) DalamPengajaran Dan Pembelajaran.
Lee,M. & Winzenried, A. (2009).The use of instructional technology in schools.Victoria,
Australia:Australian Council for Educational Research Ltd.
Merill, P.F.,Hammons, K.,Vincent, B.R.,Reynolds, P.L.,Christensen, L. & Tolman,M. (1996).
Computers in education. Needham Height, MA: Allyn & Bacon.
Moses,B.(1982).Visualization:ADifferentApproachtoProblemSolving.SchoolScience
And Mathematics,82,141-147.
1 | P a g e
NorainiIdris. (2009). The Impact of using Geometers’ Sketchpad on Malaysian Students’
Achievement and Van Hiele Geometric Thinking.Journal of Mathematics Education.2(2).
94-107
Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer DalamProsesPenghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana
Universiti Putra Malaysia
Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachersin Malaysian
secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Dilayari pada 2 Jun 2014, dari
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf
Portal Jurulatih Utama ICT Hulu Langsat. (2007). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. http://ppdhl.blogspot.com/2007/09/penggunaan-ict-dalam-pengajaran-
dan.html
Rio SumarniShariffuddin.(1997).
“PengajarandanPembelajaranSainsBerbantukanKomputer.”JurnalPendidikan UTM. Jilid
3.Bil 1. April 1995: hal.1-5.
Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review
of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89
Seels, Richey. (1994). Teknologi Pendidikan definisi dan kawasannya.Jakarta:UNJ
Van Dijk, J. and Hacker,K.L. (2000). The Digital Divide as a Complex and Dynamic
Phenomenon. Proceeding of the 50th Annual Conference of the International
Communication Association. Acapulco:International Communication Association, 1-5
June 2000
Wan Ibrahim, W.M., Lah, H.A.,Jusoh, Z.,& Ibrahim, Z. (2009).Tahap keperluan pengetahuan
dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru di
beberapa buah sekolah di jajahan Kota Bharu Kelatan. Dilayari pada 1 Jun 2014, dari
http://ipislam.edu.my/kplir/sains-perp/ICT.htm
Zazkis,R.,Dubinsky, E.&Dauterman,J.(1996).Usingvisualandanalyticstrategies: A
studyofstudentsunderstanding ofpermutationandsymmetrygroups’.Journalof
ResearchinMathematicsEducation,27(4),43
Zhao, Y., Pugh, K.,Sheldon, S. & Byers, J. L. (2002). Conditions for classroom technology
innovations.Teachers College Record, 104 (3),482-515.
Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai, pp
31.

Ict for teaching and learning

  • 1.
    SEMESTER 3 SESI2013/2014 SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS TUGASAN 2 TITLE : USING TECHNOLOGY, PARTICULARLY ICT FOR TEACHING AND LEARNING DISEDIAKAN OLEH BIL NAMA NO MATRIK 1 BETTY CHIEW MEE HUI M20131000387 2 LO SIEW LING M20131000397 3 NGAN JIA ING M20131000406 4 MUHAMMAD AZWAN BIN MOHD. TALAL M20131000519 5 WONGE-MANN M20131000523 PENSYARAH:DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH PEMARKAHAN
  • 2.
    2 | Pa g e ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan 3 2.0 Teknologi 4 2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 5 2.2 Penggunaan Teknologi 5 3.0 Perkembangan ICT dalam dunia Pendidikan 6 3.1 Integriti ICT dalam pembelajaran dan pengajaran 7 2.5 Visualisasi 9 2.6 Menghubungkaitkan 10 2.7 Penerokaan 10 4.0 Isu dan Cabaran 11 4.1 Penerimaan ICT oleh warga pendidik 11 4.2 Kekurangan pengetahuan dan kemahiran ICT 12 4.3 Kekangan masa dan beban guru 13 4.4 Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan 14 4.5 Peranan pentadbir sekolah 15 4.6 Kekurangan prasarana 15 4.7 Masalah penyelenggaraan makmal komputer 16 4.8 Jurang ICT dan digital 17 4.9 Penyalahgunaan makmal komputer dan internet 19 4.10 Keselamatan ICT 19 5.0 Usaha Kerajaan 5.1 Peranan kerajaan 5.2 Peranan sekolah 5.3 Peranan guru 5.4 Peranan pelajar 5.5 Peranan masyarakat Rujukan 20 20 21 23 24 25 26
  • 3.
    3 | Pa g e 1.0 Pendahuluan Teknologi adalah menjadi satu saingan pada abad ke 21 ini. Semua negara di dunia berlumba – lumba untuk meningkatkan teknologi di negara masing – masing terutama sekali kuasa – kuasa besar dunia dan tak kurang pula negara kecil yang sedang membangun seperti Malaysia. Kepentingan teknologi di dalam negara adalah dalam bidang perindustrian, ekonmi, pelancongan dan yang paling penting adalah pendidikan. Proses pendidikan di zaman yang canggih ini tidak lagi menggunakan kaedah yang lama kerana kerajaan telah membekalkan pelbagai alatan berteknologi tinggi untuk digunakan oleh guru. Guru sebagai medium utama untuk mengaplikasikan alatan yang telah disediakan dari kerajaan yang mengutamakan sistem pendidikan. Kerana mereka sedar , generasi baru yang berfikiran jauh ke depan akan membantu dalam meningkatkan nama negara Malaysia di mata dunia supaya disegani negara lain.
