SlideShare a Scribd company logo
1
	
  
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
2018
922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
(KERJA KURSUS)
ESEI CONTOH
Tulis sebuah esei tentang nasionalisme berdasarkan sajak yang anda kaji
	
  
2
	
  
1.0 Pengenalan
1.1 Konsep
Nasionalisme bermaksud satu pemikiran, tindakan dan perasaan cinta akan negara dan
bangsa sendiri. Elemen penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme iaitu
perasaan cinta kepada tanah air. Menurut Hans Kohn, (1984:11). Nasionalisme merupakan
gerakan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka, mendapatkan kebahagiaan
perseorangan, menjamin kemerdekaan dan membebaskan akal dan fikiran Jika dilihat dari
segi sejarah, fahaman tentang nasionalisme ini berasal dari Eropah Barat pada abad ke-18
hingga ke abad 19 dan tersebar di seluruh Eropah pada abad ke-20 yang kemudiannya
berkembang luas ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun semangat nasionalisme tidak sama
pada setiap negara dan zaman kerana semangat ini berkait rapat dengan peristiwa sejarah,
politik dan susunan masyarakat di tempatnya serta pengaruh-pengaruh lain di sekelilingnya
seperti bahasa, keturunan, agama dan adat istiadat (Hans Kohn, 1984:13).
Bagi R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri,
memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu-individu
disalurkan kepada negara bangsa (1985:15). Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin pula
berpendapat, nasionalisme ialah satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa
untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat, negara dan menuntut
kesetian ulung individu disalurkan kepada negara bangsa.
Dalam konteks nasionalisme di Malaysia, Gilbert Khoo dan Dorothy Lo menyatakan
bahawa suasana politik yang timbul semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan kaum-
kaum di Persekutuan Tanah Melayu kepada hakikat yang mereka menentukan nasib mereka
sendiri dan tidak membenarkan Brittish terus menerus mentadbir kehidupan dan negara
mereka. Keperitan yang telah ditimbulkan semasa peperangan telah menjadikan orang-orang
3
	
  
Melayu berazam mempertahankan kedudukan mereka (1983:243). Bagi Talib Samat,
golongan ulama dan intelektual-intelektual ugama sama ada yang mendapat pendidikan Islam
di Timur Tengah atau di sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu merupakan peneroka
kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang awal di Tanah Melayu. Merekalah
sebenarnya yang mengerakkan pemikiran masyarakat Melayu agar sedar akan hak-hak diri
mereka sebagai manusia bebas yang sudah dirampas oleh penjajah Barat yang menceroboh ke
Tanah Melayu (1993:246). Harun Mat Piah dalam makalahnya “Sulalatus Salatin: Testamen
Keperkasaan Nasionalisme Melayu” menyatakan bahawa istilah nasionalisme bermaksud
perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadapa bangsa, negara; di sini
termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan seterusnya jati diri, identiti dan
segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan
Tamadun Melayu (2013)
Menurut Wan Hashim Wan Teh (dalam M. A. Fawzi, 1987:183) terdapat dua takrifan
berbeza tentang perkataan nasionalisme. Pertama, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai
satu kesedaran dalam kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama,
bangsa dan negara. Misalnya dalam kes Malaysia, semangat nasionalisme dalam kalangan
orang Melayu mulai menguat pada tahun 1946 dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) yang ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Kedua, nasionalisme
ialah satu kesedaran yang menyatukan sekumpulan manusia yang tinggal dalam satu batasan
politik yang sama dan tidak harus mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan
budaya. Kesedaran ini mengutamakan rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap
tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa untuk negara.
Definisi sajak atau puisi dijelaskan oleh Za’ba sebagai karangan berangkap yang khas
digunakan untuk meluahkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Sebagai karangan
berangkap, puisi disusun dengan bahagaian berkerat-kerat dan di antara sekerat dengan
4
	
  
sekerat biasanya mempunyai jodoh bunyi atau rentak atau isi yang memakai timbangan atau
sukatan tertentu (dalam Dharmawijaya, 1998:5). Definisi Za’ba ini cenderung memberi
penekanan kepada struktur fizikal puisi iaitu mempunyai rangkap, berkerat-kerat atau
berbaris-baris, berjodoh bunyi, dan mempunyai jumlah suku kata pada setiap baris melalui
timbangan atau sukatan tertentu. Selain itu, definisi Za’ba juga mementingkan ‘fikiran yang
cantik dengan Bahasa yang indah’. Hal ini diertikan oleh Dharmawijaya sebagai puisi turut
dijadikan alat untuk menyampaikan isi atau tema yang mendalam serta penuh kebenaran
untuk semua zaman dan terjelma melalui bahasa yang segar dan penuh kehalusan (1998:7).
Bagi William Blake, penyair adalah manusia yang dapat melihat masa kini, masa lalu dan
masa depan dengan imaginasi yang kuat, iaitu begitu jauh dan luas jangkauan mata hatinya.
Ini terlaksana melalui keupayaan penyair memilih serta menyusun kata-kata dengan tepat dan
jitu walaupun pemilihannya daripada kata-kata kuno atau purba yang sudah jarang digunakan
dalam kehidupan sehari-hari. Ketepatan dan kejituan itu disertai pula keindahan, iaitu
penggunaan ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan pelicikan atau manipulasi unsur-unsur
bahasa secara kreatif. Sesungguhnya, keupayaan seperti inilah yang membawa kepada
terbentuknya kata-kata terbaik untuk memenuhi prinsip puisi “tidak menerangkan sesuatu
tetapi menggambarkan” dan puisi “berbicara atau membawa makna sebanyak mungkin dalam
kata-kata yang sedikit mungkin” itu. (dalam Dharmawijaya, 1988:12)
1.2 Batasan Kajian
Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menaikkan semangat nasionalisme
dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang dijajah. Ada yang mengangkat senjata
menghalau penjajah dan ada juga yang melakukan perbincangan dan meluahkan semangat
tesebut melalui tulisan. Di Malaysia khususnya, semangat nasionalisme ini mulai terasa pada
sekitar tahun 1940-an iaitu sebelum merdeka sehingga tahun 1970-an selepas merdeka.
5
	
  
Kebanyakan suara dan semangat nasionalisme disampaikan melalui sajak oleh beberapa
penyair terkenal ASAS 50 seperti Usman Awang, Masuri S.N, A. Samad Said, Keris Mas,
Asraf, A. S. Amin, Jimmy Asmara, Noor S.I dan lain-lain. Dalam memperkatakan tema
nasionalisme dalam sajak, pengkaji memilih untuk memberi tumpuan kepada persoalan
semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang termuat dalam Antologi Puisi-puisi
Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.
1.3 Kajian Lepas
Aspek nasionalisme menjadi tumpuan kepada para pengkaji untuk mengkaji sikap
masyarakat terhadap semangat cinta akan negara. Aspek ini turut diberi perhatian oleh Harun
Mat Piah dalam makalahya yang bertajuk “Sulalatus Salatin : Testamen Keperkasaan
Nasionalisme Melayu”. Harun Mat Piah melihat semangat nasionalisme ini telah wujud
semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Berdasarkan teks Sulaltus Salatin yang
dikaji oleh beliau, rakyat Melaka secara jelas telah memperlihatkan semangat nasionalisme
yang tinggi sewaktu menentang serangan Peringgi ke atas Melaka. Sebaliknya kajian ini
akan memberi tumpuan kepada persoalan semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang
termuat dalam Antologi Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi
Malaysia Dalam Puisi.
6
	
