ISI KANDUNGAN




1.0   PENGENALAN                                            1


2.0   BUDAYA SEKOLAH                                        1-3


3.0   ISU YANG BERKAITAN DENGAN BUDAYA SEKOLAH              3


      3.1     MASALAH DISIPLIN GURU DAN PELAJAR             `3-6


      3.2     JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA PELAJAR    6-7


              DI SEKOLAH


      3.3     PENGGUNAAN TRACKING SYSTEM DI SEKOLAH         7-8


      3.4     KESAN PPSMI KE ATAS BUDAYA SEKOLAH            8-9


      3.5     PEMBUDAYAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN          9-10


              PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH


4.0 PENUTUP                                                 11


5.0 BIBLIOGRAFI                                             12
1.0 Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam
merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu
kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di
sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan
yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi
pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan
oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya
tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-
mata.

        Sekolah juga sering kali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi
segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang
tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah
organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Budaya
secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.




2.0 Budaya Sekolah

        Budaya menurut Deal dan Peterson (1999) merupakan entiti keseluruhan komples. Ia
merangkumi aspek-aspek kehidupan serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan
dipraktikkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Manakala budaya sekolah didefinisikan
sebagai keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, dan
tradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak mengenai cara berfikir, merasa
dan bertindak dalam organisasi (Terry Deal, 2002). Menurut Deal dan Peterson (1998), mereka
mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi dan cerita yang
terbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama.

        Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah. Salah satu
daripadanya adalah peraturan dan undang-undang. Sebagai sebuah institusi formal, sekolah
mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian
peraturan dan undang-undang. Faktor yang mempengaruhi kewujudan sekolah yang seterusnya
adalah waktu persekolahan sekolah. Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah
ditetapkan. Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau
didenda oleh pihak sekolah.

       Faktor ketiga pula ialah pengasingan pelajar mengikut umur dan sesetengahnya mengikut
kebolehan dan keupayaan. Sistem ini dikenali sebagai “tracking system” dan dikenali juga
sebagai “streaming” atau “phasing” di sesetengah sekolah. Seterusnya, faktor keempat adalah
upacara dan keramaian di sesebuah sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolah
mempunyai upacara dan keramaian yang tersendiri seperti upacara menaikkan bendera dan lagu
kebangsaan, upacara penyampaian hadiah, hari sukan tahunan dan sebagainya.

       Budaya sekolah turut ditentukan melalui matlamat institusi berkenaan. Matlamat
pendidikan ialah pemindahan budaya,sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan
kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikan
perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam
peperiksaan, akan wujudlah sub budayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besar
sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang
lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.

       Sebenarnya, terdapat tiga jenis budaya sekolah iaitu, budaya Instrumental, budaya Moral
dan budaya Ekspresif. Budaya Instrumental bertujuan untuk mengumpul pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping melahirkan
pelajar dan warganegara yang sempurna. Budaya Ekspesif pula bertujuan untuk memenuhi
kehendak kreatif dan seni pelajar. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menghilangkan
tekanan seperti menyanyi, melukis, menari dan bermain alat muzik. Berlainan pula dengan
budaya Moral yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral yang berkemampuan
membuat pertimbangan tentang tingkah laku yang betul dan salah. Sekolah akan menhukum
pelajar yang melakukan kesalahan dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang membuat
perkara yang betul dan baik.
Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, beberapa ahli sosiologi telah
mengenalpasti dua bentuk budaya yang dominan si sekolah iaitu budaya formal dan budaya
informal. Budaya formal dicerminkan oleh matlamat rasmi sekolah yang menumpu kepada aspek
akademik dan tingkah laku. Perkara ini dimanifestasi melalui jadual waktu, kurikulum, saiz dan
ruang serta susunan bilik darjah. Ianya adalah sesuatu perkara yang telah dirancang. Contohnya
seperti aktiviti kokurikulum, kegiatan kokurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelab
sosial dan unit beruniform yang telah dibentuk secara formal. Budaya informal pula dibentuk
oleh sub budaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibubapa dan dipengaruhi oleh status
ekonomi sosial, jantina dan lain-lain. Antara sub budaya sekolah yang amat mempengaruhi
sesebuah sekolah ialah sub budaya pelajar dan sub budaya guru.

       Terdapat banyak kesan daripada budaya sekolah. Sebagai contoh, budaya sekolah yang
terlalu menekankan pencapaian akademik akan menimbulkan beberapa masalah kepada remaja
seperti pelanggaran peraturan tatatertib, masalah emosi dan jurang pencapaian akademik antara
pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh yang demikian, Beberapa isu akan dikupas
pada bab yang seterusnya yang mengenai kesan budaya sekolah.




3.0 Isu yang Berkaitan Budaya Sekolah

3.1 Masalah Disiplin Guru dan Pelajar

Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi.
Masalah disiplin yang wujud di sekolah bukan sahaja berlaku kepada pelajar malah guru juga
tidak terkecuali dalam masalah ini.

