PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah
hirrabbil’alamin, saya Muhamad Syaffwan bin Che Ibrahim dari PISMP 2A2 ambilan Jun 2015
ingin merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kami
berjaya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran
Kesusasteraan Melayu iaitu Encik Yusuf bin saad atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada saya sekelas. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlaku. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini iaitu Dr. Maridah binti Hj Alias kerana sering
memberi nasihat dan dorongan moral kepada semua warga kampus ini.
Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya kerana sedikit
sebanyak telah memberi dorongan kepada saya sehingga berjaya belajar ke peringkat
sekarang. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswakhususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan
di muka bumi ini, insyaAllah. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut
begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu,
haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman
yang begitu hebat. Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu dan
jasa anda semua akan tetap saya kenang. Sekian, terima kasih.
1.0 Pengenalan kesusateraan Melayu.
Kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud
kesusasteraan memerlukanitu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai
asas kepada pengkajian kesusasteraan.
Menurut Hashim Awang (1987)mengatakan kesusasteraan itu adalah ‘ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan
ditulis disebut sastera tulisan. Disamping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam
aspek-aspek isi atau daya pengucapnya.
Menurut Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan
dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti
seni sasteraatau seni bahasa, dan secaraumumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan
ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu
kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.
Menurut Muhammad Hj Salleh (1995) pula, kesusasteraan merujuk pada karya-karya
lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui
bahasa dan berbagai-bagai perkataan.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan
ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah
kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu.
Oleh itu, kesusasteraan adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses
penciptaannya. Menurut pendapat tokoh diatas boleh dikatakan bahawa satera adalah
suatu bidanng yang sangat unit dan mempunyai elemen tersendiri.
2.0 Perkembangan kesusasteraan melayu pada tahun 1980 sehingga kini.
2.1 Kedudukan sastera dalam sejarah.
Ismail Hussein ( 1974) telah menyatakan sebanyak 5000 naskhah Melayu lama yang
telah terkumpul di merata dunia dan dalam jumlah itu, kira-kira 50-60 terdiri daripada sastera
sejarah. Jumlah naskhah Melayu telah bertambah semenjak 1974 kerana adanya
peneumuan-penuemuaan baharu tetapi barangkali jumlah karya yang dalam golongan genre
sasterasejarah tidak berubah. Yang berubah ialah bilangan jumlah bilangan teks sejarah teah
dikaji secarailmiah. Namun demikian yang menjadikan hasil sasterasejarah itu paling penting
bukannya jumlah isinya.
Oleh sebab yang diperkatakan dalam satera sejarah itu sejarah sesebuah negara kota, maka
karya itu merupakan karya yang dikemukakan dalam tulian-tulisan ini memberikan negara dan
masyarakat kini satu latar belakang sejarah yang bermakna. Negara dan masyarakat yang
wujud sekarang telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap daripada masyarakat dan
kerajaan yangdiperkatakan dalam sejarah sastera itu.
Sistem sejarah kesusateran melayu telah memberi sumbangan kearah membina satu identiti
bangsa. Sejarah kesusasteraan melayu juga memberi negara satu latar balakang sejarah
yang membanggakan. Masyarakat yang wujud sekarang bukanlah suatu masyarakat yang
tidak tentu usulnya mala merupakan pewaris suatu masyarakat pada yang mempunyailatar
yang gilang-gemilang. Masyarakat silam yang mnejadi nenek moyang kepada masyarakat
kini merupakan satu masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi, beradab, dan
berperaturan.
Tulisan-tulisan ini juga, memberi gambaran sejarah, tulisan mencerminkan seluruh
perkembangan kehidupan masyarakat silam dann aktiviti yang dilibatinya. Sejarah sosial ini,
memberi maklumattentang politik, ekonomi, agama, kebudayaan dan sebagainya. Begitu
juga, dengan perkembangan pemikiran manusia tentang alam, dunia, sekelilingnya dan
dirinya sendiri yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran hindu pada mulanya sebelum
pemikiran islam datang.
2.2 Evolusi penulisan sejarah
Dalam sejarah melayu dinyatakan bahawa pada masa pemerintahan Sultan
Muhammad Syah ( Raja KecilBesr ), raja relah memerintahkan supaya segala peraturan dan
larangan diperkemaskan menurut Shellbeaer (1978). Melihatkan betapa rapi dan halusnya
segala peraturan dan adat istiadat dikemukakan,dipercayai penulisan sejarah itu mula
dilaksakan pada zaman raja yang sama. Namun demikian, hal ini amatlah sukar dibuktikan
kepastianya.
Seperti hasil-hasi kesusasteraan terdisional melayu amnya, karya-karya sastera sejarah tdak
mencatatkan tarikh penulisannya. Daripada apa yang diceritakan dan cara bagaimana
sesuatu salinan it diperoleh kita memberi maklumat tentang tarikh penulisan atau sekurang-
kurangnya tarikh penyalinan dibuat. Dalam pada itu, tidaklah terlalu mustahak untuk
menyelesaikan persoalan semasa penulisan yang tepat bagi keseluruhan teks sastera
sejarah. Penetapan ini hanya mungkin dilaksanakan dalam kes-kes individu sahaja. Secara
kasar dapat dianggarkan bahawa penulisan sastera sejarah telah dilakukan semenjak pada
bad keenam belas hingga ke abada sembilan belas.
