SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 Pengenalan
Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bidang bahasa secara saintifik ataupun
mendalam, iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara emprikal
dan objektif tanpa dipengaruhi faktor-faktor keberangkalian (reasoning), ramalan, falsafah
mahupun andaian. Antara bidang ilmu linguistik bahasa Melayu ialah bidang fonetik dan
fonologi yang memberi tumpuan kepada analisis kepada sistem bunyi sesuatu bahasa yang
dikaji pada masa tertentu amnya untuk menghasilkan sistem tulisan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015 : 414), fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik)
yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya
manakala fonologi (2015 :414), ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
Menurut Abdullah Hassan (2007), bidang kaji bunyi dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik sebenarnya lebih kepada mengkaji penyebutan bunyi
manusia, amnya bunyi yang digunakan dalam pertuturan ataupun komunikasi seharian
manakala fonologi pula lebih kepada mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Dalam hal ini,
dapatlah kita membuat satu pernyataan bahawa fonetik dan fonologi ialah kajian tentang bunyi-
bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya.
Bunyi-bunyi tersebut perlu didengar terlebih dahulu sebelum dideskripsi kepada lambang-
lambang bunyi.
Kesimpulannya, bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua
bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi ( Dr. Faridah Nazir & Dr. Hjh Maridah Hj Alias,
2015 : 2 )
2
Tugasan 1 :
2.0 Konsep fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem
suprasegmental dalam bahasa Melayu. (40 %)
2.1 Konsep fonetik dan fonologi
Antara faktor yang penting yang menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang
sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh salah satu cabang linguistik iaitu
fonologi dan fonetik. Dapatlah disimpulkan bahawa hampir setiap huruf Rumi mewakili satu
sebutan fonem. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berpendapat bahawa asal usul perkataan fonetik
sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang disebut sebagai phone iaitu bunyi (suara).
Jelaslah bahawa fonetik merupakan kajian mengenai fon atau bunyi-bunyi bahasa dan cara
bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar malah untuk diinterprestasikan.
Bagi kajian bidang fonetik ini, bunyi-bunyi bahasa diberi aspek penekanan misalnya cara bunyi-
bunyi bahasa diujarkan dan melihat cara organ-organ pertuturan manusia yang terlibat bekerja
bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan sempurna. Selain fonetik, satu lagi bidang yang
penting juga dalam bahasa Melayu ialah bidang fonologi.
Fonologi merupakan bidang yang mempunyai kaitan dengan organ-organ ujaran manusia dan
cara manusia menggunakan organ-organ tersebut untuk komunikasi seharian. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2011), fonologi ialah kajian mengenai sistem bahasa yang berkaitan dengan
senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskaan
cara bunyi-bunyi tertentu berhubung antara satu sama lain. dan bidang yang mengkaji bunyi
bahasa pada tahap yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang
dipertuturkan. Namun demikian, kajian fonetik sering didahului oleh fonetik kerana bidang
fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang
huruf vokal dan konsonan bagi menggambarkan bunyi-bunyi tertentu.
Manakala, menurut Abdullah Hassan (2007), bunyi-bunyi bahasa bagi membuat sesebuah
deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan
membuat transkripsinya, Kebiasaannya, bunyi-bunyi tersebut akan didengari terlebih dahulu
sebelum dideskripsi. Justeru, bunyi-bunyi yang akan dikaji perlu dirakam terlebih dahulu dan
kajian tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada kualiti rakaman mesin tersebut dan
menekankan dalam bidang mengkaji bunyi deskripsi fonetik memainkan peranan supaya bunyi-
bunyi bahasa sebagai unit-unit yang dapat dikaji. (Abdullah Hassan, 2007).
3
2.2 Konsep alat-alat artikulasi dan artikulator
Antara elemen yang penting dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah mengenai
alat-alat artikulasi dan artikulator. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), alat artikulasi
merupakan alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat
artikulasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat yang boleh digerak-gerakkan
dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut manakala bagi
daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar
dan tempat ini dapat dicapai oleh alat-alat pengeluar yang berkaitan. Artikulator merupakan
bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir, dan juga gigi bawah
yang berada di bahagian bawah rongga mulut.
Artikulator (alat artikulasi) juga merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa manakala
daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras, dan lelangit lembut. Bukan itu sahaja,
daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang langsung tidak dapat
digerakkan namun hanya mampu didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi
bahasa. ( Nor Hashimah Jalaluddin, 1998 :16-17). Seperti yang kita ketahui, haiwan juga
menghasilkan bunyi namun bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak dapat dijelmakan secara spesifik
misalnya dalam bentuk lambang yang tertentu bagi menyatakan makna.
Namun begitu, manusia sudah pastinya dapat menghasilkan bunyi-bunyi ujaran yang bermakna
dengan menggunakan organ-organ pertuturan. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang telah
dilaksanakan oleh para saintis iaitu mereka telah mengambil inisiatif untuk meletakkan sejenis
kamera yang kecil ke dalam ruang rongga mulut bagi memeriksa dan membuat penelitian
tentang pergerakan fizikal organ dengan cara pemantulan atau kebolehan mengenal pasti
