Proposal penyelidikan merupakan rangka kerja yang dirancang oleh penyelidik sebelum melaksanakan penyelidikan sebenar untuk memberi panduan mengenai masalah, objektif, dan metodologi penyelidikan serta mendapatkan maklumbalas daripada penyelia. Proposal ini berfungsi sebagai panduan dan perjanjian antara penyelidik dan penyelia untuk merancang penyelidikan yang sistematik.
2. APAKAH PROPOSAL
PENYELIDIKAN?
Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik
sebelum penyelidikan sebenar dijalankan
Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan
bagi memantapkan penyelidikan
Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik
seperti projek ilmiah, latihan ilmiah,disertasi atau
tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan
mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi
berkaitan
3. APAKAH OBJEKTIF UTAMA
PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP)
1. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal
pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil
penyelidikannya
2. Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan
cadangan dan bimbingan terhadap perancangan
penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya
3. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan
penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah
penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian
dicadangkan berhasil
4. APAKAH PERMASALAHAN KAJIAN?
Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan
yang menggerakkan penyelidik memecahkannya
Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang
memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk
direalisasikan
Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan
antara dua atau lebih pemboleh ubah
Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak
kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang
boleh diuji secara empirikal
5. TIPS MENGENALPASTI MASALAH:
Masalah baru - Prinsip asas ‘nilai tambah ilmu’ perlu
diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan
Masalah tidak terlalu kecil - Elak berlaku halangan
perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud
penyelidikan yang hendak di capai
Masalah tidak terlalu besar - Pengkaji perlu ambilkira
faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Elak terjerumus
dalam kajian berbentuk umum.
6. APAKAH UKURAN BESAR ATAU
KECIL MASALAH?
Kemahiran penyelidik
Maklumat literature review
7. PENDEKATAN DALAM MENULIS
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan
kajian
2. Mengketengahkan latar sejarah permasalahan kajian
3. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu
kontemporari berdasarkan data atau maklumat
literatur
4. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian
untuk dikaji
8. APAKAH MATLAMAT KAJIAN?
Matlamat umum sesebuah kajian
Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan
9. APAKAH OBJEKTIF KAJIAN?
Adalah matlamat khusus yang mengandungi lebih
daripada satu tujuan
Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti
maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah
kajian dicadangkan. Objektif kajian hendaklah
berdasarkan prinsip ‘V’.
10. APAKAH TERMINOLOGI DALAM
OBJEKTIF KAJIAN?
Untuk mengenalpasti (to identify)
Untuk mencari hubungan (to correlate)
Untuk mengukur (to measure)
Untuk mengkaji (to examine)
Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
Untuk menganalisa (to analyze)
Untuk menilai (to evaluate)
Untuk membandingkan (to compare)
Untuk menentukan (to determine)
Untuk membuktikan (to prove)
Untuk mencadangkan (to propose)
11. APAKAH BATASAN KAJIAN?
Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak
terlalu luas
Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan
kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu
sedangkan menurut pandangan mereka relevan
dengan kajian
12. APAKAH ASAS DALAM BATASAN
KAJIAN?
1. Batasan masa
2. Batasan bidang kajian
3. Batasan lokasi kajian
13. APAKAH DEFINISI OPERASIONAL?
Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik
untuk diberikan huraian supaya tidak mengelirukan
pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain
seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik
Definisi operasional BUKAN definisi tajuk
Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai
dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar
bidang atau literatur berkaitan penyelidikannya
14. APAKAH METODOLOGI KAJIAN?
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data atau
menganalisa data
Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh
mencapai objektif yang dicadangkan
15. APAKAH ASPEK PENTING DALAM
METODOLOGI KAJIAN?
1. Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan,
deskriptif, eksperimen,kajian lapangan atau kajian
perpustakaan
2. Persampelan-persampelan mudah, persampelan
kuota etc,jumlah sampel dan kawasan sampel
3. Instrumen kajian-sama ada borang soal selidik,
temubual atau pemerhatian
4. Kaedah analisis data - menggunakan kajian
perbandingan, analisis kandungan dan sebagainya
16. APAKAH RANGKA CADANGAN
PENYELIDIKAN?
Bab-bab perlu ditulis dengan terperinci dengan
menyatakan tajuk utama dan sub-tajuk yang
dirancang
Sistem penomboran yang teliti perlu digunakan agar
tidak berlaku pertindihan dan pengulangan
17. RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI?
Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus dalam
penyeldikan
Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK tetapi
mempunyai berkaitan dengan kajian