1. LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK
AKHIR
NAMA PELAJAR: MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AB RAHIM
NO MATRIK: A176355
PENSYARAH: PROF DATO. “IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA
RAHMAT
2. SOALAN
Jika anda menjadi seorang guru atau anda
sedang mencari guru, terangkan guru yang
bagai mana anda impikan?
3. PENGENALAN
Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta
menjayakan ilmu dalam masyarakat.Ia merangkumi ilmu
pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan
ciri serta tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya
dalam masyarakat.
Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan untuk
mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal.
Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru
atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris,
mursyid atau ulama.
4. Pendidik di dalam islam adalah meliputi hal keduniaan dan
akhirat sama ada pendidik itu menyampaikan Ilmu Fardhu Ain
atau Ilmu Fardhu Kifayah.
Imam Ghazali mengatakan bahawa ilmu itu dibahagikan
kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun
satu ayat”.
Dinulhayah Islam adalah sebagai cara hidup yang lengkap dan
sempurna dan Islam adalah agama untuk pendidikan hidup.
5. Islam sememangnya telah menggariskan beberapa kriteria atau ciri
sebagai seorang pendidik yang baik serta bagus.
Ianya merangkumi dari aspek diri pendidik itu sendiri, cara atau
kaedah serta keadaan pengajaran dan pembelajaran.
Setiap orang sudah pasti mempunyai untuk menjadi ataupun
mempunyai guru impian sendiri.
6. MENJADIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
SEBAGAI ASAS DALAM PENGAJARAN
Penerapan dan penekanan kepada konsep rabbani sememangnya
sangat penting.
Tujuannya adalah untuk membentuk manusia menjadi hamba dan
khalifah
Menyeluruh merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.
Rabbani
Al-Quran Hadis
7. GURU YANG MENGAMALKAN KONSEP
PENDIDIKAN RABBANI
Al-Quran dan Hadis menjadi asas kerana kandungan ianya menjadi motivasi
kepada aspek pendidikan yang lain.
Ilmu sains dan muamalat sebagai contohnya ilmu pengetahuan yang boleh
menjadi pendorong kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Hal ini demikian kerana, kandungan di dalam al-Quran dan Hadis banyak
menjelaskan perihal yang berkaitan dengan muamalat. Sebagai contohnya
dalam aspek pengharaman riba sebagaimana firman Allah dalam surah al-
Baqarah ayat 276 yang bermaksud:
“Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
8. GURU YANG MENGGUNA PAKAI KONSEP
PEMBELAJARAN SEHINGGA AKHIR HAYAT
Menuntut ilmu merupakan fardhu kepada setiap orang.
Hal ini demikian kerana orang yang berilmu dan sentiasa
menuntut ilmu memperoleh banyak kelebihan antaranya ialah
Allah akan meninggikan darjat bagi mereka yang mempunyai
ilmu pengetahuan.
Konsep pembelajaran sehingga akhir hayat sangat penting
kerana ianya sesuai dengan tuntutan daripada Yang Maha Esa
dan Rasulullah kepada seluruh umatnya.
9. MEMBUAT PENEKANAN KEPADA ASPEK
PEMBANGUNAN BAKAT
Aqidah dan iman
Pengetahuan dan kemahiran
Akhlak
Jasmani
10. Akidah yang benar dan keimanan menjadi tunjang utama kerana dua
perkara tersebut adalah asas dalam diri seseorang hamba ataupun
manusia.
Pengetahuan dan kemahiran akan terbit di hati dan diri mereka yang
beriman kepada Allah,Rasulullah, Al-quran dan hadis.
Akhlak pula datang hasil daripada aspek pengetahuan manusia yang
mendalami Al-quran, hadis dan meneladani keperibadian Rasulullah.
Pada akhirnya, jasmani yang kuat dapat dibentuk hasil daripada
gabungan diantara akidah, iman, pengetahuan dan contoh akhlak yang
sebenar.
11. GURU YANG MENYEMPURNAKAN AKHLAK KE
ARAS PALING TINGGI
Akhlak yang baik dalam diri seseorang sememangnya sangat
penting kerana ianya mempengaruhi seluruh aspek kehidupan.
Akhlak yang paling baik adalah sepertimana yang terdapat pada diri
Rasulullah.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab pada ayat 21 yang bermaksud:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
12. Pendidik dalam pendidikan Islam adalah sebagai mediator bagi
anak-anak untuk mengikuti gaya Islam yang tercermin pada diri
Nabi Muhammad s.a.w
Akhlak dalam diri seseorang itu bergantunglah kepada aspek
pendidikan yang diterima.
Terdapat pelbagai akhlak yang baik dan juga akhlak yang buruk.
AKHLAK YANG BAIK
Menuruti perintah Allah dan
Rasulullah
Berbudi bahasa
Ringan tulang
Berbuat baik kepada ibu bapa
Gemar akan belajar
Prihatin
Lapang dada
Munafik
Khianat
Berbohong
Sombong
Mencuri
Malas
Rasuah
Hasad dengki
AKHLAK YANG BURUK
13. GURU YANG MENYEDIAKAN SUASANA
YANG BAIK
Suasana pembelajaran yang
kondusif seperti membekalkan
kelengkapan yang mencukupi
dapat memastikan proses
pembelajaran dapat dijalankan
tanpa sebarang gangguan.
