Ringkasan dokumen ini adalah:
1. Dokumen ini membahas tentang Kajian Tindakan dan peranannya dalam meningkatkan profesionalisme guru.
2. Jawatankuasa Kajian Tindakan dibentuk untuk memimpin kajian tindakan di sekolah.
3. Kajian tindakan bertujuan mewujudkan sistem pendidikan berkualiti melalui generasi pendidik yang mengamalkan budaya refleksi untuk mencapai keunggulan sekol
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
Apa itu kajian tindakan
1. Apa itu Kajian Tindakan
PENGENALAN
Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, sistem pendidikan Malaysia perlu relevan dengan
perkembangan di dunia. Walau bagaimanapun, kerelevanan ini perlu selari dengan aspirasi
negara. Dalam konteks ini pendidikan boleh memainkan peranan yang amat penting dalam
merealisasikan objektif negara ke arah mewujudkan sumber manusia yang boleh bersaing
dalam arena globalisasi dan K-ekonomi. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sistem
pendidikan Malaysia relevan, maka para pendidik dan pihak berkepentingan (stakeholders)
perlu bersama-sama berusaha untuk melonjatkan sekolah ke tahap kecemerlangan. Bagi
membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewujudkan satu sistem
pendidikan yang relevan dan dinamik, maka guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik
yang menghayati aspek profesionalisme. Salah satu usaha yang boleh menjadikan profesion
perguruan disanjung tinggi adalah melalui kajian tindakan.
Jawatankuasa Kajian Tindakan
Author: yahya132006
18/08/2009
Pengerusi Tn. Haji Ramli bin Aziz
Timbalan Pengerusi En. Zarudin bin Ishak
Naib Pengerusi 1 En. Adib Adham bin Daud
Naib Pengerusi 2 En. Sharil bin Ali
Naib Pengerusi 3 En. Saim bin Osman
Setiausaha En. Yahya bin Isa
Pen. Setiausaha Pn. A’iniha bt Jaiyos
Ahlijawatankuasa En. Mohd Nazir bin Sabran
Pn. Joharah bt Kunhi Mohamed
En. Murugan a/l Paramsivam
Impak & Kesan
Meningkatkan amalan kendiri melalui kaedah Muhasabah terhadap pengajaran
dilakukan.
Guru menjadi lebih reflektif dalam memperbaiki amalan pengajaran.
Guru menjadi lebih bermotivasi untuk menyatupadukan penyelidikan dan teknik
pengajaran yang dipelajari.
Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah
pengetahuan baru yang lebih maju.
Menjadikan guru lebih bersemangat untuk membaca dan mencuba kaedah pengajaran
baru serta dikongsi oleh rakan guru yang lain.
2. Meningkatkan kemahiran memerhati dan mencerap.
Lebih terbuka kepada perubahan, lebih bermaklumat dan mempunyai kaedah
penyelesaian masalah yang baik.
Objektif Kajian Tindakan
Kajian tindakan yang dilaksanakan di negeri Johor (Satu guru satu kajian) bertujuan
melahirkan sistem pendidikan yang berkualiti menerusi generasi pendidik yang mengamalkan
budaya Kajian Tindakan bagi merealisasikan Sekolah Unggul untuk melahirkan generasi
terbilang.