SlideShare a Scribd company logo
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENDAHULUAN

1.0   PENGENALAN

1.1   OBJEKTIF / MATLAMAT

1.2   DEFINISI KONSEP

1.3   RUANG LINGKUP / SKOP PERBINCANGAN

1.4   KERANGKA PERBINCANGAN

1.5   KESIMPULAN BAB

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0   PENGENALAN
2.1   TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN BERCETAK
2.2   TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN ELEKTRONIK / DIGITAL
2.3   REFLEKSI TERHADAP TINJAUAN LITERATUR
2.4   KESIMPULAN BAB
BAB 3 PERBINCANGAN ISU

3.0   PENGENALAN
3.1   DEFINISI
3.2   FONEM-FONEM BAHASA MELAYU
3.3   ARTIKULASI FONEM-FONEM BAHASA MELAYU
3.4   CARTA FONEM BAHASA MELAYU
3.5   KESIMPULAN BAB
BAB 4 PENUTUP

4.0   PENGENALAN
4.1   REFLEKSI
4.2   KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

                                1
LAMPIRAN

                           BAB 1: PENDAHULUAN

1.0   Pengenalan


      Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh
      manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian
      sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan
      komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan
      telah terintegrasi dalam diri setiap manusia.


      Dalam folio ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita
      iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih
      terperinci dan mendalam.


      Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi, fonetik
      dan fonemik. Disamping itu, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong bahasa
      melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam folio
      ini.


1.1   Matlamat Dan Objektif


      Matlamat ataupun objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan
      pendedahan yang baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana pernah
      menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika dahulu. Kajian yang
      akan dijalankan adalah berkaitan dengan fonologi dan fonetik.


      Tambahan lagi kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah penghasilan
      atau pembentukan bunyi-bunyi vokal dan juga konsonan. Ianya juga bertujuan

                                            2
untuk melihat bentuk-bentuk vokal dan juga konsonan yang ada di dalam bahasa
       Melayu. Selain itu, matlamat kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih
       terperinci tentang hal-hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu termasuklah
       cara sebutan, simbol-simbol yang digunakan bagi setiap vokal mahupun
       konsonan-konsonan.


1.2    Definisi Konsep
       Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan
       definisi operasional.


      1.2.1 Definisi Teoritikal


              1.2.1.1 Fonologi


                     Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi
                     mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,
                     khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat
                     Henderson yang menyatakan “ the study of the
                     systematicorganization of selected speech sounds in the spoken
                     form of individual language has variously been called phonology”.


                     Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,
                     “ phonology is the study of the function and patterning of speech
                     sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan
                     pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
                     manusia”.


                     Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,
                     fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna
                     yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu
                     umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

                                            3
1.2.1.2 Fonetik


             Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah
             kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu,
             fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
             memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
             dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
             memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi
             memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi
             ujar itu.


             Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala
             bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
             manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan
             memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.
             Lufti Abas (1985).


             Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979)
             “the study of the sounds human beings employ when speaking a
             language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan dapat kita
             terjemahkan yang barmaksud “penkajian tentang bunyi-bunyi oleh
             manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”.


1.2.2 Definisi Operasional


      Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli
     linguistik saya dapati bahawa saya mendapati bahawa fonologi dan
     fonetik mempunyai maksud tersendiri.

                                  4
1.2.2.1 Fonologi


                     Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem
                     bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam
                     bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh
                     kedua-dua belah pihak.


             1.2.2.2 Fonetik




                     Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi
                     bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
                     memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut




1.4   Ruang lingkup / skop perbincangan


      Ruang lingkup atau skop perbincangan kali ini adalah untuk menghuraikan atau
      membuat kajian mengenai fonologi dalam bahasa Melayu.


      Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama
      iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik
      penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.


      Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokal, konsonan
      dan diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang alat-alat
      artikulasi, daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi.



                                            5
1.5   Kerangka perbincangan




1.6 Kesimpulan bab


      Secara kesimpulannya, bab ini memberikan gambaran secara kasar dan
      pengenalan umum kepada pembaca berkenaan dengan fonologi, fonetik,
      fonemik beserta dengan cabang-cabangnya.


      Selain itu, penyediaan objektif kajian, definisi konsep dan ruang lingkup
      perbincangan dan kerangka perbincangan akan membantu perjalanan untuk
      menyiapkan bab-bab yang seterusnya kerana gambaran kasar telah disediakan.
      Dengan itu penghasilan kerja kursus ini dapat dijalankan dengan lancar.




                                          6
BAB 2. TINJAUAN LITERATUR


2.0   Pengenalan


      Dalam bab 2, kami akan menerangkan cara-cara atau kaedah untuk kami
      memperolehi maklumat-maklumat yang berkenaan dengan tugasan yang telah
      diberikan.


       Dalam tugasan bahasa Melayu ini kami telah menggunakan dua kaedah untuk
      mendapatkan maklumat yang diperlukan dan kaedah yang pertama yang
      digunakan adalah melalui sumber-sumber bercetak. Antara sumber-sumber yang
      telah dirujuk adalah artikel-artikel yang berkaitan, buku-buku rujukan, dan jurnal-
      jurnal.


      Sementara itu kaedah yang seterusnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat
      yang masih kurang lengkap adalah melalui media elektronik. Media elektronik
      yang digunakan adalah melalui internet.




2.1     Tinjauan Literatur (bahan bercetak )


      2.1.1     Buku Fonetik dan Fonologi.


                Buku Fonetik dan Fonologi karangan Inderawati Zahid dan Mardian Shah
                Omar adalah bahan rujukan saya yang pertama. Merujuk kepada penulis
                buku ini , fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
                dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat


                                             7
komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik
        artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Seterusnya, fonetik
        artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara sesuatu
        bunyi dilafazkan. Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang
        didengar. Fonetik akustik pula ialah kajian transmisi signal bunyi dari
        penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi. Selain daripada itu
        buku ini juga menerangkan maksud-maksud bidang fonologi dan
        bahagiannya dengan lengkap. Selain itu, terdapat juga penjelasan
        mengenai alat-alat artikulasi, bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan cara-
        cara menghasilkannya, serta gambarajah yang lengkap.


2.1.2 Fonologi, Bahasa Melayu STPM


        Hasil daripada penulisan Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Buku
        bahasa Melayu STPM ini menerangkan dalam Bab 11 bahawa, fonologi
        ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
        dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada
        dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-
        bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang
        kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang,
        organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).
        Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa
        manakala fonetik akustik pula mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa. Fonetik
        artikulasi pula mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dengan
        penghasilan bunyi. Buku ini juga menjelaskan tentang alat-alat ujaran,
        vokal, konsonan dan diftong serta cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa
        Melayu.