Sebagai hasil sastera, karya-karya dalam golongan sastera sejarah adalah sastera istana.
Berbanding dengan sastera rakyat yang diciptakan dalam kalangan rakyat sendiri, sastera
sejarah dikarang oleh seorang pengarang tertentu yang biasanya ialah pujangga istana yang
bertugas di istana. Ada kalanya pengarang ini terdiri daripada golongan pembesar ataupun
keluarga diraja sendiri.
3.0 Lima genre karya kreatif yang masih popular di persada dunia sastera tanah air.
3.1 Novel
Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Istilah ‘novel’ diambil daripada
bahasa Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali ‘novella’ yang bererti satu benda
kecil yang baru. Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita
yang disampaikan itu terdiri atas plot yang kompleks, Watak yang menggerakkan cerita
banyak jumlahnya, Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai dan suasana
serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang,
yakni lebih panjang daripada cerpen.
Contohnya Novel Julia yang merupakan karya Abu Hassan Morad yang memaparkan tema
kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.
Sehubungan dengan itu, novel Julia yang mengandungi 17 bab. Di sini menunjukkan, jalan
ceritanya panjang dan semestinya terdapat banyak penggunaan gaya bahasa yang menarik
dapat diserlahkan oleh pengarang.
3.2 Cerpen
Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu
ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya
tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.
Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan
yang diwarnai oleh pelbagai kejadian.
Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang
menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja.
3.3 Drama
Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra. Sejenis cereka yang berbentuk lakonan
dan selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang
bermaksud ‘gerak’.Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui acting
(perbuatan) dan dialog. Biasanya drama menampilkan sesuatu hal yang biasa terjadi dalam
kehidupan kita sehari-hari. Sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut
menyaksikan dan merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat. Ciri-ciri sebuah
drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja.
3.4 Sajak
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan
dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak mengungkapkan perasaan &
pemikiran penyair secara imaginatif dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan
bahasa, serta bentuk luaran dan dalaman.
Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih
indah, segar dan bebas. Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan
mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
3.5 Pantun
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman
berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
menulis dan membaca lagi.
Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan
terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk
menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
4.0 Perbicangan puisi dan prosa yang sesuai dengan teori.
4.1 PUISI MELAYU TRADISIONAL
Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan
fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan
bahasa. Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang
mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah.
Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003),
gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana
isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti
sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara
tersebut terjadi.
4.2 PROSA MELAYU TRADISIONAL
Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi
sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada
waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga
dikenali dengan nama, penglipur lara.
Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana
masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat
ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu,
rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur
ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai
penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan
peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.
Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita teladan
merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini bertemakan
pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau
pengajaran agama.
Rujukan.
Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd.
Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan PNoriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn Bhd.Pustaka.
Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sastera

  • 1.
    PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dansalam sejahtera. Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya Muhamad Syaffwan bin Che Ibrahim dari PISMP 2A2 ambilan Jun 2015 ingin merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kami berjaya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran Kesusasteraan Melayu iaitu Encik Yusuf bin saad atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya sekelas. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini iaitu Dr. Maridah binti Hj Alias kerana sering memberi nasihat dan dorongan moral kepada semua warga kampus ini. Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya kerana sedikit sebanyak telah memberi dorongan kepada saya sehingga berjaya belajar ke peringkat sekarang. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswakhususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini, insyaAllah. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu dan jasa anda semua akan tetap saya kenang. Sekian, terima kasih.
  • 2.
    1.0 Pengenalan kesusateraanMelayu. Kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan memerlukanitu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan. Menurut Hashim Awang (1987)mengatakan kesusasteraan itu adalah ‘ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan ditulis disebut sastera tulisan. Disamping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapnya. Menurut Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sasteraatau seni bahasa, dan secaraumumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Menurut Muhammad Hj Salleh (1995) pula, kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Oleh itu, kesusasteraan adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut pendapat tokoh diatas boleh dikatakan bahawa satera adalah suatu bidanng yang sangat unit dan mempunyai elemen tersendiri.
  • 3.