       Disiplin guru merupakan masalah yang tidak diambil serius oleh sesetengah pihak.
Walaupun disiplin guru adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan disiplin murid,
tetapi masalah ini hendaklah dibendung kerana guru merupakan salah satu elemen yang penting
dalam membentuk budaya sekolah yang sihat, bak kata pepatah, guru kencing berdiri, murid
kencing berlari. Antara isu yang berkaitan dengan disiplin guru ialah sikap guru yang suka
melepak. Walaupun perkara ini kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak terutamanya
pihak pengurusan sekolah, tetapi perkara ini dapat memberi kesan yang buruk kepada pelajar
terutamanya. Masalah ini semakin menjadi-jadi sekarang apabila guru yang suka melepak telah
mempengaruhi guru yang lain. Kebanyakannya guru di sekolah suka menghabiskan masa
berjam-jam duduk di kantin sekolah dengan berborak kosong. Bukan sahaja kantin sekolah,
malah bilik guru, makmal komputer dan pondok pengawal keselamatan juga menjadi lokasi
mereka melepak. Sepatutnya guru menghabiskan masa yang terluang untuk merangka
pengajaran mereka seterusnya atau mencari idea        yang lebih menarik untuk pengajaran
seterusnya.

       Isu yang kedua melibatkan disiplin guru adalah isu kelewatan guru datang ke sekolah.
Perkara ini merupakan salah satu yang menjadi lumrah kepada anata guru-guru di setiap sekolah.
Guru tidak mengambil berat akan waktu persekolahan yang sepatutnya. Sebagai contoh,
kebanyakan guru terutamanya guru yang sudah lama berkhidmat mempunyai masalah dalam hal
ini. Mereka memberikan alasan seperti menghantar anak ke sekolah, menguruskan anak-anak
dan mempunyai kes kecemasan. Perkara ini menjadi serius sejak akhir-akhir ini dan kurang
pihak yang ingin tampil ke hadapan untuk membangkitkan isu ini. Perkara ini seharusnya
dibendung dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah disiplin ini.
Antara sebab mengapa perkara ini harus dibendung adalah ia akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran dimana guru akan kelam kabut masuk ke kelas dan tidak
melakukan persediaan langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.

       Isu yang seterusnya membelenggu guru adalah guru yang menjalankan perniagaan
sampingan. Perkara ini menjadi tren atau ikutan kepada kebanyakan guru-guru di sekolah.
Alasan yang biasa diberikan oleh guru apabila ditanya nmengapa mereka melakukan perniagaan
sampingan ini adalah kerana mereka ingin mencari pendapatan sampingan. Perniagaan
sampingan mereka termasuklah menjual produk-produk kesihatan, produk kecantikan malah
guru juga menjual perkakas dapur di sekolah. Walaupun isu ini hanyalah isu yang kecil, tetapi
guru seharusnya tahu dan peka bahawa tujuan utama mereka ke sekolah adalah untuk mengajar
dan bukannya melakukan perniagaan. Hal ini kerana perkara ini secara tidak langsung boleh
mengalihkan tumpuan guru dalam pengajaran.

       Isu yang terakhir berkaitan dengan disiplin guru ialah guru terlalu garang. Seperti kita
ketahui perangai guru yang garang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang terlalu garang akan menimbulkan suasana yang tidak selesa bagi pelajar. Perkara ini
secara tidak langsung menyebabkan pelajar akan belajar dalam keadaan ketakutan. Hasilnya,
pelajar tidak dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuhnya dan boleh menyebabkan
pencapaian pelajar terjejas.

       Selain guru, pelajar juga mempunyai masalah dalam disiplin. Antara isu atau faktor yang
berkaitan dengan disiplin pelajar ialah sikap pelajar, pengaruh media dan teknologi, suasana dan
persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya didikan dari keluarga.

       Isu atau faktor yang dinyatakan berkaitan dengan masalah disiplin pelajar adalah saling
berkait rapat antara satu dengan yang lain. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan oleh
pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa
yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Deshion et al (1991), seseorang individu
akan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut
pandangan ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan
sebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan
tingkah laku. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan
perangai dan sikap buruk daripada rakan sebaya.


       Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besar
pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi
seperti internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang
tidak baik. Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikuti
untuk mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang
menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibuk
mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna.


       Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yang
sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalam
mengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain
itu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling
yang sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang
berguna. Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang
berguna dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam
pelajaran.


3.2 Jurang Pencapaian Matematik antara Pelajar di Sekolah

Jurang pencapaian subjek matematik merupakan satu masalah yang telah menjadi budaya kepada
setiap sekolah di Malaysia. Setiap sekolah di negara ini mempunyai matlamat pendidikan yang
sama, kurikulum yang selaras, tetapi jurang itu masih wujud.. Sebuah kajian yang telah
dilakukan di Malaysia mendapati pencapaian pelajar dalam matematik berkait rapat dengan
keyakinan pelajar itu sendiri terhadap matematik, sumber rujukan yang mencukupi, kekerapan
menggunakan komputer dan selalunya golongan bukan melayu yang mempunyai pencapaian
yang tinggi dalam bidang matematik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jurang
pencapaian dalam subjek Matematik adalah petempatan sekolah itu sama ada berada di luar
bandar atau bandar, iklim sekolah, halangan bahasa dan motivasi pelajar.

