SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
1
BBBaaabbb 777:::
PPPaaauuulllooo FFFrrreeeiiirrreee dddaaannn VVViiivvveeekkkaaannnaaannndddaaa
Tak
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
 Memerihal latarbelakang Paulo Freire
 Menilai pandangan Freire tentang peranan pendidikan
 Jelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Freire
 Menganalisis pendapat Vivikananda tentang matlamat pendidikan
 Menilai cadangan Vivikananda tentang kurikulum
Chapter Outline
7.1 Siapakah Paulo Freire?
7.2 Pandangan Freire tentang pendidikan
7.3 Kurikulum menurut Freire
7.4 Kaedah mengajar menurut Freire
7.5 Siapakah Vivekananda?
7.6 Matlamat pendidikan menurut
Vivekananda
7.7 Kurikulum menurut Vivekananda
Ringkasan
References
Bab ini membincang hujah-hujah yang dikemukakan oleh dua ahli falsafah tentang
pendidikan; iaitu, Paulo Freire dan Swami Vivekananda. Freire yang berasal daripada
Brazil menekankan pentingnya pendidikan membawa kesedaran di kalangan golongan
miskin tentang masalah yang dihadapi. Vivekananda yang berasal daripada India
menegaskan pentingnya melahirkan kebolehan yang sedia ada pada individu. Beliau
menyenarakan beberapa peranan guru dan pentingnya golongan miskan dan kaum wanti
diberi peluang pendidikan.
Bab 1:
Pengenalan
Bab 2:
Perspektif Awal Tentang Kurikulum
Bab 3:
Confucius dan Mencius
Bab 4:
Al-Farabi dan Ibnu Sina
Bab 5:
Socrates, Plato & Aristotle
Bab 6:
Jean Rousseau & John Locke
Bab 7:
Paulo Freire dan Swami Vivekananda
Bab 8:
Rabindranath Tagore and Froebel
Bab 9:
Kemahiran Abad ke21
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
2
Paulo Freire dilahirkan di Recife, di
Brazil, Amerika Selatan pada 19
September, 1921. Pada ketika itu Brazil
adalah mundur.
Dia bersama adiknya dididik untuk
mengikuti agama Katolik secara
traditional oleh ibu mereka. Bapa beliau
meninggal dunia ketika dia berumur 13
tahun. Ibunya berjaya memujuk sebuah
sekolah menengah swasta di Recife
menerima anaknya sebagai pelajar dan
diberi biasiswasa.
Oleh kerana Freire datang daripada
keluarga berpendapatan rendah, beliau
menghadapi kesulitan menyesuaikan diri
bersama pelajar-pelajar lain daripada
golongan kaya. Di antara 1928 hingga 1932, dunia menghadapi krisis ekonomi yang
sungguh teruk. Keluarga Freire berpindah ke Jaboatão kerana ia lebih murah dan tidak
mampu terus bermaustatin di Recife. Oleh demikian, Freire telah kehilangan dua
tahun sekolah menengah. Beliau dianggap sebagai pelajar sederhana sehingga tamat
sekolah menengah.
Di Jaboatão, Freire mula sedar tentang dunia sekeliling dan sungguh prihatin tentang
kemiskinan penduduk tempatan. Contohnya, terdapat ramai orang yang tidak cukup
makan dan ada pula yang kebuluran.
Pada umur 20 tahun, Freire mempelajari undang-undang tetapi pengajiannya
terkandas akhibat kemiskinan dan terpaksa mencari kerja untuk membantu
keluarganya. Ketika mengikuti program undang-undang, beliau menguasai tatabahasa
Protugis serta mempelajari falsafah dan sosiologi bahasa.
Pada tahun 1944 beliau berkhawin dengan Elza Maia Costa Oliveira, seorang guru
sekolah rendah. Freire mula bekerja sebagai peguam tetapi telah menamatkan bekerja
sebagai peguam sebelum membela kliennya yang pertama, seorang doktor gigi. Lihat
perbualan di bawah dengan isterinya.
Paulo Freire (1921 – 1997)
"I spelled rat with two 'rs' (i.e. rrat) until I was fifteen”.
7.1 SIAPAKAH PAULO FREIRE?
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
3
Isterinya mempunyai pengaruh yang nyata dalam kehidupan Freire serta penglibatan
beliau dalam pendidikan. Pada tahun 1957, Freire telah dilantik sebagai Pengarah
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Pernambuco. Tesis beliau bertajuk
“Pendidikan Dewasa dan Masyarakat Terpinngir: Masalah Mocambos” ( Education of
Adults and Marginal Populations: the Mocambos Problem) yang dibentangkan dalam
susatu Persidangan Pendidikan, memberi tumpuan kepada kehidupan seharian pelajar.
Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa
mereka mengikuti sesuatu. Ini berbeza dengan masayarakat Brazil yang autokratik,
mengamal diskriminasi dan elitist selama berabad-abad memperhambakan kaum
miskin. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah dan Falsafah
Pendidikan di Sekolah of Seni Halus, Universit Recife.
Selain daripada kegiatan akademik dan pentadbiran, Freire giat terlibat dengan
pergerakan pendidikan untuk rakyat jelata pada awal tahun 1960-an. Yang paling
tereknal ialah Gerakan Kebudayaan Popular (Movement for Popular Culture) di
Recife.
Beliau mengetuai kempen literasi yang
dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh
Belajar Membaca" (Bare feet can also
learn to read) di daerah Rio Grande di
Norte. Freire mencuba kaedah mengajar
dikalangan 300 petani tebu (Lihat Rajah
7.1).
Apabila eksperimen telah beliau berjaya, Freire telah dijemput oleh Presiden Joao
Belchior Goulart untuk melaksanakan kempen literasi di seluruh negara. Program ini
melibatkan 5 juta dewasa yang buta huruf. Pada mas itu, di Barazil hanya individu
yang kenal huruf dibenarakan mengundi. Ini telah menghadkan bilangan orang yang
boleh mengundi dan secara tak langusung mengekalkan kuasa di kalangan segelintir
tuanpunya tanah. Kini kedudukan dan kuasa tuanpunya tanah mula terancam dengan
penambahan bilangan kaum tani yang mempunyai kuasa dan hak mengundi.
Frerie: "You know what, I'm not going to be a lawyer."
Elza: "I was hoping for that. You're an educator"
(source: Pedagogy of Hope, p. 17).
Rajah 7.1: Kempen membaca “The
"Bare feet can also learn to read"
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
4
Bagaimana pun, program mendidik kaum tani terjejas apabila pihak tentera telah
mengambil alih kuasa dengan mengguling kerajaan Preident Joao Belchior Goulart
dan pemerintahan tentera dikenalkan selama 20 tahun.
Freire telah ditangkap dan
dipenjarakan di Olinda dan sekali lagi
Recife selama lebih dua bulan, Beliau
terpaksa memohon perlindungan
politik di kedutaan Bolivia di Rio dan
melarikan diri ke La Paz, Bolivia.
Kemudian, kerana masalah kesihtan,
Beliau berpindah ke Santiago, Chile
(Lihat Rajah 7.2).
Beliau berada di dalam keadaan
buangan di Chile selama hampir 16
tahun di mana beliau bekerja sebagai
seorang pendidik dewasa. Kemudian,
di antara 1969-1970, beliau pergi ke
Harvard University, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Setahun kemudian
Freire berpindah ke Geneva,
Switzerland hingga 1979. Beliau
bekerja dan mengembara di bawah
naungan Majlis Gereja Sedunia
(World Council of Churches) sebagai
duta literasi Dunia Ketiga.
Freire telah mengembara ke merata dunia, berdialog dan memberi syarahan tentang
idea dan pengalaman beliau di dalam seminar, persidangan dan kongres. Beliau juga
menjadi penasihat kepada kerajaan-kerajaan yang memberontak di Afrika, Amerika
Tengah dan Caribbean.
Freire kembali ke Brazil pada tahun 1980 dan dilantik sebagai profesor di Catholic
University of Sao Paulo. Kemudian beliau dijemput memegang jawatan sebagai
Setiausaha Perbandaran Pendidikan dalam pentadbiran Datuk Bandar Luiza Erundina.
Beliau memperkenalkan suatu model pendidikan untuk tadikda dan skeolah di
kawasan-kawasan miskin yang melibatkan kira-kira sejuta kanak-kanak. Beliau juga
memperkenalkan program baru untuk mempertingkatkan tahap literasi dikalangan
dewasa yang miskin.
Freire meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 75 tahun akhibat serangan jantung.
Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk
membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Perihalkan riwayat hidup Paulo Freire
b) Apakah keadaan masyrakat Brazil ketika itu?
c) Bagaimana Freire cuba menyelesaiakn masalah
masyarakay Brazil?
Rajah 7.2: Peta Amerika Syarikat
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
5
HASIL KARYA FREIRE
Pedagogy of the Oppressed (Pedagogi Orang Terdindas)
ialah buku yang diterbitkan pada tahun 1972 dan
merupakan karya beliau yang paling terkenal. Dalamnya
diperkenalkan “konsep perbankan” (banking concept)
yang mengandaikan pelajar sebagai tin kosong dan ilmu
dicurahkan ke dalam.
 Beliau menentang sistem pendidikan yang
