Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Dokumen tersebut membahas sejarah perkembangan ilmu fiqh dan usul fiqh, mulai dari zaman Rasulullah SAW hingga abad ke-2 Hijriyah.
2. Pada zaman Rasulullah SAW, sumber hukum berasal dari al-Quran dan sunnah, sedangkan setelahnya muncul ijtihad para sahabat dan tabi'in.
3. Pada abad ke-1 dan ke-2 Hijriyah, fiqh
Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ggugufyfyfhihhjiiibfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffhjjjohknjbjb ojo
Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ggugufyfyfhihhjiiibfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffhjjjohknjbjb ojo
Fikih adalah salah satu bidang ilmu dalam syariat Islam yang secara khusus membahas persoalan hukum yang mengatur berbagai aspek kehidupan manusia, baik kehidupan pribadi, bermasyarakat maupun kehidupan manusia dengan
Tuhannya. Pada hakikatnya, fikih sudah ada pada masa Nabi Muhammad SAW.
walaupun belum bisa dikatakan sebagai disiplin ilmu tersendiri. Karena seluruh
persoalan agama yang dialami oleh umat Islam pada masa itu langsung ditanyakan
dan dijawab oleh Nabi Muhammad SAW. dengan merujuk kepada Alquran dan
sunnah. Namun sejak sepeninggal Rasulullah SAW. mulai munculnya ilmu fikih
yang dikarnakan seringnya muncul persoalan-persoalan yang membutukan hukum
melalui istimbat.
Apakah program Sekolah Alkitab Liburan ada di gereja Anda? Perlukah diprogramkan? Jika sudah ada, apa-apa saja yang perlu dipertimbangkan lagi? Pak Igrea Siswanto dari organisasi Life Kids Indonesia membagikannya untuk kita semua.
Informasi lebih lanjut: 0821-3313-3315 (MLC)
#SABDAYLSA #SABDAEvent #ylsa #yayasanlembagasabda #SABDAAlkitab #Alkitab #SABDAMLC #ministrylearningcenter #digital #sekolahAlkitabliburan #gereja #SAL
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
1. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tajuk 1 PERBINCANGAN ILMU USUL FIQH
Pengenalan Ilmu Usu Fiqh
1.0 SINOPSIS
Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang hendak disentuh untuk
perbincangan, khususnya mengenai konsep dan definisi, Sejarah pertumbuhan,
Kaedah penulisan, Sumber ilmu usul Fiqh dan faedah mempelajarinya.
1.0.1 HASIL PEMBELAJARAN
1 Dapat menghuraikan konsep ilmu Usul Fiqh, sejarah pertumbuhannya.
2 Supaya mengetahui sejarah perkembangan ilmu Fiqh dan usul Fiqh secara
mendalam.
3 Mengetahui faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh dan mengamalkannya.
1.0.2 KERANGKA TAJUK
1
Pengenalan Ilmu Usul Fiqh
Definisi
Sejarah
perkembangan
Fiqh
Cara
Penulisan
Sumber
Ilmu Fiqh
Faedah mempelajari
Ilmu Usul Fiqh
2. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
1.0.3 Konsep dan Pengertian
Pengertian Fiqh
Fiqh pada bahasa bererti faham atau tahu. Menurut istilah, fiqh bererti
ilmu yang menerangkan tentang hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan
amal perbuatan manusia yang diperoleh dari dalil-dali tafsil (jelas).Orang yang
mendalami fiqh disebut dengan faqih. Jama’nya adalah fuqaha, yakni orang-
orang yang mendalami fiqh.
Dalam kitab Durr al-Mukhtar disebutkan bahwa fiqh mempunyai dua
makna, yakni menurut ahli usul dan ahli fiqh. Masing-masing memiliki pengertian
dan dasar sendiri-sendiri dalam memaknai fiqh.
Menurut ahli usul, Fiqh adalah ilmu yang menerangkan hukum-hukum
shara’ yang bersifat far’iyah (cabang), yang dihasilkan dari dalil-dalil yang tafsil
(khusus, terinci dan jelas). Tegasnya, para ahli usul memberi pengertian fiqh
adalah mengetahui fiqh adalah mengetahui hukum dan dalilnya.
Menurut para ahli fiqh (fuqaha), fiqh adalah mengetahui hukum-hukum
shara’ yang menjadi sifat bagi perbuatan para hamba (mukallaf), iaitu: wajib,
sunnah, haram, makruh dan mubah.
Lebih lanjut, Hasan Ahmad khatib mengatakan bahawa yang dimaksud
dengan fiqh Islam ialah sekumpulan hukum shara’ yang sudah dibukukan dari
berbagai mazhab yang empat atau mazhab lainnya dan dinukilkan dari fatwa-
fatwa sahabat dan tabi’in, baik dari fuqaha yang tujuh di madinah mahupun
fuqaha makkah, fuqaha sham, fuqaha mesir, fuqaha Iraq, fuqaha Basrah dan
lain-lain.
2
3. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Pengertian Usul Fiqh
Ditinjau dari sisi kedua kata (yang menyusunnya), iaitu kata ushul dan
kata fiqh. Adapun ushul (,)أصول merupakan jama’ dari ashl (,)أصل iaitu apa-apa
yang menjadi asas bagi yang lainnya. Oleh kerana itu, ashl jidar ( أصلالجدار ) dan
ashl syajarah ( أصلالشجرة ) ertinya akar pohon.
“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan
yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke
langit” (QS Ibrahim : 24).
Sementara fiqh, secara bahasa ertinya pemahaman, berdasarkan firman
Allah ta’ala, “dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka memahami
perkataanku” (QS Thoha: 27-28)
Fiqh secara istilah ertinya pengenalan terhadap hukum-hukum syar’i, yang
sifatnya amaliyah, dengan dalil-dalilnya yang detail.
Maksud perkataan kami “pengenalan” iaitu secara ilmu (yakin) dan zhon
(dugaan), kerana pengenalan terhadap hukum-hukum fiqh terkadang
menyakinkan dan terkadang bersifat dugaan sebagaimana yang terdapat di
banyak masalah-masalah fiqh.
Maksud perkataan kami “hukum-hukum syar’i” iaitu hukum-hukum yang
didatangkan oleh syari’at seperti wajib dan haram, maka tidak merangkumi
hukum-hukum akal (logika) seperti mengetahui bahwa keseluruhan itu lebih
besar dari sebagian, dan juga tidak merangkumi hukum-hukum kebiasaan,
seperti mengetahui bahwa gerimis biasanya akan turun di malam yang dingin
jika cuacanya cerah.
Maksud perkataan kami “amaliyah” adalah perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan keyakinan (akidah), contoh “amaliyah” tersebut iaitu solat dan
zakat, maka fiqh tidak merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
3
4. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
keyakinan seperti mentauhidkan Allah, ataupun mengenal nama dan sifat-Nya,
yang demikian itu tidak dinamakan fiqh secara istilah.
Maksud perkataan kami “dengan dalil-dalilnya yang detail” adalah dalil-dalil
fiqh yang berhubungan dengan masalah-masalah fiqh yang terperinci. Berbeza
dengan usul fiqh, kerana pembahasan di dalam usul fiqh tersebut .
1.0.4 Sejarah perkembangan Fiqh
Zaman Rasulullah S.A.W.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-
Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul
akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara
terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda
sendiri. Namun, terdapat sebagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada
Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin
Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam
perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk
kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran
dan as-Sunnah kerena:
1. Penguasaan bahasa Arab yang baik;
2. Mempunyai pengetahuan mengenai sebab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab
wurud al-hadis;
3. Mereka merupakan para Perawi Hadis.
Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk
mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk
kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang
ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan
4
5. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
menggunakan kaedah qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam
kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin
al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya
mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma’.
Pada zaman ini, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh berbeza
dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan
Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya
sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’, mereka
akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebelum berijtihad. Oleh sebab
itu, idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah
cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi’in seperti Sa’id bin
al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, Al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha’i.
Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah.
Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya
percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan
bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu
timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran
dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama’ mulai menyusun
kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan
landasan kepada ijtihad mereka.
Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam
sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-
Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi
kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.
Sejarah Perkembangan Fiqh
Terdapat perbezaaan zaman fiqh di kalangan ulama fiqh. Muhammad
Khudari Bek (ahli fiqh dari Mesir) membagi periodisasi fiqh menjadi enam
periode. Menurut Mustafa Ahmad az-Zarqa, periode keenam yang dikemukakan
5
6. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Muhammad Khudari Bek tersebut sebenarya bisa dibagi dalam dua periode,
karena dalam setiap periodenya terdapat ciri tersendiri. Periodisasi menurut az-
Zarqa adalah sebagai berikut:
Zaman risalah.
Periode ini dimulai sejak kerasulan Muhammad SAW sampai wafatnya
Nabi SAW (11 H./632 M.). Pada periode ini kekuasaan penentuan hukum
sepenuhnya berada di tangan Rasulullah SAW. Sumber hukum ketika itu adalah
Al-Qur'an dan sunnah Nabi SAW. Pengertian fiqh pada masa itu identik dengan
syarat, kerana penentuan hukum terhadap suatu masalah seluruhnya terpulang
kepada Rasulullah SAW.
Periode awal ini juga dapat dibahagi menjadi periode Makkah dan periode
Madinah. Pada periode Makkah, risalah Nabi SAW lebih banyak tertuju pada
masalah aqidah. Ayat hukum yang turun pada periode ini tidak banyak
jumlahnya, dan itu pun masih dalam rangkaian mewujudkan revolusi aqidah
untuk mengubah sistem kepercayaan masyarakat jahiliyah menuju
penghambaan kepada Allah SWT semata. Pada periode Madinah, ayat-ayat
tentang hukum turun secara bertahap. Pada masa ini seluruh persoalan hukum
diturunkan Allah SWT, baik yang menyangkut masalah ibadah maupun
muamalah. Oleh kerananya, periode Madinah ini disebut juga oleh ulama fiqh
sebagai periode revolusi sosial dan politik.
Zaman al-Khulafa Ar-Rasyidin.
Periode ini dimulai sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sampai
Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam pada tahun
41 H./661 M. Sumber fiqh pada periode ini, disamping Al-Qur'an dan sunnah
Nabi SAW, juga ditandai dengan munculnya berbagai ijtihad para sahabat. Ijtihad
ini dilakukan ketika persoalan yang akan ditentukan hukumnya tidak dijumpai
secara jelas dalam nas. Pada masa ini, khususnya setelah Umar bin al-Khattab
menjadi khalifah (13 H./634 M.), ijtihad sudah merupakan upaya yang luas dalam
6
7. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
memecahkan berbagai persoalan hukum yang muncul di tengah masyarakat.
Persoalan hukum pada periode ini sudah semakin kompleks dengan semakin
banyaknya pemeluk Islam dari berbagai etnik dengan budaya masing-masing.
Pada periode ini, untuk pertama kali para fuqaha berbenturan dengan budaya,
moral, etika dan nilai-nilai kemanusiaan dalam suatu masyarakat majemuk. Hal
ini terjadi kerana daerah-daerah yang ditaklukkan Islam sudah sangat luas dan
masing-masing memiliki budaya, tradisi, situasi dan komdisi yang menentang
para fuqaha dari kalangan sahabat untuk memberikan hukum dalam persoalan-
persoalan baru tersebut. Dalam menyelesaikan persoalan-persoalan baru itu,
para sahabat pertama kali merujuk pada Al-Qur'an. Jika hukum yang dicari tidak
dijumpai dalam Al-Qur'an, mereka mencari jawabannya dalam sunnah Nabi
SAW. Namun jika dalam sunnah Rasulullah SAW tidak dijumpai pula
jawabannya, mereka melakukan ijtihad..
Zaman awal pertumbuahn fiqh.
Masa ini dimulai pada pertengahan abad ke-1 sampai awal abad ke-2 H.
Periode ketiga ini merupakan titik awal pertumbuhan fiqh sebagai salah satu
disiplin ilmu dalam Islam. Dengan bertebarannya para sahabat ke berbagai
daerah semenjak masa al-Khulafaur Rasyidin (terutama sejak Usman bin Affan
menduduki jabatan Khalifah, 33 H./644 M.), munculnya berbagai fatwa dan
ijtihad hukum yang berbeza antara satu daerah dengan daerah lain, sesuai
dengan situasi dan kondisi masyarakat daerah tersebut.
Di Irak, Ibnu Mas'ud muncul sebagai fuqaha yang menjawab berbagai persoalan
hukum yang dihadapinya di sana. Dalam hal ini sistem sosial masyarakat Irak
jauh berbeda dengan masyarakat Hedzjaz atau Hijaz (Makkah dan Madinah).
Saat itu, di Irak telah terjadi pembauran etnik Arab dengan etnik Persia,
sementara masyarakat di Hedzjaz lebih bersifat homogen. Dalam menghadapi
berbagai masalah hukum, Ibnu Mas'ud mengikuti pola yang telah di tempuh
Umar bin al-Khattab, iaitu lebih berorientasi pada kepentingan dan kemaslahatan
7
8. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
umat tanpa terlalu terikat dengan makna harfiah teks-teks suci. Sikap ini diambil
Umar bin al-Khattab dan Ibnu Mas'ud karena situasi dan kondisi masyarakat
ketika itu tidak sama dengan saat teks suci diturunkan. Atas dasar ini,
penggunaan nalar (analisis) dalam berijtihad lebih dominan. dari perkembangan
ini muncul madrasah atau aliran ra'yu (akal) (Ahlulhadits dan Ahlurra'yi).
Sementara itu, di Madinah yang masyarakatnya lebih homogen, Zaid bin Sabit
(11 SH./611 M.-45 H./ 665 M.) dan Abdullah bin Umar bin al-Khattab (Ibnu Umar)
bertindak menjawab berbagai persoalan hukum yang muncul di daerah itu.
Sedangkan di Makkah, yang bertindak menjawab berbagai persoalan hukum
adalah Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas) dan sahabat lainnya. Pola dalam
menjawab persoalan hukum oleh para fuqaha Madinah dan Makkah sama, iaitu
berpegang kuat pada Al-Qur'an dan hadits Nabi SAW. Hal ini dimungkinkan
kerana di kedua kota inilah wahyu dan sunnah Rasulullah SAW diturunkan,
sehingga para sahabat yang berada di dua kota ini memiliki banyak hadits. Oleh
kerananya, pola fuqaha Makkah dan Madinah dalam menangani berbagai
persoalan hukum jauh berbeda dengan pola yang digunakan fuqaha di Irak.
Cara-cara yang ditempuh para sahabat di Makkah dan Madinah menjadi cekal
bakal bagi munculnya aliran ahlulhadits. Ibnu Mas'ud mempunyai murid-murid di
Irak sebagai pengembang pola dan sistem penyelesaian masalah hukum yang
dihadapi di daerah itu, antara lain Ibrahim an-Nakha'i (w. 76 H.), Alqamah bin
Qais an-Nakha'i (w. 62 H.), dan Syuraih bin Haris al-Kindi (w. 78 H.) di Kufah; al-
Hasan al-Basri dan Amr bin Salamah di Basra; Yazid bin Abi Habib dan Bakir bin
Abdillah di Mesir; dan Makhul di Suriah. Murid-murid Zaid bin Tsabit dan
Abdullah bin Umar bin al-Khattab juga bermunculan di Madinah, diantaranya
Sa'id bin Musayyab (15-94 H.). Sedangkan murid-murid Abdullah bin Abbas
diantaranya Atha bin Abi Rabah (27-114 H.), Ikrimah bin Abi Jahal, dan Amr bin
Dinar (w. 126 H.) di Makkah serta Tawus, Hisyam bin Yusuf, dan Abdul Razak
bin Hammam di Yaman. Murid-murid para sahabat tersebut, yang disebut
sebagai generasi thabi'in, bertindak sebagai rujukan dalam menangani berbagai
persoalan hukum di zaman dan daerah masing-masing. Akibatnya terbentuk
8
9. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
mazhab-mazhab fiqh mengikuti nama para thabi'in tersebut, diantaranya fiqh al-
Auza'i, fiqh an-Nakha'i, fiqh Alqamah bin Qais, dan fiqh Sufyan as-Sauri.
Zaman keemasan
Periode ini dimulai dari awal abad ke-2 sampai pada pertengahan abad
ke-4 H. Dalam periode sejarah peradaban Islam, periode ini termasuk dalam
periode Kemajuan Islam Pertama (700-1000). Seperti periode sebelumnya, ciri
khas yang menonjol pada periode ini adalah semangat ijtihad yang tinggi di
kalangan ulama, sehingga berbagai pemikiran tentang ilmu pengetahuan
berkembang. Perkembangan pemikiran ini tidak saja dalam bidang ilmu agama,
tetapi juga dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan umum lainnya.
Dinasti Abbasiyah (132 H./750 M.-656 H./1258 M.) yang naik ke
panggung pemerintahan menggantikan Dinasti Umayyah memiliki tradisi
keilmuan yang kuat, sehingga perhatian para penguasa Abbasiyah terhadap
berbagai bidang ilmu sangat besar. Para penguasa awal Dinasti Abbasiyah
sangat mendorong fuqaha untuk melakukan ijtihad dalam mencari formulasi fiqh
guna menghadapi persoalan sosial yang semakin kompleks. Perhatian para
penguasa Abbasiyah terhadap fiqh misalnya dapat dilihat ketika Khalifah Harun
ar-Rasyid (memerintah 786-809) meminta Imam Malik untuk mengajar kedua
anaknya, al-Amin dan al-Ma'mun. Disamping itu, Khalifah Harun ar-Rasyid juga
meminta kepada Imam Abu Yusuf untuk menyusun buku yang mengatur
masalah administrasi, keuangan, ketatanegaraan dan pertanahan. Imam Abu
Yusuf memenuhi permintaan khalifah ini dengan menyusun buku yang berjudul
al-Kharaj. Ketika Abu Ja'far al-Mansur (memerintah 754-775) menjadi khalifah, ia
juga meminta Imam Malik untuk menulis sebuah kitab fiqh yang akan dijadikan
pegangan resmi pemerintah dan lembaga peradilan. Atas dasar inilah Imam
Malik menyusun bukunya yang berjudul al-Muwaththa' (Yang disepakati).
9
10. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Pada awal periode keemasan ini, pertentangan antara ahlulhadits dan
ahlur ra'yi sangat tajam, sehingga menimbulkan semangat berijtihad bagi
masing-masing aliran. Semangat para fuqaha melakukan ijtihad dalam periode
ini juga mengawali munculnya mazhab-mazhab fiqh, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki,
Syafi'i, dan Hambali. Upaya ijtihad tidak hanya dilakukan untuk keperluan praktis
masa itu, tetapi juga membahas persoalan-persoalan yang mungkin akan terjadi
yang dikenal dengan istilah fiqh taqdiri (fiqh hipotetis).
Pertentangan kedua aliran ini baru mereda setelah murid-murid kelompok
ahlurra'yi berupaya membatasi, mensistematisasi, dan menyusun kaedah ra'yu
yang dapat digunakan untuk meng-istinbat-kan hukum. Atas dasar upaya ini,
maka aliran ahlulhadits dapat menerima pengertian ra'yu yang dimaksudkan
ahlurra'yi, sekaligus menerima ra'yu sebagai salah satu cara dalam
mengistinbatkan hukum.
Upaya pendekatan lainnya untuk meredakan ketegangan tersebut juga
dilakukan oleh ulama masing-masing mazhab. Imam Muhammad bin Hasan asy-
Syaibani, murid Imam Abu Hanifah, mendatangi Imam Malik di Hijaz untuk
mempelajari kitab al-Muwaththa' yang merupakan salah satu kitab ahlulhadits.
Sementara itu, Imam asy-Syafi'i mendatangi Imam asy-Syaibani di Irak. Di
samping itu, Imam Abu Yusuf juga berupaya mencari hadits yang dapat
mendukung fiqh ahlurra'yi. Atas dasar ini, banyak ditemukan literatur fiqh kedua
aliran yang didasarkan atas hadits dan ra'yu. Periode keemasan ini juga ditandai
dengan dimulainya penyusunan kitab fiqh dan usul fiqh. Diantara kitab fiqh yang
paling awal disusun pada periode ini adalah al-Muwaththa' oleh Imam Malik, al-
Umm oleh Imam asy-Syafi'i, dan Zahir ar-Riwayah dan an-Nawadir oleh Imam
asy-Syaibani. Kitab usul fiqh pertama yang muncul pada periode ini adalah ar-
Risalah oleh Imam asy-Syafi'i. Teori usul fiqh dalam masing-masing mazhab pun
bermunculan, seperti teori kias, istihsan, dan al-maslahah al-mursalah.
10
11. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Zaman tahrir, takhrij dan tarjih dalam mazhab fiqh.
Periode ini dimulai dari pertengahan abad ke-4 sampai pertengahan abad
ke-7 H. Yang dimaksudkan dengan tahrir, takhrij, dan tarjih adalah upaya yang
dilakukan ulama masing-masing mazhab dalam kritikan, memperjelas dan
mengulas pendapat para imam mereka. Periode ini ditandai dengan
melemahnya semangat ijtihad dikalangan ulama fiqh. Ulama fiqh lebih banyak
berpegang pada hasil ijtihad yang telah dilakukan oleh imam mazhab mereka
masing-masing, sehingga mujtahid mustaqill (mujtahid mandiri) tidak ada lagi.
Sekalipun ada ulama fiqh yang berijtihad, maka ijtihadnya tidak terlepas dari
prinsip mazhab yang mereka anuti. Ertinya ulama fiqh tersebut hanya berstatus
sebagai mujtahid fi al-mazhab (mujtahid yang melakukan ijtihad berdasarkan
prinsip yang ada dalam mazhabnya). Akibat dari tidak adanya ulama fiqh yang
berani melakukan ijtihad secara sendirian, muncullah sikap at-ta'assub al-
mazhabi (sikap fanatik buta terhadap satu mazhab) sehingga setiap ulama
berusaha untuk mempertahankan mazhab imamnya.
