SlideShare a Scribd company logo
1
SEPTEMBER/2022
HDPS4203
SAFETY AND HEALTH IN EARLY
CHILDHOOD EDUCATION
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : syarmilashukor@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI
2
SOALAN 1
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN.............................................2
OBJEKTIF KAJIAN.....................................................3
LAPORAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN TASKA...............3
-PERMASALAHAN
PEMERHATIAN.............................4
-JUMLAH KANAK KANAK
ISU KESELAMATAN LAIN......................................4-5
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN..................................5-6
KESIMPULAN.............................................7
RUJUKAN........................................................8
3
1. PENDAHULUAN
Perkembangan pada peringkat awal bagi kanak- kanak adalah sesuatu yang sangat
penting yang akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa hadapan. (Sciaraffa et
al,2018) Oleh itu, ramai dari kalangan ibu bapa pada hari ini menghantar anak mereka ke
pusat jagaan kanak- kanak lagi untuk memberi pendedahan dari peringkat awal lagi.
(Suppiah, 2014) Pada hari ini telah banyak pusat jagaan kanak- kanak dibuka sebelum
kanak- kanak ini masuk ke peringkat taska mahupun tadika. Terdapat pelbagai jenis pusat
asuhan dan taska di negara ini sama ada yang dilakukan di rumah mahupun di bangunan
khas atau diusahakan secara persendirian mahupun atas inisiatif pihak kerajaan. (bernama
,2012) Antara isu yang sentiasa dibangkitkan oleh orang ramai pada hari ini adalah soal
keselamatan kanak- kanak.
Konsep keselamatan ini pada kebiasaannya dirujuk kepada langkah- langkah yang
dilakukan oleh pusat jagaan kanak- kanak ini untuk mengelak daripada berlakunya
sebarang kemalangan, kematian atau kecederaan pada kanak- kanak di bawah jagaan
mereka.( Pan et al., 2016) Pusat jagaan perlu menyediakan satu langkah keselamatan dari
aspek tingkah laku dan amalan yang diambil untuk mengelak daripada berlaku sebarang
kecederaan. Konsep ini termasuk tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku sebarang
kemalangan. . Hal ini perlu dititik beratkan tidak kira pusat asuhan tersebut dilakukan di
rumah mahupun di bangunan komersial.
Dengan yang demikian, bahagian pertama daripada tugasan ini akan memberi
perhatian kepada keadaan di salah sebuah taska yang telah dipilih untuk menilai aspek
keselamatan yang mereka praktikkan di taman permainan yang disediakan. Laporan ini
akan mengambil kira beberapa aspek termasuklah isu keselamatan di taman permainan,
jumlah kanak- kanak dan penjaga yang berada di taman permainan pada satu- satu masa.
Selain itu, laporan ini juga akan melihat kepada keselamatan pada alat permainan yang
disediakan oleh pihak taska untuk kegunaan kanak- kanak ini. Beberapa cadangan dan
tindakan susulan akan diberikan dalam laporan di bawah yang boleh diambil oleh pihak
4
taska berkenaan dan boleh dijadikan panduan untuk taska- taska lain dalam aspek
keselamatan taman permainan.
I- OBJEKTIF
Laporan ini dilakukan dengan tujuan untuk memerhati dan menilai aspek
keselamatan yang diamalkan oleh taska yang dipilih di taman permainan mereka.
Bilangan kanak- kanak dan bilangan penjaga kanak- kanak setiap kali di taman
permainan akan diambil kira. Selain itu, susun atur dan peralatan permainan juga akan
diperhatikan dalam menilai langkah yang diambil oleh pihak taska dalam memastikan
keselamatan kanak- kanak dari ancaman bahaya.
Pada masa yang sama laporan ini akan memberikan beberapa cadangan yang
boleh diguna pakai oleh taska tersebut serta boleh menjadi rujukan bagi taska- taska lain
di negara ini dalam memastikan mereka telah mengambil tindakan keselamatan yang
terbaik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak- kanak yang berada di
bawah jagaan mereka.
2. LAPORAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN TASKA
PERMASALAHAN
Taman permainan dan aktiviti luar yang diadakan di setiap taska merupakan
aktiviti yang ditunggu- tunggu oleh kanak- kanak pada setiap hari. Taska mempunyai
pendekatan yang berbeza- beza dalam menarik perhatian kanak- kanak untuk bermain
dan mengembangkan kemahiran motor kasar mereka bermula dari peringkat awal lagi.
Sama ada bermain di dalam kelas mahupun bermain di taman permainan sememangnya
memberikan keseronokan kepada kanak- kanak.
5
Namun, aktiviti sebegini turut memberikan risiko dan bahaya kepada kanak-
kanak ini sekiranya tiada pemerhatian khusus diberikan serta tiada langkah keselamatan
diambil oleh pihak taska. Pemerhatian yang dilakukan ini dibuat di taman permainan
taska yang disediakan di hadapan premis taska. Pemerhatian dilakukan untuk memastikan
keadaan taska berada di dalam keadaan selamat dan selesa bagi kanak- kanak.
PEMERHATIAN
Jumlah Kanak- kanak
Taska yang dipilih mempunyai keseluruhan 29 orang kanak- kanak di
bawah jagaan mereka. Kanak- kanak ini terdiri daripada mereka yang berusia
antara 3 bulan sehingga 3 tahun. Kanak- kanak ini dibahagikan mengikut usia
mereka seperti berikut:
No. Umur Kanak- kanak Bilangan
1. Bawah 1 tahun 7
2. 1 tahun 6
3. 2 tahun 9
4. 3 tahun 7
JUMLAH 29
Kanak- kanak ini akan diberikan peluang untuk bermain di taman
permainan secara bergilir- gilir mengikut usia mereka. Hanya kanak- kanak di
bawah umur 1 tahun sahaja tidak dibenarkan bermain di taman permainan dan
disediakan permainan di dalam bilik mereka sendiri.
6
Jumlah Pekerja
No. Pekerja Bilangan
1. Penyelia Taska 1
2. Guru Taska 5
3. Tukang kebun 1
4. Tukang Masak 1
JUMLAH 8
Setiap kumpulan permainan akan dijaga oleh tiga orang pekerja taska yang
akan memantau kanak- kanak ini bermain di taman permainan tersebut. Pekerja-
pekerja ini juga membimbing kanak- kanak melakukan aktiviti di taman
permainan disamping memantau mereka bermain. Dua lagi pekerja taska menjaga
kanak-kanak bawah 1 tahun manakala pekerja-pekerja yang lain akan membuat
tugasan masing-masing seperti yang ditetapkan oleh penyelia.
ISU KESELAMATAN LAIN
Taman permainan di taska ini dibina di belakang kawasan taska. Taska ini dibina di
atas tanah persendirian yang mempunyai kawasan untuk taman permainan yang cukup
luas dan berbumbung. Hal ini memberikan satu suasana yang selesa dan selamat bagi
menempatkan semua permainan dengan kawasan yang luas bagi kanak- kanak bermain.
Namun, daripada pemerhatian yang dibuat, beberapa permainan yang disediakan tidak
cukup selamat bagi kanak- kanak yang berusia di bawah usia 4 tahun yang berada di
taska tersebut. Antara pemerhatian yang dibuat terhadap alat permainan adalah seperti
berikut:
(i) Gelongsor terlalu tinggi dan curam. Binaan gelongsor dilihat agak bahaya
bagi kanak- kanak kecil. Hal ini menyebabkan kanak- kanak jatuh dengan
cepat dan terduduk di pelapik getah;
7
(ii) Pelapik getah di sekitar taman permainan tersebut tidak cukup tebal dan
menyebabkan kanak- kanak tercedera dan lebam apabila jatuh di taman
permainan;
(iii) Jongkang- jongkit agak tinggi bagi kanak- kanak di bawah usia 4 tahun
dan agak licin;
(iv) Terdapat satu lubang sedalam satu kaki di hujung taman permainan;
(v) Tangga pada pondok rehat di dalam taman permainan agak curam dan
tinggi untuk kanak- kanak; dan
(vi) Pagar taska lambat dikunci.
Gambar rajah contoh alat permainan:
gelongsor dan pelapik getah
jongkat-jongkit
8
pagar taska
lubang di taman permainan tangga di pondok permainan
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan daripada pemerhatian yang dilakukan ke atas taska tersebut,beberapa
cadangan untuk penambahbaikan boleh dilakukan.
(i) Menukar gelongsor dan jongkang- jongkit yang mereka gunakan dengan
gelongsor yang lebih sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 tahun ke bawah;
(ii) Menambah ketebalan pelapik getah yang digunakan untuk mengurangkan
kesakitan atau kecederaan kanak- kanak;
9
(iii) Menimbus atau menutup lubang yang terdapat di taman permainan dengan
simen;
(iv) Membina tangga pondok yang lebih mendatar dan tidak curam untuk
memudahkan kanak- kanak naik ke pondok;
(v) Memastikan sistem keselamatan taska dipantau sebaiknya terutamanya
melibatkan pintu dan pagar. Semua bahagian taska mesti dipastikan
sentiasa berkunci dan tidak boleh diakses oleh orang luar pada setiap
masa.
KESIMPULAN
Keselamatan adalah satu aspek yang perlu dititik beratkan apabila melibatkan
tumbesaran kanak- kanak. Pada peringkat ini mereka memerlukan perhatian yang sangat
tinggi daripada penjaga yang mana setiap apa yang berlaku pada peringkat ini akan
mempengaruhi tumbesaran mereka. Ketiadaan aspek keselamatan di taska menimbulkan
keadaan yang merbahaya kepada mereka. Aspek keselamatan ini tidak hanya melibatkan
taman permainan semata- mata. Isu keselamatan ini turut melibatkan susun atur perabot,
akses ke setiap bahagian taska terutamanya di dapur dan langkah- langkah pencegahan
yang dilakukan oleh pihak taska.
Dengan laporan yang disediakan melalui pemerhatian di salah sebuah taska yang
dipilih, isu- isu keselamatan yang mungkin nampak kecil sebenarnya memberikan impak
yang besar kepada kanak- kanak ini. Misalnya isu lubang yang berada di hujung taman
permainan mungkin tidak memberikan kesan kepada kanak- kanak kerana jauh dari
taman permainan. Namun, kita tidak tahu sekiranya pekerja- pekerja yang memantau
kanak- kanak ini bermain tidak sedar akan pergerakan kanak- kanak ini dan mereka
bermain di lubang tersebut. Sudah tentu hal ini meningkatkan risiko bagi kanak- kanak
ini untuk cedera.
Dalam masa yang sama, isu keselamatan ini sangat penting untuk sentiasa
diperhatikan supaya kanak- kanak dan penjaga mereka dapat menjalankan rutin harian
10
dan aktiviti permainan dengan selesa, bebas dan selamat. Pendedahan berkenaan isu
keselamatan ini akan memberi pendedahan kepada kanak- kanak dari peringkat awal bagi
memastikan mereka dapat menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan di kalangan
kanak- kanak. Dengan itu, kita akan dapat membina satu sistem pendidikan yang lebih
baik untuk negara di masa hadapan.
RUJUKAN
Adnan M., Ayob A., Tek O. E., Ibrahim M. N., Ishak N. & Sheriff J. (2016).
Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak : Kajian
kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum
PERMATA Negara. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space. Vol
12. No. 1. Hlm. 29–36.
Hanafi Z. (2015). The childcare Center: How to ensure quality childcare practices. Asian
Social Science. Vol 11. No. 25 Hlm. 90- 100
Zahyah H. & Siti N.I. (2014). Inside the Child Care Center: How to Ensure Quality
Child Care Practices. International Journal of Education, Vol. 8 No. 1.
Flaes, S. A. M. B., Chinapaw, M. J. M., Koolhaas, C. M., van Mechelen, W., &
Verhagen, E. A. L. M. (2016). More children more active: Tailored playgrounds
positively affect physical activity levels amongst youth.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pendidikan Prasekolah KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN |
Nor Alia - Academia.edu
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jkm/sedia-pelbagai-inisiatif-galak-taska-
pusar-jagaan-berdaftar-334026
11
SOALAN 2
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGENALAN……………………………………………10
PELAN LANTAI BAHAGIAN DALAM
PRASEKOLAH/PUSAT ASUHAN
…………………………………………………………11-13
JUSTIFIKASI PELAN LANTAI
PRASEKOLAH.......................................................................14-22
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH…………………….22
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU
KEMALANGAN………………………………………………..23
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM RUANG
SANTAI & BILIK DARJAH
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM
SELURUH KAWASAN PRASEKOLAH
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM
KAWASAN BILIK FAIL
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM
BILIK MULTIMEDIA
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM
BILIK PENYEDIAAN MAKANAN
-LANGKAH KESELAMATAN DALAM TANDAS
KESIMPULAN .…………………………………………………………………28-29
RUJUKAN……………………………………………………………….30-31
12
PENGENALAN
Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan dalam kehidupan seorang manusia.
