Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
GURINDAM TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT.pptx
1. TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT
Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai
2. MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya
perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah
pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan
daripada serangan musuh negera.
Rangkap 2: Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas
sebarang rancangan pembangunan negara.
Rangkap 3: Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah dengan
hukuman yang adil. Seseorang raja yang adil akan mendapat petunjuk
dari Allah swt.
Rangkap 4: Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu.
Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada keberkatan hidup
kerana mendapat kasih sayang Allah.
Rangkap 5: Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana
perbuatan tersebut akan membantu kita membezakan perkara-perkara
baik dan buruk.
3. Tema
Kerjasama antara rakyat dan negara
Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai
syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan
taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan
ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat.
Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap
pembesar negeri termasuk Perdana Menteri.
Kemudian raja hendaklah mempunyai hati
yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati
orang lain.
4. Persoalan
• Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja.
- Rakyat yang setia kepada raja dapat memudahkan serta
melancarkan segala urusan
• Persoalan kesefahaman antara pentadbir.
- Persefaham antara menteri dan raja akan melancarkan
urusan perihal negera serta menjadikan negera aman.
• Persoalan keadilan raja terhadap rakyat.
- Raja yang adil akan sentiasa dapat pertolongan dari
rakyatnya.
• Persoalan mengasihi orang beriman.
- Orang yang mengasihi orang yang beriman akan mendapat
kerahmatan.
• Persoalan menghormati orang yang berilmu.
- Apabila menghormati orang yang pandai,kita dapat
membezakan antara baik dan buruk.
5. Ciri-ciri/bentuk gurindam
Bentuk terikat
Terdiri daripada 5 rangkap
Jumlah baris dalam rangkap sama iaitu 2 baris
serangkap ,contoh;
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Semua baris adalah maksud
6. >Jumlah perkataan dalam baris sekata,iaitu antara 4-5
perkataan sebaris contoh;
Hormat akan orang pandai,(4perkataan)
Tanda mengenal kasa dan cindai.(5perkataan)
>Jumlah sukukata dalam baris sekata iaitu antara 8-11 sukukata
sebaris,contoh;
Hu/kum a/dil a/tas rak/yat, (8sukukta)
Se/per/ti ke/bun ber/pa/gar/kan du/ri. (11sukukata)
>Rima akhirnya sama iaitu a,a. contoh;
Kasihkan orang yang berilmu, (a)
Tanda rahmat atas dirimu. (a)
7. FUNGSI
o Memberi pengajaran atau didikan.
- Memberi didikan supaya mentaati raja.
- Mengajar supaya menghormati orang berilmu
pengetahuan.
o Menasihati supaya raja dan rakyat sentiasa
bemuafakat dan berkerjasama.
- Kerjasama yang baik antara raja dan rakyat dapat
menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.
o Sebagai alat kawalan sosial.
- Supaya raja dan menteri bersatu padu.
- Supaya rakyat taat kepada raja dan pemerintah.
8. NILAI
* Nilai masyarakat yang taat kepada raja.
* Nilai masyarakat yang hormat akan orang
yang berilmu pengetahuan.
* Nilai masyarakat yang suka mengasihi
orang
9. Pengajaran
1.Kita haruslah bersikap adil dalam melakukan sesuatu perkara
-Seseorang pemerintah atau raja perlu mempunyai sikap yang adil kepada rakyat. sebarang
tindakan dan hukuman yang dijatuhkan kepada rakyat perlu diselidik terlebih dahulu serta
tidak bersikap berat sebelah agar keadilan dapat ditegakkan dan hukuman yang dijatuhkan
seimpal dengan kesalahan yang dilakukan agar rakyat berasa berpuas hati.
Contohnya,rangkap 3 baris 1 dan 2
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
2. Kita mestilah bersepakat dan bermuafakat antara satu sama lain.
-Permuafakatan dalam pemerintahan mampu melahirkan sebuah negara yang kuat.
Persefahaman ini merupakan kekuatan yang boleh dijadikan banteng untuk mempertahankan
negara. Ia juga akan memudahkan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan dan membolehkan
pembangunan negara dilaksanakan dengan lancar.
Sebagai contoh, rangkap 1 baris 1 dan 2.
Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
3. Kita hendaklah mengasihi atau memuliakan orang yang berilmu.
-Raja atau pemerintah seharusnya mendampingi orang-orang yang berilmu. Raja atau
pemerintah yang memuliakan orang yang berilmu akan mendapat rahmat daripada Allah
SWT.
Contohnya, pada rangkap 4 baris 1 dan 2.
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
10. Gaya Bahasa
Ansonansi
- pengulangan vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat
- contoh : rangkap 1,vokal a
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
· Aliterasi
-Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
- Contoh : rangkap 2,konsonen d
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
· Simile
- Perbandingan yang setara menggunakan perkataan bagai,bak,umpama,seperti
- Contoh : rangkap 1 baris 2
Seperti kebun berpagarkan duri.
11. Metafora
- Abstrak dan konkrit
- Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja
Anafora
- Pengulangan kata di awal baris
- Contoh : rangkap 2 baris 2 dengan rangkap 3 baris 2,rangkap 4 baris 2,dan rangkap 5 baris 2.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Inversi
- Kata yang diterbalikkan tanpa mengikut tatabahasa
- Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja
- Rangkap 3 baris 1
Hukum adil atas rakyat
- Rangkap 5 baris 1
Hormat akan orang pandai