SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Refleksi Pengalaman Diri 
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya akan menceritakan pengalaman saya dalam 
hidup bermasyarakat di Malaysia. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf jika terdapat 
sebarang kesalahan dan kekasaran bahasa dalam esei ini kerana jenis penulisannya adalah 
datangnya dari hati dan bersahaja, ini supaya memudahkan sebarang perkara yang ingin 
disampaikan dengan mudah dan jelas. 
Setelah melihat video tersebut, saya dapati Masyarakat Malaysia sememangnya harmoni dan 
aman seperti tiada sebarang masalah berlaku sesama kaum. Pepatah pernah mengatakan air 
yang tenang jangan disangka tiada buaya, jadi kali ini saya akan mengupas topik yang begitu 
hangat dan mungkin membawa kepada isu perkauman dan agama. Namun, tujuan saya 
mengupas topik ini adalah sebagai menyampaikan buah fikiran saya demi membuka minda 
pada setiap masyarakat Malaysia supaya menjadi lebih maju. Topik yang saya akan kupas 
kali ini adalah mengenai stereotaip setiap kaum. 
Baiklah, mungkin kita selalu mendengar terms yang sering digunakan oleh masyarakat kita 
seperti “Janji Melayu”, “Cina Berak Tak Basuh”, “Cina K urang Ajar”, “India Berbau Busuk”, 
“Cakap Macam Keling” dan lain- lain lagi. Saya sering tertanya bagaimana stereotaip – 
stereotaip ini boleh terjadi? Walaupun negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun 
pemikiran dan minda rakyat Malaysia masih lagi tidak mencerminkan sebagai negara yang 
merdeka dan maju. Pada pendapat saya, terdapat 3 premis perkara yang menyebabkan ia 
berlaku. 
Persekitaran Kehidupan Membentuk Kesefahaman 
Persekitaran dalam kehidupan memainkan peranan penting dalam hidup bermasyarakat 
majmuk. Persekitaran yang sihat lahir dari sikap saling menghormati seterusnya kefahaman 
terhadap sesuatu kaum dapat terjalin. Masyarakat yang hidup dalam sesuatu kawasan yang 
mempunyai berbilang bangsa lebih maju dan berfikiran matang, berbanding mereka yang 
hidup dalam suatu kawasan yang mempunyai sesama kaum. Hal ini kerana mereka dapat 
memahami akan cara hidup dan sikap sesuatu kaum. Oleh itu, mereka mudah memahami dan 
terima sesuatu kaum dengan terbuka. Selain itu, persekitaran hidup yang sihat menjadi diri 
lebih profesional dalam menyesalkan sesuatu masalah. 
Contohnya, di kawasan perumahan saya terdiri dari pelbagai kaum. Ada seorang jiran saya 
berbangsa India, Mr. Ganesh suka petik berbunga pokok di kawasan rumah orang. Pada 
awalnya ramai jiran benci akan tindakannya yang tidak bertamadun, kerana memusnahkan 
harta orang tanpa kebenaran. Tetapi bila didapati bahawa bebunga itu digunakan untuk buat 
sembahyang dan perubatan. Setelah difahami, ada sesetengah jiran telah menghadiahkan 
pokok tersebut kepadanya. Selepas itu, Mr. Ganesh menjadi lebih berakhlak iaitu dia akan 
meminta kebenaran kepada tuan rumah jika mahu memetik berbunga yang di sekitar kawasan 
rumah orang. 
Selain itu, jiran saya Mr Tan. Setiap kali pada malam sambutan Tahun Baru Cina, dia akan 
membakar mercun. Kadang-kadang saya terasa sakit hati sebab bunyi mercunya sangat kuat
dan lama. Pada saat itu, serius terdetik dalam hati saya mengatakan kaum cina ini biadap. 