Ia akan sentiasa berlaku dalam setiap peringkat umur, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, secara formal atau tidak formal, secara lisan atau penulisan,mahupun
secara fizikal ataupun dalam bentuk psikologi. (Dr Noriati Abd Rashid,Dr Boon Pong
Yin, 2011) Pendidikan sangat penting kerana ia akan membantu menentukan hala tuju
seseorang individu, dan bagaimana dia boleh memberi respon terhadap perkara-perkara
yang berlaku di sekeliling. (Shiqah,2019)
Di dalam dunia pembelajaran kanak-kanak, belajar melalui permainan telah lama
menjadi sebahagian besar daripada proses pendidikan awal mereka. Bagaimana
permainan digunakan dalam sesuatu aktiviti, serta bagaimana ia berfungsi, sering
berkaitan dengan bagaimana permainan tersebut dipelbagaikan kegunaannya pada
penggunaan sebelumnya. Penting untuk kita memahami dengan lebih baik tentang sifat
bermain dalam diri kanak-kanak dan cara mereka menggunakannya dalam proses
pendidikan awal mereka.
Pentingnya pendidikan awal kanak-kanak ini adalah kerana ia merupakan peringkat
di mana kanak-kanak memerlukan pendedahan awal dan pembelajaran taska melalui
penerokaan dan permainan.(Haliza Hamzah, Samuel, 2009) Hal ini bermakna, guru perlu
menyediakan kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun, untuk masuk ke
pendidikan umum iaitu sekolah rendah dengan asas permainan tetapi bercorak pendidikan
yang signifikan. Zaman awal dunia kanak-kanak adalah tempoh masa di mana kanak-
13
kanak melalui proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat. Hal ini berlaku kerana
otak kanak-kanak berkembang dengan cepat. Oleh yang demikian, pada tahun-tahun awal
ini penting untuk asas kemahiran sosial kanak-kanak, harga diri, dan perkembangan
kognitif dibentuk dengan acuan yang terbaik.(Frydenberg, Martin & Collie 2017 ;
Lemmon & Green 2015)
Kanak-kanak prasekolah juga sedang belajar untuk menguasai sesuatu pilihan masa,
di mana mereka akan mula memahami bahawa ada kalanya lebih baik menunggu sesuatu
daripada memilikinya dalam masa yang tertentu. Kanak-kanak seawal usia tiga tahun
lebih mudah menyerap nilai-nilai sosial seperti sikap memberi dan berkongsi, bukan
hanya dengan hadiah atau bahan fizikal semata-mata, tetapi juga dalam konteks interaksi
dan komunikasi dengan orang lain.
Pelan lantai bahagian dalam prasekolah/pusat asuhan
Pelan lantai merupakan suatu lukisan skala yang menunjukkan hubungan antara
bilik, ruang dan ciri fizikal yang dilihat dari sudut atas. Pelan ini menunjukkan cara untuk
menggambarkan bagaimana pergerakan berlaku melalui ruang-ruang yang terdapat di
sesuatu tempat. Pelan lantai memudahkan proses untuk memeriksa sama ada ruang itu
sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan, dan apakah potensi atau cabaran dalam merangka
proses yang seterusnya dan yang lebih terperinci. Ia juga boleh menjadi sesuatu yang
menyeronokkan untuk bereksperimen dengan alternatif reka bentuk dan aliran peredaran
14
yang berbeza-beza, yang menunjukkan bagaimana ‘trafiic flow’ berlaku dalam sesuatu
ruang yang ingin dibangunkan.
Pembinaan pelan perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti, kerana dengan ruang
yang sama, seseorang pembuat pelan boleh membuat karya atau mewujudkan masalah
sekiranya pelan tidak teliti dan longgar dari aspek keselamatan. Itulah sebabnya hal
sekecil proses pengaliran udara pun mampu membawa impak yang besar jika dipandang
enteng.
Perancangan ruang bukan sahaja penting dalam penstrukturan baharu, tetapi ia juga
penting dalam mempertimbangkan semula ruang sedia ada untuk menentukan cara
mengunakannya dengan lebih cekap. Pembaziran ruang ataupun ruang yang terlalu
sempit adalah suatu bentuk kesilapan yang perlu dielakkan kerana setiap inci ruang yang
ada boleh dimanfaatkan untuk kegunaan-kegunaan yang pelbagai.
Bagi sekolah atau pusat asuhan yang ingin dibangunkan menjadi sebuah prasekolah,
guru-guru dan kakitangan yang terlibat perlu membuat persediaan-persediaan tertentu
sebelum menubuhkan sesebuah kelas prasekolah, dan langkah fundamental yang perlu
diambil adalah menyediakan pelan lantai yang menepati konsep prasekolah yang ingin
dibangunkan. Pelan lantai merupakan perkara asas dalam menubuhkan sesebuah unit
prasekolah, dan pelan lantai yang tepat akan memudahkan langkah-langkah seterusnya.
Dalam proses membuat pelan lantai ini, terdapat beberapa faktor yang perlu
dititikberatkan seperti seperti keluasan unit kelas, jenis-jenis peralatan yang akan
diletakkan di dalam kelas, kesesuaian setiap peralatan, jumlah dan saiz perabot yang
15
ingin digunakan, serta jumlah murid yang akan ditempatkan. Semua ini merupakan aspek
penting untuk menjamin keselesaan dan keselamatan para guru dan murid, dan seterusnya
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam prasekolah.
Pelan Lantai Prasekolah yang telah saya buat boleh dilihat dalam gambar rajah di
bawah:
16
Petunjuk:
Rajah 1: Pelan Lantai Prasekolah dan Petunjuk
Prasekolah yang saya rancang ialah berupa sebuah unit premis satu tingkat sahaja,
di mana untuk mengelakkan risiko kemalangan yang mungkin boleh berlaku akibat
kecuaian di kawasan bertingkat seperti tangga dan tingkat atas premis berkenaan. Hal ini
kerana kanak-kanak gemar bermain di kawasan bertingkat dek sifat ingin tahu mereka
yang tinggi untuk mengeksplorasi ruang. Justeru, atas sebab keselamatan, prasekolah ini
sebaik-baiknya tidak mempunyai tingkat atas, ataupun sekiranya ada, semua aktiviti
prasekolah hanya dijalankan di tingkat bawah dengan bahagian tangga ditutup.
Berikut adalah justifikasi pelan yang dirancang.
JUSTIFIKASI PELAN LANTAI PRASEKOLAH
1. Ruang Santai Ruang ini adalah bahagian pertama yang akan menjamu mata
mereka yang datang ke prasekolah. Ruang ini adalah ruang untuk
murid-murid berkumpul, diambil kehadiran, aktiviti taklimat pagi,
membaca, dan aktiviti bebas yang lain.
2. Meja Guru Berdasarkan pelan yang telah saya reka, meja guru diletakkan di
bahagian hadapan kelas di ruang santai dan dalam ketiga-tiga bilik
darjah. Jika di dalam persekitaran sekolah awam juga, meja guru
akan diletakkan dihadapan kelas untuk memudahkan guru
Tingkap Tong sampah
Kerusi Kerusi ruang
makan
Meja Guru
MG
17
memantau murid-murid dan memudahkan proses P & P. Selain itu,
hal ini juga akan memudahkan proses komunikasi antara guru dan
murid.
3. Rak fail Rak fail diletakkan bersebelahan dengan meja guru untuk
memudahkan guru mendapatkan rekod maklumat peribadi pelajar.
Hal ini juga boleh membantu guru yang baharu bertugas untuk
mengenali murid dengan lebih cepat dan efisyen.
4. Pentas Ruang untuk pentas dibuat di dalam Ruang Santai untuk
membolehkan sebarang aktiviti bebas atau aktiviti muzikal untuk
persembahan guru dan murid boleh dijalankan.
5. Meja & kerusi Pelan lantai ini menyasarkan kedudukan meja dan kerusi disusun
mengikut kaedah kumpulan. Dalam proses P&P, kanak-kanak
lebih cenderung untuk beraktiviti secara berpasangan/berkumpulan
kerana mereka boleh berbincang dan berkongsi idea antara satu
sama lain.
Hal ini bukan sahaja membantu mereka dalam interaksi dengan
rakan-rakan dan guru, malah ia juga mampu mengelakkan mereka
daripada merasa bosan dengan aktiviti secara bersendirian. Ini
akan mengembangkan tahap pemikiran dan seterusnya
meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk bercakap dan
berbual.
18
Selain itu, susun atur meja dan kerusi secara berkumpulan akan
membuatkan ruang kelihatan lebih luas. Ruang untuk laluan juga
lebih besar dan saiz kawasan sekeliling untuk membuat aktiviti
bebas juga lebih besar.
6. Rak Buku Nilam Ruang santai adalah ruang di mana murid-murid boleh menikmati
aktiviti bebas yang mereka sukai. Untuk membudayakan amalan
membaca dalam kalangan kanak-kanak, prasekolah perlulah
menyediakan ruang dan naskhah menarik untuk menggalakkan
kanak-kanak ini minat dengan aktiviti pembacaan. Dengan adanya
sudut membaca ini, murid belajar memanfaatkan masa senggang
seperti pada waktu rehat ataupun sewaktu ketiadaan guru di dalam
kelas dengan melakukan aktiviti membaca. Kedudukan rak buku
tidak jauh daripada meja murid untuk membolehkan mereka
mengemas semula buku selepas menggunakannya. Melalui praktis
ini, murid-murid mula melatih diri mereka dengan sikap berdikari
dan menitikberatkan kebersihan, kekemasan dan keselesaan ruang
untuk mereka beraktiviti.
7. Bilik Fail Ruang ini bertujuan untuk menempatkan rekod-rekod murid dan
guru, serta rekod-rekod lain yang berkaitan seperti pembelian
inventori, pembayaran yuran, rekod perbelanjaan prasekolah dan
lain-lain lagi. Kemudahan lain seperti komputer, mesin pencetak
dan mesin fotostat juga ditempatkan di dalam ruang ini. Oleh
sebab itulah, tong sampah diletakkan di sini untuk mengelakkan
19
bekas-bekas dokumen yang tidak digunakan lagi dibuang di
tempat yang tidak sesuai seperti tong sampah dapur atau tong
sampah bilik darjah.
8. Bilik Peralatan Mengajar Bilik ini bertujuan untuk menempatkan bahan-bahan yang
digunakan untuk proses P&P, seperti buku-buku teks, alat-alat
tulis, dan peralatan untuk melukis. Alat untuk menghias kelas juga
ditempatkan di dalam bilik ini untuk membolehkan murid-murid
menyumbang idea dalam susun atur kelas yang lebih ceria.
9. Tong sampah Di dalam reka bentuk pelan ini, saya telah menempatkan tong
sampah di bahagian belakang kelas di Ruang Santai, dan dalam
setiap bilik darjah untuk memastikan murid menjaga kebersihan
kawasan P&P. Terdapat juga tong sampah di kawasan dapur dan
bilik fail kerana dua kawasan ini merupakan kawasan yang
cenderung untuk membuat pelupusan sisa-sisa bahan
makanan(dapur) dan dokumen yang tidak diperlukan (bilik fail).
Hal ini bertujuan untuk memastikan kawasan prasekolah sentiasa
bersih dan mengelakkan sisa-sisa makanan pula meninggalkan bau
yang tidak menyenangkan di dalam kawasan prasekolah.
10. Bilik Mesyuarat / Tetamu Bilik ini mempunyai tiga tujuan utama:
i. Untuk mengadakan perbincangan tentang prasekolah di antara
guru-guru/ kakitangan yang terlibat
ii.Untuk menempatkan kedatangan tetamu yang datang
mengunjungi prasekolah sama ada ibu bapa, atau guru-guru dari
20
prasekolah lain yang mungkin datang atas tujuan kerjasama dalam
program-program tertentu.
iii. Ruang untuk sesi kaunseling antara guru dan murid, atau antara
guru dengan guru dan kakitangan lain.
Ia diletakkan berhampiran dengan pintu utama supaya tetamu yang
datang boleh menunggu dengan selesa.
11. Papan notis Faktor papan notis di diletakkan di ruang hadapan bilik mesyuarat
dan berhampiran pintu masuk utama adalah untuk memaparkan
segala maklumat atau perkara yang berkaitan. Tetamu yang datang
boleh membaca maklumat yang terdapat di situ untuk
mendapatkan maklumat awal tentang prsekolah.
Selain itu, jadual kelas dan jadual bertugas murid juga akan
diletakkan di papan ini mengikut pembahagian ruang yang
ditetapkan dalam papan notis. Jadual bertugas ini penting untuk
memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam diri
murid-murid.
12. Sistem pengaliran udara
(tingkap)
Aliran pengudaraan adalah faktor penting yang perlu
dititikberatkan dalam sesebuah bangunan. Pengudaraan yang baik
akan memberikan pencahayaan yang baik dan aliran udara yang
sistematik. Hal ini juga penting untuk memastikan keadaan di
dalam prasekolah selesa. Tambahan pula, tingkap adalah salah
21
satu laluan kecemasan sekiranya pintu tidak dapat digunakan.
13. Bilik Tidur Murid Seperti di rumah, bilik tidur adalah ruang yang terbaik untuk
mendapatkan rehat. Dan kebanyakan prsekolah akan menetapkan
jadual waktu tidur untuk murid-murid. Bilik tidur kanak-kanak
lelaki dan perempuan akan diasingkan untuk keselesaan.
12. Alat Pemadam api Alat pemadam api sangat penting untuk setiap unit kediaman,
sekolah, dan bangunan. Ia penting untuk membantu mengelakkan
kebakaran awal daripada merebak sekiranya ia berlaku. Ia perlu
diperiksa dan diselenggara dengan baik untuk memastikan ia boleh
digunakan apabila diperlukan pada waktu kecemasan. Selain
mengelakkan kemalangan dan kerugian, guru dan kakitangan
prasekolah perlu mempelajari teknik penggunaan alat pemadam
api dengan betul.
14. Bilik Multimedia Saya meletakkan sudut multimedia dalam rekaan pelan ini. Hal ini
kerana kanak-kanak hari ini sudah mula terdedah kepada teknologi
