SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
1
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan
dan Salam 1Malaysia
Saudara dan saudari warga pendidik
dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
1. Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu
yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran „cikgu‟, kerana
hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai hari guru. Seperti biasa,
tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para
guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di
ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada
hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai
tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah
dicurahkan.
2. Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sekali lagi
kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat
Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan
terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru
kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta
seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara
sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang
2
tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara,
pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara
di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati
diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak
bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan
sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan
dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
3. Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan
meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM
ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan
transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih
tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu,
pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar
serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.
4. Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi
pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan
diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan
profesion ini sebagai profesion pilihan. Menerusi pelan ini juga, para
guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan
peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan
teknologi dan persekitaran semasa.
5. Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru
dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan
masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku
masa kini dan mendatang.
6. Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan,
guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap
transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan
rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru.
Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara.
7. Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama
meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua
perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar.
3
Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan
negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru.
8. Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka
dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan
kontemporari dalam mendidik. Tugas “memanusiakan manusia”
bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang
jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak
didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk
menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.
Saudara dan saudari yang dikasihi,
9. Tema Hari Guru tahun ini “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”
sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti
dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh
cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan
kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin
mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia
menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
10. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong
penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea
baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan
menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan
suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik.
Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend
baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam
ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu
penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi
kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu
arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.
11. Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan
negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis,
ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti
sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah
negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan
4
persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun
dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan
pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar
kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.
12. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti
dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa
berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap
aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran
kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif.
Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini,
insyaallah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid
lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru
mestilah sentiasa think again, think across and think ahead.
13. Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang
berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya,
the classroom is the source of energy for positive vibrations –
the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the
classroom will create a strong wave of transformation.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan
kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi
agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa
berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Saudara dan saudari yang dikasihi,
14. Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan
elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran
yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan
baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk
menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir
sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya
kreativiti dan inovasi.
5
15. Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu
mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi
ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak
pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria,
bersih, kemas dan bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah
memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih
demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan
insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif.
16. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara
meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi
yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya
saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula
amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid
sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai
tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan,
ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat
menggunakan mindanya secara optimum.”
17. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid
yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan
kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam
PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan
pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan
unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan
pembelajaran menarik dan menyeronokkan.
18. Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan
mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid.Daya
usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi
diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih
dan profesional akan membuahkan kejayaan.
Saudara dan saudari yang dikasihi,
19. Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang
seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita
sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus
6
menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari
hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat
antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki
kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat
menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks.
20. Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan
generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan
dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif
dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang
dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu
kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu
sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk
membangunkan pendidikan negara.
21. Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi
cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta
menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan
murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda
dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih,
berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas
tanggungjawab.
22. Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan
perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan
bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya
mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap
sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari.
23. Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan
termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib,
berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini
bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan
dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita
sebagai guru di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni
yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak
ke arah perpaduan negara.
7
24. Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga
dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya
yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan
saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak
melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua.
Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru
yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang
penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah
permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan
tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini
merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan
sesebuah negara”.
Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian,
25. Guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua,
kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti
mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya
ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah
berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru
sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan
menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.
Saudara dan saudari yang dikasihi,
26. Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang
dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh
dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika
perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah
kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan
saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang
tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja
cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat
mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi
nusa dan bangsa.
8
27. Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru
dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru
dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang,
kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam
perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin
serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat
memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi
agama, bangsa dan negara tercinta.
“SELAMAT HARI GURU”
“TERIMA KASIH CIKGU”
DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
16 Mei 2014

More Related Content

What's hot

Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitipoo_raman
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPerkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPensil Dan Pemadam
 
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan globalGuru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan globalMusliy Adi
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19mdzaini
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20 mdzaini
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)muhammadakbarzahidi
 

What's hot (13)

Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Sicerdas konten
Sicerdas kontenSicerdas konten
Sicerdas konten
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Kbsr dan fpk
Kbsr dan fpkKbsr dan fpk
Kbsr dan fpk
 
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah danPerkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
Perkaitan antara kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah dan
 
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan globalGuru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
Guru cerdas dan mencerdaskan anak bangsa yang berwawasan global
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
 

Viewers also liked

CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN
CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN
CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN RTARIFFA
 
Turtle powerpoint
Turtle powerpointTurtle powerpoint
Turtle powerpointjuleskel
 
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar rafaelreino67
 
Addition to 50 (2)
Addition to 50 (2)Addition to 50 (2)
Addition to 50 (2)Annur Hayfa
 
Trpo 11 оценка_стоимости
Trpo 11 оценка_стоимостиTrpo 11 оценка_стоимости
Trpo 11 оценка_стоимостиpogromskaya
 
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARK
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARKSPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARK
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARKTsuyoshi Horigome
 
Robin moore task 3
Robin moore task 3Robin moore task 3
Robin moore task 3finneyh
 
FORD Y DIOS
FORD Y DIOSFORD Y DIOS
FORD Y DIOSercabayo
 
Evaluation of cereal bar
Evaluation of cereal barEvaluation of cereal bar
Evaluation of cereal barfinneyh
 
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 20122012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012UNESCO Centre NI
 
Chemical Training General Exam
Chemical Training General ExamChemical Training General Exam
Chemical Training General ExamJustin Carver
 
Tugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaianTugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaianNur Yati
 

Viewers also liked (19)

Ari haryanti
Ari haryantiAri haryanti
Ari haryanti
 
CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN
CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN
CIENCIA, TECNOLOGIA E INNOVACIÓN
 
Agrotóxicos
AgrotóxicosAgrotóxicos
Agrotóxicos
 
Turtle powerpoint
Turtle powerpointTurtle powerpoint
Turtle powerpoint
 
6 instr lampiran
6 instr lampiran6 instr lampiran
6 instr lampiran
 
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar
reglamento estudiantil de la universidad popular del cesar
 
Winda
WindaWinda
Winda
 
Addition to 50 (2)
Addition to 50 (2)Addition to 50 (2)
Addition to 50 (2)
 
Trpo 11 оценка_стоимости
Trpo 11 оценка_стоимостиTrpo 11 оценка_стоимости
Trpo 11 оценка_стоимости
 
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARK
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARKSPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARK
SPICE MODEL of CMZB27 (Standard+ Model) in SPICE PARK
 
Robin moore task 3
Robin moore task 3Robin moore task 3
Robin moore task 3
 
SYKES TIMBER CASE STUDY
SYKES TIMBER CASE STUDYSYKES TIMBER CASE STUDY
SYKES TIMBER CASE STUDY
 
FORD Y DIOS
FORD Y DIOSFORD Y DIOS
FORD Y DIOS
 
Surat usulan rehab sekolah
Surat usulan rehab sekolahSurat usulan rehab sekolah
Surat usulan rehab sekolah
 
Evaluation of cereal bar
Evaluation of cereal barEvaluation of cereal bar
Evaluation of cereal bar
 
My Diary
My DiaryMy Diary
My Diary
 
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 20122012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012
2012-06-21 Dr Tejendra Pherali presents at INCORE Summer School 2012
 
Chemical Training General Exam
Chemical Training General ExamChemical Training General Exam
Chemical Training General Exam
 
Tugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaianTugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaian
 

Similar to 2014 05-15 perutusan hari guru 2014

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Peranan guru dalam psh
Peranan guru dalam pshPeranan guru dalam psh
Peranan guru dalam pshNurAssykin
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Nor Saidah
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negaraMat mohd
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam PendidikanArthur Jupong
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1Mas Arifin
 

Similar to 2014 05-15 perutusan hari guru 2014 (20)

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Wawasan guru
Wawasan guruWawasan guru
Wawasan guru
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Peranan guru dalam psh
Peranan guru dalam pshPeranan guru dalam psh
Peranan guru dalam psh
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan4. Guru Dan Alam Pendidikan
4. Guru Dan Alam Pendidikan
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1Program kasek bagian 1
Program kasek bagian 1
 

2014 05-15 perutusan hari guru 2014

  • 1. 1 PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA “GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI” Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia Saudara dan saudari warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Tanggal 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna kepada individu yang bergelar guru atau lebih sinonim dengan gelaran „cikgu‟, kerana hari ini merupakan hari yang diiktiraf sebagai hari guru. Seperti biasa, tarikh keramat 16 Mei disambut dengan meriah bagi meraikan para guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak kita tidak kira di ceruk mana sahaja berada untuk menjadi orang yang berguna. Pada hari ini, guru-guru diraikan oleh anak-anak didik mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha bakti yang telah dicurahkan. 2. Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sekali lagi kita dapat menyambut Hari Guru kali ke-43 pada tahun ini. Selamat Hari Guru dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru kepada bangsa dan negara. Jasa dan pengorbanan guru serta seluruh warga pendidikan terhadap pembangunan pendidikan negara sentiasa relevan dan dihargai.Tugas sebagai seorang guru dipandang
  • 2. 2 tinggi dan amat mulia sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru-guru perlu mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi untuk menabur bakti kepada anak bangsa tanpa menghirau penat lelah, tanpa menghirau jarak dan sempadan malah mereka diakui mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan boleh memacu pembangunan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik. 3. Kini kita telah pun melangkah ke tahun kedua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Saya akan meneruskan amanah yang diberikan untuk terus memastikan PPPM ini berada pada landasannya. Ini bertujuan untuk memastikan transformasi pendidikan negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan mencapai matlamatnya. Bagi mencapai hasrat itu, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. 4. Salah satu aspek penting dan utama yang diberi penekanan menerusi pelan tersebut adalah berkaitan profesion keguruan. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti guru serta menjadikan profesion ini sebagai profesion pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat meneruskan peningkatan keilmuan masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi dan persekitaran semasa. 5. Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang. 6. Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan negara. 7. Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar.
  • 3. 3 Hal ini kerana, saya berpandangan bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di tangan guru. 8. Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas “memanusiakan manusia” bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk murid. Saudara dan saudari yang dikasihi, 9. Tema Hari Guru tahun ini “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. 10. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan. 11. Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran, dan
  • 4. 4 persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara. 12. Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insyaallah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think across and think ahead. 13. Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Saudara dan saudari yang dikasihi, 14. Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi.
  • 5. 5 15. Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 16. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif. Guru juga disaran meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Menurut Sternberg (2004), “minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.” 17. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Guru juga perlu sentiasa menggunakan kemahiran dan pengetahuan pedagogi bersifat kreatif dan inovatif serta menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. 18. Ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi dalam kalangan murid.Daya usaha murid sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi diri dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional akan membuahkan kejayaan. Saudara dan saudari yang dikasihi, 19. Pembangunan modal insan merupakan unsur penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus
  • 6. 6 menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa penting untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran, pengetahuan dan daya kreativiti agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang semakin kompleks. 20. Di samping itu guru juga mempunyai tugas berat dalam menghasilkan generasi muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian agar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu yang dapat meningkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik. Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pendidikan negara. 21. Hal yang demikian, guru perlu melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global. Guru perlu mencanai perancangan strategik serta menyatukan aspirasi bagi memastikan sekolah mampu melahirkan murid cemerlang. Di samping itu, para guru perlu ketelusan minda dalam mendidik murid, menyuntik semangat agar terus gigih, berinovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab. 22. Di samping para guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar ini, saya juga amat memahami akan keluhan perasaan saudara dan saudari. Untuk itu, saya akan pastikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan sentiasa berupaya mendengar, prihatin dan serius, sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan dan pandangan daripada saudara dan saudari. 23. Namun saya juga berharap agar segala pandangan atau rungutan termasuk kritikan membina perlulah dilakukan secara tertib, berhemah serta mengikut peraturan dan saluran yang betul. Ini bertujuan agar profesion keguruan dapat sentiasa terpelihara dan dihormati oleh masyarakat. Kita perlu sentiasa menjaga imej kita sebagai guru di samping sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita serta menjadi nadi penggerak ke arah perpaduan negara.
  • 7. 7 24. Marilah kita memperbaharui tekad dan azam dengan seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunkan modal insan berkualiti. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh saudara dan saudari para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikit pun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Saya amat yakin dan percaya bahawa saudara dan saudari para guru yang ada di hadapan murid-murid mereka adalah guru yang penyayang. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara”. Kepada anak-anak murid yang disayangi sekalian, 25. Guru merupakan ibu dan ayah kepada anak-anak didik semua, kepada guru-gurulah harapan ibu bapa untuk menjadi pengganti mereka bagi mendidik anak-anak ketika berada di sekolah. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua. Saudara dan saudari yang dikasihi, 26. Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
  • 8. 8 27. Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama, bangsa dan negara tercinta. “SELAMAT HARI GURU” “TERIMA KASIH CIKGU” DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 16 Mei 2014