  • 4.
    4 | Pa g e 2.0 Teknologi Secara umum, kata teknologi berasal dari bahasa Yunani technología (τεχνολογία), di mana TECHNE (τέχνη) bermakna ‘kerajinan’ dan LOGIA (‐λογία) bermakna sains tentang sesuatu atau cabang pengetahuan dari suatu disiplin. Menurut Judet dan Perrin (1971, dalam Fajril, 2002), teknologi membawa makna sekumpulan pengetahuan ilmiah, mesin, perkakas serta kemampuan organisasi produksi yang dikelola secara sistematik dan efektif. Harahap dan Poerbahawadja (1982) pula mendefinisikan teknologi sebagai ilmu yang menyelidiki cara-cara kerja dalam teknik dan industri. Dalam konteks ini, segala benda-benda yang berguna kepada manusia, contohnya mesin, dan juga sistem serta teknik boleh digolongkan sebagai teknologi. Teknologi tidak terbatas untuk komputer, televisyen, DVD, sistem satelit dan Internet, tetapi ianya adalah bersifat universal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi adalah cabang ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan industri bangunan, mesin-mesin dan sebagainya (Salim, 1985). Dari definisi ini jelas bahawa teknologi adalah berkaitan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perencanaannya. Dalam hal ini, teknologi juga merangkumi organisasi, budaya dan sosial, serta ekonomi dan politik. Teknologi ialah ilmu pengetahuan mengenai pembangunan dan industri (Saliman, Sudarsono, 1993 : 216). Menurut Rogers (dalam Seels, Richey, 1994 : 12), teknologi adalah suatu rancangan langkah instrumental untuk memperkecil keraguan mengenai hubungan sebab akibat dalam mencapai hasil yang diharapkan. Jelaslah, teknologi ialah pengembangan dan aplikasi dari alat, mesin, material dan proses yang menolong manusia menyelesaikan masalahnya. Sebagai aktiviti manusia, teknologi mulai sebelum sains dan teknik. Tuntasnya, teknologi adalah berkaitan dengan idea atau pemikiran yang tidak terbatas seperti keberadaan budaya umat manusia. Teknologi dapat meningkatkan performa kemampuan manusia dalam pelbagai aspek dan bersifat universal.
  • 5.
    5 | Pa g e 2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi (KPM, 2001). Justeru, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah teknologi yang diperlukan untuk pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT secara amnya juga bermaksud menggunakan alat teknologi seperti komputer dan perisian untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira jarak dan masa. Sesungguhnya, teknologi maklumat tidak terbatas kepada komputer sahaja tetapi ia melibatkan Internet, televisyen, telefon bimbit, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam penyampaian maklumat dan penerimaan maklumat (Haliza, Nenly & Aidah, 2010). 2.2 Penggunaan Teknologi, Khasnya ICT untuk Pembelajaran dan Pengajaran Penggunaan teknologi, khasnya ICT dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP (Portal JU ICT Hulu Langat, 2007). Menurut Stair dan Reynolds (1999, dalam Intan Safinaz & Quah, 2004), tujuan utama ICT adalah untuk membantu organisasi mencapai tujuannya dengan membekalkan pengurus-pengurus “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang urusan dengan lebih cekap dan berkesan. Penggunaan ICT dalam PdP mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep yang didedahkan, di samping memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagaian individu. Khususnya, ICT dapat membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning) dan mewujudkan persekitarn pembelajaran yang menyeronokkan. Pendek kata, penggunaan ICT dalam PdP mampu membawa hasil yang maksimum terhadap pembelajaran pelajar dengan bimbingan yang minimum. Dengan itu, kita seyogianya menguasai kemahiran ICT untuk menghadapi cabaran pada zaman globalisasi ini. Sebagai renungan: “…Computeraren’tmagic,teachers are.” Graig Barrett.CEO, Intel Corporation.
  • 6.