  
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengakaji yang
akan datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan nasionalisme. Selain itu, kajian ini
diharap dapat memberi kesedaran kepada khalayak terhadap kepentingan semangat
nasionalisme dalam membentuk jati diri.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini ialah:
1. Membincangkan semangat cinta akan negara dalam Antologi Puisi-puisi pilihan
Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.
2. Menghuraikan kedaulatan bahasa Melayu dalam Antologi Puisi-puisi pilihan
Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Melalui
kaedah ini pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan kajian di Perpustakaan Awam.
Pustakaan Sekolah. Maklumat berkaitan boleh diakses melalui laman sesawang untuk
mendapatkan sajak-sajak yang mengandungi semangat nasionalisme. Kaedah ini sesuai
kerana bahan berkaitan kajian mudah didapati di perpustakaan yang dikunjungi. Bahan yang
diperolehi akan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.
4.0 ISI KAJIAN
4.1 Perasaan Cinta Akan Negara
Nasionalisme meliputi perasaan bangsa, bahasa, budaya dan konsep negara bangsa
“nation state” yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Kacowicz mendefinisikan negara
bangsa seperti berikut:
7
	
  
The ‘nation state’, therefore, means a state whose inhabitant consider
themselves to be a nation. It is geographically bounded legal entity under a
single and recognized government, the population of which psychologically
consider themselves to be related, through historical, linguistic, racial or other
links
(Kacowicz, 1998)
Penjelasan Kacowicz ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan konsep dan semangat
nasionalisme yang telah diterangkan di atas bahawa manusia yang berada dalam sebuah
negara yang sah secara undang-undang berkongsi satu perasaan kebangsaan pada negara
tersebut atas dasar sejarah, bahasa, bangsa dan lain-lain. Dalam konteks penjajahan di Asia
Tenggara, nasionalisme secara khusus bermaksud satu kesedaran yang membangkitkan
semangat cinta akan negara dengan tujuan mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan dari
dijajah kuasa luar (Cheah Boon Kheng, 1971:19).
Sasterawan Negara Usman Awang adalah penyair besar yang sering membawa tema
semangat cinta akan negara atau nasionalisme dalam sajak-sajaknya. Semangat ini wujud
dalam jiwa seseorang melalui pengalaman dan didikan yang dilalui dalam kehidupannya.
Dalam kes ini, besar kemungkinan tema nasionalisme menjadi pilihan dan kegemaran Usman
kerana beliau pernah berkhidmat sebagai anggota polis ketika Inggeris kembali memerintah
semula Tanah Melayu pada tahun 1946 (Usman Awang, 1995:xiv). Dalam puisi “Tanahair”
(1956), Usman memperlihat perasaan cinta pada tanah air yang telah menjadi saksi kepada
segala-gala yang telah menimpa warganya.
“Tanah Air”
(Menjelang Kemerdekaan)
Engkau, Tanah air, pemilik perut yang berbudi,
Penampung hujan penyedut sinar matari,
lahirlah anak-anakmu dari semaian-semaian petani.
Engkau, ibu murni, dengan jasa abadi,
Berdetik di denyut nafas kami,
Kerana kita adalah satu dan sama dipunyai.
8
	
  
Telah kau rasa segala seperti kami,
Dalam kengerian perang dadamu dibongkar besi,
Di mana-mana wajahmu tidak pernah mati.
Tapi begitu sejarah hidup zaman berzaman,
Yang pernah merangkul pahlawan kemerdekaan,
Mereka sujud dalam kaku memohon perlindungan.
Bukankah dengan kasih dan harapan,
Kau tenggelamkan mereka dalam dakapan,
Di mana bunga ganti nisan bertaburan?
Negara baru di atas rongga jantungmu,
Akan tegak bertapak dalam kebebasan,
Cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
1956
(Usman Awang, 1991:158)
Dengan memberi sifat seorang ‘ibu murni’ yang telah berjasa, penyair menyifatkan
ada satu pertalian yang kuat antara penyair dan tanah itu sendiri sebagai ‘kerana kita satu
sama dipunyai’. Seperti kasih dan sayang seorang ibu, Usman menggambarkan situasi tanah
yang menjadi tempat yang nyaman untuk para pejuang yang tewas ketika mempertahankan
negara dalam peperangan. Selain itu, Usman menghadirkan suasana peritnya peperangan dan
tanah airnya digambarkan sebagai bersama-sama merasai keadaan itu ‘dalam negeri perang
dadamu dibongkar besi’. Di satu sisi, pembaca dapat mengesan bahawa sajak ini ditulis
untuk menyatakan rasa terima kasih kepada tanah air dan pada rangkap terakhir, penyair
menyuarakan hasratnya agar kemerdekaan yang bakal tiba itu menjadi medan yang
menguatkan lagi rasa cinta pada tanah airnya.
Perasaan cinta akan negara yang diungkapkan oleh A. Latiff Mohidin agak berbeza
jika dibandingkan dengan Usman Awang. A’ Latiff Mohidin dalam sajak “Di Pantai Ini (buat
jojo)” cuba menggambarkan perasaan cintanya kepada negara dengan gaya bersahaja.
Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan Potret Malaysia secara jujur untuk
9
	
  
menimbulkan keindahan dan kebenaran. Ada waktunya bergolak dan pada waktu yang lain
tenang dan damai. Kata A. Latiff Mohidin:
Segalanya begitu tenang
di pantai ini
tidak ada ribut
tidak ada kabut
hari tidak hujan
juga tidak begitu panas
lautan biru
persis seperti diinginkan
tak ada kerikil
atau serpihan kaca
segalanya cukup terjaga
(Di Pantai Ini (buat jojo), 1988:7)
4.2 Perjuangan Menentang Penjajah
Nasionalisme menurut Abdul Latif (1998:1) ialah satu kesedaran yang menumpukan
perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan,
kesejahteraan dan memupuk keperibadian yang unggul. Kesedaran ini lazimnya timbul
daripada tekanan dan pengaruh penjajah sehingga anak watan menjadi lemah dari segi
ekonomi, sosial, politik dan budaya. Secara keseluruhannya, nasionalisme adalah bertujuan
untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu pengertian
nasionalisme dalam konteks lepas merdeka pula lebih kepada perjuangan bagi
mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara. Sajak
“Jiwa Hamba” merupakan sebuah sajak yang menggambarkan perasaan yang hebat tentang
perjuaangan bangsa, khususnya orang Melayu menentang penjajahan asing.
Berpusing roda beralihlah masa,
Pelbagai neka hidup di bumi,
Selagi hidup berjiwa hamba,
Pasti tetap terjajah abadi,
Kalau hidup ingin merdeka,
Tiada tercapai hanya berkata,
Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba.
10
	
  
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi:
‘Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka’.
(Usman Awang, 1991:192)
Beliau secara sedar sengaja memasukkan nada peringatan bahawa jika mereka tetap
bersikap seperti orang yang berjiwa ‘hamba’ akan selama-lamanya ‘Pasti tetap terjajah
abadi’. Sajak ini menampilkan satu semangat dan mengajak pembacanya melakukan satu
perubahan yang besar dalam hidup mereka. Walaupun Usman secara peribadi terkenal
sebagai seorang yang berperibadi lembut dan bahasa yang selalu dipilih dalam semua
sajaknya juga adalah sangat teliti, baik dan puitis. Menerusi sajak ini, beliau menyuarakan
hasrat untuk merdeka dan kemerdekaan itu tidak akan tercapai jika mereka tidak bertindak
untuk membebaskan diri dari menjadi bangsa terjajah. Pada rangkap terakhir, suara semangat
pada sajak ini lebih terkesan melalui baris-baris ‘Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan
jiwa merdeka’. Kota Melaka adalah satu lambang kesultanan dan kebesaran kota bangsa
Melayu yang hebat satu ketika dulu. Melaka jatuh akibat kelalaian dan kezaliman Sultan
Melayu yang terakhir dan serangan kuasa asing seperti Portugis. Dengan mengambil iktibar
dari jatuhnya simbol keagungan Melayu ini, maka Usman menyeru agar pembaca
menguatkan jati diri dan merdeka dari terus dijajah sama ada dari kuasa luar mahupun dari
pemerintahan tempatan yang zalim dan menindas seperti dalam kisah sejarah Kota Melaka.
A.Wahab Ali dengan nada yang lebih tegas dan bersemangat meningatkan anasir-
anasir luar supaya keluar dari tanahairnya dan jangan sesekali menghampirinya. Tanah ini
dengan segala isi yang ada padanya sama ada di laut atau di bumi adalah milik mutlak
warganya yang sah. Penjajah asing amat tidak diperlukan. Kata A. Wahab Ali:
Tanahairku
hutan dan paya gunung dan lembahmu
adalah milik mutlakku
11
	
  
Jangan hampir padanya!
Tanahairku
segala isi laut dan isi bumimu
adalah kecintaan hayat dan warisanku
Jangan hampir padanya!
(Tanahairku, 1988:30)
4.3 Perjuangan Mempertahankan Kedaulatan Negara
Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail (1985 : 15) menyatakan
bahawa nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengikhtiraf hak setiap bangsa
di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada
rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Dengan
kata lain tanggungjawab mempertahankan negara adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap
individu dalam negara bangsa berkenaan. Kohn pula menyatakan bahawa nasionalisme
mengutamakan prisip kebertanggunjawaban rakyat dalam mempertahankan kedaulatan
negara bangsa ( dalam Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail ) Nilai ini
jelas tergambar dalam sajak “Angkatan ‘50” oleh Usman Awang.
Angkatan ‘50
(Sepuluh Tahun Sudah Berdetik)
Satu batu tanda kita bangunkan di sini,
Nama lima puluh berdetik dengan hati dan bakti,
Meski belum cukup dan segala meminta lagi,
(Degup jantung ini siapa dapat mematikan,
Kita sekadar masih lagi mengisi memadatkan)
Nama lima puluh memang kebulatan satu sempena,
Di mana tegaknya dan tidak akan runtuh-runtuh lagi,
Tapi kita tidak bisa tertambat pada zaman ini,
Cita kita hidup seluruh menyeluruh,
Puluhan tahun lagi ia tidak bisa lumpuh.
(Usman Awang, 1991:135)
12
	
  
Berdasarkan sajak ini, penyajak mengingatkan anggota Angkatan 50’ bahawa tugas
mereka terhadap masyarakat belum selesai dan perlu dipenuhi dengan baik. Usman
menegaskan bahawa anggota Angkatan 50’ perlu membuat satu perubahan untuk mencapai
semua matlamat yang disenaraikan dalam pertubuhan tersebut melalui baris “Tapi kita tidak
bisa tertambat pada zaman ini, Cita kita hidup seluruh menyeluruh”. Usman menguatkan
pernyataannya tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua orang tidak kira
penyair atau rakyat biasa. Tanggungjawab terhadap rakyat dan negara adalah tanggungjawab
yang harus dipikul secara bersama walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan.
Usman Awang juga menggunakan imej pahlawan untuk menggambarkan perjuangan
mendaulatkan negara. Kata Usman Awang dalam sajak “Jebat, Pahlawan Rakyat”:
Jebat Jebat
pinjamkan apimu pinjamkan lidah beranimu
untuk kami angkatan ini
(Usman Awang, 1991:65)
Melalui sajak “Pahlawan Kemerdekaan (kepada pahlawan Pahang)”, Usman Awang amat
menyanjung tinggi perjuangan pejuang tanahair yang sanggup berkorban segala-galanya
termasuklah nyawa demi kedaulatan negara tercinta. Jasa dan pengorbanan para pejuang ini
akan sentiasa tersemat dalam setiap rakyat negara ini. Katanya:
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
Bukan bintang tersemat di dada
Semangatmu api negara berdaulat
Namamu terukir di jantung rakyat
(Usman Awang, 1991:73)
Imej-imej pahlawan tanahair juga turut muncul dalam sajak Firdaus Abdullah. Firdaus
Abdullah dalam sajak “Pasir Salak” merakamkan perjuangan perjuangan ‘Maharaja Lela’,
‘Tuk Sagur’, ‘Kulup Ali’, dan ‘Pandak Endut’. Pahlawan yang digambarkan oleh Firdaus
13
	
  
Abdullah adalah pahlawan yang tidak sesekali merasa gentar kepada sesiapapun demi
kedaulatan negara tercinta ini. Kata Firdaus Abdullah:
Kulup Ali dan Pandak Endut
bersama Sepuntum serta Setuah
pantang sekali merasa takut
pendekar dipimpin Maharajalela
Maharajalela Maharajalela
jika memancung tiada bertanya
kobarkan semangat biar menyala
tuntutlah malu tuntutlah bela
(Firdaus Abdullah, 1988:98)
4.4 Kesetiaan Kepada Negara
Kesetian kepada negara bangsa merupakan faktor penting dalam menjamin
kedaulatan sesebuah negara. Dalam konteks nasionalisme, Khon juga menyebut soal
kesetiaan. Beliau mengakui bahawa manusia pada lazimnya berpegang kepada beberapa jenis
kesetiaan dalam masa yang sama. Misalnya, kesetiaan atau kesedaran boleh berpusat di
sekeliling kumpulan-kumpulan yang berlainan, yang sebahagiannya bersifat lebih tetap –
keluarga, kelas, puak, kasta, kampung, mazhab, agama dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
apa yang harus difahami ialah manusia dalam sesuatu masa hanya memberikan keutamaan
kepada salah satu dari beberapa kesetiaan tersebut, dan ini bererti jika berlaku pertelingkahan
antara kesetiaan-kesetiaan ini, maka keutamaan akan diberikan kepada kesetiaan yang lebih
ulung. Dalam zaman nasionalisme, menurut Khon, kesetiaan yang ulung telah dicurahkan
kepada negara bangsa (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:5).
Persoalan kesetian kepada negara tercinta telah diungkapkan oleh Usman Awang
melalui sajak “Bertahan”. Katanya:
14
	
  
APA bicara sudah sekata,
Sudah bermula, sudah bertanda,
Kepalang rasa kepalang derita,
Ke tulang kita, ke tulang bangsa.
Apa bicara untuk bangsa,
Sumpah setia merangkul jiwa,
Patah hilang rebah tumbang,
Setia janji erat dipegang.
Datang musim bertukar ganti,
Tawaran senyum penuh erti,
Hulurkan tangan relakan diri,
Untuk kembali menjadi abdi,
Yang mati meminta erti,
Yang rela memberi bakti,
Pada nusa belum bererti,
Berpaling wajah menyerah diri.
Apa bicara sudah melangkah,
Surut kembali bererti patah,
Sekali berani bertahan diri,
Sekali rela menembus bumi.
(Usman Awang, 1991:166)
Berdasarkan sajak di atas, Usman Awang mengimbau kembali sejarah hitam yang
dilalui oleh rakyat di negara ini. Kata Usman Awang, rakyat dan negara ini pernah dijajah
oleh negara asing. Penjajahan menjadikan rakyat negara ini hidup dalam kesengsaraan dan
penderitaan yang teramat sangat sebagaimana yang diungkapkan oleh Usman Awang melalui
bait “Kepalang rasa kepalang derita, Ke tulang kita, ke tulang bangsa”. Lantaran itu Usman
Awang mengajak seluruh rakyat negara ini menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi
melalui kata-katanya,“Apa bicara untuk bangsa, Setia janji erat dipegang”. Beliau
mengingatkan rakyat negara ini agar tidak lagi termakan pujuk rayu dan helah petualang
negara, supaya kita tidak lagi menjadi hamba atau diperhambakan di negara sendiri. Beliau
juga menyeru agar rakyat negara ini tidak gentar mempertahankan kedaulatan negara ini.
15
	
  
4.5 Memartabatkan Bahasa Kebangsaan
Menurut Kohn, pertembungan di antara beberapa faktor tertentu seperti usaha
pemerintah memusatkan kuasa di tangannya sendiri dan menanamkan semangat kesetiaan
kepada tanahair, kegunaan secara meluas bahasa-bahasa tempatan dengan mengenepikan
bahasa asing. Perluasan pendidikan kepada orang ramai serta penyebaran idea-idea baru
melalui percetakan, telah menyediakan suasana yang sesuai untuk memupuk perasaan bangga
terhadap bahasa ibunda dan tanahair dalam kalangan rakyat. Oleh yang demikian, Kohn
menyimpulkan bahawa kebangkitan nasionalisme yang menitikberatkan bahasa dan tanahair
adalah satu hasil pertumbuhan faktor-faktor intelek dan sosial di dalam satu peringkat sejarah
yang tertentu. (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:3)
Ali Ahmad menyatakan bahawa bahasa adalah salah satu daripada elemen penting
dalam tema nasionalisme kerana merupakan satu identiti atau pengenalan diri bagi sesuatu
bangsa dan budaya. Dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah identiti penting bagi bangsa
Melayu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 Bahasa
Kebangsaan. Setelah sepuluh tahun Malaysia merdeka dari tahun 1957, Bahasa Melayu akan
menjadi bahasa rasmi yang tunggal setelah tahun 1967 (1984:101). Pelbagai langkah telah
diambil oleh Kerajaan Perikatan untuk meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dengan
menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi melengkapkannya sebagai bahasa pentadbiran
negara (1984:101). Persoalan berkaitan mendaulatkan bahasa boleh kita telusuri melalui sajak
“Keranda 152” oleh Usman Awang.Katanya:
Keranda 152
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
16
	
  
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu
1967
(Usman Awang, 1991:48)
Menerusi sajak “Keranda 152”, Usman meniupkan satu protes terhadap sikap pemimpin
negara dan kementerian seperti Parlimen. Seruan ditujukan kepada ‘Anak Melayu’ dengan
menggambarkan situasi tersebut sebagai benar-benar mencabar kesabaran bangsa Melayu
dengan menghadirkan kata perbandingan yang melampau atau disebut sebagai hiperbola
(Alwi, 1983:142). Perbandingan itu menunjukkan amarah yang keterlaluan, dikuatkan
melalui kata-kata ‘Panas dadamu membakar baju, Kita arak keranda 152, Ke tanah
perkuburannya Parlimen’. Perkataan “Keranda 152” adalah bahasa konotatif yang
mengandungi simbol yang membandingkan Perkara 152 dengan keranda kematian. Pilihan
perkataan ‘keranda sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku pada tahun tersebut dan
‘Parlimen’ digambarkan sebagai ‘tanah perkuburan’ bagi Perkara 152. Dalam hal ini, protes
ditujukan kepada Parlimen kerana institusi pentadbiran ini tidak memainkan peranannya serta
tidak menepati hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Usman
menghadirkan satu suasana bahawa impian dan harapan untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal pada tahun 1967 akan terkubur begitu
sahaja.
Kepekaan Usman Awang untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan juga boleh
ditelusuri melalui sajak “Mereka Telah Bangkit”.
17
	
  
Dari BAHASA lidah zaman
Kebangkitan ini pancang detik batu tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.
(Usman Awang, 1991:82)
Usman Awang juga turut menghargai “Bahasa Bunda” sebagai pernyataan rasa cinta dan
nasionalistik yang mendalam dalam jiwanya. Kata Usman Awang:
Seribu bahasa kita berbicara,
Manakan sama bahasa bunda
(Usman Awang, 1991:172)
J.M. Aziz dengan gaya yang tersendiri cuba mendaulatkan bahasa, khususnya dialek
Terengganu. Dengan menggunakan imej “laut” J.M. Aziz cuba mengangkat martabat dialek
Terengganu melalui sajak “Mutiara Bahasa” dengan katannya:
Sajak adalah laut
nan dalam
berisi penuh berisi
barang siapa bilang kosongm
maka itu adalah tanda
mereka kurang masak
tentang bahasa laut
yang menjadi buah mulut
adik kakaku nelayan Terengganu
memang banyak memiliki
mutiara bahasa daerah
nan indah lagi mudah
tapi tidak murah
(J.M. Aziz, 1988:146)
Kesimpulan
Tema nasionalisme menjadi tema yang digemari oleh ramai penyair dalam Angkatan
Sasterawan 1950 (ASAS 50) dan Usman Awang adalah salah seorang penyair yang paling
banyk menulis mengenainya. Nasionalisme lukisan Usman tidak hanya berpusat kepada
perjuangan tanah air semata-mata tetapi juga meliputi pesanan untuk persatuan, kesan
18
	
  
peperangan dan bahasa. Justeru, semangat nasionalisme penting dididik dan diterapkan dalam
hati dan jiwa pembaca menerusi karya kreatif khususnya puisi. Sejajar dengan pandangan S.
T. Coleridge bahawa puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik iaitu suatu
bentuk pengucapan bahasa yang tersusun secara padat serta mengungkap pengalaman
intelektual dan mampu membangkitkan perasaan. Dalam konteks ini, melalui tulisan seperti
puisi bertemakan nasionalisme, penyair mampu meningkatkan rasa cinta terhadap negara dan
bangsa dalam kalangan pembacanya.
Bibliografi
Abdul Latiff Abu Bakar dan Othman Puteh, 2000. Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah, 1989. Gejala Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof (peny.), 1988. Malaysia Dalam
Puisi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ali Ahmad, 1984. Tema Sajak-Sajak Melayu 1933-1969. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Alwi Salim, 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Cheah Boon Kheng, 1971. “Adakah Malaysia Mempunyai Gerakan Kebangsaan?,” Kertas
Kerja dalam Seminar Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. 23-25 September 1971.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dharmawijaya, 1998. Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Dharmawijaya, 1988. Berkenalan Dengan Puisi. Shah Alam: Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000. Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, 1983. Asia Dalam Perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
19
	
  
Hans Kohn, 1984. Nasionalisme: Arti dan Sejarahnya. Jakarta: Erlangga.
Harun Mat Piah, 2013. “Sulalatus Salatin: Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu”,
Kertas Kerja dalam Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka,
29 – 30 Oktober 2013.
Kacowicz, Arie M., 1998. “Regionalization, Globalization, and Nationalism: Convergent,
Divergent, or Overlapping?”
https://www3.nd.edu/~kellogg/publications/workingpapers/WPS/262.pdf dicapai pada
10 Ogos 2017.
R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985. Nasionalisme:Satu Tinjauan
Sejarah. Prtaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Talib Samat, 1993. Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
FaFai S.
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
pah_cys
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Nur Az
 
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Faez Amstrong
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
saadiah alidrus
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
adib danial
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesarSejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Karsodikromo Yatiman
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
Dg Suhaili
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
fateha fouzi
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3
amm_kmz
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
saadiah alidrus
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
muhamad afiq afiq
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
Riina Richardson
 

What's hot (20)

9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpmPengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
Pengajian Am-Dasar-dasar pembangunan negara penggal 2 stpm
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesarSejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
Sejarah stpm penggal 3 raja dan pembesar
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3Ekonomi STPM penggal 3
Ekonomi STPM penggal 3
 
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
bahasa melayu stpm sem 2 - kata adjektif (morfologi)
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 

Similar to 9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018

Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantaratojing
 
NASIONALISME.ppt
NASIONALISME.pptNASIONALISME.ppt
NASIONALISME.ppt
ssuserc5759d
 
Wawasan Kebangsaan
Wawasan KebangsaanWawasan Kebangsaan
Wawasan Kebangsaan
Fahmi Hakam
 
Makalah Nasionalisme
Makalah NasionalismeMakalah Nasionalisme
Makalah Nasionalisme
Michant Lhoo
 
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docxKELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
devvypertiwi
 
Nasionalisme.pptx
Nasionalisme.pptxNasionalisme.pptx
Nasionalisme.pptx
ferdhiyadi1
 
Perkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaPerkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra Indonesia
Wulan Sobichin
 
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politiknasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
abdul rouf
 
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
UNESA
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newNancy Rothstein
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
Mustain Doang
 
Character Building Nasionalisme
Character Building NasionalismeCharacter Building Nasionalisme
Character Building Nasionalisme
Isaka Yoga
 
