SlideShare a Scribd company logo
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 1
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
(Malaysian Red Crescent Society)
PERAKUAN & IKRAR AHLI UNIT BELIA
Cawangan : Perak Cabang : Muallim
Unit Belia(sekolah) : ________________
Nama Penuh :_____________________________________________________________________
Tarikh Lahir : ____________________________ Tempat Lahir :________________________
Agama : ____________________________ No. KP : _______________________
Alamat(Rumah): ____________________________________________________________________
___________________________________________ No. Telefon : _______________________
Alamat(Sekolah): ____________________________________________________________________
___________________________________________ No. Telefon : _______________________
Nama saudara yang terdekat : _______________________________________________________
Alamat Saudara yang terdekat : _______________________________________________________
____________________________________________ No. Telefon : _______________________
Hubungan Persaudaraan : _______________________________________________________
Sijil BSMM yang telah dimiliki sehingga kini :
Bil Sijil No. Sijil Tarikh
Dikeluarkan
1 Asas Rekrut
2 Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah & UUKA
3 Pertolongan Cemas Asas dan CPR
4 Pendidikan Kesihatan
5 Rawatan Rumah
6 Lencana Kecekapan Kraf
7 Lencana Kecekapan Kawad kaki
8 Lencana Kecekapan Cegah Kebakaran
9 Ujian Kenaikan Pangkat (Nyatakan Pangkat Terkini)
10
11
12
BORANG 7
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 2
IKARAR AHLI BULAN SABIT MERAH
UNIT BELIA
1. Saya berikrar bahawa saya akan taat setia dan patuh kepada Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan pemerintah Negeri saya.
2. Saya berikrar akan taat setia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan sentiasa
mematuhi dan terikat dengan peraturan-peraturan, undang-undang atau arahan-arahan
yang dikenakan oleh Persatuan keatas diri saya.
3. Saya berjanji akan mencurahkan masa dan khidmat sukarela kepada Persatuan dan
mematuhi semua arahan yang diberikan oleh Pegawai atasan saya. Saya bersetuju akan
memberikan sekurang-kurangnya sebulan notis sebelum saya meletakkan jawatan atau
berhenti menjadi ahli.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 3
LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
(chorus)
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Di Ancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
HENRY
DUNANT
1828-1901
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 4
PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan,melindungi nyawa dan kesihatan, serta
menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman kesahabatan,kerjasama dan
kedamaian yang kekal antara manusia.
Saksama
Tidak membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau pendapat politik dalam kegiatanya.tujuan
asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.
Berkecualian
Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya.Persatuan tidak menyebelahi mana-
mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak
politik,perkauman,agama atau ideology.
Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
undang-undang negaranya.Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang
berasaskan perikemanusiaan.
Khidmat Sukarela
Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
Bersatu
Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah
negara.Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua Persatuan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama, iaitu membantu
satu sama lain
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 5
KAWAD KAKI
PERGERAKAN DAN HUKUMAN
PERGERAKAN STATIK
1.1 Sedia : baris, baris, sedia
1.2 Senang : senang diri
1.3 Rehatkan Diri : rehatkan diri
1.4 Pusing Kiri : bergerak ke kiri, dalam satu barisan / bertiga tiga / berturut turut, ke kiri / kanan /
belakang, pusing
1.5 Pusing Kanan : bergerak ke kanak, dalam satu barisan / bertiga tiga / berturut turut, ke kiri /
kanan / belakang, pusing
1.6 Pusing Belakang : menghadap kebelakang, ke kiri / kanan / belakang, pusing
1.7 Pusing Kehadapan : Baris akan menghadap kehadapan, ke kiri / kanan / belakang, pusing
PERGERAKAN BERJALAN
2.1 Buka Barisan : buka, barisan, gerak
2.2 Tutup Barisan : tutup, barisan, gerak
2.3 Kekanan Lurus : ke kanan, lurus
2.4 Pandang Depan : pandang depan
2.5 Hentak Kaki : hentak kaki, cepat
PERGERAKAN BERJALAN LALU
3.1 Cepat Jalan : dari kiri / kanan, cepat jalan
3.2 Berhenti : baris, henti
3.3 Hormat Kehadapan : hormat, hormat kehadapan, hormat
3.4 Hormat Ke Kiri : hormat, hormat ke kiri, hormat
3.5 Hormat Ke Kanan : hormat, hormat ke kanan, hormat
3.6 Hormat Selaku Terima Sijil : selaku terima sijil, hormat, hormat kehadapan, hormat
BAHASA MELAPOR
Melapor diri kepada …………………………….. – Skuad hendaklah sedia. Hormat – Selamat
Pagi tuan. Pasukan………………………………dari……………………………..berbaris
seramai……….orang siap untuk………………………..(diperiksa/membuat ujian)
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 6
SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
ANTARABANGSA
JEAN HENRY DUNANT
‘Bapa Palang Merah’, dilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Sebuah bandar
lama. Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang-
orang Kristian dan Yahudi. Selain daripada itu beliau juga
menjadi ahli sebuah organisasi ‘League of Alms’ di Geneva
yang bertujuan membantu penduduk yang miskin, sakit dan
serba kekurangan.
Beliau juga sering melawat penjara. Tujuannya agar para
banduan dapat mengubah sikap dan perangai mereka agar
lebih bertanggungjawab.
Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah
organisasi ‘Young Men’s Christian Union’ yang bergiat aktif di Switzerland, Peranchis dan Belgium.
Peranan organisasi tersebut sama dengan ‘Young Men’s Christian Association’ di England iaitu terlibat
dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
1849, bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva dan sambil mempelajari selok-belok
bidang perbankan. Atas dedikasinya beliau telah diberi jawatan sebagai pengurus sementara di sebuah
cawangan bank Swiss di Algeria iaitu ‘Colonies Suisses de Setif’. Namun minatnya yang mendalam
dalam bidang perniagaan, tidak lama kemudian beliau membuka perniagaan sendiri. 1858
menubuhkan ‘The Mons-Djemile Mills Company Limited’ di Algeria
Pengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan dalam sebuah bukunya ‘Kenangan
Di Solferino’. Beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri daripada para sukarelawan
yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para anggota tentera yang
cedera dalam peperangan.
Idea Dunant ini mendapat sambutan yang luar biasa. Apatah lagi konsep persatuan yangbersifat
antarabangsa dan antaranegara dalam menentukan penjagaan terhadap orang sakit telah menarik
minat ramai. Awal-awal lagi Genevese Society of Public Utility bersetuju untuk mempraktikkan
ideanya. Justeru, September/Oktober 1863 Dunant telah menjelajah ke beberapa buah ibu kota di
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 7
Eropah bagi menjelaskan ideanya itu. Beliau telah mengadakan perbincangan, pertemuan dengan
tokoh-tokoh yang berpengaruh termasuk raja-raja
Eropah.
Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik
kegemilangan Dunant.Sebuah jawatan kuasa
ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat
bagi merealisasikan ideanya yang hebat itu. 26-29
Oktober 1863 Persidangan Antarabangsa bagi
penubuhan Pertubuhan Palang Merah. Walau
bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864, merupakan
tahun-tahun kemerosotan Dunant. Tugasnya telah
diambil alih oleh individu yang lebih praktik dan
pragmatik.
22hb ogos 1864, konvensyen Geneva pertama ditandatangani. Perasaan malu dan kurang
keyakinan diri telah menguasai diri Dunant. 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Beliau
terpaksa ‘menyerahkan’ segala kemewahan yang beliau ada untuk melunaskan beban hutang yang
ada. Ini ditambah lagi dengan perniagaannya yang mengalami kemerosotan.
Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva, tempat kelahirannya untuk
selama-lamanya. Pada ketika itu Dunant, baru berusia 39 tahun. Satu lagi penghormatan menunggu
Dunant. Disember 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Beliau berkongsi hadiah tersebut dengan Frederick Passy,
seorang warga Peranchis. Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant menghembuskan nafas
terakhir di Heidden ketika berusia 82 tahun. Di sebuah perkampungan pergunungan yang tenang serta
di kelilingi para penduduk yang sangat mengaguminya.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 8
JAWATANKUASA BERLIMA
Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat
yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja
kemanusiannya. The Societ e Genevoise d’Utilite
Publique yang dipengaruhi seorang peguam muda,
Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap
gagasan idea Dunant. Dunant bersama, Guillaume-
Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan
Gustav Moynier dengan segera menubuhkan
Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera.
Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International
Committee of the Red Cross-ICRC). Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan
persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka. Pada 26-29
Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva. Para pekerja bantuan
dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar
belakangkan warna putih. Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan
pertempuran antara Prussia dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan
tentera Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC
menghadapi masalah pengiktirafan rasmi.
Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah
mengadakan sebuah persidangan diplomatik yang dihadiri oleh
12 buah negara. Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan
tentera yang cedera di medan pertempuran. Pada 22 Ogos 1864
resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12
orang wakil negara. Kemudiannya disusuli pula oleh negara-
negara lain.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 9
KONVENSYEN GENEVA
Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan
tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan. Dalam persidangan
tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan
antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor
tersebut terus diterima pakai dalam konvensyen tesebut.
Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah apa yang
Dunant namakan sebagai ‘keberkecualian’ . Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota kombatan
dan tidak boleh ditawan. Manakala orang awam yang membantu doktor dan nurse hendaklah
dihormati. Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai berkecuali. Justeru Konvensyen 1864 merupakan
suatu asas yang baik terhadap kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang antara Peranchis dan
Prussia (1870-1871), Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Russia-Jepun (1904). Selepas 1864,
beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsrune, Rome
(1892), Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902).
Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak 22 persatuan kebangsaan ditubuhkan. Semua negara
di Eropah termasuk Russia dan Turki bersetuju menerima pakai Konvensyen Geneva Pertama, 1864.
1867, semasa perang Russia-Turki, Turki telah memaklumkan kepada ICRC untuk menggunakan
lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Kemudiannya, idea tersebut diikuti
kebanyakan negara-negara Islam yang lain. Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan pertubuhan-
pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk membantu tugas-tugas perkhidmatan
tentera.
Apa yang penting mereka ‘dikecualikan’ daripada menjadi mangsa peperangan dan mereka hendaklah
berkecuali daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bertempur dalam memberikan rawatannya.
Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat cara diplomatik.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 10
STUKTUR DAN ORGANISASI
JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA - International Community Of Red Cross / Red
Crescent- (ICRC)
Ditubuhkan pada 1863. Merupakan badan berkecuali dan diberi status BADAN PEMERHATI OLEH
PERHIMPUNAN AGUNG BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) pada 16 Oktober 1990. Peranan ICRC
adalah:-
1. Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah.
2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa.
3. Mengiktiraf penubuhan Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
4. Menghantar bekalan-bekalan bantuan bencana.
5. Agensi pengesanan maklumat.
6. Menyediakan Anggota Perubatan sekiranya berlaku peperangan.
7. Pada masa perang:-
i.Menguatkuasakan Konvensyen Bantuan kepada tawanan,orang tahanan awam.
ii.Melawat ke kem-kem tawanan dan melaporkan kepada pihak berkuasa secara terus.
PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH – International Federation
of Red Cross and Red Crescent- (IFRC)
Ditubuhkan pada 1919,selepas Perang Dunia Pertama. Berperanan menyekutukan semua
Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah setiap negara. Ciri-ciri Persekutuan dan Perwakilan bagi
Persekutuan Anatarabangsa ini dapat dilihat pada kandungan badan-badan memerintah,terdiri
daripada:-
1. Perhimpunan Agung (General Assembly)
2. Majlis Eksekutif (Executive Council)
3. Suruhanjaya Statut(Statutory Commissions)
Perhimpunan Agung (General Assembly)
Dipengerusikan oleh PRESIDEN PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH. Merupakan
kuasa tertinggi Persekutuan. Bermesyuarat 2 tahun sekali dihadiri oleh 175 perwakilan Persatuan-
persatuan kebangsaan sebagai ahli kepada badan Persekutuan. Peranan untuk menentukan dasar
umum dan perancangan aktiviti.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 11
Majlis Eksekutif (Executive Council)
Badan bertindak ke atas segala keputusan yang dibuat didalam Perhimpunan Agong. Struktur
organisasinya mempunyai:
1. Presiden Persekutuan,
2. 8 Timbalan Presiden dilantik,
3. 1 orang Timbalan Presiden ex-officio,
4. 16 Ahli
Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions)
Terdapat 5 Suruhanjaya utama iaitu:
1. Suruhanjaya Kewangan,
2. Suruhajaya Belia,
3. Suruhanjaya Bantuan Bencana,
4. Suruhanjaya Pembangunan,
5. Suruhanjaya Kesihatan & Khidmat Masyarakat.
Merupakan badan tetap Persekutuan untuk menasihati Perhimpunan Agung dan Majlis Eksekutif
mengenai fungsi & tujuan Persekutuan dan hal-hal teknikal.
Sekretariat
Ibu Pejabat Persektuan Palang Merah Antarabangsa terletak di Geneva,Switzerland. Tugas
sekretariat ini sebagai melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh badan pemerintah serta
mengendalikan tugas-tugas pentadbiran. Ketua ialah Setiausaha Agung yang dilantik didalam
Perhimpunan Agung dan mempunyai kakitangan pelbagai bangsa. Bertindak sebagai penyelaras dalam
operasi bantuan antarabangsa. Sumber Kewangan Persekutuan diperolehi daripada sumbangan
semua ahli-ahli Persatuan dimana kuotanya ditetapkan oleh Surhnanjaya Kewangan.
Kerjasama
PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH (IFRC) sentiasa mengadakan perhubungan yang
kerap dengan JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC) bagi menyelaras aktiviti
mereka masing-masing yang telah termaktub didalam statut.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 12
SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
‘Kerana akibat peperangan,Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di
Tenggara Asia dan penduduk-penduduknya menanggung penderitaan yang amat sangat semasa
pemerintahan Jepun.Oleh demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti Palang Merah adalah banyak dan
sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya berkembang dalam
tahun-tahun yang akan datang.”
-Petikan dari Laporan Tahunan Persatuan Palang Merah British pada 1945-
1948 Persatuan Palang Merah Malaya (PPMM) Ditubuhkan di Malaya sebagai satu daripada
Cawangan Persatuan Palang Merah British di Borneo Utara (Sabah). 1950 Unit Palang Merah pertama
di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang yang kemudiannya menjadi satu cawangan. 1957
Unit Palang Merah pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang yang kemudiannya
menjadi satu cawangan.
1962 Akta Konvensyen Geneva 1962 dimasukkan kedalam Akta Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu No.5 Tahun 1962. 1963 Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.Dengan
penubuhan Malaysia,Persatuan Palang Merah Sabah & Sarawak telah bertukar menjadi Cawangan
Persatuan Palang Merah Malaysia. 1965 Persatuan Palang Merah Malaysia menerima piagamnya yang
merasmikan penubuhan satu Persatuan Palang Merah Kebangsaan bagi seluruh Malaysia melalui Akta
(Penubuhan)1965-Persatuan Palang Merah Malaysia.
1969 Persatuan Palang Merah Malaysia telah menubuhkan Perkhidmatan Ambulans Kecemasan
999 24 jam bagi kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Rancangan Persediaan Bancana dan bantuan
Palang Merah serta barisan Kenderaan
Bantuan diwujudkan yang mengandungi bot-
bot penyelamat,kenderaan dua alam,Treler
air,Dapur bergerak,Ambulans,Unit Kawalan
dan Penerangan,Trak dan Land Rover. 1970
Palang Merah Malaysia menjadi tuan rumah
Kursus Bantuan Serantau Pertama dengan
kerjasama Liga di Kuala Lumpur
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 13
1975 Melalui akta (Pertukaran Nama) Persatuan Palang
Merah Malaysia, Parlimen meluluskan undang-undang
menukar nama,panggilan dan lambang kepada PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSMM).Akta 162.
1977 PBSMM menjadi Persatuan Kebangsaan Pertama
daripada Persatuan kebangsan diseluruh dunia yang
dianugerahkan PINGAT NANSEN,mengiktoiraf perkhidmatan
cemerlang yang telah diberikannya kepada orang-prang
pelarian yang dikenali sebgai ‘Vietnamese Boat People’. 1979
PBSMM menjadi tuan rumah seminar Undang-Undang
Kemanusiaan Antarabangsa bagi kawasan Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur. 1981 PBSMM menjadi tuan
rumah Mesyuarat Keenam Pasukan Petugas Liga ICRC di Kuala Lumpur mengenai Orang-orang
Pelarian.
1982 PBSMM menjadi pertubuhan sukarela yang pertama di Malaysia menerima ANUGERAH
YAYASAN TUN ABDUL RAZAK sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlangnya kepada masyarakat
dan Orang-orang Pelarian Vietnam. 1983 PBSMM menjadi tuan rumah Seminar Teknikal yang kelima
mengenai Perkhidmatan Pengesanan dan Pengiriman Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Asia
Tenggara dengan kerjasama ICRC dan Liga di Kuala Lumpur.
1986 PBSMM menjadi tuan rumah Bengkel Undang-Undang Kemanusiaan Anatarabangsa yang
kedua bagi kawasan Asia Pasifik di Kuala Lumpur. 1991 Kempen bagi melindungi Mangsa Peperangan
Rayuan Bantuan bagi Mangsa Perang Teluk ‘Light The Darkness’ di Dataran Merdeka. Memenangi
anugerah Kualiti Perdana Menteri Bahagian Sosial. 1993 Perkhidmatan Panggilan Teledera PBSMM
telah dilancarkan oleh YB Dato’Napsiah
Omar,Menteri Perpaduan Negara dan
Masyarakat.
1994 Perkhidmatan Telekaunseling 24
jam PBSMM dilancarkan oleh YB
Dato’Napsiah Omar pada 5 Mei.
Menerima sijil penghargaan daripada
kerajaan sebagai pengiktirafan atas
bantuan kemanusiaan dalam operasi
menyelamat semasa Tragedi Highland
Tower pada bulan Disember. Penyerahan
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 14
tugas YM Tunku Tan Sri Mohamed B. Tunku Besar Burhanuddin menyerahkan tugas jawatan Pengerusi
PBSMM kepada YABhg. Tun
Dato’ Sri Abdul Hamid B. Omar
pada 31 Julai.
1995 Pelancaran “Seorang
Ahli Pertolongan Cemas Dalam
Setiap Rumah(First Aeder In
Every Home)” oleh YB Dato’
Chua Jui Meng,Menteri
Kesihatan pada 12 Ogos. 1996
Bekas Pengerusi PBSMM
Allahyarham YM Tunku Tan Sri
Mohamad B. Tunku Besar
Burhanuddin telah dianugerahkan PINGAT HENRY DUNANT sebagai tanda penghargaan sepanjang
hayatnnya dalam PBSMM. Penutupan rasmi Kem Penempatan di Sungai Besi menandakan bahawa
berakhirnya Program Bantuan kemanusiaan PBSMM kepada Masyarakat Orang Hanyut Vietnam pada
25 Jun.
1997 Pelancaran Unit Kecemasan Bermotorsikal oleh YB Datin Paduka Zaleha Ismail,Menteri
Perpaduan Negara pada 8 Jun. 1998 Kedai PBSM dilancarkan dengan rasminya oleh Pengerusi
Kebangsaan PBSMM YABhg. Tun Dato’ Seri Abdul Hamid Omar pada 8 Mac. Pelancaran rasmi Perayaan
Jubli Emas PBSMM pada 8 Mei oleh DYMM Yang Dipertuan Agong di Muzium Negara.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 15
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
Empat Konvensyen Geneva dan 2 Protokol Tambahan. Pengenalan secara ringkas tentang
keempat-empat Konvensyen dan 2 Protokol Tambahan. Secara umumnya, Konvensyen Geneva
Pertama ditandatangani untuk memberi perlindungan kepada mereka cedera dan sakit di daratan.
Konvensyen Geneva Kedua dipersetujui untuk melindungi mereka yang cedera, sakit dan kapal karam
di lautan. Konvensyen Geneva Ketiga pula memberi perlindungan kepada tahanan peperangan.
Konvensyen Geneva Keempat dan 2 Protokol Tambahan menggariskan perlindungan diberikan kepada
