KULIAH 1
ALAM SEKITAR FIZIKAL
SEBAGAI SUATU SISTEM
1 a) Takrifkan maksud sistem
alam sekitar fizikal.
Satu set angkubah/ unsur fizikal yang saling berinteraksi
antara satu sama lain bagi mencapai tahap keseimbangan
yang dinamik dan kompleks sifatnya di dalam
sempadannya sendiri.
1 b) Bezakan tiga jenis
sistem fizikal yang berikut
i. Sistem terpencil mempunyai sempadan yang
tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk
tenaga dan bahan ke dalamnya.
ii. Sistem tertutup mempunyai sempadan tertentu
yang membenarkan pertukaran tenaga sahaja
iii. Sistem terbuka membenarkan kedua-dua bahan
dan tenaga masuk dan keluar menerusi
sempadannya yang bergerak dan beroperasi
hingga sampai ke tahap stabil (climax).
2 a) Rajah di bawah ini berkaitan
dengan interaksi antara sistem fizikal
Bagaimanakah matahari memainkan
peranannya terhadap komponen
atmosfera dan biosfera.
i. Matahari membekalkan tenaga kepada sistem
atmosfera untuk membolehkan berlakunya perubahan
suhu, proses kerpasan, pembentukan awan, angin dll.
ii. Matahari juga membekalkan tenaga untuk sistem
biosfera khususnya untuk tumbuhan menjalankan
proses fotosintesis dan haiwan menjalankan
pepeluhan.
2 b) Bezakan fungsi sistem litosfera
dan atmosfera dalam konteks alam
sekitar fizikal.
i. Litosfera berfungsi sebagai tempat berlakunya proses
geomorfologi seperti luluhawa, hakisan dan gerakan
jisim. Litosfera juga membekalkan batuan dan tanih.
ii. Atmosfera pula menjadi tempat berlakunya proses
sejatan, pemelowapan, kerpasan,pergerakan angin dll.
Tenaga haba sekitar juga tersimpan di dalam
atmosfera.
2 c) Bagaimanakah sistem hidrologi
mempengaruhi sistem atmosfera
Hidrologi membekalkan sumber air kepada sistem atmosfera untuk
membolehkan berlakunya proses-proses sejatan, pemelowapan dan
kerpasan. Air dari sungai, tasik,paya dan laut menjadi pembekal utama
wap-wap air ke atmosfera melalui sejatan.
2 d) Bagaimanakah aktiviti manusia
mengganggu keseimbangan sistem
geomorfologi?
i. Aktiviti perlombongan bijih timah,bijih besi dan
perlombongan pasir akan menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar, tidak stabil dan menyebabkan tanah runtuh.
ii. Aktiviti pemotongan cerun bukit untuk dibina
bangunan dan jalanraya menyebabkan ketidakstabilan cerun
yang memudahkan berlakunya hakisan dan tanah
runtuh.
2 e) Bagaimanakah aktiviti manusia
mengganggu keseimbangan sistem
atmosfera?
i. Aktiviti perindustrian dan pengangkutan. Membebaskan gas-gas
rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur
dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan
matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang
menyebabkan bahangan bumf terperangkap. Kesannya suhu
bumi akan meningkat. Berlakunya fenomena pulau haba bandar
dan pemanasan global.
ii. Aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tapak pertanian dan
kawasan pelupusan sampah. Aktiviti ini membebaskan partikel-
partikel terampai seperti asap, debu, habuk, jelaga dll. Partikel-
partikel tersebut akan terampai dalam udara kering dan boleh
menghasilkan fenomena jerebu.
2 f) Bagaimanakah aktiviti manusia
mengganggu keseimbangan sistem
hidrologi.
 Aktiviti penyahutanan (pembalakan dan pembersihan hutan). Aktiviti
ini akan memusnahkan kawasan tadahan. Mengurangkan kadar
susupan air ke dalam tanah, mengurangkan simpanan air dalam
sistem akuifer dan seterusnya mengurangkan aliran air bawah tanah
ke sungai, tasik, pays dll. Selain itu penyahutanan juga akan
mengurangkan kelembapan udara setempat. Cuaca menjadi lebih
panas.
 Aktiviti nembandaran (penurapan muka bumf di bandar). Muka
bumi bandar yang diturap dengan tar/bitumen dan aspalt akan
menutup liang-liang pore tanah yang menghalang proses susupan
air hujan ke dalam tanah. Kesannya lebih banyak air akan mengalir
di permukaan yang memudahkan berlakunya banjir kilat.
2 g) Bagaimanakah aktiviti manusia
mengganggu keseimbangan sistem
ekologi?
i. Aktiviti penyahutanan menyebabkan kemusnahan
habitat dan kepupusan pelbagai spesies fauna dan
flora yang tinggal di dalam hutan disamping
memusnahkan rantaian makanannya.
ii. Aktiviti penyaliran sisa toksid dari kilang ke dalam
sungai dan tasik akan menyebabkan kemusnahan
spesies hidupan akuatik di dalam air disamping
memusnahkan habitatnya.

Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM

  • 1.
    KULIAH 1 ALAM SEKITARFIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
  • 2.
    1 a) Takrifkanmaksud sistem alam sekitar fizikal. Satu set angkubah/ unsur fizikal yang saling berinteraksi antara satu sama lain bagi mencapai tahap keseimbangan yang dinamik dan kompleks sifatnya di dalam sempadannya sendiri.
  • 3.
    1 b) Bezakantiga jenis sistem fizikal yang berikut i. Sistem terpencil mempunyai sempadan yang tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya. ii. Sistem tertutup mempunyai sempadan tertentu yang membenarkan pertukaran tenaga sahaja iii. Sistem terbuka membenarkan kedua-dua bahan dan tenaga masuk dan keluar menerusi sempadannya yang bergerak dan beroperasi hingga sampai ke tahap stabil (climax).
  • 4.
    2 a) Rajahdi bawah ini berkaitan dengan interaksi antara sistem fizikal
  • 5.
    Bagaimanakah matahari memainkan peranannyaterhadap komponen atmosfera dan biosfera. i. Matahari membekalkan tenaga kepada sistem atmosfera untuk membolehkan berlakunya perubahan suhu, proses kerpasan, pembentukan awan, angin dll. ii. Matahari juga membekalkan tenaga untuk sistem biosfera khususnya untuk tumbuhan menjalankan proses fotosintesis dan haiwan menjalankan pepeluhan.
  • 6.
    2 b) Bezakanfungsi sistem litosfera dan atmosfera dalam konteks alam sekitar fizikal. i. Litosfera berfungsi sebagai tempat berlakunya proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan dan gerakan jisim. Litosfera juga membekalkan batuan dan tanih. ii. Atmosfera pula menjadi tempat berlakunya proses sejatan, pemelowapan, kerpasan,pergerakan angin dll. Tenaga haba sekitar juga tersimpan di dalam atmosfera.
  • 7.
    2 c) Bagaimanakahsistem hidrologi mempengaruhi sistem atmosfera Hidrologi membekalkan sumber air kepada sistem atmosfera untuk membolehkan berlakunya proses-proses sejatan, pemelowapan dan kerpasan. Air dari sungai, tasik,paya dan laut menjadi pembekal utama wap-wap air ke atmosfera melalui sejatan.
  • 8.
    2 d) Bagaimanakahaktiviti manusia mengganggu keseimbangan sistem geomorfologi? i. Aktiviti perlombongan bijih timah,bijih besi dan perlombongan pasir akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar, tidak stabil dan menyebabkan tanah runtuh. ii. Aktiviti pemotongan cerun bukit untuk dibina bangunan dan jalanraya menyebabkan ketidakstabilan cerun yang memudahkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh.
  • 9.
    2 e) Bagaimanakahaktiviti manusia mengganggu keseimbangan sistem atmosfera? i. Aktiviti perindustrian dan pengangkutan. Membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan bahangan bumf terperangkap. Kesannya suhu bumi akan meningkat. Berlakunya fenomena pulau haba bandar dan pemanasan global. ii. Aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tapak pertanian dan kawasan pelupusan sampah. Aktiviti ini membebaskan partikel- partikel terampai seperti asap, debu, habuk, jelaga dll. Partikel- partikel tersebut akan terampai dalam udara kering dan boleh menghasilkan fenomena jerebu.
  • 10.
    2 f) Bagaimanakahaktiviti manusia mengganggu keseimbangan sistem hidrologi.  Aktiviti penyahutanan (pembalakan dan pembersihan hutan). Aktiviti ini akan memusnahkan kawasan tadahan. Mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah, mengurangkan simpanan air dalam sistem akuifer dan seterusnya mengurangkan aliran air bawah tanah ke sungai, tasik, pays dll. Selain itu penyahutanan juga akan mengurangkan kelembapan udara setempat. Cuaca menjadi lebih panas.  Aktiviti nembandaran (penurapan muka bumf di bandar). Muka bumi bandar yang diturap dengan tar/bitumen dan aspalt akan menutup liang-liang pore tanah yang menghalang proses susupan air hujan ke dalam tanah. Kesannya lebih banyak air akan mengalir di permukaan yang memudahkan berlakunya banjir kilat.
  • 11.
    2 g) Bagaimanakahaktiviti manusia mengganggu keseimbangan sistem ekologi? i. Aktiviti penyahutanan menyebabkan kemusnahan habitat dan kepupusan pelbagai spesies fauna dan flora yang tinggal di dalam hutan disamping memusnahkan rantaian makanannya. ii. Aktiviti penyaliran sisa toksid dari kilang ke dalam sungai dan tasik akan menyebabkan kemusnahan spesies hidupan akuatik di dalam air disamping memusnahkan habitatnya.