SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Pernyataan Masalah
Kegigihan Ibu Zain membolehkan
masyarakat sedar akan pentingnya
pendidikan. Bincangkan.
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti latar belakang tokoh wanita, Ibu Zain.
2. Meneroka bukti sumbangan dan jasa tokoh dalam bidang pendidikan.
3. Membuat rasionalisasi kepentingan imu dalam mencapai matlamat nasionalisme.
4. Menjelaskan kepentingan pendidikan kepada negara.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat kajian ini.
Seperti:
a) Kaedah Rujukan Buku Teks.
Melalui kaedah ini saya telah memperoleh maklumat tentang sumbangan Ibu Zain dalam menerbitkan majalah
Bulan Melayu yang memuatkan pendidikan dan kemajuan wanita.
b) Kaedah Temu Bual
Melalui kaedah ini saya telah mendapatkan maklumat tentang latar belakang Ibu Zain. Antaranya, beliau
merupakan seorang guru di sebuah sekolah perempuan di Johor dan beliau merupakan merupakan pengetua
sekolah tersebut.
c) Kaedah Rujukan Laman Sesawang
Melalui kaedah ini saya telah mengetahui kepentingan pendidikan kepada masyarakat. Seperti, kita dapat
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan untuk masa depan.
Dapatan Kajian
Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman yang pada dilahirkan 22 Januari 1903 atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain
merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Beliau merupakan anak keenam dari lapan orang adik – beradik. Ibu Zain
bertuah kerana ayahnya, Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya pendidikan dalam kalangan
kalangan anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Munshi Sulaiman adalah seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu.
Sejak dari kecil lagi, Zainun seorang anak yang gigih menimba ilmu. Sewaktu mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar
di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) kemudian di Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge.
Pada ketika itu, tidak ramai yang dapat sampai ke tahap itu. Asas agama yang diterima beliau sejak kecil lagi telah menyebabkan
beliau menolak tawaran sebagai mubaligh Kristian.
Ibu Zain tidak sanggup melihat anak gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan apatah lagi ramai anak gadis waktu itu
yang tidak tahu membaca dan menulis. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri
Sembilan bagi membasmi buta huruf. Beliau tidak mahu hanya dirinya sahaja yang mendapat peluang pendidikan yang baik tetapi
kejayaannya itu ingin turut dikongsi bersama masyarakat.
Sejak dari itu, nama Ibu Zain semakin mendapat perhatian masyarakat. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk
berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani dan pada tahun 1924, beliau telah dilantik sebagai Pengetua di sekolah yang
sama. Khidmatnya yang cemerlang menyebabkan beliau dilantik menjadi Guru Penyelia bagi sekolah perempuan Daerah Muar dan
Batu Pahat. Beliau semakin bersinar apabila dilantik bagi menyelia sekolah-sekolah seluruh negeri Johor. Di situlah, beliau
mengasaskan sekolah agama petang dan turut menjadi penyelia kegiatan tersebut. Sekolah tersebut turut menjadi sekolah agama
perempuan yang pertama di Negeri Johor.
Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru-
Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi
kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu
disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi. Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menerbitkan majalah yang
diberi nama "Bulan Melayu“ yang memuatkan pendidikan dan kemajuan untuk wanita
Penglibatan Ibu Zain dalam bidang politik menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat. Semangat juang
yang tinggi menjadikan beliau sebagai salah seorang perintis UMNO dan memegang jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO yang kini
disebut Ketua Wanita UMNO. Pada tahun 1948, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO.
Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan.
Jasa dan pengorbanan Ibu Zain pada masyarakat tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau
menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun,
selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai
bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja. Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau
terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 1958.
Sewaktu zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan
seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular dalam
kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil dan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Pada 10 Mac 1963
beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.
Bukti sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara.
Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar
dan pingat Tun Fatimah (1974), Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya
(1975), anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan anugerah Suluh Budiman (1980) oleh
MPSI.
Perginya seorang tokoh pejuang, Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar akibat penyakit barah dalam perut
dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
Kepentingan ilmu dalam mencapai matlamat nasionalisme bermaksud tanpa pendidikan tiada kebebasan. Hal ini
dikatakan demikian kerana nasionalisme bermaksud perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadab bangsa dan
negara untuk mencapai kebebasan dalam politik, ekonomi dan sosial. Maka, cara untuk mencapai matlamat nasionalisme adalah
dengan menjadikan rakyat berilmu pengetahuan sejajar dengan aspirasi negara.
Pemimpin mestilah menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan mengikut perubahan dan peredaran zaman supaya
masyarakat dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan persada antarabangsa untuk meningkatkan imej negara.
Dengan berbuat sedemikian, negara kita akan dihormati dan disanjungi serta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah orang
asing.
Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk
terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara
memimpin individu masyarakat ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan
sosial. Taraf pendidikan yang baik dan keintelektuan memberikan individu masyarakat laluan ke arah pembangunan diri dan
negara yang cemerlang.
Jika dilihat dari sudut lain, pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara.
Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara.
Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang
besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini
dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan negara yang berterusan dan bagi membangunkan modal
insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang.
Dalam pada itu kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu adalah satu fardu terhadap seseorang insan. Maka, dengan
adanya pendidikan ini, ia mampu mengeluarkan seseorang daripada kepompong kemiskinan dan peratusan pengemis juga akan
berkurang. Oleh itu, untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, maka pendidikan yang dapat menentukan sejauhmanakah
seseorang itu dapat membina teras ilmu agar boleh pergi lebih jauh lagi. Dengan kata lain, semakin tinggi pengetahuan
pendidikan yang dicapai, semakin terbuka luas peluang pasaran untuk menjawat pelbagai jawatan dan mendapat pulangan yang
lumayan. Dengan cara itu, ekonomi dalam kehidupan menjadi lebih baik malah akan memberikan sedikit sebanyak perubahan
ekonomi dalam negara.
Kesimpulan dan Cadangan
Konklusinya, kita hendaklah berbangga kerana mempunyai seorang tokoh hebat yang banyak menyumbang untuk
memajukan negara. Seperti, membuka sekolah untuk pendidikan wanita, menerbitkan majalah pendidikan dan menjadi ketua dalam
sebuah persatuan. Segala jasa dan pengorbanan beliau tidak terbalas. Walaupun terdapat pelbagai cabaran, beliau tetap berjaya
mencapai kejayaan. Kita mestilah menghargai segala usaha beliau. Semoga setiap titik peluh perjuangan Ibu Zain ini akan menjadi
penyuntik semangat kepada kaum pendidik dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penjana transformasi pendidikan negara.
Selain itu, usaha mewujudkan masyarakat yang perpendidikan diharapkan dapat melahirkan warganegara yang mempunyai
identiti masyarakat Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif, inovatif dan mempunyai amalan hidup
yang cemerlang.
Akhir sekali, masyarakat diharapkan menimba ilmu pengetahuan agar masyarakat dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju di setiap pelosok dunia.
Rujukan
Buku Rujukan
o Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, Sharifah Afidah binti Syed Hamid dan Subramaniam a/j Raman. 2019. Sejarah Tingkatan 4.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Orang Sumber
o Thabedah binti Idris. 71 tahun. No. 2 Jalan Serai, Taman Seri Tengah, Kluang, Johor.
Rujukan Internet
o Abd Mun’em Dato’ Hj Mahmad Muhtar. 17/5/2011. Mengenang Ibu Zain tokoh Pendidik Bangsa Pejuang Sejati.
http://abdmunblog.blogspot.com/2011/05/mengenang-ibu-zain-tokoh-pendidik.html
o Izanoriza. 14/5/2012. Peranan Pendidikan di Malaysia. https://izanoriza.wordpress.com/2012/05/14/peranan-pendidikan-di-malaysia/
o Mohd Hanapi. 28/1/2020. Tingkatan 4 Bab 2. https://prezi.com/p/6vh2ea_gp7oj/tingkatan-4-bab-2/
o Puan Nor Hartini binti Saari. 24/8/2007. Pendidikan Sempurna Penting Untuk Pembangunan Negara.
http://www.ikim.gov.my/index.php/2007/08/24/pendidikan-sempurna-penting-untuk-pembangunan-negara/
Lampiran
Gambar menunjukkan
wajah Ibu Zain
Gambar menunjukkan Ibu Zain yang masih
bersemangat menjalankan tugasannya.
Gambar menunjukkan salah satu tempat
dimana Ibu Zain menimba ilmu di situ.