Mustafa Ahmad az-Zarqa mengatakan bahwa dalam periode ini untuk
pertama kali muncul pernyataan bahwa pintu ijtihad telah tertutup. Menurutnya,
paling tidak ada tiga faktor yang mendorong munculnya pernyataan tersebut.
Dorongan para penguasa kepada para hakim (qadi) untuk menyelesaikan
perkara di pengadilan dengan merujuk pada salah satu mazhab fiqh yang
disetujui khalifah saja.
Munculnya sikap at-taassub al-mazhabi yang berakibat pada sikap
kejumudan (kebekuan berpikir) dan taqlid (mengikuti pendapat imam tanpa
analisis) di kalangan murid imam mazhab.
Munculnya gerakan pembukuan pendapat masing-masing mazhab yang
memudahkan orang untuk memilih pendapat mazhabnya dan menjadikan buku
itu sebagai rujukan bagi masing-masing mazhab, sehinga aktiviti ijtihad terhenti.
Ulama mazhab tidak perlu lagi melakukan ijtihad, sebagaimana yang dilakukan
11
12. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
oleh para imam mereka, tetapi mencukupkan diri dalam menjawab berbagai
persoalan dengan merujuk pada kitab mazhab masing-masing. Dari sini muncul
sikap taqlid pada mazhab tertentu yang diyakini sebagai yang benar, dan lebih
jauh muncul pula pernyataan haram melakukan talfiq.
Persaingan antara pengikut mazhab semakin tajam, sehingga persoalan
mazhab lebih menonjol dibandingkan sikap ilmiah dalam menyelesaikan suatu
persoalan. Sikap ini amat jauh berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh
masing-masing imam mazhab, kerana sebagaimana yang tercatat dalam sejarah
para imam mazhab tidak menginginkan seorang pun mentaqlidkan mereka.
Sekalipun ada upaya ijtihad yang dilakukan ketika itu, namun lebih banyak
berbentuk tarjih (menguatkan) pendapat yang ada dalam mazhab masing-
masing. Akibat lain dari perkembangan ini adalah semakin banyak buku yang
bersifat sebagai komentar, penjelasan dan ulasan terhadap buku yang ditulis
sebelumnya dalam masing-masing mazhab.
Zaman kemunduran fiqh.
Masa ini dimulai pada pertengahan abad ke-7 H. sampai munculnya
Majalah al-Ahkam al-'Adliyyah (Hukum Perdata Kerajaan Turki Usmani) pada 26
Sya'ban l293. Perkembangan fiqh pada periode ini merupakan lanjutan dari
perkembangan fiqh yang semakin menurun pada periode sebelumnya. Periode
ini dalam sejarah perkembangan fiqh dikenal juga dengan periode taqlid secara
membabi buta.Pada masa ini, ulama fiqh lebih banyak memberikan penjelasan
terhadap kandungan kitab fiqh yang telah disusun dalam mazhab masing-
masing. Penjelasan yang dibuat boleh berbentuk mukhtasar (ringkasan) dari
buku-buku yang muktabar (terpandang) dalam mazhab atau hasyiah dan takrir
(memperluas dan mempertegas pengertian lafal yang di kandung buku mazhab),
tanpa menguraikan tujuan ilmiah dari kerja hasyiah dan takrir tersebut.
12
13. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Setiap ulama berusaha untuk menyebarluaskan tulisan yang ada dalam
mazhab mereka. Hal ini berakibat pada semakin lemahnya kreativiti ilmiah
secara sendiri untuk kesesuaian perkembangan dan tuntutan zaman. Tujuan
satu-satunya yang boeh dikesan dari gerakan hasyiah dan takrir adalah untuk
mempermudah pemahaman terhadap berbagai persoalan yang dimuat kitab-
kitab mazhab. Mustafa Ahmad az-Zarqa menyatakan bahawa ada tiga ciri
perkembangan fiqh yang menonjol pada periode ini.
o Munculnya upaya pembukuan terhadap berbagai fatwa, sehingga banyak
bermunculan buku yang memuat fatwa ulama yang berstatus sebagai pemberi
fatwa resmi (mufti) dalam berbagai mazhab. Kitab-kitab fatwa yang disusun ini
disistematisasikan sesuai dengan pembahagian dalam kitab-kitab fiqh. Kitab-
kitab fatwa ini mencerminkan perkembangan fiqh ketika itu, iaitu menjawab
persoalan yang diajukan kepada ulama fiqh tertentu yang sering kali merujuk
pada kitab-kitab mazhab ulama fiqh tersebut.
o Muncul beberapa produk fiqh sesuai dengan keinginan penguasa Turki
Usmani, seperti diberlakukannya istilah at-Taqaddum (kedaluwarsa) di
pengadilan. Disamping itu, fungsi ulil amri (penguasa) dalam menetapkan hukum
(fiqh) mulai diakui, baik dalam menetapkan hukum Islam dan penerapannya
maupun menentukan pilihan terhadap pendapat tertentu. Sekalipun ketetapan ini
lemah, namun kerana sesuai dengan tuntutan kemaslahatan zaman, muncul
ketentuan dikalangan ulama fiqh bahawa ketetapan pihak penguasa dalam
masalah ijtihad wajib dihormati dan diterapkan. Contohnya, pihak penguasa
melarang berlakunya suatu bentuk transaksi. Meskipun pada dasarnya bentuk
transaksi itu dibolehkan syara', tetapi atas dasar pertimbangan kemaslahatan
tertentu maka transaksi tersebut dilarang, atau paling tidak untuk melaksanakan
transaksi tersebut diperlukan pendapat dari pihak pemerintah. Misalnya,
seseorang yang berhutang tidak dibolehkan mewakafkan hartanya yang
berjumlah sama dengan hutangnya tersebut, kerana hal itu merupakan indikator
atas sikapnya yang tidak mahu melunaskan hutang tersebut. Fatwa ini
dikemukakan oleh Maula Abi as-Su 'ud (qadi Istanbul pada masa kepemimpinan
13
14. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Sultan Sulaiman al-Qanuni [1520-1566] dan Salim [1566-1574] dan selanjutnya
menjabat mufti Kerajaan Turki Usmani).
o Di akhir periode ini muncul gerakan kodifikasi hukum (fiqh) Islam sebagai
mazhab resmi pemerintah. Hal ini ditandai dengan prakarsa pihak pemerintah
Turki Usmani, seperti Majalah al-Ahkam al-'Adliyyah yang merupakan kodifikasi
hukum perdata yang berlaku di seluruh Kerajaan Turki Usmani berdasarkan fiqh
Mazhab Hanafi
1.0.6 Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh
Selepas al-Imam as-Syafi'e, terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu Usul
al-Fiqh. Cara penulisan ini terbahagi kepada tiga, iaitu Tariqah al-Mutakallimin (
طريقةالمتكلمين ), Tariqah al-Ahnaf ( طريقةالنحناف ), dan Tariqah al-Muta'akhirin (طريقة
.)المتأخرين
Tariqah al-Mutakallimin
Cara penulisan Tariqah al-Mutakallimin juga dikenali sebagai Tariqah
Syafi'iyyah ( طريقةشافعية ) kerana cara ini dipelopori oleh ulama' Mazhab Syafi'e. Di
dalam cara ini, mereka membuat kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dan
mengukuhkannya dengan dalil-dalil naqli dan 'aqli. Kemudian, kaedah-kaedah ini
dibuat dasar dalam menyelesaikan masalah fiqh yang timbul. Namun, mereka
tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka, sebaliknya dibiarkan
berasingan dalamk kitab-kitab fiqh.
Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:
1. Al-Burhan ()البرهان oleh al-Imam al-Haramain 'Abd al-Malik bin 'Abdullah al-
Juwaini.
2. Al-Mu'tamad ()المعتمد oleh Abu al-Husain Muhammad bin 'Ali al-Basri.
3. Al-Mahsul ()المحصول oleh Fakhr ad-Din Muhammad bin 'Umar bin al-Husain
ar-Razi.
4. Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam ( النحكامفيأصولالنحكام ) oleh Saifuddin al-Amidi.
14
15. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tariqah al-Ahnaf
Cara penulisan Tariqah al-Ahnaf turut dikenali sebagai Tariqah al-Fuqaha'
( طريقةالفقهاء ). Menurut cara ini, kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dibuat berdasarkan
hukum-hukum yang telah diputuskan oleh Imam-Imam mazhab mereka. Kaedah-
kaedah tersebut akan dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan dan
sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan diubah suai oleh mereka.
Disebabkan itu, didapati banyak masalah fiqh yang dimasukkan dalam kitab-
kitab yang ditulis mengikut cara ini.
Antara kitab yang ditulis menurut cara ini ialah:
1. Al-Usul ()الصول oleh Abu Bakr Ahmad bin 'Ali atau dikenali sebagai al-
Jassas.
2. Al-Usul ()الصول oleh Abu Zaid 'Abdullah bin 'Umar ad-Dabusi.
3. Al-Usul ()الصول oleh Fakhr al-Islam 'Ali bin Muhammad al-Bazdawi.
4. Kasyf al-Asrar ( كشفالرسرار ) oleh 'Abd al-'Aziz bin Ahmad al-Bukhari.
Tariqah al-Muta'akhirin
Cara penulisan Tariqah al-Muta'akhirin menggabungkan cara penulisan Tariqah
al-Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf. Cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama'
dari berbagai-bagai mazhab seperti Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'e dan Mazhab
Hanbali.
Antara kitab yang ditulis mengikut cara ini ialah:
1. Badi' an-Nazam ( بديعالنظام ) oleh Muzaffar ad-Din Ahmad bin 'Ali as-Sa'ati
al-Hanafi.
2. At-Tanqih ()التنقيح dan syarhnya at-Taudih ()التوضيح oleh Sadr as-Syari'ah
'Abdullah bin Mas'ud al-Mahbubi al-Hanafi.
3. Jam' al-Jawami' ( جمعالجوامع ) oleh al-Imam Taj ad-Din 'Abd al-Wahhab bin
'Ali as-Subki as-Syafi'e.
15
16. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
1.0.6 Sumber Ilmu Fiqh
Sumber – sumber fiqh ada yang disepakati dan ada yang diikhtilafi (berbeza
pendapat). Sesuai dengan definisinya dapat diketahui sumber pokok dari fiqh
ada dua, iaitu: kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan ada sumber yang
dipautkan kepada sumber – sumber pokok yang disepakati oleh jumhur fuqaha’,
yakni: ijma’ dan qiyas. Sedangkan yang sumber – sumber fiqh diikhtilafi yaitu
istihsan ,uruf, mashlahah mursalah dan lain sebagainya.
1.0.7 Faedah mempelajari ilmu Usul Fiqh
Mempelajari dan meneliti ilmu Usul Fiqh dapat memberi faedah yang besar,
antaranya ialah:
1. Untuk mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan
hukum dan menggunakan ilmu Usul Fiqh dalam menetapkan hukum bagi
sesuatu masalah.