seawal usia dua tahun dengan melihat paparan rancangan animasi
di telefon pintar ibu bapa mereka. Melalui sudut multimedia ini,
saya ingin mereka mendapat pendidikan tentang seronoknya dunia
digital, dan bagaimana cara yang baik untuk menggunakannya.
Selain itu, sesi P&P juga akan menjadi lebih mudah dengan
adanya paparan-paparan animasi yang mampu menarik minat
kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu topik. Ia juga akan
22
membantu mereka untuk lebih berinteraksi dengan guru dan
rakan-rakan.
15. Surau Ruang ini digunakan untuk kegunaan guru dan kakitangan untuk
beribadah, dan juga untuk membuat kelas bimbingan solat kepada
murid-murid yang beragama Islam. Aktiviti mengaji juga akan
dibuat di dalam bilik ini.
16. Bilik Darjah Bilik darjah akan terbahagi kepada tiga, untuk memudahkan
pembahagian pengajaran untuk subjek dan kumpulan murid yang
berbeza. Kedudukan bilik darjah juga tidak terlalu dekat antara
satu sama lain untuk mengelakkan suasana dari mana-mana kelas
menganggu kelas yang lain. Hal ini kerana kelas prasekolah akan
melibatkan penggunaan muzik yang mungkin boleh menggangu
konsentrasi murid dalam kelas mata pelajaran yang lain. Bilangan
meja dan kerusi akan disuaikan mengikut keadaan semasa.
17. Tandas Terdapat dua tandas dalam prasekolah ini, kerana ia juga akan
digunakan oleh guru dan murid. Satu unit tandas sahaja tidak
mencukupi. Ia juga ditempatkan di ruang belakang dalam
bangunan prasekolah untuk memastikan kebersihan serta menjaga
konsentrasi murid.
18. Dapur Murid-murid memerlukan nutrisi yang terbaik untuk pembelajaran
mereka. Oleh itu, ruang dapur diperlukan untuk menyediakan
hidangan untuk keperluan mereka sepanjang berada di prasekolah.
19. Ruang Makan Tempat untuk menikmati makanan diberikan ruang khusus dalam
23
kawasan prasekolah ini untuk mengelakkan sisa-sisa makanan
berselerak di ruang yang lain. Sekiranya terdapat sisa makanan
sekalipun, sekurang-kurangnya hanya ruang ini yang perlu
dibersihkan.
20. Bilik Peralatan
Keselamatan
Di dalam ruang ini, pelbagai peralatan keselamatan diletakkan,
termasuklah peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas perlu
diletakkan di dalam bilik ini untuk mengelakkan ada barang yang
tercicir jika ia daripada diletak di tempat yang mudah dicapai oleh
kanak-kanak. Hal ini penting untuk memastikan kandungan bahan-
bahan pertolongan cemas di dalamnya sentiasa lengkap.
Peralatan keselamatan yang lain juga perlu disimpan di tempat
yang tidak mudah diakses oleh kanak-kanak untuk mengelakkan
risiko kecederaan. Antaranya ialah tangga mudah alih, peralatan
tajam seperti gunting, dan sebagainya. Dalam ruang ini juga,
terdapat alat pemadam api yang lain sekiranya diperlukan.
21. Bilik Peralatan
Permainan
Peralatan yang digunakan oleh murid perlulah disimpan dengan
kemas dan teratur untuk memudahkan mereka menggunakannya
semula pada masa yang lain. Murid-murid juga akan perlu belajar
sikap bertanggungjawab untuk mengemaskan peralatan yang telah
mereka gunakan, sama ada bola, raket, gegelung dan sebagainya.
22. Taman permainan Seperti yang telah dibincangkan dalam topik permulaan, dunia
pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui aktiviti bermain.
24
Oleh itu, taman permainan akan diletakkan di bahagian belakang
unit prasekolah untuk membolehkan mereka bermain sambil
menikmati pemandangan dan udara luar. Sesi permainan ini juga
baik untuk merangsang pelbagai kemahiran motor, dan kekuatan
otot mereka di samping melahirkan rasa seronok untuk datang ke
sekolah setiap hari. Alatan permainan seperti jongkang-jongket,
papan gelongsor,buaian dan lain-lain akan diletakkan di dalam
taman ini.
Melalui aktiviti bermain secara berkumpulan juga, mereka boleh
melatih diri untuk memupuk sifat sabar dalam menunggu giliran
dan tidak berebut untuk bermain sesuatu peralatan permainan.
Jadual 1 : Justifikasi Lantai Prasekolah yang dirancang
KeselamatanDiPrasekolah
Semasa berada di prasekolah, keselamatan murid adalah prioriti yang harus diberi
perhatian. Hal ini demikian kerana tanggungjawab untuk menjaga keselamatan murid
terletak sepenuhnya di bahu guru dan kakitangan prasekolah. (Haliza Hamzah, Samuel,
J.N, 2009) Oleh yang demikian, pelbagai langkah pragmatik perlu dibuat untuk
memastikan sebarang kemalangan dapat dielakkan dengan sebaik mungkin.
25
Langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan berlaku kemalangan
Selain susun atur fizikal bilik darjah, terdapat pelbagai langkah-langkah keselamatan
lain yang perlu diimplementasikan untuk menjamin keselamatan murid-murid sepanjang
berada di prasekolah. Ia dibahagikan mengikut ruangan yang terdapat di dalam kawasan
prasekolah itu sendiri, iaitu:
Langkah keselamatan dalam ruang santai & bilik darjah
i. Memastikan kedudukan meja dan kerusi tidak mengganggu laluan
untuk berjalan yang berhampiran. Pembahagian ruang harus
seimbang untuk memudahkan ‘traffic flow’ dalam kawasan
berkenaan untuk sebarang aktiviti guru dan murid-murid.
ii. Penggunaan penutup suis plastik untuk melindungi suis-suis
daripada diusik oleh murid-murid prasekolah.
iii. Memastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting
disimpan di tempat yang selamat.
iv. Memastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
Langkah keselamatan dalam seluruh kawasan prasekolah
i. Ruang dan kawasan prasekolah haruslah dipagar.
ii. Memastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
iii. Peralatan permainan selamat untuk digunakan.
iv. Tiada perkakasan besi seperti skru, paku, tukul dan lain-lain berada
di luar kotak perkakasan pertukangan.
26
v. Memasang loceng kecemasan bagi tujuan keselamatan murid-
murid dan kakitangan yang berada dalam prasekolah, dan untuk
menarik perhatian dan pertolongan daripada mana-mana individu
yang mungkin berada dalam kawasan berdekatan sekiranya
berlaku kecemasan.
vi. Menerangkan kedudukan peralatan keselamatan setiap minggu
supaya murid-murid dan kakitangan dalam prasekolah cakna dan
tidak lupa – Latihan kebakaran setiap 6 bulan daripada pihak
berautoriti, dan demonstrasi penggunaan alatan keselamatan oleh
individu berkaitan setiap 3 bulan.
vii. Pemeriksaan dan penyelenggaraan alatan keselamatan seperti
pemadam api secara berkala.
Langkah keselamatan dalam kawasan bilik fail.
i. Pintu bilik fail perlulah sentiasa ditutup untuk mengelakkan murid-
murid masuk ke dalamnya. Sekiranya berlaku kemalangan, murid-
murid berisiko untuk ditimpa oleh timbunan fail-fail yang berat. Ini
juga penting untuk memastikan keselamatan dan keadaan dokumen
dan rekod murid tidak terjejas.
ii. Memastikan peralatan elektrik seperti komputer, mesin pencetak,
mesin fotostat, dan peralatan lain dimatikan selepas diguna, dan suis
utama juga dimatikan setiap kali selesai digunakan.
27
Langkah keselamatan dalam bilik multimedia
i. Memastikan kedudukan meja dan kerusi tidak mengganggu laluan
untuk berjalan yang berhampiran
ii. Meja guru hendaklah berada berdekatan suis utama peralatan supaya
murid-murid tidak berani untuk mengusik peralatan berkenaan.
iii. Elakkan daripada membawa air ke dalam bilik multimedia untuk
mengelakkan risiko peralatan elektrik terkena air yang mungkin tidak
sengaja ditumpahkan.
Langkah keselamatan dalam bilik penyediaan makanan
i. Pintu hendaklah sentiasa ditutup supaya asap dan bau masakan tidak
mengganggu konsentrasi guru dan murid.
ii. Dapur masak dan tabung gas perlu berada dalam keadaan yang baik
dan selamat untuk digunakan.
iii. Lantai perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kering supaya tidak
licin dan membahayakan pergerakan.
iv. Meletakkan sekurang-kurangnya satu unit pemadam api seberat
2kilogram di bahagian dapur.
28
Langkah keselamatan dalam tandas
i. Lantai perlu sentiasa dalam keadaan yang kering untuk mengelakkan
murid-murid tergelincir akibat licin.
ii. Kain pengelap kaki hendaklah diletakkan di hadapan tandas, dan
perlulah dalam keadaan kering dan bersih.
iii. Sabun diletakkan di tempat yang sesuai untuk mengelakkan murid-
murid bermain sabun dan boleh menyebabkan lantai menjadi licin.
iv. Keadaan mangkuk dan pam tandas bersih dan selamat untuk
digunakan.
Kesimpulan
Pada usia kanak-kanak, mereka lebih mudah menyerap konsep pendidikan melalui
kaedah permainan kerana fitrahnya kanak-kanak sangat cenderung untuk menikmati
proses pembelajaran yang menyeronokkan secara visual dan secara langsung. Oleh itu,
prasekolah harus menjadi tempat di mana mereka dapat memaksimumkan prestasi
pendidikan awal mereka untuk membolehkan mereka mengenal dunia pembelajaran
sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah.
Oleh yang demikian,penyediaan infrastruktur prasekolah yang tersusun, bersih dan
selamat digunakan haruslah dititikberatkan dari semasa ke semasa. Keselesaan dan
keselamatan memainkan peranan yang besar untuk memudahkan proses pendidikan awal
kanak-kanak ini. Apatah lagi, ibu bapa tidak hanya membuat ‘pelaburan’ untuk anak
pendidikan anak-anak mereka ke prasekolah dengan hanya modal wang semata-mata,
29
tetapi ia juga melibatkan rasa kepercayaan yang tinggi bahawa keadaan dan keselamatan
anak-anak mereka akan terjamin sepanjang anak-anak ini berada di bawah penjagaan
prasekolah tersebut.
Kesimpulannya, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita
mendapat pendidikan yang sebaik mungkin kerana pada akhirnya, merekalah yang akan
mencorakkan masa depan negara. Peranan prasekolah mungkin tidak menyeluruh dalam
kitaran kehidupan seseorang individu, namun pendidikan awal inilah yang menjadi titik
tolak seorang manusia dalam mempelajari lebih banyak cabang ilmu lain yang mampu
menjadi manfaat untuk diaplikasikan seumur hidup.
30
Rujukan
Alharbi, M. O. & Alzahrani, M. M. (2020). The Importance of Learning Through Play in
Early
Childhood Education: Reflection on The Bold Beginnings Report. International
Journal of the Whole Child 2020, Jilid. 5, No. 2, 9 – 17.
Cedreo. (2022). Floor Plan. Diambil daripada https://cedreo.com/floor-plans/
Hasbullah, S. S., Bakar, K. A. & Othman, N. (2020). Pembelajaran Awal Sains dan
Kompetensi
Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Literatur Sistematik.
Akademika 90 (Isu Khas 3), halaman 55-70.
Isa, Z. M., Bacotang, J. & Mustafa, M. C. (2018). Pencapaian Kemahiran Literasi Awal
Kanak-
Kanak Berusia 2, 3 Dan 4 Tahun. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jilid. XX,
halaman 40-50.
Izzah, K. (2022). Contoh Pelan Lantai Flipped Classroom Prasekolah. Diambil daripada
http://praskll.blogspot.com/2016/12/contoh-pelan-lantai-flipped-classroom.html
Lucidchart. (2022). What is a Floor Plan? Diambil daripada
https://www.lucidchart.com/pages/floor-plans
Nordin, N. & Hajazi, M. Z. (2019). Pendidikan Anak Usia Dini Dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Perbandingan Malaysia Dan Indonesia. International Conference on
Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0”. Institut Seni Indonesia.
Ong, P., Pei, C. S. P., & Ismail, M. J. (2022). Perbandingan Kurikulum Sarjana Muda
31
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Smpakk) Antara Dua Universiti Swasta Di Malaysia.
Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR). Jilid: 5, halaman 10 – 22.
Dr Noriati Abd Rashid, Dr Boon Pon Ying (2011), Budaya dan Pembelajaran. Oxford
Fajar Sdn Bhd Kuala Lumpur
Haliza Hamzah, Samuel (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford
Fajar Sdn Bhd Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
nurulirdina halikulanuar
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
Wan Amir Wan
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
nurulanwar
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodNur Farhanie
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
FaFai S.
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
nelson fredoline
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Budakpro Bapapro
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
Hon Shan Shan
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
FazriFMR
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
Everything Everywhere
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Permata
PermataPermata
Permata
arry kudong
 
Konsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakkKonsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakk
Mohd Razuki Daud
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
Hon Shan Shan
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Dy Marvel
 

What's hot (20)

Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekod
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Hiperaktif
Hiperaktif Hiperaktif
Hiperaktif
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Konsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakkKonsep bermain dalam pakk
Konsep bermain dalam pakk
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 

Similar to HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc

Alatan taman permainan
Alatan taman permainanAlatan taman permainan
Alatan taman permainan
nurulirdina halikulanuar
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
marshiza
 
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
YunitaIndriani6
 
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Atok Shila
 
Ced 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulanCed 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulan
Ai Jay
 
Assignmentcee520
Assignmentcee520Assignmentcee520
Assignmentcee520
Loo Hua
 
Artikel berkumpulan GGGE2123
Artikel berkumpulan GGGE2123Artikel berkumpulan GGGE2123
Artikel berkumpulan GGGE2123
zalkartini mohd nor
 
FAIL KESELAMATN 22.docx
FAIL KESELAMATN 22.docxFAIL KESELAMATN 22.docx
FAIL KESELAMATN 22.docx
MOHAMMADNAZRULIZZUWA
 
Business idea intan rizki pratiwi
Business idea intan rizki pratiwiBusiness idea intan rizki pratiwi
Business idea intan rizki pratiwi
intanrpratiwi
 
