SlideShare a Scribd company logo
1 of 115
BENGKEL ULANG KAJI
TATABAHASA SPM 2022
Oleh:
PN HJH SITI ZAHARA MOHAMMAD
MUNSYI DEWAN BAHASA
KANDUNGAN
• PENGENALAN
• MORFOLOGI
• SINTAKSIS
• KESALAHAN UMUM OLEH PENGGUNA BAHASA
MELAYU
1. EJAAN
2. IMBUHAN
3. BINAAN AYAT
TATABAHASA
• Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu
cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan
ataupun lisan.
• Tatabahasa Dewan- merakamkan sistem bahasa Melayu yang
merupakan salah satu korpus (himpunan makalah mengenai
sesuatu perkara) utama bahasa Melayu.
AKTIVITI 1: UJI MINDA: KENAL PASTI 4 GOLONGAN KATA DALAM
BAHASA MELAYU DALAM PETIKAN YANG DIBERI
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF KATA TUGAS
Kata Nama Am
Kata Ganti nama
Kata Bilangan
Kata Kerja transitif Kata Hubung
Kata Nama Khas Kata Kerja Tak transitif Kata Sendi
Kata nama Terbitan
BACA PETIKAN DAN SENARAIKAN MENGIKUT 4 GOLONGAN KATA
HANYA SETEMPAYAN AIR
’Esok, setiap keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar
kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara’, kata seorang
penghulu begitu bersemangat sekali dalam 1 perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.
’Tidak banyak, hanya semangkuk susu’. Tambah penghulu itu lagi. ’saya akan letakkan sebuah tempayan
besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang
dimaksudkan mulai petang ini hingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan
dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya’. Jelas penghulu dengan
panjang lebar.
’Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu apabila aku campurkan
dengan susu yang banyak dalam tempayan besar itu’. Bisik hati seorang penduduk kampung. ’kalau aku
tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. hari pun gelap’. Detik hati seorang
penduduk yang lain.
Esoknya, alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung apabila yang terkumpul di dalam
tempayan itu bukanlah susu tetapi hanya setempayan air!
SOALAN 3 KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM
BAHAGIAN A: APLIKASI DAN SISTEM BAHASA
[35 markah]
Jawab semua soalan.
Cadangan masa: 45 minit
• Soalan 1 : 6 markah (BINA AYAT)
• Soalan 2 : 8 markah (SINTAKSIS)
• Soalan 3 : 9 markah (PENYUNTINGAN)
• Soalan 4 : 6 markah ( BAHASA MELAYU STANDARD)
• Soalan 5 : 6 markah (PERIBAHASA)
PANDUAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 1: MORFOLOGI
1. Berikan 1 markah bagi setiap perkataan yang
disenaraikan dengan betul.
2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
3. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa /
tanda baca daripada keseluruhan soalan.
4. Frasa yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa,
berikan 0 markah.
5. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
6. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan
0 markah
7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya
lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
8. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan
pertimbangan sebagai satu ayat.
9. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan
mematuhi tanda bacanya.
10. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
ASPEK PENYOALAN
1. Membina Ayat - Struktur kata Kata asli Bahasa Melayu
Kata pinjaman Bahasa Melayu
2.Bentuk Kata - Kata Tunggal
Kata Terbitan
Kata Ganda
Kata Majmuk
3.Golongan Kata – Kata nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas
4.Pembentukan Kata – Pengimbuhan
Penggandaan
Pemajmukan
Akronim
BENTUK KATA: KATA TUNGGAL
• Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan
atau pemajmukan.
• Unit yang bebas
dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat
(a) Lelaki!
(b) Itu?
(c) Makan!
(d) Cantik.
• Unit yang tidak dapat berdiri sendiri
memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melengkapkan fungsinya
(a) Ayah mengambil dua biji pil darah tinggi setiap pagi.
• (b) Hutan yang masih menghijau perlu dijaga.
• (c) Bungkusan itu daripada Masrina kepada Nina.
• (d) Buah mangga itu sangat manis walaupun kulitnya hijau.
•
Secara ringkasnya, kata tunggal boleh terdiri daripada semua
golongan kata:
Contoh Kata Tunggal
(a) Kata nama
• aku, ibu, menteri, siapa, hutan, kelawar, budaya, bom, cat, universiti
(b) Kata kerja
• lap, tidur, mandi, mohon, minta, pandu, ubah
(c) Kata adjektif
• harum, biru, mulia, sempurna, bijaksana
(d) Kata tugas
• pelbagai, para, belum, harus, paling, sekali, di, ke, kerana, supaya,
ialah
IMBUHAN KATA NAMA
Empat jenis imbuhan kata nama yang boleh
berganding dengan lima jenis kata dasar untuk
menghasilkan kata nama terbitan ialah:-
i) awalan
Contoh : Ke- , pe-
ii) akhiran
Contoh : -an
iii) apitan
Contoh : Ke- …-an , PeN-…-an, PeR-…an
iv) sisipan
Contoh : -el-. –er- , -em-
APITAN KATA NAMA
• Apitan-apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam
bahasa Melayu ialah:-
(i) peN…-an
Contoh:pembekalan,penyatuan
(ii) pe-…-an
Contoh : peperiksaan, peperangan
(iii) peR-…-an
Contoh : perkampungan,perumahan
(iv) ke-…-an
Contoh : kemasukan, kependudukan
PERBEZAAN PENGGUNAAN peN-…an dengan
peR-…an
Kekeliruan menggunakan imbuhan per- atau pe-
Contoh kekeliruan.
Perlaksanaan atau pelaksanaan??
Dalam bahasa Melayu,kata-kata yang berimbuhan meN-…-kan akan berpasangan dengan kata
imbuhan peN-…-an.
Melaksanakan-pelaksanaan
Berlaksana tidak wujud maka tidak boleh perlaksanaan. Sebaliknya melaksanakan wujud, maka
imbuhan kata nama terbitan yang betul ialah pelaksanaan.
Kata yang menerima imbuhan beR- pula akan berpasangan dengan kata berimbuhan peR-…-an.
Bermasalah- permasalahan
.
KEKELIRUAN EJAAN KATA DENGAN K DAN KK
Keseronokkan atau keseronokan?
Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan
antara imbuhan –kan dan meN-…kan dengan imbuhan –an,
peN…an dan ke-…an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan –
an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
berakhir dengan konsonan k.
Contoh:
Kata seronok menerima imbuhan kata kerja meN-…kan menjadi
menyeronokkan dan sekiranya menerima imbuhan kata nama
terbitan ke-…an akan menjadi keseronokan.
Latihan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
dua kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam
keluarga gong yang berukuran kecil. Alat ini diperbuat daripada gangsa
menggunakan teknik acuan. Dalam tradisi terdahulu, caklempong
dimainkan semasa upacara pertabalan sultan. Kini, caklempong
dimainkan dalam pelbagai situasi, antaranya dalam upacara
perkahwinan, perasmian majlis, dan keraian, malahan turut menjadi
muzik iringan bagi pencak silat dan tarian.
Dipetik daripada Caklempong
dalam Buku Teks KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019
JAWAPAN CONTOH
1. KATA NAMA TERBITAN
pertabalan
Majlis pertabalan Raja Muda Selangor telah diadakan dalam majlis
gilang gemilang.
1. KATA HUBUNG
 yang
Gadis yang memakai baju berwarna merah itu ialah kakak saya.
Kata ganda ialah kata yang mengalami proses pengulangan sama ada sebahagian atau
seluruhnya.
• Kata Ganda Penuh : Kata ganda yang mengulangi keseluruhan perkataan
• kerusi-kerusi
• gelak-gelak
• subur-subur
• manis-manis anai-anai
• epok-epok
• undang-undang
• jentik-jentik
• Kata Ganda Separa
• Kata ganda yang mengulangi suku kata pertama : kekuda , jejari , lelangit ,sesiku
• Kata Ganda Berentak
• Kata ganda yang mengalami penyesuaian bunyi rima : kuih-muih ,gotong-royong ,kusut-
masai , hingar-bingar
BENTUK KATA: KATA GANDA
BENTUK KATA: KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang terhasil apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan atau
digabungkan. Perkataan yang terbentuk membawa makna yang berbeza daripada perkataan asal.
• Rangkaian kata bebas
gabungan dua atau lebih kata dasar untuk membentuk makna tertentu
• Istilah khusus
digunakan dalam bidang tertentu, misalnya sains, matematik dan sukan
• Maksud kiasan
terdiri daripada simpulan bahasa
(a) Kapal terbang yang dinaiki abang dari bandar raya Tokyo akan tiba pada tengah hari nanti.
(b) Wanita muda yang berdiri di tepi jalan raya itu berkulit kuning langsat.
(c) Majlis pelancaran jam tangan terbaharu jenama itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
(a) Guru matematik itu menyuruh anak muridnya menyatakan nilai sudut tegak bagi segi tiga itu.
(b) Seni bina Taj Mahal dikagumi kerana mempunyai reka bentuk yang menarik.
(c) Kejadian gempa bumi yang amat kuat di China telah runtuhan batu kapur yang meranapkan
rumah.
(a) Guru itu berasa panas hati melihati tulisan anak muridnya yang cakar ayam.
(b) Ketika makan angin, kami akan membeli cenderamata untuk dijadikan buah tangan.
(c) Artis yang menjadi anak emas negara itu mendendangkan lagu sebagai halwa telinga pendengar
KATA MAJMUK MANTAP
Terdapat 15 kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh,
walaupun bentuk perkataan itu mengandungi dua kata dasar.
(1) antarabangsa (6) kerjasama (11) sukarela
(2) beritahu (7) olahraga (12) suruhanjaya
(3) bumiputera (8) matahari (13) tandatangan
(4) jawatankuasa (9) pesuruhjaya (14) tanggungjawab
(5) kakitangan (10) setiausaha (15) warganegara
Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan
dua kata nama majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Sejak COVID-19 menjadi isu antarabangsa, orang ramai beratur ialah perkara
biasa yang boleh dilihat di mana-mana, baik di pasar raya, di bank mahupun di
gerai-gerai makanan di tepi jalan raya. Jangan terkejut jika sejak akhir-akhir ini
semakin ramai orang dilihat beratur di kedai emas. Selain faktor penurunan
harga emas, kemudahan pelbagai bantuan dana daripada kerajaan
merancakkan hasrat orang ramai membuat pelaburan bagi membeli emas.
Tidak kira wanita atau lelaki, warga emas atau golongan muda menunggu
giliran untuk mendapatkan barang kemas demi pelaburan.
Dipetik dan diubah suai daripada
’Masa terbaik buat pelaburan emas’
oleh Arnet Syema Anua,
Sinar Harian, 5 Mac 2021
JAWAPAN
1. KATA NAMA TUNGGAL
wanita
Emas
gerai
1. KATA NAMA MAJMUK
barang kemas
warga emas
pasar raya
Latihan 3
Baca dialog di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi
pelaburan saham melalui laman sosial Instagram kelmarin. Mangsa turut dijanjikan
hadiah percuma berupa telefon pintar Iphone selain peluang keuntungan lebih
tinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu. Walau bagaimanapun, ‘pelaburan’
wanita yang gelap mata itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang
dijanjikan tidak dibayar. Mangsa membuat bayaran pelaburan melalui transaksi
perbankan Internet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu. Mangsa
membuat laporan di Balai Polis Maran, kelmarin.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Untung tak dapat, ‘pelaburan’ lesap’
oleh Mohd Rafi Mamat,
Berita Harian Online, 12 Julai 2020
JAWAPAN
1. KATA MAJMUK
suri rumah
laman social
telefon pintar
GOLONGAN KATA DALAM BAHASA
MELAYU
• DALAM BAHASA MELAYU TERDAPAT EMPAT GOLONGAN KATA,
IAITU :
• KATA NAMA
Contoh: baju,sekolah
• KATA KERJA
Contoh: tidur,menari
• KATA ADJEKTIF
Contoh: cantik, kurus
• KATA TUGAS
Contoh: akan,dari,sudah
GOLONGAN KATA: KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang menerangkan nama sama
ada manusia, haiwan, benda, konsep atau abstrak.
Kata nama merupakan unsur yang penting
dalam struktur binaan frasa nama.
Kata nama terbahagi kepada
1. Kata nama khas
2. Kata nama am
3. Kata ganti nama
Kata Ganti Nama
• KATA GANTI NAMA TUNJUK
Contoh: itu, ini, sana, sini
• KATA GANTI NAMA ORANG PERTAMA
Contoh: saya, aku, beta, patik, kami, kita
• KATA GANTI NAMA ORANG KEDUA
Contoh: kamu, awak, anda , engkau
• KATA GANTI NAMA ORANG KETIGA
Contoh: dia, beliau, mereka, ia