    6 | Pa g e 3.0 Perkembangan ICT dalam dunia pendidikan Apabila zaman diglobalisasikan, dunia pendidikan pun mula diperkenalkan dengan pelbagai alat bantuan dalam pengajaran. Ini termasuklah bahan ICT. Dari zaman dulu, kelas dengan hanya disediakan dengan papan hitam, meja, kerusi dan kapur, sampai penggunaan Overhead Projector (OHP), dan sekarang kelas yang disediakan dengan fasiliti audio, video, komputer, LCD dan rangkaian internet. Teknologi ini terus dibantu dengan pelbagai perisian ataupun CD ROM yang berkaitan dengan matapelajaran. Ini membuktikan bahawa era teknologi ini telah membawa banyak perubahan dan juga kebaikan bidang pendidikan. Murid pada zaman abad ke-21 ini dapat menikmati penghantaran dan penerimaan pengetahuan dengan penglibatan 5 organ deria. Mereka tidak lagi menerima pengetahuan dengan gambar yang hitam putih dan 2D malahan gambar yang berwarna-warni dan berbentuk 3D. Pada zaman dulu, perkongsian ilmu adalah susah ataupun boleh dicakap tidak mungkin dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Murid pada zaman dahulu memang bergantung sahaja pada pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Pada zaman yang moden dan canggih sekarang, perkongsian ilmu menjadi senang. Melalui facebook, e- mail, youtube atau laman web, murid boleh mencapai maklumat yang mereka mahu dengan mengerakkan jari mereka sahaja. Murid dapat mencari soalan-soalan latihandi atas talian, membuka forum perbincangan, mencari video yang berkaitan dengan isi kandungan matapelajaran dimana semua ini adalah tidak mungkin berlaku pada murid zaman dahulu. Murid pada zaman yang moden ini bolehlah dikatakan dapat mengakses pelbagai maklumat tambahan selain pada yang diberikan oleh guru dalam kelas.
  • 7.
    7 | Pa g e 3.1 Integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari Matematik. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematikal daripada kemungkinan dengan hanya melaksanakannya dengan tangan sahaja. Akibat daripada ini, murid-murid dapat membina dan meneroka konjekur-konjektur dengan lebih mudah dan senang. Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat teknologi memberikan suatu hubungkait yang istimewa kepada model-model visual matematik yang begitu berkuasa di mana murid-murid sendiri pun tidak sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya. Kapasiti untuk menjalankan komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan bentuk masalah matematikal yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid menyelesaikan prosedur- prosedur matematikal yang rutin dengan lebih pantas dan tepat. Justerunya, lebih banyak masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk mengalih perhatian dan fokus mereka kepada permodelan serta konseptual matematik. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988).
  • 8.
    8 | Pa g e Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan epembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap penggunaakan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email,video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung denganpelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secarakolaboratif. Pengetahuan dalame-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengaksesmaklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbezadengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliranuntuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyakmenyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT bolehmengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru danpembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid danterkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan,khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung padaguru.
  • 9.
    9 | Pa g e Perisian yang dapat diaplikasikan dalam Matematik termasuklah Geometer’s Sketchpad, GeoGebra, Matematika, Autugraf, Kalkulator grafik dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan perisian yang khas untuk Matematik ini, topik Matematik yang memerlukan imaginasi murid menjadi lebih senang. Sebagai contoh, dengan menggunakan geometer’s sketchpad, pengetahuan tentang penjelmaan (translasi, pantulan, putaran dan pembesaran) dapat disampaikan dengan jelas. Selain daripada penjelmaan, topik yang dapat menggunakan aplikasi perisian Matematik termasuklah algebra, statistik, calculus, trigonometry, geometry dan lain-lain lagi. Apabila konsep matematik dapat disampaikan dengan jelas, kefahaman pelajar akan meningkat. 3.2 Visualisasi Visualisasi adalah tindakan seseorang individu dengan menghubungkan konstruk dalaman dengan perkara yang boleh didapati melalui kepekaan. Hasil yang terbina daripada visualisasi terdiri daripada sebarang imej visual sesuatu objek atau situasi yang diterima oleh individu (Zazkis et al., 1996). Selain itu, visualisasi merupakan proses mental seseorang individu apabila individu itu menggambarkan objek atau situasi (Bishop,1989). Menurut Noraini Idris (2001), teknologi memiliki keupayaan pendidikan yang unik di mana ia dapat menghubungkan kepada sumber informasi dan membantu pelajar dalam membuat gambaran tentang sesuatu masalah dan penyelesaian dengan lebih baik. Keupayaan komputer secara langsung mambantu pembelajaran matematik melalui kebolehannya menjana grafik secara efektif untuk memahami sesuatu konsep matematik yang abstrak secara visualisasi. Grafik yang dijana oleh komputer mampu menghasilkan bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi, malah ia juga boleh bersifat dinamik dan interaktif tidak seperti di dalam buku. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertindak balas dan seterusnya membantu mengembangkanpemikiran visualisasi mereka. Menurut Moses (1982), pada peringkat memahami masalah, murid boleh memahami masalah dengan lebih baik apabila mereka dapat menghasilkan imej visual yang situasi dalam masalah matematik. Visualisasi boleh membantu murid dalam menyatakan semula maksud soalan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Visualisasi juga membantu murid mewakili dan membina model konkrit bagi situasi yang dinyatakan
  • 10.
