Bab Pertama : Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid


                   Tajwid:
1. Pengertian ilmu Tajwid: -


          Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan atau mencantikkan. Dari
segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafaz
huruf-huruf Al-Quran dengan betul.

          Sesetengah ulama mentakrifkan Tajwid ialah menunaikan hak huruf dan
apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang
sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya (ciri-cirinya), dengungnya,
panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hukum
ilmu Tajwid.


Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap


              Tajwid:
2. Hukum Ilmu Tajwid: -


          Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah. Mempraktikkannya pula
dalam bacaan adalah fardu `Ain.


          Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah dengan erti kata, mestilah
ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui
ilmu Tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid bagi masyarakat setempat.
Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar, orang yang mahir dalam ilmu
tajwid            dan   menjalankan   kewajiban   mengajarkannya   kepada   penduduk
bandarnya, maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.1


Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap



1
    Lihat Kitab         m/s: 39.
3. Dalil wajib mempraktikkan tajwid dalam setiap pembacaan

              al-
i. Dalil dari al-Quran


Fiman Allah s.w.t.: -

                         (Al-Muzammil: 4)       ¸ ‹Ï?ö s? t #u ö à)ø9$# È Ïo?u‘u

           maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan Tartil (bertajwid)”
     Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w.
membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil iaitu
mengelokkan     sebutan      setiap          huruf-hurufnya               yakni    bertajwid.   Maka   ini
membuktikan bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah
pembacaan secara bertajwid seperti dalam firman Allah yang lain: -

                           (Al-Furqan: 32)       W ‹Ï?ö s? çµ s ù=¨?u‘u

       maksudnya: “Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada
                   (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”


Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap

ii. Dalil dari as-Sunnah
               as-

     Apabila membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w. membacanya dengan
bertajwid. Ini dapat dilihat melalui ayat yang telah dinyatakan sebelum ini dan
dan hadis-hadis yang akan dinyatakan selepas ini antaranya, hadis yang
diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila beliau
ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau
menjawab: -
                                                                                                         !
                             !
                             " # " # " %& " '( )
                                 ! $      $                      *         + -
                                                                           ) (,) ! '( )    *    .)
                                                                                                 /      #
maksudnya: ““Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solat kemudian
tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan
kadar baginda tidur tadi, kemudian tidur semula dengan kadar beliau solat tadi
hingga menjelang subuh, kemudian dia (Ummu Salamah) menunjukkan cara
bacaan Rasulullah s.a.w., maka beliau menunjukkan (satu) bacaan yang
menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu”. (Hadis 2847 Jamik At-Tirmizi)


     !
     ) )        ) 0 1 *! "
                         $          203         4 ( % ) 0 5 (             6) (
                                                                           /       0 1) *        73
           . ) ) 1) ;) ( * ( )
               ! / ,         !           ) 8) 9 0 ! (: 80 2 0 3 9) *
                                            0                                      ) ) 1) ;) ( ) * (
                                                                                     ! / ,
Maksudnya: “Adalah (Jibril a.s) mengemukakan kepada Nabi s.a.w. bacaan al-
Quran setiap sekali setahun (yakni pada bulan ramadan). Maka pada tahun
baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi s.a.w. beriktikaf 10
hari bagi setiap tahun (yakni pada bulan ramadan). Maka pada tahun baginda
wafat, baginda beriktikaf 20 hari”. (Hadis ke 4614 Sahih Al-Bukhari)


           Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abdullah ibnu `Amr pula, Rasulullah
s.a.w. bersabda: -
            .2 * ) / 6 /> 2 /@ ) / ) *
             =          ? 3        ,          2 ) % 2 *% ) / ) () /0 ) 2 */ 7? )
                                                                       A            4 ( ( ,B
“Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud,
Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad”. (hadis ke 4615 dari Sahih Al-Bukhari)

Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap


iii. Dalil dari Ijma’ Ulama
            Telah sepakat para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah
s.a.w. sehingga sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara
bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang Kitab Nihayah
menyatakan: - “Sesungguhnya telah Ijmak (sepakat) semua imam dari kalangan
ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman
Nabi s.a.w. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang
mempertikaikan kewajiban ini”. 2

Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap


2
    Lihat Kitab !      m/s:11, oleh Syeikh Muhammad Makki Nasr.

Pengenalan ilmu tajwid

  • 1.
    Bab Pertama :Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid Tajwid: 1. Pengertian ilmu Tajwid: - Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan atau mencantikkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Sesetengah ulama mentakrifkan Tajwid ialah menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya (ciri-cirinya), dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hukum ilmu Tajwid. Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap Tajwid: 2. Hukum Ilmu Tajwid: - Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah. Mempraktikkannya pula dalam bacaan adalah fardu `Ain. Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah dengan erti kata, mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu Tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid bagi masyarakat setempat. Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar, orang yang mahir dalam ilmu tajwid dan menjalankan kewajiban mengajarkannya kepada penduduk bandarnya, maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.1 Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap 1 Lihat Kitab m/s: 39.
  • 2.
    3. Dalil wajibmempraktikkan tajwid dalam setiap pembacaan al- i. Dalil dari al-Quran Fiman Allah s.w.t.: - (Al-Muzammil: 4) ¸ ‹Ï?ö s? t #u ö à)ø9$# È Ïo?u‘u maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan Tartil (bertajwid)” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya yakni bertajwid. Maka ini membuktikan bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah pembacaan secara bertajwid seperti dalam firman Allah yang lain: - (Al-Furqan: 32) W ‹Ï?ö s? çµ s ù=¨?u‘u maksudnya: “Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)” Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap ii. Dalil dari as-Sunnah as- Apabila membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w. membacanya dengan bertajwid. Ini dapat dilihat melalui ayat yang telah dinyatakan sebelum ini dan dan hadis-hadis yang akan dinyatakan selepas ini antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila beliau ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab: - ! ! " # " # " %& " '( ) ! $ $ * + - ) (,) ! '( ) * .) / # maksudnya: ““Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solat kemudian tidur dengan kadar baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar baginda tidur tadi, kemudian tidur semula dengan kadar beliau solat tadi
  • 3.
    hingga menjelang subuh,kemudian dia (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah s.a.w., maka beliau menunjukkan (satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-hurufnya satu persatu”. (Hadis 2847 Jamik At-Tirmizi) ! ) ) ) 0 1 *! " $ 203 4 ( % ) 0 5 ( 6) ( / 0 1) * 73 . ) ) 1) ;) ( * ( ) ! / , ! ) 8) 9 0 ! (: 80 2 0 3 9) * 0 ) ) 1) ;) ( ) * ( ! / , Maksudnya: “Adalah (Jibril a.s) mengemukakan kepada Nabi s.a.w. bacaan al- Quran setiap sekali setahun (yakni pada bulan ramadan). Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi s.a.w. beriktikaf 10 hari bagi setiap tahun (yakni pada bulan ramadan). Maka pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf 20 hari”. (Hadis ke 4614 Sahih Al-Bukhari) Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abdullah ibnu `Amr pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: - .2 * ) / 6 /> 2 /@ ) / ) * = ? 3 , 2 ) % 2 *% ) / ) () /0 ) 2 */ 7? ) A 4 ( ( ,B “Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad”. (hadis ke 4615 dari Sahih Al-Bukhari) Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap iii. Dalil dari Ijma’ Ulama Telah sepakat para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib. Pengarang Kitab Nihayah menyatakan: - “Sesungguhnya telah Ijmak (sepakat) semua imam dari kalangan ulama yang dipercayai bahawa Tajwid adalah suatu yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w. lagi sehinggalah sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajiban ini”. 2 Sila lihat buku asal untuk penjelasan yang lebih lengkap 2 Lihat Kitab ! m/s:11, oleh Syeikh Muhammad Makki Nasr.