2.1.3    Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1




                                        8
Buku Bahasa Melayu Kertas 1 ini merupakan buku rujukan STPM hasil
            karangaan Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad. Buku
            ini menerangkan tentang fonologi dan cabang-cabangnya. Menurut buku
            ini, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang
            berfungsi dalam sesuatu bahasa, yakni bunyi yang digunakan dalam
            komunikasi. Menurut buku ini lagi, fonologi dibahagikan kepada dua iaitu
            fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji bunyi
            bahasa yang dihasilkan oleh organ pertuturan manusia dan memberikan
            lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Dalam pengajian fonetik ini ada
            tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa, iaitu penyebutan,
            pendengaran dan sifat bunyi. Fonemik pula bidang fonologi yang
            menganalisis sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu
            masa tertentu. Buku ini juga ada menjelaskan maksud istilah yang
            digunakan, alat-alat artikulasi, dan cara-cara menghasilkan bunyi vokal,
            konsonan dan diftong dengan gambarnya sekali.


2.2   Tinjauan Literatur (bahan elektronik )


      2.2.1 Fonetik– http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik


            Secara keseluruhannya, bahan yang saya dapati di laman web ini dapat
            membantu saya sedikit sebanyak dalam penghasilan folio ini. Dalam
            artikel ini, definisi-definisi tentang fonetik diterangkan secara umum, serta
            terdapat juga sejarah ringkas tentang permulaan pengkajian ilmu fonetik
            di dunia ini. Terdapat juga sedikit penerangan tentang cabang-cabang
            utama bagi fonetik, yakni fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan
            fonetik auditori. Selain itu, penerangan secara ringkas juga diberikan
            tentang fonetik forensik, iaitu kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan)
            bagi tujuan forensik (perundangan).


      2.2.2 Bunyi Bahasa Melayu

                                           9
-http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm


            Secara rumusannya, artikel yang saya dapati pada laman web ini
            memberikan definisi-definisi umum berkenaan tentang fonologi, fonetik,
            fonem, alofon dan juga suku kata dalam bahasa Malaysia. Selain itu,
            bahan ini juga dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam
            menghasilkan folio ini dengan lebih baik, kerana dengan adanya bahan
            tambahan yang dapat memperkukuhkan folio ini. Tambahan pula, artikel
            ini juga memberikan contoh-contoh yang mudah difahami oleh semua
            pihak, khusunya kepada manusia yang baru belajar tentang bahasa.
            Bahan ini menjadi sumber rujukan yang kedua saya bagi menyiapkan folio
            ini selepas literatur bahan-bahan bercetak seperti buku-buku dan
            sebagainya.


2.2   Refleksi


      Melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap bahan tinjaun literatur yang
      telah diperolehi, saya dapati bahawa fonologi merangkumi satu bidang yang
      agak meluas yang juga terdiri daripada beberapa cabang dari segi fonetik dan
      fonemik.


      Seterusnya fonetik dan fonemik mempunyai subtopiknya masing-masing.
      Sebelum ini saya masih keliru dengan fonologi dan fonetik tetapi setelah merujuk
      bahan-bahan yang berkenaan dengan fonologi dan fonetik ini saya dapat
      membezakan antara kedua-duanya.


      Maklumat mengenai fonologi, fonetik,dan fonemik yang saya perolehi daripada
      bahan bercetak amat berguna dan banyak membantu sepanjang penghasilan
      kerja kursus ini. Segala maklumat-maklumat yang diperlukan terdapat dalam
      bahan ini termasuklah penerangan-penerangan yang berguna.


                                         10
Melalui media elektronik ataupun vahan digital pula, saya hanya memperoleh
      sedikit maklumat maklumat. Bahan-bahan yang saya perolehi daripada sumber
      elektronik ini hanya menerang kan secara ringkas mengenai fonologi dan fonetik
      seperti maksud fonologi dan fonetiknya sahaja.


      Secara keseluruhannya mengenai tinjauan literatur ini, saya masih kurang dari
      segi mendapatkan maklumat melalui bahan elektronik ataupun digital. Ini
      mungkin kerana saya masih kurang mendalami tinjauan berasaskan bahan
      elektronik seperti internet. Disamping itu saya mengharapkan saya akan dapat
      belajar


2.3   Kesimpulan bab


      Kesimpulan daripada bab ini adalah tinjauan literatur merupakan satu proses
      yang amat penting untuk menyiapkan apa-apa sahaja jenis tugasan sebagai
      contoh terdekat ialah kerja kursus bahasa Melayu ini.


      Kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dimana sahaja,
      sebagai contohnya pusat sumber. Melalui pusat sumber kita boleh mendapat
      bahan-bahan rujukan daripada buku. Selain itu, di zaman yang serba moden ini
      kita juga boleh mendapatkan maklumat dengan hujung jari sahaja iaitu internet.
      Salah satu kelebihan pusat sumber kini ialah kemudahan internet yang
      memudahkan saya untuk mengakses ke laman-laman web ilmiah yang
      berkaitan.


      Di samping itu, bab ini, bab ini akan memudahkan saya untuk menyiapkan
      proses-proses yang seterusnya dalam kerja kursus ini. Maklumat-maklumat yang
      diperolehi akan diperoses lagi untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang



                                          11
penting yang diperlukan. Oleh yang demikian, tinjauan literatur ini merupakan
    suatu proses yang penting.




                     BAB 3 : PERBINCANGAN ISU


3.0 Pengenalan


    Dalam bab ini kita akan memfokuskan kepada tajuk utama kerja kursus kita iaitu
    kajian tetang fonologi, fonetik, fonemik, dan fonem-fonem dalam bahasa melayu
    dengan mendalam lagi.


    Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui maksud fonologi, fonemik dan
    fonemik melalui bab ini. Definisi-definisi ini telah dipetik daripada ahli-ahli
    linguistik tempatan dan antarabangsa. Melalui definisi tersebut, kita akan dapat
    memahami dengan lebih mendalam lagi tentang fonnologi, fonetik dan fonemik.


    Di samping itu, cara-cara penghasilan fonem-fonem seperti fonem vokal, fonem
    konsonan dan juga fonem diftong dalam bahasa Melayu. Untuk lebih memahami
    dan cara penghasilan dengan lebih tepat gambarajah-gambarajah disertakan
    sekali bagi setiap fonem.