Maklumlah bakar mercun pada waktu malam, dan mengganggu ketenteraman orang untuk 
tidur. Tetapi yang saya hairan kenapa tiada jiran-jiran lain mahu menegurnya. Pada pagi 
sambutan Tahun Baru Cina, Mr Tan mesti akan menempah persembahan tarian singa di 
hadapan rumahnya. Ini lagi membuatkan saya berasa marah sebab bunyi alatan muzik seperti 
gendang dan simbal sangatlah bising. Selepas belajar mengenai budaya masyarakat cina, saya 
baru sedar dan faham akan tujuan upacara-upacara ini dilakukan. Upacara membakar mercun 
bertujuan untuk menghalau raksasa atau hantu Nian, manakala tarian singa pula untuk 
membawa tuah kepada rumah. Namun sekarang ini, Mr Tan tidak lagi melakukan upacara-upacara 
sedemikian, mungkin kerana dia memahami akan kehidupan berjiran supaya tidak 
ingin mengganggu jiran-jiran lain. 
Taraf Pendidikan Mencerminkan Diri Seseorang 
Taraf pendidikan membentuk keperibadian seseorang. Jika seseorang itu mendapat 
pendidikan yang bagus dan sempurna, maka dia akan menjadi orang yang berakhlak dan 
berfikiran positif. Contohnya masyarakat dahulu tidak mendapat pendidikan yang begitu 
sempurna, oleh itu mereka tidak diajar mengenai nilai murni dan menyebabkan keruntuhan 
akhlak ini dianggap sebagai perkara biasa kerana ia telah diperlakukan dalam amalan harian. 
Sebagai contoh, saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di bawah seoarang pengurus 
berbangsa cina. Pada mulanya saya berpendapat bahawa dia punya perangai yang kurang ajar 
kerana dia memberikan sesuatu arahan dengan menggunakan kaki, walhal dia boleh anggota 
lain yang sesuai seperti tangan. Contohnya bila dia menyuruh pekerja mengambil stock dan 
barang di dalam store dengan menggunakan kaki sambil berkata “Hahh, lu pergi bawak 
barang ni masuk dalam store!”. Semenjak dari itu, saya percaya bahawa masyarakat cina ini 
sememangnya tiada akhlak murni, stereotaip “Orang Cina Kurang Ajar” sememangnya betul. 
Tapi selepas beberapa bulan saya bekerja di situ, saya berkawan dengan orang-orang cina, 
mereka mengatakan ia sudah menjadi kebiasan dalam kehidupan kaum cina mereka 
beranggap kekerasan boleh memudahkan sesuatu pekerjaan. Mereka menjelaskan lagi, akan 
tetapi semuanya bergantung pada pendidikan, terdapat masyarakat cina tidak melakukan 
sedemikian atau akhlak buruk kerana ia mencerminkan diri dan keluarga. Dengan itu, saya 
sedar bahawa masyarakat cina ini bukannya kurang ajar, malahan terdapat juga kaum-kaum 
lain yang tidak mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan mereka disebabkan 
kekurangan pendidikan yang sepatutnya mereka dapati. 
Doktrin oleh Kaum Tua Membentuk Pemikiran Generasi Akan Datang 
Golongan tua seperti ibu bapa dan nenek moyang merupakan satu tunjang dalam melahirkan 
generasi yang berfikiran matang dan positif. Jika kanak-kanak didoktrinkan supaya saling 
membenci sesama manusia kerana terdapat perbezaan dari aspek perkauman, pangkat dan 
darjat, maka kanak-kanak sukar untuk bersatu dan menyayangi pada masa akan datang nanti. 
Impaknya, negara akan berkembang maju kerana tiada seperfahaman antara kaum. Sebagai 
contoh pada zaman sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah kebangsaan yang mempunyai 
kaum Melayu, India dan Cina. Kami sering bekerjasama dalam setiap pekerjaan seperti
