SlideShare a Scribd company logo
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud 
kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan 
sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun 
melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan 
satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula 
dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. 
Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) 
yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada 
lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan 
bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh 
Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang 
bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. 
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea 
dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir 
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil 
daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa 
yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera 
bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti 
manusia secara kreatif. 
Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan 
bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan
membincangkan dan menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusus sastera, 
kategori serta fungsinya dengan contoh-contoh yang bersesuaian. 
Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sastera mengikut 
masa dan bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003). Untuk maksud 
ini, beberapa bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagai bahan analisis yang 
mewakili karya tradisional mahupun moden. Antara sumber petikan yang akan 
diketengahkan bagi kategori sastera tradisional genre prosa ialah dari Sejarah Melayu 
dan Sastera Rakyat. Manakala rangkap dari Gurindam Dua Belas akan dikaji untuk 
mewakili sastera tradisional genre puisi. Sastera Melayu moden yang berbentuk prosa 
pula akan diwakili oleh karya-karya Abdullah Munsyi manakala sajak Kamala yang 
bertajuk “Telok Gong” pula akan mewakili puisi Melayu moden. 
KONSEP KESUSASTERAAN 
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium 
pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu 
membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap 
dan pandangan pengarangnya. (Arba’ie et al,2008) Secara ringkasnya sastera 
dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut: 
S – Seni bahasa yang indah 
A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang 
S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang 
T – Tersurat & tersirat 
E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa 
R – Realiti kehidupan 
A – Alternatif
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi 
yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya 
mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan 
mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan 
ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga. 
Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera 
juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu 
memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau 
dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Unsur 
akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya 
sesebuah karya. 
Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu 
mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau 
sensitiviti mereka. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Untuk itu, seorang pengarang haruslah 
bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang 
akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. 
Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan 
perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau 
geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih 
bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca. 
Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil 
dengan kekosongan.(Ara’ie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atas dorongan tertentu
dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran 
pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin 
disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang 
tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan. 
Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, 
bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan 
estetika sesebuah karya itu. 
Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan 
yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti 
dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan 
diterjemahkan secara halus dan berhemah. (Arba’ie,2008 hlm 2) 
Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk 
meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di 
dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan 
jerit naluri kehidupan manusia sejagat. (Arba’ie et al,2008 hlm 3) 
KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU 
Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan 
zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba’ie et al,2008 
hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan 
moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre 
prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:
Prosa Puisi 
Sastera Rakyat Pantun 
Sastera Pengaruh Hindu Syair 
Sastera Zaman Peralihan Peribahasa 
Sastera Pengaruh Islam Teromba 
Sastera Panji Talibun 
Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak 
Sastera Undang-undang Jampi Mentera 
Sastera Saduran Gurindam Zikir 
Cerita Berbingkai Seloka, Kit’ahMasnawi 
Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah 
seperti berikut: 
Prosa Puisi 
Cerpen Sajak 
Novel 
Drama 
Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre 
prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk 
membandingkan sastera tradisional dan moden. 
CIRI-CIRI SASTERA MELAYU TRADISIONAL 
Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi 
secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi 
gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak 
milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh 
sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan 
disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada 
umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak
tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak 
yang terbatas dan bersifat esklusif. 
Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya 
perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam 
sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang 
tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan 
keramat. 
CIRI-CIRI SASTERA MELAYU MODEN 
Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan 
sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka 
sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera 
yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. 
Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang 
ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan 
tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat 
tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan 
sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama 
pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus 
dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak 
cipta terpelihara. 
Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun 
masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.
PUISI MELAYU TRADISIONAL 
Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk 
melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan 
serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama juga 
diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata 
terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10) 
Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali 
Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat 
yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. 
Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan 
melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. 
Gurindam Dua Belas merupakan kary a hasil karangan Raja Ali Haji y ang termasy hur. Beliau merupakan seorang sasterawan 
negara dari Pulau Peny egat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas meny entuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak 
dan ibu bapa dan sebalikny a serta hidup bermasy arakat. 
Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk 
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti 
mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa 
baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji. 
GURINDAM DUA BELAS 
... 
Jika hendak mengenal orang berbangsa, 
Lihat kepada budi dan bahasa, 
... 
Jika hendak mengenal orang yang berilmu, 
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
... 
Apabila anak tidak dilatih, 
Ketika besar, bapanya letih. 
... 
Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau mempelajari 
budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. Budi dan bahasa 
dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik semata-mata tetapi 
merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara kita menggunakan 
bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam 
masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan bangsa, bangsa 
melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari 
bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. 
Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan 
bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan 
berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan 
ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits 
yang berbunyi, ‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina’. 
Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang 
pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak 
mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan 
atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, 
anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah 
lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh
dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan 
peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. 
PROSA MELAYU TRADISIONAL 
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera 
rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh 
tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di 
siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita 
penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti 
berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan 
sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh 
Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya 
berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah 
kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu 
mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika 
dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, rata-rata penceritaan 
serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng 
dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, 
cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan 
peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu 
tujuan. 
Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. 
Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa.
Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan 
kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008 hlm 104) Jika 
cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya 
terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan 
menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita 
teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak. 
Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah 
Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam 
cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya 
seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang 
anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak 
mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa 
dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya 
disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa 
mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang 
anak yang durhaka. 
Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu 
Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan 
perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. 
Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh 
batu belah.
Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh 
para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan 
sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi 
utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan 
didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang 
berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan 
sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga 
ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa 
dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan 
yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya. 
Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan 
masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi 
tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. 
Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, 
jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja 
Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan 
walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja 
Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana 
semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah 
rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu 
pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. 
Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada 
waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan
sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka 
mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai keinginannya 
memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdian 
rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan membina jejambat emas dari puncak 
Gunung Ledang. 
PROSA MELAYU MODEN 
Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. 
Dalam tugasan ini, perbincangan akan tertumpu kepada karya-karya Munsyi Abdullah. 
Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13) hubungan 
masyarakat dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang 
terhasil didorong oleh sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat 
persoalan, isu-isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke 
dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran 
yang terungkap merupakan luahan atau kesedaran yang timbul akibat 
kepekaan,keprihatinan serta pengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan 
masyarakat dari kaca matanya. 
Karya-karya Abdullah Munsyi merupakan salah satu contoh yang 
memperlihatkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Abdullah Munsyi merupakan 
seorang pengarang yang menjalinkan pengalaman, sikap dan pemikirannya dalam 
semua karya-karyanya. Berbeza dengan sastera tradisional, karya-karya Abdullah 
Munsyi bertitik tolak dari pengalaman pengarangnya sendiri. Beliau memperlihatkan
ciri-ciri keindividuan yang tidak ditemui dalam karya-karya kesusasteraan sebelumnya. 
Abdullah Munsyi merupakan orang yang pertama mencatatkan pengalaman 
kehidupannya serta pelayarannya pada ketika itu. 
Jika sastera melayu tradisional menampakkan unsur-unsur didaktik serta 
cerminan kehidupan, sastera melayu moden umumnya serta karya-karya Abdullah 
Munsyi khususnya, pula menyentuh kepada kritikan sosial masyarakatnya. 
Dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah, ada disebutkan tentang sikap 
orang Melayu yang tidak menghiraukan bahasa mereka sendiri. 
“Adalah suatu hairan akan sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, 
belum sedarkan dirinya tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab tiada mahu belajar 
bahasanya sendiri, tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu: maka mustahil 
pada akal, adakah orang yang tiada belajar boleh menjadi pandai sendirinya.” (Hikayat 
Abdullah, 1963) 
Abdullah Munsyi tidak membenci orang-orang Melayu tetapi beliau tidak 
mengerti tentang sikap dan perilaku orang Melayu sendiri terhadap bahasanya yang 
diabaikan. Beliau juga mengutarakan persoalan tentang bahasa Melayu yang akan 
pupus jika tidak dimartabatkan oleh bangsa Melayu itu sendiri. 
Keberanian Abdullah Munsyi mengkritik masyarakat Melayu khususnya 
pada ketika itu disebabkan beliau mendapat naungan Inggeris. Ini bermakna, beliau 
bebas dari cengkaman feudal dan tidak terikat dengan lingkungan istana. Oleh itu, 
beliau berani memberikan pendapat serta pandangannya terhadap permasalahan 
orang Melayu ketika itu. Bahkan beliau juga mengakui karya serta kritikan yang
ditulisnya dengan membubuhkan nama beliau sebagai pengarang karya-karyanya. Ini 
bermakna, beliau memikul tanggungjawab tentang apa yang dikaryakan. 
Berbeza dengan sastera melayu tradisional, Abdullah Munsyi tidak 
mengabaikan tanggung jawabnya terhadap masyarakatnya. Beliau bukan sahaja 
memberikan penyedaran kepada masyarakatnya tetapi dengan berani mengolak 
langkah mengusulkan beberapa cadangan serta huraian demi mengatasi masalah yang 
dihadapi. 
PUISI MELAYU MODEN 
Selain daripada memberikan pengajaran atau hiburan kepada 
masyarakatnya, sastera juga berfungsi sebagai satu wadah untuk berkomunikasi 
tentang kebenaran. Dengan adanya kepekaan dan sensitiviti dari para penyair, segala 
peristiwa sosial yang berlaku di dalam masyarakatnya akan mencetuskan peluang 
terhasilnya puisi moden yang bertujuan mendedahkan tentang kebenaran kepada 
masyarakat pembaca. Penangkapan Hamid Tuah dan petani-petani miskin oleh 
kerajaan kerana dikatakan meneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 
1967 telah mencetuskan kesan yang mendalam kepada para penyair. (Arba’ie et 
al,2008 hlm 39) Suara protes dapat dilihat dalam petikan sajak Kemala bertajuk “Telok 
Gong” yang berikut: 
Rumah dan tanah saudara, meski buruk 
Adalah istana indah kebebasan jiwa 
Lihatlah sepuasmu kibaran bendera negara 
Dan tanah-tanah rahsia bekas pengkhianatan 
Membikin kami lebih berani bertindak
Kami tuntut keadilan! Keadilan yang merata 
Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindak balas 
sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap tidak 
bertimbang rasa kepada golongan bawahan. 
Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahun 
pemerintahan Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangat perjuangan 
dan menyeru kepada masyarakat umumnya agar menggunakan peluang keemasan 
yang ada untuk memperjuangkan hak mereka. Semangat perjuangan yang sedia ada 
dalam masyarakat Melayu semakin teguh. Kesediaan mempertaruhkan diri dan sama-sama 
menegakkan pertiwi serta cita-cita politik Jepun memberi satu kesedaran dalam 
masyarakat Melayu. 
RUMUSAN 
Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk 
sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil 
karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat 
dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri -ciri khususnya. 
Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina 
keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di 
dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan 
masyarakat. 
 Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd. 
 Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka 
 Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan 
Bahasa dan Pustaka