Nasionalisme di era globalisasi
Nasionalisme di era globalisasiNasionalisme di era globalisasi
Nasionalisme di era globalisasi
Dzikriani Yugi
 
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
Sena Aditya
 
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi IdentitasIndonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
Satrio Arismunandar
 

Similar to 9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018 (20)

Bahan perkuliahan ke 8
Bahan perkuliahan ke 8Bahan perkuliahan ke 8
Bahan perkuliahan ke 8
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
3304118 makalah
3304118 makalah3304118 makalah
3304118 makalah
 
NASIONALISME.ppt
NASIONALISME.pptNASIONALISME.ppt
NASIONALISME.ppt
 
Wawasan Kebangsaan
Wawasan KebangsaanWawasan Kebangsaan
Wawasan Kebangsaan
 
Makalah wawasan-kebangsaan
Makalah wawasan-kebangsaanMakalah wawasan-kebangsaan
Makalah wawasan-kebangsaan
 
Kwn bab3 kel9_akt2
Kwn bab3 kel9_akt2Kwn bab3 kel9_akt2
Kwn bab3 kel9_akt2
 
Makalah Nasionalisme
Makalah NasionalismeMakalah Nasionalisme
Makalah Nasionalisme
 
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docxKELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
KELAS 11 (KEBANGKITAN HEROISME DAN KESADARAN KEBANGSAAN).docx
 
Wawasan nusantara
Wawasan nusantaraWawasan nusantara
Wawasan nusantara
 
Nasionalisme.pptx
Nasionalisme.pptxNasionalisme.pptx
Nasionalisme.pptx
 
Perkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra IndonesiaPerkembangan Sastra Indonesia
Perkembangan Sastra Indonesia
 
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politiknasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
nasionalisme, ideologi, model-model tannas konstitusi dan budaya politik
 
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
Makalah Pendidikan Pancasila: Pancasila sebagai Semangat Nasionalisme dalam M...
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
 
Makalah tentangsastra
Makalah tentangsastraMakalah tentangsastra
Makalah tentangsastra
 
Character Building Nasionalisme
Character Building NasionalismeCharacter Building Nasionalisme
Character Building Nasionalisme
 
Nasionalisme di era globalisasi
Nasionalisme di era globalisasiNasionalisme di era globalisasi
Nasionalisme di era globalisasi
 
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
Sejarah (Nasionalisme di Indonesia)
 
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi IdentitasIndonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
Indonesia dan Keindonesiaan: Teks dan Konstruksi Identitas
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 

Recently uploaded

Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
jaya35ml2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPS Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
 