bunyi-bunyi yang perlu dihasilkan. Alat-alat artikulasi yang terdapat pada manusia mempunyai
fungsi tertentu iaitu berperanan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. (Rujuk halaman lampiran
Rajah 1.0 : Kedudukan alat-alat artikulasi)
Anak tekak merupakan salah satu alat artikulasi yang berada di bahagian belakang rongga
mulut dan berdekatan dengan lelangit lembut. Anak tekak berperanan sebagai alat pertuturan
bersama-sama dengan lelangit lembut untuk menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama
ada sengau ataupun tidak. Bukan itu sahaja, anak tekak boleh digerakkan sama ada dinaikkan
ataupun diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis) )
4
Selain anak tekak, Abdullah Hassan (2007) berpendapat bahawa lidah juga sebenarnya aktif
dalam menghasilkan bunyi. Beliau juga menyatakan bahawa daun lidah boleh dibahagikan
kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan juga belakang bagi memudahkan kita membuat
deskripsi.
Namun begitu menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), beliau telah membahagikan lidah kepada
lima bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah daun lidah. Bagi
bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berperanan untuk menghasilkan bunyi-bunyi
vokal iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. (Rujuk halaman lampiran Rajah
1.2 : Kedudukan lidah & Rajah 1.3 : Carta vokal )
Bukan itu sahaja, hujung lidah juga boleh digerakkan ke mana-mana bahagian dalam mulut
bagi menyekat perjalanan udara. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan kes yang dikatakan kes
buli dimana murid tersebut telah dibuli oleh rakannya dengan menggunting lidahnya. Menurut
ayahnya, murid tersebut dikatakan masih trauma kerana selepas kejadian tersebut anaknya
kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. Justeru, bahagian lidah merupakan salah satu
alat artikulasi yang penting bagi proses pengeluaran bunyi selain daripada salah satu
pancaindera manusia.
Selain lidah, terdapat sepasang otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara
terletak di bahagian halkum. Apabila pita suara dirapatkan, ruang rongga akan direngkung
dimana lubang di antara dua keping selaput tersebut dapat diluaskan atau disempitkan dalam
usaha mengeluarkan bunyi. Bukan itu sahaja, pita suara yang nipis ini akan bergetar (vibrate)
apabila menerima tekanan aliran udara yang keluar dari paru-paru dan menghasilkan bunyi
bersuara.
Kedua-dua selaput itu tersebut lebih dikenali sebagai glotis yang akan bergerak sewaktu kita
bertutur dan apabila kedua-dua selaput tersebut dirapatkan maka glotis akan menjadi sempit
atau tertutup manakala sekiranya selaput itu direnggangkan, glotis akan menjadi luas. Hal ini
akan berlaku sekiranya tekanan terhasil pada bahagian bawah tenggorok dan akan terasa
seolah-olah aliran udara terhenti.
Menurut pandangan ahli lingusitik, Abdullah Hassan (2007) pula, pita suara akan bergetar
sebanyak 110 kali sesaat bagi lelaki manakala tiga kali ganda bagi wanita. Oleh yang demikian,
pita suara berfungsi dalam menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama ada bersuara
ataupun tidak bersuara. Sekiranya selaput tersebut disempitkan namun tidak terlalu rapat,
5
udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara
manakala bunyi tidak bersuara akan berlaku jika selaput suara direnggangkan dan glotis
terbuka namun tidak begitu luas dan udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak
bergetar. ( Rujuk halaman lampiran Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran
suara).
Bukan itu sahaja, rahang juga merupakan salah satu alat artikulasi. Manusia mempunyai dua
bahagian rahang iaitu rahang atas dan rahang bawah namun begitu peranan rahang tidak
begitu penting seperti alat-alat artikulasi yang lain. Sebenarnya, kedudukan rahang dalam
proses membunyikan vokal misalnya keadaan bukaan antara dua rahang atas dan dengan
bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u] manakala keadaan rahang
akan terbuka dengan luas semasa proses membunyikan vokal [a] dan [ə]. (Rujuk halaman
lampiran Rajah 1.5 : Kedudukan rahang).
Akhir sekali, bagi menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa bahagian ronggalah yang
menjalankan tugas. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara
yang keluar dari paru-paru. Rongga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rongga tekak,
rongga mulut dan rongga hidung.
Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa melalui rongga tekak akan bermula daripada bahagian
atas selaput pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Bagi rongga mulut pula, ia
bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam manakala
rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Hal ini juga akan menyebabkan rongga hidung dan rongga tekak boleh
dibuka atau ditutup namun bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.6 : Kedudukan rongga).
Daerah artikulasi merupakan kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa iaitu bibir, gusi dan lelangit. Daerah-daerah arikulasi juga boleh digerakkan misalnya
lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan namun terdapat beberapa kedudukannya
adalah tetap misalnya lelangit keras dan gusi. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
6
Bibir merupakan sempadan yang paling luar pada rongga mulut. Bibir sebenarnya merupakan
organ yang mempunyai kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan
mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot tersebut boleh dibuat supaya bentuknya menjadi
bundar atau leper bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan. (Rujuk halaman lampiran
Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bundar).
Menurut Abdullah Hassan (2007), gigi sebagai organ sebutan namun peranannya adalah
pasif. Ini bermaksud gigi tidak dapat bergerak namun dapat digunakan sebagai penampan
