SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
PEMBELAJARAN BERASASKAN
                      ELEKTRONIK DAN WEB
                                            ( KPT 6044)


 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                                 ULASAN JURNAL
     Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan
 E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan
Multimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti Pendidikan Universiti
                   Teknologi Malaysia
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



                                     DISEDIAKAN OLEH:

                                     HELIDZIA BT RAMLI
                                      (M20102000970)


                                             PENSYARAH:

                PROF M. ABDUL LATIF B. HJ. GAPOR
Tugasan 1
Tajuk Jurnal : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di
               Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti
               Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Penulis        : Mohd Nihra Haruzuan B. Mohammad Said Dan Janarthini A/P Krishnan
Terbitan       : Journal Of Social Science, Vol 3, Sept 2011


Ulasan dan analisis jurnal


1.0       Pendahuluan
Penggunaan teknologi komputer pada hari ini telah berkembang pesat dalam semua bidang.
Menyedari tentang keperluan komputer dalam pelbagai bidang ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya bersedia dan melahirkan generasi celik
teknologi maklumat (IT) melalui proses pendidikan.         Teknologi e-pembelajaran telah
berkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusi
pengajian tinggi. Definisi e-pembelajaran secara umumnya adalah sebarang pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk
penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Pelaksanaan e-pembelajaran
ini banyak membawa manfaat antaranya adalah pelaksanaan            e-pembelajaran kurang
melibatkan kos yang tinggi. Proses pembelajaran menjadi lebih cepat dan konsisten kerana
boleh diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana temapat serta mudah diuruskan dan
dikemaskini. Pendekatan ini juga dapat mendedahkan dan pelajar kepada penyesuaian
penggunaan bahan pengajaran berasaskan kepada masalah problem based learning yang
secara tidak langgung membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara berdikari dan
membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pengajar melalui e-mail. Walaupun terdapat
jurang jarak di antara individu e-pembelajaran memberi peluang kepada semua untuk
berhubung dan berkongsi pengalaman melalui internet. Di samping itu, para pengajar boleh
menempatkan bahan pengajaran seperti modul di dalam web manakala pelajar pula boleh
menghantar tugasan mereka dalam bentuk e-mail atau dalam bentuk yang lebih interaktif di
dalam web.
2.0    Persoalan Kajian


Terdapat 2 persoalan kajian yang telah di bina daripada objektif kajian ini iaitu:


1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia, Fakuti
Pendidikan menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar,
persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus dan proses e-
pembelajaran?
2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia,
Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.


3.0    Kaedah Kajian
       3.1      Instrument kajian
Kajian ini adalah merupakan satu tinjauan deskriptif yang berbentuk soal selidik sebagai alat
kajian yang digunakan untuk mendapat ukuran kuantitatif. Pada asasnya soal selidik yang
digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. Bahagian A-Demografi
Mengandungi 3 item bertujuan untuk mengumpul data berkenaan latar belakang responden
seperti jantina, bangsa dan kursus.
2. Bahagian B- Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.
Terdiri daripada 28 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini responden
disediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataan
berbentuk positif dan negatif.
3. Bahagian C-Masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pemebelajaran
Terdiri daripada 8 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini responden
disediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataan
berbentuk positif dan negatif.
       3.2      Tempat kajian
Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar
tahun akhir jabatan multimedia Fakulti pendidikan.
       3.3      Sample kajian
Populasi kajian adalah seramai 100 orang pelajar. Manakala sample kajian terdiri daripada
pelajar tahun akhir jabatan multimedia iaitu seramai 79 orang.
4.0     Hasil Dapatan Kajian
        4.1     Dapatan Persoalan Kajian 1 - Faktor-faktor yang mempengaruhi sample dari
segi lima aspek yang dikaji.
Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e-
pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81.
Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e-
pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan
pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan
adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz,
ujian dan lain-lain).
Dapatan kajian ini disokong oleh Kearsley, Greg (2000) yang menyatakan bahawa
kandungan bagi sebarang kursus yang dilaksanakan atas talian merupakan aspek yang paling
penting untuk menarik minat pelajar. Isi kandungan dalam laman epembelajaran merupakan
salah satu kriteria yang penting dan memberi kesan dalam pembelajaran, (Ismail Zain, 2002).
Selain itu, kajian ini juga disokong oleh A.Y.K. Chan et. al. (2003) yang menyatakan
pengajar menggunakan kursus online untuk memaparkan bahan pengajaran semata-mata
maka didapati pelajar lebih berminat untuk mengakses kursus online untuk mendapatkan
kandungan kursus. Seterusnya faktor peranan pengajar, mempunyai min keseluruhan pada
tahap yang tinggi iaitu 3.77. Ini menunjukkan bahawa pengajar memainkan peranan yang
penting dalam memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini
disokong oleh penyataan Kearsley, Greg (2000) bahawa penglibatan pengajar merupakan
salah satu faktor yang kuat mempengaruhi penyertaan pelajar dalam kursus online.
Bagi faktor persekitaran pembelajaran min keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana
iaitu nilai minnya 3.66. Daripada item-item bagi faktor persekitaran didapati pelajar kurang
mengambil berat terhadap persekitaran pembelajaran semasa mereka mengakses e-
pembelajaran di makmal. Faktor peralatan pembelajaran mencatat min keseluruhan iaitu 3.63
yang berada pada tahap sederhana. Merujuk kepada item-item bagi faktor peralatan didapati
pelajar menghadapi masalah mencapai internet dan juga peralatan seperti headphone dan
microphone. Maka faktor peralatan tidak menjadi pilihan utama mereka menggunakan e-
pembelajaran. Faktor yang mempunyai min terendah dalam kajian ini adalah proses
pembelajaran iaitu hanya 3.56. Walaupun nilai min faktor ini merupakan min terendah tetapi
ia masih berada pada tahap sederhana yang mendekati tahap tinggi. Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan e-pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari kandungan dengan
fleksibel dan juga ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar.
4.1.2   Dapatan kajian persoalan 2- Masalah yang dihadapi semasa menggunakan
       e-pembelajaran.
Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error,
virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang sering
dihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalah
dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif
diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagi
responden menggunakan e-pembelajaran.


5.0    Kesimpulan


Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yang
menggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar, sambil
pengajar sebagai fasilitator. Bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer dalam
pembelajaran seperti e-pembelajaran maka kajian seperti faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-pembelajaran harus dikendalikan mengikut peredaran masa agar pihak tertentu
dapat megenalpasti kelemahan e-pembelajaran dan mengambil langkah yang sewajarnya
Selain itu kajian seperti ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran. Ini boleh dijadikan landasan kepada pihak-pihak tertentu
mengetahui     perkembangan   terkini   agar   membaiki   kelemahan   dan   meningkatkan
keberkesanan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar

More Related Content

What's hot

Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranShamsuri Sham
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalAzyzah Tahrim
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Azizul84
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Norhusna Alias
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]sammuechan
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Shangeetha385
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Nor Sazlin Kusai
 
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalpenulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalannaliew
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
Presentation web
Presentation webPresentation web
Presentation webhelidzia
 

What's hot (18)

Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaran
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalpenulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
Presentation web
Presentation webPresentation web
Presentation web
 

Similar to Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final

Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnalzulizarohayu
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalGary Chew
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 

Similar to Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final (17)

Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Interaksi 7
Interaksi 7Interaksi 7
Interaksi 7
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 

Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final

  • 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ( KPT 6044) --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ULASAN JURNAL Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- DISEDIAKAN OLEH: HELIDZIA BT RAMLI (M20102000970) PENSYARAH: PROF M. ABDUL LATIF B. HJ. GAPOR
  • 2. Tugasan 1 Tajuk Jurnal : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Penulis : Mohd Nihra Haruzuan B. Mohammad Said Dan Janarthini A/P Krishnan Terbitan : Journal Of Social Science, Vol 3, Sept 2011 Ulasan dan analisis jurnal 1.0 Pendahuluan Penggunaan teknologi komputer pada hari ini telah berkembang pesat dalam semua bidang. Menyedari tentang keperluan komputer dalam pelbagai bidang ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya bersedia dan melahirkan generasi celik teknologi maklumat (IT) melalui proses pendidikan. Teknologi e-pembelajaran telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi. Definisi e-pembelajaran secara umumnya adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Pelaksanaan e-pembelajaran ini banyak membawa manfaat antaranya adalah pelaksanaan e-pembelajaran kurang melibatkan kos yang tinggi. Proses pembelajaran menjadi lebih cepat dan konsisten kerana boleh diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana temapat serta mudah diuruskan dan dikemaskini. Pendekatan ini juga dapat mendedahkan dan pelajar kepada penyesuaian penggunaan bahan pengajaran berasaskan kepada masalah problem based learning yang secara tidak langgung membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara berdikari dan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pengajar melalui e-mail. Walaupun terdapat jurang jarak di antara individu e-pembelajaran memberi peluang kepada semua untuk berhubung dan berkongsi pengalaman melalui internet. Di samping itu, para pengajar boleh menempatkan bahan pengajaran seperti modul di dalam web manakala pelajar pula boleh menghantar tugasan mereka dalam bentuk e-mail atau dalam bentuk yang lebih interaktif di dalam web.
  • 3. 2.0 Persoalan Kajian Terdapat 2 persoalan kajian yang telah di bina daripada objektif kajian ini iaitu: 1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia, Fakuti Pendidikan menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus dan proses e- pembelajaran? 2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-pembelajaran. 3.0 Kaedah Kajian 3.1 Instrument kajian Kajian ini adalah merupakan satu tinjauan deskriptif yang berbentuk soal selidik sebagai alat kajian yang digunakan untuk mendapat ukuran kuantitatif. Pada asasnya soal selidik yang digunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1. Bahagian A-Demografi Mengandungi 3 item bertujuan untuk mengumpul data berkenaan latar belakang responden seperti jantina, bangsa dan kursus. 2. Bahagian B- Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Terdiri daripada 28 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini responden disediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataan berbentuk positif dan negatif. 3. Bahagian C-Masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pemebelajaran Terdiri daripada 8 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini responden disediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataan berbentuk positif dan negatif. 3.2 Tempat kajian Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar tahun akhir jabatan multimedia Fakulti pendidikan. 3.3 Sample kajian Populasi kajian adalah seramai 100 orang pelajar. Manakala sample kajian terdiri daripada pelajar tahun akhir jabatan multimedia iaitu seramai 79 orang.
  • 4. 4.0 Hasil Dapatan Kajian 4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 - Faktor-faktor yang mempengaruhi sample dari segi lima aspek yang dikaji. Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e- pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81. Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e- pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain). Dapatan kajian ini disokong oleh Kearsley, Greg (2000) yang menyatakan bahawa kandungan bagi sebarang kursus yang dilaksanakan atas talian merupakan aspek yang paling penting untuk menarik minat pelajar. Isi kandungan dalam laman epembelajaran merupakan salah satu kriteria yang penting dan memberi kesan dalam pembelajaran, (Ismail Zain, 2002). Selain itu, kajian ini juga disokong oleh A.Y.K. Chan et. al. (2003) yang menyatakan pengajar menggunakan kursus online untuk memaparkan bahan pengajaran semata-mata maka didapati pelajar lebih berminat untuk mengakses kursus online untuk mendapatkan kandungan kursus. Seterusnya faktor peranan pengajar, mempunyai min keseluruhan pada tahap yang tinggi iaitu 3.77. Ini menunjukkan bahawa pengajar memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh penyataan Kearsley, Greg (2000) bahawa penglibatan pengajar merupakan salah satu faktor yang kuat mempengaruhi penyertaan pelajar dalam kursus online. Bagi faktor persekitaran pembelajaran min keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana iaitu nilai minnya 3.66. Daripada item-item bagi faktor persekitaran didapati pelajar kurang mengambil berat terhadap persekitaran pembelajaran semasa mereka mengakses e- pembelajaran di makmal. Faktor peralatan pembelajaran mencatat min keseluruhan iaitu 3.63 yang berada pada tahap sederhana. Merujuk kepada item-item bagi faktor peralatan didapati pelajar menghadapi masalah mencapai internet dan juga peralatan seperti headphone dan microphone. Maka faktor peralatan tidak menjadi pilihan utama mereka menggunakan e- pembelajaran. Faktor yang mempunyai min terendah dalam kajian ini adalah proses pembelajaran iaitu hanya 3.56. Walaupun nilai min faktor ini merupakan min terendah tetapi ia masih berada pada tahap sederhana yang mendekati tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan e-pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari kandungan dengan fleksibel dan juga ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar.
  • 5. 4.1.2 Dapatan kajian persoalan 2- Masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pembelajaran. Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagi responden menggunakan e-pembelajaran. 5.0 Kesimpulan Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar, sambil pengajar sebagai fasilitator. Bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran seperti e-pembelajaran maka kajian seperti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran harus dikendalikan mengikut peredaran masa agar pihak tertentu dapat megenalpasti kelemahan e-pembelajaran dan mengambil langkah yang sewajarnya Selain itu kajian seperti ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran. Ini boleh dijadikan landasan kepada pihak-pihak tertentu mengetahui perkembangan terkini agar membaiki kelemahan dan meningkatkan keberkesanan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar