1. Al-Tazkiyat al-Nafs
Apabila seseorang ingin berjalan menuju
Allah S.W.T. ia memerlukan suatu
himmah untuk mengadap Allah S.W.T.,
Keadaan ini berkemungkinan akan
menimbulkan kekeliruan dan kadang-
kadang berlaku kesalahan.
2. 1-Marhalah Pertama
1-Adanya seorang Mursyid yang
kamil untuk membimbing seorang
yang salik ke arah mentaati perkara
yang makruf.
2- Seorang yang mursyid akan
menunjukkan sesuatu amalan dan
ilmu yang sesuai untuk seorang yang
salik.
3. 3-Pada tahap ini taubat dengan
membanyakkan istigfar dan
mengikhlaskan ‘ubudiyyah hanya
kepada Allah S.W.T.
4-Pada tahap ini juga seorang yang
salik mestilah difahamkan tentang
jamaah muslim dan kewajipan untuk
membebaskan wala’ kepada mereka.
Dengan tidak berbuat demikian ia
tidaka akn merasai sentuhan iman
4. Marhalah pertama ini berlanjutan
sehingga seorang yang salik itu
memperlihatkan tanda-tanda
islah di dalam dirinya. Jika
keadaan ini berlaku ke atas
dirinya maka bermulalah tugas
selanjutnya bagi seorang mursyid
terhadap seorang yang salik.
5. 2- Marhalah ke dua
Melatih seorang yang salik dengan
mujahadah nafsiyyah secara
tersusun.Seperti membiasakan diri
dengan diam,berlapar,be’uzlah
dengan tujuan pendidikan,memenuhi
bulan dengan kebaikan. Keadaan ini
dilakukan seumpama seorang petani
yang berkebun, pada tahap
permulaan mestilah tanah kebunnya
dibersihkan dari sebarang tumbuhan
yang tidak diingini.
6. 3-Marhalah ketiga
Setelah menjalani marhalah kedua,
dan memperlihatkan kesan dari
mujahadah pada diri seorang yang
salik, maka pada saat itu bermulalah
marhalah yang ketiga dengan
memberi penekanan terhadap
wirid,ilmu pengetahuan sifat-sifat
diri dan penyakit-penyakitnya.
7. 4-Marhalah keempat
Lahirnya kesan-kesan kerohanian hasil dari ilmu
pengetahuan seorang yang salik di samping
tauhid yang mendalam kesan dari makrifah
terhadap Tuhannya. Dalam hal ini dua perkara
perlu diambil perhatian:
a) Mendalami dan menghayati konsep tauhid
yang bersifat dhauqi dalam kehidupan salik.
b) Memastikan konsep makrifah kepada Allah
mencapai matlamat wusul kepada fana’ dengan
af’al’ sifat,dan zat. Pada bahagian ini seorang
yang salik dikehendaki supaya bertakhalluq
dengan asma’ Allah di samping ber’ubudiyah
denganNya. Di peringkat ini kadang-kadang
berlaku kesalahan dan penyelewengan.
8. 5- Memilih Mursyid.
Untuk menentukan seorang mursyid yang
layak pada zaman sekarang adalah sukar.
Menurut Sa’id Hawwa orang yang layak pada
zaman ini ialah Hasan al-Banna. Justeru untuk
menjaga aab sebagai seorang yang sair ialah
dengan sentiasa mencari ilmu di samping
memperbanyakkan salawat dan salam ke atas
junjungan Rasul s.a.w. Mengamalkan zikir
yang diambil dari sesiapa sahaja yang
difikirkan layak mengajarkan kita zikir.
9. Berusahalah menjaga adab dengan
seseiapa sahaja yang memberikan
irsyad dan tunjuk ajar di samping
mengawasi setiap apa yang didengar
dan membuat pertimbangan
dengan kesesuaian ilmu dan hukum
fikah. Tidaklah semestinya kita
iltizam hanya dengan seorang guru
tanpa menghiraukan yang
lain.Keadaan ini insya Allah akan
memungkinkan seorang itu