aliran yang keluar dari paru-paru. Bukan itu sahaja, gigi turut memainkan peranan sebagai
daerah penyebutan bunyi [c] dan [j].(Rujuk halaman lampiran Rajah 1.8 : Kedudukan gigi
atas dan gigi bawah).
Tambahan pula, gusi atau alveolar merupakan alat pertuturan yang terletak antara bahagian
gigi dengan lelangit keras. Gusi merupakan bahagian yang cembung di gigi menurun ke
bahagian dalam rongga mulut yang tidak boleh digerakkan dan menghasilkan bunyi dengan
bantuan hujung lidah dan gigi bagi membuat penyekatan misalnya semasa mengujarkan bunyi
[t] dan [d]. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.9 : Kedudukan gusi).
Di samping itu, lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas
rongga mulut. Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga
mulut dan boleh diturunkan dan dinaikkan bagi tujuan menutup atau membuka saluran tekak ke
rongga hidung. Keadaan lelangit lembut diturunkan akan menyebabkan bunyi sengauan berlaku
misalnya bunyi [n] dan [m] manakala sekiranya lelangit lembut dinaikkan maka bunyi-bunyi
letupan dan geseran misalnya bunyi [b] dan [h] akan terhasil. (Rujuk halaman lampiran Rajah
2.0 : Bahagian lelangit).
7
2.2 Fonem suprasegmental bahasa Melayu
Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang
terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Suprasegmental atau dikenali juga
sebagai suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu fonem. Maka, kebanyakan
orang dapar bertutur dengan berpandukan unsur suprasegmental untuk menyerlahkan
emosinya. Unsur tekanan merupakan cara meninggikan laras bunyi untuk memberikan
penekanan namun cara ini agak kasar. Jelaslah bahawa tekanan berperanan untuk menyebut
perkataan, frasa atau ayat dan menandakan aspek yang perlu diberi penekanan. Lambang
yang biasa digunakan ialah /'/.
Seterusnya, nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4 yang membawa maksud iaitu
angka 1 akan menunjukkan nada yang paling rendah, angka 2 pula menunjukkan nada
permulaan ujaran, angka 3 akan menunjukkan nada tekanan pada ujaran dan angka 4 bakal
menunjukkan nada yang paling tinggi. Nada membolehkan sesuatu ayat itu diujarkan dalam
bentuk mendatar, menaik dan menurun bagi menimbulkan pola lagu dalam ayat tersebut.
Jeda atau disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan elemen-elemen
lingusitik misalnya perkataan, rangkai kata atau ayat. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah
[#]. Selain jeda, panjang-pendek bagi kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu
diucapkan. Lambang bagi fonem ini [ : ] dinamakan mora yang bererti panjang sebutan bunyi itu
ialah mora manakala [ : : ] menggambarkan dua mora dan lambang [.] merupakan setengah
mora. Namun dalam bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna. Contoh ayat berikut
menunjukkan unsur suprasegmental yang berbeza dan mempunyai unsur ketaksaan :
(i) Ibu bapa Ali telah meninggal dunia ? (ayat tanya tanpa kata tanya)
(ii) Ibu, bapa Ali telah meninggal dunia . (ayat penyata)
Kesimpulannya, fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem
suprasegmental bahasa Melayu saling berkait rapat dengan kemahiran bertutur kita dalam
kehidupan seharian. Sebaik-baiknya, kita sebagai manusia yang sempurna pertuturan dan
pendengaran haruslah menghargai ciptaan-Nya.
8
Tugasan 2 :
3.0 Mentranskripsi satu petikan (150-200 patah perkataan) dengan menggunakan
transkripsi fonetik yang dipetik daripada penulisan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
iaitu Dewan Masyarakat. (10 %)
Dalam hal ini, persatuan sukan tanah air mengambil berat segala perhatian yang diberikan
oleh rakyat agar sentiasa menampilkan atlet yang berkualiti demi menjunjung maruah negara di
pentas, serta tidak mahu lagi atlet negara digelar jaguh kampung semata-mata. Jepun dan
Korea misalnya, masing-masing sudah mampu melangkah ke peringkat separuh akhir bola
sepak lelaki Olimpik, iaitu Korea muncul sebagai pasukan Asia yang pertama memenangi
pingat gangsa dalam acara sukan Olimpik. Ketika dahulu, Malaysia juga pernah berada pada
kedudukan yang sama ini, siapakah bakal menggantikan Chong Wei pada Olimpik 2016 andai
beliau bersara ? Apakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu memberi jawapannya ?
[dalam] [hal] [ini], [pərsatuan] [sukan] [tanah] [ayer] [meŋambil] [bərat] [səgala] [pərhatian] [jaŋ]
[dibərikan] [ɔleh] [raʔyat] [agar] [səntiasa] [mənampilkan] [atlət] [jaŋ] [bərkualiti] [dəmi] [mənjuŋ]
[maruah] [negara] [di] [pəntas], [sərta] [tidaʔ] [mahu] [lagi] [atlət] [nəgara] [digəlora] [jaguh]
[kampoŋ] [səmata-mata]. [ǰəpun] [dan] [korea] [misalɲa], [masiŋ-masiŋ] [sudah] [mampu]
[melaŋkah] [kə] [pəriŋkat] [səparoh] [aʔhir] [bola] [sepak] [ləlaki] [olimpiʔ] [jaitu] [korea] [munčul]
[səbagai] [pasukan] [asia] [jaŋ] [pərtama] [memenaŋi] [piŋat] [gaŋsa] [dalam] [ačara] [sukan]
[olimpik]. [ʔətika] [dahulu] [melesia] [ǰuga] [pərnah] [bərada] [pada] [kədudukan] [jaŋ] [sama] [ini],
[siapakah] [bakal] [meŋgantikan] [choŋ wéi] [pada] [olimpik] [dua ribu ənam bəlas] [andai]
[bəliau] [bərsara]? [apakah] [pərsatuan] [badminton] [melesia] [BIM] [mampu] [məmbərikan]
[jawapaɲa] ?
9
Apa-apa pun sekurang-kurangnya bagi edisi sukan Olimpik kali ini seluruh rakyat Malaysia
tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei dan Pandelela kerana terus
mengibarkan Jalur Gemilang di pentas Olimpik sekali gus berjaya meyatupadukan rakyat
negara ini. Harapan negara disandarkan kepada atlet seterusnya agar terus mengikuti jejak
langkah mereka berdua dan mengharapkan sukan terus dijadikan wahana yang terbaik untuk
memupuk semangat perpaduan nasional.
[apa-apa] [pun] [səkuraŋ-kuraŋɲa] [bagi] [edisi] [sukan] [olimpik] [kali] [ini] [seluroh] [raʔyat]
[melesia] [tidaʔ] [putus-putus] [meŋučapkan] [tərima] [kasih] [kəpada] [choŋ wéi] [dan]
[pandelela] [kərana] [tərus] [meŋibarkan] [ǰalur] [gəmilaŋ] [di] [pəntas] [olimpiʔ] [səkali] [gus]
[bərǰaya] [məɲatupadukan] [raʔyat] [nəgara] [ini]. [harapan] [nəgara] [disandarkan] [kəpada]
