SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Latihan Karangan 1
KARANGAN PMR
Soalan 1
Lihat jadual di bawah. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan pucuk pemimpin negara kita.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rangka Karangan Lengkap
Perdana Menteri Malaysia Pada Tahun
1957 hingga Kini
Nama Perdana Menteri Gelaran
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Kemerdekaan
Bapa Pembangunan
Bapa Perpaduan
Bapa Pemodenan
Bapa Kecemerlangan
Format
Karangan berdasarkan bahan rangsangan (jadual).
Pendahuluan
Nyatakan nama Perdana Menteri pertama hingga kini dan gelaran masing-masing.
Isi 1
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Huraian:
- Bapa Kemerdekaan – mengadakan rundingan kemerdekaan dengan pihak British di London
- mencapai kemerdekaan tanpa pertempuran darah pada tahun 1957
- mengadakan pilihan raya pertama pada tahun 1959 – Parti Perikatan
Isi 2
Tun Abdul Razak
Huraian:
- Bapa Pembangunan Negara
- membuka tanah- tanah Lembaga Persekutuan Tanah Melayu (LKTP) untuk membangunkan
masyarakat Melayu
- Dasar Ekonomi Baru untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum
Isi 3
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Huraian:
- Bapa Pemodenan Negara
- pelbagai dasar kerajaan dilaksanakan – Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar
Perindustrian, dan sebagainya
- memindahkan ibu negara Malaysia di Kuala Lumpur ke Putrajaya
- memperkenalkan Koridor Raya Multimedia
Isi 4
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Huraian:
- menggalakkan penciptaan rekod baru di persada dunia
- meneruskan kecemerlangan negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir
- menyelesaikan masalah dalaman negara – mangsa ombak tsunami, pekerja asing, dan wabak
SARS
- merapatkan hubungan diplomatik dengan negara luar – Australia dan Indonesia supaya terus maju
setanding dengan negara maju lain di dunia
Penutup
- Kita beruntung mendapat Perdana Menteri yang berkaliber – semua rakyat Malaysia perlu menjaga
keamanan negara supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia.
Latihan Karangan 2
Soalan 2
Ibu bapa yang telah lanjut usia lebih baik tinggal di rumah orang-orang tua. Berikan pendapat anda
tentang hal tersebut.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Meletakkan ibu bapa yang telah lanjut usia di rumah orang-orang tua sudah menjadi kebiasaan
terutama masyarakat Cina.
Isi 1
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di rumah orang-orang tua.
Huraian:
- kemudahan yang disediakan lebih baik daripada kemudahan di rumah sendiri.
- ada pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kehidupan.
- diberi perhatian oleh pihak sukarelawan dan badan bukan kerajaan terutama pada hari-hari
perayaan.
Isi 2
Mendapat rawatan kesihatan secara percuma.
Huraian:
- orang-orang tua merupakan warga emas yang sentiasa diberi perhatian
- ada program rawatan kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan
- jururawat dan doktor berkunjung ke situ secara bergilir-gilir
Isi 3
Aktiviti sihat untuk memenuhi masa lapang.
Huraian:
- aktiviti bercucuk tanam digalakkan kepada penghuni yang masih sihat dan bertenaga
- aktiviti ynag dilakukan merupakan riadah ringan untuk menggerakkan anggota badan
- hasil tanaman digunakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengah hari.
Isi 4
Rakan sebaya yang menghiburkan.
Huraian:
- banyak kawan untuk berbual dan dapat bertukar-tukar fikiran
- menghilangkan rasa murung kerana tidak dihiraukan oleh ahli keluarga
- dapat menghilangkan kesunyian dengan gelak ketawa kawan-kawan.
Penutup
Meletakkan ibu bapa yang sudah tua di rumah orang-orang tua suatu langkah yang baik – dapat
menjamin keselamatan diri mereka daripada rompakan dan pembunuhan.
Latihan Karangan 3
Soalan 3
Pelbagai program dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara.
Antaranya memanggil jurulatih dari luar negara untuk melatih ahli sukan kita. Bersetujukah anda
dengan langkah tersebut?
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Pengenalan
Pencapaian ahli sukan negara di peringkat antarabangsa amat menyedihkan – pihak pengurusan dan
pentadbiran atlet negara dikatakan lemah – terlalu memberi layanan istimewa kepada ahli sukan.
Isi 1
Jurulatih luar terdedah dengan corak pertandingan di peringkat antarabangsa.
Huraian:
- jurulatih yang dipilih merupakan jurulatih yang handal dan berkaliber di negara masing-masing
- mereka bijak mengatur strategi permainan dalam pertandingan
- mereka dapat bertindak dalam apa-apa keadaan – contoh jurulatih badminton dari Indonesia, iaitu
Rexy Minarki.
Isi 2
Mempunyai kemahiran latihan yang tinggi.
Huraian:
- menerima latihan yang mantap sebelum menjadi jurulatih
- pernah menjuarai sesuatu bidang sukan di peringkat antarabangsa
- melatih berdasarkan pengalaman yang dilalui
Isi 3
Bersikap lebih tegas dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Huraian:
- mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan tugas yang berat
- mereka bertindak tegas dalam latihan terhadap atlet
- latar belakang yang berbeza menyebabkan jurulatih luar lebih ditakuti dan dihormati
Isi 4
Mempunyai pengalaman dan idea yang banyak.
