1. Tarikh : 22/03/2013.
Tajuk Artikel : Memelihara Hubungan Baik antara Majikan dan Pekerja.
Penulis : Nor Hartini binti Saari.
Sumber : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8478-memelihara-
hubungan-baik-antara-majikan-dan-pekerja
SINOPSIS
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Nor Hartini binti Saari, beliau membicarakan
tentang memelihara hubungan baik antara majikan dan pekerja. Saya rumuskan disini
bahawa majikan dan pekerja adalah saling berkait diantara satu sama lain dengan
ikatan persaudaraan dan persahabatan yang telah disarankan dalam Islam. Dalam
sesebuah organisasi, adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan pekerjanya
menjaga dan memelihara hubungan antara mereka tanpa mengira pangkat dan
kedudukan. Hubungan baik ini akan menghasilkan sikap bantu-membantu dan
semangat kerjasama dalam sesebuah organisasi supaya operasi sesebuah organisasi
berjalan lancar, bersistem dan efisyen. Bak kata pepatah “ Berat sama dipikul ringan
sama dijinjing ”. Begitulah juga hasilnya hendaklah dikecapi bersama. Sekiranya,
majikan menghormati dan mengenali pekerja dengan lebih dekat, tentulah
persefahaman antara mereka dapat ditingkatkan. Sikap hormat-menghormati yang
tinggi menjadi sumber keselesaan baik dari segi persefahaman dan keseronokan
bekerja antara majikan dan pekerja dalam menjalankan tugas. Persefahaman yang
wujud antara pekerja ini akan dapat membantu sekiranya kerja itu memerlukan
penglibatan secara berkumpulan. Sebaliknya, jika majikan tidak menghormati hak
pekerja di bawah seliaannya maka operasi organisasi akan terjejas akibat perasaan
tidak puas hati dan perasaan tidak menghormati majikan mula timbul di kalangan
pekerja. Kebebasan hak bersuara juga dilihat mampu untuk memelihara hubungan
yang baik antara majikan dan pekerja. Oleh itu,perbincangan secara terbuka dan
berhemah juga adalah penting untuk mengatasi sebarang kesulitan.