orang awam dan mereka yang lagi tidak terlibat dalam konflik bersenjata antarabangsa atau bukan
antarabangsa. Bilangan negara yang terlibat dalam perjanjian Konvensyen Geneva Sehingga sekarang,
terdapat 189 daripada 191 buah negara seluruh dunia telah menandatangi Konvensyen Geneva ini.
Malaysia telah menandatangani perjanjian ini pada tahun 1962.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 16
Konvensyen Geneva Pertama 1864
10 fasal yang digubal untuk melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan.
Fasal 12 dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi dari segi jantina, bangsa,
kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek yang lain.
Fasal 12 tidak boleh dibunuh, dimusnah atau diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal
Fasal 15 menerima rawatan yang mencukupi
Fasal 15 dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit.
Fasal 15-16 Semua parti yang terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang
sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi
Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( ICRC )
Fasal 9 Organisasi-organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama,
kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi
perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera.
Konvensyen Geneva Kedua 1907
Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut.
Fasal 12, 18 mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan
merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut.
Fasal 36-37 Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus
dihormati dan dilindungi.
Fasal 22 Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia tidak boleh
diserang atau ditahan.
Fasal 21 Pengangkutan air yang berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh
mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram. Mereka tidak
boleh ditangkap selagi kekal bertindak secara berkecuali
Fasal 14 Walaupun kapal perang tidak boleh menangkap pegawai perubatan kapal hospital,
tetapi mereka boleh menahan mereka yang cedera, sakit, dan terkaram
sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan
kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan.
Konvensyen Geneva Ketiga 1929
143 fasal yang menghuraikan tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat
kediaman yang sempurna dan menerima bekalan dan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang
memadai.
Fasal 70-72, 123 Tahanan perang dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga dan
menerima bungkusan bantuan.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 17
Fasal 13-14, 16 Tahanan perang tidak boleh diseksa atau digunakan untuk tujuan eksperimen
perubatan dan patut diberi perlindungan daripada tindakan ganas, celaan, hina.
Fasal 23 Tahanan perang wanita mesti dilayan dengan baik atas soal jantina.
Fasal 25-27,30 Penahan tidak boleh bertindak secara diskriminasi ke atas tahanan perang dari aspek
agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria
Fasal 50, 54 Tahanan perang mesti ditempatkan di tempat yang bersih dan terlindung, dan
menerima makanan, pakaian dan rawatan perubatan yang perlu untuk mengekalkan
kesihatan.
Fasal 82,84 Tahanan adalah tertakluk di bawah undang-undang penahan dan boleh dihadap ke
mahkamah penahan. Walaupun demikian, penahan mesti bersifat adil, saksama dan
membela tahanan dengan cekap.
Fasal 109-110 Tahanan perang yang sakit tenat mesti dihantar balik dengan segera.
Fasal 118 Semua tahanan perang harus dibebaskan dan dihantar balik dengan segera sejurus
selepas tamat peperangan, jika diminta.
Konvensyen Geneva Keempat 1949
Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas
Fasal 27 Keselamatan, penghormatan, hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya hidup dan
adat resam orang awam mesti dihormati.
Fasal 79-135 Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung – kecuali ketika perintah
berkurung atas keselamatan mereka.
Fasal 32,13 Orang awam mesti dilindungi daripada pembunuhan, penyeksaan, atau kekejaman
dan sebarang diskriminasi dari aspek agama, bangsa, politik, dan kewarganegaraan
Fasal 33,49 Mereka tidak boleh dipaksa dalam hukuman berkumpulan atau pembuangan negeri.
Fasal 33-34 Rompakan,pembalasan, pemusnahan harta benda dan penangkapan orang awam
adalah dilarang.
Fasal 24,25 Perlindungan kepada kanak-kanak yang terpisah diutamakan.
Fasal 55,58 Bekalan perubatan yang digunakan oleh ahli-ahli agama dibenarkan untuk dialihkan
dan dihantar.
Fasal 40 Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan
ketenteraan untuk
Fasal 54 pihak penjajah. Mereka mesti dibayar dengan upah yang munasabah untuk sebarang
kerja yang diberikan kepadanya.
Fasal 64 Pegawai umum dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka. Undang-undang
kawasan yang dijajah tetap dikuatkuasakan kecuali mereka mengemukakan
peraturan keselamatan mereka.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 18
Fasal 55 Pihak penjajah mesti membekalkan makanan dan perubatan dan mengekalkan
kemudahan perubatan dan kesihatan awam untuk keperluan penduduk.
Fasal 59 Jika keadaan ini tidak dapat dilakukan,maka mereka perlu mendapatkan bantuan
penghantaran daripada organisasi kemanusiaan berkecuali seperti ICRC.
Fasal 14 Hospital dan zon-zon keselamatan mesti diwujudkan untuk mereka yang cedera, sakit
dan orang tua, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan ibu yang Fasal 18
mengandung. Hospital umum dan pegawai hospital dilindungi.
Fasal 89-91 Orang kurungan mesti menerima makanan, pakaian dan rawatan perubatan yang
mencukupi serta perlindungan daripada risiko peperangan.
Fasal 132 Kanak-kanak, wanita hamil, ibu yang membawa bayi dan kanak-kanak, mereka yang
cedera dan sakit dan yang telah lama dikurungkan mesti dilepaskan sengan secepat
mungkin.
Protokol Tambahan I – 1977
102 fasal yang meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja
perubatan awam dalam konflik bersenjata antarabangsa
Fasal 51,54 melarang serangan berbuta tuli yang dilakukan pada penduduk awam dan
pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup.
Fasal 56, 53 Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuklear, objek-objek
bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang.
Fasal 76-77 Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai
Fasal 15,79 perubatan awam dan had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan.
Fasal 77 Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah 15 tahun untuk tujuan angkatan
tentera.
Fasal 35 Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau dan
penderitaan yang tidak perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan
adalah dilarang.
Fasal 85 Penggunaan salah satu emblem yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk
menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai
jenayah perang.
Protokol Tambahan II – 1977
Menghuraikan perlindungan diberikan kepada mangsa yang tertangkap dalam konflik bersenjata
dalaman yang berisiko tinggi seperti perang saudara – tidak termasuk rusuhan, demonstrasi atau
keganasan.
Fasal 5 Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti
yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 19
Fasal 4 Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam pemusuhan
patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan,
kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ke
tempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli-ahli keluarganya.
Fasal 13-14 Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak
bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman, sistem pembuangan atau sumber
minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 20
ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 21
BIL JAWATAN TUGAS PANGKAT
1.
Ketua Utama
Seksyen
 Melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli satu
kompeni.
 Memikul tanggungjawab pegawai ( penasihat )
apabila ketiadaan pegawai.
Ketua Utama
Seksyen
(Staf Sarjan)
2. Ketua Seksyen
 Menjaga satu platun ( 30 orang ).
 Membantu Staf Sarjan menjaga disiplin dan
melatih ahli-ahli dibawah jagaannya.
 Memikul tanggungjawab pegawai platun (
penasihat ) apabila ketiadaan pegawai platun.
Ketua
Seksyen
(Sarjan)
3.
Penolong Ketua
Seksyen
 Menjaga satu platun ( 10 orang ).
 Membantu Sarjan menjaga disiplin dan melatih
ahli-ahli dibawah jagaannya.
 Memikul tanggungjawab pegawai platun &
Sarjan ( penasihat ) apabila ketiadaan pegawai
platun & Sarjan.
Penolong
Ketua
Seksyen
(Koporal)
4. Lans Koporal  Membantu Koporal.
 Satu jawatan persediaan ke koporal penuh.
Kuatermaster
(Lans
koporal)
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 22
KURIKULUM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
UNIT BELIA ( SEKOLAH MENENGAH )
1.0 TINGKATAN 1 DAN AHLI BARU
1.1 Kursus Asas Keahlian ( Rekrut ).
a. Anjuran PBSM Cabang.
b. 3 hari 2 malam.
c. Modul, undang-undang persatuan dan pegenalan tentang persatuan.
d. Modul kawad kaki.
2.0 TINGKATAN 2
2.1 Kursus Pendidikan Palang Merah & Bulan Sabit Merah.
a. 4 jam kuliah anjuran sekolah.
b. 1 jam peperiksaan anjuran PBSM Cabang.
c. Penganugerahan sijil pendidikan PM & BSM
2.2 Kursus Kawad Kaki.
a. 5 jam kuliah anjuran cabang.
b. 1 jam ujian praktikel anjuran cabang.
3.0 TINGKATAN 3
3.1 Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR
a. 17 jam kuliah anjuran sekolah.
b. 1 jam 30 minit peperiksaan bertulis anjuran cabang.
c. 1 jam ujian lisan dan praktikel anjuran sekolah.
d. Penganugerahan Sijil Pertolongan Cemas dan CPR
4.0 TINGKATAN 4
4.1 Kem Kraf
a. 3 hari 2 malam anjuran cabang.
b. Ujian mendirikan khemah dan kebersihahan khemah.
c. Ujian mendirikan 5 gajet dan 1 model gajet.
d. Ujian memasak.
e. Ujian ikatan.
4.2 Kursus Pencegah Kebakaran.
a. 6 jam kuliah anjuran cabang.
b. 1 jam ujian bertulis.
5.0 TINGKATAN 5
5.1 Sekurang-kurangnya sekali menjadi pembantu perkhemahan yang di
anjurakan oleh pihak cabang.
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 23
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 24
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 25
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 26
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 27
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 28
I - 1
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 29
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 30
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 31
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 32
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 33
Bulan Sabit Merah Malaysia
Daerah Muallim
©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 34