Huraian:
- terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sesuatu bidang
- kemajuan sukan di negara masing-masing diaplikasikan kepada ahli sukan di Malaysia
- mereka berasal dari negara yang telah maju dalam bidang sukan – contohnya Jerman, China, dan
Korea
Penutup
Peranan jurulatih luar dalam meningkatkan mutu sukan negara memang tidak dinafikan – peranan
mereka amat
Besar
Latihan Karangan 4
Soalan 4
Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah.
Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Format
Ucapan
Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.
Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran
Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri
Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan
Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan
Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.
Latihan Karangan 5
Soalan 5
Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk
syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Format
Syarahan
Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru, dan
rakan-rakan.
Isi 1
Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
Huraian:
- berhati-hati ketika berbelanja
- membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan
- membeli barang yang perlu sahaja
Isi 2
Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna
Huraian:
- untuk mengetahui kualiti barang
- untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang
- mendapatkan harga yang berpatutan
Isi 3
Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
Huraian:
- membaca label di luar bungkusan
- memilih barang yang baru
- menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan
Isi 4
Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa
Huraian:
- kandungan bahan yang tidak bermutu
- harga yang tidak berpatutan
- barangan sudah luput tarikh
Penutup
Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima kasih.
Latihan Karangan 6
Soalan 6
Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid.
Bincangkan.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Rangka Karangan
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari
segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani
Isi-isi
- menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan
- melatih murid berdisiplin – mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau kelab
- mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
- mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan
- menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
- menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian – mengendalikan
persatuan
Penutup
Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.
Latihan Karangan 7
Soalan 7
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat.
Bincangkan.
Pendahuluan
Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok – menjual pelbagai keperluan
harian para pengguna
Isi-isi
- menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil – mengalami kerugian akibat persaingan
- para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan barangan
- pengguna terpaksa berbelanja lebih – barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai biasa
- menggalakkan para pengguna berbelanja boros – membeli barangan yang tidak penting kerana ada
tawaran murah
- menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah – gejala sosial berleluasa
- sering berlaku kes ragut dan seluk saku – membimbangkan para pengguna kerana kurang kawalan
keselamatan
Penutup
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal
Latihan Karangan 8
Soalan 8
Anda merupakan pencadang pertama dalam pertandingan perbahasan peringkat negeri. Tajuk
perbahasan tersebut ialah “Kehadiran Pekerja Asing Menimbulkan Masalah Sosial dalam Masyarakat
Kita”.
Format
Perbahasan
Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – menyatakan tajuk dan menjelaskan pendirian.
Isi-isi
- banyak kes pecah rumah dan rompakan dilakukan oleh warga Indonesia
- warga asing tidak menghormati budaya penduduk tempatan dan berkelakuan tidak senonoh
- kes kahwin lari antara gadis tempatan dengan warganegara Indonesia atau Bangladesh – berlaku
perpecahan
keluarga
- kewujudan rumah setinggan atau perkampungan warga asing
- jenayah rogol dan ragut oleh warga asing yang kian meningkat
- masalah penyakit berbahaya seperti batuk kering dan HIV positif
Penutup
Menegaskan tajuk peribahasan sekali lagi – ucapan terima kasih
Latihan Karangan 9
Soalan 9
Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah.
Anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang ”Otak yang Cerdas
Berpunca daripada Badan yang Sihat”.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.
Format
Ceramah
Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih atas jemputan –
menyatakan tajuk ceramah.
Isi-isi
- mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran
- pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan
- melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan
- melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif
- badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan
Penutup
Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.