    10 | Pa g e dalam masalah matematik berayat. Pada peringkat merancang strategi dan melaksanakan penyelesaian, seseorang individu mungkin perlu untuk memfokus kepada gambar, gambar rajah atau lakaran. Dengan memfokus kepada perwakilan diagramatik atau simbolik yang mewakili maklumat yang diberi dalam masalah matematik memudah tugas seseorang individu merancang strategi penyelesaian. 3.3 Menghubungkaitkan Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain. Membuat dan menguji konjektur adalah isipati kepada pembuktian dalam matematik. Seperti teknologi melukis graf dan hamparan elektronik yang telah membuat konsep fungsi dan algebra mudah diperoleh oleh murid-murid; teknologi kalkulator grafik dan perisian geometri dinamik juga telah membawa kesan yang sama dalam membantu murid-murid membuat penaakulan matematik. Saling hubungan di antara teknologi, konjektur dan bukti dapat digambarkan oleh model seperti yang berikut: Teknologi menggalakkan murid-murid membuat konjektur yang kemudiannya diuji dan disiasat dengan menggunakan teknologi. Menentukan sama ada konjektur-konjektur itu benar atau palsu dapat merangsangkan murid-murid untuk berbincang dan mencari bukti-bukti matematikal untuk menentusahkan pendirian mereka. (Balacheff , 1990 3.4 Penerokaan ICT dalam pembelajaran penerokaan ini sesuai bagi pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, kajian masa depan dan pembelajaran simulasi. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT.Carin dan Sund (1971) mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan kepada penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • 11.
    11 | Pa g e Melalui aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Ini termasuklah bagaimana murid dapat mengakses maklumat dari perisian Matematik, contohnya Matematika, Geometer’s Sketch Pad, GeoGebra dan lain-lain lagi. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh guru. Dengan penggunaan perisian ini, murid akan meneroka dan menjumpai konteks Matematik dengan bantuan perisian. Di sini pembelajaran simulasi berlaku. Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan konstruktivisme, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Dengan cara ini murid dapat mencari peluang untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing- masing dengan penglibatan yang lebih aktif. 4.0 ISU DAN CABARAN Kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yangrendah (Ashinida et al, 2004).Faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan sekolah (Zhao et al, 2002). Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995) berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009). 4.1 Penerimaan ICT oleh Warga Pendidik Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran matematik merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu pengajaran. Akan tetapi, terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti dan mengubah kaedah pengajaran mereka.Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru matematik yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan
  • 12.
    12 | Pa g e mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaranmereka.Menurut Albaugh (1997), guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baharu dan terkini. Mereka berasa lebih selesa dengan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam bilik darjah tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Kajian KPM pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan ICT menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi. Menurut Norizan (2003), kajiankesediaan guru menggunakan teknologi dalam pengajaran membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkanpengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana berasa sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. 4.2Kekurangan Pengetahuan dan Kemahiran Mengintegrasikan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran teknologi seseorang guru untuk mengendalikan. Oleh itu, pengintegrasian ICT dalam pengajaran matematik di sekolah sering menghadapi kekangan terutamanya masalah kekuranganguru matematik terlatih dalam bidang teknologi maklumat.Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang matematik khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT.Lantaran itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT.Ini disokong oleh kajian Wan Ibrahim (2009) yang menunjukkan bahawa hampir tiga perempat iaitu 78.2 % dari guru-guru dalam kajian tersebut mengaku bahawa mereka masih belum cekap atau tidak tahu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan sumber ICT.Hal ini turut dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Norida (2001)
  • 13.
    13 | Pa g e ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia. Tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus. Guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal sebagai kemahuan kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru kerap menggunakan hanya satu perisian sahaja seperti pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan multimedia, persembahan grafik, mel elekronik dan laman web dalam pengajaran. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan yang mana pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi khususnya dalam kalangan pelajar. 4.3 Kekangan Masa dan Beban Tugas Guru Menurut Mazniza (2004), kebanyakan guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi mereka kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang (IAB, 2008).Bukan begitu sahaja, sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran termasuk ICT adalah membebankan (Fullan, 1996).Penggunaan komputer dalam pengajaran mengambil masa bagi guru-guru untuk menyediakannya.Persediaan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar dan memasang bahan pada komputer sebelum kelas bermula. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu atau lebih dalam seminggu, maka adalah sukar bagi guru membuat persediaan mengajar dan juga memasang bahan mengajar di makmal komputer. Bukan begitu sahaja, tugas sebagai seorang guru era kini sangat mencabar. Guru bukanlah hanya mengajar. Guru turut terlibat dalam kerja perkeranian dan pentadbiran sekolah. Guru mempunyai tugas-tugas lain seperti menyandang jawatan setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, ahli jawatankuasa PIBG dan sebagainya. Kesibukan ini
  • 14.
    14 | Pa g e menyukarkan guru meluang masa untuk membuat persediaan yang mantap dengan integrasi ICT. 4.4 Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan Sistem pendidikan di Malaysia berorientasikan peperiksaan mengakibatkan guru kurang berminat dan mengabaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Peperiksaan dianggap sebagai perkara yang sangat pentingsama ada oleh guru, pelajar mahupun ibu bapa. Peperiksaan merupakan penanda aras dan kayu pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut menghebahkan pencapaian sekolah dan pelajar. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau fenomena mengajar dan belajar untuk peperiksaan.Dalam hal ini, guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan.Pelajar diajar untuk mengingat model jawapan.Selepas itu, guru akan memberikan latihan secara berterusan sehingga mengabaikan kaedah pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Penekanan kepada pencapaian dalam peperiksaan turut menyebabkan guru diarahkan untuk memberi latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar. Buku latihan pelajar akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan.Lantaran itu, penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT.Ini disebabkan buku-buku tersebut boleh dijadikan bukti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang diarahkan oleh pentadbir sekolah. Justeru itu, pembelajaran yang lumpuh diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin.Menurut beliau, pelajar Malaysia adalah antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
  • 15.
    15 | Pa g e 4.5 Peranan Pihak Pentadbir Sekolah Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sumbangan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.Namun, kejayaan pelaksanaan dasar ICT bergantung kepada pihak pentadbir sekolah.Peranan pihak pengurusan sekolah iaitu pengetua atau guru besar dan penolong-penolong kanan adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah.Mereka adalah penggerak yang memotivasikan guru melaksanakan dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.Sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir akan menimbul semangat guru untuk mencuba mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. 4.6 Kekurangan Prasarana Satu cabaran penting dalam pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar.Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Terdapat sesetengah sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dengan pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa.Ketiadaan bekalan elektrik semestinya membantutkan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, bilangan komputer yang disalurkan kepada sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar.Makmal komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa.Justeru itu, kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa.
  • 16.
    16 | Pa g e Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah.Berbekal dengan pengetahuan asas ICT, para pelajar berkemampuan menghadapi cabaran kerjaya dalam abad ke-21.Walaupun hampir semua sekolah di Malaysia dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas.Selain itu, bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad kerana kerosakan teknikal yang dialami. Seringkali, kadar pengguna komputer bertambah sehingga empat atau lima orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini telah mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Tambahan pula, sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar tidak meluas di semua sekolah dan tidak menepati piawaian turut menyukarkan capaian kepada internet.Rangkaian jalur lebar yang tidak stabil dan tidak pada kelajuan minimum piawai menyukarkan penyediaan dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 4.7 Masalah Penyelenggaraan Makmal Komputer di Sekolah Makmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan.Kebanyakan makmal di sekolah adalah tidak terurus kerana ketiadaan kepakaran dari segi penyelenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daedah, namun masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.Juruteknik yang dilantik hanya bertugas di pejabat pendidikan daerah masing-masing dan jarang keluar untuk membantu dalam penyelenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah. Perkakasan dan perisian komputer di dalam makmal komputer memerlukan penyelenggaraan yang rapi dan kerap untuk mengelakkannya daripada mudah rosak.Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja- kerja penyelenggaraan terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri.Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kadang-kala terdapat juga guru teknologi maklumat yang kurang berkemahiran dalam menyelenggara komputer.Dengan
  • 17.
    17 | Pa g e ini, kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Keadaan ini memakan perbelanjaan yang besar dan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan komputer di sekolah-sekolah tertentu menjadi timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyelenggaraannya terabai. Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengesahkan bahawa sebanyak 574 daripada 600 buah makmal komputer di zon timur tidak selamat dan merbahaya (Utusan Malaysia, 19 Julai 2003). Kira-kira 30 peratus komputer di makmal sekolah seluruh negara adalah komputer bermasalah kerana perkakasan yang digunakan sudah melebihi lima tahun dan sering rosak dan seterusnya menggagalkan usaha-usaha membudayakan ilmu ICT di sekolah. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (kG-MMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, sistem penyelenggaraan tidak tercekap, termasuk perlu menunggu selama tiga hingga lima bulan untuk membaiki kerosakan. Apabila komputer rosak, pihak sekolah perlu melaporkan kepada PPD sebelum masalah itu dibawa untuk perhatian JPN.Bukan semua aduan diberi perhatian segera kerana sikap sambil lewa sesetengah pihak.Ini mengakibatkan juruteknik komputer datang lewat untuk membaiki komputer yang rosak berbulan-bulan selepas aduan dibuat. 4.8 Jurang ICT dan Digital Jurang digital bermaksud kewujudan jurang antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di dalam pengaksesan kepada ICT, pencapaian maklumat melalui ICT serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Laporan InternationalTelecommunications Union (ITU) pada 2002 telah mentakrifkan jurang digital sebagaikekurangan akses kepada perkhidmatan komunikasi seperti telefon.Takriftersebut juga merangkumi kekurangan akses kepada ICT.Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada 2001 telahmenakrif jurang digital sebagai jurang yang wujud di antara individu, isi rumah,perniagaan dan kawasan
  • 18.
    18 | Pa g e geografi pada tahap sosio-ekonomi yang berbeza untukmendapat peluang mengakses ICT dan mengunakan Internet untuk tujuan pelbagaiaktiviti. Terdapat empat kategori utama halangan yang wujud berkenaan dengan akses kepada perkhidmatan digital atau ICT. 1. Akses Mental Akses ini menerangkan kekurangan pengalaman asasdigital yang wujud disebabkan kurangnya minat dan teknologi baru yangtidak menarik. 2. Akses Material Akses ini menerangkan kekurangan akses yangdisebabkan oleh kekurangan kelengkapan peralatan dan perkhidmatanseperti perkakasan komputer dan rangkaian. 3. Akses Kemahiran Kekurangan kemahiran digital disebabkan olehteknologi yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan atau latihanatau sokongan sosial. 4. Akses Penggunaan Kekurangan peluang pengunaan memberihalangan dalam akses ini. Ini memberi gambaran bahawa jurang digital bukan sahaja wujud dari segiteknologi dan kos yang tinggi tetapi juga mempunyai kaitan sosio-ekonomi. (VanDijk& Hacker,2000) Secara ringkas, jurang digital mengaitkan isu kepenggunaan, keupayaandan ketersediaan teknologi digital seperti ICT. Faktor-faktor lain yang turut menyebabkan jurang digital ialah faktor ekonomi ialah , geografi, dan kemahiran bahasa dan literasi. Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT, manakala faktor geografi ialah ketiadaan internet dan bekalan elektrik di sesetengah tempat.Faktor kemahiran bahasa dan literasi pula ialah tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik.Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital.
  • 19.
    19 | Pa g e 4.9 Penyalahgunaan Makmal Komputer dan Internet Percuma Guru-guru dan pelajar-pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman social Facebook, Skype dan sebagainya.Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini.Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal.Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, adalah tidak wajar untuk melarang mereka daripada menggunakan internet.Namun, langkah-langkah pemantauan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah berikut.Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia.Penyalahgunaan internet di kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini. 4.10 Keselamatan ICT Terdapat pelbagai ancaman dan serangan siber yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang dikenali sebagai penggodam.Ancaman terdiri daripada beberapa jenis iaitu virus komputer, phishing, penipuan internet, Malware atau Cyberstalking. Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosakan perisian dan perkakasan komputer. Virus boleh berjangkit antara satu komputer dengan komputer yang lain. Jangkitan virus dapat diperoleh melalui e-mel, cakera padat, pendrive, storan sekunder yang lain serta perisian dan bahan yang dimuat turun daripada internet. Selitan mesej dalam bentuk iklan dan mesej turut mengakibatkan jangkitan virus terhadap komputer. Kesemua ini telah mengakibatkan komputer menjadi perlahan, operasi sukar dijalankan, kandungan data berubah dan sebagainya.Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran terjejas dengan timbulnya masalah-masalah berikut.
  • 20.
    20 | Pa g e 5.0 Usaha Penyelesaian 5.1 Peranan Kerajaan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Selain itu, kerajaan juga sentiasa memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang mencukupi terutamanya sekolah-sekolah luar bandar. Hal ini disebabkan pelajar-pelajar luar bandar harus diajar untuk menggunakan komputer sejak usia pujuk supaya jurang pelajar bandar dan luar bandar dapat dirapatkan. Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan guru, kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Pusat Internet Desa (PID) dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, seperti di kawasan Kota Samarahan dan Bario (Jamaludin, 2005). Pusat Internet Desa telah dibangunkan sejak April 2000. Sehingga kini, sebanyak 42 Pusat Internet Desa telah beroperasi diseluruh negara. Setiap PID dilengkapi dengan 5 hingga 7 buah komputer, sebuah pencetak, sebuah projektor, sebuah mesin faks, dua webcam serta akses internet. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah komputer dan akses internet, latihan-latihan ICT asas, dan pembangunan laman-laman web tempatan atau blog. Beberapa aktiviti-aktiviti ICT telah dikendalikan dari semasa ke semasa seperti hari komuniti dengan PID, bengkel-bengkel, dan seminar. Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah menyentuh tentang aspek memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sepanjang dekad yang lalu, pihak kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk ICT dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Menjelang tahun 2013, pihak kerajaan telah meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 Bestari Net untuk semua 10,000 sekolah. Dalam masa yang terdekat, semua murid berpeluang akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1 Bestari Net. Rangkaian ini bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya.
  • 21.
    21 | Pa g e Selain itu, pihak kerajaan juga menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Bagi guru, sumber ini boleh digunakan untuk mendapatkan idea. Murid pula boleh menjadikannya sebagai alat ulang kaji. Kerajaan juga menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal menjadi tenaga pengajar di sekolah dan universiti. Demi memastikan pendidikan Malaysia tidak hanyut ditelan arus pemodenan, kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan perubahan teknologi global. Seterusnya, pihak kerajaan juga harus menyediakan latihan intensif kepada para guru. Guru-guru diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam PdP oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih. Oleh sebab kursus sebegini memakan belanja dan kos yang tinggi, pihak kerajaan juga harus menyarankan guru-guru mengambil inisiatif untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Hal ini disebabkan menghadiri kursus tetapi tidak mengaplikasikan hasil dapatan kursus dalam PdP harian amat membazirkan. Akhir-akhir ini, ujian sistem analisis kompetensi ICT guru dan pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijalankan secara online untuk menguji pengetahuan am komputer para guru. Ujian ini juga merupakan salah satu komponen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk guru dan pentadbir wajib menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 5.2 Peranan Sekolah Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberikan sokongan dari segi kewangan tetapi juga memainkan peranan penting sebagai pelaksana. Demi menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan untuk membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan
  • 22.
    22 | Pa g e progresif. Sesuatu polisi perlu disemak sekurang-kurangnya setahun sekali, terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerangka polisi ICT haruslah dibina berdasarkan kepada perancangan sekolah, pandangan ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah dan selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya terlibat dalam program pembangunan yang dirancang oleh pihak sekolah supaya dapat membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau pelaksanaannya. Selain daripada polisi yang diwujudkan, jawatan juruteknik juga harus diwujudkan untuk membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada di bawah penyeliaan Guru Data, Pengetua atau Guru Besar. Hal ini disebabkan kaedah merujuk kepada pihak luar dalam pembaikan kerosakan komputer biasanya memakan perbelanjaan yang besar. PdP juga akan terganggu. Maka, jawatan juruteknik harus diwujudkan untuk menyelenggarakan kemudahan dan perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan, dan aplikasi yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT yang rosak, contohnya kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Seterusnya, pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer pula hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbir agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul dalam kalangan guru. Demi meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan guru, Zoraini (2000) telah mencadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada para guru. Oleh sebab setiap sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar, terdapat sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah pula, terdapat sekolah yang
  • 23.
    23 | Pa g e mendapatkan kerjasama daripada pembekal internet (ISP) untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna. Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus sentiasa peka terhadap keperluan dan tahap penguasaan para guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Hal ini adalah penting dalam perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus luaran atau dalaman kepada para guru. Kursus-kursus atau program perkembangan staf adalah amat penting dalam meastikan guru-guru menguasai ilmu dan berketrampilan untuk menggunakan peralatan ICT secara efektif dan berkesan semasa PdP berlangsung. Program atau kursus yang diadakan harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah. 5.3 Peranan Guru Di bawah kerangka behaviourisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Demi menjadikan pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviourisme dan kognitivisme lebih bermakna, pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT diperlukan untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan adalah dalam bentuk pembelajaran ekspositori. Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial pula direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional PdP, iaitu model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Para guru digalakkan mempertimbangkan penggunaan perisian-perisian ini dalam perancangan PdP masing-masing. Walau bagaimanapun, para guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses PdP untuk memastikan proses PdP berjalan dengan efektif dan berkesan. Melalui pendekatan teori pembelajaran konstruktivisme, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses PdP dan menggunakan ICT sebagai alat bantu belajar. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan PdP. Melalui pembelajaran sebegini, murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensiklopedia multimedia atau
  • 24.
    24 | Pa g e bahan-bahan daripada internet. Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Semasa menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan, para guru perlulah memberikan perhatian yang mencukupi kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding, dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid. Hal ini selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia masa kini, iaitu menerapkan konsep KBAT dalam PdP yang dirancang. Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses PdP seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan untuk mesin taip elektronik. Selain itu, guru juga boleh mengambil peluang daripada keupayaan ICT yang memainkan peranan sebagai alat komunikasi untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini dapat digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Aktiviti sebegini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa menggunakan e-mail atau chat room dalam pembelajaran kolaboratif. 5.4 Peranan Pelajar Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar juga boleh mengulang kaji sesuatu mata pelajaran mengikut kadar sendiri melalui tutorial yang disediakan. Terdapat pelbagai projek yang disediakan dalam laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat yang berkaitan. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau sekolah yang berbeza melalui emel untuk berkongsi maklumat yang ditemui. Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya, pautan emel Pelajar dan Cadangan Pelajar.
  • 25.
    25 | Pa g e 5.5 Peranan Masyarakat Demi memantapkan integrasi ICT dalam proses PdP, pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat boleh dijadikan sebagai sumber bantuan. Khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah PdP menggunakan ICT boleh diperoleh dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Komuniti setempat juga boleh dijadikan sumber sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam penggunaan ICT yang berkesan dalam PdP.
  • 26.