Boleh mengalakkan interaksi
antara pelajar dan tenaga
pengajar.
Boleh meningkatkan dan
memberi motivasi kepada
para pelajar untuk kekal
fokus terhadap pembelajaran
yang dipelajari.
Mampu meningkatkan
intelektual pelajar.
14. GURU SEBAGAI MURABBI
• Menghimpun semua komponen-komponen
pendidikan yang dapat menjayakan
pendidikan.
MURABBI
• Orang yang mengajarkan suatu ilmu kepada
orang lain dengan metode-metode tertentu
dalam membangkitkan usaha peserta didik
agar sedar dalam upaya meningkatkan
potensinya
MUDARRIS
• Menciptakan suasana belajar yang dapat
menggerakkan peserta didik untuk
atau beradab sesuai dengan norma-norma,
tata susila, dan sopan santun yang berlaku
MUADDIB
15. • Orang yang bertanggungjawab terhadap
perkembangan anak didik terutamannya berkaitan
dengan kemampuan membaca baik secara lisan
atau bertulis serta mampu memahaminya.
MUTLI
• Pendidik yang cukup berkompetensi dalam
bidangnya dan mampu mengamalkannya.
MUALLIM
• Pendidik yang bertanggung jawab untuk
memelihara, membimbing, dan mengembangkan
fitrah anak didiknya
MUZAKKI
MURSYID
• Pendidik yang bertugas untuk membimbing anak
muridnya agar mampu menggunakan akal fikiran
secara tepat sehingga mencapai tahap keinsafan dan
kesedaran.
16. GURU YANG MEMAHAMI KAEDAH ASAS
DALAM PENGAJARAN
Menyoal Beransur-ansur Bercerita Syarahan
Lukisan Demonstrasi Halaqah
Menyentuh jiwa dan
fikiran
Contoh teladan
17. MENYOAL
Melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan.
Teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan
memberi pernyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar.
Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.
ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatif, logik dan juga kritis.
iii. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan
bahan yang diajar.
18. BERANSUR-ANSUR
Merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah
SAW.
Al-tadarruj bermaksud pendekatan pengajaran dengan
menggunakan konsep beransur-ansur, bertahap,
berperingkat atau dengan Bahasa yang lebih mudah ia boleh
difahami sebagai metod yang bersesuaian dengan kehendak
golongan sasaran.
Nabi Muhammad saw mengajar para sahabat tentang
keimanan kepada Allah taala terlebih dahulu sebelum
mengajar para sahabat al-quran
19. BERCERITA
Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula
perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi,
tradisi, atau kisah benar.
Dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa,
membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan
kemahiran mendengar, dan memotivasikan murid untuk
membaca.
20. DEMONSTRASI
Satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua
pihak iaitu guru dan murid melalui pengajaran yang
disampaikan melalui praktikal.
Memberi peluang kepada murid untuk belajar bukan
sahaja secara teori semata-mata, bahkan dapat melakukan
perkara yang dipelajari secara praktikal.
Demonstrasi dapat digunakan seperti berikut:
1. Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan.
2. Menimbulkan minat dalam sesuatu topik.
3. Menyediakan modul untuk kemahiran mengajar.
4. Mengubah kadar pembelajaran murid.
21. SYARAHAN
Syarahan sering diiringi oleh alat bantuan visual untuk
membantu murid menggambarkan objek atau masalah.
Kuliah adalah pembentangan lisan bertujuan untuk
menyampaikan maklumat atau mengajar orang ramai
mengenai subjek tertentu, contohnya seorang pensyarah
universiti atau kolej.
Kuliah digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal,
sejarah, latar belakang dan teori-teori
22. GURU YANG ZUHUD
Sifat Zuhud bermakna
menyampaikan pelajaran
bukan kerana belasan
kebendaan atau
penghormatan
masyarakat, tetapi kerana
mencari keredhaan Allah.
Matlamat kerja yang
dilakukan seharusnya tidak
diukur dengan pencapaian
bersifatkan kebendaan
kerana itu akan
membahayakan
pembangunan diri dan
pencapaian anak murid atau
orang yang berada di
bawah didikannya.
23. GURU YANG MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Seseorang pendidik
seharusnya menjauhkan
diri daripada sifat-sifat
kotor seperti riak, angkuh,
hasad, pemarah dan lain-
lain lagi.
Selain itu seseorang guru
itu juga haruslah bersih
daripada kekotoran syarak
seperti menghindarkan diri
daripada melakukan
perkara yang boleh
mendatangkan dosa besar
serta perkara yang
diharamkan di dalam Islam
24. GURU YANG MEMPUNYAI SIFAT BELAS
KASIHAN TERHADAP MURIDNYA
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku ini
bagimu adalah seumpama
seorang ayah bagi anaknya”.
Rasa belas kasihan
seperti ini hanya akan
wujud jika pendidik
melaksanakan tugas
dengan tujuan akhirat
25. KESIMPULAN
Setiap orang sudah pasti ingin menjadi atau mempunyai
guru yang terdapat pada diri guru tersebut sifat dan
sikap yang baik.
Islam sememangnya telah menggariskan pelbagai ciri
dan tatacara dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Hal ini sangat penting bagi melahirkan modal insan yang
benar-benar berkualiti tinggi bertepatan dengan syariat
agama Islam.