    2.0 Perkembangan kesusasteraanmelayu pada tahun 1980 sehingga kini. 2.1 Kedudukan sastera dalam sejarah. Ismail Hussein ( 1974) telah menyatakan sebanyak 5000 naskhah Melayu lama yang telah terkumpul di merata dunia dan dalam jumlah itu, kira-kira 50-60 terdiri daripada sastera sejarah. Jumlah naskhah Melayu telah bertambah semenjak 1974 kerana adanya peneumuan-penuemuaan baharu tetapi barangkali jumlah karya yang dalam golongan genre sasterasejarah tidak berubah. Yang berubah ialah bilangan jumlah bilangan teks sejarah teah dikaji secarailmiah. Namun demikian yang menjadikan hasil sasterasejarah itu paling penting bukannya jumlah isinya. Oleh sebab yang diperkatakan dalam satera sejarah itu sejarah sesebuah negara kota, maka karya itu merupakan karya yang dikemukakan dalam tulian-tulisan ini memberikan negara dan masyarakat kini satu latar belakang sejarah yang bermakna. Negara dan masyarakat yang wujud sekarang telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap daripada masyarakat dan kerajaan yangdiperkatakan dalam sejarah sastera itu. Sistem sejarah kesusateran melayu telah memberi sumbangan kearah membina satu identiti bangsa. Sejarah kesusasteraan melayu juga memberi negara satu latar balakang sejarah yang membanggakan. Masyarakat yang wujud sekarang bukanlah suatu masyarakat yang tidak tentu usulnya mala merupakan pewaris suatu masyarakat pada yang mempunyailatar yang gilang-gemilang. Masyarakat silam yang mnejadi nenek moyang kepada masyarakat kini merupakan satu masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi, beradab, dan berperaturan. Tulisan-tulisan ini juga, memberi gambaran sejarah, tulisan mencerminkan seluruh perkembangan kehidupan masyarakat silam dann aktiviti yang dilibatinya. Sejarah sosial ini, memberi maklumattentang politik, ekonomi, agama, kebudayaan dan sebagainya. Begitu juga, dengan perkembangan pemikiran manusia tentang alam, dunia, sekelilingnya dan dirinya sendiri yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran hindu pada mulanya sebelum pemikiran islam datang.
  • 4.
    2.2 Evolusi penulisansejarah Dalam sejarah melayu dinyatakan bahawa pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah ( Raja KecilBesr ), raja relah memerintahkan supaya segala peraturan dan larangan diperkemaskan menurut Shellbeaer (1978). Melihatkan betapa rapi dan halusnya segala peraturan dan adat istiadat dikemukakan,dipercayai penulisan sejarah itu mula dilaksakan pada zaman raja yang sama. Namun demikian, hal ini amatlah sukar dibuktikan kepastianya. Seperti hasil-hasi kesusasteraan terdisional melayu amnya, karya-karya sastera sejarah tdak mencatatkan tarikh penulisannya. Daripada apa yang diceritakan dan cara bagaimana sesuatu salinan it diperoleh kita memberi maklumat tentang tarikh penulisan atau sekurang- kurangnya tarikh penyalinan dibuat. Dalam pada itu, tidaklah terlalu mustahak untuk menyelesaikan persoalan semasa penulisan yang tepat bagi keseluruhan teks sastera sejarah. Penetapan ini hanya mungkin dilaksanakan dalam kes-kes individu sahaja. Secara kasar dapat dianggarkan bahawa penulisan sastera sejarah telah dilakukan semenjak pada bad keenam belas hingga ke abada sembilan belas. Sebagai hasil sastera, karya-karya dalam golongan sastera sejarah adalah sastera istana. Berbanding dengan sastera rakyat yang diciptakan dalam kalangan rakyat sendiri, sastera sejarah dikarang oleh seorang pengarang tertentu yang biasanya ialah pujangga istana yang bertugas di istana. Ada kalanya pengarang ini terdiri daripada golongan pembesar ataupun keluarga diraja sendiri. 3.0 Lima genre karya kreatif yang masih popular di persada dunia sastera tanah air. 3.1 Novel Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Istilah ‘novel’ diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali ‘novella’ yang bererti satu benda kecil yang baru. Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas plot yang kompleks, Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya, Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai dan suasana serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.
  • 5.
    Contohnya Novel Juliayang merupakan karya Abu Hassan Morad yang memaparkan tema kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan. Sehubungan dengan itu, novel Julia yang mengandungi 17 bab. Di sini menunjukkan, jalan ceritanya panjang dan semestinya terdapat banyak penggunaan gaya bahasa yang menarik dapat diserlahkan oleh pengarang. 3.2 Cerpen Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif. Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. 3.3 Drama Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra. Sejenis cereka yang berbentuk lakonan dan selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui acting (perbuatan) dan dialog. Biasanya drama menampilkan sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut menyaksikan dan merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat. Ciri-ciri sebuah drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja. 3.4 Sajak Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan dalaman. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas. Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
  • 6.
    3.5 Pantun Pantun adalahsejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. 4.0 Perbicangan puisi dan prosa yang sesuai dengan teori. 4.1 PUISI MELAYU TRADISIONAL Menurut Za’ba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Pendapat yang sama juga diutarakan oleh Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam susunan terindah. Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik (2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah perkara tersebut terjadi. 4.2 PROSA MELAYU TRADISIONAL Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu,
  • 7.
    rata-rata penceritaan sertakonteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan. Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan budaya atau pengajaran agama.
  • 8.
    Rujukan. Arba’ie Sujud. 2008.Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd. Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PNoriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.Pustaka. Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.