More Related Content

What's hot

Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyah
ezz_ally
 
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-164741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
North South
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Miccaill Casparov
 
Sisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbkSisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbk
Fiona Ting
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
huuriyahbahiirah
 

What's hot (20)

Topik 3 penjanaan idea-modified2018-jan
Topik 3 penjanaan idea-modified2018-janTopik 3 penjanaan idea-modified2018-jan
Topik 3 penjanaan idea-modified2018-jan
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
Sukan Bola Keranjang
 
Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyah
 
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-164741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
64741727 soalan-kuiz-kenegaraan-merdeka-1
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Perwakilan Data Matematik Tahun 5
Perwakilan Data Matematik Tahun 5Perwakilan Data Matematik Tahun 5
Perwakilan Data Matematik Tahun 5
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Dekskriptif and inferensi
Dekskriptif and inferensiDekskriptif and inferensi
Dekskriptif and inferensi
 
Sukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan Kecenderungan MemusatSukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan Kecenderungan Memusat
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
JPU dan pembinaan item
JPU dan pembinaan item JPU dan pembinaan item
JPU dan pembinaan item
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantar
 
Sisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbkSisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbk
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 

Similar to CONTOH KAJIAN KES (3).pptx

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Thomas Liew
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
ROSLINDAWATI LIN
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Evans Eyan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
Kevin Vin
 
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insanPeranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Syahir Shuhaimi
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Caeser Rio
 

Similar to CONTOH KAJIAN KES (3).pptx (20)

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
 
Bentang m7
Bentang m7Bentang m7
Bentang m7
 
Bentang m7
Bentang m7Bentang m7
Bentang m7
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insanPeranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
Peranan tokoh pendidikan dalam pembinaan modal insan
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 

Recently uploaded (7)

Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 

CONTOH KAJIAN KES (3).pptx

  • 1. Pernyataan Masalah Kegigihan Ibu Zain membolehkan masyarakat sedar akan pentingnya pendidikan. Bincangkan.
  • 2. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti latar belakang tokoh wanita, Ibu Zain. 2. Meneroka bukti sumbangan dan jasa tokoh dalam bidang pendidikan. 3. Membuat rasionalisasi kepentingan imu dalam mencapai matlamat nasionalisme. 4. Menjelaskan kepentingan pendidikan kepada negara.
  • 3. Kaedah Kajian Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat kajian ini. Seperti: a) Kaedah Rujukan Buku Teks. Melalui kaedah ini saya telah memperoleh maklumat tentang sumbangan Ibu Zain dalam menerbitkan majalah Bulan Melayu yang memuatkan pendidikan dan kemajuan wanita. b) Kaedah Temu Bual Melalui kaedah ini saya telah mendapatkan maklumat tentang latar belakang Ibu Zain. Antaranya, beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah perempuan di Johor dan beliau merupakan merupakan pengetua sekolah tersebut. c) Kaedah Rujukan Laman Sesawang Melalui kaedah ini saya telah mengetahui kepentingan pendidikan kepada masyarakat. Seperti, kita dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan untuk masa depan.
  • 4. Dapatan Kajian Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman yang pada dilahirkan 22 Januari 1903 atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Beliau merupakan anak keenam dari lapan orang adik – beradik. Ibu Zain bertuah kerana ayahnya, Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya pendidikan dalam kalangan kalangan anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Munshi Sulaiman adalah seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Sejak dari kecil lagi, Zainun seorang anak yang gigih menimba ilmu. Sewaktu mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) kemudian di Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Pada ketika itu, tidak ramai yang dapat sampai ke tahap itu. Asas agama yang diterima beliau sejak kecil lagi telah menyebabkan beliau menolak tawaran sebagai mubaligh Kristian. Ibu Zain tidak sanggup melihat anak gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan apatah lagi ramai anak gadis waktu itu yang tidak tahu membaca dan menulis. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta huruf. Beliau tidak mahu hanya dirinya sahaja yang mendapat peluang pendidikan yang baik tetapi kejayaannya itu ingin turut dikongsi bersama masyarakat. Sejak dari itu, nama Ibu Zain semakin mendapat perhatian masyarakat. Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani dan pada tahun 1924, beliau telah dilantik sebagai Pengetua di sekolah yang sama. Khidmatnya yang cemerlang menyebabkan beliau dilantik menjadi Guru Penyelia bagi sekolah perempuan Daerah Muar dan Batu Pahat. Beliau semakin bersinar apabila dilantik bagi menyelia sekolah-sekolah seluruh negeri Johor. Di situlah, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan turut menjadi penyelia kegiatan tersebut. Sekolah tersebut turut menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Negeri Johor. Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan Guru- Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi. Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menerbitkan majalah yang diberi nama "Bulan Melayu“ yang memuatkan pendidikan dan kemajuan untuk wanita
  • 5. Penglibatan Ibu Zain dalam bidang politik menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat. Semangat juang yang tinggi menjadikan beliau sebagai salah seorang perintis UMNO dan memegang jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO yang kini disebut Ketua Wanita UMNO. Pada tahun 1948, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO. Berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang lain, Ibu Zain lebih suka bercakap soal pendidikan. Jasa dan pengorbanan Ibu Zain pada masyarakat tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja. Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958. Sewaktu zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau membuahkan hasil dan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Pada 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam. Bukti sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara. Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat Tun Fatimah (1974), Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (1975), anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan anugerah Suluh Budiman (1980) oleh MPSI. Perginya seorang tokoh pejuang, Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar akibat penyakit barah dalam perut dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
  • 6. Kepentingan ilmu dalam mencapai matlamat nasionalisme bermaksud tanpa pendidikan tiada kebebasan. Hal ini dikatakan demikian kerana nasionalisme bermaksud perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadab bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dalam politik, ekonomi dan sosial. Maka, cara untuk mencapai matlamat nasionalisme adalah dengan menjadikan rakyat berilmu pengetahuan sejajar dengan aspirasi negara. Pemimpin mestilah menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan mengikut perubahan dan peredaran zaman supaya masyarakat dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan persada antarabangsa untuk meningkatkan imej negara. Dengan berbuat sedemikian, negara kita akan dihormati dan disanjungi serta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah orang asing. Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu masyarakat ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Taraf pendidikan yang baik dan keintelektuan memberikan individu masyarakat laluan ke arah pembangunan diri dan negara yang cemerlang. Jika dilihat dari sudut lain, pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan negara yang berterusan dan bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang. Dalam pada itu kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu adalah satu fardu terhadap seseorang insan. Maka, dengan adanya pendidikan ini, ia mampu mengeluarkan seseorang daripada kepompong kemiskinan dan peratusan pengemis juga akan berkurang. Oleh itu, untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, maka pendidikan yang dapat menentukan sejauhmanakah seseorang itu dapat membina teras ilmu agar boleh pergi lebih jauh lagi. Dengan kata lain, semakin tinggi pengetahuan pendidikan yang dicapai, semakin terbuka luas peluang pasaran untuk menjawat pelbagai jawatan dan mendapat pulangan yang lumayan. Dengan cara itu, ekonomi dalam kehidupan menjadi lebih baik malah akan memberikan sedikit sebanyak perubahan ekonomi dalam negara.
  • 7. Kesimpulan dan Cadangan Konklusinya, kita hendaklah berbangga kerana mempunyai seorang tokoh hebat yang banyak menyumbang untuk memajukan negara. Seperti, membuka sekolah untuk pendidikan wanita, menerbitkan majalah pendidikan dan menjadi ketua dalam sebuah persatuan. Segala jasa dan pengorbanan beliau tidak terbalas. Walaupun terdapat pelbagai cabaran, beliau tetap berjaya mencapai kejayaan. Kita mestilah menghargai segala usaha beliau. Semoga setiap titik peluh perjuangan Ibu Zain ini akan menjadi penyuntik semangat kepada kaum pendidik dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penjana transformasi pendidikan negara. Selain itu, usaha mewujudkan masyarakat yang perpendidikan diharapkan dapat melahirkan warganegara yang mempunyai identiti masyarakat Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif, inovatif dan mempunyai amalan hidup yang cemerlang. Akhir sekali, masyarakat diharapkan menimba ilmu pengetahuan agar masyarakat dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju di setiap pelosok dunia.
  • 8. Rujukan Buku Rujukan o Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, Sharifah Afidah binti Syed Hamid dan Subramaniam a/j Raman. 2019. Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang Sumber o Thabedah binti Idris. 71 tahun. No. 2 Jalan Serai, Taman Seri Tengah, Kluang, Johor. Rujukan Internet o Abd Mun’em Dato’ Hj Mahmad Muhtar. 17/5/2011. Mengenang Ibu Zain tokoh Pendidik Bangsa Pejuang Sejati. http://abdmunblog.blogspot.com/2011/05/mengenang-ibu-zain-tokoh-pendidik.html o Izanoriza. 14/5/2012. Peranan Pendidikan di Malaysia. https://izanoriza.wordpress.com/2012/05/14/peranan-pendidikan-di-malaysia/ o Mohd Hanapi. 28/1/2020. Tingkatan 4 Bab 2. https://prezi.com/p/6vh2ea_gp7oj/tingkatan-4-bab-2/ o Puan Nor Hartini binti Saari. 24/8/2007. Pendidikan Sempurna Penting Untuk Pembangunan Negara. http://www.ikim.gov.my/index.php/2007/08/24/pendidikan-sempurna-penting-untuk-pembangunan-negara/
  • 9. Lampiran Gambar menunjukkan wajah Ibu Zain Gambar menunjukkan Ibu Zain yang masih bersemangat menjalankan tugasannya. Gambar menunjukkan salah satu tempat dimana Ibu Zain menimba ilmu di situ.