• KATA GANTI NAMA TANYA
Contoh: apa, siapa, bila, mana, berapa,bagaimana,mengapa
KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 2
1.KATA KERJA TRANSITIF
Ialah kata kerja yang memerlukan objek atau keterangan untuk
melengkapkan sesuatu ayat.
1. KATA KERJA TRANSITIF AKTIF
Contoh: memanggil, menghasilkan
Emak memanggil adik pulang
2. KATA KERJA TRANSITIF PASIF
Contoh: dibasuh, dijahit
Baju saya dijahit oleh kakak.
KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 2
• KATA KERJA TAK TRANSITIF
1. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
Contoh: terbang, tinggal, beransur
Datuk saya beransur sihat.
2. KATA KERJA TRANSITIF TAK BERPELENGKAP
Contoh: tidur, makan, minum, menangis,mengalir
Adik menangis semalaman kerana sakit perut.
LATIHAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata kerja tak
transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Penghasilan arang daripada kayu bakau industri paling tua di Kuala Sepetang. Untuk peringkat
pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20
hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses
penyejukan. Sepanjang tempoh itu, proses penyejukan ialah masa paling kritikal dan perlu dikawal
rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu. Arang kayu bakau yang
dihasilkan di Kuala Sepetang antara yang terbaik di dunia dan memperoleh sambutan yang tinggi di
Jepun, Arab dan Korea.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kilang arang, industri paling tua di Kuala Sepetang’
oleh Freddie Aziz Jasbindar,
www.orangperak.com, 24 Januari 2017
JAWAPAN
1. KATA KERJA TRANSITIF
Memastikan
memperoleh
1. KATA KERJA TAK TRANSITIF
Bermula
terbakar
KATA ADJEKTIF
•Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat
sesuatu perkara.
•Kata adjektif boleh menerima penguat sama ada di
awal atau di akhir kata tersebut.( Cara mengenali
kata adjektif- dapat disertai oleh kata penguat.)
Contoh: sangat cantik
besar sungguh
paling comel
terbesar
PENGGUNAAN IMBUHAN
MEMPER…KAN
1. Penceramah itu memperkatakan usaha-usaha ke arah
meningkatkan produktiviti . (/ )
2. Encik Nazri mengeluarkan wang yang banyak untuk
memperbesarkan rumahnya. (x)
Hanya golongan kata nama dan kata kerja sahaja yang boleh
menerima apitan memper…kan. Golongan kata adjektif
hanya boleh menerima awalan memper-…untuk
membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah
LATIHAN 5
Bagi membanteras kegiatan rasuah dan penyeludupan rokok murah dengan lebih
berkesan, kerajaan telah menyediakan pelan jangka Panjang. Kerajaan haruslah
berada selangkah di hadapan sindiket yang licik dan mempunyai sumber kewangan
dan kelengkapan yang canggih untuk mengatasi agensi penguat kuasa. Selain itu,
satu pasukan khas perlu diwujudkan segera agar jenayah ini boleh diatasi dalam
tempoh masa yang singkat. Pasukan khas ini akan ditugaskan mengenal pasti lokasi
penyeludupan rokok dan menutup lorong-lorong tikus yang digunakan oleh
penyeludup.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tubuh Jawatankuasa Khas di Sempadan
Oleh Izwan Rozlin,
Dewan Masyarakat. Bil.3/2018
[6 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
JAWAPAN
TIGA KATA ADJEKTIF
1. murah
2. licik
3. singkat
KATA TUGAS
•Ialah kata yang mempunyai peranan dan tugas-
tugas tertentu dalam sistem tatabahasa bahasa
Melayu.
•Berperanan mendukung sesuatu tugas sintaksis
seperti penghubung ayat, penerang, penafi, pemeri,
penguat dan lain-lain lagi
KATA TUGAS
TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU:
1. KATA SENDI NAMA (di hadapan kata nama)
Contoh: di , ke, dari , daripada
2. KATA PRAKLAUSA( di hadapan klausa)
Contoh: Kata seru, kata perintah, Kata tanya,Kata pangkal
ayat, Kata pembenar
3. KATA PRAFRASA (di hadapan frasa)
Contoh: Kata bantu, kata penguat, Kata penegas, kata nafi,
Kata pemeri, kata arah, kata bilangan
4. KATA PASCAKATA (hadir selepas sesuatu perkataan)
Contoh: nya. Sesungguhnya,bahawasanya
PEMBENTUKAN KATA: PENGIMBUHAN
• AWALAN
Contoh: menangis, bermain,pelari
• AKHIRAN
Contoh: elakkan, kebanyakan, akhiri
• APITAN ( imbuhan di hadapan dan belakang kata dasar)
Contoh: bermusuhan, mengalihkan
• SISIPAN
Contoh: telapak, cerucuk, semerbak
SINTAKSIS : AYAT
• KONSEP AYAT DASAR
• Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain.
• Terdapat empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu.
BORANG TINGKAP SINTAKSIS
STRUKTUR AYAT
Subjek+ Predikat
SUSUNAN AYAT
Biasa / Songsang
POLA AYAT
FN+FN, FN+FK,
FN+FA,
FN+FSN
RAGAM AYAT
Ayat Aktif
Ayat Pasif
BINAAN AYAT Ayat
tunggal
Ayat majmuk
JENIS AYAT
Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat seru
Ayat perintah
Subjek: Kakak saya
Predikat: sedang
menjemur pakaian
yang baru dibasuh
pagi tadi.
Binaan songsang,
Predikat mendahului
subjek
Sedang menjemur
pakaian yang baru
dibasuh pagi tadi
kakak saya.
FN+ FK
FN: Kakak saya
FK : sedang menjemur
pakaian yang baru
dibasuh pagi tadi.
*Menjemur: kata
kerja transitif
Pakaian yang baru dibasuh
pagi tadi sedang dijemur
oleh kakak saya.
Ayat 1:
Kakak saya sedang
menjemur pakaian.
Ayat 2:
Pakaian baru dibasuh pagi
tadi.
Siapakah yang sedang
menjemur pakaian?
Bilakah kakak membasuh
pakaian?
Subjek ialah benda dan
predikat ialah cerita
Susunan biasa, subjek
mendahului predikat.
Susunan songsang,
predikat mendahului
subjek
Pola ayat dasar dalam
Bahasa Melayu mengikut 4
golongan kata dalam
Bahasa Melayu
Ayat aktif hanya boleh dipasifkan
sekiranya
menggunakan kata kerja transitif
yang diikuti dengan objek (kata
nama)
Ayat tunggal mempunyai satu
subjek dan satu predikat
manakala ayat majmuk
mempunyai lebih daripada satu
subjek atau predikat.
Jenis-jenis ayat bergantung
kepada tujuan dan intonasi
EMPAT POLA AYAT DASAR
SUBJEK PREDIKAT
Frasa Nama Frasa Nama
Frasa Nama Frasa Kerja
Frasa Nama Frasa Adjektif
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Frasa Nama + Frasa Nama
Contoh:
1. Ibu saya seorang suri rumah tangga.
2. Mereka kawan sekolah adik saya.
3. Encik Louren pengetua SMK Mutiara.
Frasa Nama + Frasa Kerja
• Contoh:
1. Ammar menyepak bola itu sekuat hati.
2. Kakak sedang memandikan adik.
3. Burung itu terbang tinggi.
RAGAM AYAT : AYAT AKTIF
• Ayat aktif ialah ayat yang yang mengutamakan subjek asal sebagai
ayat judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
• (a) Saya masih mengulang kaji pelajaran walaupun hari telah larut
malam.
• (b) Kami belum menghadapi peperiksaan akhir tahun.
• (c) Anda perlulah meneliti maklumat pembungkusan sebelum
membelinya.
• (d) Banjir telah menenggelamkan beberapa kawasan rendah di
kampung kami.
• (e) Dua ekor anjing mengejar budak yang bermain-main di jalan itu.
• (f) Lori melanggar pembahagi jalan itu sehingga rebah.
•
RAGAM AYAT : AYAT PASIF
• Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
• (a) Pelajaran masih saya ulang kaji walaupun hari telah larut malam.
• (b) Peperiksaan akhir tahun belum kami hadapi.
• (c) Maklumat pembungkusan perlulah anda teliti sebelum
membelinya.
• (d) Beberapa kawasan rendah di kampung kami telah
ditenggelamkan oleh banjir.
• (e) Budak yang bermain-main di jalan itu kena kejar oleh dua ekor
anjing.
• (f) Pembahagi jalan itu terlanggar oleh lori sehingga rebah.
KESALAHAN AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA GANTI
NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA.
KATA GANTI NAMA DIRI
GANTI NAMA DIRI PERTAMA
saya,aku,beta,patik,kami,kita
GANTI NAMA DIRI KEDUA
anda,engkau,awak,kamu
GANTI NAMA DIRI KETIGA
ia,dia,mereka,-nya
KESALAHAN AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA DIRI
PERTAMA DAN KEDUA.
Ayat aktif
1.Saya akan menendang bola sekuat hati.
Kesalahan yang kerap dilakukan
Ayat pasif
1.Bola akan ditendang oleh saya sekuat hati.
Sepatutnya:
1.Bola akan saya tendang sekuat hati.
KESALAHAN AYAT PASIF DIRI KEDUA
CONTOH:
Ayat aktif
1.Kamu hendaklah menyiapkan kerja itu sekarang..
Kesalahan yang kerap dilakukan
Ayat pasif
1.Kerja itu hendaklah disiapkan oleh kamu sekarang.
Sepatutnya:
1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan sekarang.
Hukum Aneksi Persona
akan
1. Orang itu belum saya temui
sudah
ingin
pelaku
= Ikatan
kata kerja pasif
HUKUM ANEKSI PERSONA
1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan sekarang.
Tidak boleh ditulis seperti di bawah:
1. Kerja itu kamu hendaklah siapkan sekarang.
2. Bola itu saya akan tendang sekuat hati.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
• Contoh:
1. Baju baharu Ani sangat cantik.
2. Cuaca malam ini dingin sekali.
3. Masakan ibu enak rasanya.
KATA PENGUAT
• Penguat + KA + Penguat
Contoh: amat berat sekali
• Dua unsur penguat boleh hadir berderetan
Amat,sungguh,sangat +KA + sekali.
Contoh: sungguh amat nyaman
: Suaranya sangat merdu sekali
KATA PENGUAT
•Penguat hadapan (terletak di hadapan Kata adjektif)
Contoh:Harga batu permata itu paling mahal.
•Penguat belakang (kata penguat ini terletak di belakang
kata adjektif)
Contoh: Cantik nian
•Penguat Bebas (Kata penguat boleh hadir di hadapan atau
selepas kata adjektif)
Contoh: amat kemas
nyaman sungguh
PENGGUNAAN teR-, sekali dan paling
Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling
menunjukkan darjah penghabisan. Suatu kata adjektif itu boleh
menggunakan teR- atau sekali atau paling. Namun kata penguat paling dan
imbuhan teR- tidak boleh digunakan serentak. Misalnya,apabila suatu kata
adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-,maka kata penguat paling
tidak perlu lagi.Begitu juga sebaliknya.
Contoh: paling cantik
: tercantik
: cantik sekali
Teramat cantik sekali
Paling cantik sekali (x)
tercantik sekali (x)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
• Contoh:
1. Ayah akan ke Kuching esok.
2. Bas itu dari Kuala Lumpur.
3. Bunga ros itu untuk ibu.
”
Kata Sendi Nama ‘OLEH’
KESILAPAN UMUM
KESILAPAN UMUM PENGGUNAAN ‘OLEH’ YANG DIIKUTI DENGAN ‘KERANA’
DALAM UNGKAPAN ’OLEH KERANA’ MERUPAKAN PENGGUNAAN YANG TIDAK
GRAMATIS. INI DISEBABKAN ‘OLEH’ MERUPAKAN KATA SENDI NAMA YANG
MESTI DIIKUTI OLEH KATA NAMA ATAU FRASA NAMA, SEDANGKAN ‘KERANA’
BUKAN KATA NAMA TETAPI KATA HUBUNG KETERANGAN. YANG TEPAT IALAH,
OLEH SEBAB.
• Oleh kerana kesiangan, dia ketinggalan bas.
• (seharusnya: Oleh sebab kesiangan... )
• Penswastaan hospital ditangguhkan oleh kerana bantahan daripada rakyat.
• (seharusnya: ... ditangguhkan oleh sebab bantahan... )
JENIS AYAT
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis
ayat seperti di bawah. Ayat-ayat ini perlulah
dituturkan menggunakan intonasi yang sesuai.
Setiap ayat yang dituturkan juga mempunyai
maksud dan tujuan yang berbeza. Oleh itu,
penggunaan intonasi yang betul akan
menjadikan maksud yang ingin disampaikan
itu jelas dan difahami oleh pendengar.
JENIS AYAT
1. Ayat Penyata
• dikenali juga ayat berita
• menyampaikan maklumat kepada pendengar
2.Ayat Tanya
• perlu mempunyai tanda soal (?)
• dengan/tanpa kata tanya
• mendapatkan jawapan
3. Ayat Perintah
• dengan kata perintah
• mendapatkan respons atau tindak balas daripada pendengar
4.Ayat Seruan
• dengan kata seruan
• perlu mempunyai tanda seru (!)
• menyatakan perasaan
CONTOH AYAT
1. Ayat penyata
Contoh: Buku sejarah itu kepunyaan Ahmad.
2. Ayat perintah
Contoh: Awak bersihkan basikal itu sekarang.
3. Ayat tanya
Contoh: Sedang menunggang basikalkah Azri?
4. Ayat seruan
Contoh: Wah, cantiknya rumah baharu awak!
AYAT PENYATA
1. Ini perabot buatan India.
2. Kami sekeluarga akan makan angin ke Melaka.
3. Tumbuhan herba amat berkhasiat tinggi.
4. Kemalangan maut berlaku di lebuh raya itu.
5. Kedatangan pelancong ke negara kita menjanakan ekonomi negara.
AYAT TANYA
1. Apakah tujuan kempen antirokok dilancarkan?
2. Lelaki itu siapa?
3. Rumah kamu di mana?
4. Kamu tiba bila?