More Related Content

What's hot

7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asas
Ros Nita
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
Herney Aqilah Kay
 

What's hot (20)

7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
7 prinsip palang merah dan bulan sabit merah
 
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmmKumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
Kumpulan 3 perlembagaan pertubuhan bsmm
 
Buku Panduan BSMM
Buku Panduan BSMMBuku Panduan BSMM
Buku Panduan BSMM
 
Bsm Malaysia
Bsm MalaysiaBsm Malaysia
Bsm Malaysia
 
7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asas
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Sejarah pbsm
Sejarah pbsmSejarah pbsm
Sejarah pbsm
 
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahUndang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
 
BSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterBSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city Chapter
 
Sejarah pbsm di malaysia
Sejarah pbsm di malaysiaSejarah pbsm di malaysia
Sejarah pbsm di malaysia
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmm Sejarah bsmm
Sejarah bsmm
 
Laporan(bdk)
Laporan(bdk)Laporan(bdk)
Laporan(bdk)
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Buku Log BSMM
Buku Log BSMMBuku Log BSMM
Buku Log BSMM
 
Bab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasiBab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasi
 
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKANCONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN KARNIVAL SUKAN
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 

Viewers also liked

162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
Renee Evelyn
 
Bab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemasBab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemas
Iqa Syafiqah
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merah
Jc Ape
 
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan CemasPrinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
norazanePBSM
 

Viewers also liked (18)

162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
162891365 struktur-dan-organisasi-peringkat-kebangsaan-pbsm
 
Buku panduan
Buku panduan Buku panduan
Buku panduan
 
Power point pertolongan cemas
Power point  pertolongan cemasPower point  pertolongan cemas
Power point pertolongan cemas
 
Bab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemasBab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemas
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
 
Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01Usm 130903023620-phpapp01
Usm 130903023620-phpapp01
 
Pelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniformPelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniform
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merah
 
Perisian Aplikasi vs Perisian Sistem dan Ingatan Utama vs Storan Sekunder
Perisian Aplikasi vs Perisian Sistem dan Ingatan Utama vs Storan SekunderPerisian Aplikasi vs Perisian Sistem dan Ingatan Utama vs Storan Sekunder
Perisian Aplikasi vs Perisian Sistem dan Ingatan Utama vs Storan Sekunder
 
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPAPERTOLONGAN CEMAS-SISPA
PERTOLONGAN CEMAS-SISPA
 
Contoh perkembangan esei sej
Contoh perkembangan esei sejContoh perkembangan esei sej
Contoh perkembangan esei sej
 
Pengurusan berat badan
Pengurusan berat badan Pengurusan berat badan
Pengurusan berat badan
 
Perkembangan Bahasa kanak kanak
Perkembangan Bahasa kanak kanakPerkembangan Bahasa kanak kanak
Perkembangan Bahasa kanak kanak
 
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan CemasPrinsip Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip Prinsip Pertolongan Cemas
 
Sistem pengurusan fail sktd2
Sistem pengurusan fail sktd2Sistem pengurusan fail sktd2
Sistem pengurusan fail sktd2
 
Balutan
BalutanBalutan
Balutan
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similar to Buku Teks Pendidikan Palang Merah (9)

Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptxSlaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
 
Sejarahbsmm
SejarahbsmmSejarahbsmm
Sejarahbsmm
 
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
 
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia Sejarah riwayat hidup sir henry dunant  : palang merah dunia
Sejarah riwayat hidup sir henry dunant : palang merah dunia
 
Pbsm
PbsmPbsm
Pbsm
 
Sejarah palang merah
Sejarah palang merahSejarah palang merah
Sejarah palang merah
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
BUKU LOG BSMM PPT ( MOONEEGA ) PJMS 3.pptx
BUKU LOG BSMM PPT  ( MOONEEGA ) PJMS 3.pptxBUKU LOG BSMM PPT  ( MOONEEGA ) PJMS 3.pptx
BUKU LOG BSMM PPT ( MOONEEGA ) PJMS 3.pptx
 
BSMM.pdf
BSMM.pdfBSMM.pdf
BSMM.pdf
 

More from Fathmalyn Abdullah

More from Fathmalyn Abdullah (20)

MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY POWER POINT
 MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY POWER POINT MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY POWER POINT
MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY POWER POINT
 
MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY
MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORYMULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY
MULTIDIMENSIONAL SELF-ESTEEM INVENTORY
 
Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
Bab 3 kaunselor
Bab 3   kaunselorBab 3   kaunselor
Bab 3 kaunselor
 
Bab 2 Kaunseling
Bab 2    KaunselingBab 2    Kaunseling
Bab 2 Kaunseling
 
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
Bab 1  Perkhidmatan Menolong Bab 1  Perkhidmatan Menolong
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
 
Kemahiran Belajar Menggunakan i-Think
Kemahiran Belajar Menggunakan i-ThinkKemahiran Belajar Menggunakan i-Think
Kemahiran Belajar Menggunakan i-Think
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Teori Alfred Adler
Teori Alfred AdlerTeori Alfred Adler
Teori Alfred Adler
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
Teori Rollo May
Teori Rollo MayTeori Rollo May
Teori Rollo May
 