3.1 Definisi


    3.1.1 Fonologi
           Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang
           diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh
           kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna


                                           12
dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi
     sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa
     dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
     Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.


     Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi
     mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi
     sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang
     menyatakan: ‘The study of the systematic organization of selected speech
     sounds in the spoken form of individual language has variously been
     called “phonology”.’
     Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,
     “Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds.”
     Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu kira-kira berbunyi,
     “Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang
     bermakna yang diucapkan oleh manusia.”
     Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula,
     fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang
     diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk
     mendifinisikan fonologi itu sendiri.
     Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua, yakni fonetik
     dan juga fonemik.


3.1.2 Fonetik


     Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota
     tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah
     proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi –bunyi bahasa di mental
     dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi
     bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).


                                    13
Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi
ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu.


Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala
bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi
bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan
simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas
(1985).


Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979)
pula, “The study of the sounds human beings employ when speaking a
language is phonetics.” Pernyataan yang dinyatakan dapat kita
terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi-bunyi
oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.”
Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni
penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang
digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik.
Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para
pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut
dikenali sebagai fonetik artikulasi.




                               14
Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia
         melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji
         pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan
         sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan
         sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula,
         deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan.
         Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam
         pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi,
         dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal
         bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut,
         bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-
         masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.




   3.1.3 Fonemik


         Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
         pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik
         beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa.




3.2 Fonem-fonem bahasa Melayu


    3.2.1 Vokal


         Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-
         paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa




                                       15
sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga
      bahagian iaitu:
  i   Vokal hadapan
 ii   Vokal tengah
iii   Vokal belakang
      Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah




        Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu


      Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan
      lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri
      daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan
      bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian
      tengah lidah.


      Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam
      penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal.
      Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi
      vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

                                   16
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa
    menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
    Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam
    pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah
    mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan.


    Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam
    penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan
    bibir boleh berbentuk seperti berikut:
•   Hampar
•   Separuh hampar
•   Bundar
•   Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
    bundar dan separuh bundar.
    Menurut    Abdul   Hamid    Mahmood      (1996)   keadaan   bibir   semasa
    menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:




                                  17
Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa


3.2.2 Konsonan


     Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
     terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
     peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
     bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
     tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
     manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila
     udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu
     konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
     Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan
     diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
     oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :


           dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p,
     b ).
           dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
    dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
           satu konsonan hentian glotis. ( ? )

                                   18
          dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
            dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak
      bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
            satu konsonan getaran bersuara ( r ).
            satu konsonan sisian bersuara ( I ).
            empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
            dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal
      dua bibir bersuara ( w ).
            satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).


      Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah
      artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita
      suara,glotis dan rongga hidung.




3.2.3 Diftong


      Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.
      Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi
      vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-
      mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan.
      Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses
      penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku
      kata sahaja semata-mata.
      Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang
      merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak
      kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap
      terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah


                                     19
merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku
            kata, yakni ma dan in.
            Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/.
            Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan
            hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong /
            oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk
            menggambarkan sesuatu diftong.




            Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa
            Melayu.




3.3     Artikulasi Fonem-Fonem Bahasa Melayu


3.3.1         Artikulasi Fonem Vokal


            3.3.1.1 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]
                      Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras
                      tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir
                      dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak
                      dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat
                      sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya
                      dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh:
                      awalan         pertengahan                   akhiran
                      [ijab]         [minum]                       [beli]

                                          20
[insan]          [kilang]                   [cari]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
       sempit atau tinggi [ i ].


3.3.1.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]
       Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan
       bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah
       pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada
       bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula
       dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari
       paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima
       sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita
       suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh:
       awalan           pertengahan                akhiran
       [ekor]           [kekok]                    [kole]
       [enak]           [belok]                    [tauge]




                              21
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
       separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].


3.3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]
       Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang
       dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah
       sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian,
       lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
       hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian
       rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula
       adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga
       dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
       Sebagai contoh:
              awalan              pertengahan            akhiran
               [εsok]                [kεk]                [sorε]
               [εnak]               [bεlok]               [olε-olε]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
       separuh luas atau separuh rendah [ ε ].


3.3.1.4 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]
       Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk
       menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah
       diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut
       dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal.
       Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian


                            22
rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau
       bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang
       halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan
       yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].
       Sebagai contoh:
       awalan          pertengahan                akhiran
       [angsa]         [rapi]                     [lupa]
       [alis]          [palam]                    [kena]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
       luas atau rendah [ a ].
3.3.1.5 Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]
       Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke
       daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga
       mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
       Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan.
       Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah
       bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:
       awalan          pertengahan                akhiran
       [ungka]         [tuba]                     [batu]
       [ulam]          [pucat]                    [kelu]




                                23
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
       sempit atau tinggi [ u ].


3.3.1.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
       Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan
       yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir
       dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar
       maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:


       awalan          pertengahan                 akhiran
       [orang]         [roket]                     [milo]
       [onar]          [pocong]                    [keromo]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
       separuh sempit [o].


3.3.1.7 Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ‫] כ‬
       Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas
       rendah. Untuk menghasilkan vokal /‫ /כ‬ini, belakang lidah


                              24
hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut.
       Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan
       untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan
       sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar.
       Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal /‫ ./כ‬Sebagai contoh:
       awalan         pertengahan                  akhiran
       [‫כ‬leh]         [b ‫כ‬leh]                     [pidat ‫]כ‬
       [‫כ‬pera]        [pr ‫כ‬ton]                    [tomat ‫]כ‬




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
       separuh luas atau separuh rendah [‫.]כ‬


3.3.1.8 Vokal Tengah [ ə ]
       Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah
       dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan
       lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak
       hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita
       suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita
       suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal
       ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan
       perkataaan sahaja. Sebagai contoh:
       awalan         pertengahan
       [əmak]         [bəlah]
       [əmas]         [cəlah]



                             25
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].




3.3.2 Artikulasi Fonem Konsonan

    3.3.2.1 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

           Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
           belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan
           melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian
           belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan,
           dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai
           contoh:

           awalan                    pertengahan               akhiran

           [batu]                    [lumba]                   [kelab]

           [balu]                    [labu]                    [maktab]




                                26
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letupan dua bibir bersuara [b].