More Related Content

What's hot

Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincanganguestba9f83e
 
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91Wahyu Hsn
 
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksSpm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksWong Fangmin
 
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013Majalah Experience Salavie ED : xi 2013
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013Roziq Bahtiar
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)SAHARUDDIN ABDULLAH
 
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Hawari Wanik
 

What's hot (10)

Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincangan
 
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91
Surat edaran menpora dan juklak hsp ke 91
 
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teksSpm tema karangan berdasarkan tema buku teks
Spm tema karangan berdasarkan tema buku teks
 
Skema bm2 stpm selangor 2012
Skema  bm2 stpm selangor 2012Skema  bm2 stpm selangor 2012
Skema bm2 stpm selangor 2012
 
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013Majalah Experience Salavie ED : xi 2013
Majalah Experience Salavie ED : xi 2013
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
 
Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
karangan umum 2
karangan umum 2karangan umum 2
karangan umum 2
 
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
 

Similar to Latihan karangan 1

Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesion
Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesionNota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesion
Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesionNorhasiah Ahmad
 
110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108Habibah Abdullah
 
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docx
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docxBAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docx
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docxhusninainsyirah
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Pp 100314233334-phpapp02
Pp 100314233334-phpapp02Pp 100314233334-phpapp02
Pp 100314233334-phpapp02Tom Jerry
 
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayu
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayuNota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayu
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayuDanilMohdAzmani
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9Norhidayah Othman
 
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptx
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptxPengenalan Budaya Koprat-2.pptx
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptxAnuwarIbrahim
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Star Ng
 
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptx
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptxStandar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptx
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptxSukmaSainiPoltekkesM
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6Tila Tila
 
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELINGMODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELINGANGAMALAPPALANESAMYM
 
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRashidinBujang1
 
Bab12 pengurusanmurid pelbagai upaya
Bab12 pengurusanmurid  pelbagai upayaBab12 pengurusanmurid  pelbagai upaya
Bab12 pengurusanmurid pelbagai upayazuraidanasri
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 

Similar to Latihan karangan 1 (20)

Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesion
Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesionNota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesion
Nota edu3108 bab 1 konsep mengajar sebagai satu profesion
 
110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108110048364 nota-ringkas-edu3108
110048364 nota-ringkas-edu3108
 
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docx
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docxBAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docx
BAHASA MELAYU SPM TINGKATAN 4.docx
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Pp 100314233334-phpapp02
Pp 100314233334-phpapp02Pp 100314233334-phpapp02
Pp 100314233334-phpapp02
 
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayu
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayuNota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayu
Nota Lisan Bahagian A.pdf ujian lisan bahasam elayu
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
 
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPMTeknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptx
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptxPengenalan Budaya Koprat-2.pptx
Pengenalan Budaya Koprat-2.pptx
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
 
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptx
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptxStandar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptx
Standar Pendidikan Tenaga Kesehatan 2016.pptx
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6
 
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdfMODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
 
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELINGMODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptxRPM SK SALAK 2022 2023.pptx
RPM SK SALAK 2022 2023.pptx
 
Bab12 pengurusanmurid pelbagai upaya
Bab12 pengurusanmurid  pelbagai upayaBab12 pengurusanmurid  pelbagai upaya
Bab12 pengurusanmurid pelbagai upaya
 
Guru Sebagai 1 Profesion
Guru Sebagai 1 ProfesionGuru Sebagai 1 Profesion
Guru Sebagai 1 Profesion
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 