[atlət] [sətərusnya] [agar] [tərus] [meŋikuti] [ǰəǰaʔ] [laŋʔah] [məreka] [bərdua] [dan]
[məŋharapkan] [sukan] [tərus] [diǰadikan] [wahana] [jaŋ] [tərbaiʔ] [untoʔ] [məmupuʔ] [səmaŋat]
[pərpaduan] [nasional].
Petikan teks asal dipetik daripada Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan
Menyatukan Bangsa. Dewan Masyarakat. 50.38-39.
10
4.0 Rumusan
Tuntasnya, fonetik dan fonologi bahasa Melayu merupakan salah satu bidang linguistik
deskriptif yang melibatkan kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi sesuatu
bahasa amnya dalam bahasa Melayu. Terdapat juga beberapa bahagian tubuh manusia yang
berperanan sebagai alat artikulasi misalnya bibir, gusi, lidah, gigi bawah yang berada di bawah
rongga mulut. Dengan menggunakan alat artikulasi dengan sebaik-baiknya, kita mampu
berbahasa ataupun berinteraksi dengan menggunakan kepelbagaian bunyi seseorang itu dapat
bertutur dengan sempurna dan mampu membanding bezakan sebutan huruf-huruf vokal dan
konsonan.
Salah satu objektif utama bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah seseorang itu dapat
menentukan sistem bunyi dan menentukan huruf-huruf serta fonem-fonem yang berkaitan
selain dapat menerbitkan satu sistem ejaan bagi sesuatu bahasa yang sempurna seperti
bahasa Melayu.
Terdapat banyak bunyi bahasa yang boleh dipertuturkan melalui alat artikulasi, namun begitu
bukan semua bunyi itu penting. Kebanyakan bunyi dapat digolongkan kepada beberapa
pecahan ataupun keluarga bunyi yang tertentu sahaja dan bilangan keluarga bunyi yang terhad
kebiasaannya akan diguna secara berulang kali dan dalam gabungan yang berbeza.
Terdapat tiga jenis bunyi yang penting dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan juga
diftong. Hal ini kerana bunyi bahasa dapat digambarkan sebagai sesuatu yang kompleks dan
berbea-beza. Begitu juga dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ), bidang fonetik
dan fonologi digunakan secara meluas khususnya dalam kemahiran ujian lisan yang dapat
membantu murid dalam pertuturan dengan menggunakan sifat-sifat bunyi secara tepat misalnya
unsur tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek dalam bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun, seseorang guru itu perlu berusaha untuk mengajar bahasa Melayu
dengan lebih berkesan amnya dalam bidang fonetik dan fonologi kepada para murid supaya
setiap ujaran yang dilafazkan menepati standard sebutan yang baik.
11
5.0 Bibliografi
Abdullah Hassan.(2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur ; PTS Professional Sdn.Bhd.
Faridah Nazir & Maridah Alias. (2015). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Petaling Jaya :
Sasbadi Sdn.Bhd.
Kamus Dewan. (edisi ke-4). (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Martabat Bahasa Lestari Bangsa. (2012).Bukit Mertajam: Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun.
Nik Safiah Karim et.al. (2015). Tatatabahasa Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan Menyatukan Bangsa. Dewan
Masyarakat. 50.38-39.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (edisi ke-2). Kuala Lumpur : Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
(t.p). (2016, Mac 27). Gunting lidah: Muhamad Alif semakin pulih, tetapi masih trauma. Tarikh
bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/gunting-lidah-muhamad-alif-semakin-pulih-tetapi-masih-trauma-100075
(t.p).(2010,Julai 24). Perhatikan gigi si kecil, yuk… . Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016
daripada, https://doktergigionline.wordpress.com/2010/07/24/perhatikan-gigi-si-kecil-
yuk%E2%80%A6/
(t.p).(2013, Januari 3). Penyebab pergeseran pada posisi rahang. Tarikh bahan dicerap pada
Julai 20, 2016 daripada, http://www.kesehatangigiku.com/penyebab-pergeseran-pada-
posisi-rahang/
(t.p).(t.t). Senaman muka dan mulut. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada,
http://mrskeciksangat.blogspot.my/2014/11/senaman-muka-dan-mulut.html
Afinur.(2012, Ogos 13). Bunyi vokal. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada,
http://cheguuafinur.blogspot.my/2012/08/bunyi-vokal.html
12
Carol James. (t.t). BML Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada Julai
18, 2016, daripada
http://www.academia.edu/11775056/BML_3043_FONETIK_DAN_FONOLOGI_BAHASA_M
ELAYU
Januri. (2011, Julai 22). Artikulasi dan artikulator.Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016,
daripada http://januri42.blogspot.my/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.html
Khairuddin Mohamad. (2012, Ogos 8). Sistem bunyi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada
Julai 20, 2016 daripada, http://literasibahasamelayu.blogspot.my/2012_08_01_archive.html
Kirti. (2016, April 6). Gum health – Everything you need to know! .Tarikh bahan dicerap pada
Julai 20, 2016 daripada, http://thecalcuttagirl.com/gum-health/
Mazita. (2012, Mei 5). Kanser tekak. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016, daripada,
http://earnosethroatdoc.blogspot.my/2012/05/kanser-tekak.html
Misz Ara. (2013, Januari 5). Perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Tarikh bahan dicerap
pada Julai 19, 2016, daripada, http://aranaz13.blogspot.my/2013/01/perbezaan-artikulasi-
dan-artikulator.html
Murni Mohamat. (2013, April 3). Fonetik dan fonologi (vokal & konsonan). Tarikh bahan dicerap
pada Julai 19, 2016, daripada, http://www.slideshare.net/murnibintimohamat/fonetik-dan-
fonologi-vokal-konsonan
13
6.0 Lampiran
Rajah 1.0 Kedudukan alat-alat artikulasi
Alat-alat artikulasi dan artikulator
Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis)
14
Rajah 1.2 : Kedudukan lidah
Rajah 1.3 : Carta vokal
15
Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran suara
Rajah 1.5: Gambaran rahang manusia.
16
Rajah 1.6 Kedudukan rongga
Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bibir bundar
Rajah 1.8 : Kedudukan gigi atas dan gigi bawah
17
Rajah 1.9 : Kedudukan gusi
Rajah 2.0 :Bahagian lelangit
18

