Dokumen tersebut membahas tentang ilmu faraid atau ilmu pusaka dalam Islam. Ia menjelaskan sumber-sumber hukum pusaka Islam seperti Al-Quran, hadis, ijma ulama, dan memberikan ringkasan singkat tentang sistem pusaka dalam masyarakat Arab, Yahudi, dan Rom sebelum Islam serta perkembangannya setelah turunnya ajaran Islam.
1. Faraaidh
Pendahuluan
Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan
darul Qutni di bawah ini:-
تعلموا الفرا ئض و علموها فإنها نصف العلم وهو ينسي
وهو اول ما ينزع من أمتي
العلم ثلثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة أو سنة قا
ئمة أو فريضة عا دلة
(Riwayat Abu Daud).
2. Takrif Faraaidh/Mawarith
Dari sudut bahasa Arab: Faraaidh jama’ fariidhah
dengan makna taqdiir.
Dari sudut Syara’ : Kadar yang tentukan oleh Syara’
bagi setiap waris ( (نصيب مقدر بالشرع للوارث
Dari sudut bahasa; Mawaarith jama’ miiraath (المواريث
(جمع الميراثdengan dua makna; 1- Kekal al baqaa’
dan 2- perpidahan sesuatu dari satu kaum kepada
kaum lain.
Dari segi syara’ : Hak seseorang insan terhadap
sesuatu setelah kematian tuan punyanya dengan sebab
dan syarat tertentu.
3. Ilmu Faraaidh/Mawaarith
العلم الموصل إلى معرفة قدر ما يجب لكل ذي حق من التركة
Ilmu yang membawa kepada penentuan kadar
yang akan diperolehi oleh waris terhadap harta
pusaka yang ditinggalkan
4. SUMBER UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM
DAN HUKUM MEMPELAJARINYA
al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad.
ayat mujmal:
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari
peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan
ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari
harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)” (al-Quran, al-Nisa’
4:7).
5. Samb:Ayat mufassal
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta
pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang
anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka
bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan Itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta
itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari
keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika
si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak
mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah
kedua ibu bapanya,
6. Sambungan
maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik),
maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu)
ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah
diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar
hutang.Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu
tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat
serta banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian
harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing
seperti diterangkan ialah) ketetapan dari Allah,
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana” (al-Quran, al-Nisa’ 4: 11).
7. (al-Nisa’ 4: 12).
“Dan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak.Tetapi jika mereka mempunyai anak maka
kamu mendapat1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-
isteri) pula 1/4 dari hartayang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai
anak.Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka(isteri-isteri
kamu) ialah 1/8 dari harta kamu tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang dia ahli
warisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan
meninggalkan seorang saudara lelaki(seibu) atau saudara perempuan (seibu),
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka(saudara-
saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada 1/3
(dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan
wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya; wasiat-
wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli
waris).(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar “
8. al-Nisa’4:176).
“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu
(wahai Muhammad), mengenai masalah kalalah. Katakanlah: ‘‘Allah
memberi fatwa kepadamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika
seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai
seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu 1/2
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula
(saudarasaudara lelaki itu) meahli warisi (semua harta) saudara
perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula saudara perempuannnya itu dua orang, maka keduanya
mendapat 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan
sekiranya mereka (saudarasaudaranya itu) ramai, lelaki dan
perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua
orang perempuan“. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu
supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Nisa’
9. Dalil dari as Sunnah
تعلموا الفرا ئض و علموها فا نها نصف العلم
وهو ينسي وهو اول ما ينزع من أمتي
العلم ثلثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة أو سنة
قا ئمة أو فريضة عا دلة.
).(Riwayat AbuDaud
10. Ijma’ Ulama’
Ulama Hanfiah, Malikiah dan Syafiah sepakat bahawa
terdapat lima hak yang mesti ditunaikan pada harta
peninggalan si mati;
1- Hak orang lain pada ain harta tersebut seperti barang
yang sudah dijual tetapi belum diterima barang dan harga
barang tersebut. Hak penjual pada barang yang dijual lebih
utama dari hak yang lain. Dalam hal ini ulama Hanafi
menganggap perkara ini termasuk di dalam hutang dan
mereka sepakat dalam empat perkara berikutnya.