Buku Teks Pendidikan Palang Merah

  • 1. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 1 PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (Malaysian Red Crescent Society) PERAKUAN & IKRAR AHLI UNIT BELIA Cawangan : Perak Cabang : Muallim Unit Belia(sekolah) : ________________ Nama Penuh :_____________________________________________________________________ Tarikh Lahir : ____________________________ Tempat Lahir :________________________ Agama : ____________________________ No. KP : _______________________ Alamat(Rumah): ____________________________________________________________________ ___________________________________________ No. Telefon : _______________________ Alamat(Sekolah): ____________________________________________________________________ ___________________________________________ No. Telefon : _______________________ Nama saudara yang terdekat : _______________________________________________________ Alamat Saudara yang terdekat : _______________________________________________________ ____________________________________________ No. Telefon : _______________________ Hubungan Persaudaraan : _______________________________________________________ Sijil BSMM yang telah dimiliki sehingga kini : Bil Sijil No. Sijil Tarikh Dikeluarkan 1 Asas Rekrut 2 Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah & UUKA 3 Pertolongan Cemas Asas dan CPR 4 Pendidikan Kesihatan 5 Rawatan Rumah 6 Lencana Kecekapan Kraf 7 Lencana Kecekapan Kawad kaki 8 Lencana Kecekapan Cegah Kebakaran 9 Ujian Kenaikan Pangkat (Nyatakan Pangkat Terkini) 10 11 12 BORANG 7
  • 2. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 2 IKARAR AHLI BULAN SABIT MERAH UNIT BELIA 1. Saya berikrar bahawa saya akan taat setia dan patuh kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan pemerintah Negeri saya. 2. Saya berikrar akan taat setia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan sentiasa mematuhi dan terikat dengan peraturan-peraturan, undang-undang atau arahan-arahan yang dikenakan oleh Persatuan keatas diri saya. 3. Saya berjanji akan mencurahkan masa dan khidmat sukarela kepada Persatuan dan mematuhi semua arahan yang diberikan oleh Pegawai atasan saya. Saya bersetuju akan memberikan sekurang-kurangnya sebulan notis sebelum saya meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli.
  • 3. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 3 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya (chorus) Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Di Ancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat HENRY DUNANT 1828-1901
  • 4. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 4 PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Kemanusiaan Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan,melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman kesahabatan,kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia. Saksama Tidak membezakan bangsa,kaum,agama,darjat atau pendapat politik dalam kegiatanya.tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan. Berkecualian Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya.Persatuan tidak menyebelahi mana- mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,perkauman,agama atau ideology. Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya.Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan. Khidmat Sukarela Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. Bersatu Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua Persatuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama, iaitu membantu satu sama lain
  • 5. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 5 KAWAD KAKI PERGERAKAN DAN HUKUMAN PERGERAKAN STATIK 1.1 Sedia : baris, baris, sedia 1.2 Senang : senang diri 1.3 Rehatkan Diri : rehatkan diri 1.4 Pusing Kiri : bergerak ke kiri, dalam satu barisan / bertiga tiga / berturut turut, ke kiri / kanan / belakang, pusing 1.5 Pusing Kanan : bergerak ke kanak, dalam satu barisan / bertiga tiga / berturut turut, ke kiri / kanan / belakang, pusing 1.6 Pusing Belakang : menghadap kebelakang, ke kiri / kanan / belakang, pusing 1.7 Pusing Kehadapan : Baris akan menghadap kehadapan, ke kiri / kanan / belakang, pusing PERGERAKAN BERJALAN 2.1 Buka Barisan : buka, barisan, gerak 2.2 Tutup Barisan : tutup, barisan, gerak 2.3 Kekanan Lurus : ke kanan, lurus 2.4 Pandang Depan : pandang depan 2.5 Hentak Kaki : hentak kaki, cepat PERGERAKAN BERJALAN LALU 3.1 Cepat Jalan : dari kiri / kanan, cepat jalan 3.2 Berhenti : baris, henti 3.3 Hormat Kehadapan : hormat, hormat kehadapan, hormat 3.4 Hormat Ke Kiri : hormat, hormat ke kiri, hormat 3.5 Hormat Ke Kanan : hormat, hormat ke kanan, hormat 3.6 Hormat Selaku Terima Sijil : selaku terima sijil, hormat, hormat kehadapan, hormat BAHASA MELAPOR Melapor diri kepada …………………………….. – Skuad hendaklah sedia. Hormat – Selamat Pagi tuan. Pasukan………………………………dari……………………………..berbaris seramai……….orang siap untuk………………………..(diperiksa/membuat ujian)
  • 6. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 6 SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA JEAN HENRY DUNANT ‘Bapa Palang Merah’, dilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Sebuah bandar lama. Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang- orang Kristian dan Yahudi. Selain daripada itu beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi ‘League of Alms’ di Geneva yang bertujuan membantu penduduk yang miskin, sakit dan serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara. Tujuannya agar para banduan dapat mengubah sikap dan perangai mereka agar lebih bertanggungjawab. Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah organisasi ‘Young Men’s Christian Union’ yang bergiat aktif di Switzerland, Peranchis dan Belgium. Peranan organisasi tersebut sama dengan ‘Young Men’s Christian Association’ di England iaitu terlibat dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. 1849, bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva dan sambil mempelajari selok-belok bidang perbankan. Atas dedikasinya beliau telah diberi jawatan sebagai pengurus sementara di sebuah cawangan bank Swiss di Algeria iaitu ‘Colonies Suisses de Setif’. Namun minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan, tidak lama kemudian beliau membuka perniagaan sendiri. 1858 menubuhkan ‘The Mons-Djemile Mills Company Limited’ di Algeria Pengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan dalam sebuah bukunya ‘Kenangan Di Solferino’. Beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri daripada para sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para anggota tentera yang cedera dalam peperangan. Idea Dunant ini mendapat sambutan yang luar biasa. Apatah lagi konsep persatuan yangbersifat antarabangsa dan antaranegara dalam menentukan penjagaan terhadap orang sakit telah menarik minat ramai. Awal-awal lagi Genevese Society of Public Utility bersetuju untuk mempraktikkan ideanya. Justeru, September/Oktober 1863 Dunant telah menjelajah ke beberapa buah ibu kota di
  • 7. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 7 Eropah bagi menjelaskan ideanya itu. Beliau telah mengadakan perbincangan, pertemuan dengan tokoh-tokoh yang berpengaruh termasuk raja-raja Eropah. Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik kegemilangan Dunant.Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat bagi merealisasikan ideanya yang hebat itu. 26-29 Oktober 1863 Persidangan Antarabangsa bagi penubuhan Pertubuhan Palang Merah. Walau bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864, merupakan tahun-tahun kemerosotan Dunant. Tugasnya telah diambil alih oleh individu yang lebih praktik dan pragmatik. 22hb ogos 1864, konvensyen Geneva pertama ditandatangani. Perasaan malu dan kurang keyakinan diri telah menguasai diri Dunant. 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Beliau terpaksa ‘menyerahkan’ segala kemewahan yang beliau ada untuk melunaskan beban hutang yang ada. Ini ditambah lagi dengan perniagaannya yang mengalami kemerosotan. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva, tempat kelahirannya untuk selama-lamanya. Pada ketika itu Dunant, baru berusia 39 tahun. Satu lagi penghormatan menunggu Dunant. Disember 1901, Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Beliau berkongsi hadiah tersebut dengan Frederick Passy, seorang warga Peranchis. Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant menghembuskan nafas terakhir di Heidden ketika berusia 82 tahun. Di sebuah perkampungan pergunungan yang tenang serta di kelilingi para penduduk yang sangat mengaguminya.
  • 8. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 8 JAWATANKUASA BERLIMA Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja kemanusiannya. The Societ e Genevoise d’Utilite Publique yang dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea Dunant. Dunant bersama, Guillaume- Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera. Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross-ICRC). Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka. Pada 26-29 Oktober 1863, deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva. Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih. Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah pengiktirafan rasmi. Ogos 1864, Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan sebuah persidangan diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara. Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran. Pada 22 Ogos 1864 resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara. Kemudiannya disusuli pula oleh negara- negara lain.