More Related Content

What's hot

Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
SYIZIDAM BNK
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Izzati Zamburi
 
Aktiviti pengamatan pendengaran
Aktiviti pengamatan pendengaranAktiviti pengamatan pendengaran
Aktiviti pengamatan pendengaranSiti Rohayu Rohan
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
ArifahAzlanShah1
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
IPG Kampus Kota Bharu
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
Avhieyna Andhrew
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
Nsha Shari
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
fitri norlida
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuAtykah Aura
 
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
NURUL AZREEN
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
 

What's hot (20)

Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Aktiviti pengamatan pendengaran
Aktiviti pengamatan pendengaranAktiviti pengamatan pendengaran
Aktiviti pengamatan pendengaran
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 

Viewers also liked

FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
murni mohamat
 
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
hashimazlina
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat QadianiFahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Antasha Kamaruzzaman
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologiAminudin Dolah
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayuZubir Ismail
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul Artikulasi
Nonie Intan
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
rashidahmurat92
 
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Fransiskus Rahelianto Florus
 

Viewers also liked (20)

FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
14660406 fonetik-dan-fonologi-bahasa-melayu-tinggi[1]
 
Kajian Fonologi
Kajian FonologiKajian Fonologi
Kajian Fonologi
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Fonologi
Fonologi Fonologi
Fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Bidang fonologi
Bidang fonologiBidang fonologi
Bidang fonologi
 
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat QadianiFahaman Ajaran Sesat Qadiani
Fahaman Ajaran Sesat Qadiani
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul Artikulasi
 
Fiqhuulughah
FiqhuulughahFiqhuulughah
Fiqhuulughah
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 
Kuiz cmp
Kuiz cmpKuiz cmp
Kuiz cmp
 
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
 

Similar to Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
Oh Jenny
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
PISMPBM20622AinNajwa
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
ly infinitryx
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]
Mroslan Ghazali
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
pyk1997
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointiwan7003
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Nazira M
 
Bahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagatBahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagat
Boon Yin Tan
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 

Similar to Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013 (20)

Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
Beza fonetik
Beza fonetikBeza fonetik
Beza fonetik
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Bahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagatBahasa bersifat sejagat
Bahasa bersifat sejagat
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Bm mei 2012
Bm mei 2012Bm mei 2012
Bm mei 2012
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bidang bahasa secara saintifik ataupun mendalam, iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif tanpa dipengaruhi faktor-faktor keberangkalian (reasoning), ramalan, falsafah mahupun andaian. Antara bidang ilmu linguistik bahasa Melayu ialah bidang fonetik dan fonologi yang memberi tumpuan kepada analisis kepada sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu amnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015 : 414), fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya manakala fonologi (2015 :414), ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2007), bidang kaji bunyi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik sebenarnya lebih kepada mengkaji penyebutan bunyi manusia, amnya bunyi yang digunakan dalam pertuturan ataupun komunikasi seharian manakala fonologi pula lebih kepada mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Dalam hal ini, dapatlah kita membuat satu pernyataan bahawa fonetik dan fonologi ialah kajian tentang bunyi- bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi tersebut perlu didengar terlebih dahulu sebelum dideskripsi kepada lambang- lambang bunyi. Kesimpulannya, bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi ( Dr. Faridah Nazir & Dr. Hjh Maridah Hj Alias, 2015 : 2 )
  • 2. 2 Tugasan 1 : 2.0 Konsep fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu. (40 %) 2.1 Konsep fonetik dan fonologi Antara faktor yang penting yang menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh salah satu cabang linguistik iaitu fonologi dan fonetik. Dapatlah disimpulkan bahawa hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berpendapat bahawa asal usul perkataan fonetik sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang disebut sebagai phone iaitu bunyi (suara). Jelaslah bahawa fonetik merupakan kajian mengenai fon atau bunyi-bunyi bahasa dan cara bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar malah untuk diinterprestasikan. Bagi kajian bidang fonetik ini, bunyi-bunyi bahasa diberi aspek penekanan misalnya cara bunyi- bunyi bahasa diujarkan dan melihat cara organ-organ pertuturan manusia yang terlibat bekerja bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan sempurna. Selain fonetik, satu lagi bidang yang penting juga dalam bahasa Melayu ialah bidang fonologi. Fonologi merupakan bidang yang mempunyai kaitan dengan organ-organ ujaran manusia dan cara manusia menggunakan organ-organ tersebut untuk komunikasi seharian. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), fonologi ialah kajian mengenai sistem bahasa yang berkaitan dengan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskaan cara bunyi-bunyi tertentu berhubung antara satu sama lain. dan bidang yang mengkaji bunyi bahasa pada tahap yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang dipertuturkan. Namun demikian, kajian fonetik sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vokal dan konsonan bagi menggambarkan bunyi-bunyi tertentu. Manakala, menurut Abdullah Hassan (2007), bunyi-bunyi bahasa bagi membuat sesebuah deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya, Kebiasaannya, bunyi-bunyi tersebut akan didengari terlebih dahulu sebelum dideskripsi. Justeru, bunyi-bunyi yang akan dikaji perlu dirakam terlebih dahulu dan kajian tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada kualiti rakaman mesin tersebut dan menekankan dalam bidang mengkaji bunyi deskripsi fonetik memainkan peranan supaya bunyi- bunyi bahasa sebagai unit-unit yang dapat dikaji. (Abdullah Hassan, 2007).
  • 3. 3 2.2 Konsep alat-alat artikulasi dan artikulator Antara elemen yang penting dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah mengenai alat-alat artikulasi dan artikulator. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), alat artikulasi merupakan alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut manakala bagi daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar dan tempat ini dapat dicapai oleh alat-alat pengeluar yang berkaitan. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir, dan juga gigi bawah yang berada di bahagian bawah rongga mulut. Artikulator (alat artikulasi) juga merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras, dan lelangit lembut. Bukan itu sahaja, daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang langsung tidak dapat digerakkan namun hanya mampu didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. ( Nor Hashimah Jalaluddin, 1998 :16-17). Seperti yang kita ketahui, haiwan juga menghasilkan bunyi namun bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak dapat dijelmakan secara spesifik misalnya dalam bentuk lambang yang tertentu bagi menyatakan makna. Namun begitu, manusia sudah pastinya dapat menghasilkan bunyi-bunyi ujaran yang bermakna dengan menggunakan organ-organ pertuturan. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh para saintis iaitu mereka telah mengambil inisiatif untuk meletakkan sejenis kamera yang kecil ke dalam ruang rongga mulut bagi memeriksa dan membuat penelitian tentang pergerakan fizikal organ dengan cara pemantulan atau kebolehan mengenal pasti bunyi-bunyi yang perlu dihasilkan. Alat-alat artikulasi yang terdapat pada manusia mempunyai fungsi tertentu iaitu berperanan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.0 : Kedudukan alat-alat artikulasi) Anak tekak merupakan salah satu alat artikulasi yang berada di bahagian belakang rongga mulut dan berdekatan dengan lelangit lembut. Anak tekak berperanan sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut untuk menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama ada sengau ataupun tidak. Bukan itu sahaja, anak tekak boleh digerakkan sama ada dinaikkan ataupun diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis) )
  • 4. 4 Selain anak tekak, Abdullah Hassan (2007) berpendapat bahawa lidah juga sebenarnya aktif dalam menghasilkan bunyi. Beliau juga menyatakan bahawa daun lidah boleh dibahagikan kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan juga belakang bagi memudahkan kita membuat deskripsi. Namun begitu menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), beliau telah membahagikan lidah kepada lima bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah daun lidah. Bagi bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berperanan untuk menghasilkan bunyi-bunyi vokal iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.2 : Kedudukan lidah & Rajah 1.3 : Carta vokal ) Bukan itu sahaja, hujung lidah juga boleh digerakkan ke mana-mana bahagian dalam mulut bagi menyekat perjalanan udara. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan kes yang dikatakan kes buli dimana murid tersebut telah dibuli oleh rakannya dengan menggunting lidahnya. Menurut ayahnya, murid tersebut dikatakan masih trauma kerana selepas kejadian tersebut anaknya kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. Justeru, bahagian lidah merupakan salah satu alat artikulasi yang penting bagi proses pengeluaran bunyi selain daripada salah satu pancaindera manusia. Selain lidah, terdapat sepasang otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terletak di bahagian halkum. Apabila pita suara dirapatkan, ruang rongga akan direngkung dimana lubang di antara dua keping selaput tersebut dapat diluaskan atau disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Bukan itu sahaja, pita suara yang nipis ini akan bergetar (vibrate) apabila menerima tekanan aliran udara yang keluar dari paru-paru dan menghasilkan bunyi bersuara. Kedua-dua selaput itu tersebut lebih dikenali sebagai glotis yang akan bergerak sewaktu kita bertutur dan apabila kedua-dua selaput tersebut dirapatkan maka glotis akan menjadi sempit atau tertutup manakala sekiranya selaput itu direnggangkan, glotis akan menjadi luas. Hal ini akan berlaku sekiranya tekanan terhasil pada bahagian bawah tenggorok dan akan terasa seolah-olah aliran udara terhenti. Menurut pandangan ahli lingusitik, Abdullah Hassan (2007) pula, pita suara akan bergetar sebanyak 110 kali sesaat bagi lelaki manakala tiga kali ganda bagi wanita. Oleh yang demikian, pita suara berfungsi dalam menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama ada bersuara ataupun tidak bersuara. Sekiranya selaput tersebut disempitkan namun tidak terlalu rapat,