More Related Content

What's hot

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"KPM- ex KPLI students
 
Sastera
SasteraSastera
Hbml4203(kesusateraan melayu)
Hbml4203(kesusateraan melayu)Hbml4203(kesusateraan melayu)
Hbml4203(kesusateraan melayu)
muhammad
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file httpSyawiril Syawiril
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
ieda kahar
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)yopyus
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newNancy Rothstein
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika
Oyax Ruqoyah
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyaAnalisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyamurhqahmohdneng
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
BM2062204RohaiyuBint
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporerBab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
Dek Matang
 
Bahas indonesia
Bahas indonesiaBahas indonesia
Bahas indonesia
zahid_muhamad31
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
Ain Ainnia
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
JoseviraLintang
 
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam KesusastraanKonsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Mia Asdhar
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
Dayangku Nurul
 

What's hot (20)

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
Hbml4203(kesusateraan melayu)
Hbml4203(kesusateraan melayu)Hbml4203(kesusateraan melayu)
Hbml4203(kesusateraan melayu)
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayuIslam dan kesusasteraan di tanah melayu
Islam dan kesusasteraan di tanah melayu
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
 
kajian stilistika
kajian stilistika kajian stilistika
kajian stilistika
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karyaAnalisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
Analisis stilistika cerpen celoteh sepatu karya
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Pengertian karya sastra
Pengertian karya sastraPengertian karya sastra
Pengertian karya sastra
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporerBab i pendahulua nsastra kontemporer
Bab i pendahulua nsastra kontemporer
 
Bahas indonesia
Bahas indonesiaBahas indonesia
Bahas indonesia
 
Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam KesusastraanKonsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
Konsepsi Ilmu Budaya Dasar dalam Kesusastraan
 
Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140Hbml4203 810901126140
Hbml4203 810901126140
 

Viewers also liked

Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001N S
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuinsansofiah
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAKETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
University of Selangor
 
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajacayth
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
Cikgu Naza Zaza
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
Najwa Ahmad
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Oh Jenny
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 

Viewers also liked (14)

Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman  Dato Dr Hassan Ahmad 001
Kecelaruan Bahasa Melayu Dr Faktor Dalaman Dato Dr Hassan Ahmad 001
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAKETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
ETD 1233 SASTERA KANAK KANAK
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remajaciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
ciri -ciri cerpen kanak kanak dan remaja
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
bmm31011
bmm31011bmm31011
bmm31011
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 

Similar to Difinasi sastera

Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah LakbakkangParadigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
Nursabilah Sehun
 
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptxKILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
MinnatiNM
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
SasqiaNababan
 
Bahan presentasi mata kuliah teori sastra
Bahan presentasi mata kuliah teori sastraBahan presentasi mata kuliah teori sastra
Bahan presentasi mata kuliah teori sastraNisha Komik
 
Materi teori sastra
Materi teori sastraMateri teori sastra
Materi teori sastra
SMK Negeri 2 Denpasar, Bali
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasar
fay Rafida
 
pengantar pengkajian sastra
pengantar pengkajian sastrapengantar pengkajian sastra
pengantar pengkajian sastra
Rico Aprisa
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
Mustain Doang
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusminiahmad bahtiar
 
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptxAfinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
DinaAngreani
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
Angling_seto
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaMujahid Vanquisher
 
SOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.pptSOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.ppt
TadrisBahasaIndonesi
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahWildan Insan Fauzi
 
hakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisihakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisirizka_pratiwi
 

Similar to Difinasi sastera (20)

Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah LakbakkangParadigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
Paradigma kerakyatan Sinrilik I Manakkuk di Tanah Lakbakkang
 
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptxKILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
KILASAN-UMUM-TEKS-SASTRA-GENRE-SASTRA-DAN-TEKS-NARATIF.pptx
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
 
Bahan presentasi mata kuliah teori sastra
Bahan presentasi mata kuliah teori sastraBahan presentasi mata kuliah teori sastra
Bahan presentasi mata kuliah teori sastra
 
Sosiologi sastra
Sosiologi sastraSosiologi sastra
Sosiologi sastra
 
Materi teori sastra
Materi teori sastraMateri teori sastra
Materi teori sastra
 
Sosiologi sastra
Sosiologi sastraSosiologi sastra
Sosiologi sastra
 
Makalah sosiologi
Makalah sosiologiMakalah sosiologi
Makalah sosiologi
 
Ilmu budaya dasar
Ilmu budaya dasarIlmu budaya dasar
Ilmu budaya dasar
 
pengantar pengkajian sastra
pengantar pengkajian sastrapengantar pengkajian sastra
pengantar pengkajian sastra
 
Kritik sastra
Kritik sastraKritik sastra
Kritik sastra
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
 
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptxAfinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
Afinitas, tradisi dan pengaruh dalam sastra banding.pptx
 
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAANKONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
KONSEPSI ILMU BUDAYA DASAR DALAM KESUSASTRAAN
 
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesiaManfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
Manfaat sosiologi bagi bidang keilmuan sastra indonesia
 
SOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.pptSOSIOSASTRA.ppt
SOSIOSASTRA.ppt
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
A310060126
A310060126A310060126
A310060126
 
hakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisihakikat sastra dan puisi
hakikat sastra dan puisi
 

Recently uploaded

Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 

Recently uploaded (20)

Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 

Difinasi sastera

  • 1. Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan
  • 2. membincangkan dan menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusus sastera, kategori serta fungsinya dengan contoh-contoh yang bersesuaian. Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sastera mengikut masa dan bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003). Untuk maksud ini, beberapa bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagai bahan analisis yang mewakili karya tradisional mahupun moden. Antara sumber petikan yang akan diketengahkan bagi kategori sastera tradisional genre prosa ialah dari Sejarah Melayu dan Sastera Rakyat. Manakala rangkap dari Gurindam Dua Belas akan dikaji untuk mewakili sastera tradisional genre puisi. Sastera Melayu moden yang berbentuk prosa pula akan diwakili oleh karya-karya Abdullah Munsyi manakala sajak Kamala yang bertajuk “Telok Gong” pula akan mewakili puisi Melayu moden. KONSEP KESUSASTERAAN Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arba’ie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut: S – Seni bahasa yang indah A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang T – Tersurat & tersirat E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa R – Realiti kehidupan A – Alternatif
  • 3. Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga. Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya. Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca. Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan.(Ara’ie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atas dorongan tertentu
  • 4. dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan. Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah. (Arba’ie,2008 hlm 2) Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat. (Arba’ie et al,2008 hlm 3) KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arba’ie et al,2008 hlm 8) Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:
  • 5. Prosa Puisi Sastera Rakyat Pantun Sastera Pengaruh Hindu Syair Sastera Zaman Peralihan Peribahasa Sastera Pengaruh Islam Teromba Sastera Panji Talibun Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak Sastera Undang-undang Jampi Mentera Sastera Saduran Gurindam Zikir Cerita Berbingkai Seloka, Kit’ahMasnawi Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah seperti berikut: Prosa Puisi Cerpen Sajak Novel Drama Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre prosa dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk membandingkan sastera tradisional dan moden. CIRI-CIRI SASTERA MELAYU TRADISIONAL Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak
  • 6. tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat. CIRI-CIRI SASTERA MELAYU MODEN Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.
  • 7. PUISI MELAYU TRADISIONAL Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.(Arba’ie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah. (Arba’ie et al,2008 hlm10) Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. Gurindam Dua Belas merupakan kary a hasil karangan Raja Ali Haji y ang termasy hur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Peny egat, Riau, Indonesia. Gurindam Dua Belas meny entuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti, kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebalikny a serta hidup bermasy arakat. Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa baris daripada petikan Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji. GURINDAM DUA BELAS ... Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa, ... Jika hendak mengenal orang yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu
  • 8. ... Apabila anak tidak dilatih, Ketika besar, bapanya letih. ... Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau mempelajari budi dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. Budi dan bahasa dalam baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik semata-mata tetapi merangkumi juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata peribahasa Melayu, “bahasa melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya.” Dari bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali budayanya. Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi, ‘menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina’. Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang pendidikan anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan atau menyusahkan kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh
  • 9. dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika dewasa, segala tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki. PROSA MELAYU TRADISIONAL Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana, mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu, rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa.
  • 10. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama. (Arba’ie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak. Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam cerita-cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya seperti mana yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang anak yang tidak mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan yang setimpal yang diterima oleh seorang anak yang durhaka. Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan perbuatan anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah.