menganggap manusia sebagai objek atau alat.
 Beliau berhujah bahawa pendidikan harus
merupakan suatu eksplorasi budaya dengan
bertumpu mempelajari budaya sendiri.
 Tugas pendidikan ialah untuk membebaskan rakyat
daripada keadaan kemiskinan.
Pedagogy of Hope (Pedagogi Harapan) ialah sebuah buku yang diterbitkan Freire
pada tahun 1992. Dalam buku ini, beliau berhujah bahawa tanpa harapan, kita mudah
putus asa dan tidak boleh mula berjuang untuk menukar keadaan. Walau
bagaimanapun, hanya mempunyai harapan tidak mencukupi kerana perlu diikuti
dengan tindakan
 Adalah tidak mencukupi hanya menyampaikan ilmu (transmit knowledge)
tetapi pelajar perlu digalakkan untuk bertanya "kenapa" tentang fakta-fakta
ekonomi, sosial, politik, ideologi dan sejarah yang disampikan.
 Pelajar perlu diajar untuk belajar (learn how to learn)
 Pelajar perlu diajar tentang budaya mereka. Walau bagaimanapun, mereka
tidak boleh berfikiran sempit tetapi mempunyai perspektif global.
Buku-Buku Lain
 The Politics of Education: Culture, Power, and Liberation diterbitkan pada
1985.
 Literacy: Reading the Word & the World. (1987). Boston, Massachusetts:
Bergin & Garvey Publishers.
 Pedagogy of the City. (1993). New York: Continuum Press.
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
6
 Letters to Cristina: Reflections on My Life and Work. (1996). New York:
Routledge.
 Pedagogy of the Heart. (1997). New York: Continuum Press.
 Teachers as Cultural Workers. Letters to those Who Dare to Teach (1997).
Boulder, CO: Westview Press.
Beliau sangat mengambil berat tentang rakyat yang miskin dan buta huruf negara
yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Beliau mahu orang-orang yang
terpinggir ini dididik; untuk memberi kuasa kepada mereka supaya mereka dapat
mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Freire berpegang kepada perspektif “REKONSTRUKTIVISME” yang melihat
peranan pendidikan sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang
tidak adil (Kita telah membincang perspektif ini di Bab 2). Pendidikan harus
meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan mempersoalkan
apa sahaja yang mereka belajar.
Kewarganegaraan
Pendidikan boleh diakses oleh golongan miskin dan yang ditindas bukan sahaja di
Brazil tetapi diseluruh dunia. Pendidikan harus mengajar kewarganegaraan. Apakah
kewarganegaraan?
7.2 PENDIDIKAN MENURUT PAULO FREIRE
Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja,
makan, berpakaian, memakai kasut, tidur di sebuah rumah,
untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, bercinta, marah,
menangis, untuk membantah, untuk menyokong, untuk
bergerak, menganuti apa jua agama, menyertai apa jua parti,
mendidik diri sendiri dan keluarga.
[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum
Publishing Corporation, New York, 1972.]
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
7
Tolenrasi
Freire inginkan sistem pendidikan mengajar pelajar supaya menjadi lebih toleran.
Apakah tolenrasi?
Konsep Perbankan
Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan. Apakah konsep
perbankan? Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang
besar. Pelajar datang ke "bank" atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan
dan kemahiran yang mereka memerlukan untuk kehidupan seharian (Lihat Rajah 7.3).
Beliau berhujah bahawa ilmu bukanlah sesuatu komoditi yang boleh dipindahkan
daripada guru kepada pelajar. Pelajar perlu membina pengetahuan daripada
pengetahuan sedia ada mereka. Guru-guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami
dunia mereka supaya guru memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka.
Guru menyimpan maklumat Pelajar mengeluarkan maklumat
Tolenrasi memerlukan hormat, disiplin dan etika……Tolenrasi ialah
satu sifat mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang
berlainan. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan menghormati
perbezaan.
[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum
Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 42]
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Senaraikan hasil karya Paulo Freire.
b) Apakah yang ditekankan dalam buku Pedagogy of the
Oppressed and Pedagogy of Hope?
c) Apakah implikasi terhadap pendidikan hari ini?
Rajah 7.3 Konsep
perbankan
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
8
[Konsep ini sama seperti diutarakan oleh Socrates dalam Bab 3]
Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis
kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari
ilmu yang dipelajari. Pembelajaran ialah satu proses di mana pengetahuan yang
disampaikan kepada pelajar berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan
melalui kefahaman, perbincangan dan refleksi.
Untuk mengelakkan orang-orang miskin dan buta huruf daripada dimanipulasi oleh
mereka yang berkuasa, Freire mencadangkan bahawa kurikulum mesti datang
secara langsung daripada rakyat dan digubal oleh mereka. Dalam erti kata lain,
kurikulum tidak mesti dipisahkan daripada realiti. Pelajar tidak perlu mempelajari
sesuatu yang tidak berkaitan dengan dunia sebenar mereka dan tidak penting untuk
mereka.
Pengetahuan terdiri daripada kandungan, emosi (perasaan) dan logik (pemikiran) dan
sekolah harus mengaitkan komponen-komponen ini dan tidak memisahkan antara
mereka. Menurutnya,
Pengajaran Bahasa
Menurut Freire, salah satu kesilapan yang sering dilakukan ialah memisahkan
membaca dan menulis.
Bertambah pula, sejak awal lagi, kanak-kanak diajar membaca dan menulis sebagai
terpisah daripada proses pembelajaran umum. Pemisahan ini diamalkan oleh guru dan
juga pelajar secara berterusan.
......pengajaran bukanlan suatu proses pemindahan pengetahuan daripada
guru kepada pelajar. Pemindahan secara mekanikal wujud apabila
pelajara menghafal, yang saya telah mengkritik.
[Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing
Corporation, New York, 1972. pg. 22]
7.3 KURIKULUM MENURUT PAULO FREIRE
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan „konsep pembankan‟. Mengapakah Freire
menentang „konsep pembankan‟ dalam pendidikan?
b) Sejauh manakah sekolah-sekolah di Malaysia
Mengamalkan „konsep pembankan‟?
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
9
Pengetahuan harus dianggap sebagai dinamik dan tidak statik, saling berkait dan tidak
terpisah. Pengetahuan tidak sepatutnya diterima oleh golongan miskin dan buta huruf
tanpa penilaian kritis.
METODOLOGI FREIRE MENGKAJI MASALAH MASYARAKAT
Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu
pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang
mereka menghadapi:
1. Mengenal pasti Masalah:
Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah (identification of problems). Untuk
mengenal pasti masalah, pelajar dan guru terlibat dalam membuat penyelidikan
tentang masalah yang telah dikenal pasti. Guru perlu mengetahui latar belakang
pelajar seperti kerja mereka, kehidupan sekolah mereka dan isu-isu yang dihadapi
oleh mereka
2. Menghasilkan Kod
Langkah kedua adalah untuk mewakili
masalah dengan menggunakan kod tertentu
seperti melukis masalah dalam bentuk rajah,
menggunakan objek atau mengadakan
pertunjukan boneka atau puppet show (Lihat
Rajah 7.4). Kemudian guru membincang
bersama pelajar tenatang lukisan atau
pertunjukan boneka dan masalah yang
diwakili.
3. Pelajar Menceritakan Pengalaman Mereka dengan Masalah yang Dikenal
Pasti
Langkah ketiga, pelajar menghuraikan masalah yang ditunjukkan (lukisan atau
pertunjukan boneka) dalam kumpulan. Mereka diminta mengaitkan pengalaman
mereka dengan masalah.
4. Menganalisis Masalah atau Situasi
Langkah keempat adalah apabila pelajar dan guru bertanya mengapa masalah
berkenaan berlaku dan punca masalah. Masalah dianalisis daripada tiga perspektif:
a) peribadi, b) budaya, & c) institusi.
Kemudian ahli-ahlai diminta melukis 'pokok masalah‟ (Lihat Rajah 7.5).
 BATANG mewakili masalah-masalah tertentu (problems) yang telah
dipersetujui ahli kumpulan
 DAUN mewakili akibat / kesan (effects) masalah
 AKAR mewakili punca (causes) masalah
Rajah 7.4 Pertunjukan boneka
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
10

5. Bertindak dan Mengubah Keadaan:
Langkah terakhir melibatkan kedua-dua pelajar dan guru membincang pelan tindakan
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serte merta dan diikuti dengan pelan
tindakan jangka panjang.
KAEDAH LATIHAN LITERASI UNTUK ORANG DEWASA OLEH FREIRE
Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah
pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".
Berikut adalah langkah-langkah kaedah berkenaan:
Langkah 1: Konteks
Langkah pertama ialah mengkaji konteks atau keadaan sekitar di mana latihan literasi
dikendalikan. Guru meneliti kehidupan orang yang diajar serta bahasa yang
digunakan (seperti kosa kata tempatan) dan masalah yang dihadapi. Temu duga
dilakukan untuk mengetahui keinginan, kekecewaan mereka, dan harapan mereka.
Usaha dilakukan untuk melibatkan rakyat tempatan pada peringkat awal lagi. Freire
menegaskan bahawa bahasa dan perkataan yang digunakan dalam latihan literasi perlu
datang daripada penduduk tempatan dan bukan dari guru.
Rajah 7.5 Pokok Masalah
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
11
Langkah 2: Pemilihan Perkataan
Langkah kedua ialah pemilihan 'perkataan generatif'. Menurut Freire, perkataan
adalah "generatif" apabila ia menggalakkan pelajar mempelajari perkataan baru. Tiga
kriteria yang perlu digunakan dalam memilih kata-kata ialah:
1) Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis dan Sepanyol
[Portugis adalah bahasa kebangsaan Brazil dan Sepanyol adalah bahasa
kebangsaan jiran-jirannya seperti Bolivia & Mexico).
2) Perkataan-perkataan yang dipilih perlu disusun supaya pelajar mula dengan
mempelajari perkataan dan sebutan yang mudah kepada perkataan dan sebutan
yang lebih kompleks.
3) Perkataan yang dipilih mestilah berguna dalam memahami dan menerangkan
kehidupan seharian, budaya dan politik penduduk tempatan (contohnya
perkataan Portugis vot = undi, favela = setinggan, povo = rakyat)
Langkah 3: Latihan Literasi
Langkah ketiga ialah pelaksanaan latihan literasi
sebenar. Pelajar diperkenalkan kepada perkataan
generatif. Gambar dan ilustrasi digunakan untuk
menjelaskan maksud sesuatu perkataan.
Sesuatu perkataan dipisahkan kepada suku
katanya. Contohnya, perkataan favela yang
bermakna setinggan dipisahkan kepada fa-ve-lah.
Sambil pelajar mengdekod perkataan favela,
mereka juga disedarkan tentang keadaan
setinggan yang mereka tinggal.
Bagi Freire, latihan literasi bukanlah satu proses
mekanikal semata-mata untuk mengajar seorang
untuk membaca dan menulis. Ia adalah untuk
membawa kesedaran tentang pihak berkuasa
yang menindas mereka dan kuasa ditangan
mereka untuk mencabar pihak berkuasa dan
menuntut kebebasan
Rajah 7.6 Freire mengajar kelas
dewasa
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
12
Berikut ialah pandangan Paulo Freire tenatang Guru:
 Guru mestilah seorang yang rendah diri, penyayang dan menghormati pelajar.
Guru yang merendah diri akan mendengar dan memahami kehendak dan
masalah pelajar miskin dan jahil.
 Guru mestilah peka terhadapa keperluan pelajar dan boleh mentafsir bahasa
lisan dan bukan lisan pelajar.
 Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan
ia harus dimansuhkan. Beliau mencadangkan bahawa hubungan antara guru
dan pelajar haruslah seperti hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka. Iaitu,
suatu hubungan yang mesra, saling menghormati dan hubungan dua hala.
 Beliau juga tidak setuju dengan amalan bahawa “guru terhad kepada mengajar
dan murid terhad kepada belajar”. Sebaliknya, beliau mencadangkan bahawa
keadaan perlu diwujud dimana “guru juga belajar dan pelajar diberi peluang
mengajar”. Ini akan menggalakkan penglibatan secara aktif kedua-dua guru
dan pelajar dalam proses pendidikan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan secara ringkas kaedah yang cadangkan
Freire dalam penyelesaian masalah. Sejauh manakah
anda bersetuju kaedah ini berkesan?
b) Bincangkan keberkesanan penggunaan „pokok masalah‟.
c) Komen tentang kaedah latihan literasi yang dicadangkan
Freire. Adakah anda bersetuju?
7.4 PENDAPAT PAULO FREIRE TENTANG GURU
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
13
Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath
Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. Bapanya
seorang peguam dan pencinta seni dan sastera yang
berfikiran liberal. Sebaliknya, ibunya adalah seorang
Hindu yang soleh dan berpegang kepada amalan agama
Hindu. Pengaruh kedua-dua ibu bapanya, walaupun
berbeza menyediakan persekitaran di mana
Narendranath diasuh menjadi belia bercita-cita tinggi.
Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang
luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan
bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-
bilah. Sejak kecil lagi Narendranath dikagumi oleh
sami-sami yang mengembara (wandering monks) dan
mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menjadi
seorang sami.
Setelah selesai matrikulasi, Narendranath menyertai
sebuah kolej untuk melanjutkan pelajaran. Beliau mempelajari falsafah barat dan ini
telah menimbulkan beberapa keraguan. Apabila beliau berjumpa dengan
cendiakawan-cendiakawan, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan
mereka.
Beliau telah mendengar tentang seorang ketua agama terkenal bernama Sri
Ramakrishna Paramahamsa yang tidak pernah mempunyai pendidikan formal.
Narendranath pergi ke Dakshineshwar dengan kawan-kawannya untuk menemui
Ramakrishna. Di khalayak ramai, dia bertanya kepada Ramakrishna .... "Pernahkah
anda melihat Tuhan?". Ramakrishna menjawab, "Ya, saya ada, sama seperti saya
melihat anda". Narendra berazam untuk belajar daripada beliau.
Tidak lama kemudian, Narendranath telah meneriama Ramakrishna sebagai gurunya
dan seterusnya menjadi pengikutnya. Ramakrishna sangat tertarik dengan soalan-
soalan yang ditanya pengikut kesayangannya.
Apabila Ramakrishna meninggal dunia, beliau mengambil menjaga semua sami alam
kuil. Akhirnya Narendranath telah melepaskan segala harta benda duniawi dan
menjadi 'Sanyasi' iaitu seorang yang hidup dengan sederhana, berjimat dan hampir
hidup sebagai mengemis. Beliau kenali sebagai Swami Vivekananda.
Swami Viviekananda mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah, serta memastikan semua
orang bersenam dan bermeditasi atau bertafakur. Pada tahun 1893, beliau menghadiri
Persidangan Agama-Agama Sedunia di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam ucapan
utama, beliau mengatakan bahawa semua agama sampai ke Tuhan yang sama, seperti
SWAMI VIVEKANANDA
1863–1902
7.5 SIAPAKAH SWAMI VIVEKANANDA?
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
14
semua sungai akhirnya akan sampai ke lautan. Beliau mengatakan, “Saya telah
mengkaji semua agama – Hinduisme, Islam, Kristian – dan dapati bahawa perjalannya
mungin berbeza tetapi semua menuju ke Tuhan yang sama” (Gospel, 35).
Pada tahun 1897, beliau mendirikan Misi Ramakrishna di India, berhampiran Sungai
Ganges. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan masyarakat miskin dengan
menyediakan peluang pelajaran, kemudahan perubatan dan sebagainya. Beliau
Beliau meninggal dunia pada tahun 1902 pada uisa 39 tahun. Dia telah menulis kira-
kira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal.
Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin
Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India.
Pengajaran asas Vedanta ialah Tuhan wujud dalam setiap makhluk hidup. Agama
ialah mencari pengetahuan-kendiri (self-knowledge) dan mencari ketuhanan dalam
diri sendiri. Doktrin Vedanta mengakui bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang
berbeza mendekati Tuhan, dan semua adalah sah. Apa jua jenis amalan kerohanian
atau „spiritual‟ akan membawa kepada kesedaran diri. Oleh itu, Doktrin Vedanta
mengajar manusia menghormati semua agama.
Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan
gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Walau pun beliau tidak menulis
buku tertentu tentang pendidikan, beliau telah menyumbang pelbagai hujah yang
relevan hingga ke hari ini. Untuk memahami pendapat, kita perlu menganalisis
penyataan beliau terkenal seperti berikut:
Apakah makna pernyataan ini?
 Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan,
kemahiran dan pengetahuan sedia ada (already in man) pada semua manusia.
Dengan perkataan lain, manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan
yang menunggu dicungkil.
7.6 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG MATLAMAT
PENDIDIKAN
“Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada
pada individu”
‘Education is the manifestation of the perfection already in man’
(CW, vol. IV, p. 358).
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
15
 Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk pelajar
meunjukkan potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Ia
umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang
macis. Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan
melahiran manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak
bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi
cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol. VII, pp. 147–148). Perempuan mesti
mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang
mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).
 Perkataan kesempurnaan dalam takrif pendidikan juga amat penting. Kita
dapat melihat bahawa setiap perbuatan yang berkaitan dengan pembelajaran,
latihan, dan sebagainya, adalah sebahagian daripada proses ke arah akhir yang
adalah kesempurnaan. Beliau menghuraikan lanjut mengenai konsep
'kesempurnaan' yang menurut beliau adalah untuk menangani pelbagai
masalah yang manusia hadapi dalam masyarakat. Kata beliau,
MELATIH MINDA
Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". Tumpuan
hendaklah diberikan kepada melatih minda pelajar dan bukan hanya setakat
mengumpulan fakta, menghafal atau mengulangi fakta ayng dipelajari.
Dalam jangka masa panjang, memuatkan minda seseorang dengan maklumat dan
kemahiran teknikal adalah sia-sia dan tidak berguna selagi minda seseorang tidak
diperkukuhkan dan dilatih. Latihan minda menurut Vivekananda melibatkan
konsentrasi dan ketabahan.
 Konsentrasi ialah kebolehan menumpukan kepada yang relevan dan penting
dan mengenipakan yang lain. Keupayaan konsentrasi yang tinggi akan dapat
membawa pencapaian dan penguasaan yang tinggi dalam apa jua bidang.
AKTIVTI PEMBELAJARAN
a) Perihalkan riwayat hidup Vivekananda
b) Apakah maksud pernyataan “Pendidikan ialah
manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu”?
Adakah anda bersetuju?
Pendidikan yang tidak membantu dalam menyiapkan rakyat jelata
menghadapai cabaran hidup serta memperkekuatkan watak, semangat
kedermawanan, dan keberanian seekor singa bukan pendidikan sebenar.
Pendidikan sebenar mesti melahirkan individu yang boleh berdikari
(CW, vol. VII, ms 147-148).
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
16
 Ketabahan harus disemaikan di kalangan pelajar kerana ia memperkukuhkan
watak pelajar untuk terus maju dalam proses pembelajaran.
PEMBENTUKAN WATAK
Pendidikan perlu berusaha untuk membina watak pelajar. Menurut Vivekananda,
orang yang menjadi kawan kita akan menentukan sama ada kita menjadi baik atau
jahat dan seterusnya perwatakan kita. Oleh itu guru memainkan peranan penting
dengan menjadi teladan kepada pelajar dengan memupuk nilai moral yang positif.
Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan
sendiri, apa itu yang betul dan apa itu yang salah.
Apabila mengajar tentang nilai moral, adalah lebih bermakna sekiranya pelajar
membincang tentang nilai-nilai moral yang ingin disemaikan dan tidak semata-mata
mendengar tentang nilai-nilai moral.
PERANAN AGAMA
Vivekananda menegaskan bahawa pembangunkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai moral pelajar adalah tidak mencukupi. Menurutnya, pendidikan hari ini
mengabaikan kerohanian atau aspek spiritual manusia. Manusia tidak hanya terhad
kepada aspek tubuh fizikal dan minda, tetapi sama penting ialah aspek kerohanian
yang sering kali diabaikan dalam sistem pendidikan.
Hanya apabila hikmah, keamanan, keikhlasan, kasih sayang, keprihatinan terhadap
orang lain dan nilai-nilai lain menjadi nyata, seseorang itu dianggap manusia yang
sebenar.Vivekananda mengesyorkan agar agama menjadi teras pendidikan.
Apabila, beliau menyebut tentang „agama‟, beliau tidak menumpukan kepada sesuatu
agama tertentu. Beliau menekankan kepada prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam
semua agama yang boleh membawa perubahan yang diingini. Tumpuan ialah kepada
prinsip-prinsip agama yang dapat menguatkan mental dan memperluaskan pandangan
sesorang. Agama hendak elak menjadi terlalu dogmatik atau terhad kepada ritual
semata-mata.
PENDIDIKAN UNTUK ORANG MISKIN DAN KAUM WANITA
Vivekananda memperjuangkan hak golongan miskin dan lemah di India. Beliau
menegaskan bahawa pendidikan adalah jalan untuk menyelesaikan masalah golongan
miskin dan terpinggir. Adalah tanggungjawab golongan atasan, yang telah menerima
pendidikan membantu golongan miskin. Golongan ini harus tampil ke hadapan dan
membasmi kemiskinan melalui pendidikan.
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
17
Vivekananda amat bimbang tentang pengabaian wanita di India. Beliau menegaskan
bahawa wanita perlu dididik, kerana wanita yang membentuk generasi masa depan
dan destinasi negara.
Beliau sedar bahawa jika wanita diberi peluang pendidikan, mereka akan dapat
menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan cara mereka sendiri.
Walaupun lelaki dan wanita mempunyai kebolehan yang sama, beliau mengesyorkan
pengenalan subjek seperti jahitan, kejururawatan, sains rumahtangga, seni kulinari,
dan sebagainya untuk pendidikan wanita.
Rajah 7.7 Pendidikan untuk
wanita
AKVITI PEMBELAJARAN
a) Mengapa Vivekananda menegaskan pentingnya
konsentrasi dan ketabahan?
b) Mengapa beliau tidak bersetuju dengan hafalan?
c) Mengapa agama penting?
d) Apakah pendapat Vivekananda tentang pendidikan
untuk wanita?
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
18
Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk
mengelakkan minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan
perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus
kepada yang penting.
Contohnya, kanta cembung menumpukan
cahaya matahari pada satu poin hingga dapat
membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 7.7).
 Peranan guru ialah untuk membentuk
perwatakan pelajar supaya mereka boleh
membeza di antara baik dan buruk.
 Guru mempunyai pengaruh positif terhadap
pelajar dibawah jagaannya dengan
menunjukkan teladan yang baik dan
mengamal nilai-nilai yang diterima
masyarakat.
 Apabila membincang isu „betul atau salah‟, pelajar hendaklah digalakkan
membincang mengapa sesuatu tindakan itu „betul atau salah‟.
 Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf
sosioekonomi, kasta atau jantina.
 Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang
membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan
(Prabhananda, 1993).
 Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak
disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan.
 Menurut Vivekananda, “guru yang berkesan ialah guru yang dapat
menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar” (CW, vol.
IV, p. 183).
Rajah 7.7 Kanta cembung
menumpukan cahaya
matahari
7.7 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG PERANAN GURU
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
19
 Pengajaran ialah seperti menanam pokok.
Tugas guru ialah menyiramnya dengan air,
memastikan pokok itu mendapat udara dan
baja yang mencukupi dan membiarkannya
bertumbuh dengan sendiri.
MATA PELAJARAN
Apakah subjek yang perlu diajar di sekolah-sekolah?
 Nilai-nilai budaya negara harus menjadi sebahagian besar daripada kurikulum
sekolah.
 Beliau mencadangkan pengajaran yang kitab klasik seperti Ramayana,
Mahabharata, Gita, Veda dan Upanishad untuk menyemai nilai-nilai
kerohanian
 Disyorkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
 Beliau juga mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit.
Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menguasai sains dan teknologi Barat.
 Bahasa Sanskrit adalah penting untuk mempelajari secara mendalam kitab-
kitab klasik.
 Mata pelajaran lain yang perlu diajar adalah pendidikan jasmani, seni halus,
sains dan teknologi.
 Pelajaran teknikal adalah penting untuk pembangunan industri, supaya
individu, bukan sahaja menjadi pekerja bergaji, tetapi dapat bekerja sendiri
dan menyara diri sendiri serta menyimpan duit untuk masa depan..
Rajah 7.8. Pengajaran
ialah seperti menanam
pokok
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah pendapat Vivekanada tentang peranan guru?
b) Senaraikan mata pelajaran yang disyorkan oleh
Vivekananda.
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
20
RINGKASAN
 Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19
September, 1921.
 Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan
memakasa mereka mengikuti sesuatu.
 Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh
Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di
Norte.
 Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di
Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses
demokrasi.
 Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan.
 Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan
membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.
 Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk
membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan
memahami masalah yang mereka menghadapi.
 Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan
kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo
Freire".
 Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia
harus dimansuhkan.
 Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada
tahun 1863 di Calcutta.
 Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan
keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar
adalah berkacau-bilah.
 Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan
doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno
di India.
 Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk
menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia.
 Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda".
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
21
 Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh
membeza di antara baik dan buruk.
 Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf
sosioekonomi, kasta atau jantina.
REFERENCES
 Sudipta Dutta Roy, Education in the Vision of Swami Vivekananda.
Prabuddha Bharata.
 Gerhardt, Heinz-Peter (1996). Prospects: the quarterly review of comparative
education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 3/4,
1993, p.439–58.
 Smith, M. K. (1997, 2002) 'Paulo Freire and informal education', the
encyclopaedia of informal education. [www.infed.org/thinkers/et-freir.htm].

More Related Content

What's hot

EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurEDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurPihin Hassanal
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Alya Ismahani
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Kepentingan hijrah
Kepentingan hijrahKepentingan hijrah
Kepentingan hijrahShakila Isa
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHSitti Aysa
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Hafezah Yusof
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruVince Here
 
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depanBab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depanninawariz
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 

What's hot (20)

EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurEDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
RPH Bahsa arab
RPH Bahsa arabRPH Bahsa arab
RPH Bahsa arab
 
Zoltan Kodaly
Zoltan KodalyZoltan Kodaly
Zoltan Kodaly
 
Kepentingan hijrah
Kepentingan hijrahKepentingan hijrah
Kepentingan hijrah
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAH
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)
 
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja: Perkembangan Pendidikan Vokasi...
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guruBab 7 Modal insan dan kerjaya guru
Bab 7 Modal insan dan kerjaya guru
 
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depanBab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 

Similar to 205220328 bab7-freire-swami-vivekananda-epe211

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikannormazua
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanMSURATISIDEK
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansaifatul
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikannormazua
 
pendemokrasian pendidikan
pendemokrasian pendidikanpendemokrasian pendidikan
pendemokrasian pendidikansaifatul
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanTeacherSofea
 
Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian PendidikanPendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian PendidikanRosnaliza07
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanJack Ong
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanwmaswa80
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanRoslan Omar
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanmazida tan ahmad
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanzikril65
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 

Similar to 205220328 bab7-freire-swami-vivekananda-epe211 (20)

sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Perjuangan insan pendidik
Perjuangan insan pendidikPerjuangan insan pendidik
Perjuangan insan pendidik
 
CONTOH KAJIAN KES (3).pptx
CONTOH KAJIAN KES (3).pptxCONTOH KAJIAN KES (3).pptx
CONTOH KAJIAN KES (3).pptx
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
pendemokrasian pendidikan
pendemokrasian pendidikanpendemokrasian pendidikan
pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian PendidikanPendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian Pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 

Recently uploaded

PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 

Recently uploaded (7)

PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 

205220328 bab7-freire-swami-vivekananda-epe211

  • 1. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 1 BBBaaabbb 777::: PPPaaauuulllooo FFFrrreeeiiirrreee dddaaannn VVViiivvveeekkkaaannnaaannndddaaa Tak Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:  Memerihal latarbelakang Paulo Freire  Menilai pandangan Freire tentang peranan pendidikan  Jelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Freire  Menganalisis pendapat Vivikananda tentang matlamat pendidikan  Menilai cadangan Vivikananda tentang kurikulum Chapter Outline 7.1 Siapakah Paulo Freire? 7.2 Pandangan Freire tentang pendidikan 7.3 Kurikulum menurut Freire 7.4 Kaedah mengajar menurut Freire 7.5 Siapakah Vivekananda? 7.6 Matlamat pendidikan menurut Vivekananda 7.7 Kurikulum menurut Vivekananda Ringkasan References Bab ini membincang hujah-hujah yang dikemukakan oleh dua ahli falsafah tentang pendidikan; iaitu, Paulo Freire dan Swami Vivekananda. Freire yang berasal daripada Brazil menekankan pentingnya pendidikan membawa kesedaran di kalangan golongan miskin tentang masalah yang dihadapi. Vivekananda yang berasal daripada India menegaskan pentingnya melahirkan kebolehan yang sedia ada pada individu. Beliau menyenarakan beberapa peranan guru dan pentingnya golongan miskan dan kaum wanti diberi peluang pendidikan. Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perspektif Awal Tentang Kurikulum Bab 3: Confucius dan Mencius Bab 4: Al-Farabi dan Ibnu Sina Bab 5: Socrates, Plato & Aristotle Bab 6: Jean Rousseau & John Locke Bab 7: Paulo Freire dan Swami Vivekananda Bab 8: Rabindranath Tagore and Froebel Bab 9: Kemahiran Abad ke21
  • 2. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 2 Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921. Pada ketika itu Brazil adalah mundur. Dia bersama adiknya dididik untuk mengikuti agama Katolik secara traditional oleh ibu mereka. Bapa beliau meninggal dunia ketika dia berumur 13 tahun. Ibunya berjaya memujuk sebuah sekolah menengah swasta di Recife menerima anaknya sebagai pelajar dan diberi biasiswasa. Oleh kerana Freire datang daripada keluarga berpendapatan rendah, beliau menghadapi kesulitan menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar lain daripada golongan kaya. Di antara 1928 hingga 1932, dunia menghadapi krisis ekonomi yang sungguh teruk. Keluarga Freire berpindah ke Jaboatão kerana ia lebih murah dan tidak mampu terus bermaustatin di Recife. Oleh demikian, Freire telah kehilangan dua tahun sekolah menengah. Beliau dianggap sebagai pelajar sederhana sehingga tamat sekolah menengah. Di Jaboatão, Freire mula sedar tentang dunia sekeliling dan sungguh prihatin tentang kemiskinan penduduk tempatan. Contohnya, terdapat ramai orang yang tidak cukup makan dan ada pula yang kebuluran. Pada umur 20 tahun, Freire mempelajari undang-undang tetapi pengajiannya terkandas akhibat kemiskinan dan terpaksa mencari kerja untuk membantu keluarganya. Ketika mengikuti program undang-undang, beliau menguasai tatabahasa Protugis serta mempelajari falsafah dan sosiologi bahasa. Pada tahun 1944 beliau berkhawin dengan Elza Maia Costa Oliveira, seorang guru sekolah rendah. Freire mula bekerja sebagai peguam tetapi telah menamatkan bekerja sebagai peguam sebelum membela kliennya yang pertama, seorang doktor gigi. Lihat perbualan di bawah dengan isterinya. Paulo Freire (1921 – 1997) "I spelled rat with two 'rs' (i.e. rrat) until I was fifteen”. 7.1 SIAPAKAH PAULO FREIRE?
  • 3. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 3 Isterinya mempunyai pengaruh yang nyata dalam kehidupan Freire serta penglibatan beliau dalam pendidikan. Pada tahun 1957, Freire telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Pernambuco. Tesis beliau bertajuk “Pendidikan Dewasa dan Masyarakat Terpinngir: Masalah Mocambos” ( Education of Adults and Marginal Populations: the Mocambos Problem) yang dibentangkan dalam susatu Persidangan Pendidikan, memberi tumpuan kepada kehidupan seharian pelajar. Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu. Ini berbeza dengan masayarakat Brazil yang autokratik, mengamal diskriminasi dan elitist selama berabad-abad memperhambakan kaum miskin. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah dan Falsafah Pendidikan di Sekolah of Seni Halus, Universit Recife. Selain daripada kegiatan akademik dan pentadbiran, Freire giat terlibat dengan pergerakan pendidikan untuk rakyat jelata pada awal tahun 1960-an. Yang paling tereknal ialah Gerakan Kebudayaan Popular (Movement for Popular Culture) di Recife. Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte. Freire mencuba kaedah mengajar dikalangan 300 petani tebu (Lihat Rajah 7.1). Apabila eksperimen telah beliau berjaya, Freire telah dijemput oleh Presiden Joao Belchior Goulart untuk melaksanakan kempen literasi di seluruh negara. Program ini melibatkan 5 juta dewasa yang buta huruf. Pada mas itu, di Barazil hanya individu yang kenal huruf dibenarakan mengundi. Ini telah menghadkan bilangan orang yang boleh mengundi dan secara tak langusung mengekalkan kuasa di kalangan segelintir tuanpunya tanah. Kini kedudukan dan kuasa tuanpunya tanah mula terancam dengan penambahan bilangan kaum tani yang mempunyai kuasa dan hak mengundi. Frerie: "You know what, I'm not going to be a lawyer." Elza: "I was hoping for that. You're an educator" (source: Pedagogy of Hope, p. 17). Rajah 7.1: Kempen membaca “The "Bare feet can also learn to read"
  • 4. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 4 Bagaimana pun, program mendidik kaum tani terjejas apabila pihak tentera telah mengambil alih kuasa dengan mengguling kerajaan Preident Joao Belchior Goulart dan pemerintahan tentera dikenalkan selama 20 tahun. Freire telah ditangkap dan dipenjarakan di Olinda dan sekali lagi Recife selama lebih dua bulan, Beliau terpaksa memohon perlindungan politik di kedutaan Bolivia di Rio dan melarikan diri ke La Paz, Bolivia. Kemudian, kerana masalah kesihtan, Beliau berpindah ke Santiago, Chile (Lihat Rajah 7.2). Beliau berada di dalam keadaan buangan di Chile selama hampir 16 tahun di mana beliau bekerja sebagai seorang pendidik dewasa. Kemudian, di antara 1969-1970, beliau pergi ke Harvard University, Massachusetts, Amerika Syarikat. Setahun kemudian Freire berpindah ke Geneva, Switzerland hingga 1979. Beliau bekerja dan mengembara di bawah naungan Majlis Gereja Sedunia (World Council of Churches) sebagai duta literasi Dunia Ketiga. Freire telah mengembara ke merata dunia, berdialog dan memberi syarahan tentang idea dan pengalaman beliau di dalam seminar, persidangan dan kongres. Beliau juga menjadi penasihat kepada kerajaan-kerajaan yang memberontak di Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean. Freire kembali ke Brazil pada tahun 1980 dan dilantik sebagai profesor di Catholic University of Sao Paulo. Kemudian beliau dijemput memegang jawatan sebagai Setiausaha Perbandaran Pendidikan dalam pentadbiran Datuk Bandar Luiza Erundina. Beliau memperkenalkan suatu model pendidikan untuk tadikda dan skeolah di kawasan-kawasan miskin yang melibatkan kira-kira sejuta kanak-kanak. Beliau juga memperkenalkan program baru untuk mempertingkatkan tahap literasi dikalangan dewasa yang miskin. Freire meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 75 tahun akhibat serangan jantung. Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi. AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Perihalkan riwayat hidup Paulo Freire b) Apakah keadaan masyrakat Brazil ketika itu? c) Bagaimana Freire cuba menyelesaiakn masalah masyarakay Brazil? Rajah 7.2: Peta Amerika Syarikat
  • 5. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 5 HASIL KARYA FREIRE Pedagogy of the Oppressed (Pedagogi Orang Terdindas) ialah buku yang diterbitkan pada tahun 1972 dan merupakan karya beliau yang paling terkenal. Dalamnya diperkenalkan “konsep perbankan” (banking concept) yang mengandaikan pelajar sebagai tin kosong dan ilmu dicurahkan ke dalam.  Beliau menentang sistem pendidikan yang menganggap manusia sebagai objek atau alat.  Beliau berhujah bahawa pendidikan harus merupakan suatu eksplorasi budaya dengan bertumpu mempelajari budaya sendiri.  Tugas pendidikan ialah untuk membebaskan rakyat daripada keadaan kemiskinan. Pedagogy of Hope (Pedagogi Harapan) ialah sebuah buku yang diterbitkan Freire pada tahun 1992. Dalam buku ini, beliau berhujah bahawa tanpa harapan, kita mudah putus asa dan tidak boleh mula berjuang untuk menukar keadaan. Walau bagaimanapun, hanya mempunyai harapan tidak mencukupi kerana perlu diikuti dengan tindakan  Adalah tidak mencukupi hanya menyampaikan ilmu (transmit knowledge) tetapi pelajar perlu digalakkan untuk bertanya "kenapa" tentang fakta-fakta ekonomi, sosial, politik, ideologi dan sejarah yang disampikan.  Pelajar perlu diajar untuk belajar (learn how to learn)  Pelajar perlu diajar tentang budaya mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh berfikiran sempit tetapi mempunyai perspektif global. Buku-Buku Lain  The Politics of Education: Culture, Power, and Liberation diterbitkan pada 1985.  Literacy: Reading the Word & the World. (1987). Boston, Massachusetts: Bergin & Garvey Publishers.  Pedagogy of the City. (1993). New York: Continuum Press.
  • 6. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 6  Letters to Cristina: Reflections on My Life and Work. (1996). New York: Routledge.  Pedagogy of the Heart. (1997). New York: Continuum Press.  Teachers as Cultural Workers. Letters to those Who Dare to Teach (1997). Boulder, CO: Westview Press. Beliau sangat mengambil berat tentang rakyat yang miskin dan buta huruf negara yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Beliau mahu orang-orang yang terpinggir ini dididik; untuk memberi kuasa kepada mereka supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Freire berpegang kepada perspektif “REKONSTRUKTIVISME” yang melihat peranan pendidikan sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang tidak adil (Kita telah membincang perspektif ini di Bab 2). Pendidikan harus meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan mempersoalkan apa sahaja yang mereka belajar. Kewarganegaraan Pendidikan boleh diakses oleh golongan miskin dan yang ditindas bukan sahaja di Brazil tetapi diseluruh dunia. Pendidikan harus mengajar kewarganegaraan. Apakah kewarganegaraan? 7.2 PENDIDIKAN MENURUT PAULO FREIRE Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja, makan, berpakaian, memakai kasut, tidur di sebuah rumah, untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, bercinta, marah, menangis, untuk membantah, untuk menyokong, untuk bergerak, menganuti apa jua agama, menyertai apa jua parti, mendidik diri sendiri dan keluarga. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972.]
  • 7. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 7 Tolenrasi Freire inginkan sistem pendidikan mengajar pelajar supaya menjadi lebih toleran. Apakah tolenrasi? Konsep Perbankan Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan. Apakah konsep perbankan? Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang besar. Pelajar datang ke "bank" atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka memerlukan untuk kehidupan seharian (Lihat Rajah 7.3). Beliau berhujah bahawa ilmu bukanlah sesuatu komoditi yang boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Pelajar perlu membina pengetahuan daripada pengetahuan sedia ada mereka. Guru-guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami dunia mereka supaya guru memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka. Guru menyimpan maklumat Pelajar mengeluarkan maklumat Tolenrasi memerlukan hormat, disiplin dan etika……Tolenrasi ialah satu sifat mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang berlainan. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan menghormati perbezaan. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 42] AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Senaraikan hasil karya Paulo Freire. b) Apakah yang ditekankan dalam buku Pedagogy of the Oppressed and Pedagogy of Hope? c) Apakah implikasi terhadap pendidikan hari ini? Rajah 7.3 Konsep perbankan
  • 8. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 8 [Konsep ini sama seperti diutarakan oleh Socrates dalam Bab 3] Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari. Pembelajaran ialah satu proses di mana pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan melalui kefahaman, perbincangan dan refleksi. Untuk mengelakkan orang-orang miskin dan buta huruf daripada dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa, Freire mencadangkan bahawa kurikulum mesti datang secara langsung daripada rakyat dan digubal oleh mereka. Dalam erti kata lain, kurikulum tidak mesti dipisahkan daripada realiti. Pelajar tidak perlu mempelajari sesuatu yang tidak berkaitan dengan dunia sebenar mereka dan tidak penting untuk mereka. Pengetahuan terdiri daripada kandungan, emosi (perasaan) dan logik (pemikiran) dan sekolah harus mengaitkan komponen-komponen ini dan tidak memisahkan antara mereka. Menurutnya, Pengajaran Bahasa Menurut Freire, salah satu kesilapan yang sering dilakukan ialah memisahkan membaca dan menulis. Bertambah pula, sejak awal lagi, kanak-kanak diajar membaca dan menulis sebagai terpisah daripada proses pembelajaran umum. Pemisahan ini diamalkan oleh guru dan juga pelajar secara berterusan. ......pengajaran bukanlan suatu proses pemindahan pengetahuan daripada guru kepada pelajar. Pemindahan secara mekanikal wujud apabila pelajara menghafal, yang saya telah mengkritik. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 22] 7.3 KURIKULUM MENURUT PAULO FREIRE AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan „konsep pembankan‟. Mengapakah Freire menentang „konsep pembankan‟ dalam pendidikan? b) Sejauh manakah sekolah-sekolah di Malaysia Mengamalkan „konsep pembankan‟?
  • 9. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 9 Pengetahuan harus dianggap sebagai dinamik dan tidak statik, saling berkait dan tidak terpisah. Pengetahuan tidak sepatutnya diterima oleh golongan miskin dan buta huruf tanpa penilaian kritis. METODOLOGI FREIRE MENGKAJI MASALAH MASYARAKAT Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi: 1. Mengenal pasti Masalah: Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah (identification of problems). Untuk mengenal pasti masalah, pelajar dan guru terlibat dalam membuat penyelidikan tentang masalah yang telah dikenal pasti. Guru perlu mengetahui latar belakang pelajar seperti kerja mereka, kehidupan sekolah mereka dan isu-isu yang dihadapi oleh mereka 2. Menghasilkan Kod Langkah kedua adalah untuk mewakili masalah dengan menggunakan kod tertentu seperti melukis masalah dalam bentuk rajah, menggunakan objek atau mengadakan pertunjukan boneka atau puppet show (Lihat Rajah 7.4). Kemudian guru membincang bersama pelajar tenatang lukisan atau pertunjukan boneka dan masalah yang diwakili. 3. Pelajar Menceritakan Pengalaman Mereka dengan Masalah yang Dikenal Pasti Langkah ketiga, pelajar menghuraikan masalah yang ditunjukkan (lukisan atau pertunjukan boneka) dalam kumpulan. Mereka diminta mengaitkan pengalaman mereka dengan masalah. 4. Menganalisis Masalah atau Situasi Langkah keempat adalah apabila pelajar dan guru bertanya mengapa masalah berkenaan berlaku dan punca masalah. Masalah dianalisis daripada tiga perspektif: a) peribadi, b) budaya, & c) institusi. Kemudian ahli-ahlai diminta melukis 'pokok masalah‟ (Lihat Rajah 7.5).  BATANG mewakili masalah-masalah tertentu (problems) yang telah dipersetujui ahli kumpulan  DAUN mewakili akibat / kesan (effects) masalah  AKAR mewakili punca (causes) masalah Rajah 7.4 Pertunjukan boneka
  • 10. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 10 5. Bertindak dan Mengubah Keadaan: Langkah terakhir melibatkan kedua-dua pelajar dan guru membincang pelan tindakan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serte merta dan diikuti dengan pelan tindakan jangka panjang. KAEDAH LATIHAN LITERASI UNTUK ORANG DEWASA OLEH FREIRE Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire". Berikut adalah langkah-langkah kaedah berkenaan: Langkah 1: Konteks Langkah pertama ialah mengkaji konteks atau keadaan sekitar di mana latihan literasi dikendalikan. Guru meneliti kehidupan orang yang diajar serta bahasa yang digunakan (seperti kosa kata tempatan) dan masalah yang dihadapi. Temu duga dilakukan untuk mengetahui keinginan, kekecewaan mereka, dan harapan mereka. Usaha dilakukan untuk melibatkan rakyat tempatan pada peringkat awal lagi. Freire menegaskan bahawa bahasa dan perkataan yang digunakan dalam latihan literasi perlu datang daripada penduduk tempatan dan bukan dari guru. Rajah 7.5 Pokok Masalah
  • 11. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 11 Langkah 2: Pemilihan Perkataan Langkah kedua ialah pemilihan 'perkataan generatif'. Menurut Freire, perkataan adalah "generatif" apabila ia menggalakkan pelajar mempelajari perkataan baru. Tiga kriteria yang perlu digunakan dalam memilih kata-kata ialah: 1) Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis dan Sepanyol [Portugis adalah bahasa kebangsaan Brazil dan Sepanyol adalah bahasa kebangsaan jiran-jirannya seperti Bolivia & Mexico). 2) Perkataan-perkataan yang dipilih perlu disusun supaya pelajar mula dengan mempelajari perkataan dan sebutan yang mudah kepada perkataan dan sebutan yang lebih kompleks. 3) Perkataan yang dipilih mestilah berguna dalam memahami dan menerangkan kehidupan seharian, budaya dan politik penduduk tempatan (contohnya perkataan Portugis vot = undi, favela = setinggan, povo = rakyat) Langkah 3: Latihan Literasi Langkah ketiga ialah pelaksanaan latihan literasi sebenar. Pelajar diperkenalkan kepada perkataan generatif. Gambar dan ilustrasi digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu perkataan. Sesuatu perkataan dipisahkan kepada suku katanya. Contohnya, perkataan favela yang bermakna setinggan dipisahkan kepada fa-ve-lah. Sambil pelajar mengdekod perkataan favela, mereka juga disedarkan tentang keadaan setinggan yang mereka tinggal. Bagi Freire, latihan literasi bukanlah satu proses mekanikal semata-mata untuk mengajar seorang untuk membaca dan menulis. Ia adalah untuk membawa kesedaran tentang pihak berkuasa yang menindas mereka dan kuasa ditangan mereka untuk mencabar pihak berkuasa dan menuntut kebebasan Rajah 7.6 Freire mengajar kelas dewasa
  • 12. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 12 Berikut ialah pandangan Paulo Freire tenatang Guru:  Guru mestilah seorang yang rendah diri, penyayang dan menghormati pelajar. Guru yang merendah diri akan mendengar dan memahami kehendak dan masalah pelajar miskin dan jahil.  Guru mestilah peka terhadapa keperluan pelajar dan boleh mentafsir bahasa lisan dan bukan lisan pelajar.  Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan. Beliau mencadangkan bahawa hubungan antara guru dan pelajar haruslah seperti hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka. Iaitu, suatu hubungan yang mesra, saling menghormati dan hubungan dua hala.  Beliau juga tidak setuju dengan amalan bahawa “guru terhad kepada mengajar dan murid terhad kepada belajar”. Sebaliknya, beliau mencadangkan bahawa keadaan perlu diwujud dimana “guru juga belajar dan pelajar diberi peluang mengajar”. Ini akan menggalakkan penglibatan secara aktif kedua-dua guru dan pelajar dalam proses pendidikan. AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Jelaskan secara ringkas kaedah yang cadangkan Freire dalam penyelesaian masalah. Sejauh manakah anda bersetuju kaedah ini berkesan? b) Bincangkan keberkesanan penggunaan „pokok masalah‟. c) Komen tentang kaedah latihan literasi yang dicadangkan Freire. Adakah anda bersetuju? 7.4 PENDAPAT PAULO FREIRE TENTANG GURU
  • 13. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 13 Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. Bapanya seorang peguam dan pencinta seni dan sastera yang berfikiran liberal. Sebaliknya, ibunya adalah seorang Hindu yang soleh dan berpegang kepada amalan agama Hindu. Pengaruh kedua-dua ibu bapanya, walaupun berbeza menyediakan persekitaran di mana Narendranath diasuh menjadi belia bercita-cita tinggi. Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau- bilah. Sejak kecil lagi Narendranath dikagumi oleh sami-sami yang mengembara (wandering monks) dan mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menjadi seorang sami. Setelah selesai matrikulasi, Narendranath menyertai sebuah kolej untuk melanjutkan pelajaran. Beliau mempelajari falsafah barat dan ini telah menimbulkan beberapa keraguan. Apabila beliau berjumpa dengan cendiakawan-cendiakawan, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan mereka. Beliau telah mendengar tentang seorang ketua agama terkenal bernama Sri Ramakrishna Paramahamsa yang tidak pernah mempunyai pendidikan formal. Narendranath pergi ke Dakshineshwar dengan kawan-kawannya untuk menemui Ramakrishna. Di khalayak ramai, dia bertanya kepada Ramakrishna .... "Pernahkah anda melihat Tuhan?". Ramakrishna menjawab, "Ya, saya ada, sama seperti saya melihat anda". Narendra berazam untuk belajar daripada beliau. Tidak lama kemudian, Narendranath telah meneriama Ramakrishna sebagai gurunya dan seterusnya menjadi pengikutnya. Ramakrishna sangat tertarik dengan soalan- soalan yang ditanya pengikut kesayangannya. Apabila Ramakrishna meninggal dunia, beliau mengambil menjaga semua sami alam kuil. Akhirnya Narendranath telah melepaskan segala harta benda duniawi dan menjadi 'Sanyasi' iaitu seorang yang hidup dengan sederhana, berjimat dan hampir hidup sebagai mengemis. Beliau kenali sebagai Swami Vivekananda. Swami Viviekananda mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah, serta memastikan semua orang bersenam dan bermeditasi atau bertafakur. Pada tahun 1893, beliau menghadiri Persidangan Agama-Agama Sedunia di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam ucapan utama, beliau mengatakan bahawa semua agama sampai ke Tuhan yang sama, seperti SWAMI VIVEKANANDA 1863–1902 7.5 SIAPAKAH SWAMI VIVEKANANDA?
  • 14. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 14 semua sungai akhirnya akan sampai ke lautan. Beliau mengatakan, “Saya telah mengkaji semua agama – Hinduisme, Islam, Kristian – dan dapati bahawa perjalannya mungin berbeza tetapi semua menuju ke Tuhan yang sama” (Gospel, 35). Pada tahun 1897, beliau mendirikan Misi Ramakrishna di India, berhampiran Sungai Ganges. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan masyarakat miskin dengan menyediakan peluang pelajaran, kemudahan perubatan dan sebagainya. Beliau Beliau meninggal dunia pada tahun 1902 pada uisa 39 tahun. Dia telah menulis kira- kira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal. Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India. Pengajaran asas Vedanta ialah Tuhan wujud dalam setiap makhluk hidup. Agama ialah mencari pengetahuan-kendiri (self-knowledge) dan mencari ketuhanan dalam diri sendiri. Doktrin Vedanta mengakui bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang berbeza mendekati Tuhan, dan semua adalah sah. Apa jua jenis amalan kerohanian atau „spiritual‟ akan membawa kepada kesedaran diri. Oleh itu, Doktrin Vedanta mengajar manusia menghormati semua agama. Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Walau pun beliau tidak menulis buku tertentu tentang pendidikan, beliau telah menyumbang pelbagai hujah yang relevan hingga ke hari ini. Untuk memahami pendapat, kita perlu menganalisis penyataan beliau terkenal seperti berikut: Apakah makna pernyataan ini?  Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada (already in man) pada semua manusia. Dengan perkataan lain, manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang menunggu dicungkil. 7.6 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG MATLAMAT PENDIDIKAN “Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu” ‘Education is the manifestation of the perfection already in man’ (CW, vol. IV, p. 358).
  • 15. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 15  Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk pelajar meunjukkan potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis. Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol. VII, pp. 147–148). Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).  Perkataan kesempurnaan dalam takrif pendidikan juga amat penting. Kita dapat melihat bahawa setiap perbuatan yang berkaitan dengan pembelajaran, latihan, dan sebagainya, adalah sebahagian daripada proses ke arah akhir yang adalah kesempurnaan. Beliau menghuraikan lanjut mengenai konsep 'kesempurnaan' yang menurut beliau adalah untuk menangani pelbagai masalah yang manusia hadapi dalam masyarakat. Kata beliau, MELATIH MINDA Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". Tumpuan hendaklah diberikan kepada melatih minda pelajar dan bukan hanya setakat mengumpulan fakta, menghafal atau mengulangi fakta ayng dipelajari. Dalam jangka masa panjang, memuatkan minda seseorang dengan maklumat dan kemahiran teknikal adalah sia-sia dan tidak berguna selagi minda seseorang tidak diperkukuhkan dan dilatih. Latihan minda menurut Vivekananda melibatkan konsentrasi dan ketabahan.  Konsentrasi ialah kebolehan menumpukan kepada yang relevan dan penting dan mengenipakan yang lain. Keupayaan konsentrasi yang tinggi akan dapat membawa pencapaian dan penguasaan yang tinggi dalam apa jua bidang. AKTIVTI PEMBELAJARAN a) Perihalkan riwayat hidup Vivekananda b) Apakah maksud pernyataan “Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu”? Adakah anda bersetuju? Pendidikan yang tidak membantu dalam menyiapkan rakyat jelata menghadapai cabaran hidup serta memperkekuatkan watak, semangat kedermawanan, dan keberanian seekor singa bukan pendidikan sebenar. Pendidikan sebenar mesti melahirkan individu yang boleh berdikari (CW, vol. VII, ms 147-148).
  • 16. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 16  Ketabahan harus disemaikan di kalangan pelajar kerana ia memperkukuhkan watak pelajar untuk terus maju dalam proses pembelajaran. PEMBENTUKAN WATAK Pendidikan perlu berusaha untuk membina watak pelajar. Menurut Vivekananda, orang yang menjadi kawan kita akan menentukan sama ada kita menjadi baik atau jahat dan seterusnya perwatakan kita. Oleh itu guru memainkan peranan penting dengan menjadi teladan kepada pelajar dengan memupuk nilai moral yang positif. Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri, apa itu yang betul dan apa itu yang salah. Apabila mengajar tentang nilai moral, adalah lebih bermakna sekiranya pelajar membincang tentang nilai-nilai moral yang ingin disemaikan dan tidak semata-mata mendengar tentang nilai-nilai moral. PERANAN AGAMA Vivekananda menegaskan bahawa pembangunkan pengetahuan, kemahiran dan nilai- nilai moral pelajar adalah tidak mencukupi. Menurutnya, pendidikan hari ini mengabaikan kerohanian atau aspek spiritual manusia. Manusia tidak hanya terhad kepada aspek tubuh fizikal dan minda, tetapi sama penting ialah aspek kerohanian yang sering kali diabaikan dalam sistem pendidikan. Hanya apabila hikmah, keamanan, keikhlasan, kasih sayang, keprihatinan terhadap orang lain dan nilai-nilai lain menjadi nyata, seseorang itu dianggap manusia yang sebenar.Vivekananda mengesyorkan agar agama menjadi teras pendidikan. Apabila, beliau menyebut tentang „agama‟, beliau tidak menumpukan kepada sesuatu agama tertentu. Beliau menekankan kepada prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam semua agama yang boleh membawa perubahan yang diingini. Tumpuan ialah kepada prinsip-prinsip agama yang dapat menguatkan mental dan memperluaskan pandangan sesorang. Agama hendak elak menjadi terlalu dogmatik atau terhad kepada ritual semata-mata. PENDIDIKAN UNTUK ORANG MISKIN DAN KAUM WANITA Vivekananda memperjuangkan hak golongan miskin dan lemah di India. Beliau menegaskan bahawa pendidikan adalah jalan untuk menyelesaikan masalah golongan miskin dan terpinggir. Adalah tanggungjawab golongan atasan, yang telah menerima pendidikan membantu golongan miskin. Golongan ini harus tampil ke hadapan dan membasmi kemiskinan melalui pendidikan.
  • 17. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 17 Vivekananda amat bimbang tentang pengabaian wanita di India. Beliau menegaskan bahawa wanita perlu dididik, kerana wanita yang membentuk generasi masa depan dan destinasi negara. Beliau sedar bahawa jika wanita diberi peluang pendidikan, mereka akan dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan cara mereka sendiri. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai kebolehan yang sama, beliau mengesyorkan pengenalan subjek seperti jahitan, kejururawatan, sains rumahtangga, seni kulinari, dan sebagainya untuk pendidikan wanita. Rajah 7.7 Pendidikan untuk wanita AKVITI PEMBELAJARAN a) Mengapa Vivekananda menegaskan pentingnya konsentrasi dan ketabahan? b) Mengapa beliau tidak bersetuju dengan hafalan? c) Mengapa agama penting? d) Apakah pendapat Vivekananda tentang pendidikan untuk wanita?
  • 18. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 18 Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus kepada yang penting. Contohnya, kanta cembung menumpukan cahaya matahari pada satu poin hingga dapat membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 7.7).  Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.  Guru mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat.  Apabila membincang isu „betul atau salah‟, pelajar hendaklah digalakkan membincang mengapa sesuatu tindakan itu „betul atau salah‟.  Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.  Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan (Prabhananda, 1993).  Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan.  Menurut Vivekananda, “guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar” (CW, vol. IV, p. 183). Rajah 7.7 Kanta cembung menumpukan cahaya matahari 7.7 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG PERANAN GURU
  • 19. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 19  Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Tugas guru ialah menyiramnya dengan air, memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri. MATA PELAJARAN Apakah subjek yang perlu diajar di sekolah-sekolah?  Nilai-nilai budaya negara harus menjadi sebahagian besar daripada kurikulum sekolah.  Beliau mencadangkan pengajaran yang kitab klasik seperti Ramayana, Mahabharata, Gita, Veda dan Upanishad untuk menyemai nilai-nilai kerohanian  Disyorkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.  Beliau juga mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit. Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menguasai sains dan teknologi Barat.  Bahasa Sanskrit adalah penting untuk mempelajari secara mendalam kitab- kitab klasik.  Mata pelajaran lain yang perlu diajar adalah pendidikan jasmani, seni halus, sains dan teknologi.  Pelajaran teknikal adalah penting untuk pembangunan industri, supaya individu, bukan sahaja menjadi pekerja bergaji, tetapi dapat bekerja sendiri dan menyara diri sendiri serta menyimpan duit untuk masa depan.. Rajah 7.8. Pengajaran ialah seperti menanam pokok AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah pendapat Vivekanada tentang peranan guru? b) Senaraikan mata pelajaran yang disyorkan oleh Vivekananda.
  • 20. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 20 RINGKASAN  Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921.  Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu.  Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte.  Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi.  Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan.  Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.  Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi.  Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".  Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan.  Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta.  Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-bilah.  Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India.  Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia.  Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda".
  • 21. Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda 21  Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.  Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina. REFERENCES  Sudipta Dutta Roy, Education in the Vision of Swami Vivekananda. Prabuddha Bharata.  Gerhardt, Heinz-Peter (1996). Prospects: the quarterly review of comparative education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 3/4, 1993, p.439–58.  Smith, M. K. (1997, 2002) 'Paulo Freire and informal education', the encyclopaedia of informal education. [www.infed.org/thinkers/et-freir.htm].