  • 5. 5 udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara manakala bunyi tidak bersuara akan berlaku jika selaput suara direnggangkan dan glotis terbuka namun tidak begitu luas dan udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak bergetar. ( Rujuk halaman lampiran Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran suara). Bukan itu sahaja, rahang juga merupakan salah satu alat artikulasi. Manusia mempunyai dua bahagian rahang iaitu rahang atas dan rahang bawah namun begitu peranan rahang tidak begitu penting seperti alat-alat artikulasi yang lain. Sebenarnya, kedudukan rahang dalam proses membunyikan vokal misalnya keadaan bukaan antara dua rahang atas dan dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u] manakala keadaan rahang akan terbuka dengan luas semasa proses membunyikan vokal [a] dan [ə]. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.5 : Kedudukan rahang). Akhir sekali, bagi menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa bahagian ronggalah yang menjalankan tugas. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa melalui rongga tekak akan bermula daripada bahagian atas selaput pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Bagi rongga mulut pula, ia bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam manakala rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Hal ini juga akan menyebabkan rongga hidung dan rongga tekak boleh dibuka atau ditutup namun bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.6 : Kedudukan rongga). Daerah artikulasi merupakan kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa iaitu bibir, gusi dan lelangit. Daerah-daerah arikulasi juga boleh digerakkan misalnya lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan namun terdapat beberapa kedudukannya adalah tetap misalnya lelangit keras dan gusi. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
  • 6. 6 Bibir merupakan sempadan yang paling luar pada rongga mulut. Bibir sebenarnya merupakan organ yang mempunyai kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot tersebut boleh dibuat supaya bentuknya menjadi bundar atau leper bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bundar). Menurut Abdullah Hassan (2007), gigi sebagai organ sebutan namun peranannya adalah pasif. Ini bermaksud gigi tidak dapat bergerak namun dapat digunakan sebagai penampan aliran yang keluar dari paru-paru. Bukan itu sahaja, gigi turut memainkan peranan sebagai daerah penyebutan bunyi [c] dan [j].(Rujuk halaman lampiran Rajah 1.8 : Kedudukan gigi atas dan gigi bawah). Tambahan pula, gusi atau alveolar merupakan alat pertuturan yang terletak antara bahagian gigi dengan lelangit keras. Gusi merupakan bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut yang tidak boleh digerakkan dan menghasilkan bunyi dengan bantuan hujung lidah dan gigi bagi membuat penyekatan misalnya semasa mengujarkan bunyi [t] dan [d]. (Rujuk halaman lampiran Rajah 1.9 : Kedudukan gusi). Di samping itu, lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga mulut. Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut dan boleh diturunkan dan dinaikkan bagi tujuan menutup atau membuka saluran tekak ke rongga hidung. Keadaan lelangit lembut diturunkan akan menyebabkan bunyi sengauan berlaku misalnya bunyi [n] dan [m] manakala sekiranya lelangit lembut dinaikkan maka bunyi-bunyi letupan dan geseran misalnya bunyi [b] dan [h] akan terhasil. (Rujuk halaman lampiran Rajah 2.0 : Bahagian lelangit).
  • 7. 7 2.2 Fonem suprasegmental bahasa Melayu Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Suprasegmental atau dikenali juga sebagai suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu fonem. Maka, kebanyakan orang dapar bertutur dengan berpandukan unsur suprasegmental untuk menyerlahkan emosinya. Unsur tekanan merupakan cara meninggikan laras bunyi untuk memberikan penekanan namun cara ini agak kasar. Jelaslah bahawa tekanan berperanan untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dan menandakan aspek yang perlu diberi penekanan. Lambang yang biasa digunakan ialah /'/. Seterusnya, nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4 yang membawa maksud iaitu angka 1 akan menunjukkan nada yang paling rendah, angka 2 pula menunjukkan nada permulaan ujaran, angka 3 akan menunjukkan nada tekanan pada ujaran dan angka 4 bakal menunjukkan nada yang paling tinggi. Nada membolehkan sesuatu ayat itu diujarkan dalam bentuk mendatar, menaik dan menurun bagi menimbulkan pola lagu dalam ayat tersebut. Jeda atau disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan elemen-elemen lingusitik misalnya perkataan, rangkai kata atau ayat. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah [#]. Selain jeda, panjang-pendek bagi kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini [ : ] dinamakan mora yang bererti panjang sebutan bunyi itu ialah mora manakala [ : : ] menggambarkan dua mora dan lambang [.] merupakan setengah mora. Namun dalam bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna. Contoh ayat berikut menunjukkan unsur suprasegmental yang berbeza dan mempunyai unsur ketaksaan : (i) Ibu bapa Ali telah meninggal dunia ? (ayat tanya tanpa kata tanya) (ii) Ibu, bapa Ali telah meninggal dunia . (ayat penyata) Kesimpulannya, fonetik dan fonologi, alat-alat artikulasi dan artikulator serta fonem suprasegmental bahasa Melayu saling berkait rapat dengan kemahiran bertutur kita dalam kehidupan seharian. Sebaik-baiknya, kita sebagai manusia yang sempurna pertuturan dan pendengaran haruslah menghargai ciptaan-Nya.
  • 8. 8 Tugasan 2 : 3.0 Mentranskripsi satu petikan (150-200 patah perkataan) dengan menggunakan transkripsi fonetik yang dipetik daripada penulisan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Dewan Masyarakat. (10 %) Dalam hal ini, persatuan sukan tanah air mengambil berat segala perhatian yang diberikan oleh rakyat agar sentiasa menampilkan atlet yang berkualiti demi menjunjung maruah negara di pentas, serta tidak mahu lagi atlet negara digelar jaguh kampung semata-mata. Jepun dan Korea misalnya, masing-masing sudah mampu melangkah ke peringkat separuh akhir bola sepak lelaki Olimpik, iaitu Korea muncul sebagai pasukan Asia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam acara sukan Olimpik. Ketika dahulu, Malaysia juga pernah berada pada kedudukan yang sama ini, siapakah bakal menggantikan Chong Wei pada Olimpik 2016 andai beliau bersara ? Apakah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu memberi jawapannya ? [dalam] [hal] [ini], [pərsatuan] [sukan] [tanah] [ayer] [meŋambil] [bərat] [səgala] [pərhatian] [jaŋ] [dibərikan] [ɔleh] [raʔyat] [agar] [səntiasa] [mənampilkan] [atlət] [jaŋ] [bərkualiti] [dəmi] [mənjuŋ] [maruah] [negara] [di] [pəntas], [sərta] [tidaʔ] [mahu] [lagi] [atlət] [nəgara] [digəlora] [jaguh] [kampoŋ] [səmata-mata]. [ǰəpun] [dan] [korea] [misalɲa], [masiŋ-masiŋ] [sudah] [mampu] [melaŋkah] [kə] [pəriŋkat] [səparoh] [aʔhir] [bola] [sepak] [ləlaki] [olimpiʔ] [jaitu] [korea] [munčul] [səbagai] [pasukan] [asia] [jaŋ] [pərtama] [memenaŋi] [piŋat] [gaŋsa] [dalam] [ačara] [sukan] [olimpik]. [ʔətika] [dahulu] [melesia] [ǰuga] [pərnah] [bərada] [pada] [kədudukan] [jaŋ] [sama] [ini], [siapakah] [bakal] [meŋgantikan] [choŋ wéi] [pada] [olimpik] [dua ribu ənam bəlas] [andai] [bəliau] [bərsara]? [apakah] [pərsatuan] [badminton] [melesia] [BIM] [mampu] [məmbərikan] [jawapaɲa] ?