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
EvaniaYafie
 
TAKLIMAT 3K (2).ppt
TAKLIMAT 3K (2).pptTAKLIMAT 3K (2).ppt
TAKLIMAT 3K (2).ppt
CikguMai3
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Sherly Jewinly
 
peraturan-sekolah.ppt
peraturan-sekolah.pptperaturan-sekolah.ppt
peraturan-sekolah.ppt
ssuserec9e88
 
Keselamatan Diri Pelajar Sekolah
Keselamatan Diri Pelajar SekolahKeselamatan Diri Pelajar Sekolah
Keselamatan Diri Pelajar Sekolahroszelan
 

Similar to HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc (14)

Alatan taman permainan
Alatan taman permainanAlatan taman permainan
Alatan taman permainan
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
 
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
Ngabaso ruang ramah anak (kandi sekarwulan)
 
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintarKertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
Kertas cadangan projek inovasi dam ular pintar
 
Ced 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulanCed 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulan
 
Assignmentcee520
Assignmentcee520Assignmentcee520
Assignmentcee520
 
Artikel berkumpulan GGGE2123
Artikel berkumpulan GGGE2123Artikel berkumpulan GGGE2123
Artikel berkumpulan GGGE2123
 
FAIL KESELAMATN 22.docx
FAIL KESELAMATN 22.docxFAIL KESELAMATN 22.docx
FAIL KESELAMATN 22.docx
 
Business idea intan rizki pratiwi
Business idea intan rizki pratiwiBusiness idea intan rizki pratiwi
Business idea intan rizki pratiwi
 
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
PENGEMBANGAN ALAT PERMAINAN RITATOON TENTANG BINATANG PELIHARAAN SEBAGAI MEDI...
 
TAKLIMAT 3K (2).ppt
TAKLIMAT 3K (2).pptTAKLIMAT 3K (2).ppt
TAKLIMAT 3K (2).ppt
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
 
peraturan-sekolah.ppt
peraturan-sekolah.pptperaturan-sekolah.ppt
peraturan-sekolah.ppt
 
Keselamatan Diri Pelajar Sekolah
Keselamatan Diri Pelajar SekolahKeselamatan Diri Pelajar Sekolah
Keselamatan Diri Pelajar Sekolah
 

More from Open University Malaysia

CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docxCDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
Open University Malaysia
 
HDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.docHDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.doc
Open University Malaysia
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Open University Malaysia
 
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifHdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Open University Malaysia
 
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Open University Malaysia
 
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Open University Malaysia
 

More from Open University Malaysia (7)

CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docxCDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
 
HDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.docHDPS 4503 assignment.doc
HDPS 4503 assignment.doc
 
HDPS4603.docx
HDPS4603.docxHDPS4603.docx
HDPS4603.docx
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
 
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran KognitifHdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
Hdps3303 Perancangan dan Pengajaran Kognitif
 
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Hdps2603 (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
 
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
Mpu2412 Seni Silat Berkeris (Nor Syarmila Sari bt Shamsuddin Shukor)
 

Recently uploaded

PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 

Recently uploaded (20)

PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 

HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc

  • 1. 1 SEPTEMBER/2022 HDPS4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : syarmilashukor@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI
  • 2. 2 SOALAN 1 ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN.............................................2 OBJEKTIF KAJIAN.....................................................3 LAPORAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN TASKA...............3 -PERMASALAHAN PEMERHATIAN.............................4 -JUMLAH KANAK KANAK ISU KESELAMATAN LAIN......................................4-5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN..................................5-6 KESIMPULAN.............................................7 RUJUKAN........................................................8
  • 3. 3 1. PENDAHULUAN Perkembangan pada peringkat awal bagi kanak- kanak adalah sesuatu yang sangat penting yang akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa hadapan. (Sciaraffa et al,2018) Oleh itu, ramai dari kalangan ibu bapa pada hari ini menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak- kanak lagi untuk memberi pendedahan dari peringkat awal lagi. (Suppiah, 2014) Pada hari ini telah banyak pusat jagaan kanak- kanak dibuka sebelum kanak- kanak ini masuk ke peringkat taska mahupun tadika. Terdapat pelbagai jenis pusat asuhan dan taska di negara ini sama ada yang dilakukan di rumah mahupun di bangunan khas atau diusahakan secara persendirian mahupun atas inisiatif pihak kerajaan. (bernama ,2012) Antara isu yang sentiasa dibangkitkan oleh orang ramai pada hari ini adalah soal keselamatan kanak- kanak. Konsep keselamatan ini pada kebiasaannya dirujuk kepada langkah- langkah yang dilakukan oleh pusat jagaan kanak- kanak ini untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kemalangan, kematian atau kecederaan pada kanak- kanak di bawah jagaan mereka.( Pan et al., 2016) Pusat jagaan perlu menyediakan satu langkah keselamatan dari aspek tingkah laku dan amalan yang diambil untuk mengelak daripada berlaku sebarang kecederaan. Konsep ini termasuk tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku sebarang kemalangan. . Hal ini perlu dititik beratkan tidak kira pusat asuhan tersebut dilakukan di rumah mahupun di bangunan komersial. Dengan yang demikian, bahagian pertama daripada tugasan ini akan memberi perhatian kepada keadaan di salah sebuah taska yang telah dipilih untuk menilai aspek keselamatan yang mereka praktikkan di taman permainan yang disediakan. Laporan ini akan mengambil kira beberapa aspek termasuklah isu keselamatan di taman permainan, jumlah kanak- kanak dan penjaga yang berada di taman permainan pada satu- satu masa. Selain itu, laporan ini juga akan melihat kepada keselamatan pada alat permainan yang disediakan oleh pihak taska untuk kegunaan kanak- kanak ini. Beberapa cadangan dan tindakan susulan akan diberikan dalam laporan di bawah yang boleh diambil oleh pihak
  • 4. 4 taska berkenaan dan boleh dijadikan panduan untuk taska- taska lain dalam aspek keselamatan taman permainan. I- OBJEKTIF Laporan ini dilakukan dengan tujuan untuk memerhati dan menilai aspek keselamatan yang diamalkan oleh taska yang dipilih di taman permainan mereka. Bilangan kanak- kanak dan bilangan penjaga kanak- kanak setiap kali di taman permainan akan diambil kira. Selain itu, susun atur dan peralatan permainan juga akan diperhatikan dalam menilai langkah yang diambil oleh pihak taska dalam memastikan keselamatan kanak- kanak dari ancaman bahaya. Pada masa yang sama laporan ini akan memberikan beberapa cadangan yang boleh diguna pakai oleh taska tersebut serta boleh menjadi rujukan bagi taska- taska lain di negara ini dalam memastikan mereka telah mengambil tindakan keselamatan yang terbaik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak- kanak yang berada di bawah jagaan mereka. 2. LAPORAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN TASKA PERMASALAHAN Taman permainan dan aktiviti luar yang diadakan di setiap taska merupakan aktiviti yang ditunggu- tunggu oleh kanak- kanak pada setiap hari. Taska mempunyai pendekatan yang berbeza- beza dalam menarik perhatian kanak- kanak untuk bermain dan mengembangkan kemahiran motor kasar mereka bermula dari peringkat awal lagi. Sama ada bermain di dalam kelas mahupun bermain di taman permainan sememangnya memberikan keseronokan kepada kanak- kanak.
  • 5. 5 Namun, aktiviti sebegini turut memberikan risiko dan bahaya kepada kanak- kanak ini sekiranya tiada pemerhatian khusus diberikan serta tiada langkah keselamatan diambil oleh pihak taska. Pemerhatian yang dilakukan ini dibuat di taman permainan taska yang disediakan di hadapan premis taska. Pemerhatian dilakukan untuk memastikan keadaan taska berada di dalam keadaan selamat dan selesa bagi kanak- kanak. PEMERHATIAN Jumlah Kanak- kanak Taska yang dipilih mempunyai keseluruhan 29 orang kanak- kanak di bawah jagaan mereka. Kanak- kanak ini terdiri daripada mereka yang berusia antara 3 bulan sehingga 3 tahun. Kanak- kanak ini dibahagikan mengikut usia mereka seperti berikut: No. Umur Kanak- kanak Bilangan 1. Bawah 1 tahun 7 2. 1 tahun 6 3. 2 tahun 9 4. 3 tahun 7 JUMLAH 29 Kanak- kanak ini akan diberikan peluang untuk bermain di taman permainan secara bergilir- gilir mengikut usia mereka. Hanya kanak- kanak di bawah umur 1 tahun sahaja tidak dibenarkan bermain di taman permainan dan disediakan permainan di dalam bilik mereka sendiri.
  • 6. 6 Jumlah Pekerja No. Pekerja Bilangan 1. Penyelia Taska 1 2. Guru Taska 5 3. Tukang kebun 1 4. Tukang Masak 1 JUMLAH 8 Setiap kumpulan permainan akan dijaga oleh tiga orang pekerja taska yang akan memantau kanak- kanak ini bermain di taman permainan tersebut. Pekerja- pekerja ini juga membimbing kanak- kanak melakukan aktiviti di taman permainan disamping memantau mereka bermain. Dua lagi pekerja taska menjaga kanak-kanak bawah 1 tahun manakala pekerja-pekerja yang lain akan membuat tugasan masing-masing seperti yang ditetapkan oleh penyelia. ISU KESELAMATAN LAIN Taman permainan di taska ini dibina di belakang kawasan taska. Taska ini dibina di atas tanah persendirian yang mempunyai kawasan untuk taman permainan yang cukup luas dan berbumbung. Hal ini memberikan satu suasana yang selesa dan selamat bagi menempatkan semua permainan dengan kawasan yang luas bagi kanak- kanak bermain. Namun, daripada pemerhatian yang dibuat, beberapa permainan yang disediakan tidak cukup selamat bagi kanak- kanak yang berusia di bawah usia 4 tahun yang berada di taska tersebut. Antara pemerhatian yang dibuat terhadap alat permainan adalah seperti berikut: (i) Gelongsor terlalu tinggi dan curam. Binaan gelongsor dilihat agak bahaya bagi kanak- kanak kecil. Hal ini menyebabkan kanak- kanak jatuh dengan cepat dan terduduk di pelapik getah;
  • 7. 7 (ii) Pelapik getah di sekitar taman permainan tersebut tidak cukup tebal dan menyebabkan kanak- kanak tercedera dan lebam apabila jatuh di taman permainan; (iii) Jongkang- jongkit agak tinggi bagi kanak- kanak di bawah usia 4 tahun dan agak licin; (iv) Terdapat satu lubang sedalam satu kaki di hujung taman permainan; (v) Tangga pada pondok rehat di dalam taman permainan agak curam dan tinggi untuk kanak- kanak; dan (vi) Pagar taska lambat dikunci. Gambar rajah contoh alat permainan: gelongsor dan pelapik getah jongkat-jongkit
  • 8. 8 pagar taska lubang di taman permainan tangga di pondok permainan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan daripada pemerhatian yang dilakukan ke atas taska tersebut,beberapa cadangan untuk penambahbaikan boleh dilakukan. (i) Menukar gelongsor dan jongkang- jongkit yang mereka gunakan dengan gelongsor yang lebih sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 tahun ke bawah; (ii) Menambah ketebalan pelapik getah yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan atau kecederaan kanak- kanak;
  • 9. 9 (iii) Menimbus atau menutup lubang yang terdapat di taman permainan dengan simen; (iv) Membina tangga pondok yang lebih mendatar dan tidak curam untuk memudahkan kanak- kanak naik ke pondok; (v) Memastikan sistem keselamatan taska dipantau sebaiknya terutamanya melibatkan pintu dan pagar. Semua bahagian taska mesti dipastikan sentiasa berkunci dan tidak boleh diakses oleh orang luar pada setiap masa. KESIMPULAN Keselamatan adalah satu aspek yang perlu dititik beratkan apabila melibatkan tumbesaran kanak- kanak. Pada peringkat ini mereka memerlukan perhatian yang sangat tinggi daripada penjaga yang mana setiap apa yang berlaku pada peringkat ini akan mempengaruhi tumbesaran mereka. Ketiadaan aspek keselamatan di taska menimbulkan keadaan yang merbahaya kepada mereka. Aspek keselamatan ini tidak hanya melibatkan taman permainan semata- mata. Isu keselamatan ini turut melibatkan susun atur perabot, akses ke setiap bahagian taska terutamanya di dapur dan langkah- langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak taska. Dengan laporan yang disediakan melalui pemerhatian di salah sebuah taska yang dipilih, isu- isu keselamatan yang mungkin nampak kecil sebenarnya memberikan impak yang besar kepada kanak- kanak ini. Misalnya isu lubang yang berada di hujung taman permainan mungkin tidak memberikan kesan kepada kanak- kanak kerana jauh dari taman permainan. Namun, kita tidak tahu sekiranya pekerja- pekerja yang memantau kanak- kanak ini bermain tidak sedar akan pergerakan kanak- kanak ini dan mereka bermain di lubang tersebut. Sudah tentu hal ini meningkatkan risiko bagi kanak- kanak ini untuk cedera. Dalam masa yang sama, isu keselamatan ini sangat penting untuk sentiasa diperhatikan supaya kanak- kanak dan penjaga mereka dapat menjalankan rutin harian
  • 10. 10 dan aktiviti permainan dengan selesa, bebas dan selamat. Pendedahan berkenaan isu keselamatan ini akan memberi pendedahan kepada kanak- kanak dari peringkat awal bagi memastikan mereka dapat menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan di kalangan kanak- kanak. Dengan itu, kita akan dapat membina satu sistem pendidikan yang lebih baik untuk negara di masa hadapan. RUJUKAN Adnan M., Ayob A., Tek O. E., Ibrahim M. N., Ishak N. & Sheriff J. (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak : Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space. Vol 12. No. 1. Hlm. 29–36. Hanafi Z. (2015). The childcare Center: How to ensure quality childcare practices. Asian Social Science. Vol 11. No. 25 Hlm. 90- 100 Zahyah H. & Siti N.I. (2014). Inside the Child Care Center: How to Ensure Quality Child Care Practices. International Journal of Education, Vol. 8 No. 1. Flaes, S. A. M. B., Chinapaw, M. J. M., Koolhaas, C. M., van Mechelen, W., & Verhagen, E. A. L. M. (2016). More children more active: Tailored playgrounds positively affect physical activity levels amongst youth. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN | Nor Alia - Academia.edu https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jkm/sedia-pelbagai-inisiatif-galak-taska- pusar-jagaan-berdaftar-334026
  • 11. 11 SOALAN 2 ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGENALAN……………………………………………10 PELAN LANTAI BAHAGIAN DALAM PRASEKOLAH/PUSAT ASUHAN …………………………………………………………11-13 JUSTIFIKASI PELAN LANTAI PRASEKOLAH.......................................................................14-22 KESELAMATAN DI PRASEKOLAH…………………….22 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU KEMALANGAN………………………………………………..23 -LANGKAH KESELAMATAN DALAM RUANG SANTAI & BILIK DARJAH -LANGKAH KESELAMATAN DALAM SELURUH KAWASAN PRASEKOLAH -LANGKAH KESELAMATAN DALAM KAWASAN BILIK FAIL -LANGKAH KESELAMATAN DALAM BILIK MULTIMEDIA -LANGKAH KESELAMATAN DALAM BILIK PENYEDIAAN MAKANAN -LANGKAH KESELAMATAN DALAM TANDAS KESIMPULAN .…………………………………………………………………28-29 RUJUKAN……………………………………………………………….30-31