aktiviti gotong-royong dan sukaneka. Tapi bila memasuki zaman persekolahan menengah, 
terdapat segelintir pelajar kaum Melayu, Cina dan India tidak bergaul dan berkawan dengan 
kaum-kaum lain. Mereka cuma berkawan sesama kaum mereka sendiri. Jadi kami pun 
bertanya mengenai masalah tersebut kepada mereka, jawapannya kebanyakannya disebabkan 
dahulu mereka bersekolah di sekolah sejenis kaum, dan pihak ibu bapa dan cikgu juga tidak 
menekankan mengenai pendidikan dan pergaulan dengan kaum lain. 
Bagi membuktikan bahawa premis saya adalah benar, saya ingin memberikan contoh seorang 
rakan saya berbangsa cina dan beragama Kristian, namanya Teh Meng Huat @ Frederick, dia 
ini sememangnya rapat dengan masyarakat Melayu sehingga dia pandai membaca doa makan. 
Pada waktu kecil, dia dihantar ke pusat jagaan seorang wanita Melayu, Mak Cik Yah. Kami 
sememangnya kawan rapat dari kecil sehingga sekarang. Apa yang saya ingin menerangkan 
bahawa ibunya mengamalkan sikap positif dalam membentuk anaknya, kerana ibunya faham 
akan cara hidup orang Melayu yang dikatakan baik, bersih dan saling menolong. Maka sebab 
itulah ibunya menghantar Frederick ke rumah jagaan Melayu. Ibunya sangat baik dengan 
saya, saya selalu diundang ke majlis jamuan bersempena Hari Natal, Tahun Baru Cina dan 
Hari Jadi. Pada mulanya saya sangat takut untuk menjamu selera makanan yang telah 
dimasak oleh ibunya kerana perspektif terhadap masyarakat cina adalah pengotor, minum 
arak dan makan babi kerana saya telah diajar bahawa cara hidup mereka adalah sedemikian. 
Namun, dia dan ibunya telah menjelaskan bahawa mereka tidak makan babi dan minum arak 
kerana ia kotor dan sukar untuk dibersihkan. Dan ibunya berasa sangat bertuah dapat 
membesarkan anaknya di bawah jagaan Mak Cik Yah, menyebabkan mereka ini belajar cara 
hidup masyarakat Melayu yang sememangnya bersih. Frederick lebih suka bergaul dengan 
orang Melayu berbanding cina kerana mempunyai kesefahaman. 
Jadi saya begitu kesal dengan sikap golongan tua yang suka meracuni pemikiran kanak-kanak 
sehingga menyebabkan mereka mempunyai mindset yang teruk terhadap sesuatu kaum. 
Contohnya, ibu bapa Melayu mengajar anak supaya jangan berkawan dengan orang cina dan 
india sebab mereka ada tabiat tak suka mandi pagi, bela anjing, perkara kotor yang 
menyebabkan kanak-kanak takut dan benci terhadap kaum lain. 
Sebagai penutup, saya berpendapat bahawa stereotaip-stereotaip ini boleh dimusnahkan 
dalam kehidupan masyarakat Malaysia jika sekiranya setiap manusia mengamalkan sikap 
nilai murni dan berfikiran positif dalam setiap tindakan. Contohnya, jika masyarakat Me layu 
dikenali dengan sikap janji Melayu iaitu tidak menepati janji. Maka, dengan itu, setiap 
masyarakat Melayu perlulah berdisplin dalam menepati sesuatu janji. Begitu juga kepada 
kaum-kaum lain seperti cina dan india, di mana terdapat seperti orang cina racist, orang cina 
tidak mandi pagi, orang india suka cakap berbelit. Mereka juga perlulah berdisplin tidak 
mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian. Hal ini sedemikian kerana untuk 
memusnahkan mindset buruk ini yang terdapat pada setiap masyarakat di negara serta tidak 
memalukan kaum mereka sendiri.