Latihan karangan 1

  • 1. Latihan Karangan 1 KARANGAN PMR Soalan 1 Lihat jadual di bawah. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan pucuk pemimpin negara kita. Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Rangka Karangan Lengkap Perdana Menteri Malaysia Pada Tahun 1957 hingga Kini Nama Perdana Menteri Gelaran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tun Abdul Razak Tun Hussein Onn Tun Dr. Mahathir Mohamad Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Bapa Kemerdekaan Bapa Pembangunan Bapa Perpaduan Bapa Pemodenan Bapa Kecemerlangan Format Karangan berdasarkan bahan rangsangan (jadual). Pendahuluan Nyatakan nama Perdana Menteri pertama hingga kini dan gelaran masing-masing. Isi 1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Huraian: - Bapa Kemerdekaan – mengadakan rundingan kemerdekaan dengan pihak British di London - mencapai kemerdekaan tanpa pertempuran darah pada tahun 1957 - mengadakan pilihan raya pertama pada tahun 1959 – Parti Perikatan Isi 2 Tun Abdul Razak
  • 2. Huraian: - Bapa Pembangunan Negara - membuka tanah- tanah Lembaga Persekutuan Tanah Melayu (LKTP) untuk membangunkan masyarakat Melayu - Dasar Ekonomi Baru untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum Isi 3 Tun Dr. Mahathir Mohamad Huraian: - Bapa Pemodenan Negara - pelbagai dasar kerajaan dilaksanakan – Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian, dan sebagainya - memindahkan ibu negara Malaysia di Kuala Lumpur ke Putrajaya - memperkenalkan Koridor Raya Multimedia Isi 4 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Huraian: - menggalakkan penciptaan rekod baru di persada dunia - meneruskan kecemerlangan negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir - menyelesaikan masalah dalaman negara – mangsa ombak tsunami, pekerja asing, dan wabak SARS - merapatkan hubungan diplomatik dengan negara luar – Australia dan Indonesia supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia Penutup - Kita beruntung mendapat Perdana Menteri yang berkaliber – semua rakyat Malaysia perlu menjaga keamanan negara supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia.
  • 3. Latihan Karangan 2 Soalan 2 Ibu bapa yang telah lanjut usia lebih baik tinggal di rumah orang-orang tua. Berikan pendapat anda tentang hal tersebut. Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Pendahuluan Meletakkan ibu bapa yang telah lanjut usia di rumah orang-orang tua sudah menjadi kebiasaan terutama masyarakat Cina. Isi 1 Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di rumah orang-orang tua. Huraian: - kemudahan yang disediakan lebih baik daripada kemudahan di rumah sendiri. - ada pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kehidupan. - diberi perhatian oleh pihak sukarelawan dan badan bukan kerajaan terutama pada hari-hari perayaan. Isi 2 Mendapat rawatan kesihatan secara percuma. Huraian: - orang-orang tua merupakan warga emas yang sentiasa diberi perhatian - ada program rawatan kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan - jururawat dan doktor berkunjung ke situ secara bergilir-gilir Isi 3 Aktiviti sihat untuk memenuhi masa lapang. Huraian: - aktiviti bercucuk tanam digalakkan kepada penghuni yang masih sihat dan bertenaga - aktiviti ynag dilakukan merupakan riadah ringan untuk menggerakkan anggota badan - hasil tanaman digunakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengah hari. Isi 4 Rakan sebaya yang menghiburkan. Huraian: - banyak kawan untuk berbual dan dapat bertukar-tukar fikiran - menghilangkan rasa murung kerana tidak dihiraukan oleh ahli keluarga - dapat menghilangkan kesunyian dengan gelak ketawa kawan-kawan. Penutup Meletakkan ibu bapa yang sudah tua di rumah orang-orang tua suatu langkah yang baik – dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada rompakan dan pembunuhan.
  • 4. Latihan Karangan 3 Soalan 3 Pelbagai program dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Antaranya memanggil jurulatih dari luar negara untuk melatih ahli sukan kita. Bersetujukah anda dengan langkah tersebut? Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Pendahuluan Pengenalan Pencapaian ahli sukan negara di peringkat antarabangsa amat menyedihkan – pihak pengurusan dan pentadbiran atlet negara dikatakan lemah – terlalu memberi layanan istimewa kepada ahli sukan. Isi 1 Jurulatih luar terdedah dengan corak pertandingan di peringkat antarabangsa. Huraian: - jurulatih yang dipilih merupakan jurulatih yang handal dan berkaliber di negara masing-masing - mereka bijak mengatur strategi permainan dalam pertandingan - mereka dapat bertindak dalam apa-apa keadaan – contoh jurulatih badminton dari Indonesia, iaitu Rexy Minarki. Isi 2 Mempunyai kemahiran latihan yang tinggi. Huraian: - menerima latihan yang mantap sebelum menjadi jurulatih - pernah menjuarai sesuatu bidang sukan di peringkat antarabangsa - melatih berdasarkan pengalaman yang dilalui Isi 3 Bersikap lebih tegas dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Huraian: - mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan tugas yang berat - mereka bertindak tegas dalam latihan terhadap atlet - latar belakang yang berbeza menyebabkan jurulatih luar lebih ditakuti dan dihormati Isi 4 Mempunyai pengalaman dan idea yang banyak. Huraian: - terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sesuatu bidang - kemajuan sukan di negara masing-masing diaplikasikan kepada ahli sukan di Malaysia - mereka berasal dari negara yang telah maju dalam bidang sukan – contohnya Jerman, China, dan Korea Penutup Peranan jurulatih luar dalam meningkatkan mutu sukan negara memang tidak dinafikan – peranan mereka amat Besar