2. Dapat mengetahui bagaimana cara ulama menetapkan sesuatu hukum dan
menetapkan sesuatu hukum dengan berdasarkan dalil-dalil syarak.
3. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah mengikut
perkembangan zaman dan keperluan masyarakat.
4. Untuk mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmat-hikmatnya.
5. Dapat mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat
menentukan hukum terhadap perbuatan mukallaf.
6. Melalui ilmu Usul Fiqh juga boleh mengetahui hukum syarak yang telah
dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan dengan
pendapat ulamak yang berselisih di antara mereka untuk mencari yang kukuh
dan pendapat yang berpegang dengan dalil yang paling kuat untuk beramal
dengan hukumnya.
7. Melalui ilmu Usul Fiqh, ulamak yang bertugas mengeluarkan hukum atau
fatwa menjadi mudah bagi mereka untuk mengeluarkan hukum kerana ada
landasan dan panduan. (Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali 2009:10)
16
17. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
1.0.8 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan
tentang method yang dipakai oleh para imam mujtahid dalam menetapkan
hukum syara dari nas. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil illah yang
menjadi landasan hukum serta mencari maslahah yang menjadi tujuan hukum
syar’I yang dijelaskan dan diisyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul
Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang menjelaskan bagi
seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari dalil-dalil syarak.
Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu lafaz terhadap erti
tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari
nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Maka jelaslah bahawa
ilmu usul fiqh merupakan pedoman yang tepat untuk memahami teks-teks
perundangan di mana ilmu itu sendiri sangat mendalam dan boleh menjadi
method bagi seorang ahli hukum di samping dapat melatih dan mengembangkan
kemampuannya dalam pengistinbatan hukum.
1.0.9 ISU SEMASA
Bayi Tabung Uji
Benih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya suami
masih hidup. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain. Benih
suami isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri
sekiranya suami telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini
boleh membawa kepada fitnah. HARUS menghapuskan telur-telur yang telah
disenyawakan di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur sahaja,
untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih belum bernyawa.
• Gugur Kandungan
Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan
atas nasihat doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM
digugurkan.
17
18. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
• Merawat Benih
Benih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome
HARUS dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal.
• HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan diadapati cacat
yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa.
• HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan
sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.
• Masalah Merancang Keluarga
HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan
kesihatan serta dipersetujui suami isteri.
• HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM
memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor
pakar.
• HARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.
• Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil
bagi menjaga maruah wanita tersebut.
• Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh
membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan
daripada doktor pakar, HARUS menggugurkan kandungannya bagi
menyelamatkan si ibu.
• Rawatan Bagi Penggantian Hormon
HARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah
monopouse untuk kesejahteraan keluarga.
• HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada
pesakit yang sedang koma.
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.
18
19. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
19
Soalan latihan.
1. Berikan pengertian Fiqh dan Usul Fiqh pada bahasa dan istilah Syarak.
2. Nyatakan kepentingan umat Islam yang mempelajari ilmu Fiqh dan Usul Fiqh.
TUGASAN
20. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tajuk 2 KAEDAH FIQH
Pengenalan Ilmu Usul Fiqh
2.1 SINOPSIS
Qawa’id ialah bahasa Arab dari Qa’idah yang memberI erti asas rumah.
Dalam istilah undang-undang lebih dikenali sebagai principal. Ianya mempunyai
keistimewaan iaitu terbentuk dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat
dalam lafaz yang umum tetapi mempunyai makna yang sangat luas mencakupi
cabang-cabang masalah yang terperinci.Walau bagaimanapun Qai’dah fiqh
tidaklah merangkumi kesemua masalah yang tertentu cuma kebanyakannya
aghlabiyyah ( majoriti).
Qawa’id adalah amat penting dalam pengajian ilmu fiqh dan kefaqihan
seseorang itu boleh diukur melalui sejauhmana penguasaannya ke atas Qawa’id
fiqh ini.Qawa’id fiqh ini mula berkembang sekitar kurun ketiga dan keempat
Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama dari beberapa mazhab. Para fuqaha’ yang
menggubal qa’idah fiqh ini kadangkala mengambil teks hadis sendiri untuk
dijadikan qa’idah fiqh seperti contoh qa’idah لضرارولضرر dan ada juga yang
dipetik dari kalam atau ungkapan sebahagian Imam mazhab seperti Abu Yusuf
sahabat Abu Hanifah dalam kitabnya al-Kharaj yang ditulis untuk Khalifah Harun
al-Rasyid.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
2.2.1 Pelajar dapat menjelaskan konsep fiqh dan usul fiqh.
2.2.2 Pelajar dapat menerangkan Qawa’id Fiqhiyyah yang asas dengan betul.
2.2.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa dalam menentukan pemilihan
Qawa’id Fiqhiyyah yang yang betul.
20
21. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
2.3 KERANGKA TAJUK
2.4 ISI KANDUNGAN
2.4.1 Pengertian Kaedah Fiqh
Apabila dirujuk kepada kitab-kitab qawa‘id fiqhiyyah yang ditulis oleh
ulama silam atau penulis semasa, pelbagai definisi dibuat dapat ditemui.
Kebanyakan mereka mempunyai definisi yang tersendiri sehingga menjangkau
lebih daripada dua puluh definisi dikemukakan.
Banyaknya definisi sama ada kerana keluasan ilmu yang mereka miliki
atau kerana luasnya perbincangan ilmu qawa‘id fiqhiyyah atau berbezanya
pemahaman mereka terhadap ilmu ini. Apabila dibuat penelitian secara
mendalam tentang definisi yang dikemukakan, ada di kalangan ulama yang
21
Kaedah Fiqh
Setiap Perkara
Bergantung Niatnya
Yakin Tidak Dihalang
Dengan Syak
Kesukaran
Mengandungi
Kemudahan
Kemudharatan
Harus
Dihilangkan
Adat itu boleh dijadikan
hukum
22. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
memberi definisi kaedah secara umum yang meliputi semua jenis kaedah, sama
ada kaedah usul, kaedah fiqh dan kaedah bahasa.
Ada pula yang memberikan definisi khusus untuk kaedah fiqh sahaja. Di
samping itu ada juga di kalangan ulama yang mengatakan bahawa kaedah fiqah
bukan bersifat kulli dan ada pula yang berpendapat sebaliknya.
2.4.2 Kepentingan Kaedah Fiqh
Memang tidak dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat
besar kepada umat Islam lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung
dalam bidang yang berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa,
seperti para mufti dan hakim. Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah
banyak diperkatakan oleh ulama-ulama silam dalam karangan mereka dan juga
oleh penulis-penulis semasa. Bagi meringkaskan apa yang telah diperkatakan
oleh mereka, rasanya lebih baik kita perhatikan apa yang pernah disebutkan oleh
ulama silam tentang ilmu ini:
Imam al-Sayuti pernah menyebut dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir:
اعلمأنفنالبشباهوالنظائرفن،عظيمبهيطلععلىحقائق
،الفقهومداركهومآخذه،وأسرارهويتمهرفىفهمه،واستحضاره
ويقتدرعلىاللحاق،والتخريجومعرفةالحكاموالمسائلالتى
ليست،بمسطورةوالحوادثوالوقائعالتىلنتنقضىعلىممر
.الزمان
Maksudnya: Sesungguhnya Ilmu al-Ashbah Wa al-Nazair suatu ilmu yang
agung, dengannya dapat diketahui hakikat fiqah, tempat pengambilan dan
22
23. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
rahsia-rahsianya mahir dalam memahami fiqh dan menghadirkan masalah,
mampu untuk menyamakan dan mengeluarkan hukum, dapat mengetahui
hukum-hukum dan masalah-masalah yang tidak habis persitiwa dan kejadian
yang tidak habis dengan perjalanan masa.
Manakala al-Zarkashi pula berkata:
ومنضبطالفقهبقواعدهاستغنىعنحفظأكثرالجزئيات
لدندراجهافيالكليات ………. .
Maksudnya: Sesiapa yang mengawal fiqh dengan kaedah–kaedah fiqh maka dia
tidak perlu untuk menghafal banyak cabang kerana cabang tersebut telah
terangkum dalam kuliyyat. . . . . .
Manakala ulama dari mazhab Maliki pula menyebut dalam al-Furuq:
وهذهالقواعدمهمةفي،الفقهعظيمة،النفعوبقدرالنحاطةبهايعظمقدرالفقيهويشرف ،
Maksudnya: Kaedah ini penting bagi fiqh, besar manfaatnyadengan
mendalaminya akan hebat seseorang faqih dan ia akan mulia….
Kepentingan ilmu ini dapat dibahagikan kepada empat aspek:
1. Membentuk Gambaran Umum Tentang Fiqh
a) Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya
tidak sempat untuk dikhatamkan dengan bermacam-macam alasan. Dengan
adanya pengajian kaedah fiqh ini akan membuka peluang kepada masyarakat
awam untuk mendapat gambaran umum tentang fiqh dari kesemua bab.
b) Islam ialah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya dengan
perkara-perkara yang sukar. Dengan adanya kaedah fiqh, maka ia dapat
menarik umat Islam untuk mendalami ilmu fiqh dengan lebih mudah dalam
bentuk baru.
23
24. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
2. Mengeluarkan Hukum Isu-Isu Semasa
a) Setiap mukmin yang mengambil berat masalah halal haram dalam
kehidupannya akan merujuk kepada mereka yang berkelayakan untuk
menyelesaikan persoalan yang timbul dalam kehidupannya. Dengan adanya
kaedah fiqh, akan memudahkan untuk mencari jawapan bagi persoalan yang
dikemukakan.
b) Orang yang mengusai kaedah fiqh lebih mudah untuk mencari jawapan
tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab fiqh.
3. Menjaga dan Menghadkan Furu’ Fiqh Yang Berterabur
Salah satu kesukaran yang dilalui ketika mempelajari ilmu fiqh ialah untuk
mengingati masalah-masalah fiqh yang tidak terhitung banyaknya, bahkan ia
bertambah dari setahun ke setahun kerana bertambahnya persoalan-persoalan
yang menimpa manusia. Dengan mengusai ilmu ini kesukaran untuk mengingati
masalah-masalah ini dapat diatasi iaitu dengan cara menghafal kaedah-kaedah
fiqh.
4. Melahirkan Ahli Fiqh yang Muktabar
a) Untuk melahirkan seorang ahli fiqh yang hebat bukannya suatu yang
mudah, tetapi dengan mempelajari kaedah fiqh dan dawabit fiqhiyyah, jalan ke
arahnya lebih terbuka.
b) Ahli fiqh juga semestinya dikehendaki menguasai maqasid syariah yang
agak rumit, tetapi dengan mempelajari kaedah fiqh kandungannya memberi
gambaran yang jelas tentang maqasid dan tujuan syarak.
Sesetengah ulama mutakhir mazhab Syafie mengatakan ada lima kaedah, maka
kelima-lima ini dikira sebagai ibu segala kaedah fiqh iaitu :
• Kaedah 1- setiap perkara mengikut niatnya.
