SlideShare a Scribd company logo
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
FOLIO
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA:
NO MATRIK:
UNIT/ AMBILAN: RBT AMBILAN JANUARI 2013
PENSYARAH PENASIHAT:
EN. MOHAMMAD BIN AB. LATIFF
DR.HJ ABDULLAH BIN MOHAMMAD
EN. AZIZO BIN AWANG
Sejarah unit beruniform PBSM
SEJARAH
1. Pengasas
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry
Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali
dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000
tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke
Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke
sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya ‘A Memory
of Solferino’ telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah.
Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan
ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera
dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-
mana pasukan hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk
tanpa kehadiran beliau sendiri.
2. Sejarah Palang Merah & Bulan Sabit Merah di Dunia
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau
pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian.
Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang
antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang
tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC – International Committee of the
Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas
jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi
nyawa dan kehormatan mangsa perang.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC
– International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan
pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan
kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva,
Switzerland.
Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
3. Sejarah Ringkas BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun
1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Sejarah Permulaan
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun
1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau
Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali
sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat
pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan
menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah
Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah
nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan
digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia
4. AKTA PERTUBUHAN
Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah
seperti berikut:
1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan
ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada
tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of
Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan
Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian
Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia
(Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red
Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
Struktur dan Organisasi
STRUKTUR DAN ORGANISASI PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT
MERAH (PBSM)
PERINGKAT ANTARABANGSA
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau
pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian.
Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.Palang Merah
mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.
Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan
oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the
Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,Switzerland. Tugas
jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk
melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
(International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies)
diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi
kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini
juga terletak di Geneva, Switzerland.
3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
JPMA merupakan suatu institusi persendirian Switzerland yang berkecuali dalam hal
politik, ideologi dan keagamaan. Ia merupakan pengasas Palang Merah yang beribu
pejabat di Geneva. Ia dianggotai oleh rakyat negara Switzerland.
Jawatankuasa Tetap
Jawatankuasa Tetap yang bermula dengan hanya 5 orang kini dianggotai oleh 25
orang. Mereka berjumpa lapan kali setahun dalam satu perhimpunan (Assembly).
Lembaga Eksekutif
Lembaga ini dianggotai oleh 7 orang eksekutif yang bertanggungjawab terhadap
pentacibiran JPMA. Bahagian-bahagian ini terdiri daripada Bahagian Operasi,
Bahagian Prinsip dan Undang-undang, Bahagian Kakitangan, Bahagian Penerangan
dan juga Bahagian Pengesanan Pusat.
Lembaga Pengarah
Lembaga ini bertanggungjawab ke atas pentadbiran seharian JPMA.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
Badan induk dan penaung setiap persatuan kebangsaan Persatuan Palang Merah
atau Persatuan Bulan Sabit Merah di seluruh negara. Organisasi ini bermula pada
tahun 1919(Tamat Perang Dunia Pertama) dan melahirkan banyak sukarelawan
yang bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Tujuan IFRC
memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan
perang dan mereka mendapat pelbagai pengalaman.
Idea penubuhan
Mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu
dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama
Cadangan penubuhan
Idea ini telah dicadangkan oleh Henry Pomeroi Davison iaitu Presiden
Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat di mana satu persidangan perubatan
di Paris pada tahun 1919 telah dijalankan untuk mengemukakan cadangannya.
Hasil cadangan
Daripada hasil cadangan tersebut, lahirnya Liga Persatuan-persatuan Palang Merah
di mana negara-negara pengasas Liga tersebut ialah Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, Itali dan Jepun. Ibu pejabatnya terletak di Paris, kemudian berpindah ke
Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam
aktiviti kemanusiaan. Pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi Liga
Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan seterusnya pada
1991 pula perkataan ‘Liga’ digugurkan dan digantikan dengan ‘Persekutuan’.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (IFRC) adalah merupakan nama rasmi yang baru dan telah dianggotai oleh
178 buah negara.
PERINGKAT KEBANGSAAN
Menurut Wahab Chik (2010) Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah
Kebangsaan (PBSMK) bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa
awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya. Mereka juga
memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan
membaiki tahap kesihatan. Mereka juga melantik anggota-anggota pertolongan
cemas untuk meringankan penderitaan manusia seperti latihan pertolongan cemas,
bantuan semasa bencana alam dan aktiviti kebajikan dan kesihatan.selain itu
PBSMK juga menjaga tentera yang sakit dalam peperangan dan membantu orang-
orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam.
Logo Persatuan Kebangsaan
NaibPresidendipegangoleh
 YB Menteri PembangunanWanita,
KeluargadanMasyarakat
 YB Menteri Kesihatan
 YB Menteri Luar Negeri
 YB Menteri Beliadan Sukan
 YB Menteri Pelajaran
 YB Menteri PendidikanTinggi
Timbalan Presiden dipegang oleh
Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri
Presiden persatuan dipegang
oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri
Penaung persatuan: Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong
CARTA ORAGANISASI BSMM
SENAT
MAJLIS
JAWATANKUASA EKSEKUTIF
KEBANGSAAN
URUS SETIA KEBANGSAAN
URUS SETIA CAWANGANJAWATANKUASA CAWANGAN
URUS SETIA DAERAH
URUS SETIA DAERAH KECIL
JAWATANKUASA DAERAH
JAWATANKUASA DAERAH
KECIL
UNIT KANAK-KANAK
(SEKOLAH RENDAH)
UNIT BELIA (SEKOLAH
MENENGAH)
UNIT PBS
Pelantikan senator
: ditentukan atas
budi bicara Majlis
Kebangsaan dan
dilantik kalangan
ahli-ahli BBSM
25 senator pada
suatu masa
Tidak mempunyai
kuasa eksekutif
Badan tertinggi
Senat
BSMM
Pengerusi Kebangsaan PBSM Malaysia
YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman
PERINGKAT NEGERI
Bagi PBSM peringkat negeri pula, kesemua jawatan yang berada dalam struktur
organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK ) yang terletak di Kuala
Lumpur. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBBSM) terdapat 15 cawangan di
Malaysia di mana setiap negeri mempunyai cawangan yang telah ditetapkan
termasuk Wilayah Persekutuan dan juga Labuan. Struktur organisasi dalam
peringkat negeri hampir serupa dengan seperti Lembaga Eksekutif Kebangsaan
(NEB).
PERINGKAT DAERAH
Setiap Cawangan terdiri daripada beberapa Cabang yang terbahagi kepada dua
iaitu daerah dan juga daerah kecil. Apa yang dimaksudkan dengan daerah kecil
ialah daerah kecil merupaka suatu institusi yang terdiri daripada universiti, Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain lagi. Daerah merupakan nama lama dan
kemudian telah ditukarkan menjadi Cabang yang juga mewakili daerah. Pada tahun
2000, sebanyak 119 Cabang yang telah berdaftar di Malaysia di mana Cabang ini
berada di seluruh Malaysia.
Pengerusi
(KPP HEP)
Timbalan Pengerusi
()
PengarahLatihan
Penaung
REKTOR IPG
Naib Pengerusi 2(Pentadbiran)
Tn. Hj. Afandi Hussein
(IPGRM)
Naib Pengerusi 2(Pentadbiran)
Tn. Hj. Afandi Hussein
(IPGRM)
PERINGKAT IPGK
Latihan/Kejurulatihan
Pen. Setiausaha
Ketua-KetuaZon
K/Jurulatih
Pendidikan
PBSMM
K/JurulatihUUKA
K/JurulatihBencana
Operasi
Menyelamat
K/JurulatihPCA
K/Jurulatih RawatanRumah
Bendahari
AJKTadbir
KuarterMaster
Pegawai Seranta
Pegawai Kebajikan
Ketua-KetuaPensyarah
PenasihatSetiapInstitut
Struktur Jawatankuasa Latihan BSMM Zon
Pengerusi (Pengarah IPG di mana
Ketua Zon berada)
Naib Pengerusi (Pengarah IPG Lain Dalam Zon)
Ketua Zon
(Tidak semestinya jurulatih)
Penolong Ketua Zon
(Dari IPG lain dalam Zon)
Setiausaha
(Dari IPG sama dengan Ketua Zon)
Penolong Setiausaha
(Dari IPG lain dalam Zon)
Bendahari
(Dari IPG lain dalam Zon)
Auditor
(Dari mana-mana IPG dalam Zon)
Ahli-ahli Jawatankuasa Latihan
(Wakil Dari Setiap IPG dalam Zon)
Organisasi BSMM Peringkat Institut
(Cabang / Chapter)
1.Untuk
Tindakan
Kecemasan
2.Untuk
Derma Darah
3.Latihandan
SumberTenaga
4. Penerangandan
KutipanDerma
Penaung
(Pengarah Institut)
Pengerusi
(Ketua Pensyarah Penasihat)
Naib Pengerusi
(tidak melebihi 2 pensyarah/jurulatih)
Quarter Master
(Pensyarah penasihat / jurulatih)
Pengerusi / Pengerusi Jawatankuasa Kecil
(boleh dipegang oleh pensyarah / Ketua Guru Pelatih mengikut semester)
Ex-Officio SUG & Penyelaras Unit
Beruniform, Ketua Zon
Setiausaha Kehormat
(Pensyarah Penasihat)
Bendahari Kehormat
(Pensyarah Penasihat)
FUNGSI MAJLIS-MAJLIS TERTINGGI
Senat BSMM
Senat BSMM merupakan badan yang tertinggi dalam struktur organisasi
PBSM Malaysia. Senat ini tidak mempunyai kuasa eksekutif. Senat juga
mengandungi tidak lebih daripada 25 orang pada suatu masa dan perlantikan
senator itu adalah ditentukan oleh budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik dalam
kalangan ahli-ahli BBSM itu sendiri yang terkenal dengan pengiktirafan terhadap
perkhidmatan mereka yang cemerlang. Peranan senat adalah untuk meningkatkan
imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip pergerakan.
Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar BSMM.
Majlis Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali
setahun. Jika mesyuarat ingin dilangsungkan, mesyuarat itu memerlukan 1/3 ahli
yang hadir untuk membentuk korum. Jika kurang daripada 1/3 ahli yang hadir untuk
mesyuarat itu, maka mesyuarat itu tidak dapat dilaksana kerana tidak mencapai
korum yang telah ditetapkan. Majlis Kebangsaan ini dianggotai oleh Pengerusi
Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi
Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, lapan orang ahli yang dipilih, dua
orang wakil dari setiap Cawangan, wakil-wakil agensi kerajaan, Kementerian dan
juga Setiausaha Agung
Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah sebuah badan yang menjalankan polisi
dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan di mana mereka menjalankan
aktiviti pengurusan seharian mengenai persatuan. Mesyuarat di antara ahli-ahli
Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan diadakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
Tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan ini
adalah untuk melaksanakan arahan dari Majlis Kebangsaan dan juga menjalankan
aktiviti-aktiviti seharian BSMM.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan,
Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan,
Bendahari Kehormat Kebangsaan, lapan orang ahli yang dipilih, lima orang wakil
zon dan juga Setiausaha Agung. Lembaga Eksekutif Kebangsaan berkuasa dalam
menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan,
memberi pertimbangan dan melulus atau sebaliknya perlantikan ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan yang dipilih malah juga ditugaskan untuk mendisplinkan
dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemberhatian, pembuangan atau
memansuhkan keahlian tidak termasuk ahli-ahli Senat BBSM dan Majlis
Kebangsaan.
Perlembagaan
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
PERATURAN-PERATURAN(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi subperaturan 5 (1) (a) dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998. Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia jilid 42 no 11, tambahan no 41, perundangan (A): 196
bertarikh 21hb Mei 1998. maka berikut ini dikemukakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan
SabitMerah SMK TAMAN KOTA JAYA,yangselepasini disebutsebagai ’PBSM’sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a) Nama UnitBerunifom: PersatuanBulanSabitMerah, SMK Taman KotaJaya
b) Alamat :SMK Taman Kota Jaya, Jalan Anggur,TamanKota Jaya,81900 KotaTinggi,Johor.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh
dalamaspekjasmani,emosi,rohani danintelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supayaahli dapat menganggotai badanunitberuniformPBSMdenganlebihterpimpindalam
menimbailmudanmemupuksemangatbertanggungjawabdandisiplindiri.
3.2 Ahli-ahliPBSMakanseberapadayaberusahauntukmencapai tahapyang palingtinggi dalam
aktiviti yangdiceburi terutamanyamelalui ujian-ujiankecekapanyangdiikuti.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibukakepadasemuamuridsekolahini
4.2 Permohonanmenjadiahli adalahdengancaramengisi borangyangdisediakan
4.3 Ahli-ahli mestilahmenerimasertabersetujuberpegangkepadaperlembagaandanakan
mengambil bahagiandengancergasbagi menjayakantujuanpersatuanini.
PERATURAN 5 GURUPENASIHAT
5.1 Guru penasihatadalahterdiri daripadagurusekolahini
5.2 Guru penasihathendaklahmemberi nasihatdalamperancangandanpelaksanaansesuatuaktiviti
5.3 Guru penasihathendaklahsentiasabersamadenganahli-ahli semasaaktivitidijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantiksemasamesyuaratagung
6.2 Ahli yanghadirlayakdicalonkansebagai ahli jawatankuasamanakalaahli yangtidakdapat
hadirtetapi menulissurattunjuksebablayakdicalonkansebagaiahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihanahli jawatankuasasecaraundian
6.4 Ahli jawatankuasakecil bolehdilantikolehgurupenasihattanpamengadakanmesyuarat
6.5 Ahli jawatankuasayanghendakmeletakkanjawatanhendaklahmenghantarsuratperletakan
jawatankepadaguru penasihat
6.6 Ahli jawatankuasapersatuanhendaklahterdiri:
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naibpengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolongsetiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolongbendahari
6.6.7 Ahli jawatankuasa(bilanganbergantungkeperluan)
6.6.8 Pemeriksakira-kira( 2orang)
PERATURAN 7 TUGASDAN TANGGUNGJAWABJAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikansemuamesyuaratdanbertanggungjawabataskesempurnaansemuamesyuarat
7.1.2 Meneliti catatanminitmesyuaratdanmemastikansegalakeputusanyangdiputuskandiambil tindakan
yangsewajarnya
7.1.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.2 Naibpengerusi
7.2.1 Membantupengerusi dalammenjalankantugasdantanggungjawabyangdiberi
7.2.2 Mempengerusikanmesyuaratsemasaketiadaanpengerusi
7.2.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskanhal-hal suratmenyurat
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minitmesyuarat/laporankegiatan-kegiatan
7.3.3 Mencatat kehadiranahli
7.3.4 Menyimpandokumenyangberkaitan denganpersatuan
7.3.5 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.4 Penolongsetiausaha
7.4.1 Membantusetiausahadalammenjalankansegalatugasdantanggungjawabnya
7.4.2 Menjalankantugassetiausahasewaktuketiadaansetiausaha
7.4.5 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawabberkenaansemuahal kewanganpersatuan
7.5.2 Membuatdan menyimpankira-kiraberkenaansemuaperkarakewangandanbertanggungjawabdia
atas kesahihannya
7.5.3 Menyediakanpenyatakira-kirabulanandantahunansertamenandatanganinya
7.5.4 Melaporkankedudukankewangansekiranyadimintadi dalammesyuarat ahli jawatankuasa
7.5.5 Menyediakanlaporankewanganuntukdiauditdandibentangkandalammesyuarat agung
7.5.6 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.6 Penolongbendahari
7.6.1 Menjalankantugas-tugasbendaharisewaktuketiadaanbendahari
7.6.2 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.7 Ahli jawatankuasa
7.7.1 Membantumenjalankantugasdalamsegalaprogramdanaktiviti yangdilaksanakan
7.7.2 Mempengerusikanbirosekiranyadilantik
7.7.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
7.8 Pemeriksakira-kira
7.8.1 Memeriksa,meyemaksertamengesahkanlaporankewangantahunandanbertanggungjawabke
atasnya
7.8.2 Memastikanpengurusankewangandiuruskandenganbetul
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumberutamakewanganpersatuanadalahmelaluidermayangdiputuskansemasamesyuarat
agungdan telahdiputuskansebanyakRM1.00 seorangsebulan
8.2 Persatuanjugabolehmemperolehi kewanganmelalui aktiviti
8.3 Ahli-ahli yangbersetujumenyertaiaktiviti yangmemerlukanperbelanjaanbesarbolehdikenakan
dermakhasbagi membiayai aktivititersebut
8.4 Semuapungutan/penyimpananbolehdimasukkanke dalamakaunSUWA sekolah,sekiranya
mendapatkebenaranpengetua/gurubesar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuandikehendaki menghadiri semuaaktivitiyangdijalankanolehpersatuansepanjang
tahun
9.2 Kegagalanberbuatdemikiansebanyaktigakali berturut-turutdikehendaki menulissurattunjuk
sebab.Tindakanmemotongmarkahkehadirandalampenilaiankokurikulumbolehdiambil
sekiranyagagal berbuatdemikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankanseperti yangdirancangdalammesyuaratagungataumesyuaratahli jawatankuasa
10.2 Sebarangpindaanaktiviti akandibuatolehgurupenasihatdandiumumkankepadapengetahuan
ahli
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturansekolahadalahmenjadi peraturanasas
11.2 Peraturankhas yangditetapkanhendaklah dipatuhiolehsemuaahli
11.3 Ahli-ahli yangmelanggarperaturanakandikenakantindakantatatertib
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Dambil terhadapahli yangmelanggarperlembagaanpersatuandantidakmematuhi peraturan
yangditetapkan
12.2 Tindakandisiplinadalahmengikutcaraberikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yangtidakberpuashati dengantindakanyangdiambil bolehmembuatrayuankepadaguru
penasihatpersatuansecarabertulisdankeputusangurupenasihatadalahmuktamad
PERATURAN 13 PINDAANPERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagiandalamperlembagaanini sahsehinggaiadipinda
13.2 Cadangan pindaanperlembagaanbolehdibuatolehahli,ahli jawatankuasa,gurupenasihatatau
pentadbirsekolah secarabertulis
13.3 Satu mesyuaratkhasyang dihadiri olehgurupenasihatdanahli jawatankuasaakan
membincangkancadangantersebutdanmeluluskannyajikaperlu
13.4 Setiappindaanyangtelahdiluluskanhendaklahdipamerkandandisahkanoleh pengetua/guru
Besar
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetuadiberi kuasauntukmembubarkanpersatuanjikadidapati melanggarperlembagaan
dan FalsafahPendidikanNegara
14.2 Segalahutangwajibdijelaskan. Baki kewangandiputuskan dalammesyuaratagungtergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiapahli perlumengetahui tanggungjawabsendiri terhadapaktiviti yangdijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklahsentiasapekadanmengikuti aktiviti denganpenuhminat.
Pengurusan dan pentadbiran
PENGURUSAN
Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:
1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan
pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua
sumber organisasi untuk kesejahteraan bersama.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke
atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan
prestasi sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan
jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan
"proses" dan"matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan
ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta
memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang
lain
2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan
teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka
matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk
kualitatif (subjektif) atau kuantitatif
PENTADBIRAN
Pentadbiran adalah satu proses yang memfokuskan kepada identifikasi,
penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan pengawalan dan
penyertaan penggunaan sumber-sumber (tenaga manusia, bahan) dalam satu
sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
PENDAFTARAN AHLI / KUMPULAN
Keahlian persatuan terbuka bagi semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan
politik. Ahli dan sukarelawan PBSMM datang daripada pelbagai golongan, memberi
sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip persatuan.
Mereka dilatih dalam bidang pertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan
kesihatan, bantuan bencana alam dan member perkhidmatan masyarakat seperti
mendapatkan penderma darah, melawat hospital, gotong-royong kebersihan,
penjagaan kesihatan asas dan kaunseling pada penagih dadah. Komposisi keahlian
adalah:
I .Ahli kanak-kanak (sekolah rendah)
2. Belia (sekolah menengah)
3. Pasukan bantuan sukarela (orang dewasa)
4. Guru-guru pelatih, mahasiswa, anggota perubatan dan lain-lain
5. Ahli seumur hidup, ahli kehormat seumur hidup , anugerah eksklusif bagi individu
yang member sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang.
Keahlian PBSMM di Peringkat Sekolah
Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada dua unit iaitu:
1. Unit kanak-kanak bagi ahli PBSMM sekolah rendah
2. Unit belia bagi ahli PBSMM sekolah menengah
Proses penubuhan di peringkat sekolah perlu mengikut prosedur-prosedur semasa
yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Berikut adalah langkah-langkah bagi penubuhan PBSMM di peringkat sekolah:
Bil. Proses kerja Pihak yang mengambil Tindakan
1. Tubuhkan jawatankuasa penubuhan PBSMM Murid atau guru
2. Kemukakan permohonan bertulis kepada
pengetua atau guru besar
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
3. Terima dan kaji permohonan dan pertimbangkan
sokongan
Pengetua atau guru
besar
4. Mulakan proses permohonan pendaftaran
sebagai unit gabungan PBSMM.
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada
pasukan kanak-kanak atau belia dan
lengkapkan(hendaklah diisi dalam 3 salinan)
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian,
semua ahli yang berminat untuk mendaftar
Dengan menggunakan boring tersebut.
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
7. Kumpulkan boring yang diisi dengan
memastikan maklumat lengkap
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
8. Kutip yuran pendaftaran dan hantar borang
pendaftaran pasukan dan pendaftaran ahli
kepada setiausaha PBSMM daerah.
Guru ataupun setiausaha
jawatankuasa penaja
9.
Terima borang pendaftaran dan yuran
pendaftaran ahli
Setiausaha PBSMM
daerah
10 Pertimbangan permohonan pendaftaran yang
diterima
Setiausaha PBSMM
daerah
11 Proses kad keahlian dihantarkan kepada
sekolah
Setiausaha PBSMM
Daerah
12 Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian Pengetua atau guru
besar
13 Tubuh kan organisasi PBSMM Guru kanan kokurikulum
disekolah atau guru
penasihat PBSMM
14 Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran,
skema latihan, skema penilaian pencapaian,
senarai aktiviti tahunan plan sebagainya.
Guru kanan kokurikulum
atau guru penasihat
15 Buat perancangan tahunan dan takwimp
erjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan
Guru penasihat atau
guru kanan kokurikulum
16 Sediakan laporan penubuhan PBSMM di
sekolah dan hantar kepada JPN negeri serta
satu salinan kepada pegawai pelajaran negeri.
Pengetua atau guru
kanan kokurikulum
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
a) Pengerusi 1. Bertanggungjawab terhadap Pengerusi
Cawangan dan bertanggungjawab terhadap
semua hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan kegiatan
cabang.
2. Bertanggungjawab mempengerusikan semua
Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.
3. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan
menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat
semasa disahkan.
4. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas
dan menyelia AJK cabang dalam perlaksanaan
tugas mereka.
5. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk
diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke
Cawangan.
6. Bertanggungjawab di dalam memastikan
belanjawan dan perancangan belanjawan
Cabang tersusun rapi.
7. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan
Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.
b) Naib Pengerusi I 1. Bertanggungjawab menjalankan tugas
Pengerusi semasa ketiadaannya.
2. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila
Pengerusi meletakkan jawatan sehingga
Pengerusi baru dilantik.
3. Bertanggungjawab terhadap kegiatan
pentadbian dan kewangan Cabang.
4. Bertanggungjawab membantu Pengerusi
menyelia tugas AJK Cabang.
c) Naib Pengerusi II 1. (bergantung pada keperluan Cabang dan
tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I).
d) Setiausaha
Kehormat
1. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha
Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras
dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.
2. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam
memelihara perhubungan dengan badan-
badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain
di peringkat Cabang.
3. Bertanggungjawab memberi bantuan
secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa
Cabang teruatama kepada Pengerusi dan
Naib Pengerusi.
4. Menyelaras semua kegiatan Cabang.
5. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat
dalam menyediakan peruntukan tahunan dan
penyata kewangan.
6. Menjadi pegawai pentadbiran peringkat
Cabang termasuk bertanggungjawab
mengenai semua dokumen, buku, rekod,
pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.
e) Bendahari
Kehormat
1. Bertanggungjawab terhadap Bendahari
Cawangan dan akan bertanggungjawab
menyimpan rekod akaun, menyediakan
penyata penerimaan dan pembayaran,
pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-
kira bulanan dan tahunan.
2. Bertanggungjawab mengenai penerimaan
dan pembayaran di Cabang dan Unit.
3. Menandatangani semua cek yang
dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik
oleh Jawatankuasa Cabang.
4. Bertanggungjawab menyediakan belanjawan
tahunan untuk dikemuakan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke
cawangan.
5. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam
pengawasan kewangan dan audit.
6. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod
segala harta Cabang seperti tanah,
bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan
pejabat dan lain-lain.
7. Menyelia dan mengemukakan akaun yang
disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac
setiap tahun.
f) Pegawai
Perubatan
1. Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek
perubatan dan kesihatan dalam program-
program Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga
Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara
latihan pertolongan cemas, rawatan rumah,
pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara
yang bersangkutan di peringkat Cabang.
g) Penguasa
Jururawat
1. Bertanggungjawab dalam segala aspek
kegiatan rawatan dan kejururawatan di
Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga
Latihan untuk mengemaskini cara-cara
rawatan.
h) Pegawai Penjaga
Latihan
1. Bertanggungjawab kepada Penolong
Pengarah Latihan Cawangan mengenai
semua hal latihan di cabang.
2. Bertangggungjawab mempengerusikan
semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan
Cabang.
3. Berkerjasama dengan Penolong Pengarah
Latihan Cawangan dalam usaha
menyelaras, merancang dan
mengimplimentasi program latihan untuk
Cabang dan Unit.
4. Bertanggungjawab dalam merancang dan
mengadakan semua program latihan untuk
Cabang.
5. Bertanggungjawab memajukan Laporan
Latihan Cabang kepada Penolong Pengarah
Latihan Cawangan.
i) Pegawai Penjaga
PBS
1. Bertanggungjawab kepada Penolong
Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi / Naib
Pengerusi Cabang dalam semua hal
kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS
di Cabang.
2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah
PBS dalam penubuhan dan pembangunan
PBS di Cabang.
3. Bekerjasama dengan Pengerusi JKK
Bantuan Bencana dalam pengerahan dan
memobilisasikan anggota PBS semasa
bencana alam peringkat Cabang.
4. Bertanggungjawab menyediakan laporan
aktivit PBS peringkat Cabang dan
memajukan kepada Penolong Pengarah PBS
dari semasa ke semasa.
5. Bertanggungjawab menyediakan laporan
berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS,
pertukaran pemimpin dan alamat melalui
Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang
seperti yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Cabang.
6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah
yang timbul dari pasukan PBS yang mana di
dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan
jika terdapat masalah atau keraguan,
hendaklah merujuk kepada Pengerusi
Cabang atau Penolong Pengarah PBS.
7. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras
mesyuarat Pegawai-pegawai PBS.
8. Bersama Pegawai Latihan menentukan
pasukan PBS mendapat latihan yang
sewajarnya.
j) Pegawai Penjaga
Belia / Link
1. Bertanggungjawab kepada Penolong
Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan
am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia /
Kanak-kanak di Cabang.
2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah
Belia dalam penubuhan dan pembangunan
unit Belia / Kanak-kanak di Cabang.
3. Bertanggungjawab dalam menyediakan
laporan aktiviti bela / kanak-kanak peringkat
cabang dan memajukan kepada Penolong
Pengarah Belia dari semasa ke semasa.
4. Bertanggungjawab menyediakan laporan
berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia,
pertukaran pemimpin dan alamat melalui
Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang
seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Cabang.
5. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah
yang timbul dari pasukan belia / kanak-kanak
yang mana di dalam bidang dan tugas beliau.
Disyorkan jika terdapat masalah dan
keraguan hendaklah dirujuk kepada
Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah
Belia.
6. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras
mesyuarat pegawai-pegawai belia dan
kanak-kanak.
7. Bersama-sama Pegawai Latihan menetukan
pasukan belia dan kanak-kanak mendapat
latihan yang sewajarnya.
k) Pegawai Seranta 1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib
Pengerusi Cabang dalam memberi informasi
mengenai kegiatan Cabang.
2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat
Cabang dalam menerbitkan semua bahan
berita, bahan bercetak atau elektronik dan
penerangan mengenai kegiatan Cabang.
3. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat
Cabang dalam membangunkan satu sistem
perhubungan anatara berbagai
Jawatankuasa Cabang dengan Cawangan
dan pasukan-pasukan.
l) Kuartermaster 1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib
Pengerusi Cabang dan Kuartermaster
Cawangan untuk semua asset (peralatan dan
bekalan) yang dipunyai oleh Cabang.
2. Bertanggungjawab mengenai stor dan
inventori Cabang dan menyediakan laporan
harta benda dan lain-lain yang berkaitan
kepada Cawangan dari semasa ke semasa
melalui Setiausaha Kehormat Cabang.
m) Pengerusi JKK
Bantuan Bencana
1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib
Pengerusi Cabang dan Pengerusi JKK
Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti
Bantuan Bencana.
2. Bertanggungjwab dalam memberi arahan
bergerak (movement orders), arahan
pentadbiran dan operasi dalam gerakan
bantuan bencana di peringkat
Cabangdengan kerja sama Pengerusi JKK
Bantuan Bencana Cawangan.
3. Bertanggungjawab mengendalikan Pusat
Kawalan Bantuan Bencana BSMM Cabang
dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga
PBS / Belia dalam pengerahan serta tenaga
manusia dalam masa bencana.
4. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam
mengganti kembali bekalan barang-barang
bantuan bencana.
5. Bertanggungjawab dalam merangka,
membangunkan dan kemaskinikan
Rancangan Persediaan / Bantuan Bencana
peringkat Cabang dengan kerjasama
Cawangan.
6. Bertanggungjawab menyediakan laporan
bencana / persediaan / bvantuan dari
semasa ke semasa dan memajukan kepada
Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan
melalui Setiausaha Kehormat Cabang.
7. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa
Bantuan Bencana Kerajaan di peringkat
Cabang.
n) Pengerusi JKK
Kutipan Derma
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK
Kutipan Derma Cawangan dan Pengerusi /
Naib Pengerusi Cabang dalam merancang,
melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan
derma peringkat Cabang.
2. Bertanggungjawab dalam program kutipan
derma peringkat Cabang.
3. Berhubung dengan Cawangan dalam
merangka projek kutipan derma peringkat
Cabang.
4. Berhubung dengan Pegawai Pengjaga
Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli
dan bantuan.
5. Bertanggungjawab dalam menghantar semua
laporan kegiatan yang telah dijalankan
mengikut kelulusan Cawangan dan
perlembagaan persatuan dan memajukan
semua laporan berkaitan memalui
Setiausaha Kehormat Cabang.
o) Pengerusi JKK
Anti Dadah
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK
Anti Dadah Cawangan dan Pengerusi / Naib
Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam
meranbcang, melaksanakan dan menilai
kegiatan anti dadah peringkat Cabang.
2. Berhubung dengan Jawatankuasa Program
Anti Dadah peringkat Cawangan untuk
mengendalikan kempen anti dadah serta
menarik perhatian ahli terhadap
penyalahgunaan dadah.
PAKAIAN SERAGAM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
(Sumber: http://pbsmtmsr-bulan-sabit-merah.blogspot.com/)
Rancangan Aktiviti Sekolah
(Sumber: http://pbsmsmkdabb.blogspot.com/2010/07/perancangan-aktiviti-tahunan-
persatuan.html)
Pendaftaran
kokurikulum
Pengenalan PBSM
Pendidikan
Kesihatan
Latihan kawad kakiPertolongan cemasPerkhemahan
Kawad kaki
pasukan pakaian
seragam
Hari kokurikulum
Kem muhibah
badan beruniform
Jelajah berbasikal
Lencana Kemahiran dan Kecekapan
1. Lencana Persahabatan
Antarabangsa
Lulus mata pelajaran Pendidikan bulan
sabit merah.
2. Lencana Pertolongan Cemas
Kemasyarakatan dan Lencana
Rawatan
Lulus latihan pratikal dan lisan
pertolongan cemsa kemasyarakatan
dan rawatan.
3. Lencana Kemahiran Kawat Kaki Menguasai sekurang-kurangnya 25
bahasa hukuman kawat.
4. Lencana Kecekapan Kem Kraf Menyertai sekurang-kurangnya tiga kali
perkhemahan dan membuat pelbagai
aktiviti kraf.
5. Lencana Cegah Kebakaran Lulus ujian mencegah kebakaran
(pratikal)
6. Lencana PBSMM Sekolah Lencana tertinggi bagi ahli belia. Lulus
peperiksaan pendidikan palang merah
dan bulan sabit merah , lulus
peperiksaan pertolongan cemas
kemasyarakatan, mendapat keenam-
enam lencana kemahiran dan
kecekapan belia PBSMM.
7. Lencana Kepimpinan PBSMM Untuk ketua utama seksyen unit
sekolah. Lulus dua sijil kursus
pertolongan cemas kemasyarakat dan
pendidikan palang merah/bulan sabit
merah dan memiliki semua lencana
kecekapan.
(Sumber: Amzan Abd. Malek, 2007)
Persijilan Bulan Sabit Merah Malaysia
1. SIJIL BSMM UNTUK
SEKOLAH MENENGAH
• Pendidikan Palang Merah / Bulan
Sabit Merah (4 jam)
• Pertolongan Cemas
Kemasyarakatan (17 jam)
2. SIJIL ASAS BSMM • Pendidikan Palang Merah / Bulan
Sabit Merah & Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa (8
jam)
• Pertolongan Cemas Asas (20 jam)
• Bantuan Bencana & Operasi
Menyelamat (10 jam)
• Pendidikan Kesihatan ATAU
Rawatan Rumah (6 jam)
3. SIJIL LANJUTAN BSMM • Pertolongan Cemas Lanjutan (24
jam)
• Pengurusan & Pentadbiran (8 jam)
4. SIJIL JURULATIH BSMM • Lulus peperiksaan persijilan ASAS
& LANJUTAN BSMM
• Kaedah Mengajar (Guru terlatih
dikecualikan) (12 jam)
5. SIJIL JURULATIH KANAN
BSMM
• Menyempurnakan sekurang-
kurangnya 30 jam pengajaran tiap-
tiap tahap Asas & Lanjutan
• Menyempurnakan tempoh 3 tahun
sebagai Jurulatih
• Bantuan Hidup Asas (14 jam)
• Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa (8 jam)
• Menyempurnakan tugas &
tanggungjawab Persatuan dengan
memuaskan & diperakui oleh
Pengerusi Cawangan
(Sumber: Amzan Abd. Malek, 2007)
Senarai anugerah PBSMM
KATEGORI
I
AHLI KEHORMAT
SEUMUR HIDUP
(Honorary Life
Membership)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada orang-orang yang terhormat
yang telah mencurahkan khidmat-khidmat
yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip
Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada
empat (4) anugerah dalam setiap tahun.
KATEGORI
II
PINGAT
PERKHIDMATAN
CEMERLANG
(Distinguished Service
Medal)
Dianugerah oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah memberikan
perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan
dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh
(10) tahun.
KATEGORI
III
PINGAT KEBAKTIAN
TERPILIH
(Excellent Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang-
kurangnya selama sepuluh (10) tahun
perkhidmatan selepas melepasihad umur 18
tahun.
KATEGORI PINGAT JASA Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
IV TERPUJI
(Meritorious Service
Medal)
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan yang terpuji
sekurang-kurangnya selama (5) tahun
selepas melepasihad umur 18 tahun.
KATEGORI
V
SIJIL KEPUJIAN
(Certificate of Merit)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan khusus kepada
Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga
(3) tahun selepas melepasihad umur 18
tahun.
KATEGORI
KHAS
PINGAT
KEBERANIAN
(Gallantry Award)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada mana-mana ahli diatas
keberaniannya.
PINGAT
PERKHIDMATAN
LAMA
(Long Service Medal)
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan
selama sepuluh (10) tahun – setelah melepasi
had umur LAPAN BELAS (18) tahun dan satu
‘BAR’ dianugerah bagi setiap (5) tahun
selepasnya. (diluluskan pada 4.4.71).
ANUGERAH KHAS
DERMAWAN
(Special Award for
Benefactors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma
persendirian atau orang perseorangan yang
bermurah hati memberikan sokongan mereka
kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa
Pengurusan Kebangsaan berpendapat
bahawa mereka berhak menerima anugerah.
ANUGERAH KHAS
KHIDMAT ISTIMEWA
Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang
telah memberi khidmat istimewa khusus untuk
sesuatu tugas yang menaikkan imej
Persatuan dan juga menepati sepenuhnya
keperluan tujuh prinsip-prinsip PBSMM.
Belia
KATEGORI
I
PINGAT JASA
TERPUJI (BELIA)
(Meritorious Service
Medal – Youth)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM / Jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi
perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya
selama tiga (3) tahun.
KATEGORI
II
SIJIL KEPUJIAN
BELIA
(Certificate of Merit
– Youth)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan
perkhidmatan khusus kepada Persatuan.
(sumber: http://id.scribd.com/doc/31464898/KUIS-KOPK2010-Organisasi-
Pentadbiran-Cabang-PBS-BSMM)
Susunan pangkat Unit Bantuan Sukarela
PANGKAT JAWATAN GAMBAR
BRIEGED
GENERAL
Jawatankuasa UBS
(kebangsaan)
LT. KOLONEL Penolong Pengarah
UBS (cawangan)
MEJAR Pegawai Penjaga
Belia UBS (cabang)
KAPTEN Komanden
LEFTERNAN Timbalan
Komanden
STAF SARJAN Ketua Utama
Seksyen
SARJAN Ketua Seksyen
KORPORAL Penolong ketua
seksyen
LANS KORPORAL Dianugerahkan
kepada ahli yang
senior
Susunan pangkat unit kanak-kanak
PANGKAT JAWATAN GAMBAR
BRIEGED
GENERAL
Jawatankuasa belia &
kanak-kanak
(kebangsaan)
LT.
KOLONEL
Penolong Pengarah
Belia & Kanak-kanak
(cawangan)
MEJAR Pegawai Penjaga
Kanak-kanak (cabang)
KAPTEN Guru Besar
LEFTERNAN Pegawai kanak-kanak
(ketua penasihat)
LEFTERNAN
MUDA
Penolong pegawai
kanak-kanak (penasihat
& penolong ketua
penasihat)
Sususan pangkat unit belia
PANGKAT JAWATAN GAMBAR
BRIEGED
GENERAL
Jawatankuasa belia &
kanak-kanak
(kebangsaan)
LT. KOLONEL Penolong Pengarah
Belia & Kanak-kanak
(cawangan)
MEJAR 1. Pegawai Penjaga
Belia (cabang).
2. Pengetua
(sekolah).
KAPTEN Pegawai belia (ketua
penasihat)
LEFTERNAN Penolong Pegawai Belia
(penolong ketua
penasihat)
LEFTERNAN
MUDA
Penolong pegawai belia
(bagi penasihat yang
tidak mempunyai sijil)
STAF SARJAN Ketua Utama Seksyen
(pengerusi)
SARJAN 1. Ketua Seksyen.
2. Timbalan pengerusi.
3. Setiausaha.
4. Bendahari.
KORPORAL 1. Penolong ketua
seksyen.
2. Ahli jawatankuasa.
LANS
KORPORAL
Dianugerahkan kepada
ahli yang senior.
(Sumber : http://pbsmtmsr-bulan-sabit-merah.blogspot.com/)
9.0 RUMUSAN
Persatuan bulan sabit merah ini ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan
awal kepada ahli terhadap kepentingan tindakan awal sekiranya berlaku sebarang
bentuk kecemasa atau kemalangan. Di samping itu ahli juga didedahkan dengan
kaedah teknikal menyelamat mangsa-mangsa yang ditimpa musibah.
Guru pemimpin bertanggungjawab mengurus dan mentadbir persatuan bulan
sabit merah di sekolah. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab
akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. Guru pemimpin
bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar
baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian
hendaklah disimpan sebagai rekod. Guru pemimpin bertanggungjawab
menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan.
Aktiviti PBSM yang biasa akan dijalankan di sekolah ialah pengenalan PBSM,
pendidikan kesihatan, latihan kawad kaki, pertolongan cemas, perkhemahan, hari
kokurikulum, kem muhibah badan beruniform dan jelajah berbasikal.
Lencana dan sijil akan diberikan kepada ahli PBSM yang berbakti terhadap
persatuan ini. Lencana kemahiran dan kecekapan akan diberikan kepada ahli yang
lulus dan ujian pendidikan bulan sabit merah dan ahli yang cekap melaksanakan
aktiviti persatuan.
Disiplin dan Kerohanian
Disiplin dalam tingkah laku
Disiplin 1
Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa
bersesuaian dengan jawatan mereka.
Disiplin 2
Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneliti dan menentukan yang ahli bawahan
mereka mematuhi segala peraturan,arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu
tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan
secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya.
Suhana Othman. (2005)
Disiplin 3
Seseorang pengawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan kepentingan
dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh
menimbulkan syak wasangka yang:-
 Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas-
tugasnya.
 Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya.
 Seseorang pengawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan
nama atau daya usahanya telah berkurangan.
 Seseorang pengawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh
menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya.
 Seseorang pengawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh
luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengararuhi sesuatu
tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahli-
ahli lain di dalam persatuan.
 Seseorang pengawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh
menimbulkan tindakan menderhaka
Suhana Othman. (2005)
Disiplin dalam berpakaian
1) Pakaian PBSM mestilah lengkap, bersih dan kemas
2) Pakaian hendaklah berwarna putih.
3) Rambut hendaklah pendek dan kemas.
4) Memakai kasut yang hitam dan berkilat.
5) Janggut atau misai mestilah dalam keadaan terurus.
6) Rambut perlu diikat dengan kemas.
7) Tudung yang berwarna putih hendaklah dipakai dan dimasukkan ke dalam
uniform.
Disiplin penggunaan lambang
Penggunaan Lambang
Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah dikawal oleh setiap negara yang
menandatangani Konvensyen Geneva. Selain itu, lambang-lambang ini hanya boleh
dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga
orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera
akibat perang dan tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan publisiti. satu sistem
bagi melindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun
1949. Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun 1977
adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung
(protective) dan pengenalan (indicative).
Mohdzir Mohd Yasin. (2007)
Pengecualian penggunaan lambang
Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk mengenalpasti
bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan mereka dan lambang yang
dipakai pada pakaian seragam mestilah kecil, supaya tidak keliru dengan lambang
perlindungan semasa perang.
Penyalahgunaan Lambang
Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh pertubuhan-
pertubuhan dan individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan Palang Merah. Selain itu,
lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan kesihatan. Pada
hakikatnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran dari Persatuan Kebangsaan
adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi tujuan komersial ataupun tidak.
Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting jika kita
ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang Merah dan
aktiviti-aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa perang atau aman.
Kerohanian
Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan satu persatuan yang ditubuhkan khas untuk
membantu insan yang sakit dan dalam kesusahan.Setiap ahli pasukan ini telah didedahkan
untuk melakukan tugas secara sukarela dan bekerjasama. Maka,untuk melahirkan ahli
persatuan yang komited & sempurna,setiap ahlinya perlu mempunyai nilai-nilai insan yang
unggul sebagaimana yang diimpikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM).
Hazira Hamsah A. & Amzan Abd. Malek. (2009).
Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya
menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi
mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu
keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan
akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih. Antara ciri-ciri ahli yang baik
adalah;
1. Keimanan Yang Utuh
2. Pelaksanaan Amal Ibadat
3. Akhlak Mulia
Suhana Othman (2005)
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan
individu unggul.
Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas
ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan.
Firman Allah swt:
‘Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya
dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya’.
( Surah al-Baqarah : 283 )
Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
‘Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya ‘
(Surah al-Bayyinah : 5)
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat
ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan
mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud:
‘Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila
dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak
hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih
daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim’.
(Riwayat Imam al-Baihaqi)
3.2.3 Tekun
Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan
sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw:
‘Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja
dia melakukan dengan tekun’.
( Riwayat Abu daud )
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman
dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang
cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat
lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap
ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai
tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada
sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah
swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:
‘Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan
tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amatlah keras’.
(Surah Ibrahim : 7 )
Sabar
Di dalam menghadapi cabara hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi
unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt :
‘Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan)
dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di
medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya kamu berjaya’.
(Surah Ali Imran : 200)
Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil
kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan
dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
‘Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah
ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika
suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan
tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau
bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri’.
(Riwayat Abu Syeikh)
LAGU PATRIOTIK DAN PERTUBUHAN
Menurut Suhana Othman. (2005), terdapat tiga buah lagu yang penting didalam
PBSM. Lagunya adalah ‘Hulurkan Tangan’, ‘Take the First Step’, dan juga lagu rasmi
pertubuhan iaitu ‘Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia’.
Setiap negara mempunyai lagu Persatuan Bulan Sabit Merah masing-masing dan
melodi yang berbeza mengikut budaya dan bahasa negara tersebut. Contohnya, negara
Lebanon mempunyai lagu pertubuhan Red Cross yang berbeza dari negara lain
Namun, lagu-lagu ini mempunyai bait-bait lirik yang melambangkan identiti serta
matlamat PBSM dan mesti dihayati oleh setiap anggota supaya dalam membangkitkan dan
seterusnya mengekalkan rasa patriotik terhadap negara dan persatuan.
HULURKAN TANGAN
HULURKAN TANGAN
Di malam sepi
Risaunya hati
Saudara tak bererti lagi
Tenangkan fikiran
Hulurkan tanganmu
Kan tercapai dunia damai
Milikmu milikku
Kerana kedamaian
Hasil jiwa murni
Rela tabah hati
Sedia memaafkan
Kau kan tahu
Kita bersaudara
Renungkanlah
Biar kau dan aku
Terangi dunia
Mara ke hadapan
Hulurkan tanganmu
Untuk dunia damai
Lirik: Thong Kwai Heng
Muzik: Tommy Tan
Producer: Tan Sri Dato Lim Kok Wing
4.2 TAKE THE FIRST STEP
TAKE THE FIRST STEP
In the quiet of night
When hearts are loud with fear
Love becomes a word that leaves you cold
You can heal the pain
Start the song again
Take the first step
To the world of love for you and me
Brother, peace in the world
Begins from deep within
The will to be the one
Who has strength to forgive
And you might find
You share ties that bind
So stop take some time
Let you and I
Light up with a smile
Then let's go another mile
Take the first step
Through friendship, through loving,
To peace
LAGU PERTUBUHAN PBSM MALAYSIA
LAGU
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Song : Dato’ Johari Salleh
DOA DAN KATA-KATA HIKMAT
“Bila-Bila Masa dan Di Mana-Mana Jua”
Diatas adalah cogan kata PBSM yang bermaksud tidak kira di mana, anggota PBSM akan
memberikan sumbangan dan bantuan pada bila-bila masa tanpa mengira kaum, agama, dan
ideologi. Oleh itu, setiap anggota PBSM harus sentiasa bersedia untuk berkorban tidak kira
dari segi masa dan tenaga mahupun wang ringgit dalam tugas untuk membantu sesiapa
sahaja yang memerlukan.
Suhana Othman. (2005)
RUMUSAN
Disiplin dan kerohanian didalam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), lagu patriotik
serta lagu pertubuhan, dan juga doa-doa dan kata-kata hikmat di dalam PBSM amat penting
untuk diketahui, dihayati seterusnya dipraktikkan oleh setiap insan yang memakai uniform
Bulan Sabit Merah.
Ini kerana disiplin dan kerohanian akan membentuk anggota PBSM yang jujur, ikhlas,
tekun, dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugas selaku anggota PBSM.
Disamping itu juga, lagu-lagu patriotik dan pertubuhan amat penting untuk dihayati
kerana ia menjadi teras kepada perpaduan setiap anggota PBSM kerana bukan sahaja
kerana lirik lagu yang bermakna tetapi kerjasama semasa menyanyi lagu kebanggaan
secara bersama-sama tidak kira kaum dan agama dan dengan satu suara, semua anggota
PBSM bersatu untuk melaksanakan bidang tugas yang digariskan di dalam persatuan.
Disamping itu juga, doa dan kata-kata hikmat mesti dihayati dan difahami oleh
semua ahli kerana ia akan menjadi pegangan dan motivasi kepada setiap anggota PBSM
semasa menjalankan tugas.
Kesimpulannya, disiplin,kerohanian, lagu dan kata-kata hikmat amat penting dia
dalam sesebuah persatuan kerana ia menjadi teras pegangan dan identiti persatuan
tersebut.
Pertolongan Cemas
PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS
Ab. Alim Abdul Rahim (1998) mendefinisikan pertolongan cemas sebagai
rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit.
Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan perubatan
selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar.
Manakala menurut tulisan buku Manual Pertolongan Cemas (2008),
pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan
kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba. Manakala tujuan
pertolongan cemas ialah untuk mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan
dan juga mengurangkan atau bahaya kecederaan.
Matlamat utama dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah
untuk menyelamatkan nyawanya dan mengelakkan kecederaan yang dialami
daripada menjadi bertambah buruk. Selain itu, pertolongan cemas juga diberikan
bagi mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh
doktor.
PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS
Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas
(2007), terdapat beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli
pertolongan cemas. Di antaranya :
1. Ahli-ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakutkan pesakit atau orang
yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.
Sebaliknya ahli-ahli pertolongan cemas perlu menaikkan semangat orang
yang ditimpa kemalangan.
2. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah memberi bantuan terhadap mana-mana
keadaan yang merbahaya terlebih dahulu.
3. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah melonggarkan pakaian pesakit agar ia
sentiasa berada dalam keadaan selesa dan mendapat udara yang
secukupnya. Jangan tanggalkan pakaiannya jika tiada mustahak.
4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling pesakit. Ini dapat
mengurangkan tekanan pesakit dan juga membenarkan udara mengalir
dengan secukupnya untuk pesakit.
5. Mendapatkan butiran peribadi pesakit seperti nama, alamat, nombor telefon
dan sebagainya supaya memudahkan perhubungan dengan pihak-pihak
tertentu.
6. Jangan cuba untuk memberikan bantuan yang berlebih-lebihan kerana
dikhuatiri akan memudaratkan pesakit.
7. Cuba pulihkan pernafasan sekiranya berhenti. Ini supaya dapat
menyelamatkan nyawa pesakit kerana setiap saat adalah sangat penting.
8. Jika berlaku pendarahan, cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada
keluar dengan banyak.
9. Ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah cuba menguruskan kenderaan
dengan seberapa segera untuk membawa pesakit itu mendapatkan rawatan
selanjutnya di hospital.
10. Berilah bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dan doctor
jika diperlukan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas
(2007), di antara prinsip-prinsip asas pertolongan cemas ialah seperti berikut :
KESAKSAMAAN
Tidak akan membezakan antara kaum, bangsa, agama ataupun darjat semasa
memberi bantuan kepada pesakit.
BERKECUALI
Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politikm ideologi dan
sebagainya semasa memberi bantuan kepada pesakit.
SUKARELA
Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan haruslah dilakukan secara sukarela
dan tidak mengharapkan keuntungan daripada pertolongan yang diberikan.
BERKEYAKINAN
Setiap ahli pertolongan cemas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang
berkeyakinan dan tenang semasa menghulurkan bantuan.
CEPAT DAN TANGKAS
Ahli pertolongan cemas mesti berada dalam keadaan bersedia, cepat dan tangkas
tetapi tidak gopoh-gapah.
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Semua pengguna mesti mengetahuI asas tentang pertolongan cemas. Peti
pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat
dan diambil. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan tiada bahan
atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.
Peti pertolongan cemas
Kandungan dalam peti pertolongan cemas
Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas:
Kotak PVC
Acriflavine (ubat kuning)
Antiseptik Burnol Plus
Dettol antiseptik
Minyak ubat
Plastik forsep
Pembalut elastik
Pita pembedahan
Jalur plastik
Gunting
Putik kapas
Kapas gulung
Gauze swabs
Panadol
Pembalut tigasegi
Penutup luka dan balut-membalut
Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang penutup luka atau pelapik
(dressing) yang digunakan semasa memberikan pertolongan cemas.
1. Tujuan
a) menolong menahan darah daripada keluar.
b) Menolong menahan luka daripada bernanah.
c) Mencegah atau mengurangkan kejangkitan.
2. Cara membalut luka
Gunakan sterile dressing (pelapik sucihama) sama ada kain khasah (kain Gauze)
atau kain pelempang (kain lint) yang telah disediakan iaitu bersih daripada
kuman. Ini dibalutkan dengan pembalut (bandage).
3. Membalut semasa kecemasan
Jika sterile dressing tiada, boleh juga menggunakan :
a) Sapu tangan yang bersih
b) Kain yang bersih
Semua ini boleh digunakan buat sementara waktu sahaja sehingga mendapat
sterile dressing.
ANDUH
Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) turut menerangkan tentang jenis-jenis anduh
yang digunakan bagi tujuan pertolongan cemas beserta gambar-gambar bagi
menjelaskannya. Terdapat 4 jenis anduh utama iaitu :
1. Anduh besar
2. Anduh kecil
3. Anduh lengan dan leher
4. Anduh Saint John atau anduh tiga persegi
Kegunaan
Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan merehatkan anggota atas
yang tercedera.
Anduh Gantian
Anduh-anduh gentian ini boleh disediakan serta-merta dengan beberapa jalan :
a) Sematkan lengan baju kepada pakaian di badan
b) Dengan memusingkan hujung baju ke atas dan disematkan
c) Dengan memasukkan tangan ke dalam baju yang berbutang
d) Kain selendang, tali leher, tali pinggang dan sebagainya boleh digunakan
PEMBALUT
Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang beberapa jenis dan
kegunaan pembalut.
Terdapat 4 jenis pembalut :
a) Pembalut tiga persegi (Triangular Bandage)
b) Pembalut lebar (Broad Bandage)
c) Pembalut panjang (Narrow Bandage)
d) Pembalut gulung (Roller Bandage)
4 kegunaan utama:
1. Bagi menetapkan tuap (splint) dan menjadikan tulang-tulang itu tidak bergerak
dan juga bagi menetapkan pelapik (dressing) pada lukanya.
2. Bagi mengampukan anggota yang tercedera itu dengan cara anduh.
3. Menahan daripada keluar darah.
4. Mengurangkan daripada bengkak.
JENIS-JENIS PEMBALUT
Catatan :
- Pelapik cincin
Digunakan semasa membalut luka di
mana terdapat benda luar seperti kaca
da sebagainya ataupun luka itu
disertakan dengan patah.
RUMUSAN
Pertolongan cemas merupakan rawatan yang diberikan sementara waktu
kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum
pesakit mendapat bantuan perubatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang
lebih pakar. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau
kecederaan. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan
semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia
merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem
perubatan yang menyeluruh. Setiap ahli pertolongan cemas mestilah menguasai
kemahiran dan teknik memberikan bantuan kecemasan supaya dapat diaplikasikan
pada kemudian hari.
Pertolongan cemas amat diperlukan ketika waktu kecemasan dan
kecederaan berlaku. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan
nyawa mangsa, membantu pemulihan dan menenangkan perasaan mangsa dengan
membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan yang mereka alami.
Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka
lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan
rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa.
Selain itu, kebiasaannya pertolongan cemas melibatkan penggunaan anduh
dan balutan. Oleh itu, ahli PBSM mestilah mengetahui dan memahami bagaimana
cara untuk menggunakan jenis anduh dan balutan bagi luka-luka yang tertentu.
Balutan yang dibuat pada luka dapat mengurangkan pengeluaran darah dan juga
mengelakkan daripada sebarang jangkitan dengan menggunakan dressing yang
sesuai.
Manakala, Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan
merehatkan anggota atas yang tercedera. Terdapat empat jenis anduh yang
digunakan dalam pertolongan cemas iaitu anduh besar, anduh kecil, anduh lengan
dan leher serta anduh Saint John atau anduh tiga persegi. Bagi pembalut pula,
terdapat empat jenis pembalut iaitu pembalut tiga persegi, pembalut lebar, pembalut
panjang dan pembalut gulung.
Kawad kaki
1.0PENGENALAN
Palang merah dan bulan sabit merah adalah lambing-lambang sejagat yang
membawa harapan dan keamanan unutk manusia – sebuah organisasi yang telah
diwujudkan kerana terdapat orang yang memerlukan pertolongan dan belas kasihan.
Palang merah dan bulan sabit merah merapatkan orang-orang yang
menderita dengan orang-orang yang mampu member pertolongan dalam pelbagai
rupa bencana, kempen-kempen menderma darah, program-program perkhidmatan
masyarakat, program-program anti dadah dan sebagainya. Secara individual, ahli-
ahli persatuan bulan sabit merah juga mampu belajar untuk menguruskan
kebersihan diri dan pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa. (Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia, 1988)
ICRC (Internation committee of the red cross) juga mengambil berat tentang
cara tawanan perang dilayan dan keadaan mereka ketika dalam tahanan. ICRC
menganjurkan penghantaran lebih dua juta bungkusan makanan kepada orang
tawanan, memeriksa kem tawanan perang untuk memastikan bahawa keadaannya
sesuai untuk diduduki, dan mengatur pertukaran empat ratus lima puluh ribu
tawanan yang sakit dan cedera. (Michael Pollard, 1992)
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan
sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia
pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada
tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di
Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4
Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan
Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan
Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia
dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. (Dr. Mohd Zir mohd
yasin, 2007)
2.0Kawad Kaki dalam Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
Kemahiran Kawad Kaki adalah satu kemahiran bagi mendapatkan lencana dalam
PBSM. Walaupun kawad kaki tidak begitu menonjol dalam kemahiran utama ahli
PBSM, namun setiap ahli PBSM perlu mengetahui sekurang-kurangnya asas dalam
kemahiran kawad kaki. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti kokurikulum sekolah
seperti setiap kali sukan sekolah diadakan semua pasukan pakaian seragam
dikehendaki melibatkan diri dalam perbarisan lintas hormat.
Begitu juga semasa menyertai perkhemahan, setiap peserta perkhemahan
dikehendaki berkawad. Kawad kaki juga dijadikan sebagai asas dalam membentuk
disiplin setiap ahli pasukan pakaian seraham. Semasa dalam perbarisan ahli PBSM
yang mengambil bahagian peril melakukan pergerakan yang diarahkan secara
serentak. Perkara penting dalam kawad kaki dan perbarisan, peserta kawad perlu
sentiasa mendengar arahan dan perintah daripada pemimpin atau siapa sahaja
yang bertindak sebagai juru kawad. Segala perintah dan arahan perlu dilakukan dan
dipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, sifat-sifat yang perlu
ada pada juru kawad supaya arahan-arahan yang disampaikan semasa kawad
diikuti adalah tegas dalam memberikan arahan dan perintah, mempunyai suara yang
lantang, jelas dan terang supaya arahannya dapat didengar oleh setiap ahli,
berdisiplin dan bertanggungjawab, mempunyai pengalaman dalam melakukan
kawad dan perbarisan, serta berkebolehan mengawal perbarisan. (Amzan Abd.
Malek & Hazira Hansah A., 2007)
Asas kawad kaki dan perbarisan adalah perlu memahami arahan
pergerakannya seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, pusing kanan, pusing kiri,
pusing belakang, luruskan barisan, bergerak kehadapan dan bersurai.
Kawad kaki adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan serta
bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi, cergas dan taat perintah. Kawad kaki mengandungi 5 elemen utama iaitu
Kawad statik, Kawad dinamik, Kawad asas, Kawad formasi, dan Kawalan
kehormatan. Elemen kawad kaki pula dibahagikan 3 tahap. Pada Tahap 1 iaitu
kawad statik dan kawad dinamik; Tahap 2 adalah kawad asas kawad formasi; dan
Tahap 3 adalah kawalan kehormatan.
3.0KAWAD KAKI ASAS PBSM
3.1Bahasa Hukuman Kawad Kaki PBSM
1. Baris / Skuad.
2 Baris .Sedia.
3 KeKanan .Lurus.
4 Pandang. Depan .
5 Buka Barisan .Gerak .
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .
15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .
17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.
19 langkah , kekanan gerak .
20 langkah , ke kiri gerak .
21 langkah , ke hadapan gerak .
22 langkah , ke belakang gerak .
23 Dari kiri , cepat jalan .
24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang ,
kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan , kanan belok .
28 Dari kiri / kanan , kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan /
kiri pusing.
31 Hormat , ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat.
33 Hormat , kekanan hormat.
34 Hormat , kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .
36 Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x
37 Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang ,
kebelakang... pusing.
38 Dari kiri / kanan , kanan belok.
39 Dari kiri / kanan , kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan /
kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat , cepat jalan .
43 Skuad henti .
44 Hentak kaki
45 Skuad henti .
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari
tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)
(Lina Nirmala, 2010)
3.2Kawad Statik
A. Sedia
Hukumannya : "Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan hentak padat di
sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah
kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua
lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki
dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada
terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke
bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari
genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan
rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar;
langut kepala memandang terus ke hadapan.
Gerakan 1 Gerakan 2
B. Senang diri
Hukuman :"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah
kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke
belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri,
ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku
lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan,
kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa :
Siku bengkok; Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; Bukaan kaki kanan tidak
cukup 12 inci; Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; Jatuh tumit atau hujung
kaki dahulu; Bahu jatuh dan badan mengenjut.
Gerakan 1 Gerakan 2
Kedudukan tangan yang betul
C. Rehatkan diri
Hukuman :"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang
dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat )
Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; Menggeliat dan
bercakap-cakap.
Ingatan :
-Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan
pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.
-Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan
senang diri.
Rehatkan diri
D. Masuk Baris
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di
hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga
barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu
skuad".
Hukuman :"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga
barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang
mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan
belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di
dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan
dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
Datang berbaris tidak berlari
Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
Bercakap-cakap; Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
E. Membetulkan barisan
Hukuman:" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan
angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus
dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan
muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan;
serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras
bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam
keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah
kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek
– pendek” sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah
dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh
bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri
bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus,
semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman :"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,
cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak
betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan
muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengikuti anggota hadapan.
Hadapan lurus
Ke kanan lurus
-Pandang depan
Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan
kanan ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan,
pemimpin memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua ahli perlu memandang
hadapan, menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam.
Hukuman:”Baris! Pandang depan!”
Gerkan pandang depan
F. Berpusing ke kanan
Hukumannya :”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak
90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala
yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit
kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan
sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1.Tangan tidak rapat ke badan
2.Hentak kaki tendang kuda.
3.Membongkok
4.Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
G. Berpusing ke kiri
Hukumannya:”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak
90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan
mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala
yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki
kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia
. Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah
kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
H. Menghadap kehadapan/ belakang
Hukumannya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah
mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
I. Keluar baris
Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat
kaki kiri ke paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus
melangkah tiga langkah ke hadapan dan keluar dari barisan
Hukumannya:”Keluar baris!”
J. Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan
kaki kiri.
Hukumannya:”Baris bersurai, bersurai!”
Istiadat
1.0. ISTIADAT PERHIMPUNAN
 Masuk dalam barisan
 Melapor kekuatan pasukan
 Mengibarkan bendera Malaysia, bendera Bulan Sabit Merah dan bendera
negeri.
 Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia.
 Bacaan doa.
 Ucapan pemimpin
 Bacaan ikrar
 Keluar baris.
2.0. ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA
 Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.
1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu.
2. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera.
3. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di
tengah bulatan)
4. Taklimat pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh
penerima.
5. Pemeriksa maju kea rah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat.
6. Pemeriksa menyematkan lencana.
6.1 Lencana Kecakapan (di kiri lengan baju)
7. Pemeriksa bersalam dan ucapan “syabas”
8. Ahli PBSM tabik hormat.
9. Selesai semua kumpulan beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh
penerima lencana.
10.Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing
 Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong
pemimpin.
 Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM.
 Senarai penyampaian lencana:
KATEGORI
1
AHLI KEHORMAT
SEUMUR HIDUP
(Honorary Life
Membership)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada orang-orang yang terhormat
yang telah mencurahkan khidmat-khidmat
yang bernilai sejajar Prinsip-prinsip Bulan
Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4)
anugerah dalam setiap tahun.
KATEGORI
2
PINGAT
PERKHIDMATAN
CEMERLANG
(Distinguished
Service Medal)
Dianugerah oleh Penegrusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah memberikan
perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan
dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh
tahun.
KATEGORI
3
PINGAT KEBAKTIAN
TERPILIH
(Excellent Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang-
kurangnya selama sepuluh tahun
perkhidmatan selepas melepasi had umur 18
tahun.
KATEGORI
4
PINGAT JASA
TERPUJI
(Meritorious Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan yang terpuji
sekurang-kurangnya selama (5) tahun selepas
melepasi had umur 18 tahun.
KATEGORI SIJIL KEPUJIAN Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
5 (Certificate of Merit) atas sokongan jawatankuasa Anugerah
PBSMM kepada ahli-ahli yang telah
melengkapi perkhidmatan khusus kepada
Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3)
tahun selepas melepasi had umur 18 tahun.
KATEGORI
KHAS
PINGAT
KEBERANIAN
(Gallantry Award)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada mana-mana ahli di atas
keberaniannya.
PINGAT
PERKHIDMATAN
LAMA
(Long Service Medal)
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan
selama sepuluh tahun – setelah melepasi had
umur LAPAN BELAS tahun dan satu ‘BAR’
dianugerh bagi setiap 5 tahun selepasnya.
(diluluskan pada 4.4.71)
ANUGERAH KHAS
DERMAWAN
(Special Award for
benefectors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma
persendirian atau orang perseorangan yang
bermurah hati memberikan sokongan mereka
kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa
Pengurusan Kebangsaan berpendapat
bahawa mereka berhak menerima anugerah.
ANUGERAH KHAS
KHIDMAT ISTIMEWA
Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang
telah memberi khidmat istimewa khusus untuk
sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan
dan juga menepati sepenuhnya keperluan
tujuh prinsip-prinsip PBSMM.
KATEGORI
BELIA
PINGAT JASA
TERPUJI (BELIA)
(Mentonous Service
Medal – youth)
Dianugerhkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM / jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi
perkhidmatan yang terpuji sekurang-
kurnagnya selama tiga tahun.
SIJIL KEPUJIAN
BELIA
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
(Certificate of Merit –
youth)
PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan
perkhidmatan khusus kepada Persatuan.
SENARAI LENCANA KEGUNAAN AHLI-AHLI PBSM
LENCANA AHLI SEUMUR
HIDUP
(Diluluskan pada 19.11.94)
Atas pembayaran rm 1000.00 atau lebih, Sijil
Keahlian Seumur Hidup akan dikeluarkan.
Bayaran bagi kos lencana akan ditanggung oleh
Cawangan.
LENCANA KEAHLIAN
(Diluluskan pada 22.1.1967)
Lencana keahlian akan diberikan kepada semua
kategori keahlian PBSMM atas pembayaran
yuran keahlian.
LENCANA TOPI (CAP) Lencana topi akan diberikan kepada semua ahli
yang berpakaian seragam atas pembayaran
yuran keahlian.
ANUGERAH KHAS.
ISTIADAT MENINGKAT NAIK
Istiadat meningkat naik meruakan satu istiadat yang mustahak dan menjadi
kenangan kerana ianya merupakan satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para
Pegawai Kanak-Kanak yang meningkat naik. Istiadat ini adalah bertujuan untuk
menunjukkan rasa betapa berharganya ahli yang berjaya meningkat naik yang telah
pun melepasi ujian. Istiadat ini juga dilakukan bertujuan untuk memberikan sijil
penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau Amali.
ISTIADAT BENDERA PBSMM
Sebelum menaikkan bendera PBSMM, ahli yang bertugas seharusnya
menguji terlebih dahulutali temali bendera tersebut bagi memastikan ianya teguh
dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bender jatuh atau melampai tidak tentu
kibarannya. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
Para petugas yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas,
lengkap dengan uniform PBSMM. Peringatan kepada petugas yang menaikkan
bendera, bendera janganlah dilitakkkan ke tanah semasa hendak menaikkannya dan
tidak juga seharusnya membiarkan bendera tersebut meleret ke tanah sewaktu
menurunkannya. Sebaiknya, bendera tersebut hendaklah ditatang atau
diselimpangakan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan
sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan
semula semula bendera tersebut sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudiannya
menurunkan bendera itu secara terus. Bendera yang telah siap digunakan
hendaklah dilipat dan disimpan dedngan baik di tempat yang tertentu supaya tidak
dilangkahi dan sebagainnya. Jangan sesekali menggunakan bendera PBSMM untuk
mengalas meja dan untukapap-apa tujuan yang dirasakan tidak wajar. Manakala,
bagi bendera yang telah koyak atau lusuh, bendera tersebut dianggap sebagai uzur
dan ianya harus dimusnahkan dengan cara sopan. Cara yang terbaik untuk
memusnahkan bendera yang telah uzur adalah dengan membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa meunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Jangan sesekali mengibarkan bendera yang telah uzur kerana perbuatan itu
dianggap sebagai menghina bendera persatuan.
ISTIADAT MELANTIK
 Ahli PBSM membuat bulatan. Komandan berdiri di dalam bulatan. Ahli Majlis
Tertinggi di luar bulatan di belakang Komandan. Ahli lain dalam keadaan
sedia.
 Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
 Komandan : “Adakah kamu ingin menjadi seorang ahli PBSM?”
Ahli baru : “Ya, Komandan”
Komandan : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan persetiaan PBSM?”
Ahli baru : “Ya, Komandan”
 Komandan melafazkan Persetiaan PBSM diikuti oleh ahli baru.
 Komandan berjabat tangan dengan ahli baru dan berkata: “Saya percaya
kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu
sekarang adalah seorang PBSM dan seorang ahli dalam PBSm sedunia.
 Ahli baru tabik hormat kepada Komandan kemudian berpusing dan hormat
kepada ahli PBSM lain.
 Ahli PBSM lain membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan ahli baru
 Istiadat diakhiri dengang Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK
tersebut.

More Related Content

What's hot

Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhanKumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
siaw ong
 
pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
siaw ong
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmmSejarah bsmm
Sejarah bsmm
Mansor Esa
 
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahUndang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
PuteRa Eyone
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
Siti Zulaikha
 
BSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterBSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city Chapter
Al Ezam
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Asyikin4996
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
noorfarahanahmohdnoo
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
kain-anduh
kain-anduhkain-anduh
kain-anduh
Amanda Cheah
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanSeyla Ilysm
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2falissa625
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
NurulAsyikin56
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
tamya65
 

What's hot (20)

Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhanKumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
Kumpulan 2 struktur dan-organisasi-pertubuhan
 
pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmmSejarah bsmm
Sejarah bsmm
 
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang MerahUndang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa Palang Merah
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
BSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city ChapterBSMM UUKA KK city Chapter
BSMM UUKA KK city Chapter
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
kain-anduh
kain-anduhkain-anduh
kain-anduh
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulan
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 

Similar to Bulan sabit merah

1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
Khonj1
 
Sejarahbsmm
SejarahbsmmSejarahbsmm
Sejarahbsmm
MShahrin idris
 
Pbsm
PbsmPbsm
Pbsm
siaw ong
 
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptxSlaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
6csbc5dsrz
 
Pendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSMPendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSM
Azizi Ahmad
 
AGENSI PBB
AGENSI PBBAGENSI PBB
AGENSI PBB
Fad Deen
 
7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asasRos Nita
 
Palang Merah Antarabangsa
Palang Merah AntarabangsaPalang Merah Antarabangsa
Palang Merah AntarabangsaTuan Haroun
 
Sejarah palang merah
Sejarah palang merahSejarah palang merah
Sejarah palang merah
sitihawayasin
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
sitihawayasin
 
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahPendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahNur Adibah Zainal Abidin
 
Sejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahSejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahTuan Haroun
 
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaSejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
latif123456
 
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaS ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
latif123456
 
Buku Teks Pendidikan Palang Merah
Buku Teks Pendidikan Palang MerahBuku Teks Pendidikan Palang Merah
Buku Teks Pendidikan Palang Merah
Fathmalyn Abdullah
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merah
Jc Ape
 
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptxMALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
TSIVANESAN1
 

Similar to Bulan sabit merah (20)

1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
1_Sejarah_Palang_Merah.ppt
 
Sejarahbsmm
SejarahbsmmSejarahbsmm
Sejarahbsmm
 
Pbsm
PbsmPbsm
Pbsm
 
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptxSlaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
Slaid PBSM tentang perkembangan PBSM 17 April 2024.pptx
 
Pendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSMPendidikan dan Undang PBSM
Pendidikan dan Undang PBSM
 
AGENSI PBB
AGENSI PBBAGENSI PBB
AGENSI PBB
 
7 prinsip asas
7 prinsip asas7 prinsip asas
7 prinsip asas
 
Palang Merah Antarabangsa
Palang Merah AntarabangsaPalang Merah Antarabangsa
Palang Merah Antarabangsa
 
Sejarah palang merah
Sejarah palang merahSejarah palang merah
Sejarah palang merah
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merahPendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
Pendidikan dalam palang merah dan bulan sabit merah
 
Sejarah Palang Merah
Sejarah Palang MerahSejarah Palang Merah
Sejarah Palang Merah
 
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaSejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
Sejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
 
Sejarah pbsm di malaysia
Sejarah pbsm di malaysiaSejarah pbsm di malaysia
Sejarah pbsm di malaysia
 
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysiaS ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
S ejarah persatuan bulan sabit merah malaysia
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Buku Teks Pendidikan Palang Merah
Buku Teks Pendidikan Palang MerahBuku Teks Pendidikan Palang Merah
Buku Teks Pendidikan Palang Merah
 
Peranan palang merah
Peranan palang merahPeranan palang merah
Peranan palang merah
 
Sesi 1 sejarah pengakap
Sesi 1   sejarah pengakapSesi 1   sejarah pengakap
Sesi 1 sejarah pengakap
 
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptxMALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
MALAYSIA_DAN_HUBUNGAN_GLOBAL.pptx
 

More from siaw ong

RPH
RPHRPH
Istiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunanIstiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunan
siaw ong
 
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmmBahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
siaw ong
 
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana benderaistiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
siaw ong
 
9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr
siaw ong
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
siaw ong
 
Folio bpsmm
Folio bpsmmFolio bpsmm
Folio bpsmm
siaw ong
 
istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyampaian lencana benderaistiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
siaw ong
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
siaw ong
 
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanian
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanianKumpulan 6 disiplin dan kerohanian
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanian
siaw ong
 
6. disiplin dan kerohanian
6. disiplin dan kerohanian6. disiplin dan kerohanian
6. disiplin dan kerohanian
siaw ong
 
pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
siaw ong
 
Istiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunanIstiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunan
siaw ong
 
Cover depan assigment
Cover depan assigmentCover depan assigment
Cover depan assigment
siaw ong
 
Carta organisasi
Carta organisasiCarta organisasi
Carta organisasi
siaw ong
 
5. kumpulan 5
5. kumpulan 55. kumpulan 5
5. kumpulan 5
siaw ong
 
4. tajuk 4
4. tajuk 44. tajuk 4
4. tajuk 4
siaw ong
 
Badan beruniform
Badan beruniformBadan beruniform
Badan beruniform
siaw ong
 
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
siaw ong
 
Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6
siaw ong
 

More from siaw ong (20)

RPH
RPHRPH
RPH
 
Istiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunanIstiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunan
 
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmmBahasa hukuman kawad kaki pbsmm
Bahasa hukuman kawad kaki pbsmm
 
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana benderaistiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyammpaian lencana bendera
 
9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr9.keracunan seliuh cpr
9.keracunan seliuh cpr
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
 
Folio bpsmm
Folio bpsmmFolio bpsmm
Folio bpsmm
 
istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyampaian lencana benderaistiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera
 
asas pertolongan cemas
asas pertolongan cemasasas pertolongan cemas
asas pertolongan cemas
 
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanian
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanianKumpulan 6 disiplin dan kerohanian
Kumpulan 6 disiplin dan kerohanian
 
6. disiplin dan kerohanian
6. disiplin dan kerohanian6. disiplin dan kerohanian
6. disiplin dan kerohanian
 
pengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSMpengurusan dan pentadbiran PBSM
pengurusan dan pentadbiran PBSM
 
Istiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunanIstiadat perhimpunan
Istiadat perhimpunan
 
Cover depan assigment
Cover depan assigmentCover depan assigment
Cover depan assigment
 
Carta organisasi
Carta organisasiCarta organisasi
Carta organisasi
 
5. kumpulan 5
5. kumpulan 55. kumpulan 5
5. kumpulan 5
 
4. tajuk 4
4. tajuk 44. tajuk 4
4. tajuk 4
 
Badan beruniform
Badan beruniformBadan beruniform
Badan beruniform
 
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
2. struktur dan-organisasi-pertubuhan
 
Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6Panduan pengajaran muzik tahun 6
Panduan pengajaran muzik tahun 6
 

Recently uploaded

SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Bulan sabit merah

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN FOLIO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NAMA: NO MATRIK: UNIT/ AMBILAN: RBT AMBILAN JANUARI 2013 PENSYARAH PENASIHAT: EN. MOHAMMAD BIN AB. LATIFF DR.HJ ABDULLAH BIN MOHAMMAD EN. AZIZO BIN AWANG
  • 3. SEJARAH 1. Pengasas Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya ‘A Memory of Solferino’ telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku itu mencadangkan : Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana- mana pasukan hendaklah dibantu . Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.
  • 4. 2. Sejarah Palang Merah & Bulan Sabit Merah di Dunia Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC – International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC – International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 3. Sejarah Ringkas BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
  • 5. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia 4. AKTA PERTUBUHAN Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut: 1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. 2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
  • 7. STRUKTUR DAN ORGANISASI PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM) PERINGKAT ANTARABANGSA Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah: 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang. 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland. 3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) JPMA merupakan suatu institusi persendirian Switzerland yang berkecuali dalam hal politik, ideologi dan keagamaan. Ia merupakan pengasas Palang Merah yang beribu pejabat di Geneva. Ia dianggotai oleh rakyat negara Switzerland. Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Tetap yang bermula dengan hanya 5 orang kini dianggotai oleh 25 orang. Mereka berjumpa lapan kali setahun dalam satu perhimpunan (Assembly).
  • 8. Lembaga Eksekutif Lembaga ini dianggotai oleh 7 orang eksekutif yang bertanggungjawab terhadap pentacibiran JPMA. Bahagian-bahagian ini terdiri daripada Bahagian Operasi, Bahagian Prinsip dan Undang-undang, Bahagian Kakitangan, Bahagian Penerangan dan juga Bahagian Pengesanan Pusat. Lembaga Pengarah Lembaga ini bertanggungjawab ke atas pentadbiran seharian JPMA. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Badan induk dan penaung setiap persatuan kebangsaan Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah di seluruh negara. Organisasi ini bermula pada tahun 1919(Tamat Perang Dunia Pertama) dan melahirkan banyak sukarelawan yang bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Tujuan IFRC memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang dan mereka mendapat pelbagai pengalaman. Idea penubuhan Mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama Cadangan penubuhan Idea ini telah dicadangkan oleh Henry Pomeroi Davison iaitu Presiden Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat di mana satu persidangan perubatan di Paris pada tahun 1919 telah dijalankan untuk mengemukakan cadangannya. Hasil cadangan Daripada hasil cadangan tersebut, lahirnya Liga Persatuan-persatuan Palang Merah di mana negara-negara pengasas Liga tersebut ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Ibu pejabatnya terletak di Paris, kemudian berpindah ke Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam
  • 9. aktiviti kemanusiaan. Pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan seterusnya pada 1991 pula perkataan ‘Liga’ digugurkan dan digantikan dengan ‘Persekutuan’. Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) adalah merupakan nama rasmi yang baru dan telah dianggotai oleh 178 buah negara. PERINGKAT KEBANGSAAN Menurut Wahab Chik (2010) Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK) bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya. Mereka juga memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. Mereka juga melantik anggota-anggota pertolongan cemas untuk meringankan penderitaan manusia seperti latihan pertolongan cemas, bantuan semasa bencana alam dan aktiviti kebajikan dan kesihatan.selain itu PBSMK juga menjaga tentera yang sakit dalam peperangan dan membantu orang- orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam. Logo Persatuan Kebangsaan
  • 10. NaibPresidendipegangoleh  YB Menteri PembangunanWanita, KeluargadanMasyarakat  YB Menteri Kesihatan  YB Menteri Luar Negeri  YB Menteri Beliadan Sukan  YB Menteri Pelajaran  YB Menteri PendidikanTinggi Timbalan Presiden dipegang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Penaung persatuan: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
  • 11. CARTA ORAGANISASI BSMM SENAT MAJLIS JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN URUS SETIA KEBANGSAAN URUS SETIA CAWANGANJAWATANKUASA CAWANGAN URUS SETIA DAERAH URUS SETIA DAERAH KECIL JAWATANKUASA DAERAH JAWATANKUASA DAERAH KECIL UNIT KANAK-KANAK (SEKOLAH RENDAH) UNIT BELIA (SEKOLAH MENENGAH) UNIT PBS
  • 12. Pelantikan senator : ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik kalangan ahli-ahli BBSM 25 senator pada suatu masa Tidak mempunyai kuasa eksekutif Badan tertinggi Senat BSMM
  • 13. Pengerusi Kebangsaan PBSM Malaysia YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman PERINGKAT NEGERI Bagi PBSM peringkat negeri pula, kesemua jawatan yang berada dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK ) yang terletak di Kuala Lumpur. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBBSM) terdapat 15 cawangan di Malaysia di mana setiap negeri mempunyai cawangan yang telah ditetapkan termasuk Wilayah Persekutuan dan juga Labuan. Struktur organisasi dalam peringkat negeri hampir serupa dengan seperti Lembaga Eksekutif Kebangsaan (NEB). PERINGKAT DAERAH Setiap Cawangan terdiri daripada beberapa Cabang yang terbahagi kepada dua iaitu daerah dan juga daerah kecil. Apa yang dimaksudkan dengan daerah kecil ialah daerah kecil merupaka suatu institusi yang terdiri daripada universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain lagi. Daerah merupakan nama lama dan kemudian telah ditukarkan menjadi Cabang yang juga mewakili daerah. Pada tahun 2000, sebanyak 119 Cabang yang telah berdaftar di Malaysia di mana Cabang ini berada di seluruh Malaysia.
  • 14. Pengerusi (KPP HEP) Timbalan Pengerusi () PengarahLatihan Penaung REKTOR IPG Naib Pengerusi 2(Pentadbiran) Tn. Hj. Afandi Hussein (IPGRM) Naib Pengerusi 2(Pentadbiran) Tn. Hj. Afandi Hussein (IPGRM) PERINGKAT IPGK Latihan/Kejurulatihan Pen. Setiausaha Ketua-KetuaZon K/Jurulatih Pendidikan PBSMM K/JurulatihUUKA K/JurulatihBencana Operasi Menyelamat K/JurulatihPCA K/Jurulatih RawatanRumah Bendahari AJKTadbir KuarterMaster Pegawai Seranta Pegawai Kebajikan Ketua-KetuaPensyarah PenasihatSetiapInstitut
  • 15. Struktur Jawatankuasa Latihan BSMM Zon Pengerusi (Pengarah IPG di mana Ketua Zon berada) Naib Pengerusi (Pengarah IPG Lain Dalam Zon) Ketua Zon (Tidak semestinya jurulatih) Penolong Ketua Zon (Dari IPG lain dalam Zon) Setiausaha (Dari IPG sama dengan Ketua Zon) Penolong Setiausaha (Dari IPG lain dalam Zon) Bendahari (Dari IPG lain dalam Zon) Auditor (Dari mana-mana IPG dalam Zon) Ahli-ahli Jawatankuasa Latihan (Wakil Dari Setiap IPG dalam Zon)
  • 16. Organisasi BSMM Peringkat Institut (Cabang / Chapter) 1.Untuk Tindakan Kecemasan 2.Untuk Derma Darah 3.Latihandan SumberTenaga 4. Penerangandan KutipanDerma Penaung (Pengarah Institut) Pengerusi (Ketua Pensyarah Penasihat) Naib Pengerusi (tidak melebihi 2 pensyarah/jurulatih) Quarter Master (Pensyarah penasihat / jurulatih) Pengerusi / Pengerusi Jawatankuasa Kecil (boleh dipegang oleh pensyarah / Ketua Guru Pelatih mengikut semester) Ex-Officio SUG & Penyelaras Unit Beruniform, Ketua Zon Setiausaha Kehormat (Pensyarah Penasihat) Bendahari Kehormat (Pensyarah Penasihat)
  • 17. FUNGSI MAJLIS-MAJLIS TERTINGGI Senat BSMM Senat BSMM merupakan badan yang tertinggi dalam struktur organisasi PBSM Malaysia. Senat ini tidak mempunyai kuasa eksekutif. Senat juga mengandungi tidak lebih daripada 25 orang pada suatu masa dan perlantikan senator itu adalah ditentukan oleh budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik dalam kalangan ahli-ahli BBSM itu sendiri yang terkenal dengan pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang cemerlang. Peranan senat adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip pergerakan. Majlis Kebangsaan Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar BSMM. Majlis Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Jika mesyuarat ingin dilangsungkan, mesyuarat itu memerlukan 1/3 ahli yang hadir untuk membentuk korum. Jika kurang daripada 1/3 ahli yang hadir untuk mesyuarat itu, maka mesyuarat itu tidak dapat dilaksana kerana tidak mencapai korum yang telah ditetapkan. Majlis Kebangsaan ini dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, lapan orang ahli yang dipilih, dua orang wakil dari setiap Cawangan, wakil-wakil agensi kerajaan, Kementerian dan juga Setiausaha Agung Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah sebuah badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan di mana mereka menjalankan aktiviti pengurusan seharian mengenai persatuan. Mesyuarat di antara ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan diadakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan ini adalah untuk melaksanakan arahan dari Majlis Kebangsaan dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti seharian BSMM. Lembaga Eksekutif Kebangsaan dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, lapan orang ahli yang dipilih, lima orang wakil zon dan juga Setiausaha Agung. Lembaga Eksekutif Kebangsaan berkuasa dalam menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan, memberi pertimbangan dan melulus atau sebaliknya perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih malah juga ditugaskan untuk mendisplinkan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemberhatian, pembuangan atau memansuhkan keahlian tidak termasuk ahli-ahli Senat BBSM dan Majlis Kebangsaan.
  • 19. PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PERATURAN-PERATURAN(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN Pada mematuhi subperaturan 5 (1) (a) dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia jilid 42 no 11, tambahan no 41, perundangan (A): 196 bertarikh 21hb Mei 1998. maka berikut ini dikemukakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan SabitMerah SMK TAMAN KOTA JAYA,yangselepasini disebutsebagai ’PBSM’sahaja. PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT a) Nama UnitBerunifom: PersatuanBulanSabitMerah, SMK Taman KotaJaya b) Alamat :SMK Taman Kota Jaya, Jalan Anggur,TamanKota Jaya,81900 KotaTinggi,Johor. PERATURAN 2 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalamaspekjasmani,emosi,rohani danintelek. PERATURAN 3 OBJEKTIF 3.1 Supayaahli dapat menganggotai badanunitberuniformPBSMdenganlebihterpimpindalam menimbailmudanmemupuksemangatbertanggungjawabdandisiplindiri. 3.2 Ahli-ahliPBSMakanseberapadayaberusahauntukmencapai tahapyang palingtinggi dalam aktiviti yangdiceburi terutamanyamelalui ujian-ujiankecekapanyangdiikuti. PERATURAN 4 KEAHLIAN 4.1 Dibukakepadasemuamuridsekolahini 4.2 Permohonanmenjadiahli adalahdengancaramengisi borangyangdisediakan 4.3 Ahli-ahli mestilahmenerimasertabersetujuberpegangkepadaperlembagaandanakan mengambil bahagiandengancergasbagi menjayakantujuanpersatuanini.
  • 20. PERATURAN 5 GURUPENASIHAT 5.1 Guru penasihatadalahterdiri daripadagurusekolahini 5.2 Guru penasihathendaklahmemberi nasihatdalamperancangandanpelaksanaansesuatuaktiviti 5.3 Guru penasihathendaklahsentiasabersamadenganahli-ahli semasaaktivitidijalankan. PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 6.1 Dilantiksemasamesyuaratagung 6.2 Ahli yanghadirlayakdicalonkansebagai ahli jawatankuasamanakalaahli yangtidakdapat hadirtetapi menulissurattunjuksebablayakdicalonkansebagaiahli jawatankuasa. 6.3 Pemilihanahli jawatankuasasecaraundian 6.4 Ahli jawatankuasakecil bolehdilantikolehgurupenasihattanpamengadakanmesyuarat 6.5 Ahli jawatankuasayanghendakmeletakkanjawatanhendaklahmenghantarsuratperletakan jawatankepadaguru penasihat 6.6 Ahli jawatankuasapersatuanhendaklahterdiri: 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naibpengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolongsetiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Penolongbendahari 6.6.7 Ahli jawatankuasa(bilanganbergantungkeperluan) 6.6.8 Pemeriksakira-kira( 2orang) PERATURAN 7 TUGASDAN TANGGUNGJAWABJAWATANKUASA 7.1 Pengerusi
  • 21. 7.1.1 Mempengerusikansemuamesyuaratdanbertanggungjawabataskesempurnaansemuamesyuarat 7.1.2 Meneliti catatanminitmesyuaratdanmemastikansegalakeputusanyangdiputuskandiambil tindakan yangsewajarnya 7.1.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.2 Naibpengerusi 7.2.1 Membantupengerusi dalammenjalankantugasdantanggungjawabyangdiberi 7.2.2 Mempengerusikanmesyuaratsemasaketiadaanpengerusi 7.2.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskanhal-hal suratmenyurat 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minitmesyuarat/laporankegiatan-kegiatan 7.3.3 Mencatat kehadiranahli 7.3.4 Menyimpandokumenyangberkaitan denganpersatuan 7.3.5 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.4 Penolongsetiausaha 7.4.1 Membantusetiausahadalammenjalankansegalatugasdantanggungjawabnya 7.4.2 Menjalankantugassetiausahasewaktuketiadaansetiausaha 7.4.5 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawabberkenaansemuahal kewanganpersatuan 7.5.2 Membuatdan menyimpankira-kiraberkenaansemuaperkarakewangandanbertanggungjawabdia atas kesahihannya 7.5.3 Menyediakanpenyatakira-kirabulanandantahunansertamenandatanganinya 7.5.4 Melaporkankedudukankewangansekiranyadimintadi dalammesyuarat ahli jawatankuasa 7.5.5 Menyediakanlaporankewanganuntukdiauditdandibentangkandalammesyuarat agung 7.5.6 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa
  • 22. 7.6 Penolongbendahari 7.6.1 Menjalankantugas-tugasbendaharisewaktuketiadaanbendahari 7.6.2 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.7 Ahli jawatankuasa 7.7.1 Membantumenjalankantugasdalamsegalaprogramdanaktiviti yangdilaksanakan 7.7.2 Mempengerusikanbirosekiranyadilantik 7.7.3 Menjalankantugas-tugaslainyangdiarahkanolehgurupenasihatdari masake semasa 7.8 Pemeriksakira-kira 7.8.1 Memeriksa,meyemaksertamengesahkanlaporankewangantahunandanbertanggungjawabke atasnya 7.8.2 Memastikanpengurusankewangandiuruskandenganbetul PERATURAN 8 KEWANGAN 8.1 Sumberutamakewanganpersatuanadalahmelaluidermayangdiputuskansemasamesyuarat agungdan telahdiputuskansebanyakRM1.00 seorangsebulan 8.2 Persatuanjugabolehmemperolehi kewanganmelalui aktiviti 8.3 Ahli-ahli yangbersetujumenyertaiaktiviti yangmemerlukanperbelanjaanbesarbolehdikenakan dermakhasbagi membiayai aktivititersebut 8.4 Semuapungutan/penyimpananbolehdimasukkanke dalamakaunSUWA sekolah,sekiranya mendapatkebenaranpengetua/gurubesar. PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN 9.1 Ahli persatuandikehendaki menghadiri semuaaktivitiyangdijalankanolehpersatuansepanjang
  • 23. tahun 9.2 Kegagalanberbuatdemikiansebanyaktigakali berturut-turutdikehendaki menulissurattunjuk sebab.Tindakanmemotongmarkahkehadirandalampenilaiankokurikulumbolehdiambil sekiranyagagal berbuatdemikian. PERATURAN 10 AKTIVITI 10.1 Dijalankanseperti yangdirancangdalammesyuaratagungataumesyuaratahli jawatankuasa 10.2 Sebarangpindaanaktiviti akandibuatolehgurupenasihatdandiumumkankepadapengetahuan ahli PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN 11.1 Peraturansekolahadalahmenjadi peraturanasas 11.2 Peraturankhas yangditetapkanhendaklah dipatuhiolehsemuaahli 11.3 Ahli-ahli yangmelanggarperaturanakandikenakantindakantatatertib PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN 12.1 Dambil terhadapahli yangmelanggarperlembagaanpersatuandantidakmematuhi peraturan yangditetapkan 12.2 Tindakandisiplinadalahmengikutcaraberikut: 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis 12.3 Ahli yangtidakberpuashati dengantindakanyangdiambil bolehmembuatrayuankepadaguru penasihatpersatuansecarabertulisdankeputusangurupenasihatadalahmuktamad PERATURAN 13 PINDAANPERLEMBAGAAN
  • 24. 13.1 Mana-mana bahagiandalamperlembagaanini sahsehinggaiadipinda 13.2 Cadangan pindaanperlembagaanbolehdibuatolehahli,ahli jawatankuasa,gurupenasihatatau pentadbirsekolah secarabertulis 13.3 Satu mesyuaratkhasyang dihadiri olehgurupenasihatdanahli jawatankuasaakan membincangkancadangantersebutdanmeluluskannyajikaperlu 13.4 Setiappindaanyangtelahdiluluskanhendaklahdipamerkandandisahkanoleh pengetua/guru Besar PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN 14.1 Pengetuadiberi kuasauntukmembubarkanpersatuanjikadidapati melanggarperlembagaan dan FalsafahPendidikanNegara 14.2 Segalahutangwajibdijelaskan. Baki kewangandiputuskan dalammesyuaratagungtergempar. PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN 15.1 Setiapahli perlumengetahui tanggungjawabsendiri terhadapaktiviti yangdijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklahsentiasapekadanmengikuti aktiviti denganpenuhminat.
  • 26. PENGURUSAN Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut: 1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk kesejahteraan bersama. 2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan"matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah: 1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain 2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif
  • 27. PENTADBIRAN Pentadbiran adalah satu proses yang memfokuskan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber (tenaga manusia, bahan) dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. PENDAFTARAN AHLI / KUMPULAN Keahlian persatuan terbuka bagi semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik. Ahli dan sukarelawan PBSMM datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip persatuan. Mereka dilatih dalam bidang pertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan kesihatan, bantuan bencana alam dan member perkhidmatan masyarakat seperti mendapatkan penderma darah, melawat hospital, gotong-royong kebersihan, penjagaan kesihatan asas dan kaunseling pada penagih dadah. Komposisi keahlian adalah: I .Ahli kanak-kanak (sekolah rendah) 2. Belia (sekolah menengah) 3. Pasukan bantuan sukarela (orang dewasa) 4. Guru-guru pelatih, mahasiswa, anggota perubatan dan lain-lain 5. Ahli seumur hidup, ahli kehormat seumur hidup , anugerah eksklusif bagi individu yang member sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang. Keahlian PBSMM di Peringkat Sekolah Di peringkat sekolah, PBSMM dibahagikan kepada dua unit iaitu: 1. Unit kanak-kanak bagi ahli PBSMM sekolah rendah 2. Unit belia bagi ahli PBSMM sekolah menengah Proses penubuhan di peringkat sekolah perlu mengikut prosedur-prosedur semasa yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
  • 28. Berikut adalah langkah-langkah bagi penubuhan PBSMM di peringkat sekolah: Bil. Proses kerja Pihak yang mengambil Tindakan 1. Tubuhkan jawatankuasa penubuhan PBSMM Murid atau guru 2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 3. Terima dan kaji permohonan dan pertimbangkan sokongan Pengetua atau guru besar 4. Mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan PBSMM. Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan kanak-kanak atau belia dan lengkapkan(hendaklah diisi dalam 3 salinan) Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli yang berminat untuk mendaftar Dengan menggunakan boring tersebut. Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 7. Kumpulkan boring yang diisi dengan memastikan maklumat lengkap Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 8. Kutip yuran pendaftaran dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran ahli kepada setiausaha PBSMM daerah. Guru ataupun setiausaha jawatankuasa penaja 9. Terima borang pendaftaran dan yuran pendaftaran ahli Setiausaha PBSMM daerah
  • 29. 10 Pertimbangan permohonan pendaftaran yang diterima Setiausaha PBSMM daerah 11 Proses kad keahlian dihantarkan kepada sekolah Setiausaha PBSMM Daerah 12 Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian Pengetua atau guru besar 13 Tubuh kan organisasi PBSMM Guru kanan kokurikulum disekolah atau guru penasihat PBSMM 14 Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian pencapaian, senarai aktiviti tahunan plan sebagainya. Guru kanan kokurikulum atau guru penasihat 15 Buat perancangan tahunan dan takwimp erjumpaan serta aktiviti yang dicadangkan Guru penasihat atau guru kanan kokurikulum 16 Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN negeri serta satu salinan kepada pegawai pelajaran negeri. Pengetua atau guru kanan kokurikulum
  • 30. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN a) Pengerusi 1. Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan cabang. 2. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. 3. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. 4. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. 5. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. 6. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. 7. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM. b) Naib Pengerusi I 1. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. 2. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. 3. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbian dan kewangan Cabang. 4. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.
  • 31. c) Naib Pengerusi II 1. (bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I). d) Setiausaha Kehormat 1. Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. 2. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan badan- badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain di peringkat Cabang. 3. Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang teruatama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. 4. Menyelaras semua kegiatan Cabang. 5. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyata kewangan. 6. Menjadi pegawai pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang. e) Bendahari Kehormat 1. Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira- kira bulanan dan tahunan. 2. Bertanggungjawab mengenai penerimaan
  • 32. dan pembayaran di Cabang dan Unit. 3. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. 4. Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemuakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke cawangan. 5. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. 6. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. 7. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun. f) Pegawai Perubatan 1. Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam program- program Cabang. 2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang. g) Penguasa Jururawat 1. Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan di Cabang.
  • 33. 2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan. h) Pegawai Penjaga Latihan 1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di cabang. 2. Bertangggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang. 3. Berkerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam usaha menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program latihan untuk Cabang dan Unit. 4. Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua program latihan untuk Cabang. 5. Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan. i) Pegawai Penjaga PBS 1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang. 2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan pembangunan PBS di Cabang.
  • 34. 3. Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana alam peringkat Cabang. 4. Bertanggungjawab menyediakan laporan aktivit PBS peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa. 5. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS. 7. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-pegawai PBS. 8. Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya. j) Pegawai Penjaga Belia / Link 1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. 2. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan pembangunan
  • 35. unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. 3. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti bela / kanak-kanak peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa. 4. Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 5. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan belia / kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah Belia. 6. Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat pegawai-pegawai belia dan kanak-kanak. 7. Bersama-sama Pegawai Latihan menetukan pasukan belia dan kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnya. k) Pegawai Seranta 1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam memberi informasi mengenai kegiatan Cabang. 2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan Cabang.
  • 36. 3. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan satu sistem perhubungan anatara berbagai Jawatankuasa Cabang dengan Cawangan dan pasukan-pasukan. l) Kuartermaster 1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Kuartermaster Cawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang dipunyai oleh Cabang. 2. Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang. m) Pengerusi JKK Bantuan Bencana 1. Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti Bantuan Bencana. 2. Bertanggungjwab dalam memberi arahan bergerak (movement orders), arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan bencana di peringkat Cabangdengan kerja sama Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan. 3. Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana BSMM Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia dalam pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana.
  • 37. 4. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana. 5. Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan kemaskinikan Rancangan Persediaan / Bantuan Bencana peringkat Cabang dengan kerjasama Cawangan. 6. Bertanggungjawab menyediakan laporan bencana / persediaan / bvantuan dari semasa ke semasa dan memajukan kepada Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan melalui Setiausaha Kehormat Cabang. 7. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana Kerajaan di peringkat Cabang. n) Pengerusi JKK Kutipan Derma 1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutipan Derma Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan derma peringkat Cabang. 2. Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat Cabang. 3. Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan derma peringkat Cabang. 4. Berhubung dengan Pegawai Pengjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan. 5. Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang telah dijalankan
  • 38. mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan persatuan dan memajukan semua laporan berkaitan memalui Setiausaha Kehormat Cabang. o) Pengerusi JKK Anti Dadah 1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Anti Dadah Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam meranbcang, melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang. 2. Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.
  • 39. PAKAIAN SERAGAM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
  • 40.
  • 41.
  • 43. Rancangan Aktiviti Sekolah (Sumber: http://pbsmsmkdabb.blogspot.com/2010/07/perancangan-aktiviti-tahunan- persatuan.html) Pendaftaran kokurikulum Pengenalan PBSM Pendidikan Kesihatan Latihan kawad kakiPertolongan cemasPerkhemahan Kawad kaki pasukan pakaian seragam Hari kokurikulum Kem muhibah badan beruniform Jelajah berbasikal
  • 44. Lencana Kemahiran dan Kecekapan 1. Lencana Persahabatan Antarabangsa Lulus mata pelajaran Pendidikan bulan sabit merah. 2. Lencana Pertolongan Cemas Kemasyarakatan dan Lencana Rawatan Lulus latihan pratikal dan lisan pertolongan cemsa kemasyarakatan dan rawatan. 3. Lencana Kemahiran Kawat Kaki Menguasai sekurang-kurangnya 25 bahasa hukuman kawat. 4. Lencana Kecekapan Kem Kraf Menyertai sekurang-kurangnya tiga kali perkhemahan dan membuat pelbagai aktiviti kraf. 5. Lencana Cegah Kebakaran Lulus ujian mencegah kebakaran (pratikal)
  • 45. 6. Lencana PBSMM Sekolah Lencana tertinggi bagi ahli belia. Lulus peperiksaan pendidikan palang merah dan bulan sabit merah , lulus peperiksaan pertolongan cemas kemasyarakatan, mendapat keenam- enam lencana kemahiran dan kecekapan belia PBSMM. 7. Lencana Kepimpinan PBSMM Untuk ketua utama seksyen unit sekolah. Lulus dua sijil kursus pertolongan cemas kemasyarakat dan pendidikan palang merah/bulan sabit merah dan memiliki semua lencana kecekapan. (Sumber: Amzan Abd. Malek, 2007)
  • 46. Persijilan Bulan Sabit Merah Malaysia 1. SIJIL BSMM UNTUK SEKOLAH MENENGAH • Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (4 jam) • Pertolongan Cemas Kemasyarakatan (17 jam) 2. SIJIL ASAS BSMM • Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah & Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (8 jam) • Pertolongan Cemas Asas (20 jam) • Bantuan Bencana & Operasi Menyelamat (10 jam) • Pendidikan Kesihatan ATAU Rawatan Rumah (6 jam) 3. SIJIL LANJUTAN BSMM • Pertolongan Cemas Lanjutan (24 jam) • Pengurusan & Pentadbiran (8 jam) 4. SIJIL JURULATIH BSMM • Lulus peperiksaan persijilan ASAS & LANJUTAN BSMM • Kaedah Mengajar (Guru terlatih dikecualikan) (12 jam) 5. SIJIL JURULATIH KANAN BSMM • Menyempurnakan sekurang- kurangnya 30 jam pengajaran tiap- tiap tahap Asas & Lanjutan • Menyempurnakan tempoh 3 tahun sebagai Jurulatih • Bantuan Hidup Asas (14 jam) • Undang-undang Kemanusiaan
  • 47. Antarabangsa (8 jam) • Menyempurnakan tugas & tanggungjawab Persatuan dengan memuaskan & diperakui oleh Pengerusi Cawangan (Sumber: Amzan Abd. Malek, 2007) Senarai anugerah PBSMM KATEGORI I AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP (Honorary Life Membership) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap tahun. KATEGORI II PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (Distinguished Service Medal) Dianugerah oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun. KATEGORI III PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH (Excellent Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang- kurangnya selama sepuluh (10) tahun perkhidmatan selepas melepasihad umur 18 tahun. KATEGORI PINGAT JASA Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
  • 48. IV TERPUJI (Meritorious Service Medal) atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama (5) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun. KATEGORI V SIJIL KEPUJIAN (Certificate of Merit) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun. KATEGORI KHAS PINGAT KEBERANIAN (Gallantry Award) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahli diatas keberaniannya. PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (Long Service Medal) Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama sepuluh (10) tahun – setelah melepasi had umur LAPAN BELAS (18) tahun dan satu ‘BAR’ dianugerah bagi setiap (5) tahun selepasnya. (diluluskan pada 4.4.71). ANUGERAH KHAS DERMAWAN (Special Award for Benefactors) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan mereka kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah. ANUGERAH KHAS KHIDMAT ISTIMEWA Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk
  • 49. sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-prinsip PBSMM. Belia KATEGORI I PINGAT JASA TERPUJI (BELIA) (Meritorious Service Medal – Youth) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM / Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun. KATEGORI II SIJIL KEPUJIAN BELIA (Certificate of Merit – Youth) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan perkhidmatan khusus kepada Persatuan. (sumber: http://id.scribd.com/doc/31464898/KUIS-KOPK2010-Organisasi- Pentadbiran-Cabang-PBS-BSMM) Susunan pangkat Unit Bantuan Sukarela PANGKAT JAWATAN GAMBAR BRIEGED GENERAL Jawatankuasa UBS (kebangsaan) LT. KOLONEL Penolong Pengarah UBS (cawangan)
  • 50. MEJAR Pegawai Penjaga Belia UBS (cabang) KAPTEN Komanden LEFTERNAN Timbalan Komanden STAF SARJAN Ketua Utama Seksyen SARJAN Ketua Seksyen KORPORAL Penolong ketua seksyen LANS KORPORAL Dianugerahkan kepada ahli yang senior
  • 51. Susunan pangkat unit kanak-kanak PANGKAT JAWATAN GAMBAR BRIEGED GENERAL Jawatankuasa belia & kanak-kanak (kebangsaan) LT. KOLONEL Penolong Pengarah Belia & Kanak-kanak (cawangan) MEJAR Pegawai Penjaga Kanak-kanak (cabang) KAPTEN Guru Besar LEFTERNAN Pegawai kanak-kanak (ketua penasihat) LEFTERNAN MUDA Penolong pegawai kanak-kanak (penasihat & penolong ketua penasihat)
  • 52. Sususan pangkat unit belia PANGKAT JAWATAN GAMBAR BRIEGED GENERAL Jawatankuasa belia & kanak-kanak (kebangsaan) LT. KOLONEL Penolong Pengarah Belia & Kanak-kanak (cawangan) MEJAR 1. Pegawai Penjaga Belia (cabang). 2. Pengetua (sekolah). KAPTEN Pegawai belia (ketua penasihat) LEFTERNAN Penolong Pegawai Belia (penolong ketua penasihat) LEFTERNAN MUDA Penolong pegawai belia (bagi penasihat yang tidak mempunyai sijil) STAF SARJAN Ketua Utama Seksyen (pengerusi) SARJAN 1. Ketua Seksyen. 2. Timbalan pengerusi. 3. Setiausaha. 4. Bendahari. KORPORAL 1. Penolong ketua seksyen. 2. Ahli jawatankuasa.
  • 53. LANS KORPORAL Dianugerahkan kepada ahli yang senior. (Sumber : http://pbsmtmsr-bulan-sabit-merah.blogspot.com/) 9.0 RUMUSAN Persatuan bulan sabit merah ini ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan awal kepada ahli terhadap kepentingan tindakan awal sekiranya berlaku sebarang bentuk kecemasa atau kemalangan. Di samping itu ahli juga didedahkan dengan kaedah teknikal menyelamat mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Guru pemimpin bertanggungjawab mengurus dan mentadbir persatuan bulan sabit merah di sekolah. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan. Aktiviti PBSM yang biasa akan dijalankan di sekolah ialah pengenalan PBSM, pendidikan kesihatan, latihan kawad kaki, pertolongan cemas, perkhemahan, hari kokurikulum, kem muhibah badan beruniform dan jelajah berbasikal. Lencana dan sijil akan diberikan kepada ahli PBSM yang berbakti terhadap persatuan ini. Lencana kemahiran dan kecekapan akan diberikan kepada ahli yang lulus dan ujian pendidikan bulan sabit merah dan ahli yang cekap melaksanakan aktiviti persatuan.
  • 55. Disiplin dalam tingkah laku Disiplin 1 Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka. Disiplin 2 Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneliti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan,arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya. Suhana Othman. (2005) Disiplin 3 Seseorang pengawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka yang:-  Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas- tugasnya.  Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya.  Seseorang pengawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan.  Seseorang pengawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya.  Seseorang pengawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengararuhi sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahli- ahli lain di dalam persatuan.  Seseorang pengawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh menimbulkan tindakan menderhaka Suhana Othman. (2005)
  • 56. Disiplin dalam berpakaian 1) Pakaian PBSM mestilah lengkap, bersih dan kemas 2) Pakaian hendaklah berwarna putih. 3) Rambut hendaklah pendek dan kemas. 4) Memakai kasut yang hitam dan berkilat. 5) Janggut atau misai mestilah dalam keadaan terurus. 6) Rambut perlu diikat dengan kemas. 7) Tudung yang berwarna putih hendaklah dipakai dan dimasukkan ke dalam uniform.
  • 57. Disiplin penggunaan lambang Penggunaan Lambang Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah dikawal oleh setiap negara yang menandatangani Konvensyen Geneva. Selain itu, lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang dan tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan publisiti. satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949. Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun 1977 adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung (protective) dan pengenalan (indicative). Mohdzir Mohd Yasin. (2007) Pengecualian penggunaan lambang Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan mereka dan lambang yang dipakai pada pakaian seragam mestilah kecil, supaya tidak keliru dengan lambang perlindungan semasa perang. Penyalahgunaan Lambang Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh pertubuhan- pertubuhan dan individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan Palang Merah. Selain itu, lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan kesihatan. Pada hakikatnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran dari Persatuan Kebangsaan adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi tujuan komersial ataupun tidak. Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting jika kita ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang Merah dan aktiviti-aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa perang atau aman.
  • 58. Kerohanian Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan satu persatuan yang ditubuhkan khas untuk membantu insan yang sakit dan dalam kesusahan.Setiap ahli pasukan ini telah didedahkan untuk melakukan tugas secara sukarela dan bekerjasama. Maka,untuk melahirkan ahli persatuan yang komited & sempurna,setiap ahlinya perlu mempunyai nilai-nilai insan yang unggul sebagaimana yang diimpikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM). Hazira Hamsah A. & Amzan Abd. Malek. (2009). Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih. Antara ciri-ciri ahli yang baik adalah; 1. Keimanan Yang Utuh 2. Pelaksanaan Amal Ibadat 3. Akhlak Mulia Suhana Othman (2005) Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul. Amanah Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt: ‘Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya’. ( Surah al-Baqarah : 283 )
  • 59. Ikhlas Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt: ‘Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya ‘ (Surah al-Bayyinah : 5) Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ‘Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim’. (Riwayat Imam al-Baihaqi) 3.2.3 Tekun Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw: ‘Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun’. ( Riwayat Abu daud ) Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
  • 60. Berdisiplin Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Bersyukur Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman: ‘Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras’. (Surah Ibrahim : 7 ) Sabar Di dalam menghadapi cabara hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt : ‘Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya’. (Surah Ali Imran : 200)
  • 61. Adil Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: ‘Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri’. (Riwayat Abu Syeikh)
  • 62. LAGU PATRIOTIK DAN PERTUBUHAN Menurut Suhana Othman. (2005), terdapat tiga buah lagu yang penting didalam PBSM. Lagunya adalah ‘Hulurkan Tangan’, ‘Take the First Step’, dan juga lagu rasmi pertubuhan iaitu ‘Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia’. Setiap negara mempunyai lagu Persatuan Bulan Sabit Merah masing-masing dan melodi yang berbeza mengikut budaya dan bahasa negara tersebut. Contohnya, negara Lebanon mempunyai lagu pertubuhan Red Cross yang berbeza dari negara lain Namun, lagu-lagu ini mempunyai bait-bait lirik yang melambangkan identiti serta matlamat PBSM dan mesti dihayati oleh setiap anggota supaya dalam membangkitkan dan seterusnya mengekalkan rasa patriotik terhadap negara dan persatuan.
  • 63. HULURKAN TANGAN HULURKAN TANGAN Di malam sepi Risaunya hati Saudara tak bererti lagi Tenangkan fikiran Hulurkan tanganmu Kan tercapai dunia damai Milikmu milikku Kerana kedamaian Hasil jiwa murni Rela tabah hati Sedia memaafkan Kau kan tahu Kita bersaudara Renungkanlah Biar kau dan aku Terangi dunia Mara ke hadapan Hulurkan tanganmu Untuk dunia damai Lirik: Thong Kwai Heng Muzik: Tommy Tan Producer: Tan Sri Dato Lim Kok Wing
  • 64. 4.2 TAKE THE FIRST STEP TAKE THE FIRST STEP In the quiet of night When hearts are loud with fear Love becomes a word that leaves you cold You can heal the pain Start the song again Take the first step To the world of love for you and me Brother, peace in the world Begins from deep within The will to be the one Who has strength to forgive And you might find You share ties that bind So stop take some time Let you and I Light up with a smile Then let's go another mile Take the first step Through friendship, through loving, To peace
  • 65. LAGU PERTUBUHAN PBSM MALAYSIA LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol Ramli Song : Dato’ Johari Salleh
  • 66. DOA DAN KATA-KATA HIKMAT “Bila-Bila Masa dan Di Mana-Mana Jua” Diatas adalah cogan kata PBSM yang bermaksud tidak kira di mana, anggota PBSM akan memberikan sumbangan dan bantuan pada bila-bila masa tanpa mengira kaum, agama, dan ideologi. Oleh itu, setiap anggota PBSM harus sentiasa bersedia untuk berkorban tidak kira dari segi masa dan tenaga mahupun wang ringgit dalam tugas untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Suhana Othman. (2005)
  • 67. RUMUSAN Disiplin dan kerohanian didalam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), lagu patriotik serta lagu pertubuhan, dan juga doa-doa dan kata-kata hikmat di dalam PBSM amat penting untuk diketahui, dihayati seterusnya dipraktikkan oleh setiap insan yang memakai uniform Bulan Sabit Merah. Ini kerana disiplin dan kerohanian akan membentuk anggota PBSM yang jujur, ikhlas, tekun, dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugas selaku anggota PBSM. Disamping itu juga, lagu-lagu patriotik dan pertubuhan amat penting untuk dihayati kerana ia menjadi teras kepada perpaduan setiap anggota PBSM kerana bukan sahaja kerana lirik lagu yang bermakna tetapi kerjasama semasa menyanyi lagu kebanggaan secara bersama-sama tidak kira kaum dan agama dan dengan satu suara, semua anggota PBSM bersatu untuk melaksanakan bidang tugas yang digariskan di dalam persatuan. Disamping itu juga, doa dan kata-kata hikmat mesti dihayati dan difahami oleh semua ahli kerana ia akan menjadi pegangan dan motivasi kepada setiap anggota PBSM semasa menjalankan tugas. Kesimpulannya, disiplin,kerohanian, lagu dan kata-kata hikmat amat penting dia dalam sesebuah persatuan kerana ia menjadi teras pegangan dan identiti persatuan tersebut.
  • 69. PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS Ab. Alim Abdul Rahim (1998) mendefinisikan pertolongan cemas sebagai rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan perubatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar. Manakala menurut tulisan buku Manual Pertolongan Cemas (2008), pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang tercedera atau sakit secara tiba-tiba. Manakala tujuan pertolongan cemas ialah untuk mengurangkan bahaya, mengurangkan kecederaan dan juga mengurangkan atau bahaya kecederaan. Matlamat utama dalam memberikan pertolongan cemas kepada mangsa ialah untuk menyelamatkan nyawanya dan mengelakkan kecederaan yang dialami daripada menjadi bertambah buruk. Selain itu, pertolongan cemas juga diberikan bagi mengurangkan kesakitan dan sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.
  • 70. PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas (2007), terdapat beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli pertolongan cemas. Di antaranya : 1. Ahli-ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakutkan pesakit atau orang yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan. Sebaliknya ahli-ahli pertolongan cemas perlu menaikkan semangat orang yang ditimpa kemalangan. 2. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah memberi bantuan terhadap mana-mana keadaan yang merbahaya terlebih dahulu. 3. Ahli-ahli pertolongan cemas perlulah melonggarkan pakaian pesakit agar ia sentiasa berada dalam keadaan selesa dan mendapat udara yang secukupnya. Jangan tanggalkan pakaiannya jika tiada mustahak. 4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling pesakit. Ini dapat mengurangkan tekanan pesakit dan juga membenarkan udara mengalir dengan secukupnya untuk pesakit. 5. Mendapatkan butiran peribadi pesakit seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya supaya memudahkan perhubungan dengan pihak-pihak tertentu. 6. Jangan cuba untuk memberikan bantuan yang berlebih-lebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan pesakit. 7. Cuba pulihkan pernafasan sekiranya berhenti. Ini supaya dapat menyelamatkan nyawa pesakit kerana setiap saat adalah sangat penting. 8. Jika berlaku pendarahan, cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada keluar dengan banyak.
  • 71. 9. Ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah cuba menguruskan kenderaan dengan seberapa segera untuk membawa pesakit itu mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital. 10. Berilah bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dan doctor jika diperlukan.
  • 72. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS Mengikut tulisan buku Siri Kegiatan Ko-Kurikulum : Panduan Pertolongan Cemas (2007), di antara prinsip-prinsip asas pertolongan cemas ialah seperti berikut : KESAKSAMAAN Tidak akan membezakan antara kaum, bangsa, agama ataupun darjat semasa memberi bantuan kepada pesakit. BERKECUALI Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politikm ideologi dan sebagainya semasa memberi bantuan kepada pesakit. SUKARELA Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan haruslah dilakukan secara sukarela dan tidak mengharapkan keuntungan daripada pertolongan yang diberikan. BERKEYAKINAN Setiap ahli pertolongan cemas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang berkeyakinan dan tenang semasa menghulurkan bantuan. CEPAT DAN TANGKAS Ahli pertolongan cemas mesti berada dalam keadaan bersedia, cepat dan tangkas tetapi tidak gopoh-gapah.
  • 73. PETI PERTOLONGAN CEMAS Semua pengguna mesti mengetahuI asas tentang pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan diambil. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan tiada bahan atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan. Peti pertolongan cemas Kandungan dalam peti pertolongan cemas
  • 74. Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas: Kotak PVC Acriflavine (ubat kuning) Antiseptik Burnol Plus Dettol antiseptik Minyak ubat Plastik forsep Pembalut elastik Pita pembedahan Jalur plastik Gunting Putik kapas Kapas gulung Gauze swabs Panadol Pembalut tigasegi
  • 75. Penutup luka dan balut-membalut Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang penutup luka atau pelapik (dressing) yang digunakan semasa memberikan pertolongan cemas. 1. Tujuan a) menolong menahan darah daripada keluar. b) Menolong menahan luka daripada bernanah. c) Mencegah atau mengurangkan kejangkitan. 2. Cara membalut luka Gunakan sterile dressing (pelapik sucihama) sama ada kain khasah (kain Gauze) atau kain pelempang (kain lint) yang telah disediakan iaitu bersih daripada kuman. Ini dibalutkan dengan pembalut (bandage). 3. Membalut semasa kecemasan Jika sterile dressing tiada, boleh juga menggunakan : a) Sapu tangan yang bersih b) Kain yang bersih Semua ini boleh digunakan buat sementara waktu sahaja sehingga mendapat sterile dressing.
  • 76. ANDUH Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) turut menerangkan tentang jenis-jenis anduh yang digunakan bagi tujuan pertolongan cemas beserta gambar-gambar bagi menjelaskannya. Terdapat 4 jenis anduh utama iaitu : 1. Anduh besar 2. Anduh kecil 3. Anduh lengan dan leher 4. Anduh Saint John atau anduh tiga persegi
  • 77. Kegunaan Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan merehatkan anggota atas yang tercedera. Anduh Gantian Anduh-anduh gentian ini boleh disediakan serta-merta dengan beberapa jalan : a) Sematkan lengan baju kepada pakaian di badan b) Dengan memusingkan hujung baju ke atas dan disematkan c) Dengan memasukkan tangan ke dalam baju yang berbutang d) Kain selendang, tali leher, tali pinggang dan sebagainya boleh digunakan
  • 78. PEMBALUT Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang beberapa jenis dan kegunaan pembalut. Terdapat 4 jenis pembalut : a) Pembalut tiga persegi (Triangular Bandage) b) Pembalut lebar (Broad Bandage) c) Pembalut panjang (Narrow Bandage) d) Pembalut gulung (Roller Bandage) 4 kegunaan utama: 1. Bagi menetapkan tuap (splint) dan menjadikan tulang-tulang itu tidak bergerak dan juga bagi menetapkan pelapik (dressing) pada lukanya. 2. Bagi mengampukan anggota yang tercedera itu dengan cara anduh. 3. Menahan daripada keluar darah. 4. Mengurangkan daripada bengkak.
  • 80.
  • 81. Catatan : - Pelapik cincin Digunakan semasa membalut luka di mana terdapat benda luar seperti kaca da sebagainya ataupun luka itu disertakan dengan patah.
  • 82. RUMUSAN Pertolongan cemas merupakan rawatan yang diberikan sementara waktu kepada mangsa kemalangan atau pesakit. Pertolongan cemas ini diberikan sebelum pesakit mendapat bantuan perubatan selanjutnya daripada doktor atau orang yang lebih pakar. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. Setiap ahli pertolongan cemas mestilah menguasai kemahiran dan teknik memberikan bantuan kecemasan supaya dapat diaplikasikan pada kemudian hari. Pertolongan cemas amat diperlukan ketika waktu kecemasan dan kecederaan berlaku. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, membantu pemulihan dan menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan yang mereka alami. Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Selain itu, kebiasaannya pertolongan cemas melibatkan penggunaan anduh dan balutan. Oleh itu, ahli PBSM mestilah mengetahui dan memahami bagaimana cara untuk menggunakan jenis anduh dan balutan bagi luka-luka yang tertentu. Balutan yang dibuat pada luka dapat mengurangkan pengeluaran darah dan juga mengelakkan daripada sebarang jangkitan dengan menggunakan dressing yang sesuai. Manakala, Anduh-anduh ini adalah digunakan bagi mengampu dan merehatkan anggota atas yang tercedera. Terdapat empat jenis anduh yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu anduh besar, anduh kecil, anduh lengan dan leher serta anduh Saint John atau anduh tiga persegi. Bagi pembalut pula, terdapat empat jenis pembalut iaitu pembalut tiga persegi, pembalut lebar, pembalut panjang dan pembalut gulung.
  • 84. 1.0PENGENALAN Palang merah dan bulan sabit merah adalah lambing-lambang sejagat yang membawa harapan dan keamanan unutk manusia – sebuah organisasi yang telah diwujudkan kerana terdapat orang yang memerlukan pertolongan dan belas kasihan. Palang merah dan bulan sabit merah merapatkan orang-orang yang menderita dengan orang-orang yang mampu member pertolongan dalam pelbagai rupa bencana, kempen-kempen menderma darah, program-program perkhidmatan masyarakat, program-program anti dadah dan sebagainya. Secara individual, ahli- ahli persatuan bulan sabit merah juga mampu belajar untuk menguruskan kebersihan diri dan pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa. (Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, 1988) ICRC (Internation committee of the red cross) juga mengambil berat tentang cara tawanan perang dilayan dan keadaan mereka ketika dalam tahanan. ICRC menganjurkan penghantaran lebih dua juta bungkusan makanan kepada orang tawanan, memeriksa kem tawanan perang untuk memastikan bahawa keadaannya sesuai untuk diduduki, dan mengatur pertukaran empat ratus lima puluh ribu tawanan yang sakit dan cedera. (Michael Pollard, 1992) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah
  • 85. Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. (Dr. Mohd Zir mohd yasin, 2007) 2.0Kawad Kaki dalam Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Kemahiran Kawad Kaki adalah satu kemahiran bagi mendapatkan lencana dalam PBSM. Walaupun kawad kaki tidak begitu menonjol dalam kemahiran utama ahli PBSM, namun setiap ahli PBSM perlu mengetahui sekurang-kurangnya asas dalam kemahiran kawad kaki. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti kokurikulum sekolah seperti setiap kali sukan sekolah diadakan semua pasukan pakaian seragam dikehendaki melibatkan diri dalam perbarisan lintas hormat. Begitu juga semasa menyertai perkhemahan, setiap peserta perkhemahan dikehendaki berkawad. Kawad kaki juga dijadikan sebagai asas dalam membentuk disiplin setiap ahli pasukan pakaian seraham. Semasa dalam perbarisan ahli PBSM yang mengambil bahagian peril melakukan pergerakan yang diarahkan secara serentak. Perkara penting dalam kawad kaki dan perbarisan, peserta kawad perlu sentiasa mendengar arahan dan perintah daripada pemimpin atau siapa sahaja yang bertindak sebagai juru kawad. Segala perintah dan arahan perlu dilakukan dan dipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, sifat-sifat yang perlu ada pada juru kawad supaya arahan-arahan yang disampaikan semasa kawad diikuti adalah tegas dalam memberikan arahan dan perintah, mempunyai suara yang lantang, jelas dan terang supaya arahannya dapat didengar oleh setiap ahli, berdisiplin dan bertanggungjawab, mempunyai pengalaman dalam melakukan kawad dan perbarisan, serta berkebolehan mengawal perbarisan. (Amzan Abd. Malek & Hazira Hansah A., 2007)
  • 86. Asas kawad kaki dan perbarisan adalah perlu memahami arahan pergerakannya seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, pusing kanan, pusing kiri, pusing belakang, luruskan barisan, bergerak kehadapan dan bersurai. Kawad kaki adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan serta bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah. Kawad kaki mengandungi 5 elemen utama iaitu Kawad statik, Kawad dinamik, Kawad asas, Kawad formasi, dan Kawalan kehormatan. Elemen kawad kaki pula dibahagikan 3 tahap. Pada Tahap 1 iaitu kawad statik dan kawad dinamik; Tahap 2 adalah kawad asas kawad formasi; dan Tahap 3 adalah kawalan kehormatan. 3.0KAWAD KAKI ASAS PBSM 3.1Bahasa Hukuman Kawad Kaki PBSM 1. Baris / Skuad. 2 Baris .Sedia. 3 KeKanan .Lurus. 4 Pandang. Depan . 5 Buka Barisan .Gerak . 6 Tutup Barisan. Gerak. 7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing. 8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing. 9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing. 10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .
  • 87. 11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing . 12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing. 13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing. 14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing . 15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing. 16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing . 17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing. 18 Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing. 19 langkah , kekanan gerak . 20 langkah , ke kiri gerak . 21 langkah , ke hadapan gerak . 22 langkah , ke belakang gerak . 23 Dari kiri , cepat jalan . 24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x 25 Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x 26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing. Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing. 27 Dari kiri / kanan , kanan belok .
  • 88. 28 Dari kiri / kanan , kiri belok. 29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing. 30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing. 31 Hormat , ke hadapan hormat. 32 Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat. 33 Hormat , kekanan hormat. 34 Hormat , kekiri hormat. 35 Tukar langkah perlahan , perlahan jalan . 36 Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x 37 Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing. Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing. 38 Dari kiri / kanan , kanan belok. 39 Dari kiri / kanan , kiri belok. 40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing. 41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing. 42 Tukar langkah cepat , cepat jalan . 43 Skuad henti .
  • 89. 44 Hentak kaki 45 Skuad henti . 46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah Cepat jalan .(14-1-2) 47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1) (Lina Nirmala, 2010) 3.2Kawad Statik A. Sedia Hukumannya : "Skuad ..............Sedia" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.
  • 90. Gerakan 1 Gerakan 2 B. Senang diri Hukuman :"Senang ..................Diri" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa : Siku bengkok; Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan; Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu; Bahu jatuh dan badan mengenjut.
  • 91. Gerakan 1 Gerakan 2 Kedudukan tangan yang betul C. Rehatkan diri Hukuman :"Rehatkan ................Diri" Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; Menggeliat dan bercakap-cakap. Ingatan :
  • 92. -Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. -Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri. Rehatkan diri D. Masuk Baris Arahan masuk baris : "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad". Hukuman :"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatan : Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. Kesalahan Biasa : Datang berbaris tidak berlari
  • 93. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. Bercakap-cakap; Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih. E. Membetulkan barisan Hukuman:" Ke kanan ............ Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman :"Luruskan ............ Barisan" Perbuatan : Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
  • 94. Hadapan lurus Ke kanan lurus -Pandang depan Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan, ”Pandang depan!”. Semua ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam. Hukuman:”Baris! Pandang depan!”
  • 95. Gerkan pandang depan F. Berpusing ke kanan Hukumannya :”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1.Tangan tidak rapat ke badan 2.Hentak kaki tendang kuda. 3.Membongkok 4.Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah G. Berpusing ke kiri Hukumannya:”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
  • 96. Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah H. Menghadap kehadapan/ belakang Hukumannya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
  • 97. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing I. Keluar baris Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah ke hadapan dan keluar dari barisan Hukumannya:”Keluar baris!” J. Bersurai Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri. Hukumannya:”Baris bersurai, bersurai!”
  • 99. 1.0. ISTIADAT PERHIMPUNAN  Masuk dalam barisan  Melapor kekuatan pasukan  Mengibarkan bendera Malaysia, bendera Bulan Sabit Merah dan bendera negeri.  Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia.  Bacaan doa.  Ucapan pemimpin  Bacaan ikrar  Keluar baris. 2.0. ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA  Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin. 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera. 3. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4. Taklimat pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Pemeriksa maju kea rah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat. 6. Pemeriksa menyematkan lencana. 6.1 Lencana Kecakapan (di kiri lengan baju) 7. Pemeriksa bersalam dan ucapan “syabas” 8. Ahli PBSM tabik hormat. 9. Selesai semua kumpulan beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 10.Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing
  • 100.  Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.  Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM.  Senarai penyampaian lencana: KATEGORI 1 AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP (Honorary Life Membership) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap tahun. KATEGORI 2 PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (Distinguished Service Medal) Dianugerah oleh Penegrusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun. KATEGORI 3 PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH (Excellent Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang- kurangnya selama sepuluh tahun perkhidmatan selepas melepasi had umur 18 tahun. KATEGORI 4 PINGAT JASA TERPUJI (Meritorious Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama (5) tahun selepas melepasi had umur 18 tahun. KATEGORI SIJIL KEPUJIAN Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
  • 101. 5 (Certificate of Merit) atas sokongan jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun selepas melepasi had umur 18 tahun. KATEGORI KHAS PINGAT KEBERANIAN (Gallantry Award) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahli di atas keberaniannya. PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (Long Service Medal) Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama sepuluh tahun – setelah melepasi had umur LAPAN BELAS tahun dan satu ‘BAR’ dianugerh bagi setiap 5 tahun selepasnya. (diluluskan pada 4.4.71) ANUGERAH KHAS DERMAWAN (Special Award for benefectors) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan mereka kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah. ANUGERAH KHAS KHIDMAT ISTIMEWA Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-prinsip PBSMM. KATEGORI BELIA PINGAT JASA TERPUJI (BELIA) (Mentonous Service Medal – youth) Dianugerhkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM / jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang- kurnagnya selama tiga tahun. SIJIL KEPUJIAN BELIA Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah
  • 102. (Certificate of Merit – youth) PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan perkhidmatan khusus kepada Persatuan.
  • 103. SENARAI LENCANA KEGUNAAN AHLI-AHLI PBSM LENCANA AHLI SEUMUR HIDUP (Diluluskan pada 19.11.94) Atas pembayaran rm 1000.00 atau lebih, Sijil Keahlian Seumur Hidup akan dikeluarkan. Bayaran bagi kos lencana akan ditanggung oleh Cawangan. LENCANA KEAHLIAN (Diluluskan pada 22.1.1967) Lencana keahlian akan diberikan kepada semua kategori keahlian PBSMM atas pembayaran yuran keahlian. LENCANA TOPI (CAP) Lencana topi akan diberikan kepada semua ahli yang berpakaian seragam atas pembayaran yuran keahlian.
  • 104.
  • 106. ISTIADAT MENINGKAT NAIK Istiadat meningkat naik meruakan satu istiadat yang mustahak dan menjadi kenangan kerana ianya merupakan satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para Pegawai Kanak-Kanak yang meningkat naik. Istiadat ini adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa betapa berharganya ahli yang berjaya meningkat naik yang telah pun melepasi ujian. Istiadat ini juga dilakukan bertujuan untuk memberikan sijil penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau Amali. ISTIADAT BENDERA PBSMM Sebelum menaikkan bendera PBSMM, ahli yang bertugas seharusnya menguji terlebih dahulutali temali bendera tersebut bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bender jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Para petugas yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas, lengkap dengan uniform PBSMM. Peringatan kepada petugas yang menaikkan bendera, bendera janganlah dilitakkkan ke tanah semasa hendak menaikkannya dan tidak juga seharusnya membiarkan bendera tersebut meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Sebaiknya, bendera tersebut hendaklah ditatang atau diselimpangakan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula semula bendera tersebut sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudiannya menurunkan bendera itu secara terus. Bendera yang telah siap digunakan hendaklah dilipat dan disimpan dedngan baik di tempat yang tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainnya. Jangan sesekali menggunakan bendera PBSMM untuk mengalas meja dan untukapap-apa tujuan yang dirasakan tidak wajar. Manakala, bagi bendera yang telah koyak atau lusuh, bendera tersebut dianggap sebagai uzur
  • 107. dan ianya harus dimusnahkan dengan cara sopan. Cara yang terbaik untuk memusnahkan bendera yang telah uzur adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa meunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Jangan sesekali mengibarkan bendera yang telah uzur kerana perbuatan itu dianggap sebagai menghina bendera persatuan. ISTIADAT MELANTIK  Ahli PBSM membuat bulatan. Komandan berdiri di dalam bulatan. Ahli Majlis Tertinggi di luar bulatan di belakang Komandan. Ahli lain dalam keadaan sedia.  Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.  Komandan : “Adakah kamu ingin menjadi seorang ahli PBSM?” Ahli baru : “Ya, Komandan” Komandan : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan persetiaan PBSM?” Ahli baru : “Ya, Komandan”  Komandan melafazkan Persetiaan PBSM diikuti oleh ahli baru.  Komandan berjabat tangan dengan ahli baru dan berkata: “Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang PBSM dan seorang ahli dalam PBSm sedunia.  Ahli baru tabik hormat kepada Komandan kemudian berpusing dan hormat kepada ahli PBSM lain.  Ahli PBSM lain membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan ahli baru  Istiadat diakhiri dengang Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK tersebut.