SlideShare a Scribd company logo
ARAB 4517: READINGS IN CLASSICAL PROSE
TITIK PERSAMAAN ANTARA PERIBAHASA
ARAB DAN PERIBAHASA MELAYU
Nama penulis : 1) Siti Hajar binti Shariffudin (1620176)
2) Nurul Hanna binti Badrul Hisham (1623754)
3) Anis Ayumi binti Hanafi (1629104)
4) Nadia Haryati binti Mohd Khalid (1626560)
Seksyen : 2
Nama pensyarah : Profesor Dr.Rahmah binti Ahmad H.Osman
TITIK PERSAMAAN ANTARA PERIBAHASA ARAB DAN
PERIBAHASA MELAYU
SITI HAJAR BINTI SHARIFFUDIN
NURUL HANNA BINTI BADRUL HISHAM
ANIS AYUMI BINTI HANAFI
NADIA HARYATI BINTI MOHD KHALID
ABSTRAK
Menelani arus zaman yang terlalu dihidangkan kemewahan dan teknologi, karya sastera
yang pernah menjadi panduan dan teladan bangsa bagai disisihkan dan dipinggirkan
masyarakat generasi digital ini. Kebanyakan daripada mereka seakan-akan lupa tentang
sastera Melayu yang pernah menjadi kebanggan para sasterawan terdahulu. Jika dikaji
secara mendalam, gaya sastera dalam masyarakat Melayu seakan-akan atau hampir sama
dengan gaya sastera orang Arab terdahulu. Masyarakat ambil endah atau tidak endah
sahaja tentang perkara ini. Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang terawal wujud di
muka bumi ini. Kebanyakan persamaan yang terdapat dalam sastera Arab dalam sastera
Melayu terutamanya peribahasa dapat memperkenalkan kepada bangsa Melayu tentang
budaya orang Arab. Oleh itu, artikel ini ditulis untuk mengembalikan semangat dan
kesedaran masyarakat tentang kepentingan akhlak menerusi peribahasa Arab dan pada masa
yang sama dapat memperkenalkan budaya masyarakat masing-masing. Di dalam ini akan
membahaskan tentang makna amthal ( (‫أمثال‬ , ciri-cirinya, objektif ditulis artikel ini beserta
sepuluh contoh peribahasa Arab yang masyhur di bawah tema akhlak dari zaman ke zaman
yang berkait rapat dengan budaya masyrakat Melayu.
Kata kunci: mathal, peribahasa, budaya, akhlak
PENDAHULUAN
Bahasa dan budaya adalah dua bentuk hasil pemikiran manusia. Banyak ahli yang
mengemukakan teorinya mengenai kaitan antara bahasa dan budaya, salah satunya
Willem von Humboldt seorang filosof Jerman. Menurutnya “language by its very nature
represents the spirit and national character of a people (bahasa adalah
repesentasi/perwujudan semangat alami dan karakter nasional masyarakat)” Humboldt
yakin setiap bahasa di dunia pasti merupakan perwujudan budaya dari masyarakat
penuturnya. Jadi, pandangan yang dimiliki oleh suatu masyarakat bahasa tertentu akan
tercermin melalui bahasanya. Dan ternyata pendapat Humboldt juga didukung oleh para
ahli Bahasa yang ternama seperti Edward Sapir (1929) dan Alfred Korzybski (1933).
Bahasa merupakan produk budaya. Bahasa adalah wadah dan refleksi kebudayaan
masyarakat pemiliknya. Berbagai pendapat para ahli mengenai hubungan antara bahasa
dan kebudayaan membuat tema ini menarik untuk dikaji lebih lanjut. Sehingga pada
akhirnya dapat melahirkan teori-teori baru mengenai hubungan keduanya.
Oleh itu, walaupun Bahasa Melayu dan Bahasa Arab merupakan bahasa yang
berbeza, akan tetapi terdapat beberapa ciri budaya masyarakat antara keduanya yang
memiliki beberapa persamaan. Disebabkan itu, sudah pasti terdapat hubungan yang rapat
antara kedua-dua bangsa ini. Hal ini akan memudahkan masyarakat Melayu untuk
memahami peribahasa Arab walaupun di dalam bahasa yang berbeza.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
I. Pengkaji ingin memperkenalkan masyarakat Melayu kepada amthal Bahasa Arab
II. Pengkaji ingin menunjukkan titik persamaan yang terdapat antara peribahasa Melayu
dan amthal Bahasa Arab
III. Pengkaji ingin nilai-nilai murni yang diperincikan dalam artikel ini dapat dihayati
oleh pembaca
IV. Pengkaji ingin menggalakkan pembaca untuk menerokai dan menghargai sejarah di
sebalik amthal Bahasa Arab yang ditulis
TAKRIF AMTHAL
Berdasar pada pendapat Abdul Kuddus Abu Sholih dalam bukunya “an-Nushush al-
Adabiyyah” bahwa peribahasa Arab adalah perkataan orang Arab yang ringkas, padat, juga
memiliki pengaruh pada jiwa seseorang yang membaca atau mendengarnya. Matsal juga
tidak pernah lepas dari kronologi penciptaannya. Dari pendapat ini kiranya dapat diketahui
bahwasannya terdapat perbedaan mendasar antara peribahasa di dalam bahasa Arab dan
peribahasa Indonesia iaitu terletak pada peribahasa Arab lahir dengan dilatarbelakangi
penciptaannya, sementara peribahasa Indonesia tidak pernah diketahui latar belakang
kemunculannya.
Kata amthal merupakan bentuk jamak dari kata mathal (perumpamaan) atau mitsil
(serupa) atau matsil, sama halnya dengan kata syabah atau syabih. Di dalam ilmu balaghah,
pembahasan yang sama ini lebih dikenal dengan istilah tasbyih, bukan amthal.
CIRI-CIRI AMTHAL
Antara ciri-ciri peribahasa Arab adalah seperti berikut:
a. Unsur kinayah )‫(كناية‬ sangat kuat
b. Mengandung kata-kata bijak dan peringatan
c. Lafaznya ringkas, ketepatan makna, perumpamaan yang baik
d. Mathal merupakan cahaya ungkapan yang menggunakan gaya Bahasa seperti: al-Bayân
dan al-Muhassinât al-Badî’iyyah yang berbentuk saja’, thibâq dan jinâs.
e. Muncul berdasarkan kisah dan peristiwa tertentu
f. Memiliki kelebihan berupa ucapan yang popular, tujuan yang diinginkan jelas dan
perumpamaannya tepat bagi kehidupan dan tabiat masyarakat.
g. Amthal menghasilkan ucapan sihir, indah, dan mengandung unsur balaghah. Mempunyai
dua bentuk iaitu: prosa dan syair atau puisi, namun peribahasa dalam bentuk prosa lebih
banyak.1
1
Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsal ‟Arabiyyah (Peribahasa Arab Mts Al-Manshuriyah).
jurnal pendidikan. m.s 241
CONTOH-CONTOH AMTHAL ARAB DAN UNSUR-UNSUR PERSAMAANNYA
DENGAN PERIBAHASA MELAYU
Mathal pertama:
‫ار‬َ‫م‬ْ‫ن‬ِ‫س‬ َ‫اء‬َ‫ز‬َ‫ج‬ ُ‫اه‬َ‫ز‬َ‫ج‬
Peribahasa Arab ini jika diterjemahkan secara harfiyahnya bermaksud, dia dibalas sama
seperti dibalasnya Sinmar2
dapat atau dalam erti kata lain bermaksud kebaikan yang
dilakukan akan tetapi dibalas dengan kejahatan. Peribahasa ini pada asalnya dicipta dari
sebuah cerita yang cukup terkenal pada zaman Arab terdahulu. Terdapat pelbagai versi cerita
ini didengari sehingga hari ini. Ini merupakan salah satu versi yang kebanyakannya
digunakan oleh ahli bahasa.
Sinimmar adalah seorang jurubina handal, dia diminta untuk membina satu istana
milik seorang raja yang mana Istana itu hendaklah menjadi satu-satunya istana yang paling
unik dan tidak pernah ada satupun yang seumpamanya. Setelah beberapa ketika, istana itupun
siap. Dia diminta oleh raja untuk membawa baginda melihat keseluruhan hasil kerjanya itu.
Apabila berada di tingkat paling atas, raja bertanya kepadanya, "adakah kamu yakin tidak
akan ada lagi orang yang mampu membina umpama binaanmu ini?". Jawab Sinimmar,
"Tentu sekali!". Mendengar jawapan itu, raja memerintahkan dua pengawalnya agar
membunuh Sinimmar yang malang ini. Sinimmar yang terkejut langsung bertanya, "Apa
kesalahanku hingga kematian menjadi upah kepada hasil kerjaku?". Raja menjawab, "Tiada
apa, cuma apa yang aku mahu dari kematianmu adalah rahsia bagaimana kamu membina
istana seindah dan seunik ini terkubur bersama-sama kamu dan bangunan ini kekal menjadi
binaan yang paling indah dan unik". Sejak dari kejadian itu, sesiapa yang membantu dan
menolong seseorang dan dibalas dengan keburukan, maka ungkapan "Dia diupah dengan
upah Sinimmar" akan dikatakan kepada mereka.
2
Sinmar di sini merupakan nama seorang pemuda Iraq pada zaman dulu, dan merupakan seorang jurutera
yang mahir. Dia telah membina sebuah istana kepada Raja Nu'man yang mana istana tersebut lebih megah
daripada mana-mana istana lain.
Dalam kajian seorang mahasiswa di Indonesia, menggunakan cerita dari versi yang
lain. Peribahasa ini tercipta dari sebuah kisah akan adanya seorang arsitek terkenal dan
canggih. Ia adalah salah seorang bangsawan Persi. Arsitek handal ini menghabiskan waktu
dua puluh tahun untuk membangunnya. Pada suatu hari, yaitu bertepatan dengan hari
peresmian dari pada istana tersebut, datanglah Sinimmar ke istana untuk meminta imbalan
atas apa yang dikerjakannya. Namun, tanpa diduga Sinimmar dilemparkan oleh Nukman dari
atas istana. Pembunuhan ini dilakukan karena ia khawatir apabila Sinimmar tetap hidup, ia
akan membangun istana yang sama megahnya dengan istana yang dimilikinya. Peribahasa di
atas dapat diterjemahkan dengan “balasannya seperti balasan terhadap Sinimmar. Peribahasa
ini ditujukan kepada siapa saja yang telah berbuat kebaikan, akan tetapi dibalas dengan
kejelekan.3
Terdapat juga jalan cerita yang lain tentang kisah wujudnya mathal Arab yang
masyhur ini. Bermula setelah dia selesai membinanya, dia memberitahu baginda bahawa ada
satu batu yang menjadi titik asas istana itu. Andai batu itu digerakkan, pasti hancurlah seluruh
istana. Selepas mendengar hal ini, baginda terus membawanya ke tingkat paling atas dan
melemparnya ke bawah lalu meninggal. Oleh sebab ini, peribahasa ini tercipta. Sudah berbuat
baik dengan membina istana terbaik, tapi dijatuhkan hukuman mati.
Hal ini kita dapat melihat masyarakat Arab menjadikan kesusateraan bahasa
sebahagian dari hidup mereka. Setiap apa yang dilakukan pasti ada kaitan dengan prosa Arab.
Begitu juga dengan peribahasa Arab ini. Ia dicipta dari kisah-kisah teladan yang direka dan
ditulis oleh ahli bahasa mereka sendiri. Jika dipadankan dengan peribahasa Melayu, terdapat
juga peribahasa yang mempuyai makna yang hampir serupa dengan mathal ini iaitu "Bagai
melepaskan anjing yang tersepit." Ini merupakan satu peribahasa yang diketahui umum
dalam kalangan kita. Perbuatan baik yang kita berikan, malangnya dibalas dengan kejahatan.
Perbuatan ini tidak sepatutnya diikuti dan seharusnya dijadikan sebagai teladan agar kita
lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Kita dapat lihat daripada ini budaya akhlak
dalam masyarakat Melayu tidak jauh berbeza dengan bangsa Arab. Ini boleh memudahkan
masyarakat Melayu untuk memahami mathal Arab kerana persamaan dalam budaya antara
mereka.
3
Muflihah, t.t. Peribahasa Di Dalam Bahasa Arab (Studi Komparasi Peribahasa Arab dengan Peribahasa
Indonesia), jurnal pendidikan, m.s 13
Mathal kedua:
‫أمال‬ ‫بو‬ ‫تدرك‬ ‫مجال‬ ‫الليل‬ ‫اختذ‬
Peribahasa Arab yang seterusnya bermaksud jadikanlah malam sebagai unta tunggangan buat
kau dapat, yang kau citakan.
Mathal ini diumpamakan bagi orang yang melakukan kegiatan di malam hari seperti
membaca, solat, dan lain-lain dimana malam diibaratkan seperti unta yang ditunggangi untuk
menghabiskan malam untuk mendapat sesuatu yang diinginkan. Penggunaan kata
ّ‫الليل‬
menurut penulis dipengaruhi oleh faktor geografi masyarakat Arab. Di negara-negara Arab
terdapat dua musim, musim panas dan dingin. Pada musim panas, rentang waktu siang lebih
lama, sementara waktu malam lebih pendek. Sedangkan pada musim dingin waktu malam
lebih lama daripada waktu siang, sekitar 17 jam. Pada musim dingin inilah masyarakat Arab
melewati waktu malam lebih lama sehingga mereka memiliki ungkapan khusus yang hanya
digunakan pada musim dingin ini iaitu ‫الليل‬ yang maksudnya adalah malam yang panjang.
Selain hal di atas, terdapat juga tradisi masyarakat Arab yang dipengaruhi oleh
kedudukan geografi mereka dengan sering memandang langit di luar rumah atau di udara
terbuka. Langit saat itu sangat terang, bercahaya, dan terlihat sangat indah kerana dipenuhi
oleh bintang-bintang. Pemandangan seperti ini amat mereka sukai, oleh sebab itu mereka
mengungkapkan isi hatinya, baik dengan syair mahupun dengan amthal. Kebiasaan mereka
ini disebut dengan ‫حفلة‬ ‫السمر‬ iaitu tradisi duduk bersama di malam hari yang dilakukan di
luar rumah atau di kemah. Pengaruh adat istiadat bangsa Arab yang sangat menyukai syair
sebagai keistimewaan mereka dari bangsa lain di dunia ini juga tergambar dalam mathal.
Mereka menyukai syair ghazl atau syair tentang percintaan yang melukiskan kecantikan
seorang wanita dan rasa cinta seorang pemuda kepadanya. Saat menjelang tidur mereka
mengungkapkan rasa cinta tersebut dalam bentuk syair ghazl ini sambil membayangkan
wajah wanita yang dicintainya.
Kalimat ini berupa kalimat verba, meskipun subjeknya tidak dapat kita lihat dengan
jelas. Dalam kata kerja ‫اختذ‬ subjeknya terdapat di dalam kata kerja tersebut yang
menunjukkan pada seorang lelaki yang tersembunyi (dhamir mustatir). Penggunaan kata
‫مجل‬ dalam ayat ini tidak diragukan lagi merupakan pengaruh kedudukan geografi bangsa
Arab yang hidup di kawasabn padang pasir. Haiwan ini sangat istimewa bagi mereka kerana
sering sekali digunakan dalam menempuh perjalanan yang mereka lakukan baik dalam
berdagang maupun berperang.4
Terdapat juga pendapat yang mengatakan peribahasa Arab ini diambil dari salah satu
bait syair daripada seorang penyair yang berbunyi,
‫ـم‬‫ل‬‫ـ‬‫ع‬ ‫ـيل‬‫ـ‬‫ص‬‫ـ‬‫ـ‬‫حت‬ ‫ـى‬‫ل‬‫إ‬ ‫ـىن‬‫ق‬‫ـ‬‫ف‬‫ـو‬‫ـ‬‫ف‬‫ـاىل‬‫ـ‬‫ع‬‫ـ‬‫م‬‫ـ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ـى‬‫ص‬‫ـ‬‫ـ‬‫ق‬‫أ‬ ‫ـى‬‫ل‬‫إ‬ ‫ـى‬‫ن‬‫ـ‬‫ـ‬‫غ‬‫ـ‬‫ل‬‫وب‬
‫اختذ‬ :‫قيل‬‫أمال‬ ‫بو‬ ‫تدرك‬ ‫مجال‬ ‫الليل‬
Syair ini menjelaskan tentang kesungguhan seseorang dalam menuntut ilmu sehingga
larut malam. Seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menggapai apa yang dicitakan
termasuk mengorbankan waktu tidurnya pada waktu malam. Bait terakhir di dalam syair
tersebut dijadikan sebagai mathal. Ini menunjukkan adat masyarakat Arab yang sudah
terbiasa dengan menggubah syair, turut dijadikan sebagai panduan untuk mencipta prosa-
prosa Arab yang lain. Contohnya, daripada syair ini juga boleh diambil untuk dijadikan
peribahasa tanpa mengubah struktur dan maksudnya bait tersebut. Terdapat juga pepatah
Inggeris yang berbunyi, “burn the midnight oil”, yang bermaksud bagai membakar pelita di
malam hari atau secara umumnya, berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga lewat
malam. Maksud bagi kedua-dua peribahasa ini hampir sama bahkan tidak jauh berbeza
dengan masayarakat Melayu. Kesungguhan amat penting dalam menuntut ilmu, oleh itu, kita
seharusnya menjadikan peribahasa ini sebagai perangsang untuk kita lebih berjaya pada masa
akan datang.
4
Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsâl ’Arabiyyah (Peribahasa Arab Mts Al-Manshuriyah).
jurnal pendidikan. m.s 247
Mathal ketiga:
‫الكنائن‬ ‫دتأل‬ ‫الرماء‬ ‫قبل‬
Peribahasa ini bermaksud sebelum memanah, isi dulu tempat anak panah.
Peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa, yang boleh kita
temui keserupaan dari segi maknanya, meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan
tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan
bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan bangsa
tertentu. Peribahasa di atas adalah merupakan salah satu contoh mathal yang memiliki
kesamaan makna dengan peribahasa Melayu iaitu “sediakan payung sebelum hujan.”
Meskipun terdapat perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut.
Namun, keduanya mengandungi persamaan dari segi maksud, iaitu, bersedia terhadap segala
sesuatu sebelum melakukan sesuatu kerja. Orang Arab menggunakan tempat anak panah dan
memanah, kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi suka berperang
pada zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut. Sedangkan dalam peribahasa Melayu
digunakan kata hujan dan payung kerana cuaca di Malaysia sering hujan.
Latar belakang sosial budaya orang Arab dahulu adalah sering mengadakan perang,
maka mereka mencipta peribahsa seperti itu. Sedangkan bangsa kita sering mengalami musim
hujan. Pengetahuan tentang konteks sosio-kultural pemilik bahasa yang dipelajari sangat
penting, karena dengan pengetahuan tersebut, kita lebih cepat memahami pengertian dari
ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan perkara khas dan khusus bagi bahasa Arab serta
mampu menggunakan ungkapan-ungkapan tersebut pada situasi dan waktu yang tepat.
Peribahasa dalam pembahasan bahasa dan sastera Arab terkenal dengan pengunaan
balaghah yang tinggi. Contohnya, di dalam amsal ini digunakan istilah isti‟arah tamtsiliyah,
iaitu memberitahu makna dengan menggambarkannya dengan sesuatu. Penggunaan ini turut
memberi kesan kepada tatabahasa Melayu, kerana gaya peribahasa bagi kedua-dua bahasa
hampir sama. Ini memudahkan lagi bangsa Melayu untuk mendalami dan memahami
peribahasa dan pada masa yang sama budaya bangsa Arab itu sendiri.
Mathal keempat:
‫أمك‬ ‫تلده‬ ‫مل‬ ‫آخ‬ ‫رب‬
Mathal keempat ini jika diterjemahkan secara harfiyyah bermaksud „betapa banyak
saudara yang tidak dilahirkan ibumu‟ tetapi maksud hakiki yang terdapat pada mathal ini
ialah „terkadang seorang saudara itu bukanlah yang lahir dari rahim ibumu‟. Mathal ini
diungkapkan oleh seorang pemuda bernama Luqman bin „Ad yang berasal dari suku Yaman
dan tinggal di Ahqaf. Ia mengungkapkan tentang seseorang yang bukan dari darah daging
kita, tetapi mempunyai hubungan yang sangat akrab dan mungkin lebih dari seorang sahabat
tetapi boleh dikatakan sebagai saudara terdekat.
Menurut buku Al- Muntaqa min Amsal Arab telah diceritakan pada suatu hari, Luqman bin
„Ad sedang berjalan dan dia merasa dahaga yang amat sangat. Lalu dia mendekati sebuah
rumah atau pondok yang berhampiran untuk berteduh. Di dalam rumah itu ada seorang
perempuan yang sedang bermain bersama seorang anak kecil. Luqman yang sangat kehausan
itu dengan penuh sopan meminta sedikit air dari tuan rumah itu. Lalutuan rumah itu bertanya,
“Adakah kamu mahu susu atau air?”. Dia membalas, “Mana- mana sahaja yang ada”. Tuan
rumah itu berkata, “Susu ada di belakang dan air ada dihadapan”, Semasa beliau mahu
menuju ke arah minuman itu, dia terdengar akan suara rengekan anak kecil tadi yang tidak
dipeduli oleh sesiapa di dalam rumah itu. Lalu Luqman pun berkata, ”Lebih baik aku berikan
sahaja air ini kepadanya, mungkin anak kecil ini lebih memerlukannya”. Wanita itu menolak
pelawaanya dan mejelaskan kepadanya bahawa air minuman itu lebih berhak ke atasnya
walaupun dalam situasi itu anaknya sedang menangis kehausan5
.
Akhirnya, Luqman bin „Ad mengucapkan kata-kata ‫أمك‬ ‫تلده‬ ‫مل‬ ‫آخ‬ ‫رب‬ dan sehingga
ke hari ini ia menjadi satu mathal.
5
https://www.qssas.com/story/13756
Penggunaan kata ‫أخ‬ dalam peribahasa ini pila merangkumi banyak makna. Ia
merujuk kepada saudara kandung atau abang dalam Masyarakat Arab. Tetapi ia menjadi
sebutan atau gelaran bagi orang lain yang dianggap memiliki hubungan yang sangat dekat
seolah-olah saudara kandungnya sendiri. Hal ini terjadi dengan lebih jelas terutama setelah
datangnya Islam dimana umat Islam disatukan dalam persaudaraan keagamaan (al-ukhuwwah
al-islamiyyah). Perluasan makna pada satu kalimah ini merupakan salah satu unsur
perkembangan bahasa yang memperkaya kebudayaan suatu bangsa.
Mathal kelima:
‫ابء‬‫ر‬‫اجل‬ ‫العنز‬ ‫قادهتم‬ ‫الغنم‬ ‫قت‬‫ر‬‫تف‬ ‫إذا‬
Mathal yang keenam ini bermaksud: Jika kambing itu bercerai-berai maka kambing
yang lebih kuat dan kotor akan menguasainya.
Merujuk kepada makna di atas, mathal ini menyentuh tentang nilai-nilai murni yang
perlu ada di dalam sebuah komuniti ataupun masyarakat setempat. Ia membicarakan bahawa
selagi mana masyarakat berpegang teguh dan bersatu, maka setiap individu di dalamnya akan
merasakan kekuatan dan kemuliaan. Sebaliknya, apabila masyarakat becerai-berai, maka
kekuatannya akan hilang dan akhirnya membawa kepada kelemahan dan kehinaan. Selain itu,
terdapat beberapa peribahasa Melayu yang selari maksudnya dengan mathal diatas, iaitu i)
bersatu kita teguh bercerai kita roboh, ii) bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Jika kita telusuri mathal dari kedua-dua negara ini, penggunaan kalimat dalam mathal
ini juga berbeza dari segi pembayang atau kinayah yang digunakan. Sebagai contoh, di dalam
mathal ini terdapat perkataan (‫الغنم‬) biri-biri. Penggunan perkataan biri-biri didalam mathal
ini adalah disebabkan cara hidup mereka. Menggembala haiwan seperti kambng, biri-biri ini
adalah salah satu pekerjaan dan cara hidup yang dilakukan oleh Masyarakat Arab sejak dari
zaman Jahiliyyah. Pekerjaan ini biasanya dilakukan oleh suku kaum Badwi; yang hidup
didalam kawasan perkampungan. Masyarakat Arab juga kebanyakannya memanfaatkan bulu
biri-biri untuk dijadikan pakaian untuk melindungi mereka daripada cuca dingin pada waktu
malam dan terik matahari pada waktu siang.
Manakala peribahasa Melayu pula, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat. Penggunaan perkataan bentung merujuk kepada sejenis buluh yang besar
dan keras. Pembentung pula bermaksud alat untuk membentung; alat untuk saluran air
mengalir6
. Bermakna, air hanya berbentuk bulat apabila mengalir melalui pembentung, begitu
juga manusia apabila mereka bersefahaman atau bulat kata mereka akan bersatu dan
bermuafakat.
Mathal keenam:
‫دأما‬‫ء‬‫ابألرمات‬ ‫يقطع‬ ‫ال‬
“ Rakit tidak akan dapat dimusnahkan oleh laut”7
.
Sinonimnya mathal Arab ini adalah berkonsepkan amalan tolong- menolong dan kesepakatan
yang mana kita dapat lihat dengan jelas bahawa masyarakat Arab dari zaman Jahiliah lagi
amat menyarankan qabilah-qabilahnya untuk menolong antara satu sama lain apabila hidup
dalam berpuak-puak demi mencapai kepentingan mereka sendiri.
Gaya bahasa yang digunakan di dalam mathal Arab ini adalah tasybih (perumpaan) atau
dalam Bahasa Melayu kita menyebut sebagai simile. Seperti di dalam mathal Arab yang
dinyatakan di atas, anggota masyarakat yang bersatu padu umpama kayu-kayu yang diikat
bersama. Maka, kayu-kayu tersebut amatlah kuat sehingga tidak mampu dimusnahkan oleh
laut. Selain daripada mathal di atas, terdapat juga mathal Arab yang lain yang menunjukkan
permuafakatan antara masyarakat dan mewujudkan hubungan yang baik iaitu ‫قوم‬ ‫يف‬ ‫كنت‬‫إذا‬
‫إانئهم‬ ‫.فاحلب‬ Mathal Arab ini membawa maksud “ Apabila kamu berada dalam satu kaum
6
https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/11/bulat-air-kerana-pembetung-bulat-manusia-kerana-
muafakat/
7
Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, Majma’ Al-Amthal, Beirut: Dar al-Makrifah. Dimuat turun dari laman
sesawang : http://islamport.com/d/3/adb/1/233/1534.html
maka minum susu sama bekas dengan mereka”8
. Secara langsung kita dapat memahami
bahawa masyarakat Arab juga amat menitikberatkan amalan permuafakatan sesama mereka
apabila wujudnya mathal ini kerana mereka sedar bahawa permuafakatan antara ahli
masyarakat adalah penting demi kesejahteraan dan kemakmuran sejagat dan juga dengan
adanya permuafakatan hasilnya amalan tolong-menolong dapat disemai dalam diri setiap
orang tanpa mengira lapisan masyarakat.
Di samping itu juga, antara sebab mengapa masyarakat Arab sendiri amat menitikberatkan
amalan saling membantu ini adalah kerana kesejahteraan dan keamanan dapat dijamin seperti
mana yang telah disebut sebelum ini. Hal ini amat penting apabila mereka mengadakan
musyawwarah (mesyuarat) dalam membincangkan sesuatu keputusan atau perkara untuk
masyarakat mereka. Setiap anggota masyarakat mengutarakan pendapat dan buah fikiran
meraka masing-masing tanpa berlaku sebarang perselisihan faham serta sekatan daripada
mana-mana pihak. Oleh itu, terbitlah dua mathal yang menggalakkan bermusyawwarah yang
berbunyi ‫م‬ ‫عن‬ ‫امروء‬ ‫ىلك‬ ‫ما‬‫شورة‬ bermaksud “Tidak akan musnah seseorang selagi ia
bermusyawwarah”9
.
Justeru itu, kita dapat tegaskan di sini bahawa penekanan sikap tolong-menolong ini bukan
sahaja diambil berat oleh masyarakat Arab sahaja, malah antara sikap positif dalam
masyarakat Melayu juga adalah amalan tolong-menolong seperti biasa diamalkan oleh
penduduk kampung dan kejiranan. Mathal Arab yang bertemakan tolong-menolong tersebut
mempunyai titik persamaan maksud dengan beberapa peribahasa Melayu yang ada menyebut
nilai ini iaitu: “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “ Ke bukit sama didaki, ke laut
sama direnangi” dan juga “ Sama lebur, sama binasa”.
Dalam melakukan sesuatu kerja itu, sifat bekerja secara muafakat amatlah dituntut. Nilai
muafakat terutamanya dalam kalangan penduduk penduduk dan masyarakat setempat
diangga[ suatu nilai yang positif. Peribahasa Melayu menyentuh nilai ini dengan adanya
peribahasa “ Bulat air oleh pembuluh, bulat kata kerana muafakat” dan “Tuah pada sekata,
berani pada seiya, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah”. Perumpamaan
8
Ibid
9
Ibid
yang menekankan perlunya perpaduan dalam masyarakat Melayu adalah seperti: “ Cubit paha
kanan, paha kiri pun merasa juga”.
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa masyarakat Arab juga amat menyarankan amalan ini
seperti mana yang digesa oleh msyarakat Melayu kita. Justeru, kita dapat lihat daripada
perbincangan ini bahawa budaya akhlak dalam masyarakat Melayu tidak jauh berbeza dengan
bangsa Arab. Dengan adanya, persamaan dalam budaya antara masyarakat Melayu dan
bangsa Arab ini dapat membantu masyarakat Melayu untuk memahami amthal Arab dengan
mudah serta memperkenalkan kepada mereka amthal Arab.
Mathal ketujuh:
‫احلباحب‬ ‫انر‬ ‫كأهنا‬
“ Ia seolah-olah api al-Hubahib”10
.
Mathal di atas adalah bertemakan satu akhlak yang sepatutnya diambil perhatian oleh semua
pihak ataupun individu iaitu menjauhi sifat kedekut. Orang Arab menyeru masyarakatnya
supaya menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Oleh itu, telah wujudnya mathal dia atas yang
mana al-Hubahib itu adalah bermaksud seorang lelaki bakhil yang hidup pada zaman
Jahiliah. Bukti yang menunjukkan sifat kedekutnya ialah apabila suatu hari, telah datang
kepadanya seorang lelaki meminta api daripada unggun api yang dinyalakan oleh al-
Hubahib. Akan tetapi, disebabkan sifat bakhil dan kedekutnya yang melampau, beliau telah
memadamkan api tersebut dengan tujuan tidak ingin berkongsi dan memberikan api kepada
lelaki itu11
. Maka telah diciptakan satu mathal Arab yang bertemakan kedekut dengan orang
Arab mengiaskan nama Al-Hubahib kepada mereka yang memunyai sifat mazmumah ini.
10
Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, Tinta Artikulasi
Membina Ummah, 1(2), Hal. 122.
11
Ibid
Terdapat juga mathal lain yang menunjukkan kepada sifat kedekut iaitu ‫يندي‬ ‫ما‬ ‫عنده‬ ‫ما‬
‫الرضفة‬ yang diterjemahkan dengan “ Tiada kebaikan apa-apa dibuat oleh batu”12
. Al-Radfah
ialah batu yang dilemparkan ke dalam periuk masakan yang tidak mendatangkan sebarang
faedah pun. Ia seumpama orang bakhil yang tidak mengeluarkan apa-apa pun dari miliknya.
Selain itu, methal yang berbunyi ‫السلمة‬ ‫عصب‬ ‫عصبو‬ yang bermaksud “ Hubungannya
hubungan akasia (pokok)”13
, iaitu kiasan orang yang kedekut untuk mengeluarkan hartanya
dan melakukannya dalam keadaan benci. Gambaran orang yang kedekut juga terdapat dalam
mathal ‫الضنني‬ ‫من‬ ‫اخلمر‬ ‫ج‬‫ختر‬ ‫قد‬ iaitu menurut al-Madaniy ianya bermaksud “Telah
mengeluarkan arak dariada orang-orang yang kedekut”14
. Menurutnya, mathal tersebut
adalah kiasan kepada sikap orang yang bakhil ketika mendermakan sesuatu benda miliknya
semasa zaman Jahiliah. Disebabkan itulah, mereka menggunakan arak sebagai salah satu
metode melambangkan sesuatu yang berharga kerana pada zaman tersebut arak merupakan
benda yang paling sinonim dengan kehidupan mereka yang jahil.
Dalam pada itu, orang Melayu juga turut membincangkan tentang sikap kedekut dan bakhil
ini sehingga terciptanya beberapa peribahasa mengenainya. Orang Melayu menyamakan
orang yang kedekut dengan kikir besi sebagaimana peribahasa “ Macam kikir besi” yang
menunjukkan orang kaya yang kedekut. Sifat pemurah dan dermawan dalam berkongsi serta
mengagihkan rezeki yang diperoleh meruakan suatu nilai yang disanjung tinggi yang dirakam
oleh peribahasa Melayu. Antaranya ialah “ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah” dan peribahasa “Besar kayu besar dahannya”. Sifat menjauhi kedekut dan bakhil ini
juga ade disebut di dalam al-Quran. Allah S.W.T telah berfirman di dalam kitab suciNya:
12
Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, passim.
13
Ibid
14
Ibid
ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُّ‫ب‬ُِ‫ُي‬ َ‫ه‬‫اَّلل‬ ‫ه‬‫ن‬ِ‫إ‬ ۛ ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬ِ‫س‬ْ‫َح‬‫أ‬َ‫و‬ ۛ ِ‫ة‬َ‫ك‬ُ‫ل‬ْ‫هه‬‫ـ‬‫ت‬‫ال‬ َ‫ىل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ي‬ِ‫د‬ْ‫َي‬ِ‫ِب‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬ْ‫ل‬ُ‫ـ‬‫ت‬ َ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ه‬‫اَّلل‬ ِ‫يل‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ِ‫يف‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬ِ‫َنف‬‫أ‬َ‫﴿و‬﴾َ‫ني‬ِ‫ن‬ِ‫س‬ْ‫ْح‬
Surah al-Baqarah: 195
Maksudnya: dan belanjalah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah,
dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) dan perbuatan
kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya.
Oleh itu dalam hal ini kita dapat lihat bahawasanya mathal Arab dan peribahasa terdapat
sedikit persamaan di sini iaitu kedua-duanya menggunakan huruf tashbih dalam
menggambarkan sikap kedekut. Contohnya mathal Arab menggunakan huruf “kaf” sebagai
penegasan dalam perumpamaannya manakala peribahasa Melayu menggunakan perkataan
“seperti” di dalam konteks pembikinan perumpamaan itu. Penggunaan ini turut memberi
kesan kepada tatabahasa Melayu, kerana gaya peribahasa bagi kedua-dua bahasa hampir
sama. Ini memudahkan lagi bangsa Melayu untuk mendalami dan memahami peribahasa dan
pada masa yang sama gaya bahasa yang digunakan oleh bangsa Arab itu sendiri.
Mathal kelapan:
‫القول‬ ‫على‬ ‫الندم‬ ‫من‬ ‫خري‬ ‫السكوت‬ ‫على‬ ‫الندم‬
“Menyesal kerana diam lebih baik daripada menyesal kerana bercakap”
Amthal ini bertemakan akhlak percakapan bersimbolkan natijah iaitu perasaan penyesalan.
Menurut Nik Radhiah Nik Ali dalam artikelnya, beliau menyifatkan amthal ini sebagai
“teguran untuk kurangkan bercakap”15
. Nilai yang terdapat dalam amthal ini ialah percakapan
yang cermat serta sesuai dengan keadaan semasa, di mana intipatinya merupakan cabang
daripada hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda bersabda:
15
Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, Tinta Artikulasi
Membina Ummah, 1(2), Hal. 122.
ِ‫اب‬ ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ـ‬‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ :َ‫ال‬َ‫ق‬ َ‫م‬‫ه‬‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ ‫ى‬‫ه‬‫ل‬َ‫ص‬ ِ‫هللا‬ َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ ‫ه‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫و‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ َ‫ي‬ِ‫ض‬َ‫ر‬ َ‫ة‬َ‫ر‬ْ‫ـ‬‫ي‬َ‫ر‬ُ‫ى‬ ِ‫َِب‬‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫"ع‬ِ‫م‬ْ‫و‬َ‫ـ‬‫ي‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ِ‫هلل‬
... ، ْ‫ت‬ُ‫م‬ْ‫ص‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫ًو‬‫أ‬ ً‫ا‬ ْ‫ري‬َ‫خ‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬َ‫ـ‬‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ـ‬‫ف‬ ِ‫ر‬ِ‫اآلخ‬
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam
bersabda: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik
atau diam, …”16
Ibn Hajar Al-Haithami memberi ulasan mengenai hadis ini dengan berkata: “Hadis ini ialah
antara hadis teragung kerana ia menceritakan tentang garis panduan lisan di mana ia lebih
berkesan daripada perbuatan”17
.
Amthal ini juga mempunyai titik persamaan dengan kata-kata hikmah Bahasa Melayu yang
berbunyi “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Ungkapan ini
memberikan cerminan bahawa masyarakat Melayu merupakan golongan yang “mempunyai
tatacara pernyataan yang dapat dijadikan ukuran ketinggian nilai masyarakat”18
. Ia juga
berkongsi makna dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”.
Di sini, kita dapat melihat bahawa sikap berhati-hati dalam percakapan amatlah dianjurkan
oleh masyarakat Arab, ia juga diraikan oleh agama Islam serta masyarakat Melayu. Nilai
murni seperti ini sebenarnya bersifat holistik maka secara tidak langsung ia mudah diterima
oleh masyarakat umum. Sikap ini menjadi indikasi keluhuran peribadi seseorang serta ia
mampu menjadi asbab kebaikan datang. Percakapan yang tidak beretika serta boleh
mengguriskan perasaan hanya akan mendatangkan kebinasaan pada empunya diri, maka
bermulalah penyesalan dek kata-kata yang mana ia lebih berat untuk ditanggung.
16
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
17
Saad Al-Rashidi, A. A. (2016, Februari 6). )‫النووية‬ ‫(األربعون‬ ‫ليصمت‬ ‫أو‬ ‫خيرا‬ ‫فليقل‬ ‫اآلخر‬ ‫واليوم‬ ‫باهلل‬ ‫يؤمن‬ ‫كان‬ ‫من‬ :‫حديث‬ ‫شرح‬,
Dimuat turun daripada http://www.alukah.net/sharia/0/98514/#_ftn3
18
Sujud, A. & Salleh, C. I. & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2007), “Bahasa Verbal dan Non-Verbal sebagai
Cerminan Masyarakat dalam Novel-Novel Melayu”, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, Hal. 2.
Mathal kesembilan:
‫من‬ ‫أكرم‬‫حامت‬
Amthal ini merujuk kepada seorang dermawan yang terkenal pada abad ke-5, Hatim at-Taie
atau nama sebenarnya Hatim Bin Abdallah Bin Saad At-Taie. Beliau juga merupakan penyair
yang terkenal di kalangan orang Arab dan berasal daripada kabilah Taie, Arabiya.19
Kedermawanan beliau merupakan fenomena yang masyhur sehinggakan kisah-kisah beliau
diceritakan secara turun-temurun daripada generasi terdahulu sehingga generasi kemudian.
Amthal ini secara literalnya bermaksud “Lebih mulia daripada Hatim” dan secara figuratif ia
bermaksud “Lebih pemurah daripada Hatim”. Kisah-kisah tentang beliau telah dicatatkan
dalam “Arabian Nights” iaitu sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan
yang merupakan koleksi hikayat yang dipercaya berasal daripada hikayat-hikayat Parsi, Arab
dan India.20
Antara kisah masyhur yang diceritakan oleh orang Arab ialah semasa beliau menyantuni
orang-orang musafir dengan makanan yang mewah. Makanan tersebut merupakan unta-unta
yang beliau mengembala juga merupakan kepunyaan atuknya, akan tetapi beliau tidak
kedekut untuk memberinya.
Amthal ini menekankan sifat pemurah dalam diri manusia. Sifat tersebut bukan sahaja
dianjurkan oleh umat Islam, bahkan akhlak terpuji ini disambut baik serta digalakkan oleh
keseluruhan umat manusia. Seorang ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir pernah
berkata: “Aku berpendapat inilah kedermawanan sebenar: Kau berikan segalanya tetapi ia
tidak merugikan”.
Masyarakat Melayu tidak kurang juga dalam menggalakkan sifat pemurah ini. Hal ini dapat
dilihat melalui pepatah “tidak usak kerbau oleh sembelih”. Peribahasa ini bermaksud tidak
akan menjadi miskin bagi orang kaya yang menderma.
Terdapat pelbagai nas-nas al-Quran serta hadis nabawi yang menekankan perbuatan sedekah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
19
Dimuat turun daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Hatim_al-Tai
20
Dimuat turun daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seribu_Satu_Malam
"‫النار‬ ‫ادلاء‬ ‫يطفئ‬ ‫كما‬‫اخلطيئة‬ ‫تطفئ‬ ‫الصدقة‬‫و‬"
Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api. (HR. At-Tirmidzi)
Daripada hadis ini, kita dapat merumuskan bahawa sifat pemurah yang dipamerkan melalui
sedekah amatlah dititikberatkan dalam Islam. Tidak hairanlah jikalau masyarakat Melayu
mempunyai persamaan dengan masyarakat Arab, kerana nilai-nilai yang dibawa agama Islam
menjadi titik persamaan antara mereka.
Mathal kesepuluh:
‫فهن‬ ‫أخوك‬ ‫عز‬ ‫إذا‬
“Jika saudaramu bersikap keras, hendaklah kamu bersikap lembut”
Mathal ini mengupas tentang sifat toleransi dan pergaulan yang baik antara sesama
manusia. Jika diperhatikan makna mathal ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa ia
bererti: “Jika saudaramu memaksa, hendaklah kamu mengalah” 21
.
Terdapat beberapa riwayat menyatakan bahawa kalimah ‫فهن‬dibaca dengan dhommah
()‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ـ‬‫ف‬ dan dalam riwayat yang lain juga menyatakan ianya dibaca dengan kasrah ()‫ن‬ِ‫ه‬َ‫ف‬ .
Menurut sejarah, mathal ini telah diungkapkan oleh Hudzail ibn Hubairah al-Taglibi;
seorang pemerintah dan ketua yang adil dan saksama. Beliau telah menyebut ungkapan ini
ketika sedang menyelesaikan isu rompakan dan pencerobohan yang dilakukan oleh Bani
Dhubbah. Di dalam menyelesaikan isu itu, beliau telah memilih untuk menggunakan
pendekatan yang sangat berhikmah dan bijak. Pada akhir penyiasatan rompakan itu, beliau
telah menyebut ungkapan ‫فهن‬ ‫أخوك‬ ‫عز‬ ‫.إذا‬
21
http://irwinmumtaz.blogspot.com/2015/06/macam-macam-amtsal-padanannya-dalam.html
Jika diperhatikan, mathal tersebut memiliki persamaan maksud dengan peribahasa
Melayu iaitu: “Muka berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga” iaitu
kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kepada orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak
dihiraukan. Elemen kasih sayang dan tolak ansur ini jelas ditunjukkan dalam peribahasa
Melayu dan mathal Arab. Ia mengajak semua insan untuk sentiasa berbaik sesama mereka
dan melupakan sengketa lama yang pernah terjadi.
Dalam mathal ini juga terdapat pengaruh sistem sosial yang menjadi lambang budaya
masyarakat Arab. Sistem sosial yang berlaku di dalam satu kelompok masyarakat akan
memberi kesan dan pengaruh terhadap gaya bahasa yang digunakan. Berdasarkan mathal di
atas, ia menggunakan kata ganti diri pertama dalam bentuk tunggal dalam pembicaraan yang
menunjukkan kesamarataan individu. Lebih jelas lagi, ia menunjukkan toleransi antara satu
pihak dengan pihak yang lain.
PENUTUP
Kesimpulannya, kepentingan pada amthal itu sendiri di mana amthal dalam banyak keadaan
adalah gambaran yang tepat dan benar terhadap keadaan dan fenomena sesuatu bangsa dan
sesuatu umat. Amthal mengandungi intipati bagi segala apa yang berkaitan dengan aspek
kehidupan yang kita dapati adanya berbagai lagi perubahan yang menggambarkan perubahan
masyarakat tidak kira samada ke arah kebaikan mahupun keburukan. Hal ini kerana amthal
juga memberikan gambaran tentang yang individu-individu dalam sesuatu masyarakat
tersebut dengan menggunakan berbagai metode dan cara. Jadi melalui kajian ini kita dapat
didedahkan dan dijadikan pengajaran serta secara tidak langsung dapat memperkenalkan
amthal Arab kepada masyarakat Melayu khususnya. Antaranya seperti mana kita dapat lihat
dengan jelas bahawa masyarakat Arab menggunakan amthal sebagai salah satu medium
untuk menyeru ke arah pembentukan akhlak mulia seperti kesungguhan dalam menuntut
ilmu, menjaga percakapan dan lisan apabila bertutur, berbuat baik kepada orang lain dengan
menghargai mereka, saling membantu dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Umum mengetahui bahawa akhlak memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan insan yang baik dan beramanah serta menghindarkan insan yang
jahat dan khianat. Oleh kerana itu akhlak yang mulia adalah faktor terkuat untuk menyokong
pembangunan rohani manusia.
RUJUKAN
Buku:
 Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, Majma’ Al-Amthal, Beirut: Dar al-
Makrifah.
 Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan
Pembelajaran”, Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(2).
 Sujud, A. & Salleh, C. I. & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2007), “Bahasa Verbal
dan Non-Verbal sebagai Cerminan Masyarakat dalam Novel-Novel Melayu”,
Jurnal Pengajian Melayu.
 Al-Kharasyi, Sulaiman bin Soleh, 2007. Al-Muntaqa min Amthal Arab wa
Qasasihim, Riyadh: Dar-Qasim.
Jurnal:
 Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsal ’Arabiyyah (Peribahasa
Arab Mts Al-Manshuriyah), Jurnal Pendidikan
 Muflihah, t.t. Peribahasa Di Dalam Bahasa Arab (Studi Komparasi Peribahasa
Arab dengan Peribahasa Indonesia), jurnal pendidikan
Laman web:
 https://www.qssas.com/story/13756 , t.t, (dilayari pada 27/4/2018)
 https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/11/bulat-air-kerana-pembetung-bulat-
manusia-kerana-muafakat/, t.t, (dilayari pada 27/4/2018)
 http://peribahasa-spm.blogspot.com/2012/02/peribahasa-dewan-m.html, 2012
(dilayari pada 5/6/2018)
 http://lojainiat.net/c-51093/, t.t, (dilayari pada 5/6/2018)
 http://irwinmumtaz.blogspot.com/2015/06/macam-macam-amtsal-padanannya-
dalam.html, 2015 (dilayari pada 4/6/2018)
 https://en.wikipedia.org/wiki/Hatim_al-Tai (dilayari pada 2 Jun 2018)
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seribu_Satu_Malam (dilayari pada 2 Jun
2018)
 PDF: http://www.academia.edu/11153848/Tarikh_Adab_Wa_An_Nushush, 2014
(dilayari pada 27/4/2018)
 PDF: http://islamport.com/d/3/adb/1/233/1534.html (dilayari pada 27 Mei 2018)
 PDF: http://www.alukah.net/sharia/0/98514/#_ftn3 (dilayari pada 2 Jun 2018)

More Related Content

What's hot

HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
Farra Shahirra
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathir
Amirul Afif
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
fathizul93
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
IZZATIZULKEFLI1
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
Khairunnisa Ishak
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Noor Aziah Mamat
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Noor Aziah Mamat
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Norafsah Awang Kati
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
IM UMAZ
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Syaza Mohd Sabri
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Ezad Azraai Jamsari
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahikaasanii
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitabSam Pasir Panjang
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
noor izati
 
1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati
effar76
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
jimoh370
 

What's hot (20)

HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathir
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Qiraat
QiraatQiraat
Qiraat
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
Tugasan tarannum al quran hbqe3103 januari 2014 (jinang binti Setan)
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitab
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 

Similar to Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU

SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
Mira Sandrana
 
Nimas met pen sastra
Nimas met pen sastraNimas met pen sastra
Nimas met pen sastra
Nimas Lestari
 
Sastera
SasteraSastera
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasikBMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
Trif Fauzi Yazid
 
Ilmu badi'
Ilmu badi'Ilmu badi'
Ilmu badi'
iwan Alit
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
Mira Sandrana
 
Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890
Jayasree Murugiah
 
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arabIlmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
Muhammad Idris
 
sej bab 8
 sej bab 8 sej bab 8
sej bab 8
izzah izzi
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat keratsariyatom
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
DeasyHidayati
 
Sastra islam melayu
Sastra islam melayuSastra islam melayu
Sastra islam melayu
Hikmah Siti Nazwah
 
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
Fitra najham
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
Mira Sandrana
 
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiKhalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Ezad Azraai Jamsari
 
Makalah iran
Makalah iranMakalah iran
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
MandiriTour
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwan
TENGKUFARHANA98
 

Similar to Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU (20)

SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
 
Nimas met pen sastra
Nimas met pen sastraNimas met pen sastra
Nimas met pen sastra
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasikBMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
BMM3123:Kajian teks bahasa melayu klasik
 
Ilmu badi'
Ilmu badi'Ilmu badi'
Ilmu badi'
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab4
 
Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890
 
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arabIlmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
Ilmu balagoh sebagai cabang ilmu bhs arab
 
sej bab 8
 sej bab 8 sej bab 8
sej bab 8
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
 
Sastra islam melayu
Sastra islam melayuSastra islam melayu
Sastra islam melayu
 
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
9. sejarah perkembangan_kesusastraan_arab_klasik_dan_modern-fadlil
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiKhalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Khalil ibn Ahmad al-Farahidi: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
 
Makalah iran
Makalah iranMakalah iran
Makalah iran
 
Sajak Mahsuri
Sajak MahsuriSajak Mahsuri
Sajak Mahsuri
 
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwan
 

Recently uploaded

tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 

Recently uploaded (20)

tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 

Arab 4517- AMTHAL ARAB & PERIBAHASA MELAYU

  • 1. ARAB 4517: READINGS IN CLASSICAL PROSE TITIK PERSAMAAN ANTARA PERIBAHASA ARAB DAN PERIBAHASA MELAYU Nama penulis : 1) Siti Hajar binti Shariffudin (1620176) 2) Nurul Hanna binti Badrul Hisham (1623754) 3) Anis Ayumi binti Hanafi (1629104) 4) Nadia Haryati binti Mohd Khalid (1626560) Seksyen : 2 Nama pensyarah : Profesor Dr.Rahmah binti Ahmad H.Osman
  • 2. TITIK PERSAMAAN ANTARA PERIBAHASA ARAB DAN PERIBAHASA MELAYU SITI HAJAR BINTI SHARIFFUDIN NURUL HANNA BINTI BADRUL HISHAM ANIS AYUMI BINTI HANAFI NADIA HARYATI BINTI MOHD KHALID ABSTRAK Menelani arus zaman yang terlalu dihidangkan kemewahan dan teknologi, karya sastera yang pernah menjadi panduan dan teladan bangsa bagai disisihkan dan dipinggirkan masyarakat generasi digital ini. Kebanyakan daripada mereka seakan-akan lupa tentang sastera Melayu yang pernah menjadi kebanggan para sasterawan terdahulu. Jika dikaji secara mendalam, gaya sastera dalam masyarakat Melayu seakan-akan atau hampir sama dengan gaya sastera orang Arab terdahulu. Masyarakat ambil endah atau tidak endah sahaja tentang perkara ini. Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang terawal wujud di muka bumi ini. Kebanyakan persamaan yang terdapat dalam sastera Arab dalam sastera Melayu terutamanya peribahasa dapat memperkenalkan kepada bangsa Melayu tentang budaya orang Arab. Oleh itu, artikel ini ditulis untuk mengembalikan semangat dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan akhlak menerusi peribahasa Arab dan pada masa yang sama dapat memperkenalkan budaya masyarakat masing-masing. Di dalam ini akan membahaskan tentang makna amthal ( (‫أمثال‬ , ciri-cirinya, objektif ditulis artikel ini beserta sepuluh contoh peribahasa Arab yang masyhur di bawah tema akhlak dari zaman ke zaman yang berkait rapat dengan budaya masyrakat Melayu. Kata kunci: mathal, peribahasa, budaya, akhlak
  • 3. PENDAHULUAN Bahasa dan budaya adalah dua bentuk hasil pemikiran manusia. Banyak ahli yang mengemukakan teorinya mengenai kaitan antara bahasa dan budaya, salah satunya Willem von Humboldt seorang filosof Jerman. Menurutnya “language by its very nature represents the spirit and national character of a people (bahasa adalah repesentasi/perwujudan semangat alami dan karakter nasional masyarakat)” Humboldt yakin setiap bahasa di dunia pasti merupakan perwujudan budaya dari masyarakat penuturnya. Jadi, pandangan yang dimiliki oleh suatu masyarakat bahasa tertentu akan tercermin melalui bahasanya. Dan ternyata pendapat Humboldt juga didukung oleh para ahli Bahasa yang ternama seperti Edward Sapir (1929) dan Alfred Korzybski (1933). Bahasa merupakan produk budaya. Bahasa adalah wadah dan refleksi kebudayaan masyarakat pemiliknya. Berbagai pendapat para ahli mengenai hubungan antara bahasa dan kebudayaan membuat tema ini menarik untuk dikaji lebih lanjut. Sehingga pada akhirnya dapat melahirkan teori-teori baru mengenai hubungan keduanya. Oleh itu, walaupun Bahasa Melayu dan Bahasa Arab merupakan bahasa yang berbeza, akan tetapi terdapat beberapa ciri budaya masyarakat antara keduanya yang memiliki beberapa persamaan. Disebabkan itu, sudah pasti terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua bangsa ini. Hal ini akan memudahkan masyarakat Melayu untuk memahami peribahasa Arab walaupun di dalam bahasa yang berbeza.
  • 4. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: I. Pengkaji ingin memperkenalkan masyarakat Melayu kepada amthal Bahasa Arab II. Pengkaji ingin menunjukkan titik persamaan yang terdapat antara peribahasa Melayu dan amthal Bahasa Arab III. Pengkaji ingin nilai-nilai murni yang diperincikan dalam artikel ini dapat dihayati oleh pembaca IV. Pengkaji ingin menggalakkan pembaca untuk menerokai dan menghargai sejarah di sebalik amthal Bahasa Arab yang ditulis TAKRIF AMTHAL Berdasar pada pendapat Abdul Kuddus Abu Sholih dalam bukunya “an-Nushush al- Adabiyyah” bahwa peribahasa Arab adalah perkataan orang Arab yang ringkas, padat, juga memiliki pengaruh pada jiwa seseorang yang membaca atau mendengarnya. Matsal juga tidak pernah lepas dari kronologi penciptaannya. Dari pendapat ini kiranya dapat diketahui bahwasannya terdapat perbedaan mendasar antara peribahasa di dalam bahasa Arab dan peribahasa Indonesia iaitu terletak pada peribahasa Arab lahir dengan dilatarbelakangi penciptaannya, sementara peribahasa Indonesia tidak pernah diketahui latar belakang kemunculannya. Kata amthal merupakan bentuk jamak dari kata mathal (perumpamaan) atau mitsil (serupa) atau matsil, sama halnya dengan kata syabah atau syabih. Di dalam ilmu balaghah, pembahasan yang sama ini lebih dikenal dengan istilah tasbyih, bukan amthal.
  • 5. CIRI-CIRI AMTHAL Antara ciri-ciri peribahasa Arab adalah seperti berikut: a. Unsur kinayah )‫(كناية‬ sangat kuat b. Mengandung kata-kata bijak dan peringatan c. Lafaznya ringkas, ketepatan makna, perumpamaan yang baik d. Mathal merupakan cahaya ungkapan yang menggunakan gaya Bahasa seperti: al-Bayân dan al-Muhassinât al-Badî’iyyah yang berbentuk saja’, thibâq dan jinâs. e. Muncul berdasarkan kisah dan peristiwa tertentu f. Memiliki kelebihan berupa ucapan yang popular, tujuan yang diinginkan jelas dan perumpamaannya tepat bagi kehidupan dan tabiat masyarakat. g. Amthal menghasilkan ucapan sihir, indah, dan mengandung unsur balaghah. Mempunyai dua bentuk iaitu: prosa dan syair atau puisi, namun peribahasa dalam bentuk prosa lebih banyak.1 1 Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsal ‟Arabiyyah (Peribahasa Arab Mts Al-Manshuriyah). jurnal pendidikan. m.s 241
  • 6. CONTOH-CONTOH AMTHAL ARAB DAN UNSUR-UNSUR PERSAMAANNYA DENGAN PERIBAHASA MELAYU Mathal pertama: ‫ار‬َ‫م‬ْ‫ن‬ِ‫س‬ َ‫اء‬َ‫ز‬َ‫ج‬ ُ‫اه‬َ‫ز‬َ‫ج‬ Peribahasa Arab ini jika diterjemahkan secara harfiyahnya bermaksud, dia dibalas sama seperti dibalasnya Sinmar2 dapat atau dalam erti kata lain bermaksud kebaikan yang dilakukan akan tetapi dibalas dengan kejahatan. Peribahasa ini pada asalnya dicipta dari sebuah cerita yang cukup terkenal pada zaman Arab terdahulu. Terdapat pelbagai versi cerita ini didengari sehingga hari ini. Ini merupakan salah satu versi yang kebanyakannya digunakan oleh ahli bahasa. Sinimmar adalah seorang jurubina handal, dia diminta untuk membina satu istana milik seorang raja yang mana Istana itu hendaklah menjadi satu-satunya istana yang paling unik dan tidak pernah ada satupun yang seumpamanya. Setelah beberapa ketika, istana itupun siap. Dia diminta oleh raja untuk membawa baginda melihat keseluruhan hasil kerjanya itu. Apabila berada di tingkat paling atas, raja bertanya kepadanya, "adakah kamu yakin tidak akan ada lagi orang yang mampu membina umpama binaanmu ini?". Jawab Sinimmar, "Tentu sekali!". Mendengar jawapan itu, raja memerintahkan dua pengawalnya agar membunuh Sinimmar yang malang ini. Sinimmar yang terkejut langsung bertanya, "Apa kesalahanku hingga kematian menjadi upah kepada hasil kerjaku?". Raja menjawab, "Tiada apa, cuma apa yang aku mahu dari kematianmu adalah rahsia bagaimana kamu membina istana seindah dan seunik ini terkubur bersama-sama kamu dan bangunan ini kekal menjadi binaan yang paling indah dan unik". Sejak dari kejadian itu, sesiapa yang membantu dan menolong seseorang dan dibalas dengan keburukan, maka ungkapan "Dia diupah dengan upah Sinimmar" akan dikatakan kepada mereka. 2 Sinmar di sini merupakan nama seorang pemuda Iraq pada zaman dulu, dan merupakan seorang jurutera yang mahir. Dia telah membina sebuah istana kepada Raja Nu'man yang mana istana tersebut lebih megah daripada mana-mana istana lain.
  • 7. Dalam kajian seorang mahasiswa di Indonesia, menggunakan cerita dari versi yang lain. Peribahasa ini tercipta dari sebuah kisah akan adanya seorang arsitek terkenal dan canggih. Ia adalah salah seorang bangsawan Persi. Arsitek handal ini menghabiskan waktu dua puluh tahun untuk membangunnya. Pada suatu hari, yaitu bertepatan dengan hari peresmian dari pada istana tersebut, datanglah Sinimmar ke istana untuk meminta imbalan atas apa yang dikerjakannya. Namun, tanpa diduga Sinimmar dilemparkan oleh Nukman dari atas istana. Pembunuhan ini dilakukan karena ia khawatir apabila Sinimmar tetap hidup, ia akan membangun istana yang sama megahnya dengan istana yang dimilikinya. Peribahasa di atas dapat diterjemahkan dengan “balasannya seperti balasan terhadap Sinimmar. Peribahasa ini ditujukan kepada siapa saja yang telah berbuat kebaikan, akan tetapi dibalas dengan kejelekan.3 Terdapat juga jalan cerita yang lain tentang kisah wujudnya mathal Arab yang masyhur ini. Bermula setelah dia selesai membinanya, dia memberitahu baginda bahawa ada satu batu yang menjadi titik asas istana itu. Andai batu itu digerakkan, pasti hancurlah seluruh istana. Selepas mendengar hal ini, baginda terus membawanya ke tingkat paling atas dan melemparnya ke bawah lalu meninggal. Oleh sebab ini, peribahasa ini tercipta. Sudah berbuat baik dengan membina istana terbaik, tapi dijatuhkan hukuman mati. Hal ini kita dapat melihat masyarakat Arab menjadikan kesusateraan bahasa sebahagian dari hidup mereka. Setiap apa yang dilakukan pasti ada kaitan dengan prosa Arab. Begitu juga dengan peribahasa Arab ini. Ia dicipta dari kisah-kisah teladan yang direka dan ditulis oleh ahli bahasa mereka sendiri. Jika dipadankan dengan peribahasa Melayu, terdapat juga peribahasa yang mempuyai makna yang hampir serupa dengan mathal ini iaitu "Bagai melepaskan anjing yang tersepit." Ini merupakan satu peribahasa yang diketahui umum dalam kalangan kita. Perbuatan baik yang kita berikan, malangnya dibalas dengan kejahatan. Perbuatan ini tidak sepatutnya diikuti dan seharusnya dijadikan sebagai teladan agar kita lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Kita dapat lihat daripada ini budaya akhlak dalam masyarakat Melayu tidak jauh berbeza dengan bangsa Arab. Ini boleh memudahkan masyarakat Melayu untuk memahami mathal Arab kerana persamaan dalam budaya antara mereka. 3 Muflihah, t.t. Peribahasa Di Dalam Bahasa Arab (Studi Komparasi Peribahasa Arab dengan Peribahasa Indonesia), jurnal pendidikan, m.s 13
  • 8. Mathal kedua: ‫أمال‬ ‫بو‬ ‫تدرك‬ ‫مجال‬ ‫الليل‬ ‫اختذ‬ Peribahasa Arab yang seterusnya bermaksud jadikanlah malam sebagai unta tunggangan buat kau dapat, yang kau citakan. Mathal ini diumpamakan bagi orang yang melakukan kegiatan di malam hari seperti membaca, solat, dan lain-lain dimana malam diibaratkan seperti unta yang ditunggangi untuk menghabiskan malam untuk mendapat sesuatu yang diinginkan. Penggunaan kata ّ‫الليل‬ menurut penulis dipengaruhi oleh faktor geografi masyarakat Arab. Di negara-negara Arab terdapat dua musim, musim panas dan dingin. Pada musim panas, rentang waktu siang lebih lama, sementara waktu malam lebih pendek. Sedangkan pada musim dingin waktu malam lebih lama daripada waktu siang, sekitar 17 jam. Pada musim dingin inilah masyarakat Arab melewati waktu malam lebih lama sehingga mereka memiliki ungkapan khusus yang hanya digunakan pada musim dingin ini iaitu ‫الليل‬ yang maksudnya adalah malam yang panjang. Selain hal di atas, terdapat juga tradisi masyarakat Arab yang dipengaruhi oleh kedudukan geografi mereka dengan sering memandang langit di luar rumah atau di udara terbuka. Langit saat itu sangat terang, bercahaya, dan terlihat sangat indah kerana dipenuhi oleh bintang-bintang. Pemandangan seperti ini amat mereka sukai, oleh sebab itu mereka mengungkapkan isi hatinya, baik dengan syair mahupun dengan amthal. Kebiasaan mereka ini disebut dengan ‫حفلة‬ ‫السمر‬ iaitu tradisi duduk bersama di malam hari yang dilakukan di luar rumah atau di kemah. Pengaruh adat istiadat bangsa Arab yang sangat menyukai syair sebagai keistimewaan mereka dari bangsa lain di dunia ini juga tergambar dalam mathal. Mereka menyukai syair ghazl atau syair tentang percintaan yang melukiskan kecantikan seorang wanita dan rasa cinta seorang pemuda kepadanya. Saat menjelang tidur mereka mengungkapkan rasa cinta tersebut dalam bentuk syair ghazl ini sambil membayangkan wajah wanita yang dicintainya.
  • 9. Kalimat ini berupa kalimat verba, meskipun subjeknya tidak dapat kita lihat dengan jelas. Dalam kata kerja ‫اختذ‬ subjeknya terdapat di dalam kata kerja tersebut yang menunjukkan pada seorang lelaki yang tersembunyi (dhamir mustatir). Penggunaan kata ‫مجل‬ dalam ayat ini tidak diragukan lagi merupakan pengaruh kedudukan geografi bangsa Arab yang hidup di kawasabn padang pasir. Haiwan ini sangat istimewa bagi mereka kerana sering sekali digunakan dalam menempuh perjalanan yang mereka lakukan baik dalam berdagang maupun berperang.4 Terdapat juga pendapat yang mengatakan peribahasa Arab ini diambil dari salah satu bait syair daripada seorang penyair yang berbunyi, ‫ـم‬‫ل‬‫ـ‬‫ع‬ ‫ـيل‬‫ـ‬‫ص‬‫ـ‬‫ـ‬‫حت‬ ‫ـى‬‫ل‬‫إ‬ ‫ـىن‬‫ق‬‫ـ‬‫ف‬‫ـو‬‫ـ‬‫ف‬‫ـاىل‬‫ـ‬‫ع‬‫ـ‬‫م‬‫ـ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ـى‬‫ص‬‫ـ‬‫ـ‬‫ق‬‫أ‬ ‫ـى‬‫ل‬‫إ‬ ‫ـى‬‫ن‬‫ـ‬‫ـ‬‫غ‬‫ـ‬‫ل‬‫وب‬ ‫اختذ‬ :‫قيل‬‫أمال‬ ‫بو‬ ‫تدرك‬ ‫مجال‬ ‫الليل‬ Syair ini menjelaskan tentang kesungguhan seseorang dalam menuntut ilmu sehingga larut malam. Seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menggapai apa yang dicitakan termasuk mengorbankan waktu tidurnya pada waktu malam. Bait terakhir di dalam syair tersebut dijadikan sebagai mathal. Ini menunjukkan adat masyarakat Arab yang sudah terbiasa dengan menggubah syair, turut dijadikan sebagai panduan untuk mencipta prosa- prosa Arab yang lain. Contohnya, daripada syair ini juga boleh diambil untuk dijadikan peribahasa tanpa mengubah struktur dan maksudnya bait tersebut. Terdapat juga pepatah Inggeris yang berbunyi, “burn the midnight oil”, yang bermaksud bagai membakar pelita di malam hari atau secara umumnya, berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga lewat malam. Maksud bagi kedua-dua peribahasa ini hampir sama bahkan tidak jauh berbeza dengan masayarakat Melayu. Kesungguhan amat penting dalam menuntut ilmu, oleh itu, kita seharusnya menjadikan peribahasa ini sebagai perangsang untuk kita lebih berjaya pada masa akan datang. 4 Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsâl ’Arabiyyah (Peribahasa Arab Mts Al-Manshuriyah). jurnal pendidikan. m.s 247
  • 10. Mathal ketiga: ‫الكنائن‬ ‫دتأل‬ ‫الرماء‬ ‫قبل‬ Peribahasa ini bermaksud sebelum memanah, isi dulu tempat anak panah. Peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa, yang boleh kita temui keserupaan dari segi maknanya, meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan bangsa tertentu. Peribahasa di atas adalah merupakan salah satu contoh mathal yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu iaitu “sediakan payung sebelum hujan.” Meskipun terdapat perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut. Namun, keduanya mengandungi persamaan dari segi maksud, iaitu, bersedia terhadap segala sesuatu sebelum melakukan sesuatu kerja. Orang Arab menggunakan tempat anak panah dan memanah, kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi suka berperang pada zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut. Sedangkan dalam peribahasa Melayu digunakan kata hujan dan payung kerana cuaca di Malaysia sering hujan. Latar belakang sosial budaya orang Arab dahulu adalah sering mengadakan perang, maka mereka mencipta peribahsa seperti itu. Sedangkan bangsa kita sering mengalami musim hujan. Pengetahuan tentang konteks sosio-kultural pemilik bahasa yang dipelajari sangat penting, karena dengan pengetahuan tersebut, kita lebih cepat memahami pengertian dari ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan perkara khas dan khusus bagi bahasa Arab serta mampu menggunakan ungkapan-ungkapan tersebut pada situasi dan waktu yang tepat. Peribahasa dalam pembahasan bahasa dan sastera Arab terkenal dengan pengunaan balaghah yang tinggi. Contohnya, di dalam amsal ini digunakan istilah isti‟arah tamtsiliyah, iaitu memberitahu makna dengan menggambarkannya dengan sesuatu. Penggunaan ini turut memberi kesan kepada tatabahasa Melayu, kerana gaya peribahasa bagi kedua-dua bahasa hampir sama. Ini memudahkan lagi bangsa Melayu untuk mendalami dan memahami peribahasa dan pada masa yang sama budaya bangsa Arab itu sendiri.
  • 11. Mathal keempat: ‫أمك‬ ‫تلده‬ ‫مل‬ ‫آخ‬ ‫رب‬ Mathal keempat ini jika diterjemahkan secara harfiyyah bermaksud „betapa banyak saudara yang tidak dilahirkan ibumu‟ tetapi maksud hakiki yang terdapat pada mathal ini ialah „terkadang seorang saudara itu bukanlah yang lahir dari rahim ibumu‟. Mathal ini diungkapkan oleh seorang pemuda bernama Luqman bin „Ad yang berasal dari suku Yaman dan tinggal di Ahqaf. Ia mengungkapkan tentang seseorang yang bukan dari darah daging kita, tetapi mempunyai hubungan yang sangat akrab dan mungkin lebih dari seorang sahabat tetapi boleh dikatakan sebagai saudara terdekat. Menurut buku Al- Muntaqa min Amsal Arab telah diceritakan pada suatu hari, Luqman bin „Ad sedang berjalan dan dia merasa dahaga yang amat sangat. Lalu dia mendekati sebuah rumah atau pondok yang berhampiran untuk berteduh. Di dalam rumah itu ada seorang perempuan yang sedang bermain bersama seorang anak kecil. Luqman yang sangat kehausan itu dengan penuh sopan meminta sedikit air dari tuan rumah itu. Lalutuan rumah itu bertanya, “Adakah kamu mahu susu atau air?”. Dia membalas, “Mana- mana sahaja yang ada”. Tuan rumah itu berkata, “Susu ada di belakang dan air ada dihadapan”, Semasa beliau mahu menuju ke arah minuman itu, dia terdengar akan suara rengekan anak kecil tadi yang tidak dipeduli oleh sesiapa di dalam rumah itu. Lalu Luqman pun berkata, ”Lebih baik aku berikan sahaja air ini kepadanya, mungkin anak kecil ini lebih memerlukannya”. Wanita itu menolak pelawaanya dan mejelaskan kepadanya bahawa air minuman itu lebih berhak ke atasnya walaupun dalam situasi itu anaknya sedang menangis kehausan5 . Akhirnya, Luqman bin „Ad mengucapkan kata-kata ‫أمك‬ ‫تلده‬ ‫مل‬ ‫آخ‬ ‫رب‬ dan sehingga ke hari ini ia menjadi satu mathal. 5 https://www.qssas.com/story/13756
  • 12. Penggunaan kata ‫أخ‬ dalam peribahasa ini pila merangkumi banyak makna. Ia merujuk kepada saudara kandung atau abang dalam Masyarakat Arab. Tetapi ia menjadi sebutan atau gelaran bagi orang lain yang dianggap memiliki hubungan yang sangat dekat seolah-olah saudara kandungnya sendiri. Hal ini terjadi dengan lebih jelas terutama setelah datangnya Islam dimana umat Islam disatukan dalam persaudaraan keagamaan (al-ukhuwwah al-islamiyyah). Perluasan makna pada satu kalimah ini merupakan salah satu unsur perkembangan bahasa yang memperkaya kebudayaan suatu bangsa. Mathal kelima: ‫ابء‬‫ر‬‫اجل‬ ‫العنز‬ ‫قادهتم‬ ‫الغنم‬ ‫قت‬‫ر‬‫تف‬ ‫إذا‬ Mathal yang keenam ini bermaksud: Jika kambing itu bercerai-berai maka kambing yang lebih kuat dan kotor akan menguasainya. Merujuk kepada makna di atas, mathal ini menyentuh tentang nilai-nilai murni yang perlu ada di dalam sebuah komuniti ataupun masyarakat setempat. Ia membicarakan bahawa selagi mana masyarakat berpegang teguh dan bersatu, maka setiap individu di dalamnya akan merasakan kekuatan dan kemuliaan. Sebaliknya, apabila masyarakat becerai-berai, maka kekuatannya akan hilang dan akhirnya membawa kepada kelemahan dan kehinaan. Selain itu, terdapat beberapa peribahasa Melayu yang selari maksudnya dengan mathal diatas, iaitu i) bersatu kita teguh bercerai kita roboh, ii) bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jika kita telusuri mathal dari kedua-dua negara ini, penggunaan kalimat dalam mathal ini juga berbeza dari segi pembayang atau kinayah yang digunakan. Sebagai contoh, di dalam mathal ini terdapat perkataan (‫الغنم‬) biri-biri. Penggunan perkataan biri-biri didalam mathal ini adalah disebabkan cara hidup mereka. Menggembala haiwan seperti kambng, biri-biri ini adalah salah satu pekerjaan dan cara hidup yang dilakukan oleh Masyarakat Arab sejak dari zaman Jahiliyyah. Pekerjaan ini biasanya dilakukan oleh suku kaum Badwi; yang hidup didalam kawasan perkampungan. Masyarakat Arab juga kebanyakannya memanfaatkan bulu
  • 13. biri-biri untuk dijadikan pakaian untuk melindungi mereka daripada cuca dingin pada waktu malam dan terik matahari pada waktu siang. Manakala peribahasa Melayu pula, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Penggunaan perkataan bentung merujuk kepada sejenis buluh yang besar dan keras. Pembentung pula bermaksud alat untuk membentung; alat untuk saluran air mengalir6 . Bermakna, air hanya berbentuk bulat apabila mengalir melalui pembentung, begitu juga manusia apabila mereka bersefahaman atau bulat kata mereka akan bersatu dan bermuafakat. Mathal keenam: ‫دأما‬‫ء‬‫ابألرمات‬ ‫يقطع‬ ‫ال‬ “ Rakit tidak akan dapat dimusnahkan oleh laut”7 . Sinonimnya mathal Arab ini adalah berkonsepkan amalan tolong- menolong dan kesepakatan yang mana kita dapat lihat dengan jelas bahawa masyarakat Arab dari zaman Jahiliah lagi amat menyarankan qabilah-qabilahnya untuk menolong antara satu sama lain apabila hidup dalam berpuak-puak demi mencapai kepentingan mereka sendiri. Gaya bahasa yang digunakan di dalam mathal Arab ini adalah tasybih (perumpaan) atau dalam Bahasa Melayu kita menyebut sebagai simile. Seperti di dalam mathal Arab yang dinyatakan di atas, anggota masyarakat yang bersatu padu umpama kayu-kayu yang diikat bersama. Maka, kayu-kayu tersebut amatlah kuat sehingga tidak mampu dimusnahkan oleh laut. Selain daripada mathal di atas, terdapat juga mathal Arab yang lain yang menunjukkan permuafakatan antara masyarakat dan mewujudkan hubungan yang baik iaitu ‫قوم‬ ‫يف‬ ‫كنت‬‫إذا‬ ‫إانئهم‬ ‫.فاحلب‬ Mathal Arab ini membawa maksud “ Apabila kamu berada dalam satu kaum 6 https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/11/bulat-air-kerana-pembetung-bulat-manusia-kerana- muafakat/ 7 Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, Majma’ Al-Amthal, Beirut: Dar al-Makrifah. Dimuat turun dari laman sesawang : http://islamport.com/d/3/adb/1/233/1534.html
  • 14. maka minum susu sama bekas dengan mereka”8 . Secara langsung kita dapat memahami bahawa masyarakat Arab juga amat menitikberatkan amalan permuafakatan sesama mereka apabila wujudnya mathal ini kerana mereka sedar bahawa permuafakatan antara ahli masyarakat adalah penting demi kesejahteraan dan kemakmuran sejagat dan juga dengan adanya permuafakatan hasilnya amalan tolong-menolong dapat disemai dalam diri setiap orang tanpa mengira lapisan masyarakat. Di samping itu juga, antara sebab mengapa masyarakat Arab sendiri amat menitikberatkan amalan saling membantu ini adalah kerana kesejahteraan dan keamanan dapat dijamin seperti mana yang telah disebut sebelum ini. Hal ini amat penting apabila mereka mengadakan musyawwarah (mesyuarat) dalam membincangkan sesuatu keputusan atau perkara untuk masyarakat mereka. Setiap anggota masyarakat mengutarakan pendapat dan buah fikiran meraka masing-masing tanpa berlaku sebarang perselisihan faham serta sekatan daripada mana-mana pihak. Oleh itu, terbitlah dua mathal yang menggalakkan bermusyawwarah yang berbunyi ‫م‬ ‫عن‬ ‫امروء‬ ‫ىلك‬ ‫ما‬‫شورة‬ bermaksud “Tidak akan musnah seseorang selagi ia bermusyawwarah”9 . Justeru itu, kita dapat tegaskan di sini bahawa penekanan sikap tolong-menolong ini bukan sahaja diambil berat oleh masyarakat Arab sahaja, malah antara sikap positif dalam masyarakat Melayu juga adalah amalan tolong-menolong seperti biasa diamalkan oleh penduduk kampung dan kejiranan. Mathal Arab yang bertemakan tolong-menolong tersebut mempunyai titik persamaan maksud dengan beberapa peribahasa Melayu yang ada menyebut nilai ini iaitu: “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “ Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi” dan juga “ Sama lebur, sama binasa”. Dalam melakukan sesuatu kerja itu, sifat bekerja secara muafakat amatlah dituntut. Nilai muafakat terutamanya dalam kalangan penduduk penduduk dan masyarakat setempat diangga[ suatu nilai yang positif. Peribahasa Melayu menyentuh nilai ini dengan adanya peribahasa “ Bulat air oleh pembuluh, bulat kata kerana muafakat” dan “Tuah pada sekata, berani pada seiya, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah”. Perumpamaan 8 Ibid 9 Ibid
  • 15. yang menekankan perlunya perpaduan dalam masyarakat Melayu adalah seperti: “ Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga”. Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa masyarakat Arab juga amat menyarankan amalan ini seperti mana yang digesa oleh msyarakat Melayu kita. Justeru, kita dapat lihat daripada perbincangan ini bahawa budaya akhlak dalam masyarakat Melayu tidak jauh berbeza dengan bangsa Arab. Dengan adanya, persamaan dalam budaya antara masyarakat Melayu dan bangsa Arab ini dapat membantu masyarakat Melayu untuk memahami amthal Arab dengan mudah serta memperkenalkan kepada mereka amthal Arab. Mathal ketujuh: ‫احلباحب‬ ‫انر‬ ‫كأهنا‬ “ Ia seolah-olah api al-Hubahib”10 . Mathal di atas adalah bertemakan satu akhlak yang sepatutnya diambil perhatian oleh semua pihak ataupun individu iaitu menjauhi sifat kedekut. Orang Arab menyeru masyarakatnya supaya menjauhi sifat bakhil dan kedekut. Oleh itu, telah wujudnya mathal dia atas yang mana al-Hubahib itu adalah bermaksud seorang lelaki bakhil yang hidup pada zaman Jahiliah. Bukti yang menunjukkan sifat kedekutnya ialah apabila suatu hari, telah datang kepadanya seorang lelaki meminta api daripada unggun api yang dinyalakan oleh al- Hubahib. Akan tetapi, disebabkan sifat bakhil dan kedekutnya yang melampau, beliau telah memadamkan api tersebut dengan tujuan tidak ingin berkongsi dan memberikan api kepada lelaki itu11 . Maka telah diciptakan satu mathal Arab yang bertemakan kedekut dengan orang Arab mengiaskan nama Al-Hubahib kepada mereka yang memunyai sifat mazmumah ini. 10 Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(2), Hal. 122. 11 Ibid
  • 16. Terdapat juga mathal lain yang menunjukkan kepada sifat kedekut iaitu ‫يندي‬ ‫ما‬ ‫عنده‬ ‫ما‬ ‫الرضفة‬ yang diterjemahkan dengan “ Tiada kebaikan apa-apa dibuat oleh batu”12 . Al-Radfah ialah batu yang dilemparkan ke dalam periuk masakan yang tidak mendatangkan sebarang faedah pun. Ia seumpama orang bakhil yang tidak mengeluarkan apa-apa pun dari miliknya. Selain itu, methal yang berbunyi ‫السلمة‬ ‫عصب‬ ‫عصبو‬ yang bermaksud “ Hubungannya hubungan akasia (pokok)”13 , iaitu kiasan orang yang kedekut untuk mengeluarkan hartanya dan melakukannya dalam keadaan benci. Gambaran orang yang kedekut juga terdapat dalam mathal ‫الضنني‬ ‫من‬ ‫اخلمر‬ ‫ج‬‫ختر‬ ‫قد‬ iaitu menurut al-Madaniy ianya bermaksud “Telah mengeluarkan arak dariada orang-orang yang kedekut”14 . Menurutnya, mathal tersebut adalah kiasan kepada sikap orang yang bakhil ketika mendermakan sesuatu benda miliknya semasa zaman Jahiliah. Disebabkan itulah, mereka menggunakan arak sebagai salah satu metode melambangkan sesuatu yang berharga kerana pada zaman tersebut arak merupakan benda yang paling sinonim dengan kehidupan mereka yang jahil. Dalam pada itu, orang Melayu juga turut membincangkan tentang sikap kedekut dan bakhil ini sehingga terciptanya beberapa peribahasa mengenainya. Orang Melayu menyamakan orang yang kedekut dengan kikir besi sebagaimana peribahasa “ Macam kikir besi” yang menunjukkan orang kaya yang kedekut. Sifat pemurah dan dermawan dalam berkongsi serta mengagihkan rezeki yang diperoleh meruakan suatu nilai yang disanjung tinggi yang dirakam oleh peribahasa Melayu. Antaranya ialah “ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” dan peribahasa “Besar kayu besar dahannya”. Sifat menjauhi kedekut dan bakhil ini juga ade disebut di dalam al-Quran. Allah S.W.T telah berfirman di dalam kitab suciNya: 12 Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, passim. 13 Ibid 14 Ibid
  • 17. ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُّ‫ب‬ُِ‫ُي‬ َ‫ه‬‫اَّلل‬ ‫ه‬‫ن‬ِ‫إ‬ ۛ ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬ِ‫س‬ْ‫َح‬‫أ‬َ‫و‬ ۛ ِ‫ة‬َ‫ك‬ُ‫ل‬ْ‫هه‬‫ـ‬‫ت‬‫ال‬ َ‫ىل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ي‬ِ‫د‬ْ‫َي‬ِ‫ِب‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬ْ‫ل‬ُ‫ـ‬‫ت‬ َ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ه‬‫اَّلل‬ ِ‫يل‬ِ‫ب‬َ‫س‬ ِ‫يف‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ق‬ِ‫َنف‬‫أ‬َ‫﴿و‬﴾َ‫ني‬ِ‫ن‬ِ‫س‬ْ‫ْح‬ Surah al-Baqarah: 195 Maksudnya: dan belanjalah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Oleh itu dalam hal ini kita dapat lihat bahawasanya mathal Arab dan peribahasa terdapat sedikit persamaan di sini iaitu kedua-duanya menggunakan huruf tashbih dalam menggambarkan sikap kedekut. Contohnya mathal Arab menggunakan huruf “kaf” sebagai penegasan dalam perumpamaannya manakala peribahasa Melayu menggunakan perkataan “seperti” di dalam konteks pembikinan perumpamaan itu. Penggunaan ini turut memberi kesan kepada tatabahasa Melayu, kerana gaya peribahasa bagi kedua-dua bahasa hampir sama. Ini memudahkan lagi bangsa Melayu untuk mendalami dan memahami peribahasa dan pada masa yang sama gaya bahasa yang digunakan oleh bangsa Arab itu sendiri. Mathal kelapan: ‫القول‬ ‫على‬ ‫الندم‬ ‫من‬ ‫خري‬ ‫السكوت‬ ‫على‬ ‫الندم‬ “Menyesal kerana diam lebih baik daripada menyesal kerana bercakap” Amthal ini bertemakan akhlak percakapan bersimbolkan natijah iaitu perasaan penyesalan. Menurut Nik Radhiah Nik Ali dalam artikelnya, beliau menyifatkan amthal ini sebagai “teguran untuk kurangkan bercakap”15 . Nilai yang terdapat dalam amthal ini ialah percakapan yang cermat serta sesuai dengan keadaan semasa, di mana intipatinya merupakan cabang daripada hadis Rasulullah S.A.W ketika baginda bersabda: 15 Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(2), Hal. 122.
  • 18. ِ‫اب‬ ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ـ‬‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ :َ‫ال‬َ‫ق‬ َ‫م‬‫ه‬‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ ‫ى‬‫ه‬‫ل‬َ‫ص‬ ِ‫هللا‬ َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ ‫ه‬‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫و‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ َ‫ي‬ِ‫ض‬َ‫ر‬ َ‫ة‬َ‫ر‬ْ‫ـ‬‫ي‬َ‫ر‬ُ‫ى‬ ِ‫َِب‬‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫"ع‬ِ‫م‬ْ‫و‬َ‫ـ‬‫ي‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ِ‫هلل‬ ... ، ْ‫ت‬ُ‫م‬ْ‫ص‬َ‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫ًو‬‫أ‬ ً‫ا‬ ْ‫ري‬َ‫خ‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬َ‫ـ‬‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ـ‬‫ف‬ ِ‫ر‬ِ‫اآلخ‬ Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, …”16 Ibn Hajar Al-Haithami memberi ulasan mengenai hadis ini dengan berkata: “Hadis ini ialah antara hadis teragung kerana ia menceritakan tentang garis panduan lisan di mana ia lebih berkesan daripada perbuatan”17 . Amthal ini juga mempunyai titik persamaan dengan kata-kata hikmah Bahasa Melayu yang berbunyi “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Ungkapan ini memberikan cerminan bahawa masyarakat Melayu merupakan golongan yang “mempunyai tatacara pernyataan yang dapat dijadikan ukuran ketinggian nilai masyarakat”18 . Ia juga berkongsi makna dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Di sini, kita dapat melihat bahawa sikap berhati-hati dalam percakapan amatlah dianjurkan oleh masyarakat Arab, ia juga diraikan oleh agama Islam serta masyarakat Melayu. Nilai murni seperti ini sebenarnya bersifat holistik maka secara tidak langsung ia mudah diterima oleh masyarakat umum. Sikap ini menjadi indikasi keluhuran peribadi seseorang serta ia mampu menjadi asbab kebaikan datang. Percakapan yang tidak beretika serta boleh mengguriskan perasaan hanya akan mendatangkan kebinasaan pada empunya diri, maka bermulalah penyesalan dek kata-kata yang mana ia lebih berat untuk ditanggung. 16 Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim 17 Saad Al-Rashidi, A. A. (2016, Februari 6). )‫النووية‬ ‫(األربعون‬ ‫ليصمت‬ ‫أو‬ ‫خيرا‬ ‫فليقل‬ ‫اآلخر‬ ‫واليوم‬ ‫باهلل‬ ‫يؤمن‬ ‫كان‬ ‫من‬ :‫حديث‬ ‫شرح‬, Dimuat turun daripada http://www.alukah.net/sharia/0/98514/#_ftn3 18 Sujud, A. & Salleh, C. I. & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2007), “Bahasa Verbal dan Non-Verbal sebagai Cerminan Masyarakat dalam Novel-Novel Melayu”, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 18, Hal. 2.
  • 19. Mathal kesembilan: ‫من‬ ‫أكرم‬‫حامت‬ Amthal ini merujuk kepada seorang dermawan yang terkenal pada abad ke-5, Hatim at-Taie atau nama sebenarnya Hatim Bin Abdallah Bin Saad At-Taie. Beliau juga merupakan penyair yang terkenal di kalangan orang Arab dan berasal daripada kabilah Taie, Arabiya.19 Kedermawanan beliau merupakan fenomena yang masyhur sehinggakan kisah-kisah beliau diceritakan secara turun-temurun daripada generasi terdahulu sehingga generasi kemudian. Amthal ini secara literalnya bermaksud “Lebih mulia daripada Hatim” dan secara figuratif ia bermaksud “Lebih pemurah daripada Hatim”. Kisah-kisah tentang beliau telah dicatatkan dalam “Arabian Nights” iaitu sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan yang merupakan koleksi hikayat yang dipercaya berasal daripada hikayat-hikayat Parsi, Arab dan India.20 Antara kisah masyhur yang diceritakan oleh orang Arab ialah semasa beliau menyantuni orang-orang musafir dengan makanan yang mewah. Makanan tersebut merupakan unta-unta yang beliau mengembala juga merupakan kepunyaan atuknya, akan tetapi beliau tidak kedekut untuk memberinya. Amthal ini menekankan sifat pemurah dalam diri manusia. Sifat tersebut bukan sahaja dianjurkan oleh umat Islam, bahkan akhlak terpuji ini disambut baik serta digalakkan oleh keseluruhan umat manusia. Seorang ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir pernah berkata: “Aku berpendapat inilah kedermawanan sebenar: Kau berikan segalanya tetapi ia tidak merugikan”. Masyarakat Melayu tidak kurang juga dalam menggalakkan sifat pemurah ini. Hal ini dapat dilihat melalui pepatah “tidak usak kerbau oleh sembelih”. Peribahasa ini bermaksud tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yang menderma. Terdapat pelbagai nas-nas al-Quran serta hadis nabawi yang menekankan perbuatan sedekah. Rasulullah S.A.W bersabda: 19 Dimuat turun daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Hatim_al-Tai 20 Dimuat turun daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seribu_Satu_Malam
  • 20. "‫النار‬ ‫ادلاء‬ ‫يطفئ‬ ‫كما‬‫اخلطيئة‬ ‫تطفئ‬ ‫الصدقة‬‫و‬" Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api. (HR. At-Tirmidzi) Daripada hadis ini, kita dapat merumuskan bahawa sifat pemurah yang dipamerkan melalui sedekah amatlah dititikberatkan dalam Islam. Tidak hairanlah jikalau masyarakat Melayu mempunyai persamaan dengan masyarakat Arab, kerana nilai-nilai yang dibawa agama Islam menjadi titik persamaan antara mereka. Mathal kesepuluh: ‫فهن‬ ‫أخوك‬ ‫عز‬ ‫إذا‬ “Jika saudaramu bersikap keras, hendaklah kamu bersikap lembut” Mathal ini mengupas tentang sifat toleransi dan pergaulan yang baik antara sesama manusia. Jika diperhatikan makna mathal ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa ia bererti: “Jika saudaramu memaksa, hendaklah kamu mengalah” 21 . Terdapat beberapa riwayat menyatakan bahawa kalimah ‫فهن‬dibaca dengan dhommah ()‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ـ‬‫ف‬ dan dalam riwayat yang lain juga menyatakan ianya dibaca dengan kasrah ()‫ن‬ِ‫ه‬َ‫ف‬ . Menurut sejarah, mathal ini telah diungkapkan oleh Hudzail ibn Hubairah al-Taglibi; seorang pemerintah dan ketua yang adil dan saksama. Beliau telah menyebut ungkapan ini ketika sedang menyelesaikan isu rompakan dan pencerobohan yang dilakukan oleh Bani Dhubbah. Di dalam menyelesaikan isu itu, beliau telah memilih untuk menggunakan pendekatan yang sangat berhikmah dan bijak. Pada akhir penyiasatan rompakan itu, beliau telah menyebut ungkapan ‫فهن‬ ‫أخوك‬ ‫عز‬ ‫.إذا‬ 21 http://irwinmumtaz.blogspot.com/2015/06/macam-macam-amtsal-padanannya-dalam.html
  • 21. Jika diperhatikan, mathal tersebut memiliki persamaan maksud dengan peribahasa Melayu iaitu: “Muka berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga” iaitu kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kepada orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan. Elemen kasih sayang dan tolak ansur ini jelas ditunjukkan dalam peribahasa Melayu dan mathal Arab. Ia mengajak semua insan untuk sentiasa berbaik sesama mereka dan melupakan sengketa lama yang pernah terjadi. Dalam mathal ini juga terdapat pengaruh sistem sosial yang menjadi lambang budaya masyarakat Arab. Sistem sosial yang berlaku di dalam satu kelompok masyarakat akan memberi kesan dan pengaruh terhadap gaya bahasa yang digunakan. Berdasarkan mathal di atas, ia menggunakan kata ganti diri pertama dalam bentuk tunggal dalam pembicaraan yang menunjukkan kesamarataan individu. Lebih jelas lagi, ia menunjukkan toleransi antara satu pihak dengan pihak yang lain. PENUTUP Kesimpulannya, kepentingan pada amthal itu sendiri di mana amthal dalam banyak keadaan adalah gambaran yang tepat dan benar terhadap keadaan dan fenomena sesuatu bangsa dan sesuatu umat. Amthal mengandungi intipati bagi segala apa yang berkaitan dengan aspek kehidupan yang kita dapati adanya berbagai lagi perubahan yang menggambarkan perubahan masyarakat tidak kira samada ke arah kebaikan mahupun keburukan. Hal ini kerana amthal juga memberikan gambaran tentang yang individu-individu dalam sesuatu masyarakat tersebut dengan menggunakan berbagai metode dan cara. Jadi melalui kajian ini kita dapat didedahkan dan dijadikan pengajaran serta secara tidak langsung dapat memperkenalkan amthal Arab kepada masyarakat Melayu khususnya. Antaranya seperti mana kita dapat lihat dengan jelas bahawa masyarakat Arab menggunakan amthal sebagai salah satu medium untuk menyeru ke arah pembentukan akhlak mulia seperti kesungguhan dalam menuntut ilmu, menjaga percakapan dan lisan apabila bertutur, berbuat baik kepada orang lain dengan menghargai mereka, saling membantu dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Umum mengetahui bahawa akhlak memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang baik dan beramanah serta menghindarkan insan yang jahat dan khianat. Oleh kerana itu akhlak yang mulia adalah faktor terkuat untuk menyokong pembangunan rohani manusia.
  • 22. RUJUKAN Buku:  Al-Maidaniy, Abu al-Fadhil Ahmad, t.t, Majma’ Al-Amthal, Beirut: Dar al- Makrifah.  Nik Ali, N. R. (2015), “Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran”, Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(2).  Sujud, A. & Salleh, C. I. & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2007), “Bahasa Verbal dan Non-Verbal sebagai Cerminan Masyarakat dalam Novel-Novel Melayu”, Jurnal Pengajian Melayu.  Al-Kharasyi, Sulaiman bin Soleh, 2007. Al-Muntaqa min Amthal Arab wa Qasasihim, Riyadh: Dar-Qasim. Jurnal:  Siti Mahwiyah, t.t. Unsur-Unsur Budaya Dalam Amtsal ’Arabiyyah (Peribahasa Arab Mts Al-Manshuriyah), Jurnal Pendidikan  Muflihah, t.t. Peribahasa Di Dalam Bahasa Arab (Studi Komparasi Peribahasa Arab dengan Peribahasa Indonesia), jurnal pendidikan Laman web:  https://www.qssas.com/story/13756 , t.t, (dilayari pada 27/4/2018)  https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/11/bulat-air-kerana-pembetung-bulat- manusia-kerana-muafakat/, t.t, (dilayari pada 27/4/2018)  http://peribahasa-spm.blogspot.com/2012/02/peribahasa-dewan-m.html, 2012 (dilayari pada 5/6/2018)  http://lojainiat.net/c-51093/, t.t, (dilayari pada 5/6/2018)  http://irwinmumtaz.blogspot.com/2015/06/macam-macam-amtsal-padanannya- dalam.html, 2015 (dilayari pada 4/6/2018)  https://en.wikipedia.org/wiki/Hatim_al-Tai (dilayari pada 2 Jun 2018)  https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seribu_Satu_Malam (dilayari pada 2 Jun 2018)  PDF: http://www.academia.edu/11153848/Tarikh_Adab_Wa_An_Nushush, 2014 (dilayari pada 27/4/2018)
  • 23.  PDF: http://islamport.com/d/3/adb/1/233/1534.html (dilayari pada 27 Mei 2018)  PDF: http://www.alukah.net/sharia/0/98514/#_ftn3 (dilayari pada 2 Jun 2018)