3.3.2.2 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].
       Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
       belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan
       melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian
       belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan,
       dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai
       contoh:

       awalan                    pertengahan               akhiran

       [palu]                    [sampah]                  [malap]

       [pedang]                  [sepah]                   [kejap]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letupan dua bibir tidak bersuara [p].

3.3.2.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].
       Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit
       lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala
       udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan
       dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah
       dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-
       merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

                            27
awalan                    pertengahan               akhiran

        [datuk]                   [sedut]                   [salad]

        [diari]                   [saderi]                  [nomad]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
        letupan gigi-gusi bersuara [d].

3.3.2.4 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].
        Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit
        lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala
        udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan
        dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah
        dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-
        merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

        awalan                    pertengahan               akhiran

        [tebu]                    [satu]                    [selat]

        [tabur]                   [ketum]                   [pelat]




                             28
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letupan gigi-gusi tidak bersuara [t].

3.3.2.5 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
       Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
       tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit
       lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian
       belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut.
       Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan
       menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                     pertengahan              akhiran

       [gajah]                    [megah]                  [beg]

       [gelap]                    [sergah]                 [jag]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letupan lelangit lembut bersuara [g].

3.3.2.6 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].

                             29
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
        tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit
        lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian
        belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut.
        Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa
        menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

        awalan                    pertengahan               akhiran

        [kalau]                   [bekal]                   [selak]

        [kari]                    [cekal]                   [elak]




        Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
        letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

3.3.2.7 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
        Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit
        lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.
        Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga
        mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di
        antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu
        dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara.
        Sebagai contoh:

        awalan                    pertengahan               akhiran

        [jambu]                   [laju]                    [kolaj]


                             30
[jambang]                  [baju]                   [mesej]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letusan lelangit keras bersuara [ j].

3.3.2.8 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].
       Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit
       lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.
       Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga
       mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di
       antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu
       dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.
       Sebagai contoh:

       awalan                     pertengahan              akhiran

       [čatan]                    [beča]                   [mač]

       [čuba]                     [kača]                   [klač]




                             31
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

3.3.2.9 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].
       Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut
       dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian,
       udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan
       menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.
       Sebagai contoh:

       awalan                     pertengahan              akhiran

       [rotan]                    [kerap]                  [pakar]

       [rancang]                  [perap]                  [cakar]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       getaran gigi-gusi bersuara [r].

3.3.2.10Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].
       Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam
       keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga
       tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
       disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara
       digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                     pertengahan              akhiran


                             32
[mantan]                 [semak]                   [selam]

       [maki]                   [amal]                    [suram]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       sengauaun dua bibir bersuara [m].




3.3.2.11 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].
       Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi.
       Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak
       dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang
       dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga
       hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                   pertengahan               akhiran

       [naga]                   [benam]                   [ikan]

       [niaga]                  [enam]                    [lokan]




                           33
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       sengauan gigi-gusi bersuara [n].

3.3.2.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].
       Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian,
       lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke
       bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui
       paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita
       suara digetarkan. Sebagai contoh:

                    awalan                      pertengahan


                    [nawa]                           [senap]

                    [nasi]                           [guna]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       sengauaun lelangit keras bersuara [n].

3.3.2.13 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ].
       Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut.
       Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak
       dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang
       dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga
       hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                     pertengahan                 akhiran


                             34
[ŋilu]                   [baŋsal]                   [senaŋ]

       [ŋaŋa]                   [seŋal]                    [renaŋ]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ].




3.3.2.14 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].
       Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat
       sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian
       belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan
       daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan
       bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas
       tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                   pertengahan                akhiran

       [feri]                   [safari]                   [mualaf]

       [fasa]                   [kafir]                    [alaf]




                           35
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].



3.3.2.15 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].
       Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat
       sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian
       belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan
       daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan
       bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas
       tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan

       [van]                     [larva]

       [violin]                  [kanvas]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].

                            36
3.3.2.16 Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].
       Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
       lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga
       tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan
       melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu
       tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan                akhiran

       [θabit]                   [iθnin]                    [wariθ]

       [θelasa]                  [peθan]                    [keriθ]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].

3.3.2.17 Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].
       Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat
       sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke
       bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan
       daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang
       membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara
       digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan                akhiran

       [zikir]                   [nazak]                    [lafaz]

       [zaman]                   [azimat]                   [hafaz]


                            37
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].




3.3.2.18 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara
       [ x ].
       Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu
       sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang
       rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
       dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut
       dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak
       digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                      pertengahan                akhiran

       [xianat]                    [maxluk]                   [tarix]

       [xamis]                     [axbar]                    [marix]




           Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
                  pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x].


                              38
3.3.2.19 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].
       Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat
       membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut
       dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang
       disalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah
       gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita
       suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan               akhiran

       [sama]                    [nasi]                    [kipas]

       [silap]                   [asap]                    [tulus]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       geseran gigi-gusi tak bersuara [s].

3.3.2.20 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].
       Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
       tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar
       dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu
       seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan               akhiran

       [hantu]                   [mahir]                   [sirih]

       [haram]                   [dahan]                   [madah]




                            39
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       geseran glotis tak bersuara [h].



       ]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian
       gigi-gusi bersuara [ l ].

3.3.2.22 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].
       Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah
       lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian
       belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil
       lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal
       tengah. Sebagai contoh:

       awalan                      pertengahan              akhiran

       [wakil]                     [bawal]                  [straw]

       [wilayah]                   [tawakal]                [takraw]




                              40
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       separuh vokal dua bibir bersuara [w].



3.3.2.23 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].
       Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras
       dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke
       bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara
       digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk
       mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan

       [yuran]                         [sayu]

       [yakni]                         [bayar]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

3.3.2.24 Konsonan geseran gigi bersuara [ð].



                            41
Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
       lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga
       tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan
       melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu
       sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan

       [ðaif]                    [farðu]

        [ðarurat]                [haðir]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       geseran gigi bersuara [ð].

3.3.2.25 Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].
       Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antar lelangit keras
       dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut
       terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang
       dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut
       dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa
       menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan                akhiran

       [širik]                   [muškil]                   [Quraiš]

       [šurga]                   [ašik]                     [skuaš]



                            42
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].

3.3.2.26 Konsonan lelangit lembut bersuara [o].
       Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat
       suatu sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke
       belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan
       daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan,
       bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita
       suara. Sebagai contoh:

       awalan                    pertengahan               akhiran

       [oaib]                    [looat]                   [tablio]

       [oairah]                  [maorib]                  [balio]




       Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
       lelangit lembut bersuara [o].



