Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
3.0
SUMBER MANUSIA DAN
ISU AGIHAN
1
KEMISKINAN DAN AGIHAN
PENDAPATAN
Kemiskinan merupakan satu masalah
sosioekonomi. Orang miskin diakui tidak
mempunyai jamin...

Dalam bahagian, ini kita diberi
penerangan tentang kemiskinan di
Malaysia.

Perbincangan meliputi konsep
kemiskinan, ke...

Setelah membaca bahagian ini dan
memahami konsep-konsep yang
dinyatakan, kita diharapkan :

Memahami maksud konsep kemi...

Memahami langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah
kemiskinan.

Mengkaji strategi ekonomi Islam untu...
DEFINISI KEMISKINAN

Untuk mendefinisikan kemiskinan, kita
perlu melihat tingkat pendapatan
seseorang sama ada mencukupi ...

Pada tahun 1999 garis kemiskinan yang
ditetapkan ialah :

RM510 bagi saiz isi rumah 4.6 orang di
Semenanjung Malaysia,
...

Beberapa ahli ekonomi dan pengkaji
masalah sosial telah memberikan beberapa
pandangan berkaitan dengan kemiskinan.

Ada...

Pendapat ahli ekonomi yang lain pula
mengatakan, kemiskinan wujud akibat satu
golongan yang tidak mempunyai
pendapatan y...

Biasanya, kadar kemiskinan diukur secara
mutlak dan relatif.

Dengan demikian, wujudlah konsep
kemiskinan mutlak dan ke...
KEMISKINAN MUTLAK

Satu ukuran pendapatan minimum
ditetapkan bagi seseorang atau sesuatu
keluarga untuk memenuhi keperlua...
KEMISKINAN RELATIF

Satu konsep kemiskinan yang mengambil
kira kedudukan relatif sesuatu kumpulan
penduduk mengikut etnik...

Contohnya, pendapatan garis kemiskinan
bagi isi rumah di kawasan bandar
ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi
berbandi...
KEMISKINAN DARI
PERSPEKTTIF ISLAM

Dalam Islam, hubungan yang berbentuk
menegak antara manusia dengan
Penciptanya akan me...

Sistem Ekonomi Islam membahagikan
golongan miskin kepada dua golongan,
iaitu fakir dan miskin. Golongan tersebut
merupak...

Menurut Imam Shafie, fakir ialah orang
yang tidak mempunyai harta dan tidak
mempunyai pekerjaan yang tetap;
atau ia memp...

Jelaslah bahawa istilah golongan termiskin
yang digunakan oleh kerajaan sekarang,
iaitu mereka yang mempunyai
pendapatan...

Golongan miskin pula ialah mereka yang
mempunyai pendapatan kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan.

Kedua-dua kum...
1. Mereka yang tidak mempunyai sebarang
harta atau sebarang sumber pendapatan.
2. Mereka yang mempunyai harta atau
sumber ...
4. Mereka yang menghadapi kesusahan
secara sementara atau secara berterusan
dan tidak mempunyai sebarang keupayaan
untuk m...
KESAN KEMISKINAN

Manusia dalam keadaan kemiskinan tidak
akan mampu melaksanakan tuntutan
amar ma'ruf dan mengelakkan nah...

1. Akidah. Kemiskinan mungkin
menimbulkan bahaya besar terhadap
akidah terutama dalam situasi yang orang-
orang miskin b...
2. Etika dan Moral. Dalam situasi seseorang
yang miskin berada di tengah-tengah
orang kaya boleh mewujudkan peraasaan
kece...

4. Rumah tangga. Dalam membina rumah
tangga yang aman damai, tanggungjawab
dari segi nafkah zahir (ekonomi) dan
kerohani...

5. Masyarakat. Situasi kemiskinan juga
mampu menggugat ketenteraman
masyarakat serta kemajuan umat.
Kecenderungan untuk ...
26

Keadaan ini dikaitkan dengan penyertaan
dalam aktiviti ekonomi sesuatu kaum.

Masyarakat Melayu lebih tertumpu
kepada s...

Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar
pada tahun 1995 ialah 16.1 % berbanding
dengan kawasan bandar 7.5%.

Hal ini di...

Dari segi negeri, berdasarkan maklumat
daripada Rancangan Malaysia ke-8 (2001
- 2006) negeri-negeri di sebelah Pantai
Ti...

Misalnya, pada tahun 1999, kadar
kemiskinan di Kelantan ialah 18.7% diikuti
Kedah 13.5% dan Perlis 13.3%.

Sebaliknya, ...

Perbincangan dalam topik kemiskinan ini
lebih menitikberatkan kemiskinan
mengikut kawasan, iaitu antara kawasan
bandar d...
KEMISKINAN DI LUAR
BANDAR

Dalam laporan Rancangan Malaysia
Ketujuh (RM ke-7), kawasan bandar
didefinisikan sebagai kawas...

Faktor-faktor yang Menyebabkan
Kemiskinan di Luar Bandar :
33

Faktor Sejarah

Ekonomi luar bandar dibiarkan pada tahap
sara diri tertinggal dalam perkembangan
ekonomi moden.

Sejak...
Kegiatan Ekonomi

Ekonomi desa berkait rapat dengan sektor
pertanian yang rendah daya
pengeluarannya dan mengalami banyak...
Kegagalan Institusi

Kurang berkesannya institusi yang
berhubung dengan kegiatan pengeluaran,
pemasaran, pemprosesan dan
...

Sebagai contoh, galakan memasarkan
sendiri hasil pertanian petani oleh FAMA ,
melalui konsep Pasar Tani, tetapi terdapat...
Sikap Penduduk

Penduduk desa biasanya mempunyai
sikap negatif terhadap pembaharuan dan
terlalu bergantung pada subsidi.
...
Peluang Pendidikan

Peluang-peluang pendidikan dan latihan
agak terhad. Pelajar-pelajar luar bandar
biasanya sukar mendap...

Langkah-Iangkah untuk Mengatasi
Kemiskinan di Luar Bandar :
Projek-projek yang dapat menambah
pendapatan adalah seperti ...
Program Ekstensifikasi

Dalam program ini jumlah kawasan
pertanian ditambah melalui pembukaan
kawasan-kawasan baru ., Ant...
Program Intensifikasi

Program ini meninggikan produktiviti tanah
pertanian yang sedang diusahakan melalui
penggunaan tek...
Pelbagaian tanaman

Dalam usaha ini jenis keluaran pertanian
ditambah melalui pengenalan tanaman
baru seperti kelapa sawi...
Subsidi

Subsidi merupakan bantuan untuk
menanam semula (RISDA), racun
serangga, tanaman litup bumi dan baja. Di
samping ...
Membuat Dasar Baru

Contohnya, memperkenalkan Dasar
Pertanian Nasional (DPN) pada tahun
1992, iaitu satu dasar yang menye...
Menyediakan Prasarana dan
Kemudahan Asas yang Lebih Baik .

Kemudahan prasarana seperti jalan raya,
bekalan elektrik dan ...

Dengan demikian, perbelanjaan
pembangunan kerajaan persekutuan,
terutamanya untuk pertanian dan
pembangunan luar bandar ...
Menerap Nilai Positif

Penduduk luar bandar juga digalakkan
terlibat secara aktif dalam program
pembangunan Masyarakat Pe...
Pencapaian
1 . Kadar kemiskinan di luar bandar telah
berkurangan daripada 58.7% (1970)
kepada 24.7% (1984); 19.3% (1990)
k...
3. Pendapatan purata peserta FELDA telah
meningkat.
4. Kapasiti penglibatan pekebun kecil dalam
pengeluaran pertanian nega...
Program PPRT
- rumah kos rendah atau rumah pangsa -
AIM (RM77.1 juta kepada 36,200 isi,
rumah miskin)
- ternak ayam, itik ...
- Bantuan pendidikan
- Skim ASB - PPRT - pinjaman tanpa faedah
RM5000.
- Penyedian kemudahan asas - air, elektrik
(sekolah...
53
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Ekonomi - Kemiskinan

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

  • Login to see the comments

Ekonomi - Kemiskinan

  1. 1. 3.0 SUMBER MANUSIA DAN ISU AGIHAN 1
  2. 2. KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN Kemiskinan merupakan satu masalah sosioekonomi. Orang miskin diakui tidak mempunyai jaminan hidup disebabkan kurang perlindungan undang-undang, hutang yang banyak, kurang pendidikan, perlindungan kesihatan terhad, tanggungan yang ramai dan kurang keupayaan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti politik 2
  3. 3.  Dalam bahagian, ini kita diberi penerangan tentang kemiskinan di Malaysia.  Perbincangan meliputi konsep kemiskinan, kedudukan kemiskinan mengikut kaum, kawasan dan negeri, faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan, kesan daripada kemiskinan terhadap kehidupan, dan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan. 3
  4. 4.  Setelah membaca bahagian ini dan memahami konsep-konsep yang dinyatakan, kita diharapkan :  Memahami maksud konsep kemiskinan.  Mengenal pasti punca kemiskinan mengikut kaum, kawasan dan negeri di Malaysia. 4
  5. 5.  Memahami langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kemiskinan.  Mengkaji strategi ekonomi Islam untuk mengatasi masalah kemiskinan. 5
  6. 6. DEFINISI KEMISKINAN  Untuk mendefinisikan kemiskinan, kita perlu melihat tingkat pendapatan seseorang sama ada mencukupi atau tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. 6
  7. 7.  Pada tahun 1999 garis kemiskinan yang ditetapkan ialah :  RM510 bagi saiz isi rumah 4.6 orang di Semenanjung Malaysia,  RM584 bagi saiz isi rumah 4.8 orang di Sarawak, dan  RM685 bagi saiz isi rumah 4.9 orang di Sabah. 7
  8. 8.  Beberapa ahli ekonomi dan pengkaji masalah sosial telah memberikan beberapa pandangan berkaitan dengan kemiskinan.  Ada antaranya mengatakan kemiskinan disebabkan oleh faktor kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan teknologi moden.  Mereka juga mendapati hukum warisan dalam pemilikan tanah merupakan penyebab utama pemilikan tanah masyarakat petani menjadi tidak menjimatkan. 8
  9. 9.  Pendapat ahli ekonomi yang lain pula mengatakan, kemiskinan wujud akibat satu golongan yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, kurang kuasa sosial, pendidikan yang rendah dan tidak upaya memiliki faktor-faktor pengeluaran.  Sebaliknya, beberapa ahli ekonomi dan pengkaji masalab sosial mengaitkan pengaruh monopoli bermakna penguasaan terrhadap pemasaran barangan dan perkhidmatan, manakala pengaruh monopsoni bermakna penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran sebagai punca kemiskinan. 9
  10. 10.  Biasanya, kadar kemiskinan diukur secara mutlak dan relatif.  Dengan demikian, wujudlah konsep kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. 10
  11. 11. KEMISKINAN MUTLAK  Satu ukuran pendapatan minimum ditetapkan bagi seseorang atau sesuatu keluarga untuk memenuhi keperluan asas kehidupan, iaitu keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal (keperluan dharuriyah).  Contohnya pada tahun 1999, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Malaysia ialah RM510 sebulan bagi isi rumah yang terdiri daripada 4.6 orang. Peratusan keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah daripada garis kemiskinan merupakan saiz 11
  12. 12. KEMISKINAN RELATIF  Satu konsep kemiskinan yang mengambil kira kedudukan relatif sesuatu kumpulan penduduk mengikut etnik atau kawasan.  Pengiraannya lebih subjektif disebabkan ia menggambil kira keadaan kebajikan seseorang itu berbanding dengan orang lain mengikut etnik yang berbeza atau di kawasan yang berlainan. 12
  13. 13.  Contohnya, pendapatan garis kemiskinan bagi isi rumah di kawasan bandar ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan isi rumah di kawasan luar bandar.  Perbezaan ukuran PGK tersebut dibuat kerana kos sara hidup di kawasan luar bandar lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar. 13
  14. 14. KEMISKINAN DARI PERSPEKTTIF ISLAM  Dalam Islam, hubungan yang berbentuk menegak antara manusia dengan Penciptanya akan menentukan pula hubungan mendatar antara manusia dengan manusia di muka bumi ini.  Dengan cara inilah juga kejayaan (falah), iaitu kesejahteraan dan kemewahan di muka bumi dan di akhirat akan kita nikmati. 14
  15. 15.  Sistem Ekonomi Islam membahagikan golongan miskin kepada dua golongan, iaitu fakir dan miskin. Golongan tersebut merupakan dua daripada lapan asnaf yang layak menerima hasil zakat 15
  16. 16.  Menurut Imam Shafie, fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap; atau ia mempunyai sedikit harta dan juga mempunyai pekerjaan tetapi pendapatannya tidak cukup untuk memenuhi separuh daripada keperluan asasnya. 16
  17. 17.  Jelaslah bahawa istilah golongan termiskin yang digunakan oleh kerajaan sekarang, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan tidak lebih daripada 50% daripada Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sejajar dengan istilah fakir yang digunakan oleh Imam Shafie. (Lihat Shafi’, 1997). 17
  18. 18.  Golongan miskin pula ialah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.  Kedua-dua kumpulan asnaf yang berhak menerima hasil zakat, iaitu fakir dan miskin mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: 18
  19. 19. 1. Mereka yang tidak mempunyai sebarang harta atau sebarang sumber pendapatan. 2. Mereka yang mempunyai harta atau sumber pendapatan tetapi tidak mencapai tahap memerlukan mereka membayar zakat. 3. Mereka mempunyai pendapatan yang hanya cukup untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan asas kehidupan. 19
  20. 20. 4. Mereka yang menghadapi kesusahan secara sementara atau secara berterusan dan tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk menyara hidup yang secukupnya. 5. Mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan oleh kecacatan anggota atau akal atau sebab-sebab lain yang menyebabbkan mereka tidak boleh bekerja. 20
  21. 21. KESAN KEMISKINAN  Manusia dalam keadaan kemiskinan tidak akan mampu melaksanakan tuntutan amar ma'ruf dan mengelakkan nahi munkar sama ada untuk dirinya atau bagi kepentingan masyarakat.  Islam dalam hal ini memberi perhatian yang berat terhadap kemiskinan yang menimpa umatnya. Antara bahaya kemiskinan yang dapat dinyatakan termasuklah: 21
  22. 22.  1. Akidah. Kemiskinan mungkin menimbulkan bahaya besar terhadap akidah terutama dalam situasi yang orang- orang miskin berada dalam keadaan tidak menentu sumber penndapatannya sedangkan orang-orang kaya pula tidak bersedia menghulurkan bantuan. 22
  23. 23. 2. Etika dan Moral. Dalam situasi seseorang yang miskin berada di tengah-tengah orang kaya boleh mewujudkan peraasaan kecewa dan putus asa. Keadaan ini boleh mendorong mereka berhutang, berbohong, mencuri dan sebagainya. 3. Pemikiran. Seseorang yang berada dalam kemiskinan mudah terganggu pemikirannya dan tidak tenteram emosinya. 23
  24. 24.  4. Rumah tangga. Dalam membina rumah tangga yang aman damai, tanggungjawab dari segi nafkah zahir (ekonomi) dan kerohanian amat diperlukan. Oleh itu, kemiskinan boleh menggugat kerukunan rumah tangga, akan berlaku perselisihan faham dan sebagainya. 24
  25. 25.  5. Masyarakat. Situasi kemiskinan juga mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan umat. Kecenderungan untuk berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi. Masyarakat yang ramai di kalangan mereka terdiri daripada golongan miskin tidak akan dihormati. 25
  26. 26. 26
  27. 27.  Keadaan ini dikaitkan dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi sesuatu kaum.  Masyarakat Melayu lebih tertumpu kepada sektor pertanian tradisional yang tidak produktif. Sebaliknya, masyarakat Cina terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan perindustrian. Kita lihat pula keadaan kemiskinan di kawasan bandar. 27
  28. 28.  Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar pada tahun 1995 ialah 16.1 % berbanding dengan kawasan bandar 7.5%.  Hal ini disebabkan kawasan bandar merupakan pusat pentadbiran dan aktiviti perniagaan pennduduknya lebih membuka peluang kepada penduduknya untuk meningkatkan taraf hidup di samping kesempatan untuk meningkatkan pendapatan dan pelajaran yang ada. 28
  29. 29.  Dari segi negeri, berdasarkan maklumat daripada Rancangan Malaysia ke-8 (2001 - 2006) negeri-negeri di sebelah Pantai Timur dan utara Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah mempunyai kadar kemiskinan yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri di sebelah Pantai Barat seperti Selangor, Perak dan Johar. 29
  30. 30.  Misalnya, pada tahun 1999, kadar kemiskinan di Kelantan ialah 18.7% diikuti Kedah 13.5% dan Perlis 13.3%.  Sebaliknya, negeri di Pantai Barat seperti Selangor mempunyai kadar kemiskinan 2.0%, Kuala Lumpur 2.3% dan Johor 2.5%.  Semakin ramai penduduk Melayu semakin tinggi kadar kemiskinan.  Dari segi sektor pula, pada tahun 1990, dianggarkan 28.5% kadar kemiskinan terdapat pada sektor pertanian berbanding dengan sektor pembuatan yang cuma 13.6%. 30
  31. 31.  Perbincangan dalam topik kemiskinan ini lebih menitikberatkan kemiskinan mengikut kawasan, iaitu antara kawasan bandar dan luar bandar, kerana kemiskinan antara kaum banyak dibincangkan dalam topik DEB dan antara negeri dalam topik Agihan Pendapatan. 31
  32. 32. KEMISKINAN DI LUAR BANDAR  Dalam laporan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM ke-7), kawasan bandar didefinisikan sebagai kawasan yang diwartakan dan kawasan tepubina dengan jumlah penduduk 10,000 orang atau lebih, seperti yang dilaporkan dalam Banci Pennduduk dan Perumahan, 1991.  Dengan demikian, kawasan luar bandar merupakan kawasan yang tidak diwartakan sebagai kawasan bandar dan mempunyai bilangan penduduk kurang daripada 10 ,000 orang. 32
  33. 33.  Faktor-faktor yang Menyebabkan Kemiskinan di Luar Bandar : 33
  34. 34.  Faktor Sejarah  Ekonomi luar bandar dibiarkan pada tahap sara diri tertinggal dalam perkembangan ekonomi moden.  Sejak dari sebelum merdeka lagi masalah keluasan tanah, kemudahan prasarana, corak pertanian yang diamalkan dan kegiatan ekonomi yang dijalankan jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan bandar. 34
  35. 35. Kegiatan Ekonomi  Ekonomi desa berkait rapat dengan sektor pertanian yang rendah daya pengeluarannya dan mengalami banyak masalah seperti dari segi saiz tanah yang tidak menguntungkan, eksploitasi oleh pemonopoli, kekurangan modal dan kredit, penggaruh iklim dan musim, penyakit tanaman, serangga perosak, kaedah pertanian tradisional dan bertambahnya tanah-tanah terbiar. 35
  36. 36. Kegagalan Institusi  Kurang berkesannya institusi yang berhubung dengan kegiatan pengeluaran, pemasaran, pemprosesan dan pengangkutan. Kegagalan tersebut sebenarnya bukan disebabkan oleh ketidakcekapan pegawai dari institusi yang terlibat, tetapi lebih disebabkan oleh perlaksanaan tidak dapat mencapai seperti yang dirancang. 36
  37. 37.  Sebagai contoh, galakan memasarkan sendiri hasil pertanian petani oleh FAMA , melalui konsep Pasar Tani, tetapi terdapat pula masalah memilih tempat yang sesuai dan jangka masa yang lama yang perlu diambil oleh petani untuk membuahkan hasil daripada pekerjaan bertani atau menangkap ikan. 37
  38. 38. Sikap Penduduk  Penduduk desa biasanya mempunyai sikap negatif terhadap pembaharuan dan terlalu bergantung pada subsidi. Perancangan dalam Dasar Pertanian Negara (1992) dan Wawasan 2020 telah menitikberatkan semangat berusaha sendiri dan kurang bergantung kepada kerajaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. 38
  39. 39. Peluang Pendidikan  Peluang-peluang pendidikan dan latihan agak terhad. Pelajar-pelajar luar bandar biasanya sukar mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi sekiranya percubaan kali pertama gagal. Hal ini disebabkan kawasan luar bandar tidak banyak kolej swasta yang menyediakan kemudahan tersebut. 39
  40. 40.  Langkah-Iangkah untuk Mengatasi Kemiskinan di Luar Bandar : Projek-projek yang dapat menambah pendapatan adalah seperti yang berikut: 40
  41. 41. Program Ekstensifikasi  Dalam program ini jumlah kawasan pertanian ditambah melalui pembukaan kawasan-kawasan baru ., Antara rancangan pembukaan tanah baru yang terbesar termasuklah Rancangan Tanah FELDA (Federal Land Development Authority), yang sehingga tahun 1987, sebanyak 762,427 hektar kawasan telah dibuka untuk dijadikan kawasan perladangan dan penempatan peneroka. 41
  42. 42. Program Intensifikasi  Program ini meninggikan produktiviti tanah pertanian yang sedang diusahakan melalui penggunaan teknologi baru, bahan tanaman yang baik, baja, sistem pengairan, kawalan serangga serta penyakit dan sebagainya. 42
  43. 43. Pelbagaian tanaman  Dalam usaha ini jenis keluaran pertanian ditambah melalui pengenalan tanaman baru seperti kelapa sawit, koko, asparagus dan buah-buahan.  Projek Pembangunan Bersepadu (IADP), tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah, memperluaskan penggunaan jentera dan amalan agromik dapat menaikkan produktiviti pekerjaan pertanian. 43
  44. 44. Subsidi  Subsidi merupakan bantuan untuk menanam semula (RISDA), racun serangga, tanaman litup bumi dan baja. Di samping aktiviti menaikkan pendapatan daripada aktiviti luar ladang dan bukan ladang. 44
  45. 45. Membuat Dasar Baru  Contohnya, memperkenalkan Dasar Pertanian Nasional (DPN) pada tahun 1992, iaitu satu dasar yang menyeluruh untuk memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber-sumber secara cekap. 45
  46. 46. Menyediakan Prasarana dan Kemudahan Asas yang Lebih Baik .  Kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air paip penting untuk menjamin kehidupan penduduk luar bandar menjadi selesa.  Di samping itu, mereka juga boleh memasarkan keluaran mereka ke kawasan luar dengan mudah. 46
  47. 47.  Dengan demikian, perbelanjaan pembangunan kerajaan persekutuan, terutamanya untuk pertanian dan pembangunan luar bandar terus bertambah daripada RM1,298 juta pada tahun 1990 kepada RM1,360 juta pada tahun 1995. 47
  48. 48. Menerap Nilai Positif  Penduduk luar bandar juga digalakkan terlibat secara aktif dalam program pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan menyertai aktiviti pembangunan sumber manusia.  Langkah-langkah menerap nilai positif seperti meningkatkan motivasi dan berdaya saing juga dijalankan. 48
  49. 49. Pencapaian 1 . Kadar kemiskinan di luar bandar telah berkurangan daripada 58.7% (1970) kepada 24.7% (1984); 19.3% (1990) kepada 8.5% (1995). 2. Di antara 1970 - 1985, seluas 1,283.7 ribu hektar tanah telah dibangunkan untuk membaiki pengagihan tanah dan pengeluaran. 49
  50. 50. 3. Pendapatan purata peserta FELDA telah meningkat. 4. Kapasiti penglibatan pekebun kecil dalam pengeluaran pertanian negara semakin meningkat. 5. Beberapa kemajuan dan perubahan di kalangan pekebun kecil. Beberapa program dilaksanakan termasuklah Program untuk Rakyat Termiskin (PPRT) : 50
  51. 51. Program PPRT - rumah kos rendah atau rumah pangsa - AIM (RM77.1 juta kepada 36,200 isi, rumah miskin) - ternak ayam, itik dan lembu - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) - latihan kemahiran dan jaminan pekerjaan 51
  52. 52. - Bantuan pendidikan - Skim ASB - PPRT - pinjaman tanpa faedah RM5000. - Penyedian kemudahan asas - air, elektrik (sekolah, klinik berada dalam lingkungan 9 km daripada penduduk di luar bandar) 52
  53. 53. 53

×