    26 | Pa g e Rujukan: Albaugh, P. (1997). The role of skepticismin preparing teachers for the use of technology.Eric Document ED: pp, 339-406. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Arab sebagaibahasa asing: Satu tinjauan awal.Online Journal ofLanguage Studies (GEMA).Dilayaripada 1 Jun 2014, dari http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm Balacheff, N. (1990). Towards a problématique for research on mathematics teaching. Journal for Research in Mathematics Education, 21, 258-272. Carin, A.A. &Sund, R.B. (1971).Developing Question Techniques: A Self-Concept Approach. Columbus, OH: Charles E. Merrill. Educational Testing Service. (2007). A Digital Transformation A Framework For ICTLiteracy (White Paper). International ICT Literacy Panel.Centre for Science, Development and Media Studies (CSDMS).2007.digitalLearning(Monthly Magazine) – Volume III,Issue 12 December 2007. Ely, D.P. (1995). Technology is the answer!But what was the question? The James P. CurtisDistinguished Lecture,Capstone College of Education Society, University of Alabama. Fajril, A. R. (2002). Konsep Teknologi: Evolusi dan Pengertian Teknologi. http://www.scribd.com/doc/211535432/02-Perkembangan-Teknologi FakhrulAnuar Aziz. (2002). “MemanfaatkanSumber-sumberPercuma Internet dan WWW untukPendidikan.”Prosiding Seminar TeknologiMaklumatdanKomunikasiDalamPendidikan: “Penggunaan TMK dalamPendidikanPemangkinKebestarianPendidikan.” 18-19 Sept. 2002, Kuching, Sarawak. Fullan, M. (1996).The new meaning of educational change.New York:Teacher College Press. Haliza Binti Sainan, Nenly Marudi dan Aidah Binti Sulaiman. (2010). Definisi Tentang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). http://kumpulan1kawan.blogspot.com/p/test.html Harahap,Poerbahawatja,(1982). Ensiklopedi Pendidikan. Jakarta:PT Gunung Agung. Hasselbring, T.S., Goin, L.I.,&Bransford, J.D.,1988. “Developing Math Automaticity in Learning Handicapped Children : The Role of Computerized Drill and Practice.” Focus on Exceptional Children, 20, 1-7. Intan Safinaz Zainudin & Quah, C. K. (2004). Perkhidmatan Terjemahan Dalam-Talian Malaysia: Satu Kajian Awal. GEMA Online Journal of Language Studies. Jamaludin, R. (2005) Multimedia dalamPendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd Kulik, J.,Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26. Kulik, J.,Bangert, R. & Williams, G. (1984). “Effects of Computer Based Education in Elementery Schools.” Computer in Human Behavior, 1 (1) : 59-74. Kulik, C.C. &Kulik, J.A. (1986). “Effects of Computer Based Education in Colleges.” AEDS Journal, 19 (2-3) : 81-108. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) DalamPengajaran Dan Pembelajaran. Lee,M. & Winzenried, A. (2009).The use of instructional technology in schools.Victoria, Australia:Australian Council for Educational Research Ltd. Merill, P.F.,Hammons, K.,Vincent, B.R.,Reynolds, P.L.,Christensen, L. & Tolman,M. (1996). Computers in education. Needham Height, MA: Allyn & Bacon. Moses,B.(1982).Visualization:ADifferentApproachtoProblemSolving.SchoolScience And Mathematics,82,141-147.
  • 27.
    1 | Pa g e NorainiIdris. (2009). The Impact of using Geometers’ Sketchpad on Malaysian Students’ Achievement and Van Hiele Geometric Thinking.Journal of Mathematics Education.2(2). 94-107 Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer DalamProsesPenghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachersin Malaysian secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Dilayari pada 2 Jun 2014, dari http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf Portal Jurulatih Utama ICT Hulu Langsat. (2007). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. http://ppdhl.blogspot.com/2007/09/penggunaan-ict-dalam-pengajaran- dan.html Rio SumarniShariffuddin.(1997). “PengajarandanPembelajaranSainsBerbantukanKomputer.”JurnalPendidikan UTM. Jilid 3.Bil 1. April 1995: hal.1-5. Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89 Seels, Richey. (1994). Teknologi Pendidikan definisi dan kawasannya.Jakarta:UNJ Van Dijk, J. and Hacker,K.L. (2000). The Digital Divide as a Complex and Dynamic Phenomenon. Proceeding of the 50th Annual Conference of the International Communication Association. Acapulco:International Communication Association, 1-5 June 2000 Wan Ibrahim, W.M., Lah, H.A.,Jusoh, Z.,& Ibrahim, Z. (2009).Tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru di beberapa buah sekolah di jajahan Kota Bharu Kelatan. Dilayari pada 1 Jun 2014, dari http://ipislam.edu.my/kplir/sains-perp/ICT.htm Zazkis,R.,Dubinsky, E.&Dauterman,J.(1996).Usingvisualandanalyticstrategies: A studyofstudentsunderstanding ofpermutationandsymmetrygroups’.Journalof ResearchinMathematicsEducation,27(4),43 Zhao, Y., Pugh, K.,Sheldon, S. & Byers, J. L. (2002). Conditions for classroom technology innovations.Teachers College Record, 104 (3),482-515. Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai, pp 31.