         Kita dapat lihat jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar sangat ketara
terutamanya dalam subjek sains dan matematik. Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan
luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2010) masih ketara,
kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (berita harian, 2010). Perkara ini
telah mendapat perhatian dari banyak pihak dan kerajaan juga telah melakukan beberapa
pendekatan untuk mengurangkan lagi jurang antara bandar dengan luar bandar. Antaranya
kerajaan telah memperuntukkan sebahagian daripada duit kerajaan untuk menyumbangkan
komputer riba kepada golongan yang kurang berpendapatan termasuk penduduk daripada luar
bandar. Selain daripada langkah memberikan komputer riba secara percuma, kerajaan seharusnya
membuat pemasangan wifi secara percuma kepada sekolah yang berada di luar bandar. Perkara
ini dapat membantu pelajar yang beraa di luar bandar untuk mengakses maklumat dengan lebih
mudah.

         Faktor halangan bahasa juga menyebabkan jurang pencapaian dalam subjek Matematik.
Bradby, Owing, dan Quinn (1992) menemui kemahiran bahasa inggeris adalah mempunyai
hubungan positif dengan pencapaian matematik apabila mengkaji hubungan skor pencapaian
pelajar keturunan Hispanik dan Asia. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua akan mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris.

       Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalah
motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah
salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Siakp yang sedemikian boleh menyebabkan
kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam
subjek matematik juga akan terjejas.

       Isu ini dapat dibendung dengan kerjasama dari semua pihak. Pihak sekolah seharusnya
mengendalikan banyak motivasi kepada pelajar tentang sikap mereka terhadap subjek
matematik. Ini juga menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing pelajar dalam
pembelajaran anak mereka. Bimbingan daripada ibu bapa akan menyebabkan pelajar merasa
dihargai dan diterima. Selain itu, guru harus mengambil peranan dengan mengadakan aktiviti-
aktivit yang mudah dan menarik untuk pelajar.




3.3 Penggunaan “Tracking System” di Sekolah

Penggunaan „tracking system‟ juga dikenali sebagai „phasing‟ atau „phasing‟ di sesetengah
sekolah. Sistem ini adalah sistem yang rata-rata digunakan di semua sekolah di negara kita.
Melalui sistem ini, pelajar akan dibahagikan dalam kelas mengikut pencapaian pelajar itu sendiri.
Pelajar yang cerdik pandai akan ditempatkan dalam satu kelas yang berbeza manakala pelajar
yang lemah pula akan ditempatkan pada satu kelas yang berlainan. Aktiviti yang diberikan
kepada setiap pelajar juga berlainan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Pemberian guru
mengikut kelas juga mengikut tahap pengalaman guru dimana guru yang pakar dan
berpengalaman akan mengajar kelas yang pandai dan begitu juga sebaliknya.

       Faktor yang menyebabkan wujudnya pengelasan pelajar ini adalah untuk memudahakan
pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kelas yang cerdik pandai akan mempunyai aktiviti yang
berlainan dengan pelajar yang lemah. Selain itu, ini boleh mengurangkan masalah disiplin di
sekolah dimana pelajar yang cerdik pandai akan kurang bergaul dengan pelajar yang bermasalah.
Selain itu, sistem ini akan membantu meningkatkan mutu bagi pelajar yang cerdik pandai.
Kesan daripada penggunaan sistem ini adalah wuud dua golongan pelajar di sekolah iaitu
pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Selain itu, pelajar yang lemah akan mempunyai
masalah emosi seperti kurang keyakinan diri terhadap pelajaran. Pelajar yang lemah juga akan
merasakan guru berat sebelah dan hanya memberikan perhatian kepada pelajar pintar.




3.4 Kesan PPSMI ke Atas Budaya Sekolah

PPSMI merupakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Dasar ini telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Tujuan PPSMI
diperkenalkan adalah untuk memperkukuh penguasan Bahasa Inggeris dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Tetapi, selepas menerima banyak tentangan daripada pelbagai pihak, dasar
ini telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009.
Pemansuhan PPSMI bermula pada tahun 2012.

       Antara faktor mengapa PPSMI mendapat tentangan adalah kerana dasar ini bertentangan
dengan Perlembagaan Negara Perkara 152 iaitu memrtabatkan Bahasa MElayu. Selain itu,
prestasi pelajar merosot dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya pelajar di luar Bandar.
Oleh yang demikian, wujud jurang pencapaian yang tinggi antar pelajar Bandar dan luar Bandar
dalam dua mata pelajaraan ini. Selain itu, wujud bantahan dari pejuang-pejuang Bahasa Melayu,
tokoh-tokoh akademik dan pihak Non Government Organisation (NGO) yang memperjuangkan
Bahasa Melayu.