  • 12. 12 PENGENALAN Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan dalam kehidupan seorang manusia. Ia akan sentiasa berlaku dalam setiap peringkat umur, sama ada secara langsung atau tidak langsung, secara formal atau tidak formal, secara lisan atau penulisan,mahupun secara fizikal ataupun dalam bentuk psikologi. (Dr Noriati Abd Rashid,Dr Boon Pong Yin, 2011) Pendidikan sangat penting kerana ia akan membantu menentukan hala tuju seseorang individu, dan bagaimana dia boleh memberi respon terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. (Shiqah,2019) Di dalam dunia pembelajaran kanak-kanak, belajar melalui permainan telah lama menjadi sebahagian besar daripada proses pendidikan awal mereka. Bagaimana permainan digunakan dalam sesuatu aktiviti, serta bagaimana ia berfungsi, sering berkaitan dengan bagaimana permainan tersebut dipelbagaikan kegunaannya pada penggunaan sebelumnya. Penting untuk kita memahami dengan lebih baik tentang sifat bermain dalam diri kanak-kanak dan cara mereka menggunakannya dalam proses pendidikan awal mereka. Pentingnya pendidikan awal kanak-kanak ini adalah kerana ia merupakan peringkat di mana kanak-kanak memerlukan pendedahan awal dan pembelajaran taska melalui penerokaan dan permainan.(Haliza Hamzah, Samuel, 2009) Hal ini bermakna, guru perlu menyediakan kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun, untuk masuk ke pendidikan umum iaitu sekolah rendah dengan asas permainan tetapi bercorak pendidikan yang signifikan. Zaman awal dunia kanak-kanak adalah tempoh masa di mana kanak-
  • 13. 13 kanak melalui proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat. Hal ini berlaku kerana otak kanak-kanak berkembang dengan cepat. Oleh yang demikian, pada tahun-tahun awal ini penting untuk asas kemahiran sosial kanak-kanak, harga diri, dan perkembangan kognitif dibentuk dengan acuan yang terbaik.(Frydenberg, Martin & Collie 2017 ; Lemmon & Green 2015) Kanak-kanak prasekolah juga sedang belajar untuk menguasai sesuatu pilihan masa, di mana mereka akan mula memahami bahawa ada kalanya lebih baik menunggu sesuatu daripada memilikinya dalam masa yang tertentu. Kanak-kanak seawal usia tiga tahun lebih mudah menyerap nilai-nilai sosial seperti sikap memberi dan berkongsi, bukan hanya dengan hadiah atau bahan fizikal semata-mata, tetapi juga dalam konteks interaksi dan komunikasi dengan orang lain. Pelan lantai bahagian dalam prasekolah/pusat asuhan Pelan lantai merupakan suatu lukisan skala yang menunjukkan hubungan antara bilik, ruang dan ciri fizikal yang dilihat dari sudut atas. Pelan ini menunjukkan cara untuk menggambarkan bagaimana pergerakan berlaku melalui ruang-ruang yang terdapat di sesuatu tempat. Pelan lantai memudahkan proses untuk memeriksa sama ada ruang itu sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan, dan apakah potensi atau cabaran dalam merangka proses yang seterusnya dan yang lebih terperinci. Ia juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk bereksperimen dengan alternatif reka bentuk dan aliran peredaran
  • 14. 14 yang berbeza-beza, yang menunjukkan bagaimana ‘trafiic flow’ berlaku dalam sesuatu ruang yang ingin dibangunkan. Pembinaan pelan perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti, kerana dengan ruang yang sama, seseorang pembuat pelan boleh membuat karya atau mewujudkan masalah sekiranya pelan tidak teliti dan longgar dari aspek keselamatan. Itulah sebabnya hal sekecil proses pengaliran udara pun mampu membawa impak yang besar jika dipandang enteng. Perancangan ruang bukan sahaja penting dalam penstrukturan baharu, tetapi ia juga penting dalam mempertimbangkan semula ruang sedia ada untuk menentukan cara mengunakannya dengan lebih cekap. Pembaziran ruang ataupun ruang yang terlalu sempit adalah suatu bentuk kesilapan yang perlu dielakkan kerana setiap inci ruang yang ada boleh dimanfaatkan untuk kegunaan-kegunaan yang pelbagai. Bagi sekolah atau pusat asuhan yang ingin dibangunkan menjadi sebuah prasekolah, guru-guru dan kakitangan yang terlibat perlu membuat persediaan-persediaan tertentu sebelum menubuhkan sesebuah kelas prasekolah, dan langkah fundamental yang perlu diambil adalah menyediakan pelan lantai yang menepati konsep prasekolah yang ingin dibangunkan. Pelan lantai merupakan perkara asas dalam menubuhkan sesebuah unit prasekolah, dan pelan lantai yang tepat akan memudahkan langkah-langkah seterusnya. Dalam proses membuat pelan lantai ini, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti seperti keluasan unit kelas, jenis-jenis peralatan yang akan diletakkan di dalam kelas, kesesuaian setiap peralatan, jumlah dan saiz perabot yang
  • 15. 15 ingin digunakan, serta jumlah murid yang akan ditempatkan. Semua ini merupakan aspek penting untuk menjamin keselesaan dan keselamatan para guru dan murid, dan seterusnya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam prasekolah. Pelan Lantai Prasekolah yang telah saya buat boleh dilihat dalam gambar rajah di bawah:
  • 16. 16 Petunjuk: Rajah 1: Pelan Lantai Prasekolah dan Petunjuk Prasekolah yang saya rancang ialah berupa sebuah unit premis satu tingkat sahaja, di mana untuk mengelakkan risiko kemalangan yang mungkin boleh berlaku akibat kecuaian di kawasan bertingkat seperti tangga dan tingkat atas premis berkenaan. Hal ini kerana kanak-kanak gemar bermain di kawasan bertingkat dek sifat ingin tahu mereka yang tinggi untuk mengeksplorasi ruang. Justeru, atas sebab keselamatan, prasekolah ini sebaik-baiknya tidak mempunyai tingkat atas, ataupun sekiranya ada, semua aktiviti prasekolah hanya dijalankan di tingkat bawah dengan bahagian tangga ditutup. Berikut adalah justifikasi pelan yang dirancang. JUSTIFIKASI PELAN LANTAI PRASEKOLAH 1. Ruang Santai Ruang ini adalah bahagian pertama yang akan menjamu mata mereka yang datang ke prasekolah. Ruang ini adalah ruang untuk murid-murid berkumpul, diambil kehadiran, aktiviti taklimat pagi, membaca, dan aktiviti bebas yang lain. 2. Meja Guru Berdasarkan pelan yang telah saya reka, meja guru diletakkan di bahagian hadapan kelas di ruang santai dan dalam ketiga-tiga bilik darjah. Jika di dalam persekitaran sekolah awam juga, meja guru akan diletakkan dihadapan kelas untuk memudahkan guru Tingkap Tong sampah Kerusi Kerusi ruang makan Meja Guru MG
  • 17. 17 memantau murid-murid dan memudahkan proses P & P. Selain itu, hal ini juga akan memudahkan proses komunikasi antara guru dan murid. 3. Rak fail Rak fail diletakkan bersebelahan dengan meja guru untuk memudahkan guru mendapatkan rekod maklumat peribadi pelajar. Hal ini juga boleh membantu guru yang baharu bertugas untuk mengenali murid dengan lebih cepat dan efisyen. 4. Pentas Ruang untuk pentas dibuat di dalam Ruang Santai untuk membolehkan sebarang aktiviti bebas atau aktiviti muzikal untuk persembahan guru dan murid boleh dijalankan. 5. Meja & kerusi Pelan lantai ini menyasarkan kedudukan meja dan kerusi disusun mengikut kaedah kumpulan. Dalam proses P&P, kanak-kanak lebih cenderung untuk beraktiviti secara berpasangan/berkumpulan kerana mereka boleh berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain. Hal ini bukan sahaja membantu mereka dalam interaksi dengan rakan-rakan dan guru, malah ia juga mampu mengelakkan mereka daripada merasa bosan dengan aktiviti secara bersendirian. Ini akan mengembangkan tahap pemikiran dan seterusnya meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk bercakap dan berbual.
  • 18. 18 Selain itu, susun atur meja dan kerusi secara berkumpulan akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas. Ruang untuk laluan juga lebih besar dan saiz kawasan sekeliling untuk membuat aktiviti bebas juga lebih besar. 6. Rak Buku Nilam Ruang santai adalah ruang di mana murid-murid boleh menikmati aktiviti bebas yang mereka sukai. Untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak, prasekolah perlulah menyediakan ruang dan naskhah menarik untuk menggalakkan kanak-kanak ini minat dengan aktiviti pembacaan. Dengan adanya sudut membaca ini, murid belajar memanfaatkan masa senggang seperti pada waktu rehat ataupun sewaktu ketiadaan guru di dalam kelas dengan melakukan aktiviti membaca. Kedudukan rak buku tidak jauh daripada meja murid untuk membolehkan mereka mengemas semula buku selepas menggunakannya. Melalui praktis ini, murid-murid mula melatih diri mereka dengan sikap berdikari dan menitikberatkan kebersihan, kekemasan dan keselesaan ruang untuk mereka beraktiviti. 7. Bilik Fail Ruang ini bertujuan untuk menempatkan rekod-rekod murid dan guru, serta rekod-rekod lain yang berkaitan seperti pembelian inventori, pembayaran yuran, rekod perbelanjaan prasekolah dan lain-lain lagi. Kemudahan lain seperti komputer, mesin pencetak dan mesin fotostat juga ditempatkan di dalam ruang ini. Oleh sebab itulah, tong sampah diletakkan di sini untuk mengelakkan
  • 19. 19 bekas-bekas dokumen yang tidak digunakan lagi dibuang di tempat yang tidak sesuai seperti tong sampah dapur atau tong sampah bilik darjah. 8. Bilik Peralatan Mengajar Bilik ini bertujuan untuk menempatkan bahan-bahan yang digunakan untuk proses P&P, seperti buku-buku teks, alat-alat tulis, dan peralatan untuk melukis. Alat untuk menghias kelas juga ditempatkan di dalam bilik ini untuk membolehkan murid-murid menyumbang idea dalam susun atur kelas yang lebih ceria. 9. Tong sampah Di dalam reka bentuk pelan ini, saya telah menempatkan tong sampah di bahagian belakang kelas di Ruang Santai, dan dalam setiap bilik darjah untuk memastikan murid menjaga kebersihan kawasan P&P. Terdapat juga tong sampah di kawasan dapur dan bilik fail kerana dua kawasan ini merupakan kawasan yang cenderung untuk membuat pelupusan sisa-sisa bahan makanan(dapur) dan dokumen yang tidak diperlukan (bilik fail). Hal ini bertujuan untuk memastikan kawasan prasekolah sentiasa bersih dan mengelakkan sisa-sisa makanan pula meninggalkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kawasan prasekolah. 10. Bilik Mesyuarat / Tetamu Bilik ini mempunyai tiga tujuan utama: i. Untuk mengadakan perbincangan tentang prasekolah di antara guru-guru/ kakitangan yang terlibat ii.Untuk menempatkan kedatangan tetamu yang datang mengunjungi prasekolah sama ada ibu bapa, atau guru-guru dari
  • 20. 20 prasekolah lain yang mungkin datang atas tujuan kerjasama dalam program-program tertentu. iii. Ruang untuk sesi kaunseling antara guru dan murid, atau antara guru dengan guru dan kakitangan lain. Ia diletakkan berhampiran dengan pintu utama supaya tetamu yang datang boleh menunggu dengan selesa. 11. Papan notis Faktor papan notis di diletakkan di ruang hadapan bilik mesyuarat dan berhampiran pintu masuk utama adalah untuk memaparkan segala maklumat atau perkara yang berkaitan. Tetamu yang datang boleh membaca maklumat yang terdapat di situ untuk mendapatkan maklumat awal tentang prsekolah. Selain itu, jadual kelas dan jadual bertugas murid juga akan diletakkan di papan ini mengikut pembahagian ruang yang ditetapkan dalam papan notis. Jadual bertugas ini penting untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam diri murid-murid. 12. Sistem pengaliran udara (tingkap) Aliran pengudaraan adalah faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah bangunan. Pengudaraan yang baik akan memberikan pencahayaan yang baik dan aliran udara yang sistematik. Hal ini juga penting untuk memastikan keadaan di dalam prasekolah selesa. Tambahan pula, tingkap adalah salah