24
25. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
• Kaedah 2- yakin tidak dihilangkan dengan syak.
• Kaedah 3- kesukaran mengandungi kemudahan.
• Kaedah 4- kemudaratan harus dihilangkan.
• Kaedah 5- adat itu boleh dijadikan hukum.
2.5 KAEDAH-KAEDAH FIQH
2.5.1 Kaedah Pertama ( الوموربمقاصدها )
Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang terpenting dari kaedah
fiqh.Maksud kaedah ini ialah setiap amalan dan tindakan seseorang itu samada
perbuatan mahupun perkataan, maka natijahnya dan hukum syara’ berbeza
dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang itu.
Dalil kaedah ini ialah hadis Nabi SAW :
ماَا ا َنّاَم إِلُ ماَا ا عْاَم لَا ا اتِ َياّاَم ِنَّي بالِماَا ا َنّاَم إِ وَا اِلَّي كُ لِئٍ م رِ ومْاَم اوماَا اوىَا ا َنَا ا
“Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap
orang dinilai dengan niatnya”.
Kepentingan Niat Dalam Islam
Berbicara tentang kepentingan niat para ulama telah menggariskan kepada dua
perkara iaitu ;
2 Tujuan utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang
dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun adat.
25
26. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Contohnya:
a. Seseorang yang megambil wuduk atau meratakan air keseluruh
tubuhnya ,perbuatan tersebut sama ada untuk membersihkan tubuhnya
yang kotor atau menyejukkan tubuhnya dihari yang terik atau
kemungkinan juga kerana kerana tujuan ibadah.
b. Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan
kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan
dia sedang berpuasa.
c. Seseorang yang sedang berada dalam masjid kemungkinan ia masuk
untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga untuk beribadah.
d. Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada
wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau
hibah atau zakat.
e. Seseorang yang sedang menyembelih binatang kemungkinan untuk
menikmati dagingnya memakan dagingbinatang tersebut atau
kemungkinan juga untuk tujuan lain.
Beberapa contoh perbuatan yang disebutkan di atas tidak dapat dibezakan
kedudukannya sama ada kerana kebiasaan atau kerana menurut apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. Maka untuk membezakan perbuatan tersebut
memerlukan kepada niat daripada pelakunya.
3 Membezakan kedudukan suatu ibadah dengan ibadah yang lain. Seseorang
yang berwuduk atau mandi , sembahyang ,puasa dan lain-lain lagi kadang –
kadang ia melakukannya kerana status fardu ,nazar atau sunat.
5. Untuk membezakan antara fardu dengan sunat maka disyariatkan niat.
2.5.2 Kaedah Kedua ( الَيقَينليزالبالشك )
Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak akan
hilang dengan kedatangan syak (keraguan) ke atasnya tetapi ia boleh hilang
26
27. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
dengan yakin sepertinya juga. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak
akan diketepikan hukumnya semata-mata dengan syak.
Dalil kepada kaedah ini ialah :
a. Al-Quran
وماَا ا وَا اعُ بِ تّاَم يَا امْاَم هُ رُ ثَا ا كْاَم أَا الّاَم إِِنًاًّا ظَا انّاَم إَا انّاَم ظّاَم اللَا اِن يِ غْاَم يُ نَا ا ومِقَّي حَا ا لْاَم اَيائًاْاَم شَا ا
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan
sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)
Al-Haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin.
b. Al-Sunnah
قالرسولاصلىاعلَيهوسلمإذاوجدأحدكمف يبطِنه
شَيائافأشكِلعلَيهأخرجومِنهش يءأملفليخرجنومنالمسجد
حتىيسمعصوتاأويجدريحا
Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain, antaranya:-
a. ( الصِلبقأوماكانعلىوماكان )Asal Sesuatu Perkara
Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya.
Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya
atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau. Daripada
kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:
27
28. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
i. Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar
hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang
yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih
berhadas.
ii. Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak
tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya
malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau
tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang
masih kekal.
b. ( الصِلبرأةالذومة ) Asal sesuatu perkara bebas daripada
tanggungjawab.
Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada
permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang
kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang
ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas
daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu
adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang
yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab
(melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi
atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di antara masalah
fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:·
2.5.3 Kaedah Ketiga ( المشقةتجلبالتَيسَير )
Kaedah ini juga merupakan salah satu asas utama dalam syara’ kerana
ianya adalah kaedah yang umum yang meliputi sifat keseluruhan hukum Islam.
Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi penyebab kepada keringanan
dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah masyaqqah yang melampaui
had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
28
29. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan
kerja amal yang berguna seperti masyaqqah yang berpunca dari puasa tanpa
berbuka atau berterusan berjaga malam melakukan ibadat sunat tanpa rehat.
Disyaratkan masyaqqah yang berlaku itu bersifat umum adapun yang
yang jarang-jarang berlaku tidak diambilkira.
Dalil bagi kaedah ini ialah:-
a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 185
دُ ريِ يُ هُ لًّا المُ كُ بِرَا ا سْاَم َيُ لْاَم الَا ا وَا ادُ ريِ يُ مُ كُ بِرَا ا سْاَم عُ لْاَم ا
Maksudnya : Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.
b. Al-Sunnah.Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Bukhari dan
Muslim :
c. إَنمابعثتمولم ,ومَيسرينتبعثواومعسرين
Terjemahan : Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan
diutus untuk menyusahkan.
Sebab-sebab Keringanan Dalam Syariat Islam.
1. Kekurangan : Contohnya seperti gila, kanak-kanak dan orang tertidur,
sepertimana dalam hadis nabi SAW
2. Jahil : Contohnya, harus fasakh perkahwinan kerana ‘aib pada salah
seorang suami isteri yang disembunyikan oleh salah seorang dari mereka
sedangkan seorang lagi tidak mengetahui perkara yang sebenarnya.
29
30. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
3. Sakit : Islam membenarkan tayammum menggantikan air pada wudhu’
kerana sakit. Begitu juga doctor memandang aurat wanita kerana berubat.
4. Safar : Diharuskan berbuka, jama’ dan qasar sembahyang empat rakaat
bagi orang yang bermusafir.
5. Terlupa : Tidak dianggap berdosa dengan sebab terlupa seperti makan
atau minum siang hari pada bulan ramadhan.
6. Ikrah ( Paksaan) : Dimaafkan melafaz kalimah kufur kerana terpaksa
untuk menyelamatkan nyawa. Begitu juga memakan bangkai ( yang mati
atau disembelih tidak mengikut hokum syara’) dan minum arak.
7. Umum al-Balwa : Dimaafkan gharar yang sedikit dalam urusan jual beli,
percikan najis dan tanah di jalan raya.
Rukhsah (Keringanan Syara’) Merangkumi Tujuh Jenis Hukum
1. Pengguguran : seperti digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa,
haji dan jihad disebabkan keuzuran tertentu.
2. Pengurangan : seperti dikurangkan sembahyang empat rakaat kepada
dua rakaat.
3. Penggantian : seperti digantikan wudhu’ dengan tayammum ketika
ketiadaan air.
30
31. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
4. Pendahuluan (taqdim): seperti didahulukan solat Asar dalam waktu
Zohor ( jama’ taqdim) dan dahulukan zakat sebelum cukup haul.
5. Penangguhan ( ta’khir): seperti ditangguhkan sembahyang Zohor ke
waktu Asar ( jama’ ta’khir).
6. Kelonggaran ( tarkhis): diharuskan minum arak bagi orang yang tercekik
kerongkong ketika ketiadaan air halal, berlafaz kalimah kufur ketika
dipaksa sedangkan hati tetap beriman.
7. Perubahan : seperti mengubah kelakuan sembahyang yang ma’ruf ketika
ketakutan dalam peperangan.
2.5.4 Kaedah Keempat ( الضرريزال )
Asas kepada kaedah ini ialah melalui hadis nabi SAW ( لضرار
ولضرر ).
Kaedah ini antara kaedah yang meliputi kebanyakan fiqh Islami dan
pengaplikasiannya di dalam beberapa bidang fiqh. Sesungguhnya sifat hukum-
hukum Islam adalah meraikan manfaat kepada manusia dan menghalang apa
jua bentuk kemudharatan. Bila membincangkan soal kemudharatan, tak dapat
tidak untuk membincangkan bersama maqasid syari’yyah iaitu menjaga agama,
jiwa, keturunan, harta dan maruah.
Dharar ertinya melakukan kerosakan terhadap orang lain, sedangkan
Dhirar bererti bertindak balas dengan melakukan kemudharatan yang sama
dengan kemudharatan tehadapnya. Hadis ini membawa maksud tidak harus
seseorang melakukan kemudharatan terhadap saudaranya sama ada
memulakan atau membalas. Maka kaedah ini meletakkan hakim apabila hendak
menjatuhkan hukuman tidak harus melebihi kemudharatan yang menimpa
31
32. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
seseorang itu. Ulama’ sepakat kaedah ini tidak termasuk perkara yang diizinkan
oleh syara’ seperti Qisas, Hudud dan segala jenis hukuman ta’zir.
Masalah-masalah yang termasuk di bawah kaedah ini ialah:-
a. Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat
kecacatan padanya.
b. Dihajar ( ditahan dari mengurus harta sendiri) ke atas Safih, dilarang Mufti
yang tidak bersopan daripada mengeluarkan fatwa kerana amalan mereka
boleh mendatangkan kemudharatan ke atas orang lain.
c. Fasakh nikah kerana ‘aib, kepapaan dengan nafkah dan sebagainya.
d. Qisas, hudud dan ta’zir.
Kaedah-kaedah Yang Terbit daripada kaedah ini ialah:-
a. الضروراتتبَيحالمخظورات ( Kemudaratan-kemudaratan itu dapat
mengharuskan keharaman)
b. الضررليزالبالضرر (kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudaratan)
Ini bermakna umat Islam tidak boleh menolak sesuatu kemudaratan
dengan menggunakan mudarat yang lain. Sebagai contohnya, seseorang itu
tidak boleh merosakkan kehidupan orang lain demi menyelamatkan
kehidupannya. Namun begitu, mudarat ini boleh ditolak dengan mengambil
mudarat yang lebih ringan. Ini berlaku apabila berlaku pertembungan di
antara dua mudarat. Maka, kita perlu memilih mudarat yang lebih ringan atau
kecil. Ini terkandung di bawah kaedah pecahan 'Apabila Terdapat
Pertentangan Di Antara Dua Kemudaratan, Dihindarkan Yang Lebih Berat
Dengan Mengambil yang Lebih Ringan'.
32
33. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Dalam bidang muamalat Islam, para ulama dan sarjana ekonomi Islam
banyak mengguna pakai kaedah fiqh keempat ini dalam berhadapan dengan
situasi yang ada pada hari ini. Dalam perbankan Islam dan Takaful, kaedah
ini terpakai ketika perbincangan Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara
Malaysia terhadap isu Profit Equalisation Reserve (PER) dalam akaun
deposit.