                            43
3.3.3 Artikulasi Fonem Diftong
     3.3.3.1 Artikulasi fonem diftong [ai ]

             Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal
             depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan
             yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh:

             awalan         pertengahan                akhiran

             [aising]       [hairan]                   [belai]

             [aikido]       [kailan]                   [kedai]




             Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai
                                           ].

     3.3.3.2 Artikulasi fonem diftong [ au ]

             Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal
             belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan
             yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh:

             awalan         pertengahan                akhiran

             [aur]          [maulana]                  [pulau]

             [aurat]        [saudara]                  [relau]




                                  44
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong
              [ au ].

      3.3.3.3 Artikulasi fonem diftong [oi ]

              Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan
              ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir
              daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar.
              Sebagai contoh:

              pertengahan       akhiran

              [boikot]           [kaloi]




              Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi
              ].

3.4   Alat-Alat Artikulasi




                                  45
3.4.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya




       1.       Bibir atas          11.    Tengah lidah
       2.      Bibir bawah          12.   Belakang lidah
       3.       Gigi atas           13.     Akar lidah
       4.      Gigi bawah           14.      Epiglotis
       5.          Gusi             15.     Pita suara
       6.     Lelangit keras        16.    Rongga tekak
       7.    Lelangit lembut        17.   Rongga Hidung
       8.      Anak tekak           18.   Rongga mulut
       9.      Hujung lidah         19.      Rahang
      10.    Hadapan lidah          20.     Tenggorok



3.4.2 Fungsi Alat Pertuturan



      3.4.2.16.1Lidah




                               46
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif
          dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada
          empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan
          lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan
          lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
          Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
          penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
          vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah
          merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke
          mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

3.4.2.16.2Gigi

          Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi
          bahasa    tetapi    peranannya      tidaklah   seaktif   lidah.
          Kedudukannya       yang   statik   dan   sentiasa   digunakan
          sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.
          Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

3.4.2.16.3Bibir

         Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar
         rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang
         boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
         mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga
         menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir
         juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar
         daripada rongga mulut.

3.4.2.16.4Gusi

          Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari
          gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan



                        47
sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah
          yang berfungsi membuat penyekatan.




3.4.2.16.5Lelangit

          Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
          lelangit keras dan        lelangit lembut.   Lelangit lembut
          menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
          rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi
          di   bahagian        hadapan   atas   rongga     mulut    dapat
          diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran
          rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
          rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui
          rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
          tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.




3.4.2.16.6Rongga Hidung

          Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
          lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup,
          bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
          lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.4.2.16.7Pita Suara

          Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan
          amat       penting    dalam    penghasilan     bunyi.    Proses
          pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
          mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
          selaput nipis berkenaan.

                          48
3.4.3 Daerah-Daerah Artikulasi
      Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan
      dan sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang
      luar biasa.Contoh alat-alat atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi,
      gusi, lelangit dan rongga hidung.

       3.4.3.16.1Gigi

                  Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa
                  tetapi peranannya tidaklah aktif.Kedudukannya yang statik
                  dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara
                  dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah
                  yang menghasilkan bunyi.


                                49
3.4.3.16.2Gusi

                         Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari
                         gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan
                         sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah
                         yang berfungsi membuat penyekatan.

               3.4.3.16.3Lelangit

                         Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
                         lelangit   keras        dan   lelangit   lembut.Lelangit   lembut
                         menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
                         rongga mulut.Lelangit keras bermula dari sempadan gusi
                         di     bahagian        hadapan    atas   rongga    mulut    dapat
                         diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran
                         rongga tekak terus ke rongga hidung.Apabila dinaikkan,
                         rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui
                         rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
                         tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

               3.4.3.16.4Rongga Hidung

                         Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
                         lelangit.Rongga         hidung   boleh    dibuka   atau    ditutup,
                         bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
                         lelangit lembut dinaikkan atau tidak.




3.5   Carta Fonem Bahasa Melayu

      3.5.1 Carta Fonem Vokal




                                           50
Bahagian lidah           Depan   Tengah   Belakang
        Cara sebutan

 Hadapan Sempit atau Tinggi       i

  Hadapan Separuh Sempit          e
    atau Separuh Tinggi

 Hadapan Separuh Luas atau        ε
     Separuh Rendah

 Hadapan Luas atau Rendah        A

 Belakang Sempit atau Tinggi                        U

  Belakang Separuh Sempit                           O

 Belakang Separuh Luas atau                         ‫כ‬
      Separuh Rendah

      Bahagian tengah                     e



3.5.2 Carta Fonem Konsonan




                           51
Daerah sebutan         1        2             3        4        5          6

                       Dua      Gusi         Gusi    Lelangit Lelangit     Pita
                                                      keras               suara
   Cara sebutan        bibir                Lelangit          Lembut

                                             keras

   Letupan tidak        p        t                               k
     bersuara

 Letupan bersuara       b        d                               g

   Letusan tak
    bersuara

 Letusan bersuara

    Sengauan            m        n

   Geseran tak                   S
    bersuara

 Geseran bersuara                                                           H

     Getaran

      Sisian                     i

  Separuh vokal         w                     y/j

      Rajah dan carta di atas menunjukkan tentang carta konsonan-konsonan dalam
      bahasa Melayu.

3.5.3 Carta Fonem Diftong Bahasa Melayu

                    Cara Penghasilan                              Diftong

         Vokal depan luas ke vokal depan sempit                      ai

       Vokal depan luas ke vokal belakang sempit                     au

         Vokal belakang separuh sempit ke vokal                      oi
                       depan sempit



      Carta di atas menunjukkan tentang carta diftong-diftong dalam bahasa Melayu.




                                       52
3.6   Kesimpulan Bab

      Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu
      cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang
      berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala
      fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang
      bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
      alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-
      bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi
      yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik.

      Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang
      terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri
      untuk dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat-
      alat artikulasi yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan
      bunyinya yang tersendiri yang akan menghasilkan.


      Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu
      terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian
      huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong.




                         BAB 4: PENUTUP
                                     53

More Related Content

What's hot

Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Antasha Kamaruzzaman
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Norzila Nasir
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Antasha Kamaruzzaman
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
SYIZIDAM BNK
 
Cara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftongCara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftong
aniza abdullah
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
Harerra Pink
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayakkhairul azlan taib
 
Bmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistikBmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistik
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fatin Ain Nabila
 

What's hot (20)

Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Cara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftongCara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftong
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak6 bentuk komunikasi di khalayak
6 bentuk komunikasi di khalayak
 
Bmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistikBmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistik
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 

Similar to 7729996 fonologi-bahasa-melayu

nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
ly infinitryx
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
Oh Jenny
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
Oh Jenny
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
kee jumat
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologiAminudin Dolah
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
pyk1997
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
FaFai S.
 

Similar to 7729996 fonologi-bahasa-melayu (20)

nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
 

7729996 fonologi-bahasa-melayu

  • 1. ISI KANDUNGAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN 1.1 OBJEKTIF / MATLAMAT 1.2 DEFINISI KONSEP 1.3 RUANG LINGKUP / SKOP PERBINCANGAN 1.4 KERANGKA PERBINCANGAN 1.5 KESIMPULAN BAB BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN 2.1 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN BERCETAK 2.2 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN ELEKTRONIK / DIGITAL 2.3 REFLEKSI TERHADAP TINJAUAN LITERATUR 2.4 KESIMPULAN BAB BAB 3 PERBINCANGAN ISU 3.0 PENGENALAN 3.1 DEFINISI 3.2 FONEM-FONEM BAHASA MELAYU 3.3 ARTIKULASI FONEM-FONEM BAHASA MELAYU 3.4 CARTA FONEM BAHASA MELAYU 3.5 KESIMPULAN BAB BAB 4 PENUTUP 4.0 PENGENALAN 4.1 REFLEKSI 4.2 KESIMPULAN BIBLIOGRAFI 1
  • 2. LAMPIRAN BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia. Dalam folio ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih terperinci dan mendalam. Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi, fonetik dan fonemik. Disamping itu, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong bahasa melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam folio ini. 1.1 Matlamat Dan Objektif Matlamat ataupun objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan yang baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana pernah menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika dahulu. Kajian yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan fonologi dan fonetik. Tambahan lagi kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah penghasilan atau pembentukan bunyi-bunyi vokal dan juga konsonan. Ianya juga bertujuan 2
  • 3. untuk melihat bentuk-bentuk vokal dan juga konsonan yang ada di dalam bahasa Melayu. Selain itu, matlamat kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang hal-hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu termasuklah cara sebutan, simbol-simbol yang digunakan bagi setiap vokal mahupun konsonan-konsonan. 1.2 Definisi Konsep Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan definisi operasional. 1.2.1 Definisi Teoritikal 1.2.1.1 Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. 3
  • 4. 1.2.1.2 Fonetik Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud “penkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”. 1.2.2 Definisi Operasional Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa saya mendapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. 4
  • 5. 1.2.2.1 Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. 1.2.2.2 Fonetik Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut 1.4 Ruang lingkup / skop perbincangan Ruang lingkup atau skop perbincangan kali ini adalah untuk menghuraikan atau membuat kajian mengenai fonologi dalam bahasa Melayu. Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokal, konsonan dan diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang alat-alat artikulasi, daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi. 5
  • 6. 1.5 Kerangka perbincangan 1.6 Kesimpulan bab Secara kesimpulannya, bab ini memberikan gambaran secara kasar dan pengenalan umum kepada pembaca berkenaan dengan fonologi, fonetik, fonemik beserta dengan cabang-cabangnya. Selain itu, penyediaan objektif kajian, definisi konsep dan ruang lingkup perbincangan dan kerangka perbincangan akan membantu perjalanan untuk menyiapkan bab-bab yang seterusnya kerana gambaran kasar telah disediakan. Dengan itu penghasilan kerja kursus ini dapat dijalankan dengan lancar. 6
  • 7. BAB 2. TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Dalam bab 2, kami akan menerangkan cara-cara atau kaedah untuk kami memperolehi maklumat-maklumat yang berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan. Dalam tugasan bahasa Melayu ini kami telah menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan kaedah yang pertama yang digunakan adalah melalui sumber-sumber bercetak. Antara sumber-sumber yang telah dirujuk adalah artikel-artikel yang berkaitan, buku-buku rujukan, dan jurnal- jurnal. Sementara itu kaedah yang seterusnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang masih kurang lengkap adalah melalui media elektronik. Media elektronik yang digunakan adalah melalui internet. 2.1 Tinjauan Literatur (bahan bercetak ) 2.1.1 Buku Fonetik dan Fonologi. Buku Fonetik dan Fonologi karangan Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar adalah bahan rujukan saya yang pertama. Merujuk kepada penulis buku ini , fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat 7
  • 8. komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Seterusnya, fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar. Fonetik akustik pula ialah kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi. Selain daripada itu buku ini juga menerangkan maksud-maksud bidang fonologi dan bahagiannya dengan lengkap. Selain itu, terdapat juga penjelasan mengenai alat-alat artikulasi, bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan cara- cara menghasilkannya, serta gambarajah yang lengkap. 2.1.2 Fonologi, Bahasa Melayu STPM Hasil daripada penulisan Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Buku bahasa Melayu STPM ini menerangkan dalam Bab 11 bahawa, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi- bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa manakala fonetik akustik pula mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa. Fonetik artikulasi pula mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi. Buku ini juga menjelaskan tentang alat-alat ujaran, vokal, konsonan dan diftong serta cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa Melayu. 2.1.3 Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1 8
  • 9. Buku Bahasa Melayu Kertas 1 ini merupakan buku rujukan STPM hasil karangaan Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad. Buku ini menerangkan tentang fonologi dan cabang-cabangnya. Menurut buku ini, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, yakni bunyi yang digunakan dalam komunikasi. Menurut buku ini lagi, fonologi dibahagikan kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Dalam pengajian fonetik ini ada tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa, iaitu penyebutan, pendengaran dan sifat bunyi. Fonemik pula bidang fonologi yang menganalisis sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Buku ini juga ada menjelaskan maksud istilah yang digunakan, alat-alat artikulasi, dan cara-cara menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong dengan gambarnya sekali. 2.2 Tinjauan Literatur (bahan elektronik ) 2.2.1 Fonetik– http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik Secara keseluruhannya, bahan yang saya dapati di laman web ini dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam penghasilan folio ini. Dalam artikel ini, definisi-definisi tentang fonetik diterangkan secara umum, serta terdapat juga sejarah ringkas tentang permulaan pengkajian ilmu fonetik di dunia ini. Terdapat juga sedikit penerangan tentang cabang-cabang utama bagi fonetik, yakni fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Selain itu, penerangan secara ringkas juga diberikan tentang fonetik forensik, iaitu kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan) bagi tujuan forensik (perundangan). 2.2.2 Bunyi Bahasa Melayu 9