       Pelaksanaan PPSMI telah meninggalkan kesan negatif terhadap budaya sekolah. Ramai
pelajar Melayu keciciran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana lemah menguasai
Bahasa Inggeris kerana mereka hanya bertutur Bahasa Melayu di rumah. Kesan jangka panjang
adalah wujudnya jurang pencapaina yang tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan hanya kebanyakan
golongan pelajar yang bijak pandai, mereka yang datang daripada keluarga yang berpendidikan
tinggi dan dari keluarga yang mampu sahaja boleh mengikuti dasar ini. Sebaliknya, ramai pelajar
yang datang daripada keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang rendah tercicir dalam
pengajaran dan pembelajaran PPSMI.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan mengambil langkah memansuhkan PPSMI
dan menggantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Untuk mencapai objektif MBMMBI ini, langkah yang perlu diambil adalah
menambahkan bilangan guru Bahsa Inggeris yang berkualti dan menambahkan waktu
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris dari 60 minit ke 90 minit. Bukan itu sahaja, bahasa
Melayu perlu dijadikan bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.




3.5 Pembudayaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di
Sekolah

ICT ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
dan berkenaan dengan semua aspek dan pengurusan dan pemprosesan maklumat. Dalam erti kata
yang lain, ICT adalah keperluan manusia di dalam mengambil dan memindahkan, mengolah dan
memproses informasi dalam konteks sosial yang menguntungkan diri sendiri dan masyarakat
secara keseluruhan. Antara contoh-contoh ICT yang terdapat di sekolah termasuklah mesin
pencetak, kaset video dan audio, radio, televisyen, komputer dan internet.

       Seperti yang kita sedia maklum, ICT pada era globalisasi ini sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana ICT memudahkan para pelajar
memahami isi kandungan pelajaran teutamanya subjek Sains dan Matematik. Selain itu, ICT juga
dapat membantu guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pengajaran dengan lancar
dan teratur. Menurut Abu Bakar Nordin (1991), perkembangan baru ini telah mewujudkan
persekitaran dan pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan
bahan pembelajaran. Bukan itu sahaja, dengan ICT, guru-guru boleh mendedahkan pelajar di
sekolah dengan teknologi baru sejajar dengan era teknologi yang mencabar ini.

       Persoalan utama sekarang adalah bagaimana hendak membudayakan ICT di sekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah? Oelh itu, bagi menyokong
pembudayaan ICT, kerajaan memberikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar
yang terpilih. Tujuan pemberian subangan ini adalah untuk memastikan setiap keluarga di negara
ini memiliki sebuah komputer riba.
Selain itu, untuk membudayakan ICT, dana berbentuk wang amat diperlukan dari pihak
kerajaan untuk membina makmal ICT di sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar Bandar dan
di kawasan pedalaman agar pelajar di kawasan tersebut boleh memperoleh akses yang sama
seperti pelajar di bandar. Di samping itu, pihak sekolah pula perlu memastikan guru-guru
melakukan pengajaran menggunakan ICT sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Sekolah
juag perlu mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan ICT seperti bengkel ICT, hari ICT dan
pameran yang berkaitan dengan ICT untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.

       Ibu bapa juga turut berperanan dalam membudayakan ICT ini di sekolah. Menurut Datuk
Seri Mohd. Ali Rustam, Ibu bapa harus bijak mengajar anak-anak mereka menggunakan
komputer untuk mencari maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran.
Para pelajar pula seharusnya mempelajari bagaiman hendak menggunakan bahan-bahan ICT di
sekolah.

       Bagi membudayakan ICT di sekolah sudah tentu banyak cabaran yang akan dihadapi.
Antaranya adalah terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan peralatan dan perkakas
ICT. Guru juga kurang mahir dalam selok-belok penggunaan komputer untuk menghasilkan
bahan pengajaran atau alat bantu mengajar. Pelajar pula menyalahgunakan ICT di sekolah iaitu
menggunakan ICT ke arah yang tidak baik dengan melawati laman social seperti Facebook,
Twitter dan Friendster. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah juag turut tidak mendapat
sambutan daripada pelajar.

       Bagi mengatasi masalah yang timbul, Kementerian Pelajaran Tinggi perlu mewajibkan
bakal guru di universiti mengambil kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras. Pihak
sekolah pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik minat pelajar
menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini perlulah bersesuaian dengan jiwa pelajar. Akhir sekali, untuk
mengatasi masalah penyalahgunaan ICT di sekolah pula, Guru yang bertugas perlu memantau
pergerakan pelajar semasa mereka menggunakan ICT.
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, terdapat lima isu berkaitan budaya sekolah yang telah dikupas iaitu
masalah disiplin guru dan pelajar, jurang pencapaian Matematik antara pelajar di sekolah,
penggunaan “Tracking System” di Sekolah, kesan PPSMI ke atas budaya Sekolah dan
pembudayaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah.
Berdasarkan kelima-lima isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa budaya sekolah telah
memberikan banyak kesan bukan sahaja terhadap pelajar, pihak sekolah, guru, persekitaran,
pihak kementerian tetapi kepada negara secara keseluruhannya.

       Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu,
budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya
kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya
sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub budaya yang dapat menyumbangkan kepada
perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yang
sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0 Bibliografi

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua. Tanjung Malim:
Quantum Books.

Bradly, D., Owing, J., & Quinn, P. (1992). Language characteristics and academic achievement:
A Look at Asian and Hispanic grades in NELS.

Dishion, T. J., Patterson, G. R., Stoolmiller, M., & Skinner, M. L. (1991). Family, school and
behavorial antecedents to early adolescent involvement with antisocial peers. Developmental
psychology.

Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur; Fajar Bakti

Kamaruddin Haji Husin, 1995. Dinamika sekolah dan bilik darjah.Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributions Sdn.Bhd.

Omar Mohd. Hashim, 1991. Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. Sosiologi pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

BUDAYA SEKOLAH

  • 1.
    ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 BUDAYA SEKOLAH 1-3 3.0 ISU YANG BERKAITAN DENGAN BUDAYA SEKOLAH 3 3.1 MASALAH DISIPLIN GURU DAN PELAJAR `3-6 3.2 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA PELAJAR 6-7 DI SEKOLAH 3.3 PENGGUNAAN TRACKING SYSTEM DI SEKOLAH 7-8 3.4 KESAN PPSMI KE ATAS BUDAYA SEKOLAH 8-9 3.5 PEMBUDAYAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN 9-10 PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH 4.0 PENUTUP 11 5.0 BIBLIOGRAFI 12
  • 2.
    1.0 Pengenalan Sekolah merupakansebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata- mata. Sekolah juga sering kali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. 2.0 Budaya Sekolah Budaya menurut Deal dan Peterson (1999) merupakan entiti keseluruhan komples. Ia merangkumi aspek-aspek kehidupan serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan dipraktikkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Manakala budaya sekolah didefinisikan sebagai keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, dan tradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak mengenai cara berfikir, merasa dan bertindak dalam organisasi (Terry Deal, 2002). Menurut Deal dan Peterson (1998), mereka mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi dan cerita yang terbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah. Salah satu daripadanya adalah peraturan dan undang-undang. Sebagai sebuah institusi formal, sekolah
  • 3.
    mewujudkan objektif danperingkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang. Faktor yang mempengaruhi kewujudan sekolah yang seterusnya adalah waktu persekolahan sekolah. Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda oleh pihak sekolah. Faktor ketiga pula ialah pengasingan pelajar mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Sistem ini dikenali sebagai “tracking system” dan dikenali juga sebagai “streaming” atau “phasing” di sesetengah sekolah. Seterusnya, faktor keempat adalah upacara dan keramaian di sesebuah sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolah mempunyai upacara dan keramaian yang tersendiri seperti upacara menaikkan bendera dan lagu kebangsaan, upacara penyampaian hadiah, hari sukan tahunan dan sebagainya. Budaya sekolah turut ditentukan melalui matlamat institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya,sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam peperiksaan, akan wujudlah sub budayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan. Sebenarnya, terdapat tiga jenis budaya sekolah iaitu, budaya Instrumental, budaya Moral dan budaya Ekspresif. Budaya Instrumental bertujuan untuk mengumpul pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping melahirkan pelajar dan warganegara yang sempurna. Budaya Ekspesif pula bertujuan untuk memenuhi kehendak kreatif dan seni pelajar. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menghilangkan tekanan seperti menyanyi, melukis, menari dan bermain alat muzik. Berlainan pula dengan budaya Moral yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang tingkah laku yang betul dan salah. Sekolah akan menhukum pelajar yang melakukan kesalahan dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang membuat perkara yang betul dan baik.
  • 4.
    Dalam membicarakan tentangbudaya sekolah, beberapa ahli sosiologi telah mengenalpasti dua bentuk budaya yang dominan si sekolah iaitu budaya formal dan budaya informal. Budaya formal dicerminkan oleh matlamat rasmi sekolah yang menumpu kepada aspek akademik dan tingkah laku. Perkara ini dimanifestasi melalui jadual waktu, kurikulum, saiz dan ruang serta susunan bilik darjah. Ianya adalah sesuatu perkara yang telah dirancang. Contohnya seperti aktiviti kokurikulum, kegiatan kokurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelab sosial dan unit beruniform yang telah dibentuk secara formal. Budaya informal pula dibentuk oleh sub budaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibubapa dan dipengaruhi oleh status ekonomi sosial, jantina dan lain-lain. Antara sub budaya sekolah yang amat mempengaruhi sesebuah sekolah ialah sub budaya pelajar dan sub budaya guru. Terdapat banyak kesan daripada budaya sekolah. Sebagai contoh, budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik akan menimbulkan beberapa masalah kepada remaja seperti pelanggaran peraturan tatatertib, masalah emosi dan jurang pencapaian akademik antara pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh yang demikian, Beberapa isu akan dikupas pada bab yang seterusnya yang mengenai kesan budaya sekolah. 3.0 Isu yang Berkaitan Budaya Sekolah 3.1 Masalah Disiplin Guru dan Pelajar Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi. Masalah disiplin yang wujud di sekolah bukan sahaja berlaku kepada pelajar malah guru juga tidak terkecuali dalam masalah ini. Disiplin guru merupakan masalah yang tidak diambil serius oleh sesetengah pihak. Walaupun disiplin guru adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan disiplin murid, tetapi masalah ini hendaklah dibendung kerana guru merupakan salah satu elemen yang penting dalam membentuk budaya sekolah yang sihat, bak kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Antara isu yang berkaitan dengan disiplin guru ialah sikap guru yang suka melepak. Walaupun perkara ini kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, tetapi perkara ini dapat memberi kesan yang buruk kepada pelajar
  • 5.
    terutamanya. Masalah inisemakin menjadi-jadi sekarang apabila guru yang suka melepak telah mempengaruhi guru yang lain. Kebanyakannya guru di sekolah suka menghabiskan masa berjam-jam duduk di kantin sekolah dengan berborak kosong. Bukan sahaja kantin sekolah, malah bilik guru, makmal komputer dan pondok pengawal keselamatan juga menjadi lokasi mereka melepak. Sepatutnya guru menghabiskan masa yang terluang untuk merangka pengajaran mereka seterusnya atau mencari idea yang lebih menarik untuk pengajaran seterusnya. Isu yang kedua melibatkan disiplin guru adalah isu kelewatan guru datang ke sekolah. Perkara ini merupakan salah satu yang menjadi lumrah kepada anata guru-guru di setiap sekolah. Guru tidak mengambil berat akan waktu persekolahan yang sepatutnya. Sebagai contoh, kebanyakan guru terutamanya guru yang sudah lama berkhidmat mempunyai masalah dalam hal ini. Mereka memberikan alasan seperti menghantar anak ke sekolah, menguruskan anak-anak dan mempunyai kes kecemasan. Perkara ini menjadi serius sejak akhir-akhir ini dan kurang pihak yang ingin tampil ke hadapan untuk membangkitkan isu ini. Perkara ini seharusnya dibendung dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah disiplin ini. Antara sebab mengapa perkara ini harus dibendung adalah ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru akan kelam kabut masuk ke kelas dan tidak melakukan persediaan langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu yang seterusnya membelenggu guru adalah guru yang menjalankan perniagaan sampingan. Perkara ini menjadi tren atau ikutan kepada kebanyakan guru-guru di sekolah. Alasan yang biasa diberikan oleh guru apabila ditanya nmengapa mereka melakukan perniagaan sampingan ini adalah kerana mereka ingin mencari pendapatan sampingan. Perniagaan sampingan mereka termasuklah menjual produk-produk kesihatan, produk kecantikan malah guru juga menjual perkakas dapur di sekolah. Walaupun isu ini hanyalah isu yang kecil, tetapi guru seharusnya tahu dan peka bahawa tujuan utama mereka ke sekolah adalah untuk mengajar dan bukannya melakukan perniagaan. Hal ini kerana perkara ini secara tidak langsung boleh mengalihkan tumpuan guru dalam pengajaran. Isu yang terakhir berkaitan dengan disiplin guru ialah guru terlalu garang. Seperti kita ketahui perangai guru yang garang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang terlalu garang akan menimbulkan suasana yang tidak selesa bagi pelajar. Perkara ini
  • 6.
    secara tidak langsungmenyebabkan pelajar akan belajar dalam keadaan ketakutan. Hasilnya, pelajar tidak dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuhnya dan boleh menyebabkan pencapaian pelajar terjejas. Selain guru, pelajar juga mempunyai masalah dalam disiplin. Antara isu atau faktor yang berkaitan dengan disiplin pelajar ialah sikap pelajar, pengaruh media dan teknologi, suasana dan persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya didikan dari keluarga. Isu atau faktor yang dinyatakan berkaitan dengan masalah disiplin pelajar adalah saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Deshion et al (1991), seseorang individu akan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan sebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan perangai dan sikap buruk daripada rakan sebaya. Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besar pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi seperti internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang tidak baik. Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikuti untuk mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna. Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalam mengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling yang sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang
  • 7.
    berguna. Selain itu,pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang berguna dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam pelajaran. 3.2 Jurang Pencapaian Matematik antara Pelajar di Sekolah Jurang pencapaian subjek matematik merupakan satu masalah yang telah menjadi budaya kepada setiap sekolah di Malaysia. Setiap sekolah di negara ini mempunyai matlamat pendidikan yang sama, kurikulum yang selaras, tetapi jurang itu masih wujud.. Sebuah kajian yang telah dilakukan di Malaysia mendapati pencapaian pelajar dalam matematik berkait rapat dengan keyakinan pelajar itu sendiri terhadap matematik, sumber rujukan yang mencukupi, kekerapan menggunakan komputer dan selalunya golongan bukan melayu yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang matematik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jurang pencapaian dalam subjek Matematik adalah petempatan sekolah itu sama ada berada di luar bandar atau bandar, iklim sekolah, halangan bahasa dan motivasi pelajar. Kita dapat lihat jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar sangat ketara terutamanya dalam subjek sains dan matematik. Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2010) masih ketara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (berita harian, 2010). Perkara ini telah mendapat perhatian dari banyak pihak dan kerajaan juga telah melakukan beberapa pendekatan untuk mengurangkan lagi jurang antara bandar dengan luar bandar. Antaranya kerajaan telah memperuntukkan sebahagian daripada duit kerajaan untuk menyumbangkan komputer riba kepada golongan yang kurang berpendapatan termasuk penduduk daripada luar bandar. Selain daripada langkah memberikan komputer riba secara percuma, kerajaan seharusnya membuat pemasangan wifi secara percuma kepada sekolah yang berada di luar bandar. Perkara ini dapat membantu pelajar yang beraa di luar bandar untuk mengakses maklumat dengan lebih mudah. Faktor halangan bahasa juga menyebabkan jurang pencapaian dalam subjek Matematik. Bradby, Owing, dan Quinn (1992) menemui kemahiran bahasa inggeris adalah mempunyai hubungan positif dengan pencapaian matematik apabila mengkaji hubungan skor pencapaian pelajar keturunan Hispanik dan Asia. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan
  • 8.
    bahasa Inggeris sebagaibahasa kedua akan mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalah motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Siakp yang sedemikian boleh menyebabkan kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam subjek matematik juga akan terjejas. Isu ini dapat dibendung dengan kerjasama dari semua pihak. Pihak sekolah seharusnya mengendalikan banyak motivasi kepada pelajar tentang sikap mereka terhadap subjek matematik. Ini juga menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing pelajar dalam pembelajaran anak mereka. Bimbingan daripada ibu bapa akan menyebabkan pelajar merasa dihargai dan diterima. Selain itu, guru harus mengambil peranan dengan mengadakan aktiviti- aktivit yang mudah dan menarik untuk pelajar. 3.3 Penggunaan “Tracking System” di Sekolah Penggunaan „tracking system‟ juga dikenali sebagai „phasing‟ atau „phasing‟ di sesetengah sekolah. Sistem ini adalah sistem yang rata-rata digunakan di semua sekolah di negara kita. Melalui sistem ini, pelajar akan dibahagikan dalam kelas mengikut pencapaian pelajar itu sendiri. Pelajar yang cerdik pandai akan ditempatkan dalam satu kelas yang berbeza manakala pelajar yang lemah pula akan ditempatkan pada satu kelas yang berlainan. Aktiviti yang diberikan kepada setiap pelajar juga berlainan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Pemberian guru mengikut kelas juga mengikut tahap pengalaman guru dimana guru yang pakar dan berpengalaman akan mengajar kelas yang pandai dan begitu juga sebaliknya. Faktor yang menyebabkan wujudnya pengelasan pelajar ini adalah untuk memudahakan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kelas yang cerdik pandai akan mempunyai aktiviti yang berlainan dengan pelajar yang lemah. Selain itu, ini boleh mengurangkan masalah disiplin di sekolah dimana pelajar yang cerdik pandai akan kurang bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Selain itu, sistem ini akan membantu meningkatkan mutu bagi pelajar yang cerdik pandai.
  • 9.
    Kesan daripada penggunaansistem ini adalah wuud dua golongan pelajar di sekolah iaitu pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Selain itu, pelajar yang lemah akan mempunyai masalah emosi seperti kurang keyakinan diri terhadap pelajaran. Pelajar yang lemah juga akan merasakan guru berat sebelah dan hanya memberikan perhatian kepada pelajar pintar. 3.4 Kesan PPSMI ke Atas Budaya Sekolah PPSMI merupakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar ini telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Tujuan PPSMI diperkenalkan adalah untuk memperkukuh penguasan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tetapi, selepas menerima banyak tentangan daripada pelbagai pihak, dasar ini telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009. Pemansuhan PPSMI bermula pada tahun 2012. Antara faktor mengapa PPSMI mendapat tentangan adalah kerana dasar ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara Perkara 152 iaitu memrtabatkan Bahasa MElayu. Selain itu, prestasi pelajar merosot dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya pelajar di luar Bandar. Oleh yang demikian, wujud jurang pencapaian yang tinggi antar pelajar Bandar dan luar Bandar dalam dua mata pelajaraan ini. Selain itu, wujud bantahan dari pejuang-pejuang Bahasa Melayu, tokoh-tokoh akademik dan pihak Non Government Organisation (NGO) yang memperjuangkan Bahasa Melayu. Pelaksanaan PPSMI telah meninggalkan kesan negatif terhadap budaya sekolah. Ramai pelajar Melayu keciciran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana lemah menguasai Bahasa Inggeris kerana mereka hanya bertutur Bahasa Melayu di rumah. Kesan jangka panjang adalah wujudnya jurang pencapaina yang tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan hanya kebanyakan golongan pelajar yang bijak pandai, mereka yang datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan dari keluarga yang mampu sahaja boleh mengikuti dasar ini. Sebaliknya, ramai pelajar yang datang daripada keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang rendah tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran PPSMI.