Ia juga terpakai dalam bab perkongsian risiko dengan reinsurans
konvensional, mengambil modal daripada sumber yang haram, mekanisme
caj ke atas kelewatan bayaran, mewajibkan institusi perbankan Islam
memberikan ibra' kepada penerima biaya yang melunaskan hutang lebih awal
bagi pembiayaan berdasarkan kontrak jual-beli (seperti bai' bithaman ajil atau
murabahah) dan sebagainya.
2.5.5 Kaedah Kelima ( ومحكمةالعادة )
Merupakan kaedah yang kelima daripada kaedah-kaedah fiqhiyyah yang
utama. Di dalamnya terkandung pula beberapa kaedah furu’ yang lain.
Definisi al-’adah
Sekiranya dilihat di dalam kamus-kamus bahasa Arab, al-’adatu
bermaksud sesuatu yang berulang-ulang . Ia sesuai diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu sebagai kebiasaan. Ab Latif Muda mentakrifkan adat
sebagaimana yang difahami daripada perkataan Arab itu “sesuatu perbuatan
atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa yang penting ia
dapat diterima oleh akal manusia dan ia dilakukan secara berulang-ulang” .
Definisi al-’urf
Kamus-kamus Arab menyatakan maksud ‘urf sebagai seerti dengan ma’ruf iaitu
sesuatu yang diketahui manusia daripada segala kebaikan dan mereka
33
34. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
menerimanya dengan itmi’nan . Manakala di dalam bahasa Melayu, ia sesuai
diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat resam,
adat pepatih, adat Melayu dan sebagainya. Kerana adat-adat tersebut dikenali
dalam kalangan orang-orang Melayu, Minangkabau dan lain-lain.
Kaedah ini amat berkait rapat dengan proses penetapan hukum-hakam
dalam kehidupan manusia yang bersumberkan kepada uruf dan adat kebiasaan
ketika mana dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.Maka dengan ini , tidak
boleh diambil atau diangkat sesuatu urf atau adat kebiasaan itu sebagai hukum
terhadap sebarang perkara yang mempunyai dalil-dalil atau nas tertentu dalam
menetapkan hukum perkara tersebut.
Malah , apabila urf atau adat itu bercanggah dengan nas dan dalil maka
ianya tertolak.Ini kerana menetapkan sesuatu hukum bersandarkan kepada urf
dan adat kebiasaan dengan mengenepikan nas atau dalil adalah betentangan
sekali dengan kaedah syarak.
Justeru, melihat kepada adat sebagai salah satu faktor penyumbang
kepada ketentuan hukum, maka para ulama telah menggagaskan sebuah
kaedah fiqh iaitu 'Al-'Adatu Muhakkamah yang bermaksud, adat dijadikan hakim.
Kaedah ini berdasarkan beberapa dalil. Salah satunya adalah hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud yang bermaksud: Apa yang dinilai oleh kaum
muslimin sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa yang dinilai
buruk oleh kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah (riwayat Bukhari).
Walaupun terdapat perbincangan di kalangan ulama tentang kedudukan
Hadis ini sebagaimana yang ditakhrijkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam
musnadnya, tetapi maksud hadis tersebut bertepatan dan tidak bertentangan
dengan akal. Justeru, banyak permasalahan fikah yang mengambil kira adat
34
35. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
atau uruf di sesuatu tempat khususnya perkara yang tidak dinyatakan secara
jelas dalam al-Quran dan hadis.
Perkara yang paling penting dalam memahami adat serta uruf yang
diiktiraf di sisi para ulama adalah ia perlu bertepatan dengan Al-Quran dan
Hadis. Jika ia bertentangan dengan kedua-dua sumber utama berkenaan, maka
ia tertolak.
Sebagai contoh, keadaan masyarakat di sebuah tempat yang menerima
riba sebagai suatu kebiasaan dalam urusniaga. Apabila memberikan pinjaman,
mereka akan meminta bayaran yang lebih dan ia diterima oleh masyarakat
berkenaan.
Ia tidak dianggap zalim dan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut bebas
melakukan riba. Adat ini tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan al-
Quran, hadis dan ijmak ulama.
Demikian juga apabila masyarakat telah menganggap tarian yang
mendedahkan aurat sebagai seni dan adat yang perlu dikekalkan. Adat
seumpama ini juga tidak boleh dijadikan hukum kerana jelas bertentangan
dengan syariah. Adat yang boleh diambil kira sebagai hukum juga hendaklah
menepati maslahah iaitu ia membuka ruang kebaikan dan menolak
kemudaratan. Maslahah ini hendaklah meliputi kesemua umat Islam bukan
hanya berkaitan individu-individu tertentu sahaja.
Pertimbangan para ulama berkenaan dengan masa, orang dan suasana
juga dikenali sebagai fiqh waqi'. Beberapa hukum yang pernah diputuskan oleh
cendekiawan yang pakar dalam syariah mempunyai kaitan dengan adat dan uruf
sebagai pertimbangan hukum. Antaranya, hukum berkaitan had umur baligh,
penentuan masa haid dan sebagainya.
35
36. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
2.5.6 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, qawa’id fiqhiyyah(kaedah fiqh) ialah suatu kaedah
dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas
untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah
hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum fiqh akan merupakan
hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang pada zahirnya boleh
menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang
dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang
menentukan arah perundangan.
Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah,
dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai. Justeru itu, para
ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti atau
aglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha’ tidak mengharuskan para hakim
ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya kepada
kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain yang bersifat
khas atau ‘am yang mencakupi kes itu, ini kerana kaedah fiqh ini
walaubagaimana bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum
sekalipun, ia tetap mempunyai masalah-masalah yang dikecualikan.
Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nas-nas
lain bagi menentukan sesuatu perkara itu, sama ada ia dibolehkan atau tidak.
Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak bererti
akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini kerana terdapat di dalam kaedah-
kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip
fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu daripada segi
teorinya,
36
37. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang amali
dengan beberapa kaedah yang menjelaskan illah atau sebab hukum pada setiap
kelompok hukum furu’ ini. Kaedah ini juga mengumpulkan hukum-hukum cabang
di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk dan babnya.
2.6 ISU SEMASA DALAM BIDANG FIQH
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah
membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah
membuat keputusan seperti berikut:-
Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti
perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara
mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha
terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan
generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap
shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti.
a. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah
berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah
Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang
terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana
Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan
masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji,
berdasarkan nas-nas berikut:-
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
37
38. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
اْ قاوُاوفِقأفنَفنوَفنف ىِقلِق بليِقسَفنللَّهِق ٱلَفن وَفناْ قاوُاوتلُاوۡمكُاو ديِقأيَفنبِقۡ ۡل ىَفنإِقةِق كَفن لُاوتَّهٱلہۡۛاْ اونُاوسِق أحَفنوَفنۡٓۛنَّه إِقللَّهَفن ٱبُّ حِق يُاو
نَفن نليِقسِقمحُاو ل ٱۡ ۡ
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan.”
Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
نَفن ذيِقلَّهٱنَفن عاوُاو بِقتَّهيَفنلَفن ساوُاو رَّه ٱل ىَّه بِقنَّهٱل ىَّه مّ أُاوٱلۡذ ىِقلَّهٱهُاو فنَدوفنُاوجِق يَفنۥباًتاوُاومكَفن ۡمهُاو دَفنعنِقۡف ىِق
ةِق رَفنتاوَّهٱلٰ ۡٮلِق جليِق إفنِقوٱلَفنۡهمُاو رُاو مُاوأ يَفنۡفِق روُاومعَفن ل بٱِقۡ ۡمهُاو َفن نۡيَفنوَفنۡ ٰۡہٮنِق عَفنرِق َفن منُاولۡ ٱۡڪ
لُّ حِق يُاووَفنمُاوهُاو لَفنتِق ـبَفنليّطَّه ٱلٰمُاورّ حَفن يُاووَفنمُاوهِقليلَفنعَفنۡثَفن ِقـۡ بَفنخَفنل ٱٰ ۡٮٕ ٓعُاو ضَفن يَفنوَفنمهُاونعَفنۡ ۡمهُاو رَفنصإِقۡ ۡ
لَفن ـلَفنغأَفن وٱلَفنٰ ۡۡت ىِقلَّهٱتفنَكافنَفنۡمهِقليلَفنعَفنۡ ۡۚنَفن ذيِقلَّهٱفَفناْ ناوُاومَفن ءاَفنهِق بِقۦهُاوروُاو زَّه عَفن وَفنهُاوروُاو صَفن فنَوفنَفن
اْ عاوُاو بَفنتَّهوٱَفنرَفن ناوُّ ٱل ىذِقلَّهٱٓلَفن زِق أفنُاوهُاو عَفن مَفنۥۤۙكَفن ِقـۡ لَفنوْ أُاوٰٮٕ ٓمُاوهُاونَفن حاوُاو لِقمفُاول ٱۡ ۡ
ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
b. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi
kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik,
Ibn Majah dan al-Daraqutni)
c. Kaedah Usul Fiqh:
سدالذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”
درءالمفاسدومقدمعلىجلبالمصاح – iaitu “menolak
kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
38
39. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.
Tajuk 3 SEMBELIHAN DALAM ISLAM
39
Soalan latihan.
1. Apakah kaedah-kaedah yang terdapat dalam Ilmu Fiqh..
2. Nyatakan Sebab-sebab keringanan dalam Syariah Islam..
TUGASAN
40. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Pengenalan Sembelihan Dalam Islam
3.0 SINOPSIS
Dalam unit ini, beberapa aspek penting disentuh untuk perbincangan,
khususnya mengenai Konsep, Definisi dan Hukum, Rukun dan Alat Sembelihan,
Hikmah Sembelihan Cara Islam dan Isu-Isu Semasa berkaitan Sembelihan.
3.1 HASIL PEMBELAJARAN
3.1.1 Menjelaskan perkara-perkara asas berkaitan sembelihan yang dibenarkan
dalam Islam.
3.1.2 Menghurai hikmah pensyariatan sembelihan dalam Islam.
3.1.3 Menganalisis isu-isu berhubung dengan sembelihan dalam Islam.
3.2 KERANGKA TAJUK
3.3 ISI KANDUNGAN (SEMBELIHAN DALAM ISLAM)
40
Sembelihan Dalam Islam
Larangan Ketika
Sembelihan
Hukum dan
Hikmah
Sembelihan
Peraturan dan
Rukun
Syarat Sah dan
Sunat
Sembelihan
Konsep dan
Pengertian
41. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
3.3.1 Konsep, definisi dan hukum sembelihan
Binatang yang hendak dimakan hendaklah dimatikan terlebih dahulu
dengan cara disembelih. Dengan cara ini, binatang tersebut dapat dimakan
dengan selamat. Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah
bererti potong atau belah manakala dari segi istilah, ia bermaksud menyembelih
binatang yang halal dimakan mengikut lunas-lunas syarak dan syarat-syarat
tertentu. Sembelihan bertujuan menghilangkan nyawa binatang yang halal
dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang
dengan tujuan memakan dagingnya.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)
Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang. Semua
binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum
dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu disembelih.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah
ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”
(Surah Al-An‘am, 6:118)
41
42. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan
yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk,
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum
habis nyawanya)”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang
diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang
seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w.
bersabda: “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal”,
(HR Ahmad Ashab al-Sunan).
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu binatang
buruan laut dan makanannya (al-Maidah. 96). Saidina Umar r.a. berkata,
“bahawa buruannya bermaksud binatang yang diburu dan makanannya
bermaksud apa yang dicari.” Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya
bermaksud bangkainya.”
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa
Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya.
Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai).
Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah
dan menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda:
“Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami
jika kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya
kepada baginda s.a.w. dan dimakannya, (HRBukhari).
42
43. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah
s.a.w. telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana
belalang tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: “Kami
berperang bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami
bersama baginda s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu
Majah).
Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut
termasuklah ketam, kerang, ikan dan seumpamanya walaupun telah menjadi
bangkai adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih terlebih dahulu.
3.3.2 Rukun dan Alat Sembelihan
Sembelihan mempunyai tiga rukun, iaitu:-
a. Penyembelih
b. Binatang yang disembelih
c. Alat menyembelih
Rukun yang pertama, penyembelih. Bagi menyempurnakan sesuatu
sembelihan, orang yang melakukan sembelihan tersebut perlu memenuhi
beberapa syarat yang tertentu, iaitu:-
a. Islam samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang
mumayiz (perempuan-makruh).
b. Ahli Kitab Yahudi atau Nasrani.
c. Berakal – Berfikiran waras.
d. Tidak dalam Ihram Haji.
Rukun yang kedua adalah binatang sembelihan. Binatang yang hendak
disembelih mestilah halal, iaitu semua jenis binatang yang baik dan tidak
mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik,
43
44. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada
dua kumpulan, iaitu samada haiwan laut atau haiwan darat.
Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti
berikut:-
a. Babi,anjing dan keturunannya.
b. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘.
c. Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang,
gajah dan seumpamanya.
d. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara
menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
e. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu
seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya.
f. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti
semut dan lebah.
g. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat,
ulat, dan seumpamanya.
h. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak,
buaya, kura-kura, dan sebagainya.
Bagi haiwan laut pula, pada hakikatnya meliputi haiwan yang hidup
dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:-
a. Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
b. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan.
c. Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan
atau bahaya kepada kesihatan manusia.
Rukun yang ketiga pula adalah alat sembelihan. Alat sembelihan yang
hendak digunakan untuk menyembelih binatang perlulah memenuhi syarat-
syarat yang berikut:-
44
45. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
a. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang
tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.
b. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.
3.3.3 Kaifiat dan Syarat Sah Sembelihan
Kaifiat sembelihan yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:-
a. Memutuskan HALKUM (saluran pernafasan) dan urat MARIH (saluran
makanan dan minuman) serta kedua-dua urat leher (saluran darah)
bagi binatang yang mudah diselenggarakan untuk sembelihan.
b. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya
seperti binatang buruan atau berada dalam keadaan darurat, ia boleh
disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk
mematikannya dengan syarat niat menyembelih.
Syarat Sah Sembelihan adalah seperti yang berikut:-
a. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.
b. Hendaklah dengan niat sembelihan.
c. Hendaklah putus urat halkum dan urat marih.
d. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.
e. Binatang yang halal dimakan.
f. Binatang itu masih hidup.
g. Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.
h. Tujuan sembelihan kerana Allah SWT bukan dengan tujuan yang lain.
i. Tidak dalam Ihram haji atau Umrah bagi binatang buruan.
Perkara-perkara sunat ketika menyembelih adalah seperti yang berikut:-
a. Membaca bismilah untuk memulakan sembelihan.
b. Menghadap binatang itu ke arah kiblat.
c. Membaca selawat ke atas Nabi.
d. Dibaringkan binatang itu di atas rusuk kirinya.
45
46. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
e. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.
f. Memutuskan urat mareh di kiri dan kanan leher supaya segera mati.
g. Menyembelih dengan segera.
h. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas dan
cepat.Jangan diputuskan lehernya.
i. Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.
j. Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta dan
menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek seperti lembu.
3.3.4 Hikmat Menyembelih Binatang
a. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.
b. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.
c. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.
d. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah
binatang itu kerana kuman-kuman ini boleh mendatangkan keburukan
kepada kesihatan manusia.
e. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.
3.3.5 Rumusan
Syariat Islam menetapkan setiap binatang yang hendak dimakan perlu
disembelih bukanlah semata-mata untuk membezakan cara hidup orang-orang
Islam, malahan ia mengandungi hikmah yang tertentu yang menjadikannya
sebahagian peraturan hidup yang indah dan penuh makna. Sebagai umat Islam,
kita seharusnya bersyukur dan cuba menyempurnakan semua peraturan yang
ditetapkan oleh Allah SWT, khususnya dalam perkara-perkara yang berhubung
dengan sembelihan binatang ini.
3.4 ISU SEMASA BERKAITAN SEMBELIHAN
Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan seperti yang berikut:-
46
47. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
a. Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
bersidang pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic
Stiking Dalam Sembelihan Haiwan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic
Stiking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan
adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk
kepada syarat-syarat yang berikut:
i. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus
keempat-empat urat Mari', halkum dan wadajain;
ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan
sempurna(complete bleding) atau selepas 30 saat
penyembelihan berlaku;
iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan
kaedah Thoracic Stiking hanya sekadar membantu
mempercepatkan kematian; dan
iv. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang
bertauliah.
b. Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan
Kristian dengan dua syarat:-
i. Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan muslim,
diputuskan urat halqum dan mari’ sehingga menumpahkan
darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau
dikenakan kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau
seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan.
ii. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan,
seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini
berdasarkan firman Allah SWT:
لَ ا وَ الاواُاوكُاو أُْكتَ ال اَمّل ا مِمُْك لَ ارِ كَ ا ذُْك يُاومُاوسُْك اَللّل اِ اهِ يُْكلَ اعَ ا
47
48. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa
yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-
Anaam: 121)
Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:
ل اَمَ ا َنّل اإِمَ ارّل ا حَ امُاوكُاو يُْكلَ اعَ اةَ ا تَ ايُْكَمَ ا لُْكامَ اَدّل اوالَ امَ احُْك لَ اوَ ارِ زيِ نُْكخِ لُْكال امَ ا وَ اَلّل ا هِ أُاوهِ بِرِ يُْكغَ ا لَِللّل اِ ا
Mafhumnya: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu
semua (umat Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi,
demikian juga yang disembelih kerana selain Allah.” (al-
Baqarah: 173)
Berdasarkan penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di
Negara bukan Islam, kebanyakan yang melakukan penyembelihan pula adalah
orang kristian atau Yahudi, maka halal memakan sembelihan mereka. Melainkan
jika diketahui mereka melakukan perkara yang menjadi sembelihan itu haram
seperti menyebut nama selain Allah ketika melakukan sembelihan seperti yang
telah dijelaskan di atas. Jika yang menyembelih itu penyembah berhala, maka
HARAM memakan sembelihan mereka.
TAHUKAH ANDA?
Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan Islam
adalah yang terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan
kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah
penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang
memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh
itu orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang
dari sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara
Islam.
48
49. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.
49
Soalan:
Senaraikan nama haiwan dan serangga yang dinyatakan oleh Allah
dalam al-Quran?
Nyatakan hikmah disyariatkan sembelihan cara Islam?
Anda sebagai guru ingin mengadakan kursus amali sembelihan kepada murid-
murid anda. Terangkan persediaan perlu dilakukan sebelum mengendalikan
kursus tersebut?
TUGASAN
TUGASAN
50. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Tajuk 4 EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam
4.0 SINOPSIS
Islam adalah agama yang menyediakan penduan cara hidup yang
universal dan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Bukan sekadar
garis panduan dalam bab ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji, malah
dalam urusan ekonomi, Islam telah menetapkan beberapa konsep yang umum
sebagai panduan Umat Islam. Perkataan ekonomi dalam istilah islam diambil
daripada perkataan iqtisad yang bermaksud mengatur urusan dengan berusaha
mencapai sasaran yang tepat, tanpa membazir. Sasaran yang tepat bermakna
bukan bersifat individualistik dengan mengoptimumkan manfaat sosial dan
individu secara berhemah. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat turut merasa
kenikmatan dan kekayaan ekonomi islam dengan keupayaan dan kemampuan
masing-masing tanpa dianiayai.
Unit ini membincangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
ekonomi Islam khususnya dalam urusan sewaan, gadaian, perbankan Islam dan
takaful yang mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar syariat Islam di samping
satu isu semasa berkaitan.
4.1 HASIL PEMBELAJARAN
50
51. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
4.1.1 Pelajar dapat mengenalpasti bentuk-bentuk kegiatan ekonomi dalam
Islam seperti Sewaan, Gadaian, Perbankan Islam dan Takaful.
4.1.2 Pelajar dapat menghuraikan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah
berkaitan dengan kegiatan ekonomi dalam Islam.
4.1.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa berkaitan sistem ekonomi Islam.
4.3 ISI KANDUNGAN (EKONOMI ISLAM)
4.3.1 Sewa (Ijarah)
Sewa menurut pengertian bahasa ialah ‘upah kepada barang atau sewa
barang’. Sewa menurut pengertian Syara’ pula ialah ‘aqad untuk menyewa
manfaat barang’. Dalam pengertian lain ialah ‘pertukararan manfaat dan faedah
terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti
dengan nilai’.
Menurut pengertian istilah yang lebih luas, sewa ialah sesuatu
penyerahan manfaat dan faedah yang tertentu yang dikehendaki oleh orang lain
dan boleh diberikan serta barang tersebut sah di sisi Syara’ dengan imbuhan dan
imbalan pembayaran tertentu pula oleh penyewa. Sebagai contoh, tidak sah
menyewa pokok untuk tujuan mendapatkan buah.