2- Pengurusan Jenazah sehingga ia dikebumikan.
3- Hutang ke atasnya
4- Wasiat
5-Pusaka/tarikah
11. Sejarah Pembahagian Pusaka
Pusaka Dalam Masyarakat Arab Sebelum
Islam
Pusaka Dalam Masyarakat Yahudi
Pusaka Dalam Masyarakat Roman
Pusaka Dalam Islam.
12. Pusaka Dalam Masyarakat Arab
Sebelum Islam
‘Masyarakat Arab Jahiliah- Ekonomi dan kekuatan
keturunan melalui peperangan’
Tiga sebab utama Pusaka;
Keturunan(النسبHanya bagi lelaki dewasa yang – (
mampu menunggang kuda untuk berperang. Dalam
Tafsir al Tabari ((ل يرث الرجل من ولده إل من أطاق القتال
Anak angkat (التبنيanak angkat mempunyai hak dan -(
kedudukan sama dengan anak sendiri.
Perjanjian (،الحلف(- )دمي دمك، وهدمي هدمك، ترثني أرثك
(وتطلب بي وأطلب بك
13. Sistem Pusaka Dalam Masyarakat Yahudi
Yahudi terlalu mementingkan kekuatan Ekonomi
melalui pelbagai cara pertanian, perniagaan, industri
dan sistem riba.
Yahudi sentiasa memastikan kekayaan tidak
berpindah kepada orang lain selain ahli keluarga
terdiri dari furuu’ dan usul sahaja.
Anak perempuan tidak dapat pusaka jika terdapat
anak lelaki, begitu juga ibu, isteri dan saudara
perempuan dihalang oleh anak lelaki, bapa atau
kerabat lelaki yang terdekat.
14. Dasar Pusaka Yahudi
Bila bapa meninggal, maka anak-anak lelaki sahaja
akan meneriama Pusaka. Anak lelaki sulong akan
dapat 2/3, kecuali jika dia setuju untuk dibahagi sama
rata.
Jika bapa mati dan meninggalkan anak lelaki dan
perempuan, maka anak lelaki sahaja yg
mengondolnya. Cuma anak perempuan akan hak
nafkah dari adik beradik lelaki sehingga dia
berkahwin.
Jika anak lelaki atau anak perempuan mati, ibu
mereka tidak dapat pusaka, sebaliknya jika ibu mati
anak lelaki dapat, begitu juga anak perempuan jika
ketiadaan anak lelaki.
15. sambungan
Jika sesorang mati, tidak meninggalkan anak
lelaki/perempuan, bapanya akan menerima
pusaka, jika tiada maka adik beradik lelakinya,
jika tiada jatuh kepada adik beradik
perempuannya.
Jika simati tiada zuriat dan tiada usulnya,
maka kerabat dari furuu’ level bawah akan
menerimanya.
16. sambungan
Jika si mati tidak ada usulnya, zuriatnya dan
juga kerabat, maka harta itu boleh dimiliki
oleh siapa sahaja yang pertama
mendapatkannya setelah 3 tahun tiada waris si
mati menuntutnya.
Jika suami mati, isteri tiadk boleh menerima
pusaka bila terdapat waris-waris yang lain.
Jika isteri mati semua hartanya berpindah
kepada suami sahaja.
17. Perkembangan Sistem Pusaka Islam
Di awal Islam, undang2 Jahiliyah berkuat
kuasa sehingga Hijrah berlaku perubahan
sementara kepada sistem tersebut.
Hijrah dan persahabatan yang erat telah
membolehkan mereka menerima pusaka.
Persaudaraan antara ansar dan muhajiriin telah
membolehkan mereka menerima pusaka antara
satu sama lain bagi menguatkan masyarakat
Islam ketika itu
(al anfal 72).