  • 21. 21 satu laluan kecemasan sekiranya pintu tidak dapat digunakan. 13. Bilik Tidur Murid Seperti di rumah, bilik tidur adalah ruang yang terbaik untuk mendapatkan rehat. Dan kebanyakan prsekolah akan menetapkan jadual waktu tidur untuk murid-murid. Bilik tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan akan diasingkan untuk keselesaan. 12. Alat Pemadam api Alat pemadam api sangat penting untuk setiap unit kediaman, sekolah, dan bangunan. Ia penting untuk membantu mengelakkan kebakaran awal daripada merebak sekiranya ia berlaku. Ia perlu diperiksa dan diselenggara dengan baik untuk memastikan ia boleh digunakan apabila diperlukan pada waktu kecemasan. Selain mengelakkan kemalangan dan kerugian, guru dan kakitangan prasekolah perlu mempelajari teknik penggunaan alat pemadam api dengan betul. 14. Bilik Multimedia Saya meletakkan sudut multimedia dalam rekaan pelan ini. Hal ini kerana kanak-kanak hari ini sudah mula terdedah kepada teknologi seawal usia dua tahun dengan melihat paparan rancangan animasi di telefon pintar ibu bapa mereka. Melalui sudut multimedia ini, saya ingin mereka mendapat pendidikan tentang seronoknya dunia digital, dan bagaimana cara yang baik untuk menggunakannya. Selain itu, sesi P&P juga akan menjadi lebih mudah dengan adanya paparan-paparan animasi yang mampu menarik minat kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu topik. Ia juga akan
  • 22. 22 membantu mereka untuk lebih berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan. 15. Surau Ruang ini digunakan untuk kegunaan guru dan kakitangan untuk beribadah, dan juga untuk membuat kelas bimbingan solat kepada murid-murid yang beragama Islam. Aktiviti mengaji juga akan dibuat di dalam bilik ini. 16. Bilik Darjah Bilik darjah akan terbahagi kepada tiga, untuk memudahkan pembahagian pengajaran untuk subjek dan kumpulan murid yang berbeza. Kedudukan bilik darjah juga tidak terlalu dekat antara satu sama lain untuk mengelakkan suasana dari mana-mana kelas menganggu kelas yang lain. Hal ini kerana kelas prasekolah akan melibatkan penggunaan muzik yang mungkin boleh menggangu konsentrasi murid dalam kelas mata pelajaran yang lain. Bilangan meja dan kerusi akan disuaikan mengikut keadaan semasa. 17. Tandas Terdapat dua tandas dalam prasekolah ini, kerana ia juga akan digunakan oleh guru dan murid. Satu unit tandas sahaja tidak mencukupi. Ia juga ditempatkan di ruang belakang dalam bangunan prasekolah untuk memastikan kebersihan serta menjaga konsentrasi murid. 18. Dapur Murid-murid memerlukan nutrisi yang terbaik untuk pembelajaran mereka. Oleh itu, ruang dapur diperlukan untuk menyediakan hidangan untuk keperluan mereka sepanjang berada di prasekolah. 19. Ruang Makan Tempat untuk menikmati makanan diberikan ruang khusus dalam
  • 23. 23 kawasan prasekolah ini untuk mengelakkan sisa-sisa makanan berselerak di ruang yang lain. Sekiranya terdapat sisa makanan sekalipun, sekurang-kurangnya hanya ruang ini yang perlu dibersihkan. 20. Bilik Peralatan Keselamatan Di dalam ruang ini, pelbagai peralatan keselamatan diletakkan, termasuklah peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di dalam bilik ini untuk mengelakkan ada barang yang tercicir jika ia daripada diletak di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Hal ini penting untuk memastikan kandungan bahan- bahan pertolongan cemas di dalamnya sentiasa lengkap. Peralatan keselamatan yang lain juga perlu disimpan di tempat yang tidak mudah diakses oleh kanak-kanak untuk mengelakkan risiko kecederaan. Antaranya ialah tangga mudah alih, peralatan tajam seperti gunting, dan sebagainya. Dalam ruang ini juga, terdapat alat pemadam api yang lain sekiranya diperlukan. 21. Bilik Peralatan Permainan Peralatan yang digunakan oleh murid perlulah disimpan dengan kemas dan teratur untuk memudahkan mereka menggunakannya semula pada masa yang lain. Murid-murid juga akan perlu belajar sikap bertanggungjawab untuk mengemaskan peralatan yang telah mereka gunakan, sama ada bola, raket, gegelung dan sebagainya. 22. Taman permainan Seperti yang telah dibincangkan dalam topik permulaan, dunia pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui aktiviti bermain.
  • 24. 24 Oleh itu, taman permainan akan diletakkan di bahagian belakang unit prasekolah untuk membolehkan mereka bermain sambil menikmati pemandangan dan udara luar. Sesi permainan ini juga baik untuk merangsang pelbagai kemahiran motor, dan kekuatan otot mereka di samping melahirkan rasa seronok untuk datang ke sekolah setiap hari. Alatan permainan seperti jongkang-jongket, papan gelongsor,buaian dan lain-lain akan diletakkan di dalam taman ini. Melalui aktiviti bermain secara berkumpulan juga, mereka boleh melatih diri untuk memupuk sifat sabar dalam menunggu giliran dan tidak berebut untuk bermain sesuatu peralatan permainan. Jadual 1 : Justifikasi Lantai Prasekolah yang dirancang KeselamatanDiPrasekolah Semasa berada di prasekolah, keselamatan murid adalah prioriti yang harus diberi perhatian. Hal ini demikian kerana tanggungjawab untuk menjaga keselamatan murid terletak sepenuhnya di bahu guru dan kakitangan prasekolah. (Haliza Hamzah, Samuel, J.N, 2009) Oleh yang demikian, pelbagai langkah pragmatik perlu dibuat untuk memastikan sebarang kemalangan dapat dielakkan dengan sebaik mungkin.
  • 25. 25 Langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan berlaku kemalangan Selain susun atur fizikal bilik darjah, terdapat pelbagai langkah-langkah keselamatan lain yang perlu diimplementasikan untuk menjamin keselamatan murid-murid sepanjang berada di prasekolah. Ia dibahagikan mengikut ruangan yang terdapat di dalam kawasan prasekolah itu sendiri, iaitu: Langkah keselamatan dalam ruang santai & bilik darjah i. Memastikan kedudukan meja dan kerusi tidak mengganggu laluan untuk berjalan yang berhampiran. Pembahagian ruang harus seimbang untuk memudahkan ‘traffic flow’ dalam kawasan berkenaan untuk sebarang aktiviti guru dan murid-murid. ii. Penggunaan penutup suis plastik untuk melindungi suis-suis daripada diusik oleh murid-murid prasekolah. iii. Memastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat. iv. Memastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan. Langkah keselamatan dalam seluruh kawasan prasekolah i. Ruang dan kawasan prasekolah haruslah dipagar. ii. Memastikan jeriji besi sentiasa ditutup. iii. Peralatan permainan selamat untuk digunakan. iv. Tiada perkakasan besi seperti skru, paku, tukul dan lain-lain berada di luar kotak perkakasan pertukangan.
  • 26. 26 v. Memasang loceng kecemasan bagi tujuan keselamatan murid- murid dan kakitangan yang berada dalam prasekolah, dan untuk menarik perhatian dan pertolongan daripada mana-mana individu yang mungkin berada dalam kawasan berdekatan sekiranya berlaku kecemasan. vi. Menerangkan kedudukan peralatan keselamatan setiap minggu supaya murid-murid dan kakitangan dalam prasekolah cakna dan tidak lupa – Latihan kebakaran setiap 6 bulan daripada pihak berautoriti, dan demonstrasi penggunaan alatan keselamatan oleh individu berkaitan setiap 3 bulan. vii. Pemeriksaan dan penyelenggaraan alatan keselamatan seperti pemadam api secara berkala. Langkah keselamatan dalam kawasan bilik fail. i. Pintu bilik fail perlulah sentiasa ditutup untuk mengelakkan murid- murid masuk ke dalamnya. Sekiranya berlaku kemalangan, murid- murid berisiko untuk ditimpa oleh timbunan fail-fail yang berat. Ini juga penting untuk memastikan keselamatan dan keadaan dokumen dan rekod murid tidak terjejas. ii. Memastikan peralatan elektrik seperti komputer, mesin pencetak, mesin fotostat, dan peralatan lain dimatikan selepas diguna, dan suis utama juga dimatikan setiap kali selesai digunakan.
  • 27. 27 Langkah keselamatan dalam bilik multimedia i. Memastikan kedudukan meja dan kerusi tidak mengganggu laluan untuk berjalan yang berhampiran ii. Meja guru hendaklah berada berdekatan suis utama peralatan supaya murid-murid tidak berani untuk mengusik peralatan berkenaan. iii. Elakkan daripada membawa air ke dalam bilik multimedia untuk mengelakkan risiko peralatan elektrik terkena air yang mungkin tidak sengaja ditumpahkan. Langkah keselamatan dalam bilik penyediaan makanan i. Pintu hendaklah sentiasa ditutup supaya asap dan bau masakan tidak mengganggu konsentrasi guru dan murid. ii. Dapur masak dan tabung gas perlu berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. iii. Lantai perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kering supaya tidak licin dan membahayakan pergerakan. iv. Meletakkan sekurang-kurangnya satu unit pemadam api seberat 2kilogram di bahagian dapur.
  • 28. 28 Langkah keselamatan dalam tandas i. Lantai perlu sentiasa dalam keadaan yang kering untuk mengelakkan murid-murid tergelincir akibat licin. ii. Kain pengelap kaki hendaklah diletakkan di hadapan tandas, dan perlulah dalam keadaan kering dan bersih. iii. Sabun diletakkan di tempat yang sesuai untuk mengelakkan murid- murid bermain sabun dan boleh menyebabkan lantai menjadi licin. iv. Keadaan mangkuk dan pam tandas bersih dan selamat untuk digunakan. Kesimpulan Pada usia kanak-kanak, mereka lebih mudah menyerap konsep pendidikan melalui kaedah permainan kerana fitrahnya kanak-kanak sangat cenderung untuk menikmati proses pembelajaran yang menyeronokkan secara visual dan secara langsung. Oleh itu, prasekolah harus menjadi tempat di mana mereka dapat memaksimumkan prestasi pendidikan awal mereka untuk membolehkan mereka mengenal dunia pembelajaran sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah. Oleh yang demikian,penyediaan infrastruktur prasekolah yang tersusun, bersih dan selamat digunakan haruslah dititikberatkan dari semasa ke semasa. Keselesaan dan keselamatan memainkan peranan yang besar untuk memudahkan proses pendidikan awal kanak-kanak ini. Apatah lagi, ibu bapa tidak hanya membuat ‘pelaburan’ untuk anak pendidikan anak-anak mereka ke prasekolah dengan hanya modal wang semata-mata,
  • 29. 29 tetapi ia juga melibatkan rasa kepercayaan yang tinggi bahawa keadaan dan keselamatan anak-anak mereka akan terjamin sepanjang anak-anak ini berada di bawah penjagaan prasekolah tersebut. Kesimpulannya, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang sebaik mungkin kerana pada akhirnya, merekalah yang akan mencorakkan masa depan negara. Peranan prasekolah mungkin tidak menyeluruh dalam kitaran kehidupan seseorang individu, namun pendidikan awal inilah yang menjadi titik tolak seorang manusia dalam mempelajari lebih banyak cabang ilmu lain yang mampu menjadi manfaat untuk diaplikasikan seumur hidup.
  • 30. 30 Rujukan Alharbi, M. O. & Alzahrani, M. M. (2020). The Importance of Learning Through Play in Early Childhood Education: Reflection on The Bold Beginnings Report. International Journal of the Whole Child 2020, Jilid. 5, No. 2, 9 – 17. Cedreo. (2022). Floor Plan. Diambil daripada https://cedreo.com/floor-plans/ Hasbullah, S. S., Bakar, K. A. & Othman, N. (2020). Pembelajaran Awal Sains dan Kompetensi Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Literatur Sistematik. Akademika 90 (Isu Khas 3), halaman 55-70. Isa, Z. M., Bacotang, J. & Mustafa, M. C. (2018). Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Kanak- Kanak Berusia 2, 3 Dan 4 Tahun. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jilid. XX, halaman 40-50. Izzah, K. (2022). Contoh Pelan Lantai Flipped Classroom Prasekolah. Diambil daripada http://praskll.blogspot.com/2016/12/contoh-pelan-lantai-flipped-classroom.html Lucidchart. (2022). What is a Floor Plan? Diambil daripada https://www.lucidchart.com/pages/floor-plans Nordin, N. & Hajazi, M. Z. (2019). Pendidikan Anak Usia Dini Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perbandingan Malaysia Dan Indonesia. International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0”. Institut Seni Indonesia. Ong, P., Pei, C. S. P., & Ismail, M. J. (2022). Perbandingan Kurikulum Sarjana Muda
  • 31. 31 Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Smpakk) Antara Dua Universiti Swasta Di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR). Jilid: 5, halaman 10 – 22. Dr Noriati Abd Rashid, Dr Boon Pon Ying (2011), Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd Kuala Lumpur Haliza Hamzah, Samuel (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn Bhd Kuala Lumpur.