9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018

  • 1. 1   MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018 922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 (KERJA KURSUS) ESEI CONTOH Tulis sebuah esei tentang nasionalisme berdasarkan sajak yang anda kaji  
  • 2. 2   1.0 Pengenalan 1.1 Konsep Nasionalisme bermaksud satu pemikiran, tindakan dan perasaan cinta akan negara dan bangsa sendiri. Elemen penting yang terkandung dalam nasionalisme ialah patriotisme iaitu perasaan cinta kepada tanah air. Menurut Hans Kohn, (1984:11). Nasionalisme merupakan gerakan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka, mendapatkan kebahagiaan perseorangan, menjamin kemerdekaan dan membebaskan akal dan fikiran Jika dilihat dari segi sejarah, fahaman tentang nasionalisme ini berasal dari Eropah Barat pada abad ke-18 hingga ke abad 19 dan tersebar di seluruh Eropah pada abad ke-20 yang kemudiannya berkembang luas ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun semangat nasionalisme tidak sama pada setiap negara dan zaman kerana semangat ini berkait rapat dengan peristiwa sejarah, politik dan susunan masyarakat di tempatnya serta pengaruh-pengaruh lain di sekelilingnya seperti bahasa, keturunan, agama dan adat istiadat (Hans Kohn, 1984:13). Bagi R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu-individu disalurkan kepada negara bangsa (1985:15). Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin pula berpendapat, nasionalisme ialah satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat, negara dan menuntut kesetian ulung individu disalurkan kepada negara bangsa. Dalam konteks nasionalisme di Malaysia, Gilbert Khoo dan Dorothy Lo menyatakan bahawa suasana politik yang timbul semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan kaum- kaum di Persekutuan Tanah Melayu kepada hakikat yang mereka menentukan nasib mereka sendiri dan tidak membenarkan Brittish terus menerus mentadbir kehidupan dan negara mereka. Keperitan yang telah ditimbulkan semasa peperangan telah menjadikan orang-orang
  • 3. 3   Melayu berazam mempertahankan kedudukan mereka (1983:243). Bagi Talib Samat, golongan ulama dan intelektual-intelektual ugama sama ada yang mendapat pendidikan Islam di Timur Tengah atau di sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu merupakan peneroka kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang awal di Tanah Melayu. Merekalah sebenarnya yang mengerakkan pemikiran masyarakat Melayu agar sedar akan hak-hak diri mereka sebagai manusia bebas yang sudah dirampas oleh penjajah Barat yang menceroboh ke Tanah Melayu (1993:246). Harun Mat Piah dalam makalahnya “Sulalatus Salatin: Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu” menyatakan bahawa istilah nasionalisme bermaksud perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadapa bangsa, negara; di sini termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan Tamadun Melayu (2013) Menurut Wan Hashim Wan Teh (dalam M. A. Fawzi, 1987:183) terdapat dua takrifan berbeza tentang perkataan nasionalisme. Pertama, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai satu kesedaran dalam kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bangsa dan negara. Misalnya dalam kes Malaysia, semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu mulai menguat pada tahun 1946 dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Kedua, nasionalisme ialah satu kesedaran yang menyatukan sekumpulan manusia yang tinggal dalam satu batasan politik yang sama dan tidak harus mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan budaya. Kesedaran ini mengutamakan rasa cinta dan kesetiaan yang mendalam terhadap tanah air sehingga sanggup berkorban nyawa untuk negara. Definisi sajak atau puisi dijelaskan oleh Za’ba sebagai karangan berangkap yang khas digunakan untuk meluahkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Sebagai karangan berangkap, puisi disusun dengan bahagaian berkerat-kerat dan di antara sekerat dengan
  • 4. 4   sekerat biasanya mempunyai jodoh bunyi atau rentak atau isi yang memakai timbangan atau sukatan tertentu (dalam Dharmawijaya, 1998:5). Definisi Za’ba ini cenderung memberi penekanan kepada struktur fizikal puisi iaitu mempunyai rangkap, berkerat-kerat atau berbaris-baris, berjodoh bunyi, dan mempunyai jumlah suku kata pada setiap baris melalui timbangan atau sukatan tertentu. Selain itu, definisi Za’ba juga mementingkan ‘fikiran yang cantik dengan Bahasa yang indah’. Hal ini diertikan oleh Dharmawijaya sebagai puisi turut dijadikan alat untuk menyampaikan isi atau tema yang mendalam serta penuh kebenaran untuk semua zaman dan terjelma melalui bahasa yang segar dan penuh kehalusan (1998:7). Bagi William Blake, penyair adalah manusia yang dapat melihat masa kini, masa lalu dan masa depan dengan imaginasi yang kuat, iaitu begitu jauh dan luas jangkauan mata hatinya. Ini terlaksana melalui keupayaan penyair memilih serta menyusun kata-kata dengan tepat dan jitu walaupun pemilihannya daripada kata-kata kuno atau purba yang sudah jarang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Ketepatan dan kejituan itu disertai pula keindahan, iaitu penggunaan ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan pelicikan atau manipulasi unsur-unsur bahasa secara kreatif. Sesungguhnya, keupayaan seperti inilah yang membawa kepada terbentuknya kata-kata terbaik untuk memenuhi prinsip puisi “tidak menerangkan sesuatu tetapi menggambarkan” dan puisi “berbicara atau membawa makna sebanyak mungkin dalam kata-kata yang sedikit mungkin” itu. (dalam Dharmawijaya, 1988:12) 1.2 Batasan Kajian Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk sesebuah negara yang dijajah. Ada yang mengangkat senjata menghalau penjajah dan ada juga yang melakukan perbincangan dan meluahkan semangat tesebut melalui tulisan. Di Malaysia khususnya, semangat nasionalisme ini mulai terasa pada sekitar tahun 1940-an iaitu sebelum merdeka sehingga tahun 1970-an selepas merdeka.
  • 5. 5   Kebanyakan suara dan semangat nasionalisme disampaikan melalui sajak oleh beberapa penyair terkenal ASAS 50 seperti Usman Awang, Masuri S.N, A. Samad Said, Keris Mas, Asraf, A. S. Amin, Jimmy Asmara, Noor S.I dan lain-lain. Dalam memperkatakan tema nasionalisme dalam sajak, pengkaji memilih untuk memberi tumpuan kepada persoalan semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang termuat dalam Antologi Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi. 1.3 Kajian Lepas Aspek nasionalisme menjadi tumpuan kepada para pengkaji untuk mengkaji sikap masyarakat terhadap semangat cinta akan negara. Aspek ini turut diberi perhatian oleh Harun Mat Piah dalam makalahya yang bertajuk “Sulalatus Salatin : Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu”. Harun Mat Piah melihat semangat nasionalisme ini telah wujud semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Berdasarkan teks Sulaltus Salatin yang dikaji oleh beliau, rakyat Melaka secara jelas telah memperlihatkan semangat nasionalisme yang tinggi sewaktu menentang serangan Peringgi ke atas Melaka. Sebaliknya kajian ini akan memberi tumpuan kepada persoalan semangat cinta akan negara dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang terjelma dalam sajak-sajak yang termuat dalam Antologi Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi.
  • 6. 6   1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengakaji yang akan datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan nasionalisme. Selain itu, kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada khalayak terhadap kepentingan semangat nasionalisme dalam membentuk jati diri. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini ialah: 1. Membincangkan semangat cinta akan negara dalam Antologi Puisi-puisi pilihan Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi. 2. Menghuraikan kedaulatan bahasa Melayu dalam Antologi Puisi-puisi pilihan Sasterwan Negara : Usman Awang dan Antologi Malaysia Dalam Puisi. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Melalui kaedah ini pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan kajian di Perpustakaan Awam. Pustakaan Sekolah. Maklumat berkaitan boleh diakses melalui laman sesawang untuk mendapatkan sajak-sajak yang mengandungi semangat nasionalisme. Kaedah ini sesuai kerana bahan berkaitan kajian mudah didapati di perpustakaan yang dikunjungi. Bahan yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. 4.0 ISI KAJIAN 4.1 Perasaan Cinta Akan Negara Nasionalisme meliputi perasaan bangsa, bahasa, budaya dan konsep negara bangsa “nation state” yang berkaitan dengan kewarganegaraan. Kacowicz mendefinisikan negara bangsa seperti berikut:
  • 7. 7   The ‘nation state’, therefore, means a state whose inhabitant consider themselves to be a nation. It is geographically bounded legal entity under a single and recognized government, the population of which psychologically consider themselves to be related, through historical, linguistic, racial or other links (Kacowicz, 1998) Penjelasan Kacowicz ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan konsep dan semangat nasionalisme yang telah diterangkan di atas bahawa manusia yang berada dalam sebuah negara yang sah secara undang-undang berkongsi satu perasaan kebangsaan pada negara tersebut atas dasar sejarah, bahasa, bangsa dan lain-lain. Dalam konteks penjajahan di Asia Tenggara, nasionalisme secara khusus bermaksud satu kesedaran yang membangkitkan semangat cinta akan negara dengan tujuan mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan dari dijajah kuasa luar (Cheah Boon Kheng, 1971:19). Sasterawan Negara Usman Awang adalah penyair besar yang sering membawa tema semangat cinta akan negara atau nasionalisme dalam sajak-sajaknya. Semangat ini wujud dalam jiwa seseorang melalui pengalaman dan didikan yang dilalui dalam kehidupannya. Dalam kes ini, besar kemungkinan tema nasionalisme menjadi pilihan dan kegemaran Usman kerana beliau pernah berkhidmat sebagai anggota polis ketika Inggeris kembali memerintah semula Tanah Melayu pada tahun 1946 (Usman Awang, 1995:xiv). Dalam puisi “Tanahair” (1956), Usman memperlihat perasaan cinta pada tanah air yang telah menjadi saksi kepada segala-gala yang telah menimpa warganya. “Tanah Air” (Menjelang Kemerdekaan) Engkau, Tanah air, pemilik perut yang berbudi, Penampung hujan penyedut sinar matari, lahirlah anak-anakmu dari semaian-semaian petani. Engkau, ibu murni, dengan jasa abadi, Berdetik di denyut nafas kami, Kerana kita adalah satu dan sama dipunyai.
  • 8. 8   Telah kau rasa segala seperti kami, Dalam kengerian perang dadamu dibongkar besi, Di mana-mana wajahmu tidak pernah mati. Tapi begitu sejarah hidup zaman berzaman, Yang pernah merangkul pahlawan kemerdekaan, Mereka sujud dalam kaku memohon perlindungan. Bukankah dengan kasih dan harapan, Kau tenggelamkan mereka dalam dakapan, Di mana bunga ganti nisan bertaburan? Negara baru di atas rongga jantungmu, Akan tegak bertapak dalam kebebasan, Cinta antara kita wahyu dari Tuhan. 1956 (Usman Awang, 1991:158) Dengan memberi sifat seorang ‘ibu murni’ yang telah berjasa, penyair menyifatkan ada satu pertalian yang kuat antara penyair dan tanah itu sendiri sebagai ‘kerana kita satu sama dipunyai’. Seperti kasih dan sayang seorang ibu, Usman menggambarkan situasi tanah yang menjadi tempat yang nyaman untuk para pejuang yang tewas ketika mempertahankan negara dalam peperangan. Selain itu, Usman menghadirkan suasana peritnya peperangan dan tanah airnya digambarkan sebagai bersama-sama merasai keadaan itu ‘dalam negeri perang dadamu dibongkar besi’. Di satu sisi, pembaca dapat mengesan bahawa sajak ini ditulis untuk menyatakan rasa terima kasih kepada tanah air dan pada rangkap terakhir, penyair menyuarakan hasratnya agar kemerdekaan yang bakal tiba itu menjadi medan yang menguatkan lagi rasa cinta pada tanah airnya. Perasaan cinta akan negara yang diungkapkan oleh A. Latiff Mohidin agak berbeza jika dibandingkan dengan Usman Awang. A’ Latiff Mohidin dalam sajak “Di Pantai Ini (buat jojo)” cuba menggambarkan perasaan cintanya kepada negara dengan gaya bersahaja. Kepekaan beliau sebagai seniman cuba mengungkapkan Potret Malaysia secara jujur untuk
  • 9. 9   menimbulkan keindahan dan kebenaran. Ada waktunya bergolak dan pada waktu yang lain tenang dan damai. Kata A. Latiff Mohidin: Segalanya begitu tenang di pantai ini tidak ada ribut tidak ada kabut hari tidak hujan juga tidak begitu panas lautan biru persis seperti diinginkan tak ada kerikil atau serpihan kaca segalanya cukup terjaga (Di Pantai Ini (buat jojo), 1988:7) 4.2 Perjuangan Menentang Penjajah Nasionalisme menurut Abdul Latif (1998:1) ialah satu kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan, kesejahteraan dan memupuk keperibadian yang unggul. Kesedaran ini lazimnya timbul daripada tekanan dan pengaruh penjajah sehingga anak watan menjadi lemah dari segi ekonomi, sosial, politik dan budaya. Secara keseluruhannya, nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Namun begitu pengertian nasionalisme dalam konteks lepas merdeka pula lebih kepada perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara. Sajak “Jiwa Hamba” merupakan sebuah sajak yang menggambarkan perasaan yang hebat tentang perjuaangan bangsa, khususnya orang Melayu menentang penjajahan asing. Berpusing roda beralihlah masa, Pelbagai neka hidup di bumi, Selagi hidup berjiwa hamba, Pasti tetap terjajah abadi, Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba.
  • 10. 10   Ingatkan kembali kata sakti Dari bahang kesedaran berapi: ‘Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka’. (Usman Awang, 1991:192) Beliau secara sedar sengaja memasukkan nada peringatan bahawa jika mereka tetap bersikap seperti orang yang berjiwa ‘hamba’ akan selama-lamanya ‘Pasti tetap terjajah abadi’. Sajak ini menampilkan satu semangat dan mengajak pembacanya melakukan satu perubahan yang besar dalam hidup mereka. Walaupun Usman secara peribadi terkenal sebagai seorang yang berperibadi lembut dan bahasa yang selalu dipilih dalam semua sajaknya juga adalah sangat teliti, baik dan puitis. Menerusi sajak ini, beliau menyuarakan hasrat untuk merdeka dan kemerdekaan itu tidak akan tercapai jika mereka tidak bertindak untuk membebaskan diri dari menjadi bangsa terjajah. Pada rangkap terakhir, suara semangat pada sajak ini lebih terkesan melalui baris-baris ‘Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka’. Kota Melaka adalah satu lambang kesultanan dan kebesaran kota bangsa Melayu yang hebat satu ketika dulu. Melaka jatuh akibat kelalaian dan kezaliman Sultan Melayu yang terakhir dan serangan kuasa asing seperti Portugis. Dengan mengambil iktibar dari jatuhnya simbol keagungan Melayu ini, maka Usman menyeru agar pembaca menguatkan jati diri dan merdeka dari terus dijajah sama ada dari kuasa luar mahupun dari pemerintahan tempatan yang zalim dan menindas seperti dalam kisah sejarah Kota Melaka. A.Wahab Ali dengan nada yang lebih tegas dan bersemangat meningatkan anasir- anasir luar supaya keluar dari tanahairnya dan jangan sesekali menghampirinya. Tanah ini dengan segala isi yang ada padanya sama ada di laut atau di bumi adalah milik mutlak warganya yang sah. Penjajah asing amat tidak diperlukan. Kata A. Wahab Ali: Tanahairku hutan dan paya gunung dan lembahmu adalah milik mutlakku
  • 11. 11   Jangan hampir padanya! Tanahairku segala isi laut dan isi bumimu adalah kecintaan hayat dan warisanku Jangan hampir padanya! (Tanahairku, 1988:30) 4.3 Perjuangan Mempertahankan Kedaulatan Negara Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail (1985 : 15) menyatakan bahawa nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengikhtiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Dengan kata lain tanggungjawab mempertahankan negara adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap individu dalam negara bangsa berkenaan. Kohn pula menyatakan bahawa nasionalisme mengutamakan prisip kebertanggunjawaban rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara bangsa ( dalam Menurut R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj Ismail ) Nilai ini jelas tergambar dalam sajak “Angkatan ‘50” oleh Usman Awang. Angkatan ‘50 (Sepuluh Tahun Sudah Berdetik) Satu batu tanda kita bangunkan di sini, Nama lima puluh berdetik dengan hati dan bakti, Meski belum cukup dan segala meminta lagi, (Degup jantung ini siapa dapat mematikan, Kita sekadar masih lagi mengisi memadatkan) Nama lima puluh memang kebulatan satu sempena, Di mana tegaknya dan tidak akan runtuh-runtuh lagi, Tapi kita tidak bisa tertambat pada zaman ini, Cita kita hidup seluruh menyeluruh, Puluhan tahun lagi ia tidak bisa lumpuh. (Usman Awang, 1991:135)
  • 12. 12   Berdasarkan sajak ini, penyajak mengingatkan anggota Angkatan 50’ bahawa tugas mereka terhadap masyarakat belum selesai dan perlu dipenuhi dengan baik. Usman menegaskan bahawa anggota Angkatan 50’ perlu membuat satu perubahan untuk mencapai semua matlamat yang disenaraikan dalam pertubuhan tersebut melalui baris “Tapi kita tidak bisa tertambat pada zaman ini, Cita kita hidup seluruh menyeluruh”. Usman menguatkan pernyataannya tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua orang tidak kira penyair atau rakyat biasa. Tanggungjawab terhadap rakyat dan negara adalah tanggungjawab yang harus dipikul secara bersama walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Usman Awang juga menggunakan imej pahlawan untuk menggambarkan perjuangan mendaulatkan negara. Kata Usman Awang dalam sajak “Jebat, Pahlawan Rakyat”: Jebat Jebat pinjamkan apimu pinjamkan lidah beranimu untuk kami angkatan ini (Usman Awang, 1991:65) Melalui sajak “Pahlawan Kemerdekaan (kepada pahlawan Pahang)”, Usman Awang amat menyanjung tinggi perjuangan pejuang tanahair yang sanggup berkorban segala-galanya termasuklah nyawa demi kedaulatan negara tercinta. Jasa dan pengorbanan para pejuang ini akan sentiasa tersemat dalam setiap rakyat negara ini. Katanya: Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara Bukan bintang tersemat di dada Semangatmu api negara berdaulat Namamu terukir di jantung rakyat (Usman Awang, 1991:73) Imej-imej pahlawan tanahair juga turut muncul dalam sajak Firdaus Abdullah. Firdaus Abdullah dalam sajak “Pasir Salak” merakamkan perjuangan perjuangan ‘Maharaja Lela’, ‘Tuk Sagur’, ‘Kulup Ali’, dan ‘Pandak Endut’. Pahlawan yang digambarkan oleh Firdaus
  • 13. 13   Abdullah adalah pahlawan yang tidak sesekali merasa gentar kepada sesiapapun demi kedaulatan negara tercinta ini. Kata Firdaus Abdullah: Kulup Ali dan Pandak Endut bersama Sepuntum serta Setuah pantang sekali merasa takut pendekar dipimpin Maharajalela Maharajalela Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah malu tuntutlah bela (Firdaus Abdullah, 1988:98) 4.4 Kesetiaan Kepada Negara Kesetian kepada negara bangsa merupakan faktor penting dalam menjamin kedaulatan sesebuah negara. Dalam konteks nasionalisme, Khon juga menyebut soal kesetiaan. Beliau mengakui bahawa manusia pada lazimnya berpegang kepada beberapa jenis kesetiaan dalam masa yang sama. Misalnya, kesetiaan atau kesedaran boleh berpusat di sekeliling kumpulan-kumpulan yang berlainan, yang sebahagiannya bersifat lebih tetap – keluarga, kelas, puak, kasta, kampung, mazhab, agama dan lain-lain. Walau bagaimanapun, apa yang harus difahami ialah manusia dalam sesuatu masa hanya memberikan keutamaan kepada salah satu dari beberapa kesetiaan tersebut, dan ini bererti jika berlaku pertelingkahan antara kesetiaan-kesetiaan ini, maka keutamaan akan diberikan kepada kesetiaan yang lebih ulung. Dalam zaman nasionalisme, menurut Khon, kesetiaan yang ulung telah dicurahkan kepada negara bangsa (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:5). Persoalan kesetian kepada negara tercinta telah diungkapkan oleh Usman Awang melalui sajak “Bertahan”. Katanya:
  • 14. 14   APA bicara sudah sekata, Sudah bermula, sudah bertanda, Kepalang rasa kepalang derita, Ke tulang kita, ke tulang bangsa. Apa bicara untuk bangsa, Sumpah setia merangkul jiwa, Patah hilang rebah tumbang, Setia janji erat dipegang. Datang musim bertukar ganti, Tawaran senyum penuh erti, Hulurkan tangan relakan diri, Untuk kembali menjadi abdi, Yang mati meminta erti, Yang rela memberi bakti, Pada nusa belum bererti, Berpaling wajah menyerah diri. Apa bicara sudah melangkah, Surut kembali bererti patah, Sekali berani bertahan diri, Sekali rela menembus bumi. (Usman Awang, 1991:166) Berdasarkan sajak di atas, Usman Awang mengimbau kembali sejarah hitam yang dilalui oleh rakyat di negara ini. Kata Usman Awang, rakyat dan negara ini pernah dijajah oleh negara asing. Penjajahan menjadikan rakyat negara ini hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan yang teramat sangat sebagaimana yang diungkapkan oleh Usman Awang melalui bait “Kepalang rasa kepalang derita, Ke tulang kita, ke tulang bangsa”. Lantaran itu Usman Awang mengajak seluruh rakyat negara ini menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi melalui kata-katanya,“Apa bicara untuk bangsa, Setia janji erat dipegang”. Beliau mengingatkan rakyat negara ini agar tidak lagi termakan pujuk rayu dan helah petualang negara, supaya kita tidak lagi menjadi hamba atau diperhambakan di negara sendiri. Beliau juga menyeru agar rakyat negara ini tidak gentar mempertahankan kedaulatan negara ini.
  • 15. 15   4.5 Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Menurut Kohn, pertembungan di antara beberapa faktor tertentu seperti usaha pemerintah memusatkan kuasa di tangannya sendiri dan menanamkan semangat kesetiaan kepada tanahair, kegunaan secara meluas bahasa-bahasa tempatan dengan mengenepikan bahasa asing. Perluasan pendidikan kepada orang ramai serta penyebaran idea-idea baru melalui percetakan, telah menyediakan suasana yang sesuai untuk memupuk perasaan bangga terhadap bahasa ibunda dan tanahair dalam kalangan rakyat. Oleh yang demikian, Kohn menyimpulkan bahawa kebangkitan nasionalisme yang menitikberatkan bahasa dan tanahair adalah satu hasil pertumbuhan faktor-faktor intelek dan sosial di dalam satu peringkat sejarah yang tertentu. (dalam R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985:3) Ali Ahmad menyatakan bahawa bahasa adalah salah satu daripada elemen penting dalam tema nasionalisme kerana merupakan satu identiti atau pengenalan diri bagi sesuatu bangsa dan budaya. Dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah identiti penting bagi bangsa Melayu dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 Bahasa Kebangsaan. Setelah sepuluh tahun Malaysia merdeka dari tahun 1957, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi yang tunggal setelah tahun 1967 (1984:101). Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Perikatan untuk meluaskan penggunaan Bahasa Melayu dengan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi melengkapkannya sebagai bahasa pentadbiran negara (1984:101). Persoalan berkaitan mendaulatkan bahasa boleh kita telusuri melalui sajak “Keranda 152” oleh Usman Awang.Katanya: Keranda 152 Anak Melayu Panas dadamu membakar baju Kita arak keranda 152 Ke tanah perkuburannya Parlimen Sepuluh tanah nafas ini terhenti Hari ini jangan lagi menyanyi
  • 16. 16   Sebentar lagi malam akan tiba Tiap pintu dan jendela sudah dijaga Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya Anak Melayu Namamu telah diseru Jawablah Sebelum lidahmu jadi bisu 1967 (Usman Awang, 1991:48) Menerusi sajak “Keranda 152”, Usman meniupkan satu protes terhadap sikap pemimpin negara dan kementerian seperti Parlimen. Seruan ditujukan kepada ‘Anak Melayu’ dengan menggambarkan situasi tersebut sebagai benar-benar mencabar kesabaran bangsa Melayu dengan menghadirkan kata perbandingan yang melampau atau disebut sebagai hiperbola (Alwi, 1983:142). Perbandingan itu menunjukkan amarah yang keterlaluan, dikuatkan melalui kata-kata ‘Panas dadamu membakar baju, Kita arak keranda 152, Ke tanah perkuburannya Parlimen’. Perkataan “Keranda 152” adalah bahasa konotatif yang mengandungi simbol yang membandingkan Perkara 152 dengan keranda kematian. Pilihan perkataan ‘keranda sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku pada tahun tersebut dan ‘Parlimen’ digambarkan sebagai ‘tanah perkuburan’ bagi Perkara 152. Dalam hal ini, protes ditujukan kepada Parlimen kerana institusi pentadbiran ini tidak memainkan peranannya serta tidak menepati hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Usman menghadirkan satu suasana bahawa impian dan harapan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal pada tahun 1967 akan terkubur begitu sahaja. Kepekaan Usman Awang untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan juga boleh ditelusuri melalui sajak “Mereka Telah Bangkit”.
  • 17. 17   Dari BAHASA lidah zaman Kebangkitan ini pancang detik batu tanda Untuk pelaksanaan SATU BAHASA Yang berdaulat menyinar mutiara. (Usman Awang, 1991:82) Usman Awang juga turut menghargai “Bahasa Bunda” sebagai pernyataan rasa cinta dan nasionalistik yang mendalam dalam jiwanya. Kata Usman Awang: Seribu bahasa kita berbicara, Manakan sama bahasa bunda (Usman Awang, 1991:172) J.M. Aziz dengan gaya yang tersendiri cuba mendaulatkan bahasa, khususnya dialek Terengganu. Dengan menggunakan imej “laut” J.M. Aziz cuba mengangkat martabat dialek Terengganu melalui sajak “Mutiara Bahasa” dengan katannya: Sajak adalah laut nan dalam berisi penuh berisi barang siapa bilang kosongm maka itu adalah tanda mereka kurang masak tentang bahasa laut yang menjadi buah mulut adik kakaku nelayan Terengganu memang banyak memiliki mutiara bahasa daerah nan indah lagi mudah tapi tidak murah (J.M. Aziz, 1988:146) Kesimpulan Tema nasionalisme menjadi tema yang digemari oleh ramai penyair dalam Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50) dan Usman Awang adalah salah seorang penyair yang paling banyk menulis mengenainya. Nasionalisme lukisan Usman tidak hanya berpusat kepada perjuangan tanah air semata-mata tetapi juga meliputi pesanan untuk persatuan, kesan
  • 18. 18   peperangan dan bahasa. Justeru, semangat nasionalisme penting dididik dan diterapkan dalam hati dan jiwa pembaca menerusi karya kreatif khususnya puisi. Sejajar dengan pandangan S. T. Coleridge bahawa puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik iaitu suatu bentuk pengucapan bahasa yang tersusun secara padat serta mengungkap pengalaman intelektual dan mampu membangkitkan perasaan. Dalam konteks ini, melalui tulisan seperti puisi bertemakan nasionalisme, penyair mampu meningkatkan rasa cinta terhadap negara dan bangsa dalam kalangan pembacanya. Bibliografi Abdul Latiff Abu Bakar dan Othman Puteh, 2000. Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Abdullah, 1989. Gejala Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof (peny.), 1988. Malaysia Dalam Puisi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ali Ahmad, 1984. Tema Sajak-Sajak Melayu 1933-1969. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alwi Salim, 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cheah Boon Kheng, 1971. “Adakah Malaysia Mempunyai Gerakan Kebangsaan?,” Kertas Kerja dalam Seminar Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur. 23-25 September 1971. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dharmawijaya, 1998. Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dharmawijaya, 1988. Berkenalan Dengan Puisi. Shah Alam: Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000. Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, 1983. Asia Dalam Perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
  • 19. 19   Hans Kohn, 1984. Nasionalisme: Arti dan Sejarahnya. Jakarta: Erlangga. Harun Mat Piah, 2013. “Sulalatus Salatin: Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu”, Kertas Kerja dalam Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka, 29 – 30 Oktober 2013. Kacowicz, Arie M., 1998. “Regionalization, Globalization, and Nationalism: Convergent, Divergent, or Overlapping?” https://www3.nd.edu/~kellogg/publications/workingpapers/WPS/262.pdf dicapai pada 10 Ogos 2017. R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985. Nasionalisme:Satu Tinjauan Sejarah. Prtaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Talib Samat, 1993. Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.