  • 10.
    Bagi mengatasi masalahini, pihak kerajaan mengambil langkah memansuhkan PPSMI dan menggantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Untuk mencapai objektif MBMMBI ini, langkah yang perlu diambil adalah menambahkan bilangan guru Bahsa Inggeris yang berkualti dan menambahkan waktu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris dari 60 minit ke 90 minit. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. 3.5 Pembudayaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah ICT ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) dan berkenaan dengan semua aspek dan pengurusan dan pemprosesan maklumat. Dalam erti kata yang lain, ICT adalah keperluan manusia di dalam mengambil dan memindahkan, mengolah dan memproses informasi dalam konteks sosial yang menguntungkan diri sendiri dan masyarakat secara keseluruhan. Antara contoh-contoh ICT yang terdapat di sekolah termasuklah mesin pencetak, kaset video dan audio, radio, televisyen, komputer dan internet. Seperti yang kita sedia maklum, ICT pada era globalisasi ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana ICT memudahkan para pelajar memahami isi kandungan pelajaran teutamanya subjek Sains dan Matematik. Selain itu, ICT juga dapat membantu guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pengajaran dengan lancar dan teratur. Menurut Abu Bakar Nordin (1991), perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran dan pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran. Bukan itu sahaja, dengan ICT, guru-guru boleh mendedahkan pelajar di sekolah dengan teknologi baru sejajar dengan era teknologi yang mencabar ini. Persoalan utama sekarang adalah bagaimana hendak membudayakan ICT di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah? Oelh itu, bagi menyokong pembudayaan ICT, kerajaan memberikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada pelajar yang terpilih. Tujuan pemberian subangan ini adalah untuk memastikan setiap keluarga di negara ini memiliki sebuah komputer riba.
  • 11.
    Selain itu, untukmembudayakan ICT, dana berbentuk wang amat diperlukan dari pihak kerajaan untuk membina makmal ICT di sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar Bandar dan di kawasan pedalaman agar pelajar di kawasan tersebut boleh memperoleh akses yang sama seperti pelajar di bandar. Di samping itu, pihak sekolah pula perlu memastikan guru-guru melakukan pengajaran menggunakan ICT sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Sekolah juag perlu mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan ICT seperti bengkel ICT, hari ICT dan pameran yang berkaitan dengan ICT untuk memberikan pendedahan kepada pelajar. Ibu bapa juga turut berperanan dalam membudayakan ICT ini di sekolah. Menurut Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ibu bapa harus bijak mengajar anak-anak mereka menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran. Para pelajar pula seharusnya mempelajari bagaiman hendak menggunakan bahan-bahan ICT di sekolah. Bagi membudayakan ICT di sekolah sudah tentu banyak cabaran yang akan dihadapi. Antaranya adalah terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan peralatan dan perkakas ICT. Guru juga kurang mahir dalam selok-belok penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran atau alat bantu mengajar. Pelajar pula menyalahgunakan ICT di sekolah iaitu menggunakan ICT ke arah yang tidak baik dengan melawati laman social seperti Facebook, Twitter dan Friendster. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah juag turut tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Bagi mengatasi masalah yang timbul, Kementerian Pelajaran Tinggi perlu mewajibkan bakal guru di universiti mengambil kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras. Pihak sekolah pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik minat pelajar menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini perlulah bersesuaian dengan jiwa pelajar. Akhir sekali, untuk mengatasi masalah penyalahgunaan ICT di sekolah pula, Guru yang bertugas perlu memantau pergerakan pelajar semasa mereka menggunakan ICT.
  • 12.
    4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya,terdapat lima isu berkaitan budaya sekolah yang telah dikupas iaitu masalah disiplin guru dan pelajar, jurang pencapaian Matematik antara pelajar di sekolah, penggunaan “Tracking System” di Sekolah, kesan PPSMI ke atas budaya Sekolah dan pembudayaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Berdasarkan kelima-lima isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa budaya sekolah telah memberikan banyak kesan bukan sahaja terhadap pelajar, pihak sekolah, guru, persekitaran, pihak kementerian tetapi kepada negara secara keseluruhannya. Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 13.
    5.0 Bibliografi Amir HasanDawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua. Tanjung Malim: Quantum Books. Bradly, D., Owing, J., & Quinn, P. (1992). Language characteristics and academic achievement: A Look at Asian and Hispanic grades in NELS. Dishion, T. J., Patterson, G. R., Stoolmiller, M., & Skinner, M. L. (1991). Family, school and behavorial antecedents to early adolescent involvement with antisocial peers. Developmental psychology. Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur; Fajar Bakti Kamaruddin Haji Husin, 1995. Dinamika sekolah dan bilik darjah.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn.Bhd. Omar Mohd. Hashim, 1991. Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. Sosiologi pendidikan. Petaling Jaya: Longman.