5. Kamu termenung dari tadi mengapa?
6. Bagaimanakah kerja itu disiapkan dengan cepat?
7. Harga baju ini berapa?
AYAT PERINTAH
1. Kemas dan lap meja makan dengan menggunakan kain basah.
2. Silalah masuk sementara menunggu hujan teduh.
3. Tolong susun kasut kalian di atas rak itu.
4. Jika aku lambat pulang, jangan tunggu hingga lewat malam.
AYAT SERUAN
1. Wah, cantiknya baju ini!
2. Eh, kamu datang juga!
3. Aduh, sakitnya kakiku!
4. Aduhai, apalah malang nasibku hari ini.
5. Amboi, bergayanya kamu!
6. Cis, beraninya engkau menderhakai Sultan!
7. Tahniah, kamu telah tamat belajar!
• AYAT PERINTAH ADA 4:-
• Ayat Permintaan
1. Minta isi borang ini dalam dua salinan.
2. Tolong senyap kerana ujian sedang dijalankan.
3. Harap kamu menjaga rumah ini dengan baiknya.
• Ayat Suruhan
1. Sapu halaman rumah yang dipenuhi daun kering.
2. Selepas makan, jemur kain yang telah dibasuh.
3. Pergi makan ubat dan tidur untuk berehat.
• Ayat Larangan
1. Jangan bermusuh dengan sesiapa untuk selamat.
2. Budak itu usah diusik,
3. Kenangan silam yang sedih tak usah dikenang.
4. Dilarang meludah di sini.
• Ayat Silaan
1. Sila duduk sementara menunggu nama dipanggil.
2. Marilah berkongsi tip kejayaan kamu.
3. Jemput masuk ke rumah saya yang kecil ini.
KESALAHAN UMUM
(a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapakah?” tanya Syawal
kepada Ridhuan.
(b) “Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimana kejayaan akan
datang?” soal Khadijah.
(c) “Tolong jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi ada
tetamu akan tiba,” ujar ibu.
(d) “Jangan memandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah
kepada abang.
(e) “Wahai anak-anakku! taatilah perintah kedua-dua ibu bapa,” kata
ayah.
LATIHAN 6
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada
ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah bagi enam ayat yang
anda pilih seperti berikut:
Ayat :
___________________________________________________________
Jenis ayat :
___________________________________________________________
“Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas
sekolah di bilik guru. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut
mengejutkan guru-guru di bilik guru.
“Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
“Boboi! Boboi Lam!”
Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
“Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo
bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran
mata pelajaran.
Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’
oleh Chai Loon Guan,
Pelita Bahasa, Bil. 12/2020
Dewan Bahasa dan Pustaka
JAWAPAN
1 . AYAT: “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik
guru.
JENIS AYAT: Ayat penyata
2. AYAT: Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru.
JENIS AYAT: Ayat penyata
3. AYAT: “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
JENIS AYAT : Ayat tanya
4. AYAT: “Boboi! Boboi Lam!”
JENIS AYAT : Ayat seruan
5. AYAT: Ah, murid yang bermasalah itu lagi!
JENIS AYAT: Ayat seruan
6. AYAT : Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
JENIS AYAT : Ayat tanya
7. AYAT: “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan.
JENIS AYAT : Ayat perintah
8. AYAT: Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik
darjah Tahun 5 Hijau.
JENIS AYAT: Ayat penyata
Ayat Tanya
• Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk
menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya dapat digolongkan kepada
dua jenis, iaitu:
1. Ayat tanya tanpa kata tanya(dilambangkan dengan tanda soal?)
2. Ayat tanya dengan unsur tanya( apa, siapa,mengapa,
bagaimana, di mana dan sejak bila)
Ayat Tanya tanpa kata tanya
Contoh:
1. Mereka itu dari Kota Kinabalu?
Ayat tanya dalam bahasa lisan
• Mereka itu dari Kota Kinabalukah?
Ayat tanya dalam bahasa formal/ tulisan, partikel kah diletakkan pada
predikat ayat yang kemudian dikedepankan.
• Dari Kota Kinabalukah mereka itu?
LATIHAN 7
Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina 6 ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat
yang diberi.
Mahasiswa dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi
contoh terbaik kepada masyarakat. Program kesukarelawanan mampu
melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka
perlu membabitkan diri secara langsung. Kelebihan mahasiswa yang
menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuklah mampu mengurus masa
dengan lebih sistematik. Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap
mahasiswa perlu dipupuk pada peringkat awal. Kerajaan juga tidak
ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda dengan
penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa. Setiap warga universiti harus
menabur bakti di dalam negara dan juga di pentas antarabangsa.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kesukarelawan harus jadi identiti mahasiswa’
oleh Imran Razalle,
Berita Harian Online, 13 Februari 2017
JAWAPAN
(i) Siapakah yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu
menjadi contoh terbaik kepada masyarakat?
(ii) Mengapakah program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa
bertanggungjawab terhadap isu sosial?
(iii) Apakah kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan?
(iv) Bilakah semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu
dipupuk?
(v) Bagaimanakah kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat
kesukarelawanan dalam kalangan anak muda?
(vi) Di manakah setiap warga universiti harus menabur bakti?
Tukar ayat aktif kepada ayat pasif
1. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan
tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.
 Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga
2006 telah saya hasilkan.
2. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang
rumah.
 Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang
3. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif
selama tiga bulan.
 Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh Pelatih Program
Latihan Khidmat Negara
LATIHAN 8
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang
anda pilih menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di
kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea Selatan masih tetap
memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-
gil dengan tenteranya membina perkampungan ini menggunakan
tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun
Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur
benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang
mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan
yang berkesan terhadap musuh. Penduduknya masih melaksanakan
aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea Selatan’
oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa, Bil. 1/2020
JAWAPAN CONTOH : TUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
1. AYAT AKTIF: Saya menghargai keunikan bangunan serta
persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan.
AYAT PASIF : Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di
kawasan kuil berkenaan saya hargai
2. AYAT AKTIF:
AYAT PASIF :
3. AYAT AKTIF:
AYAT PASIF:
LATIHAN 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada
ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia
baru-baru ini memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara (DPN)
2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam
teras strategik. Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada
di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk memacu
kelestarian sumber dengan memartabatkan program
ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji kerana selaras
dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030.
Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan berkonsepkan alam.
Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk
mempertingkatkan sektor pelancongan dalam negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak pulih!’
oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian Metro, 29 Disember 2020
JAWAPAN CONTOH: TUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
1. AYAT PASIF: Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi
enam teras strategik.
AYAT AKTIF : Kerajaan Malaysia membangunkan dasar ini
menerusi enam teras strategik
2. AYAT PASIF:
AYAT AKTIF :
3. AYAT PASIF:
AYAT AKTIF :
SUSUNAN AYAT
SUSUNAN AYAT BIASA
Contoh: Pemandangan di sini sungguh cantik.
Subjek: Pemandangan di sini
Predikat :sungguh cantik.
2. SUSUNAN AYAT SONGSANG (Predikat ayat
dikedepankan)
Contoh: Sungguh cantik pemandangan di sini.
Tukar ayat songsang kepada ayat
biasa
1. Sungguh petah berhujah peserta pertandingan perbahasan itu.
2. Dengan perusahaan labu dan makanan tradisional Kuala Kangsar
Bandar Diraja menjadi terkenal.
3. Setelah mendapat bantuan daripada kerajaan petani di kawasan
itu mengusahakan puluhan ekar tanbah terbiar.
LATIHAN 10
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa
yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk
menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi
tinggi. JBPM menjalankan tugas pencegahan dan pemadaman kebakaran.
Badan beruniform ini bertanggungjawab dalam menguatkuasakan
undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan. Mereka
sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat kemanusiaan dengan
cekapnya dan berkesannya.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
DBP 2020
[6 markah]
JAWAPAN CONTOH: SUSUNAN BIASA KEPADA
SUSUNAN SONGSANG
1. Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk
menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan
berprestasi tinggi.
Untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan
berprestasi tinggi adalah visi Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM)
BINAAN AYAT DALAM BAHASA MELAYU.
1. AYAT DASAR/ AYAT TUNGGAL
2. AYAT MAJMUK
i. Ayat majmuk gabungan
AYAT MAJMUK PANCANGAN
ii. Ayat majmuk relatif
iii. Ayat majmuk komplemen
iv. Ayat majmuk keterangan
AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih.
Ayat majmuk terhasil dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai. Antara contoh kata
hubung yang boleh digunakan ialah dan, lalu,
tetapi, manakala, yang, bahawa, kerana,
hingga, semoga, untuk, supaya, dengan,
seperti dan sebagainya.
AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat Majmuk Pancangan terbahagi kepada tiga iaitu;
1. Ayat Majmuk Relatif (menggunakan kata relatif yang)
Contoh : Saya membeli baju yang berwarna merah.
2. Ayat Majmuk Komplemen (menggunakan penanda komplemen
bahawa, untuk,supaya)
Contoh : Cikgu Ramli ingin memastikan bahawa kesemua
muridnya faham akan pengajarannya.
3. Ayat Majmuk Keterangan (berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat)
Contoh : Adik itu menangis kerana ia lapar.
LANGKAH MEMISAHKAN AYAT
1. Kenal pasti dan potong kata hubung yang terdapat dalam
ayat.
2. Kenal pasti unsur yang perlu diulang.
3. Tulis ayat tunggal tanpa menggunakan kata hubung tadi.
LANGKAH MENGGABUNGKAN AYAT
1. Kenal pasti maksud ayat untuk memilih kata hubung yang
sesuai.
2. Gugurkan unsur subjek / predikat / keterangan yang sama.
3. Tulis ayat majmuk dan gariskan kata hubung yang
digunakan.
CONTOH 1 (Menggabungkan Ayat)
(i) Pembalakan haram menyebabkan kejadian tanah
runtuh.
(ii) Pembalakan haram menyebabkan kemusnahan
ekosistem.
(iii) Pembalakan haram dilakukan secara berleluasa.
Ayat Majmuk : Pembalakan haram yang dilakukan
secara berleluasa menyebabkan kejadian tanah
runtuh dan kemusnahan ekosistem.
CONTOH 2 (Menggabungkan Ayat)
(i) Pakar pemakanan berpendapat sesuatu.
(ii) Pengambilan makanan segera membahayakan
kesihatan.
(iii) Makanan segera mengandungi banyak garam.
Ayat Majmuk : Pakar pemakanan berpendapat
bahawa pengambilan makanan segera
membahayakan kesihatan kerana mengandungi
banyak garam.
CONTOH 3 (Memisahkan Ayat)
Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna
supaya perlu mengetahui hak pengguna.
(i) Pembeli dinasihati oleh persatuan
pengguna.
(ii) Pembeli perlu mengetahui hak pengguna.
CONTOH 4 (Memisahkan Ayat)
Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran
di tepi jalan raya hingga membahayakan keselamatan
pemandu.
(i) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu
berkeliaran di tepi jalan raya.
(ii) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu
membahayakan keselamatan pemandu.
LATIHAN 10
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan
struktur asalnya.
Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan
keluarga pokok bunga raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas
penting dalam pembuatan beberapa jenis produk. Industri kenaf
menunjukkan sesuatu. Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan
sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan.
Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan.
Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor tekstil negara. Sektor
tekstil negara dapat mengurangkan import kapas.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara?
oleh Halimah Said,
Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020
JAWAPAN
1. Kenaf yang merupakan keluarga pokok bunga raya sangat berguna
dalam kehidupan manusia kerana / lantaran / oleh sebab mempunyai
gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis
produk.
2. Industri kenaf menunjukkan bahawa perkembangan positif berlaku
daripada pelibatan sektor swasta hingga / sehingga berjaya
meningkatkan nilai jualan.
3. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan
dan / selain / di samping berupaya membantu sektor tekstil negara
supaya / agar dapat mengurangkan import kapas.
LATIHAN 11
Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan tiga ayat majmuk yang
anda pilih kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan
pertumbuhan ekonomi negara walaupun berhadapan dengan pelbagai
cabaran kini. Wabak COVID-19 menyebab para peniaga bukan sahaja
menghadapi masalah tidak mampu beroperasi bahkan juga berdepan
dengan kekangan hal kewangan. Kerajaan telah memberikan bantuan
subsidi upah kepada peniaga untuk mengekang peratusan kadar
pengangguran. Kebanyakan pengusaha industri merasakan bantuan
tersebut yang bertujuan meringankan beban mereka hanya bersifat
sementara.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Sektor industri penentu nasib rakyat’
oleh Saw Teck Chew,
Dewan Ekonomi, Bil. 12/2020
JAWAPAN CONTOH
1. AYAT MAJMUK
Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan
pertumbuhan ekonomi negara walaupun berhadapan dengan pelbagai
cabaran kini
i) Ayat tunggal
Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada
pertumbuhan ekonomi negara
i) Ayat tunggal
Sektor perindustrian berhadapan dengan pelbagai cabaran kini
LATIHAN 12
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja
dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.
Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit
negara. Masing-masing memainkan peranan mengutamakan barangan
buatan negara sendiri. Masing-masing memainkan kuasa
mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Kempen Beli
Barangan Buatan Malaysia telah dilaksanakan. Kempen ini memupuk
semangat cinta akan barangan tempatan. Kempen ini telah dilancarkan
sejak 35 tahun lalu. Kita sering menganggap sesuatu. Kesedaran
pengguna di Barat lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia.
Mentaliti pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘KBBM 2019 perkasakan produk PKS’
oleh Halimah Said,
Dewan Ekonomi, Bil. 1/2020
JAWAPAN CONTOH
1. Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan
defisit negara sekiranya masing-masing memainkan peranan dan
kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri.
KESALAHAN UMUM DALAM
TATABAHASA
•KESALAHAN EJAAN
Satu perkara yang perlu disedari oleh semua pelajar
dan sesiapa yang ingin menguasai bahasa Melayu
dengan baik ialah mereka hendaklah sentiasa
berdamping dengan kamus.Anggaplah kamus itu
sahabat baik yang sentiasa bersedia membantu dan
membimbing kita.
•KESALAHAN AYAT
KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN
BAHASA JAWA
SALAH BETUL
•Pamir pamer
•Trampil terampil
•Calun calon
•Lakun lakon
•Lapuran laporan
•Perihatin prihatin
KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN
ARAB
•EJAAN LAMA EJAAN BAHARU
• Ibadah Ibadat
• Ramadhan Ramadan
• Fardhu Fardu
• Redha Reda
• Zohor Zuhur
• Hajjah Hajah
SALAH BETUL
•Catit catat
•maksima maksimum
•efisyen efisien
•ampangan empangan
•analisa analisis
•andai pun andaipun
•sekaligus sekali gus
•keretapi kereta api
KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN
INGGERIS
SALAH BETUL
1. Nasionalisma nasionalisme
2. Dailog dialog
3. Komersil komersial
4. Kontingen kontinjen
5. Ekspot eksport
6. Fak faks
7. Bowling boling
8. Febuari februari
9. Emel e-mel
10. Insuran insurans
Kekeliruan menggunakan imbuhan pinjaman.
SALAH BETUL
1. Anti dadah antidadah
2. Pra-syarat prasyarat
3. Dwi tahunan dwitahunan
4. Tata susila tatasusila
5. Pro barat Probarat
Sekiranya imbuhan pro dan anti + kata nama khas, perlU
diadakan tanda sempang seperti berikut:-
Pro-Amerika
anti-Yahudi
KESALAHAN PENGGUNAAN SEMPANG
SALAH BETUL
1. ambil-alih ambil alih
2. anak beranak anak-beranak
3. gotong royong gotong-royong
4. pinggan–mangkuk pinggan mangkuk
5. kasih-sayang kasih sayang
6. 1980an 1980-an
7. Yang Dipertuan Agong Yang Di-Pertuan
Agong
KESALAHAN IMBUHAN
• MEMPER + KATA ADJEKTIF
SALAH BETUL
• Memperhebohkan Memperheboh/
menghebohkan
• Memperkemaskan
• Memperlambatkan
• Memperlebarkan
• Mempertingkatkan???
• Memperkasakan ???
• Memperolehi??
(Imbuhan memper-…-i hanya boleh digunakan untuk perkataan ingat,
kawan,isteri dan suami. Selain daripada empat ini, dianggap lewah.)
KEKELIRUAN EJAAN BERCANTUM ATAU TIDAK
SALAH BETUL
1. Sekaligus sekali gus
2. Temubual temu bual
3. Keretapi kereta api
4. Suratkhabar surat khabar
5. Ubahsuai ubah suai
6. Aturcara atur cara
7. Urusetia urus setia
8. Walaubagaimanapun walau bagaimanapun
PADANAN ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU
BAGI ISTILAH DALAM BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
•Bungee jumping terjun lelabah
•Role model suri teladan
•Canopy walkway denai kanopi
•Clearance sale jualan perabis
•Coffee garden ujana kopi
•Homestay pelancongan desa
•Resort penginapan/persantaian
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA
Contoh
1.*Panel-panel hakim sedang berbincang.
Panel hakim sedang berbincang.
2. *Setengah orang tidak dapat dipercayai.
Sesetengah orang tidak dapat dipercayai.
3. *Tiap kejadian ada penciptanya.
Tiap-tiap kejadian ada penciptanya.
4. *Kedua sekolah itu baru dibuka.
Kedua-dua sekolah itu baru dibuka.
5. *Berbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan kampung ini.
*Berbagai-bagai usaha telah dijalankan untuk memajukan
kampung ini.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA JAMAK
1. beberapa buah negara-negara ( seharusnya
beberapa buah negara)
2. mereka-mereka (seharusnya mereka)
3. para guru-guru (seharusnya para guru)
4. antara faktor-faktor (seharusnya antara faktor)
5. segala sifat-sifat (seharusnya segala sifat)
6. semua tempat-tempat (seharusnya semua tempat)
7. banyak faktor-faktor (seharusnya banyak faktor)
HUKUM D - M
• D = Unsur yang diterangkan
(kata inti/head)
• M = Unsur yang menerangkan
(penerang/modifier)
Contoh:
Tin minuman Minuman tin
Botol minuman Minuman botol
Ayam daging Ayam telur
Penghawa dingin Pendingin hawa
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI
•Kata pemeri IALAH
Hanya boleh diikuti oleh kata nama atau
frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.
•Kata pemeri ADALAH
Hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan
kata adjektif yang berbentuk huraian sahaja.
CONTOH PENGGUNAAN KATA PEMERI
YANG BETUL.
1. Islam ialah agama rasmi negara ini.(FN)
2. Bahasa ialah anugerah Allah kepada
manusia.(FN)
3. Beliau ialah Rektor kita.(FN)
4. Ilmu adalah penting.(FA)
5. Tafsiran ulamak itu adalah tepat.(FA)
6. Bungkusan ini adalah untuk anda.(FSN)
7. Rezeki adalah daripada Allah.(FSN)
KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADALAH PADA
AWAL AYAT.
SALAH
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa…
BETUL
Dengan ini dimaklumkan bahawa…
Selain itu pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan
ungkapan adalah +kata kerja seperti ayat di bawah:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan…
Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa
kata adalah,ayat atau frasa berikut sudah mencapai maksud dan
menepati struktur tatabahasa
Sepatutnya:-
Keputusan ini diambil berdasarkan…
YANG MANAKAH YANG BETUL?
1.Puan Zakiah sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat.
2. Puan Zakiah sedang menerangkan faedah berjimat cermat.
• Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.
KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT
1. Beratus buah buku yang baru dibeli itu ialah
untuk kegunaan kanak-kanak pra sekolah.
2. Saling kunjung-mengunjungi di antara satu sama
lain boleh merapat hubungan dan mengeratkan
perpaduan kaum.
3. Selain daripada itu,terdapat beberapa faktor-
faktor lain yang dapat dikaitkan dengan punca-
punca pergaduhan semalam.
4. Perlantikan saudara Badrul sebagai penyelaras
projek berkuatkuasa serta-merta selepas
disokong sebulat suara.
BAGAIMANAKAH PENJODOH BILANGAN DIGUNAKAN
DALAM BAHASA MELAYU.
1. Penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu hanya untuk
benda yang maujud seperti rumah, buku, bunga dsbnya.
Bagi perkara abstrak seperti impian , fikiran, hati dan
perasaan, tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan.
Contoh:
Sebuah impian,segunung perasaan.
* Penggunaan seumpama ini hanya dalam penulisan kreatif
yang mempunyai poetic licence
KEKELIRUAN EJAAN KATA DENGAN K DAN
KK
Keseronokkan atau keseronokan?
Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan
antara imbuhan –kan dan meN-…kan dengan imbuhan –an,
peN…an dan ke-…an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan –
an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
berakhir dengan konsonan k.
Contoh:
Kata seronok menerima imbuhan kata kerja meN-…kan menjadi
menyeronokkan dan sekiranya menerima imbuhan kata nama
terbitan ke-…an akan menjadi keseronokan.
PARTIKEL
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel,
iaitu-lah,-tah,-kah,dan pun.Partikel –lah,-tah, dan –
kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya.(buatlah, apatah,mungkinkah)
Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya. Bagi partikel pun
yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah daripada
kata yang mendahuluinya.
Contoh: Dia pun pergi
Terdapat 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya
supaya ditulis serangkai dengan partikel pun
Adapun, lagipun, ataupun, walaupun, andaipun, sekalipun,
kalaupun, biarpun, sungguhpun, mahupun, meskipun, kendatipun,
bagaimanapun
Kata sendi nama pada dan kepada
1. Pada (Menunjukkan tempat bagi perbuatan
sesuatu kata kerja)
Contoh:Hanif menggantung lukisan itu pada dinding
rumahnya.
2. Kepada(Menunjukkan arah orang atau haiwan
yang ditujui)
Contoh: Halifah menyerahkan buku itu kepada Adli.
SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA…
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

More Related Content

Similar to TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt

Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMAShamsul Ponijan
 
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamTugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamNorafsah Awang Kati
 
Ceramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simeeCeramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simeesue_hairi73
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuBunga Putih
 
8. uts b. using kelas empat
8. uts b. using kelas empat8. uts b. using kelas empat
8. uts b. using kelas empatLilik Aly
 
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]Maulana Husada
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranfazri Rahim
 
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASABahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASAnormah66
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranfazri Rahim
 
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)MadeParisa
 
bm teknik.ppt
bm teknik.pptbm teknik.ppt
bm teknik.pptLogen2
 
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptx
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptxBAHASA MELAYU SIRI 3.pptx
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptxAtikaSarman1
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUEddy Terinisip
 
Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4zaitonupsi
 
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1Adulz Hidayat
 

Similar to TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt (20)

Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K2 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
 
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamTugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
 
Ceramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simeeCeramah di sjkt kg simee
Ceramah di sjkt kg simee
 
Tutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa MelayuTutorial Bahasa Melayu
Tutorial Bahasa Melayu
 
8. uts b. using kelas empat
8. uts b. using kelas empat8. uts b. using kelas empat
8. uts b. using kelas empat
 
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]
Materi Teks Pantun Bahasa Indonesia Kelas XI [K13]
 
5_6251126355874809347.pptx
5_6251126355874809347.pptx5_6251126355874809347.pptx
5_6251126355874809347.pptx
 
form 1 Pantun
form 1 Pantunform 1 Pantun
form 1 Pantun
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASABahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASA
Bahasa melayu (pemahaman) KEMBARA BAHASA
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)
Bahasa Indonesia yang Baik dan Benar (Indonesian)
 
bm teknik.ppt
bm teknik.pptbm teknik.ppt
bm teknik.ppt
 
Tugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantunTugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantun
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptx
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptxBAHASA MELAYU SIRI 3.pptx
BAHASA MELAYU SIRI 3.pptx
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
 
Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4Presentation sistem bahasa thn4
Presentation sistem bahasa thn4
 
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1
100746454 kisi-kisi-soal-uts-sd-kelas-iii-semester-1
 

Recently uploaded

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 

TATABAHASA UNTUK UMUM.ppt

  • 1. BENGKEL ULANG KAJI TATABAHASA SPM 2022 Oleh: PN HJH SITI ZAHARA MOHAMMAD MUNSYI DEWAN BAHASA
  • 2. KANDUNGAN • PENGENALAN • MORFOLOGI • SINTAKSIS • KESALAHAN UMUM OLEH PENGGUNA BAHASA MELAYU 1. EJAAN 2. IMBUHAN 3. BINAAN AYAT
  • 3. TATABAHASA • Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. • Tatabahasa Dewan- merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus (himpunan makalah mengenai sesuatu perkara) utama bahasa Melayu.
  • 4. AKTIVITI 1: UJI MINDA: KENAL PASTI 4 GOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU DALAM PETIKAN YANG DIBERI KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF KATA TUGAS Kata Nama Am Kata Ganti nama Kata Bilangan Kata Kerja transitif Kata Hubung Kata Nama Khas Kata Kerja Tak transitif Kata Sendi Kata nama Terbitan
  • 5. BACA PETIKAN DAN SENARAIKAN MENGIKUT 4 GOLONGAN KATA HANYA SETEMPAYAN AIR ’Esok, setiap keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara’, kata seorang penghulu begitu bersemangat sekali dalam 1 perhimpunan seluruh penduduk kampungnya. ’Tidak banyak, hanya semangkuk susu’. Tambah penghulu itu lagi. ’saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini hingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya’. Jelas penghulu dengan panjang lebar. ’Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu apabila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan besar itu’. Bisik hati seorang penduduk kampung. ’kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. hari pun gelap’. Detik hati seorang penduduk yang lain. Esoknya, alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung apabila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi hanya setempayan air!
  • 6. SOALAN 3 KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM BAHAGIAN A: APLIKASI DAN SISTEM BAHASA [35 markah] Jawab semua soalan. Cadangan masa: 45 minit • Soalan 1 : 6 markah (BINA AYAT) • Soalan 2 : 8 markah (SINTAKSIS) • Soalan 3 : 9 markah (PENYUNTINGAN) • Soalan 4 : 6 markah ( BAHASA MELAYU STANDARD) • Soalan 5 : 6 markah (PERIBAHASA)
  • 7. PANDUAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 1: MORFOLOGI 1. Berikan 1 markah bagi setiap perkataan yang disenaraikan dengan betul. 2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 3. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 4. Frasa yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 5. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
  • 8. 6. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah 7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 8. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 9. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 10. Idea tidak jelas, berikan 0 markah.
  • 9. BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA ASPEK PENYOALAN 1. Membina Ayat - Struktur kata Kata asli Bahasa Melayu Kata pinjaman Bahasa Melayu 2.Bentuk Kata - Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Ganda Kata Majmuk 3.Golongan Kata – Kata nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas 4.Pembentukan Kata – Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Akronim
  • 10. BENTUK KATA: KATA TUNGGAL • Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. • Unit yang bebas dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat (a) Lelaki! (b) Itu? (c) Makan! (d) Cantik. • Unit yang tidak dapat berdiri sendiri memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melengkapkan fungsinya (a) Ayah mengambil dua biji pil darah tinggi setiap pagi. • (b) Hutan yang masih menghijau perlu dijaga. • (c) Bungkusan itu daripada Masrina kepada Nina. • (d) Buah mangga itu sangat manis walaupun kulitnya hijau. •
  • 11. Secara ringkasnya, kata tunggal boleh terdiri daripada semua golongan kata: Contoh Kata Tunggal (a) Kata nama • aku, ibu, menteri, siapa, hutan, kelawar, budaya, bom, cat, universiti (b) Kata kerja • lap, tidur, mandi, mohon, minta, pandu, ubah (c) Kata adjektif • harum, biru, mulia, sempurna, bijaksana (d) Kata tugas • pelbagai, para, belum, harus, paling, sekali, di, ke, kerana, supaya, ialah
  • 12. IMBUHAN KATA NAMA Empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan ialah:- i) awalan Contoh : Ke- , pe- ii) akhiran Contoh : -an iii) apitan Contoh : Ke- …-an , PeN-…-an, PeR-…an iv) sisipan Contoh : -el-. –er- , -em-
  • 13. APITAN KATA NAMA • Apitan-apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah:- (i) peN…-an Contoh:pembekalan,penyatuan (ii) pe-…-an Contoh : peperiksaan, peperangan (iii) peR-…-an Contoh : perkampungan,perumahan (iv) ke-…-an Contoh : kemasukan, kependudukan
  • 14. PERBEZAAN PENGGUNAAN peN-…an dengan peR-…an Kekeliruan menggunakan imbuhan per- atau pe- Contoh kekeliruan. Perlaksanaan atau pelaksanaan?? Dalam bahasa Melayu,kata-kata yang berimbuhan meN-…-kan akan berpasangan dengan kata imbuhan peN-…-an. Melaksanakan-pelaksanaan Berlaksana tidak wujud maka tidak boleh perlaksanaan. Sebaliknya melaksanakan wujud, maka imbuhan kata nama terbitan yang betul ialah pelaksanaan. Kata yang menerima imbuhan beR- pula akan berpasangan dengan kata berimbuhan peR-…-an. Bermasalah- permasalahan .
  • 15. KEKELIRUAN EJAAN KATA DENGAN K DAN KK Keseronokkan atau keseronokan? Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –kan dan meN-…kan dengan imbuhan –an, peN…an dan ke-…an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan – an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Contoh: Kata seronok menerima imbuhan kata kerja meN-…kan menjadi menyeronokkan dan sekiranya menerima imbuhan kata nama terbitan ke-…an akan menjadi keseronokan.
  • 16. Latihan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Alat ini diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan. Dalam tradisi terdahulu, caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan sultan. Kini, caklempong dimainkan dalam pelbagai situasi, antaranya dalam upacara perkahwinan, perasmian majlis, dan keraian, malahan turut menjadi muzik iringan bagi pencak silat dan tarian. Dipetik daripada Caklempong dalam Buku Teks KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019
  • 17. JAWAPAN CONTOH 1. KATA NAMA TERBITAN pertabalan Majlis pertabalan Raja Muda Selangor telah diadakan dalam majlis gilang gemilang. 1. KATA HUBUNG  yang Gadis yang memakai baju berwarna merah itu ialah kakak saya.
  • 18. Kata ganda ialah kata yang mengalami proses pengulangan sama ada sebahagian atau seluruhnya. • Kata Ganda Penuh : Kata ganda yang mengulangi keseluruhan perkataan • kerusi-kerusi • gelak-gelak • subur-subur • manis-manis anai-anai • epok-epok • undang-undang • jentik-jentik • Kata Ganda Separa • Kata ganda yang mengulangi suku kata pertama : kekuda , jejari , lelangit ,sesiku • Kata Ganda Berentak • Kata ganda yang mengalami penyesuaian bunyi rima : kuih-muih ,gotong-royong ,kusut- masai , hingar-bingar BENTUK KATA: KATA GANDA
  • 19. BENTUK KATA: KATA MAJMUK Kata majmuk ialah perkataan yang terhasil apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan atau digabungkan. Perkataan yang terbentuk membawa makna yang berbeza daripada perkataan asal. • Rangkaian kata bebas gabungan dua atau lebih kata dasar untuk membentuk makna tertentu • Istilah khusus digunakan dalam bidang tertentu, misalnya sains, matematik dan sukan • Maksud kiasan terdiri daripada simpulan bahasa (a) Kapal terbang yang dinaiki abang dari bandar raya Tokyo akan tiba pada tengah hari nanti. (b) Wanita muda yang berdiri di tepi jalan raya itu berkulit kuning langsat. (c) Majlis pelancaran jam tangan terbaharu jenama itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri. (a) Guru matematik itu menyuruh anak muridnya menyatakan nilai sudut tegak bagi segi tiga itu. (b) Seni bina Taj Mahal dikagumi kerana mempunyai reka bentuk yang menarik. (c) Kejadian gempa bumi yang amat kuat di China telah runtuhan batu kapur yang meranapkan rumah. (a) Guru itu berasa panas hati melihati tulisan anak muridnya yang cakar ayam. (b) Ketika makan angin, kami akan membeli cenderamata untuk dijadikan buah tangan. (c) Artis yang menjadi anak emas negara itu mendendangkan lagu sebagai halwa telinga pendengar
  • 20. KATA MAJMUK MANTAP Terdapat 15 kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk perkataan itu mengandungi dua kata dasar. (1) antarabangsa (6) kerjasama (11) sukarela (2) beritahu (7) olahraga (12) suruhanjaya (3) bumiputera (8) matahari (13) tandatangan (4) jawatankuasa (9) pesuruhjaya (14) tanggungjawab (5) kakitangan (10) setiausaha (15) warganegara
  • 21. Latihan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sejak COVID-19 menjadi isu antarabangsa, orang ramai beratur ialah perkara biasa yang boleh dilihat di mana-mana, baik di pasar raya, di bank mahupun di gerai-gerai makanan di tepi jalan raya. Jangan terkejut jika sejak akhir-akhir ini semakin ramai orang dilihat beratur di kedai emas. Selain faktor penurunan harga emas, kemudahan pelbagai bantuan dana daripada kerajaan merancakkan hasrat orang ramai membuat pelaburan bagi membeli emas. Tidak kira wanita atau lelaki, warga emas atau golongan muda menunggu giliran untuk mendapatkan barang kemas demi pelaburan. Dipetik dan diubah suai daripada ’Masa terbaik buat pelaburan emas’ oleh Arnet Syema Anua, Sinar Harian, 5 Mac 2021
  • 22. JAWAPAN 1. KATA NAMA TUNGGAL wanita Emas gerai 1. KATA NAMA MAJMUK barang kemas warga emas pasar raya
  • 23. Latihan 3 Baca dialog di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas terpedaya dengan promosi pelaburan saham melalui laman sosial Instagram kelmarin. Mangsa turut dijanjikan hadiah percuma berupa telefon pintar Iphone selain peluang keuntungan lebih tinggi secara berperingkat hasil pelaburan itu. Walau bagaimanapun, ‘pelaburan’ wanita yang gelap mata itu lesap sebanyak RM5,289 tetapi keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar. Mangsa membuat bayaran pelaburan melalui transaksi perbankan Internet ke akaun bank yang diberikan suspek pada 6 Julai lalu. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran, kelmarin. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Untung tak dapat, ‘pelaburan’ lesap’ oleh Mohd Rafi Mamat, Berita Harian Online, 12 Julai 2020
  • 24. JAWAPAN 1. KATA MAJMUK suri rumah laman social telefon pintar
  • 25. GOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU • DALAM BAHASA MELAYU TERDAPAT EMPAT GOLONGAN KATA, IAITU : • KATA NAMA Contoh: baju,sekolah • KATA KERJA Contoh: tidur,menari • KATA ADJEKTIF Contoh: cantik, kurus • KATA TUGAS Contoh: akan,dari,sudah
  • 26. GOLONGAN KATA: KATA NAMA Kata nama ialah kata yang menerangkan nama sama ada manusia, haiwan, benda, konsep atau abstrak. Kata nama merupakan unsur yang penting dalam struktur binaan frasa nama. Kata nama terbahagi kepada 1. Kata nama khas 2. Kata nama am 3. Kata ganti nama
  • 27. Kata Ganti Nama • KATA GANTI NAMA TUNJUK Contoh: itu, ini, sana, sini • KATA GANTI NAMA ORANG PERTAMA Contoh: saya, aku, beta, patik, kami, kita • KATA GANTI NAMA ORANG KEDUA Contoh: kamu, awak, anda , engkau • KATA GANTI NAMA ORANG KETIGA Contoh: dia, beliau, mereka, ia • KATA GANTI NAMA TANYA Contoh: apa, siapa, bila, mana, berapa,bagaimana,mengapa
  • 28. KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 2 1.KATA KERJA TRANSITIF Ialah kata kerja yang memerlukan objek atau keterangan untuk melengkapkan sesuatu ayat. 1. KATA KERJA TRANSITIF AKTIF Contoh: memanggil, menghasilkan Emak memanggil adik pulang 2. KATA KERJA TRANSITIF PASIF Contoh: dibasuh, dijahit Baju saya dijahit oleh kakak.
  • 29. KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 2 • KATA KERJA TAK TRANSITIF 1. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP Contoh: terbang, tinggal, beransur Datuk saya beransur sihat. 2. KATA KERJA TRANSITIF TAK BERPELENGKAP Contoh: tidur, makan, minum, menangis,mengalir Adik menangis semalaman kerana sakit perut.
  • 30. LATIHAN 4 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata kerja tak transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Penghasilan arang daripada kayu bakau industri paling tua di Kuala Sepetang. Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan. Sepanjang tempoh itu, proses penyejukan ialah masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu. Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang antara yang terbaik di dunia dan memperoleh sambutan yang tinggi di Jepun, Arab dan Korea. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kilang arang, industri paling tua di Kuala Sepetang’ oleh Freddie Aziz Jasbindar, www.orangperak.com, 24 Januari 2017
  • 31. JAWAPAN 1. KATA KERJA TRANSITIF Memastikan memperoleh 1. KATA KERJA TAK TRANSITIF Bermula terbakar
  • 32. KATA ADJEKTIF •Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu perkara. •Kata adjektif boleh menerima penguat sama ada di awal atau di akhir kata tersebut.( Cara mengenali kata adjektif- dapat disertai oleh kata penguat.) Contoh: sangat cantik besar sungguh paling comel terbesar
  • 33. PENGGUNAAN IMBUHAN MEMPER…KAN 1. Penceramah itu memperkatakan usaha-usaha ke arah meningkatkan produktiviti . (/ ) 2. Encik Nazri mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbesarkan rumahnya. (x) Hanya golongan kata nama dan kata kerja sahaja yang boleh menerima apitan memper…kan. Golongan kata adjektif hanya boleh menerima awalan memper-…untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah
  • 34. LATIHAN 5 Bagi membanteras kegiatan rasuah dan penyeludupan rokok murah dengan lebih berkesan, kerajaan telah menyediakan pelan jangka Panjang. Kerajaan haruslah berada selangkah di hadapan sindiket yang licik dan mempunyai sumber kewangan dan kelengkapan yang canggih untuk mengatasi agensi penguat kuasa. Selain itu, satu pasukan khas perlu diwujudkan segera agar jenayah ini boleh diatasi dalam tempoh masa yang singkat. Pasukan khas ini akan ditugaskan mengenal pasti lokasi penyeludupan rokok dan menutup lorong-lorong tikus yang digunakan oleh penyeludup. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tubuh Jawatankuasa Khas di Sempadan Oleh Izwan Rozlin, Dewan Masyarakat. Bil.3/2018 [6 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
  • 35. JAWAPAN TIGA KATA ADJEKTIF 1. murah 2. licik 3. singkat
  • 36. KATA TUGAS •Ialah kata yang mempunyai peranan dan tugas- tugas tertentu dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. •Berperanan mendukung sesuatu tugas sintaksis seperti penghubung ayat, penerang, penafi, pemeri, penguat dan lain-lain lagi
  • 37. KATA TUGAS TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU: 1. KATA SENDI NAMA (di hadapan kata nama) Contoh: di , ke, dari , daripada 2. KATA PRAKLAUSA( di hadapan klausa) Contoh: Kata seru, kata perintah, Kata tanya,Kata pangkal ayat, Kata pembenar 3. KATA PRAFRASA (di hadapan frasa) Contoh: Kata bantu, kata penguat, Kata penegas, kata nafi, Kata pemeri, kata arah, kata bilangan 4. KATA PASCAKATA (hadir selepas sesuatu perkataan) Contoh: nya. Sesungguhnya,bahawasanya
  • 38. PEMBENTUKAN KATA: PENGIMBUHAN • AWALAN Contoh: menangis, bermain,pelari • AKHIRAN Contoh: elakkan, kebanyakan, akhiri • APITAN ( imbuhan di hadapan dan belakang kata dasar) Contoh: bermusuhan, mengalihkan • SISIPAN Contoh: telapak, cerucuk, semerbak
  • 39. SINTAKSIS : AYAT • KONSEP AYAT DASAR • Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain. • Terdapat empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu.
  • 40. BORANG TINGKAP SINTAKSIS STRUKTUR AYAT Subjek+ Predikat SUSUNAN AYAT Biasa / Songsang POLA AYAT FN+FN, FN+FK, FN+FA, FN+FSN RAGAM AYAT Ayat Aktif Ayat Pasif BINAAN AYAT Ayat tunggal Ayat majmuk JENIS AYAT Ayat penyata Ayat tanya Ayat seru Ayat perintah Subjek: Kakak saya Predikat: sedang menjemur pakaian yang baru dibasuh pagi tadi. Binaan songsang, Predikat mendahului subjek Sedang menjemur pakaian yang baru dibasuh pagi tadi kakak saya. FN+ FK FN: Kakak saya FK : sedang menjemur pakaian yang baru dibasuh pagi tadi. *Menjemur: kata kerja transitif Pakaian yang baru dibasuh pagi tadi sedang dijemur oleh kakak saya. Ayat 1: Kakak saya sedang menjemur pakaian. Ayat 2: Pakaian baru dibasuh pagi tadi. Siapakah yang sedang menjemur pakaian? Bilakah kakak membasuh pakaian? Subjek ialah benda dan predikat ialah cerita Susunan biasa, subjek mendahului predikat. Susunan songsang, predikat mendahului subjek Pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu mengikut 4 golongan kata dalam Bahasa Melayu Ayat aktif hanya boleh dipasifkan sekiranya menggunakan kata kerja transitif yang diikuti dengan objek (kata nama) Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat manakala ayat majmuk mempunyai lebih daripada satu subjek atau predikat. Jenis-jenis ayat bergantung kepada tujuan dan intonasi
  • 41. EMPAT POLA AYAT DASAR SUBJEK PREDIKAT Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Frasa Sendi Nama
  • 42. Frasa Nama + Frasa Nama Contoh: 1. Ibu saya seorang suri rumah tangga. 2. Mereka kawan sekolah adik saya. 3. Encik Louren pengetua SMK Mutiara.
  • 43. Frasa Nama + Frasa Kerja • Contoh: 1. Ammar menyepak bola itu sekuat hati. 2. Kakak sedang memandikan adik. 3. Burung itu terbang tinggi.
  • 44. RAGAM AYAT : AYAT AKTIF • Ayat aktif ialah ayat yang yang mengutamakan subjek asal sebagai ayat judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: • (a) Saya masih mengulang kaji pelajaran walaupun hari telah larut malam. • (b) Kami belum menghadapi peperiksaan akhir tahun. • (c) Anda perlulah meneliti maklumat pembungkusan sebelum membelinya. • (d) Banjir telah menenggelamkan beberapa kawasan rendah di kampung kami. • (e) Dua ekor anjing mengejar budak yang bermain-main di jalan itu. • (f) Lori melanggar pembahagi jalan itu sehingga rebah. •
  • 45. RAGAM AYAT : AYAT PASIF • Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: • (a) Pelajaran masih saya ulang kaji walaupun hari telah larut malam. • (b) Peperiksaan akhir tahun belum kami hadapi. • (c) Maklumat pembungkusan perlulah anda teliti sebelum membelinya. • (d) Beberapa kawasan rendah di kampung kami telah ditenggelamkan oleh banjir. • (e) Budak yang bermain-main di jalan itu kena kejar oleh dua ekor anjing. • (f) Pembahagi jalan itu terlanggar oleh lori sehingga rebah.
  • 46. KESALAHAN AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA. KATA GANTI NAMA DIRI GANTI NAMA DIRI PERTAMA saya,aku,beta,patik,kami,kita GANTI NAMA DIRI KEDUA anda,engkau,awak,kamu GANTI NAMA DIRI KETIGA ia,dia,mereka,-nya
  • 47. KESALAHAN AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA. Ayat aktif 1.Saya akan menendang bola sekuat hati. Kesalahan yang kerap dilakukan Ayat pasif 1.Bola akan ditendang oleh saya sekuat hati. Sepatutnya: 1.Bola akan saya tendang sekuat hati.
  • 48. KESALAHAN AYAT PASIF DIRI KEDUA CONTOH: Ayat aktif 1.Kamu hendaklah menyiapkan kerja itu sekarang.. Kesalahan yang kerap dilakukan Ayat pasif 1.Kerja itu hendaklah disiapkan oleh kamu sekarang. Sepatutnya: 1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan sekarang.
  • 49. Hukum Aneksi Persona akan 1. Orang itu belum saya temui sudah ingin pelaku = Ikatan kata kerja pasif
  • 50. HUKUM ANEKSI PERSONA 1.Kerja itu hendaklah kamu siapkan sekarang. Tidak boleh ditulis seperti di bawah: 1. Kerja itu kamu hendaklah siapkan sekarang. 2. Bola itu saya akan tendang sekuat hati.
  • 51. Frasa Nama + Frasa Adjektif • Contoh: 1. Baju baharu Ani sangat cantik. 2. Cuaca malam ini dingin sekali. 3. Masakan ibu enak rasanya.
  • 52. KATA PENGUAT • Penguat + KA + Penguat Contoh: amat berat sekali • Dua unsur penguat boleh hadir berderetan Amat,sungguh,sangat +KA + sekali. Contoh: sungguh amat nyaman : Suaranya sangat merdu sekali
  • 53. KATA PENGUAT •Penguat hadapan (terletak di hadapan Kata adjektif) Contoh:Harga batu permata itu paling mahal. •Penguat belakang (kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif) Contoh: Cantik nian •Penguat Bebas (Kata penguat boleh hadir di hadapan atau selepas kata adjektif) Contoh: amat kemas nyaman sungguh
  • 54. PENGGUNAAN teR-, sekali dan paling Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling menunjukkan darjah penghabisan. Suatu kata adjektif itu boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Namun kata penguat paling dan imbuhan teR- tidak boleh digunakan serentak. Misalnya,apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-,maka kata penguat paling tidak perlu lagi.Begitu juga sebaliknya. Contoh: paling cantik : tercantik : cantik sekali Teramat cantik sekali Paling cantik sekali (x) tercantik sekali (x)
  • 55. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama • Contoh: 1. Ayah akan ke Kuching esok. 2. Bas itu dari Kuala Lumpur. 3. Bunga ros itu untuk ibu.
  • 56. ” Kata Sendi Nama ‘OLEH’ KESILAPAN UMUM KESILAPAN UMUM PENGGUNAAN ‘OLEH’ YANG DIIKUTI DENGAN ‘KERANA’ DALAM UNGKAPAN ’OLEH KERANA’ MERUPAKAN PENGGUNAAN YANG TIDAK GRAMATIS. INI DISEBABKAN ‘OLEH’ MERUPAKAN KATA SENDI NAMA YANG MESTI DIIKUTI OLEH KATA NAMA ATAU FRASA NAMA, SEDANGKAN ‘KERANA’ BUKAN KATA NAMA TETAPI KATA HUBUNG KETERANGAN. YANG TEPAT IALAH, OLEH SEBAB. • Oleh kerana kesiangan, dia ketinggalan bas. • (seharusnya: Oleh sebab kesiangan... ) • Penswastaan hospital ditangguhkan oleh kerana bantahan daripada rakyat. • (seharusnya: ... ditangguhkan oleh sebab bantahan... )
  • 57. JENIS AYAT Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat seperti di bawah. Ayat-ayat ini perlulah dituturkan menggunakan intonasi yang sesuai. Setiap ayat yang dituturkan juga mempunyai maksud dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, penggunaan intonasi yang betul akan menjadikan maksud yang ingin disampaikan itu jelas dan difahami oleh pendengar.
  • 58. JENIS AYAT 1. Ayat Penyata • dikenali juga ayat berita • menyampaikan maklumat kepada pendengar 2.Ayat Tanya • perlu mempunyai tanda soal (?) • dengan/tanpa kata tanya • mendapatkan jawapan 3. Ayat Perintah • dengan kata perintah • mendapatkan respons atau tindak balas daripada pendengar 4.Ayat Seruan • dengan kata seruan • perlu mempunyai tanda seru (!) • menyatakan perasaan
  • 59. CONTOH AYAT 1. Ayat penyata Contoh: Buku sejarah itu kepunyaan Ahmad. 2. Ayat perintah Contoh: Awak bersihkan basikal itu sekarang. 3. Ayat tanya Contoh: Sedang menunggang basikalkah Azri? 4. Ayat seruan Contoh: Wah, cantiknya rumah baharu awak!
  • 60. AYAT PENYATA 1. Ini perabot buatan India. 2. Kami sekeluarga akan makan angin ke Melaka. 3. Tumbuhan herba amat berkhasiat tinggi. 4. Kemalangan maut berlaku di lebuh raya itu. 5. Kedatangan pelancong ke negara kita menjanakan ekonomi negara. AYAT TANYA 1. Apakah tujuan kempen antirokok dilancarkan? 2. Lelaki itu siapa? 3. Rumah kamu di mana? 4. Kamu tiba bila? 5. Kamu termenung dari tadi mengapa? 6. Bagaimanakah kerja itu disiapkan dengan cepat? 7. Harga baju ini berapa?
  • 61. AYAT PERINTAH 1. Kemas dan lap meja makan dengan menggunakan kain basah. 2. Silalah masuk sementara menunggu hujan teduh. 3. Tolong susun kasut kalian di atas rak itu. 4. Jika aku lambat pulang, jangan tunggu hingga lewat malam. AYAT SERUAN 1. Wah, cantiknya baju ini! 2. Eh, kamu datang juga! 3. Aduh, sakitnya kakiku! 4. Aduhai, apalah malang nasibku hari ini. 5. Amboi, bergayanya kamu! 6. Cis, beraninya engkau menderhakai Sultan! 7. Tahniah, kamu telah tamat belajar!
  • 62. • AYAT PERINTAH ADA 4:- • Ayat Permintaan 1. Minta isi borang ini dalam dua salinan. 2. Tolong senyap kerana ujian sedang dijalankan. 3. Harap kamu menjaga rumah ini dengan baiknya. • Ayat Suruhan 1. Sapu halaman rumah yang dipenuhi daun kering. 2. Selepas makan, jemur kain yang telah dibasuh. 3. Pergi makan ubat dan tidur untuk berehat. • Ayat Larangan 1. Jangan bermusuh dengan sesiapa untuk selamat. 2. Budak itu usah diusik, 3. Kenangan silam yang sedih tak usah dikenang. 4. Dilarang meludah di sini. • Ayat Silaan 1. Sila duduk sementara menunggu nama dipanggil. 2. Marilah berkongsi tip kejayaan kamu. 3. Jemput masuk ke rumah saya yang kecil ini.
  • 63. KESALAHAN UMUM (a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapakah?” tanya Syawal kepada Ridhuan. (b) “Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimana kejayaan akan datang?” soal Khadijah. (c) “Tolong jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi ada tetamu akan tiba,” ujar ibu. (d) “Jangan memandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah kepada abang. (e) “Wahai anak-anakku! taatilah perintah kedua-dua ibu bapa,” kata ayah.
  • 64. LATIHAN 6 Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah bagi enam ayat yang anda pilih seperti berikut: Ayat : ___________________________________________________________ Jenis ayat : ___________________________________________________________ “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru. “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas. “Boboi! Boboi Lam!” Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan? “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan. Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran. Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’ oleh Chai Loon Guan, Pelita Bahasa, Bil. 12/2020 Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 65. JAWAPAN 1 . AYAT: “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru. JENIS AYAT: Ayat penyata 2. AYAT: Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan guru-guru di bilik guru. JENIS AYAT: Ayat penyata 3. AYAT: “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas. JENIS AYAT : Ayat tanya 4. AYAT: “Boboi! Boboi Lam!” JENIS AYAT : Ayat seruan 5. AYAT: Ah, murid yang bermasalah itu lagi! JENIS AYAT: Ayat seruan 6. AYAT : Bermasalah, kenapa harus dibiarkan? JENIS AYAT : Ayat tanya 7. AYAT: “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee Lan. JENIS AYAT : Ayat perintah 8. AYAT: Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau. JENIS AYAT: Ayat penyata
  • 66. Ayat Tanya • Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu: 1. Ayat tanya tanpa kata tanya(dilambangkan dengan tanda soal?) 2. Ayat tanya dengan unsur tanya( apa, siapa,mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila)
  • 67. Ayat Tanya tanpa kata tanya Contoh: 1. Mereka itu dari Kota Kinabalu? Ayat tanya dalam bahasa lisan • Mereka itu dari Kota Kinabalukah? Ayat tanya dalam bahasa formal/ tulisan, partikel kah diletakkan pada predikat ayat yang kemudian dikedepankan. • Dari Kota Kinabalukah mereka itu?
  • 68. LATIHAN 7 Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina 6 ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. Mahasiswa dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. Program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial kerana mereka perlu membabitkan diri secara langsung. Kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan termasuklah mampu mengurus masa dengan lebih sistematik. Semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk pada peringkat awal. Kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda dengan penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa. Setiap warga universiti harus menabur bakti di dalam negara dan juga di pentas antarabangsa. Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kesukarelawan harus jadi identiti mahasiswa’ oleh Imran Razalle, Berita Harian Online, 13 Februari 2017
  • 69. JAWAPAN (i) Siapakah yang dikatakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat? (ii) Mengapakah program kesukarelawanan mampu melahirkan mahasiswa bertanggungjawab terhadap isu sosial? (iii) Apakah kelebihan mahasiswa yang menyertai aktiviti kesukarelawanan? (iv) Bilakah semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa perlu dipupuk? (v) Bagaimanakah kerajaan juga tidak ketinggalan mempergiat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda? (vi) Di manakah setiap warga universiti harus menabur bakti?
  • 70. Tukar ayat aktif kepada ayat pasif 1. Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.  Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah saya hasilkan. 2. Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.  Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang 3. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.  Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara
  • 71. LATIHAN 8 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. Kerajaan Korea Selatan masih tetap memelihara rumah tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin- gil dengan tenteranya membina perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo. Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan terhadap musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Suncheon bandar ekologi Korea Selatan’ oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa, Bil. 1/2020
  • 72. JAWAPAN CONTOH : TUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF 1. AYAT AKTIF: Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan. AYAT PASIF : Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan kuil berkenaan saya hargai 2. AYAT AKTIF: AYAT PASIF : 3. AYAT AKTIF: AYAT PASIF:
  • 73. LATIHAN 9 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Demi mengukuhkan industri pelancongan negara, kerajaan Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030. Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik. Keunikan biodiversiti dan alam semula jadi yang ada di dalam negara membuatkan kerajaan terpanggil untuk memacu kelestarian sumber dengan memartabatkan program ekopelancongan. Usaha ini seharusnya kita puji kerana selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan berkonsepkan alam. Beberapa ancaman perlu dihadapi negara tatkala kita sibuk mempertingkatkan sektor pelancongan dalam negara. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Empat tahun nak pulih!’ oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian Metro, 29 Disember 2020
  • 74. JAWAPAN CONTOH: TUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF 1. AYAT PASIF: Dasar ini dibangunkan oleh kerajaan menerusi enam teras strategik. AYAT AKTIF : Kerajaan Malaysia membangunkan dasar ini menerusi enam teras strategik 2. AYAT PASIF: AYAT AKTIF : 3. AYAT PASIF: AYAT AKTIF :
  • 75. SUSUNAN AYAT SUSUNAN AYAT BIASA Contoh: Pemandangan di sini sungguh cantik. Subjek: Pemandangan di sini Predikat :sungguh cantik. 2. SUSUNAN AYAT SONGSANG (Predikat ayat dikedepankan) Contoh: Sungguh cantik pemandangan di sini.
  • 76. Tukar ayat songsang kepada ayat biasa 1. Sungguh petah berhujah peserta pertandingan perbahasan itu. 2. Dengan perusahaan labu dan makanan tradisional Kuala Kangsar Bandar Diraja menjadi terkenal. 3. Setelah mendapat bantuan daripada kerajaan petani di kawasan itu mengusahakan puluhan ekar tanbah terbiar.
  • 77. LATIHAN 10 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi. JBPM menjalankan tugas pencegahan dan pemadaman kebakaran. Badan beruniform ini bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan. Mereka sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat kemanusiaan dengan cekapnya dan berkesannya. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 DBP 2020 [6 markah]
  • 78. JAWAPAN CONTOH: SUSUNAN BIASA KEPADA SUSUNAN SONGSANG 1. Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi. Untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi adalah visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  • 79. BINAAN AYAT DALAM BAHASA MELAYU. 1. AYAT DASAR/ AYAT TUNGGAL 2. AYAT MAJMUK i. Ayat majmuk gabungan AYAT MAJMUK PANCANGAN ii. Ayat majmuk relatif iii. Ayat majmuk komplemen iv. Ayat majmuk keterangan
  • 80. AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat majmuk terhasil dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Antara contoh kata hubung yang boleh digunakan ialah dan, lalu, tetapi, manakala, yang, bahawa, kerana, hingga, semoga, untuk, supaya, dengan, seperti dan sebagainya.
  • 81. AYAT MAJMUK PANCANGAN Ayat Majmuk Pancangan terbahagi kepada tiga iaitu; 1. Ayat Majmuk Relatif (menggunakan kata relatif yang) Contoh : Saya membeli baju yang berwarna merah. 2. Ayat Majmuk Komplemen (menggunakan penanda komplemen bahawa, untuk,supaya) Contoh : Cikgu Ramli ingin memastikan bahawa kesemua muridnya faham akan pengajarannya. 3. Ayat Majmuk Keterangan (berfungsi sebagai keterangan kepada predikat) Contoh : Adik itu menangis kerana ia lapar.
  • 82. LANGKAH MEMISAHKAN AYAT 1. Kenal pasti dan potong kata hubung yang terdapat dalam ayat. 2. Kenal pasti unsur yang perlu diulang. 3. Tulis ayat tunggal tanpa menggunakan kata hubung tadi. LANGKAH MENGGABUNGKAN AYAT 1. Kenal pasti maksud ayat untuk memilih kata hubung yang sesuai. 2. Gugurkan unsur subjek / predikat / keterangan yang sama. 3. Tulis ayat majmuk dan gariskan kata hubung yang digunakan.
  • 83. CONTOH 1 (Menggabungkan Ayat) (i) Pembalakan haram menyebabkan kejadian tanah runtuh. (ii) Pembalakan haram menyebabkan kemusnahan ekosistem. (iii) Pembalakan haram dilakukan secara berleluasa. Ayat Majmuk : Pembalakan haram yang dilakukan secara berleluasa menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kemusnahan ekosistem.
  • 84. CONTOH 2 (Menggabungkan Ayat) (i) Pakar pemakanan berpendapat sesuatu. (ii) Pengambilan makanan segera membahayakan kesihatan. (iii) Makanan segera mengandungi banyak garam. Ayat Majmuk : Pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan makanan segera membahayakan kesihatan kerana mengandungi banyak garam.
  • 85. CONTOH 3 (Memisahkan Ayat) Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna supaya perlu mengetahui hak pengguna. (i) Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna. (ii) Pembeli perlu mengetahui hak pengguna.
  • 86. CONTOH 4 (Memisahkan Ayat) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya hingga membahayakan keselamatan pemandu. (i) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya. (ii) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu membahayakan keselamatan pemandu.
  • 87. LATIHAN 10 Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya. Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga pokok bunga raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk. Industri kenaf menunjukkan sesuatu. Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan. Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor tekstil negara. Sektor tekstil negara dapat mengurangkan import kapas. Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara? oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020
  • 88. JAWAPAN 1. Kenaf yang merupakan keluarga pokok bunga raya sangat berguna dalam kehidupan manusia kerana / lantaran / oleh sebab mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk. 2. Industri kenaf menunjukkan bahawa perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor swasta hingga / sehingga berjaya meningkatkan nilai jualan. 3. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan dan / selain / di samping berupaya membantu sektor tekstil negara supaya / agar dapat mengurangkan import kapas.
  • 89. LATIHAN 11 Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan tiga ayat majmuk yang anda pilih kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kini. Wabak COVID-19 menyebab para peniaga bukan sahaja menghadapi masalah tidak mampu beroperasi bahkan juga berdepan dengan kekangan hal kewangan. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada peniaga untuk mengekang peratusan kadar pengangguran. Kebanyakan pengusaha industri merasakan bantuan tersebut yang bertujuan meringankan beban mereka hanya bersifat sementara. Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Sektor industri penentu nasib rakyat’ oleh Saw Teck Chew, Dewan Ekonomi, Bil. 12/2020
  • 90. JAWAPAN CONTOH 1. AYAT MAJMUK Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kini i) Ayat tunggal Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara i) Ayat tunggal Sektor perindustrian berhadapan dengan pelbagai cabaran kini
  • 91. LATIHAN 12 Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya. Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara. Masing-masing memainkan peranan mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing memainkan kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah dilaksanakan. Kempen ini memupuk semangat cinta akan barangan tempatan. Kempen ini telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu. Kita sering menganggap sesuatu. Kesedaran pengguna di Barat lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia. Mentaliti pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka. Dipetik dan diubahsuai daripada ‘KBBM 2019 perkasakan produk PKS’ oleh Halimah Said, Dewan Ekonomi, Bil. 1/2020
  • 92. JAWAPAN CONTOH 1. Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara sekiranya masing-masing memainkan peranan dan kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri.
  • 93. KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA •KESALAHAN EJAAN Satu perkara yang perlu disedari oleh semua pelajar dan sesiapa yang ingin menguasai bahasa Melayu dengan baik ialah mereka hendaklah sentiasa berdamping dengan kamus.Anggaplah kamus itu sahabat baik yang sentiasa bersedia membantu dan membimbing kita. •KESALAHAN AYAT
  • 94. KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA JAWA SALAH BETUL •Pamir pamer •Trampil terampil •Calun calon •Lakun lakon •Lapuran laporan •Perihatin prihatin
  • 95. KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN ARAB •EJAAN LAMA EJAAN BAHARU • Ibadah Ibadat • Ramadhan Ramadan • Fardhu Fardu • Redha Reda • Zohor Zuhur • Hajjah Hajah
  • 96. SALAH BETUL •Catit catat •maksima maksimum •efisyen efisien •ampangan empangan •analisa analisis •andai pun andaipun •sekaligus sekali gus •keretapi kereta api KESALAHAN EJAAN
  • 97. KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN INGGERIS SALAH BETUL 1. Nasionalisma nasionalisme 2. Dailog dialog 3. Komersil komersial 4. Kontingen kontinjen 5. Ekspot eksport 6. Fak faks 7. Bowling boling 8. Febuari februari 9. Emel e-mel 10. Insuran insurans
  • 98. Kekeliruan menggunakan imbuhan pinjaman. SALAH BETUL 1. Anti dadah antidadah 2. Pra-syarat prasyarat 3. Dwi tahunan dwitahunan 4. Tata susila tatasusila 5. Pro barat Probarat Sekiranya imbuhan pro dan anti + kata nama khas, perlU diadakan tanda sempang seperti berikut:- Pro-Amerika anti-Yahudi
  • 99. KESALAHAN PENGGUNAAN SEMPANG SALAH BETUL 1. ambil-alih ambil alih 2. anak beranak anak-beranak 3. gotong royong gotong-royong 4. pinggan–mangkuk pinggan mangkuk 5. kasih-sayang kasih sayang 6. 1980an 1980-an 7. Yang Dipertuan Agong Yang Di-Pertuan Agong
  • 100. KESALAHAN IMBUHAN • MEMPER + KATA ADJEKTIF SALAH BETUL • Memperhebohkan Memperheboh/ menghebohkan • Memperkemaskan • Memperlambatkan • Memperlebarkan • Mempertingkatkan??? • Memperkasakan ??? • Memperolehi?? (Imbuhan memper-…-i hanya boleh digunakan untuk perkataan ingat, kawan,isteri dan suami. Selain daripada empat ini, dianggap lewah.)
  • 101. KEKELIRUAN EJAAN BERCANTUM ATAU TIDAK SALAH BETUL 1. Sekaligus sekali gus 2. Temubual temu bual 3. Keretapi kereta api 4. Suratkhabar surat khabar 5. Ubahsuai ubah suai 6. Aturcara atur cara 7. Urusetia urus setia 8. Walaubagaimanapun walau bagaimanapun
  • 102. PADANAN ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU BAGI ISTILAH DALAM BAHASA INGGERIS Bahasa Inggeris Bahasa Melayu •Bungee jumping terjun lelabah •Role model suri teladan •Canopy walkway denai kanopi •Clearance sale jualan perabis •Coffee garden ujana kopi •Homestay pelancongan desa •Resort penginapan/persantaian
  • 103. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA Contoh 1.*Panel-panel hakim sedang berbincang. Panel hakim sedang berbincang. 2. *Setengah orang tidak dapat dipercayai. Sesetengah orang tidak dapat dipercayai. 3. *Tiap kejadian ada penciptanya. Tiap-tiap kejadian ada penciptanya. 4. *Kedua sekolah itu baru dibuka. Kedua-dua sekolah itu baru dibuka. 5. *Berbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan kampung ini. *Berbagai-bagai usaha telah dijalankan untuk memajukan kampung ini.
  • 104. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA JAMAK 1. beberapa buah negara-negara ( seharusnya beberapa buah negara) 2. mereka-mereka (seharusnya mereka) 3. para guru-guru (seharusnya para guru) 4. antara faktor-faktor (seharusnya antara faktor) 5. segala sifat-sifat (seharusnya segala sifat) 6. semua tempat-tempat (seharusnya semua tempat) 7. banyak faktor-faktor (seharusnya banyak faktor)
  • 105. HUKUM D - M • D = Unsur yang diterangkan (kata inti/head) • M = Unsur yang menerangkan (penerang/modifier) Contoh: Tin minuman Minuman tin Botol minuman Minuman botol Ayam daging Ayam telur Penghawa dingin Pendingin hawa
  • 106. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI •Kata pemeri IALAH Hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. •Kata pemeri ADALAH Hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang berbentuk huraian sahaja.
  • 107. CONTOH PENGGUNAAN KATA PEMERI YANG BETUL. 1. Islam ialah agama rasmi negara ini.(FN) 2. Bahasa ialah anugerah Allah kepada manusia.(FN) 3. Beliau ialah Rektor kita.(FN) 4. Ilmu adalah penting.(FA) 5. Tafsiran ulamak itu adalah tepat.(FA) 6. Bungkusan ini adalah untuk anda.(FSN) 7. Rezeki adalah daripada Allah.(FSN)
  • 108. KESILAPAN PENGGUNAAN KATA ADALAH PADA AWAL AYAT. SALAH Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa… BETUL Dengan ini dimaklumkan bahawa… Selain itu pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah +kata kerja seperti ayat di bawah: Keputusan ini diambil adalah berdasarkan… Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah,ayat atau frasa berikut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa Sepatutnya:- Keputusan ini diambil berdasarkan…
  • 109. YANG MANAKAH YANG BETUL? 1.Puan Zakiah sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat. 2. Puan Zakiah sedang menerangkan faedah berjimat cermat. • Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh objek.
  • 110. KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT 1. Beratus buah buku yang baru dibeli itu ialah untuk kegunaan kanak-kanak pra sekolah. 2. Saling kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain boleh merapat hubungan dan mengeratkan perpaduan kaum. 3. Selain daripada itu,terdapat beberapa faktor- faktor lain yang dapat dikaitkan dengan punca- punca pergaduhan semalam. 4. Perlantikan saudara Badrul sebagai penyelaras projek berkuatkuasa serta-merta selepas disokong sebulat suara.
  • 111. BAGAIMANAKAH PENJODOH BILANGAN DIGUNAKAN DALAM BAHASA MELAYU. 1. Penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu hanya untuk benda yang maujud seperti rumah, buku, bunga dsbnya. Bagi perkara abstrak seperti impian , fikiran, hati dan perasaan, tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Contoh: Sebuah impian,segunung perasaan. * Penggunaan seumpama ini hanya dalam penulisan kreatif yang mempunyai poetic licence
  • 112. KEKELIRUAN EJAAN KATA DENGAN K DAN KK Keseronokkan atau keseronokan? Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –kan dan meN-…kan dengan imbuhan –an, peN…an dan ke-…an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan – an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Contoh: Kata seronok menerima imbuhan kata kerja meN-…kan menjadi menyeronokkan dan sekiranya menerima imbuhan kata nama terbitan ke-…an akan menjadi keseronokan.
  • 113. PARTIKEL Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, iaitu-lah,-tah,-kah,dan pun.Partikel –lah,-tah, dan – kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.(buatlah, apatah,mungkinkah) Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya. Bagi partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya. Contoh: Dia pun pergi Terdapat 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun Adapun, lagipun, ataupun, walaupun, andaipun, sekalipun, kalaupun, biarpun, sungguhpun, mahupun, meskipun, kendatipun, bagaimanapun
  • 114. Kata sendi nama pada dan kepada 1. Pada (Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja) Contoh:Hanif menggantung lukisan itu pada dinding rumahnya. 2. Kepada(Menunjukkan arah orang atau haiwan yang ditujui) Contoh: Halifah menyerahkan buku itu kepada Adli.
  • 115. SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA… Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.