SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN
                 WEB
                    (KPT 6044)


                 Tajuk Ulasan Jurnal :
    KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
 ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR
   SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI
  INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA)



   Nama Pensyarah : Prof. Abd Latif Bin Haji Gapor




  SHANGEETHA A/P MANY                    M20111000558


                           1
Tajuk


KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI
KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA)



1.0 Pengenalan


Jurnal ini menghuraikan kajian kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di
kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Seramai 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik sesi 2006/2007. Kajian dijalankan di kampus Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian lebih ditumpukan dari aspek kesediaan pelajar
terhadap pembelajaran elektronik (e-learning) di dalam proses pembelajaran serta persediaan
dan penerimaan pelajar dalam menggunakan teknologi pembelajaran elektronik (e-learning).


        Penggunaan internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan telah meningkat
dengan kemajuan Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang
lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di          samping
mewujudkan lebih peluang untuk proses      kolaborasi   yang lebih meluas    dalam proses
pendidikan. Pengajaran yang menggunakan media elektronik ini menggunakan media
sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara
interaktif.


1.1 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian


Menurut pengkaji, pelaksanaan pembelajaran elektronik dalam dunia pendidikan ini telah
bermula sejak tahun 1998 lagi. Namun begitu, agenda yang dirancangkan itu kurang berjaya
dilaksanakan disebabkan masalah yang timbul berkaitan prasarana dan juga penerimaan serta
sikap para pelajar sendiri . Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah adakah pelajar-
pelajar yang terdapat di IPTA bersedia untuk menerapkan penggunaan pembelajaran
elektronik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik kuliah.
                                            2
Berdasarkan kajian-kajian yang lepas (Rohayu, 2001; Yusof, 2000; Hisham, 1998) , pengkaji
menyimpulkan bahawa kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik adalah
masih kurang di kalangan pelajar-pelajar IPTA. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa
dengan pelaksanaan kajian ini, pihak Universiti dapat mengenal pasti tahap kesedaran,
kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji, pengenalpastian terhadap tahap persediaan
pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran akan dapat membantu
pihak      pengurusan universiti untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembelajaran
elektronik supaya lebih berkesan dan efektif.




1.2       Metodologi

Kajian ini akan dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Sampel kajian adalah terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengikuti program ijazah
sarjana     muda kejuruteraan elektrik     yang ditawarkan di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Dalam kajian ini rekabentuk pensampelan adalah secara rawak. Populasi
sasaran adalah terdiri daripada pelajar kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM,
sesi pembelajaran 2006/2007. Manakala sampel adalah pelajar tahun akhir dari kursus yang
sama yang dipilih secara rawak. e- Learning dalam konteks kajian ini merujuk kepada
“Sistem Pembelajaran Blackboard” yang digunakan di UTHM dalam melaksanakan proses
P&P.
          Kaedah analisis statistik yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif kuantitatif
dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set
soal selidik yang mengandungi 28 item yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu 14 soalan
bagi aspek tahap kesedaran, 9 item bagi aspek tahap kesediaan dan 5 item bagi aspek tahap
penggunaan.
          Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-
data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah SPPS bagi mendapatkan kekerapan,
peratusan, dan min bagi setiap item serta persoalan kajian. Kebolehpercayaan soal selidik
telah diuji menggunakan Alpha Cronbach iaitu pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan
bahawa item-item kajian adalah saling berkaitan antara satu sama lain.


                                                3
1.3 Dapatan Kajian
       Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan
pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda        kejuruteraan elektrik dapat
disimpulkan berada pada tahap sederhana (skor min purata = 3.58).
       Dalam aspek kesedaran, hasil kajian menunjukkan pernyataan kedua mempunyai
nilai min yang tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak
kelebihan. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa pembelajaran
elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran.
Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka
dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran          sebagai tambahan
kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah. Responden dalam kajian ini bersetuju
pembelajaran elektronik dapat membantu pencapaian akademik pelajar.
       Analisis kajian juga menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap
penggunaan pembelajaran elektronik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menerima
pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dalam
proses pembelajaran. Pelajar juga merasakan satu kerugian sekiranya           mereka tidak
menggunakan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran.
       Dalam aspek kesediaan pula, hasil      kajian menunjukkan pelajar     bersedia untuk
menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa. Selain itu, mereka juga bersedia
untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Para
pelajar juga bersedia menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik.
       Kajian menunjukkan para pelajar bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran
elektronik. Mereka boleh     menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan dan
menggunakan pembelajaran elektronik untuk mendapatkan nota dan bahan-bahan
pembelajaran lain.


1.4 Kritikan


Pengkaji tidak menunjukkan item-item dalam borang soal selidik bagi analisis tahap
penggunaan pembelajaran elektronik di UTHM seperti yang ditunjukkan bagi analisis tahap
kesedaran dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik. Hal ini menyebabkan
pembaca kurang jelas tentang analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan
pelajar. Selain itu, pengkaji kurang cadangan lanjutan bagi meningkatkan tahap kesediaan

                                             4
pelajar Kejuruteraan Elektrik terhadap penggunaan pembelajaran elektronik dalam
pembelajaran di UTHM. Malah pengkaji lebih memfokuskan kepada kajian-kajian lepas
mengenai tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dalam proses
pembelajaran di kalangan pelajar.
       Pengkaji telah menganalisis keputusan kajian dengan begitu baik kerana min dan
sisihan piawai ditunjukkan dengan jelas mengikut item-item bagi ketiga-tiga aspek yang
dikaji dalam kajian ini iaitu tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran
elektronik melalui kaedah deskriptif. Justeru itu, pengkaji juga telah membuat penilaian
secara terperinci terhadap maklumat responden untuk mendapatkan data yang tepat.
       Pengkaji juga sepatutnya mengunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data
yang lebih jelas dan terperinci.


1.5 Cadangan


Kajian ini boleh dilanjutkan dengan menggunakan pelajar-pelajar dari fakulti-fakulti lain di
UTHM sebagai sampel dan seterusnya diperluaskan dengan pelajar-pelajar universiti-
universiti lain. Pengaruh faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan aliran pengajian
terhadap kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar
universiti boleh dikaji.


1.6 Kesimpulan


Tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran elektronik merupakan satu elemen yang penting
bagi pelajar-pelajar IPTA dan ia memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan
pembelajaran     berasaskan ICT. Namun demikian dalam usaha membangunkan sistem
pembelajaran elektronik yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta
meluas untuk memahami kesediaan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Oleh
itu, pihak Universiti perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengalakkan
pelajar ke arah penggunaan pembelajaran elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi
pada masa kini. Penggunaan pembelajaran elektronik yang berkesan mampu membimbing
dan membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka bersifat lebih kreatif melalui
gambaran yang lebih realistik.



                                             5
Rujukan


Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan . Malaysia:
      Copyright McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Kamarul Ariffin Dan Muliadi. (2000). “Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik
     (e-learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi
     Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)”
     diakses pada 6 Oktober 2012 di
     http://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/10-Kamarul-2-PSP-
     full_edit.pdf

Mook Soon Sang. (2009). Literatur Dan Kaedah Penyelidikan . Selangor:
      Penerbit Multimedia Sdn.Bhd.

Mohd.Majid Konting .(2005) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
     Dewan Bahasa dan Pustaka..

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan.
      Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.




                                           6

More Related Content

What's hot

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Norhusna Alias
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Wan Mas
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningUlasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningnorhizal
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Azizul84
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 

What's hot (13)

Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learningUlasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
Ulasan jurnal M20132001826 tahap kesediaan e learning
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 

Similar to Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)

Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehlyza_ms
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehlyza_ms
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Nor Sazlin Kusai
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningniakpt6043
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044mrsakmar
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaransammuechan
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 

Similar to Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1) (20)

Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di ka...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 

Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)

  • 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) Tajuk Ulasan Jurnal : KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA) Nama Pensyarah : Prof. Abd Latif Bin Haji Gapor SHANGEETHA A/P MANY M20111000558 1
  • 2. Tajuk KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA) 1.0 Pengenalan Jurnal ini menghuraikan kajian kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik sesi 2006/2007. Kajian dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian lebih ditumpukan dari aspek kesediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik (e-learning) di dalam proses pembelajaran serta persediaan dan penerimaan pelajar dalam menggunakan teknologi pembelajaran elektronik (e-learning). Penggunaan internet, laman web dan jaringan dalam pendidikan telah meningkat dengan kemajuan Gelombang ekonomi ketiga dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan. Pengajaran yang menggunakan media elektronik ini menggunakan media sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara interaktif. 1.1 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian Menurut pengkaji, pelaksanaan pembelajaran elektronik dalam dunia pendidikan ini telah bermula sejak tahun 1998 lagi. Namun begitu, agenda yang dirancangkan itu kurang berjaya dilaksanakan disebabkan masalah yang timbul berkaitan prasarana dan juga penerimaan serta sikap para pelajar sendiri . Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah adakah pelajar- pelajar yang terdapat di IPTA bersedia untuk menerapkan penggunaan pembelajaran elektronik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik kuliah. 2
  • 3. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas (Rohayu, 2001; Yusof, 2000; Hisham, 1998) , pengkaji menyimpulkan bahawa kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik adalah masih kurang di kalangan pelajar-pelajar IPTA. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa dengan pelaksanaan kajian ini, pihak Universiti dapat mengenal pasti tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji, pengenalpastian terhadap tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran akan dapat membantu pihak pengurusan universiti untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembelajaran elektronik supaya lebih berkesan dan efektif. 1.2 Metodologi Kajian ini akan dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sampel kajian adalah terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik yang ditawarkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dalam kajian ini rekabentuk pensampelan adalah secara rawak. Populasi sasaran adalah terdiri daripada pelajar kursus Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM, sesi pembelajaran 2006/2007. Manakala sampel adalah pelajar tahun akhir dari kursus yang sama yang dipilih secara rawak. e- Learning dalam konteks kajian ini merujuk kepada “Sistem Pembelajaran Blackboard” yang digunakan di UTHM dalam melaksanakan proses P&P. Kaedah analisis statistik yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 28 item yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu 14 soalan bagi aspek tahap kesedaran, 9 item bagi aspek tahap kesediaan dan 5 item bagi aspek tahap penggunaan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data- data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah SPPS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, dan min bagi setiap item serta persoalan kajian. Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji menggunakan Alpha Cronbach iaitu pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan bahawa item-item kajian adalah saling berkaitan antara satu sama lain. 3
  • 4. 1.3 Dapatan Kajian Secara keseluruhan analisis ini, didapati tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik dapat disimpulkan berada pada tahap sederhana (skor min purata = 3.58). Dalam aspek kesedaran, hasil kajian menunjukkan pernyataan kedua mempunyai nilai min yang tinggi iaitu berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar sedar bahawa pembelajaran elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran. Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah. Responden dalam kajian ini bersetuju pembelajaran elektronik dapat membantu pencapaian akademik pelajar. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menerima pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dalam proses pembelajaran. Pelajar juga merasakan satu kerugian sekiranya mereka tidak menggunakan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran. Dalam aspek kesediaan pula, hasil kajian menunjukkan pelajar bersedia untuk menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa. Selain itu, mereka juga bersedia untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Para pelajar juga bersedia menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik. Kajian menunjukkan para pelajar bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik. Mereka boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan dan menggunakan pembelajaran elektronik untuk mendapatkan nota dan bahan-bahan pembelajaran lain. 1.4 Kritikan Pengkaji tidak menunjukkan item-item dalam borang soal selidik bagi analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik di UTHM seperti yang ditunjukkan bagi analisis tahap kesedaran dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik. Hal ini menyebabkan pembaca kurang jelas tentang analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar. Selain itu, pengkaji kurang cadangan lanjutan bagi meningkatkan tahap kesediaan 4
  • 5. pelajar Kejuruteraan Elektrik terhadap penggunaan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran di UTHM. Malah pengkaji lebih memfokuskan kepada kajian-kajian lepas mengenai tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar. Pengkaji telah menganalisis keputusan kajian dengan begitu baik kerana min dan sisihan piawai ditunjukkan dengan jelas mengikut item-item bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik melalui kaedah deskriptif. Justeru itu, pengkaji juga telah membuat penilaian secara terperinci terhadap maklumat responden untuk mendapatkan data yang tepat. Pengkaji juga sepatutnya mengunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan terperinci. 1.5 Cadangan Kajian ini boleh dilanjutkan dengan menggunakan pelajar-pelajar dari fakulti-fakulti lain di UTHM sebagai sampel dan seterusnya diperluaskan dengan pelajar-pelajar universiti- universiti lain. Pengaruh faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan aliran pengajian terhadap kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar universiti boleh dikaji. 1.6 Kesimpulan Tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran elektronik merupakan satu elemen yang penting bagi pelajar-pelajar IPTA dan ia memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Namun demikian dalam usaha membangunkan sistem pembelajaran elektronik yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta meluas untuk memahami kesediaan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Oleh itu, pihak Universiti perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengalakkan pelajar ke arah penggunaan pembelajaran elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Penggunaan pembelajaran elektronik yang berkesan mampu membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka bersifat lebih kreatif melalui gambaran yang lebih realistik. 5
  • 6. Rujukan Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan . Malaysia: Copyright McGraw-Hill Sdn.Bhd. Kamarul Ariffin Dan Muliadi. (2000). “Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (e-learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA)” diakses pada 6 Oktober 2012 di http://politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/10-Kamarul-2-PSP- full_edit.pdf Mook Soon Sang. (2009). Literatur Dan Kaedah Penyelidikan . Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Mohd.Majid Konting .(2005) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.. Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. 6