More Related Content

What's hot

173533428 cerpen
173533428 cerpen173533428 cerpen
173533428 cerpenWarnet Raha
 
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didik
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didikKaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didik
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didikZie Zhua
 
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang Ibu
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang IbuKisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang Ibu
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang IbuBambang Dhoni
 
Jati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahJati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahBella Seba
 
Teks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademikTeks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademikNaeniSaqiya
 
Design agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accDesign agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accRohadi Rohadi
 
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi )
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi ) Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi )
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi ) menambahberatbadanotot
 
Tugas individu kkn linggoasri
Tugas individu  kkn linggoasriTugas individu  kkn linggoasri
Tugas individu kkn linggoasrisaidani ahmad
 
Proposal pencak silat
Proposal pencak silatProposal pencak silat
Proposal pencak silatAni Denisha
 
Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpenDek Matang
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajenRoziq Bahtiar
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupkuHeni Handayani
 
Cerpen d hikayat
Cerpen d hikayatCerpen d hikayat
Cerpen d hikayatAura Net
 

What's hot (19)

Berhijab dalam hati
Berhijab dalam hatiBerhijab dalam hati
Berhijab dalam hati
 
173533428 cerpen
173533428 cerpen173533428 cerpen
173533428 cerpen
 
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didik
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didikKaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didik
Kaifiat menyusun program kegiatan peserta anak didik
 
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang Ibu
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang IbuKisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang Ibu
Kisah Nyata Pengorbanan dan Cinta Seorang Ibu
 
Jati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimahJati diri wanita muslimah
Jati diri wanita muslimah
 
Cerpen 1 pop
Cerpen 1 popCerpen 1 pop
Cerpen 1 pop
 
Kel 3 5 mekkah
Kel 3 5 mekkahKel 3 5 mekkah
Kel 3 5 mekkah
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Teks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademikTeks ulasan buku non akademik
Teks ulasan buku non akademik
 
Design agenda ma tia acc
Design agenda ma tia accDesign agenda ma tia acc
Design agenda ma tia acc
 
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi )
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi ) Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi )
Cara berhenti kecanduan miskin Jilid 1 ( By : Maris Al Fahmi )
 
Tugas individu kkn linggoasri
Tugas individu  kkn linggoasriTugas individu  kkn linggoasri
Tugas individu kkn linggoasri
 
Proposal pencak silat
Proposal pencak silatProposal pencak silat
Proposal pencak silat
 
Extro girls
Extro girlsExtro girls
Extro girls
 
Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
 
Tarby magazine salafiyah kajen
Tarby magazine  salafiyah kajenTarby magazine  salafiyah kajen
Tarby magazine salafiyah kajen
 
Menganalisis Novel tahun 20-30 an
Menganalisis Novel tahun 20-30 anMenganalisis Novel tahun 20-30 an
Menganalisis Novel tahun 20-30 an
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
Cerpen d hikayat
Cerpen d hikayatCerpen d hikayat
Cerpen d hikayat
 

Similar to REFLEKSI KAUM

Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini ini
Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini iniMakalah diskriminasi terhadap anak usia dini ini
Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini iniArvin Saptyan
 
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...FaFai S.
 
Naskah pidato lomba pidato hukum
Naskah pidato lomba pidato hukumNaskah pidato lomba pidato hukum
Naskah pidato lomba pidato hukumPatta Danun
 
Sikap ibu bapa dan masyarakat
Sikap ibu bapa dan masyarakatSikap ibu bapa dan masyarakat
Sikap ibu bapa dan masyarakatAspasia Robin
 
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)BMG Training Indonesia
 
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolah
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolahPerbedaan ras di kalangan siswa sekolah
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolahBima Handawi
 
Pidato pencetus ummah.
Pidato pencetus ummah.Pidato pencetus ummah.
Pidato pencetus ummah.Noor Hayati
 

Similar to REFLEKSI KAUM (20)

Wawancara ii
Wawancara iiWawancara ii
Wawancara ii
 
UTS INKLUSIF VIAN.docx
UTS INKLUSIF VIAN.docxUTS INKLUSIF VIAN.docx
UTS INKLUSIF VIAN.docx
 
Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini ini
Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini iniMakalah diskriminasi terhadap anak usia dini ini
Makalah diskriminasi terhadap anak usia dini ini
 
Buku mentoring 13
Buku mentoring  13Buku mentoring  13
Buku mentoring 13
 
6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika
 
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
Naskah pidato lomba pidato hukum
Naskah pidato lomba pidato hukumNaskah pidato lomba pidato hukum
Naskah pidato lomba pidato hukum
 
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang KuliahMengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
Mengapa Lebih Baik Jadi PB Ketimbang Kuliah
 
Slide kmk
Slide kmkSlide kmk
Slide kmk
 
Kotbah pemuda
Kotbah pemudaKotbah pemuda
Kotbah pemuda
 
Sikap ibu bapa dan masyarakat
Sikap ibu bapa dan masyarakatSikap ibu bapa dan masyarakat
Sikap ibu bapa dan masyarakat
 
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
Kumpulan Catatan komunitas kenduri cinta (Maiyah)
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Cerpen munsyi(2)
Cerpen munsyi(2)Cerpen munsyi(2)
Cerpen munsyi(2)
 
Cerpen munsyi(2)
Cerpen munsyi(2)Cerpen munsyi(2)
Cerpen munsyi(2)
 
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH 2014 - Rubrik Parenting
 
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolah
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolahPerbedaan ras di kalangan siswa sekolah
Perbedaan ras di kalangan siswa sekolah
 
Buku "Kami Tidak Bisu"
Buku "Kami Tidak Bisu"Buku "Kami Tidak Bisu"
Buku "Kami Tidak Bisu"
 
Pidato pencetus ummah.
Pidato pencetus ummah.Pidato pencetus ummah.
Pidato pencetus ummah.
 

REFLEKSI KAUM

  • 1. Refleksi Pengalaman Diri Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya akan menceritakan pengalaman saya dalam hidup bermasyarakat di Malaysia. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan dan kekasaran bahasa dalam esei ini kerana jenis penulisannya adalah datangnya dari hati dan bersahaja, ini supaya memudahkan sebarang perkara yang ingin disampaikan dengan mudah dan jelas. Setelah melihat video tersebut, saya dapati Masyarakat Malaysia sememangnya harmoni dan aman seperti tiada sebarang masalah berlaku sesama kaum. Pepatah pernah mengatakan air yang tenang jangan disangka tiada buaya, jadi kali ini saya akan mengupas topik yang begitu hangat dan mungkin membawa kepada isu perkauman dan agama. Namun, tujuan saya mengupas topik ini adalah sebagai menyampaikan buah fikiran saya demi membuka minda pada setiap masyarakat Malaysia supaya menjadi lebih maju. Topik yang saya akan kupas kali ini adalah mengenai stereotaip setiap kaum. Baiklah, mungkin kita selalu mendengar terms yang sering digunakan oleh masyarakat kita seperti “Janji Melayu”, “Cina Berak Tak Basuh”, “Cina K urang Ajar”, “India Berbau Busuk”, “Cakap Macam Keling” dan lain- lain lagi. Saya sering tertanya bagaimana stereotaip – stereotaip ini boleh terjadi? Walaupun negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun pemikiran dan minda rakyat Malaysia masih lagi tidak mencerminkan sebagai negara yang merdeka dan maju. Pada pendapat saya, terdapat 3 premis perkara yang menyebabkan ia berlaku. Persekitaran Kehidupan Membentuk Kesefahaman Persekitaran dalam kehidupan memainkan peranan penting dalam hidup bermasyarakat majmuk. Persekitaran yang sihat lahir dari sikap saling menghormati seterusnya kefahaman terhadap sesuatu kaum dapat terjalin. Masyarakat yang hidup dalam sesuatu kawasan yang mempunyai berbilang bangsa lebih maju dan berfikiran matang, berbanding mereka yang hidup dalam suatu kawasan yang mempunyai sesama kaum. Hal ini kerana mereka dapat memahami akan cara hidup dan sikap sesuatu kaum. Oleh itu, mereka mudah memahami dan terima sesuatu kaum dengan terbuka. Selain itu, persekitaran hidup yang sihat menjadi diri lebih profesional dalam menyesalkan sesuatu masalah. Contohnya, di kawasan perumahan saya terdiri dari pelbagai kaum. Ada seorang jiran saya berbangsa India, Mr. Ganesh suka petik berbunga pokok di kawasan rumah orang. Pada awalnya ramai jiran benci akan tindakannya yang tidak bertamadun, kerana memusnahkan harta orang tanpa kebenaran. Tetapi bila didapati bahawa bebunga itu digunakan untuk buat sembahyang dan perubatan. Setelah difahami, ada sesetengah jiran telah menghadiahkan pokok tersebut kepadanya. Selepas itu, Mr. Ganesh menjadi lebih berakhlak iaitu dia akan meminta kebenaran kepada tuan rumah jika mahu memetik berbunga yang di sekitar kawasan rumah orang. Selain itu, jiran saya Mr Tan. Setiap kali pada malam sambutan Tahun Baru Cina, dia akan membakar mercun. Kadang-kadang saya terasa sakit hati sebab bunyi mercunya sangat kuat
  • 2. dan lama. Pada saat itu, serius terdetik dalam hati saya mengatakan kaum cina ini biadap. Maklumlah bakar mercun pada waktu malam, dan mengganggu ketenteraman orang untuk tidur. Tetapi yang saya hairan kenapa tiada jiran-jiran lain mahu menegurnya. Pada pagi sambutan Tahun Baru Cina, Mr Tan mesti akan menempah persembahan tarian singa di hadapan rumahnya. Ini lagi membuatkan saya berasa marah sebab bunyi alatan muzik seperti gendang dan simbal sangatlah bising. Selepas belajar mengenai budaya masyarakat cina, saya baru sedar dan faham akan tujuan upacara-upacara ini dilakukan. Upacara membakar mercun bertujuan untuk menghalau raksasa atau hantu Nian, manakala tarian singa pula untuk membawa tuah kepada rumah. Namun sekarang ini, Mr Tan tidak lagi melakukan upacara-upacara sedemikian, mungkin kerana dia memahami akan kehidupan berjiran supaya tidak ingin mengganggu jiran-jiran lain. Taraf Pendidikan Mencerminkan Diri Seseorang Taraf pendidikan membentuk keperibadian seseorang. Jika seseorang itu mendapat pendidikan yang bagus dan sempurna, maka dia akan menjadi orang yang berakhlak dan berfikiran positif. Contohnya masyarakat dahulu tidak mendapat pendidikan yang begitu sempurna, oleh itu mereka tidak diajar mengenai nilai murni dan menyebabkan keruntuhan akhlak ini dianggap sebagai perkara biasa kerana ia telah diperlakukan dalam amalan harian. Sebagai contoh, saya pernah bekerja sebagai pembantu jualan di bawah seoarang pengurus berbangsa cina. Pada mulanya saya berpendapat bahawa dia punya perangai yang kurang ajar kerana dia memberikan sesuatu arahan dengan menggunakan kaki, walhal dia boleh anggota lain yang sesuai seperti tangan. Contohnya bila dia menyuruh pekerja mengambil stock dan barang di dalam store dengan menggunakan kaki sambil berkata “Hahh, lu pergi bawak barang ni masuk dalam store!”. Semenjak dari itu, saya percaya bahawa masyarakat cina ini sememangnya tiada akhlak murni, stereotaip “Orang Cina Kurang Ajar” sememangnya betul. Tapi selepas beberapa bulan saya bekerja di situ, saya berkawan dengan orang-orang cina, mereka mengatakan ia sudah menjadi kebiasan dalam kehidupan kaum cina mereka beranggap kekerasan boleh memudahkan sesuatu pekerjaan. Mereka menjelaskan lagi, akan tetapi semuanya bergantung pada pendidikan, terdapat masyarakat cina tidak melakukan sedemikian atau akhlak buruk kerana ia mencerminkan diri dan keluarga. Dengan itu, saya sedar bahawa masyarakat cina ini bukannya kurang ajar, malahan terdapat juga kaum-kaum lain yang tidak mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan mereka disebabkan kekurangan pendidikan yang sepatutnya mereka dapati. Doktrin oleh Kaum Tua Membentuk Pemikiran Generasi Akan Datang Golongan tua seperti ibu bapa dan nenek moyang merupakan satu tunjang dalam melahirkan generasi yang berfikiran matang dan positif. Jika kanak-kanak didoktrinkan supaya saling membenci sesama manusia kerana terdapat perbezaan dari aspek perkauman, pangkat dan darjat, maka kanak-kanak sukar untuk bersatu dan menyayangi pada masa akan datang nanti. Impaknya, negara akan berkembang maju kerana tiada seperfahaman antara kaum. Sebagai contoh pada zaman sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah kebangsaan yang mempunyai kaum Melayu, India dan Cina. Kami sering bekerjasama dalam setiap pekerjaan seperti
  • 3. aktiviti gotong-royong dan sukaneka. Tapi bila memasuki zaman persekolahan menengah, terdapat segelintir pelajar kaum Melayu, Cina dan India tidak bergaul dan berkawan dengan kaum-kaum lain. Mereka cuma berkawan sesama kaum mereka sendiri. Jadi kami pun bertanya mengenai masalah tersebut kepada mereka, jawapannya kebanyakannya disebabkan dahulu mereka bersekolah di sekolah sejenis kaum, dan pihak ibu bapa dan cikgu juga tidak menekankan mengenai pendidikan dan pergaulan dengan kaum lain. Bagi membuktikan bahawa premis saya adalah benar, saya ingin memberikan contoh seorang rakan saya berbangsa cina dan beragama Kristian, namanya Teh Meng Huat @ Frederick, dia ini sememangnya rapat dengan masyarakat Melayu sehingga dia pandai membaca doa makan. Pada waktu kecil, dia dihantar ke pusat jagaan seorang wanita Melayu, Mak Cik Yah. Kami sememangnya kawan rapat dari kecil sehingga sekarang. Apa yang saya ingin menerangkan bahawa ibunya mengamalkan sikap positif dalam membentuk anaknya, kerana ibunya faham akan cara hidup orang Melayu yang dikatakan baik, bersih dan saling menolong. Maka sebab itulah ibunya menghantar Frederick ke rumah jagaan Melayu. Ibunya sangat baik dengan saya, saya selalu diundang ke majlis jamuan bersempena Hari Natal, Tahun Baru Cina dan Hari Jadi. Pada mulanya saya sangat takut untuk menjamu selera makanan yang telah dimasak oleh ibunya kerana perspektif terhadap masyarakat cina adalah pengotor, minum arak dan makan babi kerana saya telah diajar bahawa cara hidup mereka adalah sedemikian. Namun, dia dan ibunya telah menjelaskan bahawa mereka tidak makan babi dan minum arak kerana ia kotor dan sukar untuk dibersihkan. Dan ibunya berasa sangat bertuah dapat membesarkan anaknya di bawah jagaan Mak Cik Yah, menyebabkan mereka ini belajar cara hidup masyarakat Melayu yang sememangnya bersih. Frederick lebih suka bergaul dengan orang Melayu berbanding cina kerana mempunyai kesefahaman. Jadi saya begitu kesal dengan sikap golongan tua yang suka meracuni pemikiran kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka mempunyai mindset yang teruk terhadap sesuatu kaum. Contohnya, ibu bapa Melayu mengajar anak supaya jangan berkawan dengan orang cina dan india sebab mereka ada tabiat tak suka mandi pagi, bela anjing, perkara kotor yang menyebabkan kanak-kanak takut dan benci terhadap kaum lain. Sebagai penutup, saya berpendapat bahawa stereotaip-stereotaip ini boleh dimusnahkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia jika sekiranya setiap manusia mengamalkan sikap nilai murni dan berfikiran positif dalam setiap tindakan. Contohnya, jika masyarakat Me layu dikenali dengan sikap janji Melayu iaitu tidak menepati janji. Maka, dengan itu, setiap masyarakat Melayu perlulah berdisplin dalam menepati sesuatu janji. Begitu juga kepada kaum-kaum lain seperti cina dan india, di mana terdapat seperti orang cina racist, orang cina tidak mandi pagi, orang india suka cakap berbelit. Mereka juga perlulah berdisplin tidak mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian. Hal ini sedemikian kerana untuk memusnahkan mindset buruk ini yang terdapat pada setiap masyarakat di negara serta tidak memalukan kaum mereka sendiri.