18. sambungan
سبيل إن الذين آمنوا وهاجروا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في
.ال والذين آووا ونصروا أولئك بعضهم أولياء بعض
Selepas itu dihapuskan sistem pusaka
وما جعل أدعياءكم أبناءكم،( berasaskan anak angkat
ذلكم قولكم بأفواهكم وال يقول الحق وهو يهدي السبيل،
أدعوهم لبائهم هو أقسط عند ال.)الحزاب 5(
Selepas itu Allah membatalkan sistem pusaka
وأولو الرحام( .melalui Hijrah dan persaudaraan
بعضهم أولى ببعض في كتاب ال، إن ال بكل شىء عليم
)النفال 57(
19. sambungan
Kemudian semua sistem pusaka yang
terdahulu terbatal apabila turun ayat 11 surah
al Nisaa’
...... )يوصيكم ال في أولدكم للذكر مثل حظ النثيين
20. (التركة( Makna al Tarikah
Asal ترك يترك تركا :dari perkataan
الشافعي: كل ما كان للنسان حال حياته، وخلفه بعد
مماته من مال أو حقوق أو اختصاص
ما ترك الميت من أموال وحقوق )الشافعي ،مالك، ابن
(حنبل
‘apa yang ditinggalkan oleh si mati dalam
’bentuk harta atau hak
قال الرسول صلى ال عليه وسلم: ومن ترك مال أو
حقا فلورثته
21. Perbincangan
Sejauhmana sistem pusaka sebelum Islam
menepati konsep keadilan sosial kepada
masyarakat?
Apakah aspek kelemahan yang terdapat dalam
sistem tersebut?
Apa kelebihan sistem Pusaka yang dibawa
Islam?
22. Makna al Tarikah Mengikut Syarak
“suatu hak yang boleh dibahagikan dan sabit
kepada yang berhak setelah yang berhak
dahulu itu mati, kerana ada hubungan kerabat,
suami isteri atau wala’ atau perjanjian”
23. Rukun-rukun Pusaka
Pusaka juga mempunayi rukun-rukunnya bagi
memastikan pusaka dapat ditentukan dengan
sah mengikut hukumnya iaitu:-
i.Pewaris ( Si mati)
ii.Waris ( ahli waris yang berhak )
iii.Yang diwaris ( harta atau sebagainya)
24. Sebab-Sebab Pusaka
sebab yang menjadikan seseorang itu berhak
menerima harta pusaka iaitu:-
i. Pernikahan
ii. Kerabat
iii.Wala’ al I’taaqah (pembebasan hamba)
Ayat An-Nisaa’:12 ini adalah sebagai dalil
menunjukkan sebab pernikahan .
25. Syarat-syarat Pusaka
syarat-syarat bagaimana seharusnya pusaka itu
dibahagikan iaitu:-
i.Pewaris mati dahulu
ii.Waris hidup semasa kematian pewaris
iii.Tidak ada perkara yang menegah waris
menerima pusaka iaitu:-
a.Perhambaan
b.Membunuh
c.Berlainan agama
26. Hak yang berkaitan dengan si mati
Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut
sistem faraid atau pusaka, beberapa hak perlu ditunaikan mengikut tertib
seperti berikut:-
Hak ain :hak-hak yang berkaitan dengan ain harta-harta yang ditinggalkan
oleh si mati. Oleh itu orang yang mula-mula sekali berhak di dalam harta
peninggalan si mati ialah orang yang mempunyai hak berkaitan dengan ain
harta itu.
Hak persiapan pengkebumian
Hak hutang piutang
Hak wasiat
Harta Sepencarian: jika ada antara waris-waris yang ingin menuntut harta
sepencarian bersama si mati, ia hendaklah mengemukakan tuntutannya ke
Mahkamah Syariah sebelum harta itu difaraidkan. Harta Sepencarian ialah
harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Hak waris (Harta Pusaka)
27. Harta yang diwarisi
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan
atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta,
kerbau dll.
28. Waris-Waris Yang Tidak Terlindung/Terhalang Oleh
Sesiapapun
Terdapat 5 orang waris di dalam sistem pusaka
Islam yang tidak dihalangi:
i. Suami/ Isteri
ii. Bapa
iii.Ibu
iv Anak Perempuan dan anak lelaki
29. Beberapa Masalah Semasa Berkaitan
Dengan Pusaka.
i. Masalah Wasiat dan Harta pusaka.
ii. Menghibahkan Harta Semasa Hidup
iii. Penama(Nominee) Pada Takaful/Wang
KWSP/Tabung Haji dan sebagainya.