  • 10. -http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm Secara rumusannya, artikel yang saya dapati pada laman web ini memberikan definisi-definisi umum berkenaan tentang fonologi, fonetik, fonem, alofon dan juga suku kata dalam bahasa Malaysia. Selain itu, bahan ini juga dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam menghasilkan folio ini dengan lebih baik, kerana dengan adanya bahan tambahan yang dapat memperkukuhkan folio ini. Tambahan pula, artikel ini juga memberikan contoh-contoh yang mudah difahami oleh semua pihak, khusunya kepada manusia yang baru belajar tentang bahasa. Bahan ini menjadi sumber rujukan yang kedua saya bagi menyiapkan folio ini selepas literatur bahan-bahan bercetak seperti buku-buku dan sebagainya. 2.2 Refleksi Melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap bahan tinjaun literatur yang telah diperolehi, saya dapati bahawa fonologi merangkumi satu bidang yang agak meluas yang juga terdiri daripada beberapa cabang dari segi fonetik dan fonemik. Seterusnya fonetik dan fonemik mempunyai subtopiknya masing-masing. Sebelum ini saya masih keliru dengan fonologi dan fonetik tetapi setelah merujuk bahan-bahan yang berkenaan dengan fonologi dan fonetik ini saya dapat membezakan antara kedua-duanya. Maklumat mengenai fonologi, fonetik,dan fonemik yang saya perolehi daripada bahan bercetak amat berguna dan banyak membantu sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Segala maklumat-maklumat yang diperlukan terdapat dalam bahan ini termasuklah penerangan-penerangan yang berguna. 10
  • 11. Melalui media elektronik ataupun vahan digital pula, saya hanya memperoleh sedikit maklumat maklumat. Bahan-bahan yang saya perolehi daripada sumber elektronik ini hanya menerang kan secara ringkas mengenai fonologi dan fonetik seperti maksud fonologi dan fonetiknya sahaja. Secara keseluruhannya mengenai tinjauan literatur ini, saya masih kurang dari segi mendapatkan maklumat melalui bahan elektronik ataupun digital. Ini mungkin kerana saya masih kurang mendalami tinjauan berasaskan bahan elektronik seperti internet. Disamping itu saya mengharapkan saya akan dapat belajar 2.3 Kesimpulan bab Kesimpulan daripada bab ini adalah tinjauan literatur merupakan satu proses yang amat penting untuk menyiapkan apa-apa sahaja jenis tugasan sebagai contoh terdekat ialah kerja kursus bahasa Melayu ini. Kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dimana sahaja, sebagai contohnya pusat sumber. Melalui pusat sumber kita boleh mendapat bahan-bahan rujukan daripada buku. Selain itu, di zaman yang serba moden ini kita juga boleh mendapatkan maklumat dengan hujung jari sahaja iaitu internet. Salah satu kelebihan pusat sumber kini ialah kemudahan internet yang memudahkan saya untuk mengakses ke laman-laman web ilmiah yang berkaitan. Di samping itu, bab ini, bab ini akan memudahkan saya untuk menyiapkan proses-proses yang seterusnya dalam kerja kursus ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan diperoses lagi untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang 11
  • 12. penting yang diperlukan. Oleh yang demikian, tinjauan literatur ini merupakan suatu proses yang penting. BAB 3 : PERBINCANGAN ISU 3.0 Pengenalan Dalam bab ini kita akan memfokuskan kepada tajuk utama kerja kursus kita iaitu kajian tetang fonologi, fonetik, fonemik, dan fonem-fonem dalam bahasa melayu dengan mendalam lagi. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui maksud fonologi, fonemik dan fonemik melalui bab ini. Definisi-definisi ini telah dipetik daripada ahli-ahli linguistik tempatan dan antarabangsa. Melalui definisi tersebut, kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang fonnologi, fonetik dan fonemik. Di samping itu, cara-cara penghasilan fonem-fonem seperti fonem vokal, fonem konsonan dan juga fonem diftong dalam bahasa Melayu. Untuk lebih memahami dan cara penghasilan dengan lebih tepat gambarajah-gambarajah disertakan sekali bagi setiap fonem. 3.1 Definisi 3.1.1 Fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna 12
  • 13. dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan: ‘The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “phonology”.’ Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds.” Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu kira-kira berbunyi, “Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.” Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendifinisikan fonologi itu sendiri. Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua, yakni fonetik dan juga fonemik. 3.1.2 Fonetik Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi –bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). 13
  • 14. Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.” Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.” Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat- alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai fonetik artikulasi. 14
  • 15. Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula, deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan. Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi, dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut, bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing- masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik. 3.1.3 Fonemik Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik beratkan analisis bunyi sesuatu bahasa. 3.2 Fonem-fonem bahasa Melayu 3.2.1 Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa 15
  • 16. sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu: i Vokal hadapan ii Vokal tengah iii Vokal belakang Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah: 16
  • 17. Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: • Hampar • Separuh hampar • Bundar • Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut: 17
  • 18. Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa 3.2.2 Konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :  dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).  dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).  dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).  satu konsonan hentian glotis. ( ? ) 18
  • 19. dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )  dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).  satu konsonan getaran bersuara ( r ).  satu konsonan sisian bersuara ( I ).  empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )  dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).  satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung. 3.2.3 Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula- mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah 19
  • 20. merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong. Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu. 3.3 Artikulasi Fonem-Fonem Bahasa Melayu 3.3.1 Artikulasi Fonem Vokal 3.3.1.1 Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ijab] [minum] [beli] 20
  • 21. [insan] [kilang] [cari] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]. 3.3.1.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ekor] [kekok] [kole] [enak] [belok] [tauge] 21
  • 22. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. 3.3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ] Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [εsok] [kεk] [sorε] [εnak] [bεlok] [olε-olε] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ε ]. 3.3.1.4 Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian 22
  • 23. rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [angsa] [rapi] [lupa] [alis] [palam] [kena] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. 3.3.1.5 Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ] Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ungka] [tuba] [batu] [ulam] [pucat] [kelu] 23
  • 24. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. 3.3.1.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [orang] [roket] [milo] [onar] [pocong] [keromo] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. 3.3.1.7 Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ‫] כ‬ Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk menghasilkan vokal /‫ /כ‬ini, belakang lidah 24