  • 9. 9 Apa-apa pun sekurang-kurangnya bagi edisi sukan Olimpik kali ini seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei dan Pandelela kerana terus mengibarkan Jalur Gemilang di pentas Olimpik sekali gus berjaya meyatupadukan rakyat negara ini. Harapan negara disandarkan kepada atlet seterusnya agar terus mengikuti jejak langkah mereka berdua dan mengharapkan sukan terus dijadikan wahana yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan nasional. [apa-apa] [pun] [səkuraŋ-kuraŋɲa] [bagi] [edisi] [sukan] [olimpik] [kali] [ini] [seluroh] [raʔyat] [melesia] [tidaʔ] [putus-putus] [meŋučapkan] [tərima] [kasih] [kəpada] [choŋ wéi] [dan] [pandelela] [kərana] [tərus] [meŋibarkan] [ǰalur] [gəmilaŋ] [di] [pəntas] [olimpiʔ] [səkali] [gus] [bərǰaya] [məɲatupadukan] [raʔyat] [nəgara] [ini]. [harapan] [nəgara] [disandarkan] [kəpada] [atlət] [sətərusnya] [agar] [tərus] [meŋikuti] [ǰəǰaʔ] [laŋʔah] [məreka] [bərdua] [dan] [məŋharapkan] [sukan] [tərus] [diǰadikan] [wahana] [jaŋ] [tərbaiʔ] [untoʔ] [məmupuʔ] [səmaŋat] [pərpaduan] [nasional]. Petikan teks asal dipetik daripada Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan Menyatukan Bangsa. Dewan Masyarakat. 50.38-39.
  • 10. 10 4.0 Rumusan Tuntasnya, fonetik dan fonologi bahasa Melayu merupakan salah satu bidang linguistik deskriptif yang melibatkan kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi sesuatu bahasa amnya dalam bahasa Melayu. Terdapat juga beberapa bahagian tubuh manusia yang berperanan sebagai alat artikulasi misalnya bibir, gusi, lidah, gigi bawah yang berada di bawah rongga mulut. Dengan menggunakan alat artikulasi dengan sebaik-baiknya, kita mampu berbahasa ataupun berinteraksi dengan menggunakan kepelbagaian bunyi seseorang itu dapat bertutur dengan sempurna dan mampu membanding bezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan. Salah satu objektif utama bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah seseorang itu dapat menentukan sistem bunyi dan menentukan huruf-huruf serta fonem-fonem yang berkaitan selain dapat menerbitkan satu sistem ejaan bagi sesuatu bahasa yang sempurna seperti bahasa Melayu. Terdapat banyak bunyi bahasa yang boleh dipertuturkan melalui alat artikulasi, namun begitu bukan semua bunyi itu penting. Kebanyakan bunyi dapat digolongkan kepada beberapa pecahan ataupun keluarga bunyi yang tertentu sahaja dan bilangan keluarga bunyi yang terhad kebiasaannya akan diguna secara berulang kali dan dalam gabungan yang berbeza. Terdapat tiga jenis bunyi yang penting dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan juga diftong. Hal ini kerana bunyi bahasa dapat digambarkan sebagai sesuatu yang kompleks dan berbea-beza. Begitu juga dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ), bidang fonetik dan fonologi digunakan secara meluas khususnya dalam kemahiran ujian lisan yang dapat membantu murid dalam pertuturan dengan menggunakan sifat-sifat bunyi secara tepat misalnya unsur tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, seseorang guru itu perlu berusaha untuk mengajar bahasa Melayu dengan lebih berkesan amnya dalam bidang fonetik dan fonologi kepada para murid supaya setiap ujaran yang dilafazkan menepati standard sebutan yang baik.
  • 11. 11 5.0 Bibliografi Abdullah Hassan.(2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur ; PTS Professional Sdn.Bhd. Faridah Nazir & Maridah Alias. (2015). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd. Kamus Dewan. (edisi ke-4). (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Martabat Bahasa Lestari Bangsa. (2012).Bukit Mertajam: Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Nik Safiah Karim et.al. (2015). Tatatabahasa Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Mohamad Shakil Hameed.(2012,Nov 11). Sukan Menyatukan Bangsa. Dewan Masyarakat. 50.38-39. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I (edisi ke-2). Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd. (t.p). (2016, Mac 27). Gunting lidah: Muhamad Alif semakin pulih, tetapi masih trauma. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://www.astroawani.com/berita- malaysia/gunting-lidah-muhamad-alif-semakin-pulih-tetapi-masih-trauma-100075 (t.p).(2010,Julai 24). Perhatikan gigi si kecil, yuk… . Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, https://doktergigionline.wordpress.com/2010/07/24/perhatikan-gigi-si-kecil- yuk%E2%80%A6/ (t.p).(2013, Januari 3). Penyebab pergeseran pada posisi rahang. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://www.kesehatangigiku.com/penyebab-pergeseran-pada- posisi-rahang/ (t.p).(t.t). Senaman muka dan mulut. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://mrskeciksangat.blogspot.my/2014/11/senaman-muka-dan-mulut.html Afinur.(2012, Ogos 13). Bunyi vokal. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://cheguuafinur.blogspot.my/2012/08/bunyi-vokal.html
  • 12. 12 Carol James. (t.t). BML Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada Julai 18, 2016, daripada http://www.academia.edu/11775056/BML_3043_FONETIK_DAN_FONOLOGI_BAHASA_M ELAYU Januri. (2011, Julai 22). Artikulasi dan artikulator.Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016, daripada http://januri42.blogspot.my/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.html Khairuddin Mohamad. (2012, Ogos 8). Sistem bunyi bahasa Melayu. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://literasibahasamelayu.blogspot.my/2012_08_01_archive.html Kirti. (2016, April 6). Gum health – Everything you need to know! .Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016 daripada, http://thecalcuttagirl.com/gum-health/ Mazita. (2012, Mei 5). Kanser tekak. Tarikh bahan dicerap pada Julai 20, 2016, daripada, http://earnosethroatdoc.blogspot.my/2012/05/kanser-tekak.html Misz Ara. (2013, Januari 5). Perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Tarikh bahan dicerap pada Julai 19, 2016, daripada, http://aranaz13.blogspot.my/2013/01/perbezaan-artikulasi- dan-artikulator.html Murni Mohamat. (2013, April 3). Fonetik dan fonologi (vokal & konsonan). Tarikh bahan dicerap pada Julai 19, 2016, daripada, http://www.slideshare.net/murnibintimohamat/fonetik-dan- fonologi-vokal-konsonan
  • 13. 13 6.0 Lampiran Rajah 1.0 Kedudukan alat-alat artikulasi Alat-alat artikulasi dan artikulator Rajah 1.1 : Anak tekak (epiglottis)
  • 14. 14 Rajah 1.2 : Kedudukan lidah Rajah 1.3 : Carta vokal
  • 15. 15 Rajah 1.4 : Gambaran semasa proses pengeluaran suara Rajah 1.5: Gambaran rahang manusia.
  • 16. 16 Rajah 1.6 Kedudukan rongga Rajah 1.7 : Keadaan bibir hampar dan bibir bundar Rajah 1.8 : Kedudukan gigi atas dan gigi bawah
  • 17. 17 Rajah 1.9 : Kedudukan gusi Rajah 2.0 :Bahagian lelangit
  • 18. 18