2. Daya tampung sumber alam merujuk kepada keupayaan
sumber alam menampung dan memenuhi keperluan
penduduk pada tempoh atau masa tertentu.
Daya tampung sumber alam bergantung kepada
beberapa faktor.Antaranya adalah:
(a) Kuantiti dan kualiti sumber alam yang ada
(b) Peningkatan teknologi untuk membangunkan sumber
(c) Pengurusan sumber alam yang cekap dan sistematik
(d) Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk
3. (i) kuantiti dan kualiti sumber alam menjadi asas penting
bagi menjamin daya tampung sumber yang
berkesan.Sesebuah negara yang mempunyai stok
sumber yang tentu dapat menampung keperluan
penduduknya untuk tempoh yang lebih lama.
(ii) Contohnya, Malaysia mampu menampung keperluan
makanan penduduknya kerana terdapat tanah pamah
yang subuh dan luas untuk aktitiviti pertanian.Hutan di
Malaysia juga masih luas dan sumber mineral juga
pelbagai yang boleh menampung keperluan penduduk
yang pelbagai.
4. (i) Daya tampung sumber alam bergantung kepada
tingkat atau tahap teknologi.Contohnya,teknologi moden
dalam pertanian serperti penggunaan baja kimia,racun
serangga,dan benih bermutu tinggi.
(ii) Jika teknologi lemah,daya tampung sumber alam
juga lemah.Contohnya,negara-negara sedang
membangun yang kurang modal dan kurang
teknologi,sumber tanahnya tidak dapat dibangunkan
dengan cekap.
(iii) Penyelidikan dan pembangunan bertujuan
mengoptimumkan penggunaan sumber dan
mengurangkan pembaziran.Antaranya,teknologi kitar
semula,industri hiliran dan pemprosesan lain.
5. (i) Pengurusan sumber alam yang cekap dan sistematik
paenting agar tidak berlaku pembaziran di samping
membolehkan daya tampung sumber alam sentiasa
berterusan untuk generasi akan datang.
(ii) Contohnya, pengurusan hutan secara lestari bagi
menjamin sumber kayu berterusan melalui projek
perladangan,penanaman semula hutan dan rawatan
sivikultur.
6. (i) Kawalan pertumbuhan peenduduk boleh dilakukan
melalui kawalan ke atas kadar kelahiran,dasar saiz
keluarga kecil,amalan perancangan keluarga dan had
umur layak berkahwin.
(ii) Keupayaan daya tampung sumber alam pada tempoh
tertentu bergantung kepada jumlah penduduk sesebuah
negara.Semakin besar jumlah penduduk di sesebuah
negara,tempoh daya tampungnya akan menjadi semakin
singkat.
(iii) Memastikan supaya daya tampung berterusan lama
adalah dengan mengawal kadar kelahiran supaya
sepadan dengan keupayaan sumber alam yang ada.