  • 25. hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal /‫ ./כ‬Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [‫כ‬leh] [b ‫כ‬leh] [pidat ‫]כ‬ [‫כ‬pera] [pr ‫כ‬ton] [tomat ‫]כ‬ Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah [‫.]כ‬ 3.3.1.8 Vokal Tengah [ ə ] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh: awalan pertengahan [əmak] [bəlah] [əmas] [cəlah] 25
  • 26. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə]. 3.3.2 Artikulasi Fonem Konsonan 3.3.2.1 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [batu] [lumba] [kelab] [balu] [labu] [maktab] 26
  • 27. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. 3.3.2.2 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [palu] [sampah] [malap] [pedang] [sepah] [kejap] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 3.3.2.3 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: 27
  • 28. awalan pertengahan akhiran [datuk] [sedut] [salad] [diari] [saderi] [nomad] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d]. 3.3.2.4 Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [tebu] [satu] [selat] [tabur] [ketum] [pelat] 28
  • 29. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]. 3.3.2.5 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [gajah] [megah] [beg] [gelap] [sergah] [jag] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. 3.3.2.6 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. 29
  • 30. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [kalau] [bekal] [selak] [kari] [cekal] [elak] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. 3.3.2.7 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [jambu] [laju] [kolaj] 30
  • 31. [jambang] [baju] [mesej] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. 3.3.2.8 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [čatan] [beča] [mač] [čuba] [kača] [klač] 31
  • 32. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. 3.3.2.9 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [rotan] [kerap] [pakar] [rancang] [perap] [cakar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]. 3.3.2.10Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran 32
  • 33. [mantan] [semak] [selam] [maki] [amal] [suram] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m]. 3.3.2.11 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [naga] [benam] [ikan] [niaga] [enam] [lokan] 33
  • 34. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. 3.3.2.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]. Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan [nawa] [senap] [nasi] [guna] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n]. 3.3.2.13 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]. Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran 34
  • 35. [ŋilu] [baŋsal] [senaŋ] [ŋaŋa] [seŋal] [renaŋ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ]. 3.3.2.14 Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [feri] [safari] [mualaf] [fasa] [kafir] [alaf] 35
  • 36. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. 3.3.2.15 Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan [van] [larva] [violin] [kanvas] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. 36
  • 37. 3.3.2.16 Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [θabit] [iθnin] [wariθ] [θelasa] [peθan] [keriθ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. 3.3.2.17 Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [zikir] [nazak] [lafaz] [zaman] [azimat] [hafaz] 37
  • 38. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. 3.3.2.18 Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x ]. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [xianat] [maxluk] [tarix] [xamis] [axbar] [marix] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. 38
  • 39. 3.3.2.19 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang disalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [sama] [nasi] [kipas] [silap] [asap] [tulus] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. 3.3.2.20 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [hantu] [mahir] [sirih] [haram] [dahan] [madah] 39
  • 40. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. 3.3.2.22 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [wakil] [bawal] [straw] [wilayah] [tawakal] [takraw] 40
  • 41. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. 3.3.2.23 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan pertengahan [yuran] [sayu] [yakni] [bayar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. 3.3.2.24 Konsonan geseran gigi bersuara [ð]. 41
  • 42. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan [ðaif] [farðu] [ðarurat] [haðir] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi bersuara [ð]. 3.3.2.25 Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š]. Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antar lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [širik] [muškil] [Quraiš] [šurga] [ašik] [skuaš] 42
  • 43. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š]. 3.3.2.26 Konsonan lelangit lembut bersuara [o]. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat suatu sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [oaib] [looat] [tablio] [oairah] [maorib] [balio] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan lelangit lembut bersuara [o]. 43
  • 44. 3.3.3 Artikulasi Fonem Diftong 3.3.3.1 Artikulasi fonem diftong [ai ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [aising] [hairan] [belai] [aikido] [kailan] [kedai] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ]. 3.3.3.2 Artikulasi fonem diftong [ au ] Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [aur] [maulana] [pulau] [aurat] [saudara] [relau] 44
  • 45. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]. 3.3.3.3 Artikulasi fonem diftong [oi ] Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: pertengahan akhiran [boikot] [kaloi] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ]. 3.4 Alat-Alat Artikulasi 45
  • 46. 3.4.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok 3.4.2 Fungsi Alat Pertuturan 3.4.2.16.1Lidah 46
  • 47. Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. 3.4.2.16.2Gigi Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah seaktif lidah. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 3.4.2.16.3Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 3.4.2.16.4Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan 47
  • 48. sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 3.4.2.16.5Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 3.4.2.16.6Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 3.4.2.16.7Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. 48
  • 49. 3.4.3 Daerah-Daerah Artikulasi Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa.Contoh alat-alat atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi, gusi, lelangit dan rongga hidung. 3.4.3.16.1Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 49
  • 50. 3.4.3.16.2Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 3.4.3.16.3Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 3.4.3.16.4Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit.Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 3.5 Carta Fonem Bahasa Melayu 3.5.1 Carta Fonem Vokal 50
  • 51. Bahagian lidah Depan Tengah Belakang Cara sebutan Hadapan Sempit atau Tinggi i Hadapan Separuh Sempit e atau Separuh Tinggi Hadapan Separuh Luas atau ε Separuh Rendah Hadapan Luas atau Rendah A Belakang Sempit atau Tinggi U Belakang Separuh Sempit O Belakang Separuh Luas atau ‫כ‬ Separuh Rendah Bahagian tengah e 3.5.2 Carta Fonem Konsonan 51
  • 52. Daerah sebutan 1 2 3 4 5 6 Dua Gusi Gusi Lelangit Lelangit Pita keras suara Cara sebutan bibir Lelangit Lembut keras Letupan tidak p t k bersuara Letupan bersuara b d g Letusan tak bersuara Letusan bersuara Sengauan m n Geseran tak S bersuara Geseran bersuara H Getaran Sisian i Separuh vokal w y/j Rajah dan carta di atas menunjukkan tentang carta konsonan-konsonan dalam bahasa Melayu. 3.5.3 Carta Fonem Diftong Bahasa Melayu Cara Penghasilan Diftong Vokal depan luas ke vokal depan sempit ai Vokal depan luas ke vokal belakang sempit au Vokal belakang separuh sempit ke vokal oi depan sempit Carta di atas menunjukkan tentang carta diftong-diftong dalam bahasa Melayu. 52
  • 53. 3.6 Kesimpulan Bab Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi- bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik. Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat- alat artikulasi yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang tersendiri yang akan menghasilkan. Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong. BAB 4: PENUTUP 53