  • 9. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 9 KONVENSYEN GENEVA Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan. Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor tersebut terus diterima pakai dalam konvensyen tesebut. Pada akhir konvensyen tersebut, 10 artikel telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah apa yang Dunant namakan sebagai ‘keberkecualian’ . Doktor dan nurse tidak lagi dianggap anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Manakala orang awam yang membantu doktor dan nurse hendaklah dihormati. Hospital serta ambulan diiktiraf sebagai berkecuali. Justeru Konvensyen 1864 merupakan suatu asas yang baik terhadap kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang antara Peranchis dan Prussia (1870-1871), Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Russia-Jepun (1904). Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St.Petersburg (1902). Dalam temph 10 tahun pertama, sebanyak 22 persatuan kebangsaan ditubuhkan. Semua negara di Eropah termasuk Russia dan Turki bersetuju menerima pakai Konvensyen Geneva Pertama, 1864. 1867, semasa perang Russia-Turki, Turki telah memaklumkan kepada ICRC untuk menggunakan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Kemudiannya, idea tersebut diikuti kebanyakan negara-negara Islam yang lain. Satu resolusi telah dicapai untuk mewujudkan pertubuhan- pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk membantu tugas-tugas perkhidmatan tentera. Apa yang penting mereka ‘dikecualikan’ daripada menjadi mangsa peperangan dan mereka hendaklah berkecuali daripada menyebelahi mana-mana pihak yang bertempur dalam memberikan rawatannya. Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat cara diplomatik.
  • 10. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 10 STUKTUR DAN ORGANISASI JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA - International Community Of Red Cross / Red Crescent- (ICRC) Ditubuhkan pada 1863. Merupakan badan berkecuali dan diberi status BADAN PEMERHATI OLEH PERHIMPUNAN AGUNG BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) pada 16 Oktober 1990. Peranan ICRC adalah:- 1. Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah. 2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa. 3. Mengiktiraf penubuhan Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. 4. Menghantar bekalan-bekalan bantuan bencana. 5. Agensi pengesanan maklumat. 6. Menyediakan Anggota Perubatan sekiranya berlaku peperangan. 7. Pada masa perang:- i.Menguatkuasakan Konvensyen Bantuan kepada tawanan,orang tahanan awam. ii.Melawat ke kem-kem tawanan dan melaporkan kepada pihak berkuasa secara terus. PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH – International Federation of Red Cross and Red Crescent- (IFRC) Ditubuhkan pada 1919,selepas Perang Dunia Pertama. Berperanan menyekutukan semua Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah setiap negara. Ciri-ciri Persekutuan dan Perwakilan bagi Persekutuan Anatarabangsa ini dapat dilihat pada kandungan badan-badan memerintah,terdiri daripada:- 1. Perhimpunan Agung (General Assembly) 2. Majlis Eksekutif (Executive Council) 3. Suruhanjaya Statut(Statutory Commissions) Perhimpunan Agung (General Assembly) Dipengerusikan oleh PRESIDEN PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH. Merupakan kuasa tertinggi Persekutuan. Bermesyuarat 2 tahun sekali dihadiri oleh 175 perwakilan Persatuan- persatuan kebangsaan sebagai ahli kepada badan Persekutuan. Peranan untuk menentukan dasar umum dan perancangan aktiviti.
  • 11. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 11 Majlis Eksekutif (Executive Council) Badan bertindak ke atas segala keputusan yang dibuat didalam Perhimpunan Agong. Struktur organisasinya mempunyai: 1. Presiden Persekutuan, 2. 8 Timbalan Presiden dilantik, 3. 1 orang Timbalan Presiden ex-officio, 4. 16 Ahli Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions) Terdapat 5 Suruhanjaya utama iaitu: 1. Suruhanjaya Kewangan, 2. Suruhajaya Belia, 3. Suruhanjaya Bantuan Bencana, 4. Suruhanjaya Pembangunan, 5. Suruhanjaya Kesihatan & Khidmat Masyarakat. Merupakan badan tetap Persekutuan untuk menasihati Perhimpunan Agung dan Majlis Eksekutif mengenai fungsi & tujuan Persekutuan dan hal-hal teknikal. Sekretariat Ibu Pejabat Persektuan Palang Merah Antarabangsa terletak di Geneva,Switzerland. Tugas sekretariat ini sebagai melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh badan pemerintah serta mengendalikan tugas-tugas pentadbiran. Ketua ialah Setiausaha Agung yang dilantik didalam Perhimpunan Agung dan mempunyai kakitangan pelbagai bangsa. Bertindak sebagai penyelaras dalam operasi bantuan antarabangsa. Sumber Kewangan Persekutuan diperolehi daripada sumbangan semua ahli-ahli Persatuan dimana kuotanya ditetapkan oleh Surhnanjaya Kewangan. Kerjasama PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH (IFRC) sentiasa mengadakan perhubungan yang kerap dengan JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC) bagi menyelaras aktiviti mereka masing-masing yang telah termaktub didalam statut.
  • 12. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 12 SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ‘Kerana akibat peperangan,Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduk-penduduknya menanggung penderitaan yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun.Oleh demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti Palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya berkembang dalam tahun-tahun yang akan datang.” -Petikan dari Laporan Tahunan Persatuan Palang Merah British pada 1945- 1948 Persatuan Palang Merah Malaya (PPMM) Ditubuhkan di Malaya sebagai satu daripada Cawangan Persatuan Palang Merah British di Borneo Utara (Sabah). 1950 Unit Palang Merah pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang yang kemudiannya menjadi satu cawangan. 1957 Unit Palang Merah pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang yang kemudiannya menjadi satu cawangan. 1962 Akta Konvensyen Geneva 1962 dimasukkan kedalam Akta Parlimen Persekutuan Tanah Melayu No.5 Tahun 1962. 1963 Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.Dengan penubuhan Malaysia,Persatuan Palang Merah Sabah & Sarawak telah bertukar menjadi Cawangan Persatuan Palang Merah Malaysia. 1965 Persatuan Palang Merah Malaysia menerima piagamnya yang merasmikan penubuhan satu Persatuan Palang Merah Kebangsaan bagi seluruh Malaysia melalui Akta (Penubuhan)1965-Persatuan Palang Merah Malaysia. 1969 Persatuan Palang Merah Malaysia telah menubuhkan Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 999 24 jam bagi kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Rancangan Persediaan Bancana dan bantuan Palang Merah serta barisan Kenderaan Bantuan diwujudkan yang mengandungi bot- bot penyelamat,kenderaan dua alam,Treler air,Dapur bergerak,Ambulans,Unit Kawalan dan Penerangan,Trak dan Land Rover. 1970 Palang Merah Malaysia menjadi tuan rumah Kursus Bantuan Serantau Pertama dengan kerjasama Liga di Kuala Lumpur
  • 13. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 13 1975 Melalui akta (Pertukaran Nama) Persatuan Palang Merah Malaysia, Parlimen meluluskan undang-undang menukar nama,panggilan dan lambang kepada PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSMM).Akta 162. 1977 PBSMM menjadi Persatuan Kebangsaan Pertama daripada Persatuan kebangsan diseluruh dunia yang dianugerahkan PINGAT NANSEN,mengiktoiraf perkhidmatan cemerlang yang telah diberikannya kepada orang-prang pelarian yang dikenali sebgai ‘Vietnamese Boat People’. 1979 PBSMM menjadi tuan rumah seminar Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa bagi kawasan Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur. 1981 PBSMM menjadi tuan rumah Mesyuarat Keenam Pasukan Petugas Liga ICRC di Kuala Lumpur mengenai Orang-orang Pelarian. 1982 PBSMM menjadi pertubuhan sukarela yang pertama di Malaysia menerima ANUGERAH YAYASAN TUN ABDUL RAZAK sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlangnya kepada masyarakat dan Orang-orang Pelarian Vietnam. 1983 PBSMM menjadi tuan rumah Seminar Teknikal yang kelima mengenai Perkhidmatan Pengesanan dan Pengiriman Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Asia Tenggara dengan kerjasama ICRC dan Liga di Kuala Lumpur. 1986 PBSMM menjadi tuan rumah Bengkel Undang-Undang Kemanusiaan Anatarabangsa yang kedua bagi kawasan Asia Pasifik di Kuala Lumpur. 1991 Kempen bagi melindungi Mangsa Peperangan Rayuan Bantuan bagi Mangsa Perang Teluk ‘Light The Darkness’ di Dataran Merdeka. Memenangi anugerah Kualiti Perdana Menteri Bahagian Sosial. 1993 Perkhidmatan Panggilan Teledera PBSMM telah dilancarkan oleh YB Dato’Napsiah Omar,Menteri Perpaduan Negara dan Masyarakat. 1994 Perkhidmatan Telekaunseling 24 jam PBSMM dilancarkan oleh YB Dato’Napsiah Omar pada 5 Mei. Menerima sijil penghargaan daripada kerajaan sebagai pengiktirafan atas bantuan kemanusiaan dalam operasi menyelamat semasa Tragedi Highland Tower pada bulan Disember. Penyerahan
  • 14. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 14 tugas YM Tunku Tan Sri Mohamed B. Tunku Besar Burhanuddin menyerahkan tugas jawatan Pengerusi PBSMM kepada YABhg. Tun Dato’ Sri Abdul Hamid B. Omar pada 31 Julai. 1995 Pelancaran “Seorang Ahli Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah(First Aeder In Every Home)” oleh YB Dato’ Chua Jui Meng,Menteri Kesihatan pada 12 Ogos. 1996 Bekas Pengerusi PBSMM Allahyarham YM Tunku Tan Sri Mohamad B. Tunku Besar Burhanuddin telah dianugerahkan PINGAT HENRY DUNANT sebagai tanda penghargaan sepanjang hayatnnya dalam PBSMM. Penutupan rasmi Kem Penempatan di Sungai Besi menandakan bahawa berakhirnya Program Bantuan kemanusiaan PBSMM kepada Masyarakat Orang Hanyut Vietnam pada 25 Jun. 1997 Pelancaran Unit Kecemasan Bermotorsikal oleh YB Datin Paduka Zaleha Ismail,Menteri Perpaduan Negara pada 8 Jun. 1998 Kedai PBSM dilancarkan dengan rasminya oleh Pengerusi Kebangsaan PBSMM YABhg. Tun Dato’ Seri Abdul Hamid Omar pada 8 Mac. Pelancaran rasmi Perayaan Jubli Emas PBSMM pada 8 Mei oleh DYMM Yang Dipertuan Agong di Muzium Negara.