51
4.2 KERANGKA TAJUK
Ekonomi Islam
Sewaan Gadaian Perbankan
Islam
Takaful
52. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Hukum Sewa
Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah
telah menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala
penyewa mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara
mereka. Hukum sewa adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan Hadith,
antaranya ialah:-
a. Firman Allah SWT dalam Surah az-Zukhruf: 32
Terjemahan ayat:
“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa
membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang
menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami
hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak
ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup
mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan
setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah
mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya
sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan
kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu
(yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan
dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”
b. Firman Allah SWT dalam (Surah at-Talaq : 6)
52
53. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
c. Terjemahan ayat:
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu
yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak
menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat
itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada
mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada
mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya)
dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami
kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”
d. Sabda Nabi SAW bermaksud:-
“Dari Aisyah RA; Rasullullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) menyewa
seorang laki-laki dari Bani Dail. Ddia masih memeluk agama para
leluhurnya- yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar
menyerahkan kendaraan dan perbekalan kepadanya untuk diserahkan
kembali setelah lewat tiga malam di gua Hira” (Riwayat Bukhari)
e. Sabda Nabi SAW bermaksud:-
“Dari ibnu Umar RA; Rasulullah (SAW) bersabda; Berilah upah sebelum kering
keringatnya” (Riwayat Ibnu Majah)
53
54. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Rukun Sewaan
Sewa yang dijalankan juga mestilah mempunyai 5 rukun sewa yang berikut:
a. Tuan punya sewa atau orang yang memberi sewa
b. Penyewa
c. Sewa atau nilai
d. Manfaat
e. Sighah, iaitu lafaz ijab dan qabul
Pemberi Sewa dan Syarat Pemberi Sewa
Pemberi sewa merujuk kepada orang yang memiliki manfaat dan manfaatnya
diserahkan kepada penyewa dengan kadar bayaran tertentu. Antara syarat
pemyewa adalah:
a. Baligh
b. Waras
c. Pilihan sendiri
d. Ahli tasarruf
e. Islam dan bukan Islam
Syarat Bayaran Sewa
a. Bayaran hendaklah bersih dari segi syara’.
b. Hendaklah boleh dimanfaatkan
c. Boleh diserahkan pada bila-bila masa.
54
55. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
d. Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan bayaran sewa itu sama ada
menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.
e. Bayaran itu hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh kedua belah pihak
Syarat-Syarat Manfaat
a. Barang yang disewakan hendaklah bernilai dari segi syara’ dan seimbang
dengan bayaran yang dikenakan. Seperti rumah dan kenderaan.
b. Barang itu boleh diserahkan oleh penyewa. Sebagai contoh; tidak boleh
menyewa barang yang dah dirampas atau kenderaan yang rosak.
c. Tidak boleh menyewa untuk tujuan mendapatkan bukan manfaat, tetapi
‘Ain barangan itu. Contohnya menyewa binatang kerana hendakkan
bulunya, atau susunya, atau anak dalam kandungannya.
d. Tidak boleh menyewa sesuatu untuk kepentingan orang yang memberi
sewa agar melakukan sesuatu ibadat kepadanya. Seperti mengadakan
ibadat puasa atau sembahyang lalu niatnya ditujukan kepada orang yang
memberi sewa.
e. Barang yang hendak disewaitu hendaklah diketahui jenis, kadar dan
sifatnya
Ijab dan Qabul
Ijab dan Qabul bermaksud kedua-dua pihak saling meredai. Antara syarat Ijab
dan Qabul adalah:
a. Ijab diikuti dengan Qabul tanpa diselangi dengan perkataan lain.
b. Ijab dan Qabul didengar oleh orang yang hampir.
c. Ijab dan Qabul sama maksud dan maknanya.
55
56. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
d. Tidak ada taklik atau sebarang syarat.
e. Ijab tidak berubah sebelum ada Qabul.
Sebab-sebab yang membatalkan sewaan
Muamalat sewa itu akan terbatal dengan sebab yang berikut:
a. Berlaku kerosakan kepada barangan yang disewa sebab penyewa atau
terdapat kecacatan lama yang baru diketahui oleh penyewa.
b. Selesai atau memenuhi manfaat yang diakadkan.
Hikmah Sewa dalam Islam
a. Manusia perlu kepada sewa dan keperluan lain yang tidak dimilikinya,
seperti alat cucuk tanam, tanah, dan sebagainya.
b. Pemilik barang dapat memperolehi keuntungan dari sewaan.
c. Dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama manusia melalui
urusan sewa.
d. Sesuatu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada
pemilik barang.
4.3.2 Gadaian (ar-Rahnu)
Pengertian
Gadaian menurut bahasa ialah ‘tahan’.
Menurut pengertian istilah pula menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran
bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat
dijelaskan hutang itu nanti
56
57. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Hukum
Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik ketika
seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.
Muamalat gadaian adalah diharuskan dalam Islam berdasarkan dalil nas al-
Quran dan Hadith.
Dalil al-Quran
a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 283
“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi
hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka
hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi
hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang
(dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah
orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang
yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah
Tuhannya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)
menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang
menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa
hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.”
b. Sabda Nabi SAW bermaksud:-
57
58. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya
masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan
makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya
(Riwayat Tirmidzi)
Rukun Gadaian
a. Pemegang gadai dan penggadai.
b. Barang gadaian.
c. Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai.
d. Sighah iaitu lafaz ijab dan kabul
Syarat Penggadai dan Pemegang Gadai
Kedua-dua penggadai dan pemegang gadai terikat kepada syarat berikut:
a. Mukallaf
b. Pilihan sendiri
c. Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing dengan
milik secara sah
Syarat Barang yang Digadai atau Dihutang
a. Yang digadaikan bukanlah manfaat, tetapi ‘ain (barangnya)
b. Mestilah boleh dijual
Syarat Hutang untuk Barang Digadaikan
a. Hutang mestilah mempunyai nilai dan boleh digunakan, seperti wang,
emas dan perak.
b. Jumlah hutang diketahui oleh kedua belah pihak.
c. Hutang itu perlu tetap, tidak berubah nilainya dan tidak bertambah apabila
bayaran dilakukan.
58
59. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
d. Sighah, terdiri daripada ijab dan qabul.
Hikmah Gadaian dalam Islam
a. Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.
b. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.
c. Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila
terdesak.
d. Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih mesra sesama manusia.
e. Menjaga kemaslahatan manusia ketika mengadakan muamalat gadaian.
4.3.3 Perbankan Islam
Pengertian Perbankan Islam
Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam
(Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua
peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-
Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti
kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah
(ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan
hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai
melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Sejarah Perbankan Islam di Malaysia
Pada asalnya Institusi Bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada
tahun 1983. Selepas sepuluh tahun beroperasi iaitu pada tahun 1993, bank
perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan
perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).
59
60. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Oleh itu, Bank SPI ini perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan
Islam daripada perniagaan perbankan konvensional.
Pematuhan prinsip Syariah
Bank Islam dan Bank-Bank SPI perlu mewujudkan jawatankuasa Syariah
bertujuan membimbing mengenai hal-hal syariah bagi memastikan fungsi bank
adalah sentiasa mematuhi kehendak syariah Keseragaman dalam pendapat dan
amalan adalah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah
tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia. Ahli-Ahli Jawatankuasa
Syariah dan Majlis Penasihat Syariah adalah dilantik daripada kalangan
cendikiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
Konsep Syariah dalam perbankan Islam
Konsep asas Syariah dalam Perbankan Islam meliputi perkara-perkara yang
berikut:-
a. Wadi`ah (Simpanan)
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta
sebagai amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang
tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin
keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya. Mekanisme operasi
Wadi’ah ialah pendeposit wang di bank akan dijamin wang tersebut akan
dipulangkan semula. Pendeposit boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
Bank akan mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan
pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu. Konsep ini lazimnya diguna
pakai dalam urusan penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti
simpanan deposit.
b. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
60
61. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,
iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi
pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil
daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan
nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh
digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank
(sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik
modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik
modal.
c. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Bai’ Bithaman Ajil merujuk kepada jualan barangan di mana penjual
membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu
margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara
ansuran. Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil ialah pelanggan dapatkan
pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada
harga jualan yang telah di termasuk keuntungan. Bank membeli aset tersebut
daripada pemilik secara tunai. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerahkan hak milik aset kepada
anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh
yang telah dipersetujui.
d. Murabahah (Kos tambah)
Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan
di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin
keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam
Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan
margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
61
62. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
e. Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada
perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah
yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan
yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan
dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
f. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan
pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak
berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’
(jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan.
Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ ialah pelanggan memilih kereta yang
ingin dibeli. Pelanggan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut,
membayar deposit kereta dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada
bank setelah bank membeli kereta tersebut. Bank menjelaskan pembayaran
kereta berkenaan kepada penjual. Penjual kereta memberi hak milik kereta
kepada bank. Bank memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan. Pelanggan
akan membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada
akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada
harga yang telah dipersetujui.
g. Wakalah (Agensi)
Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik
pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan
tugas-tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya
dibayar fi atas perkhidmatannya. Misalnya seorang pelanggan meminta bank
membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam
62
63. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi
kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.
h. Qard (Kontrak hutang)
Di bawah Qard, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas
semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman
yang sebenar sahaja.Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar
lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai
tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.Contohnya pemberi pinjaman
meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan
mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak
pada masa yang dipersetujui.
i. Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai
balasan kepada manfaat yang diterima. Contohnya dalam simpanan yang
beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan
Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan
mereka di bank.
4.3.4 Takaful (Insurans)
Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila satu
kumpulan manusia berikrar untuk mengumpul tenaga dan sumber bagi
mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama apabila ditimpa musibah atau
kesusahan.
Amalan Insurans sebegini diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:-
63
64. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).”
Jenis-Jenis Insurans
a. Insurans Nyawa:
-Memberi perlindungan risiko kepada pemegang polisi ke atas kematian dan
hilang upaya.
-Syarikat insurans juga memberi pinjaman kepada pembeli insurans yang
mencagarkan polisinya.
b. Insurans Am:
-Memberi perlindungan kepada pemegang polisi yang mengalami kerugian harta
atau pendapatan.
Prinsip dan konsep Insurans
a. Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu di kalangan
pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli.
b. Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan
dan manfaat.
c. Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.
d. Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada
kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana.
64
65. PIM3143 PENGAJIAN FIQH
e. Menggunakan konsep tabarru’ yang bererti menderma.
f. Mengamalkan konsep mudharabah yang bermaksud berkongsi
keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.
Ciri-Ciri Insurans Islam
Secara amnya insurans atau takaful dalam Islam adalah diharuskan selagi mana
tidak terdapat unsur-unsur berikut:-
a. Gharar: Iaitu ketidakpastian atau kekaburan, terutamanya jika melibatkan
akad, perjanjian atau kontrak. Sebagai contoh, dalam polisi isurans
nyawa, pemegang polisi bersetuju untuk menjelaskanbayaran tertentu
bagi sesuatu tempoh. Pihak insurans pula bersetuju untuk membayar
sejumlah pampasan tertentu apabila berlaku sesuatu bencana, tetapi
syarikat insurans tidak menjelaskan secara terperinci bagaimanakah
pampasan tersebut akan dihasilkan.
b. Judi: Iaitu apabila pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia
sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada premium
yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang tidak
diketahui asal-usulnya. Keuntungan daripada perniagaan insurans juga
dilihat sebagai hasil daripada perjudian kerana keuntungan tersebut
berpunca dari penangguhannya. Syarikat insurans boleh mendapat
untung atau rugi disebabkan tuntutan yang bergantung pada nasib.
c. Riba: Iaitu melalui aktiviti pelaburan syarikat di dalam syarikat atau
institusi kewangan yang mengamalkan riba.
4.4 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, sistem ekonomi Islam adalah suatu kaedah dalam
perekonomian Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk
memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah bermuamah
65