  • 5. Latihan Karangan 4 Soalan 4 Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu. Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Format Ucapan Pendahuluan Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap. Isi 1 Ucapan tahniah kepada para guru Huraian: - tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali - guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan - mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran Isi 2 Ucapan tahniah kepada para guru Huraian: - mendidik murid menjadi orang yang berilmu - sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid - umpama dian yang membakar diri Isi 3 Memohon maaf daripada guru-guru Huraian: - atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata - tidak mendengar nasihat - ingkar perintah dan peraturan Isi 4 Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru Huraian: - terus tabah menjalankan tugas murni ini - sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi - berkhidmat tanpa jemu dan bosan Penutup Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.
  • 6. Latihan Karangan 5 Soalan 5 Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”. Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Format Syarahan Pendahuluan Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru, dan rakan-rakan. Isi 1 Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat Huraian: - berhati-hati ketika berbelanja - membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan - membeli barang yang perlu sahaja Isi 2 Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna Huraian: - untuk mengetahui kualiti barang - untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang - mendapatkan harga yang berpatutan Isi 3 Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan Huraian: - membaca label di luar bungkusan - memilih barang yang baru - menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan Isi 4 Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa Huraian: - kandungan bahan yang tidak bermutu - harga yang tidak berpatutan - barangan sudah luput tarikh Penutup Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima kasih.
  • 7. Latihan Karangan 6 Soalan 6 Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan. Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Rangka Karangan Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Pendahuluan Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani Isi-isi - menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan - melatih murid berdisiplin – mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau kelab - mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan - mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan - menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain - menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian – mengendalikan persatuan Penutup Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.
  • 8. Latihan Karangan 7 Soalan 7 Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat. Bincangkan. Pendahuluan Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok – menjual pelbagai keperluan harian para pengguna Isi-isi - menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil – mengalami kerugian akibat persaingan - para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan barangan - pengguna terpaksa berbelanja lebih – barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai biasa - menggalakkan para pengguna berbelanja boros – membeli barangan yang tidak penting kerana ada tawaran murah - menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah – gejala sosial berleluasa - sering berlaku kes ragut dan seluk saku – membimbangkan para pengguna kerana kurang kawalan keselamatan Penutup Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal Latihan Karangan 8 Soalan 8 Anda merupakan pencadang pertama dalam pertandingan perbahasan peringkat negeri. Tajuk perbahasan tersebut ialah “Kehadiran Pekerja Asing Menimbulkan Masalah Sosial dalam Masyarakat Kita”. Format Perbahasan Pendahuluan Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – menyatakan tajuk dan menjelaskan pendirian. Isi-isi - banyak kes pecah rumah dan rompakan dilakukan oleh warga Indonesia - warga asing tidak menghormati budaya penduduk tempatan dan berkelakuan tidak senonoh - kes kahwin lari antara gadis tempatan dengan warganegara Indonesia atau Bangladesh – berlaku perpecahan keluarga - kewujudan rumah setinggan atau perkampungan warga asing
  • 9. - jenayah rogol dan ragut oleh warga asing yang kian meningkat - masalah penyakit berbahaya seperti batuk kering dan HIV positif Penutup Menegaskan tajuk peribahasan sekali lagi – ucapan terima kasih Latihan Karangan 9 Soalan 9 Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah. Anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang ”Otak yang Cerdas Berpunca daripada Badan yang Sihat”. Sediakan ceramah itu selengkapnya. Format Ceramah Pendahuluan Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih atas jemputan – menyatakan tajuk ceramah. Isi-isi - mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-buahan dan sayur-sayuran - pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan - melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan - melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif - badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan Penutup Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.