  • 15. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 15 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Empat Konvensyen Geneva dan 2 Protokol Tambahan. Pengenalan secara ringkas tentang keempat-empat Konvensyen dan 2 Protokol Tambahan. Secara umumnya, Konvensyen Geneva Pertama ditandatangani untuk memberi perlindungan kepada mereka cedera dan sakit di daratan. Konvensyen Geneva Kedua dipersetujui untuk melindungi mereka yang cedera, sakit dan kapal karam di lautan. Konvensyen Geneva Ketiga pula memberi perlindungan kepada tahanan peperangan. Konvensyen Geneva Keempat dan 2 Protokol Tambahan menggariskan perlindungan diberikan kepada orang awam dan mereka yang lagi tidak terlibat dalam konflik bersenjata antarabangsa atau bukan antarabangsa. Bilangan negara yang terlibat dalam perjanjian Konvensyen Geneva Sehingga sekarang, terdapat 189 daripada 191 buah negara seluruh dunia telah menandatangi Konvensyen Geneva ini. Malaysia telah menandatangani perjanjian ini pada tahun 1962.
  • 16. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 16 Konvensyen Geneva Pertama 1864 10 fasal yang digubal untuk melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan. Fasal 12 dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi dari segi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek yang lain. Fasal 12 tidak boleh dibunuh, dimusnah atau diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal Fasal 15 menerima rawatan yang mencukupi Fasal 15 dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit. Fasal 15-16 Semua parti yang terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( ICRC ) Fasal 9 Organisasi-organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera. Konvensyen Geneva Kedua 1907 Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Fasal 12, 18 mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. Fasal 36-37 Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. Fasal 22 Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. Fasal 21 Pengangkutan air yang berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram. Mereka tidak boleh ditangkap selagi kekal bertindak secara berkecuali Fasal 14 Walaupun kapal perang tidak boleh menangkap pegawai perubatan kapal hospital, tetapi mereka boleh menahan mereka yang cedera, sakit, dan terkaram sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan. Konvensyen Geneva Ketiga 1929 143 fasal yang menghuraikan tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan dan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang memadai. Fasal 70-72, 123 Tahanan perang dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga dan menerima bungkusan bantuan.
  • 17. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 17 Fasal 13-14, 16 Tahanan perang tidak boleh diseksa atau digunakan untuk tujuan eksperimen perubatan dan patut diberi perlindungan daripada tindakan ganas, celaan, hina. Fasal 23 Tahanan perang wanita mesti dilayan dengan baik atas soal jantina. Fasal 25-27,30 Penahan tidak boleh bertindak secara diskriminasi ke atas tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria Fasal 50, 54 Tahanan perang mesti ditempatkan di tempat yang bersih dan terlindung, dan menerima makanan, pakaian dan rawatan perubatan yang perlu untuk mengekalkan kesihatan. Fasal 82,84 Tahanan adalah tertakluk di bawah undang-undang penahan dan boleh dihadap ke mahkamah penahan. Walaupun demikian, penahan mesti bersifat adil, saksama dan membela tahanan dengan cekap. Fasal 109-110 Tahanan perang yang sakit tenat mesti dihantar balik dengan segera. Fasal 118 Semua tahanan perang harus dibebaskan dan dihantar balik dengan segera sejurus selepas tamat peperangan, jika diminta. Konvensyen Geneva Keempat 1949 Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas Fasal 27 Keselamatan, penghormatan, hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya hidup dan adat resam orang awam mesti dihormati. Fasal 79-135 Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung – kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka. Fasal 32,13 Orang awam mesti dilindungi daripada pembunuhan, penyeksaan, atau kekejaman dan sebarang diskriminasi dari aspek agama, bangsa, politik, dan kewarganegaraan Fasal 33,49 Mereka tidak boleh dipaksa dalam hukuman berkumpulan atau pembuangan negeri. Fasal 33-34 Rompakan,pembalasan, pemusnahan harta benda dan penangkapan orang awam adalah dilarang. Fasal 24,25 Perlindungan kepada kanak-kanak yang terpisah diutamakan. Fasal 55,58 Bekalan perubatan yang digunakan oleh ahli-ahli agama dibenarkan untuk dialihkan dan dihantar. Fasal 40 Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan ketenteraan untuk Fasal 54 pihak penjajah. Mereka mesti dibayar dengan upah yang munasabah untuk sebarang kerja yang diberikan kepadanya. Fasal 64 Pegawai umum dibenarkan untuk meneruskan kerja mereka. Undang-undang kawasan yang dijajah tetap dikuatkuasakan kecuali mereka mengemukakan peraturan keselamatan mereka.
  • 18. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 18 Fasal 55 Pihak penjajah mesti membekalkan makanan dan perubatan dan mengekalkan kemudahan perubatan dan kesihatan awam untuk keperluan penduduk. Fasal 59 Jika keadaan ini tidak dapat dilakukan,maka mereka perlu mendapatkan bantuan penghantaran daripada organisasi kemanusiaan berkecuali seperti ICRC. Fasal 14 Hospital dan zon-zon keselamatan mesti diwujudkan untuk mereka yang cedera, sakit dan orang tua, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dan ibu yang Fasal 18 mengandung. Hospital umum dan pegawai hospital dilindungi. Fasal 89-91 Orang kurungan mesti menerima makanan, pakaian dan rawatan perubatan yang mencukupi serta perlindungan daripada risiko peperangan. Fasal 132 Kanak-kanak, wanita hamil, ibu yang membawa bayi dan kanak-kanak, mereka yang cedera dan sakit dan yang telah lama dikurungkan mesti dilepaskan sengan secepat mungkin. Protokol Tambahan I – 1977 102 fasal yang meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja perubatan awam dalam konflik bersenjata antarabangsa Fasal 51,54 melarang serangan berbuta tuli yang dilakukan pada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup. Fasal 56, 53 Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuklear, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. Fasal 76-77 Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai Fasal 15,79 perubatan awam dan had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Fasal 77 Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Fasal 35 Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau dan penderitaan yang tidak perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Fasal 85 Penggunaan salah satu emblem yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah perang. Protokol Tambahan II – 1977 Menghuraikan perlindungan diberikan kepada mangsa yang tertangkap dalam konflik bersenjata dalaman yang berisiko tinggi seperti perang saudara – tidak termasuk rusuhan, demonstrasi atau keganasan. Fasal 5 Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva.
  • 19. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 19 Fasal 4 Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam pemusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mesti dipindahkan ke tempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli-ahli keluarganya. Fasal 13-14 Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman, sistem pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang
  • 20. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 20 ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA
  • 21. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 21 BIL JAWATAN TUGAS PANGKAT 1. Ketua Utama Seksyen  Melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli satu kompeni.  Memikul tanggungjawab pegawai ( penasihat ) apabila ketiadaan pegawai. Ketua Utama Seksyen (Staf Sarjan) 2. Ketua Seksyen  Menjaga satu platun ( 30 orang ).  Membantu Staf Sarjan menjaga disiplin dan melatih ahli-ahli dibawah jagaannya.  Memikul tanggungjawab pegawai platun ( penasihat ) apabila ketiadaan pegawai platun. Ketua Seksyen (Sarjan) 3. Penolong Ketua Seksyen  Menjaga satu platun ( 10 orang ).  Membantu Sarjan menjaga disiplin dan melatih ahli-ahli dibawah jagaannya.  Memikul tanggungjawab pegawai platun & Sarjan ( penasihat ) apabila ketiadaan pegawai platun & Sarjan. Penolong Ketua Seksyen (Koporal) 4. Lans Koporal  Membantu Koporal.  Satu jawatan persediaan ke koporal penuh. Kuatermaster (Lans koporal)
  • 22. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 22 KURIKULUM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA UNIT BELIA ( SEKOLAH MENENGAH ) 1.0 TINGKATAN 1 DAN AHLI BARU 1.1 Kursus Asas Keahlian ( Rekrut ). a. Anjuran PBSM Cabang. b. 3 hari 2 malam. c. Modul, undang-undang persatuan dan pegenalan tentang persatuan. d. Modul kawad kaki. 2.0 TINGKATAN 2 2.1 Kursus Pendidikan Palang Merah & Bulan Sabit Merah. a. 4 jam kuliah anjuran sekolah. b. 1 jam peperiksaan anjuran PBSM Cabang. c. Penganugerahan sijil pendidikan PM & BSM 2.2 Kursus Kawad Kaki. a. 5 jam kuliah anjuran cabang. b. 1 jam ujian praktikel anjuran cabang. 3.0 TINGKATAN 3 3.1 Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR a. 17 jam kuliah anjuran sekolah. b. 1 jam 30 minit peperiksaan bertulis anjuran cabang. c. 1 jam ujian lisan dan praktikel anjuran sekolah. d. Penganugerahan Sijil Pertolongan Cemas dan CPR 4.0 TINGKATAN 4 4.1 Kem Kraf a. 3 hari 2 malam anjuran cabang. b. Ujian mendirikan khemah dan kebersihahan khemah. c. Ujian mendirikan 5 gajet dan 1 model gajet. d. Ujian memasak. e. Ujian ikatan. 4.2 Kursus Pencegah Kebakaran. a. 6 jam kuliah anjuran cabang. b. 1 jam ujian bertulis. 5.0 TINGKATAN 5 5.1 Sekurang-kurangnya sekali menjadi pembantu perkhemahan yang di anjurakan oleh pihak cabang.
  • 23. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 23
  • 24. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 24
  • 25. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 25
  • 26. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 26
  • 27. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 27
  • 28. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 28 I - 1
  • 29. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 29
  • 30. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 30
  • 31. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 31
  • 32. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 32
  • 33. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 33
  • 34. Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim ©Hak Cipta Terpelihara BSMMTMSR 2015 34