  • 11. Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan sastera sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi utama terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan didaktik atau pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapi juga mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus dan berhemah oleh pengarangnya. Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. Tuntutan Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Melaka sendiri. Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada waktu itu yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan
  • 12. sejauh mana ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya terhadap masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu dikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang. PROSA MELAYU MODEN Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. Dalam tugasan ini, perbincangan akan tertumpu kepada karya-karya Munsyi Abdullah. Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13) hubungan masyarakat dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang terhasil didorong oleh sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat persoalan, isu-isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakan luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,keprihatinan serta pengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kaca matanya. Karya-karya Abdullah Munsyi merupakan salah satu contoh yang memperlihatkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang menjalinkan pengalaman, sikap dan pemikirannya dalam semua karya-karyanya. Berbeza dengan sastera tradisional, karya-karya Abdullah Munsyi bertitik tolak dari pengalaman pengarangnya sendiri. Beliau memperlihatkan
  • 13. ciri-ciri keindividuan yang tidak ditemui dalam karya-karya kesusasteraan sebelumnya. Abdullah Munsyi merupakan orang yang pertama mencatatkan pengalaman kehidupannya serta pelayarannya pada ketika itu. Jika sastera melayu tradisional menampakkan unsur-unsur didaktik serta cerminan kehidupan, sastera melayu moden umumnya serta karya-karya Abdullah Munsyi khususnya, pula menyentuh kepada kritikan sosial masyarakatnya. Dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah, ada disebutkan tentang sikap orang Melayu yang tidak menghiraukan bahasa mereka sendiri. “Adalah suatu hairan akan sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan dirinya tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab tiada mahu belajar bahasanya sendiri, tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu: maka mustahil pada akal, adakah orang yang tiada belajar boleh menjadi pandai sendirinya.” (Hikayat Abdullah, 1963) Abdullah Munsyi tidak membenci orang-orang Melayu tetapi beliau tidak mengerti tentang sikap dan perilaku orang Melayu sendiri terhadap bahasanya yang diabaikan. Beliau juga mengutarakan persoalan tentang bahasa Melayu yang akan pupus jika tidak dimartabatkan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Keberanian Abdullah Munsyi mengkritik masyarakat Melayu khususnya pada ketika itu disebabkan beliau mendapat naungan Inggeris. Ini bermakna, beliau bebas dari cengkaman feudal dan tidak terikat dengan lingkungan istana. Oleh itu, beliau berani memberikan pendapat serta pandangannya terhadap permasalahan orang Melayu ketika itu. Bahkan beliau juga mengakui karya serta kritikan yang
  • 14. ditulisnya dengan membubuhkan nama beliau sebagai pengarang karya-karyanya. Ini bermakna, beliau memikul tanggungjawab tentang apa yang dikaryakan. Berbeza dengan sastera melayu tradisional, Abdullah Munsyi tidak mengabaikan tanggung jawabnya terhadap masyarakatnya. Beliau bukan sahaja memberikan penyedaran kepada masyarakatnya tetapi dengan berani mengolak langkah mengusulkan beberapa cadangan serta huraian demi mengatasi masalah yang dihadapi. PUISI MELAYU MODEN Selain daripada memberikan pengajaran atau hiburan kepada masyarakatnya, sastera juga berfungsi sebagai satu wadah untuk berkomunikasi tentang kebenaran. Dengan adanya kepekaan dan sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku di dalam masyarakatnya akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang bertujuan mendedahkan tentang kebenaran kepada masyarakat pembaca. Penangkapan Hamid Tuah dan petani-petani miskin oleh kerajaan kerana dikatakan meneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 1967 telah mencetuskan kesan yang mendalam kepada para penyair. (Arba’ie et al,2008 hlm 39) Suara protes dapat dilihat dalam petikan sajak Kemala bertajuk “Telok Gong” yang berikut: Rumah dan tanah saudara, meski buruk Adalah istana indah kebebasan jiwa Lihatlah sepuasmu kibaran bendera negara Dan tanah-tanah rahsia bekas pengkhianatan Membikin kami lebih berani bertindak
  • 15. Kami tuntut keadilan! Keadilan yang merata Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindak balas sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap tidak bertimbang rasa kepada golongan bawahan. Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahun pemerintahan Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangat perjuangan dan menyeru kepada masyarakat umumnya agar menggunakan peluang keemasan yang ada untuk memperjuangkan hak mereka. Semangat perjuangan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu semakin teguh. Kesediaan mempertaruhkan diri dan sama-sama menegakkan pertiwi serta cita-cita politik Jepun memberi satu kesedaran dalam masyarakat Melayu. RUMUSAN Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri -ciri khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.  Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
  • 16. Sdn Bhd.  Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka  Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka