SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Keyakinan Diri 
Archived Posts from this Category 
Wed 14 Oct 2009 
Saya terlupa…saya pun bijak juga… 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi 
[3] Comments 
Saya telah pergi ke banyak sekolah, kolej dan juga universiti. Saya telah temui bermacam-macam jenis 
pelajar. Ada pelajar cemerlang, ada pelajar malas, ada pelajar yakin untuk berjaya, ada pelajar takut 
mencuba dan mungkin ratusan atau ribuan jenis pelajar lagi. 
Antara jenis pelajar yang sering menarik perhatian saya ialah pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih 
memasuki asrama penuh, kolej ternama atau pusat-pusat pengajian tinggi terpilih. Apabila kita dengar 
seseorang pelajar itu berjaya memasuki mana-mana pusat pengajian yang terkenal dengan 
kecemerlangannya, apakah tanggapan kita terhadap pelajar tersebut? Kita akan terfikir bahawa betapa 
hebatnya dan betapa cemerlangnya pelajar ini bukan? 
Kita juga mungkin terfikir, tidak yakin dengan kebolehan diri, rasa tidak pandai dan rasa seperti orang 
bodoh tentu tidak pernah terlintas di fikiran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ini. Namun, 
tanggapan itu silap sama sekali.
Kerap kali saya apabila saya bertemu dengan kumpulan pelajar terpilih dan cemerlang, majoriti daripada 
menghadapi masalah keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai. Mereka rasa cukup tertekan 
kerana mereka sukar untuk menjadi benar-benar cemerlang. Mereka rasa mereka tidak ada bakat dan 
kemahiran. 
Apa yang membimbangkan, ada antara mereka ini kekal dengan pemikiran tersebut hingga mereka gagal 
mencapai potensi sebenar yang terpendam di dalam diri mereka. Jika anda sedang belajar di sekolah 
berasrama penuh, kolej atau universiti yang dikenali, adakah anda menghadapi masalah yang sama? 
Adakah anda selalu rasa rendah diri dan tidak yakin untuk menjadi lebih berjaya berbanding orang lain? 
Jika jawapannya ya, jangan bimbang. Ini adalah perkara normal. Apa yang sedang berlaku ialah. 
“Anda sudah terlupa yang anda juga BIJAK dan HEBAT orangnya.” 
Jika anda sering bersedih kerana mengenangkan bahawa anda tidak sehebat orang lain, anda sebenarnya 
sedang membandingkan diri anda dengan 
· kejayaan orang lain yang belum anda kecapi. 
· kegagalan anda di masa lepas.
Ada pelajar di sekolah berasrama penuh yang sering merasa rendah diri kerana mereka membandingkan 
keputusan peperiksaan mereka dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Padahal, keputusan pelajar lain 
yang cemerlang itu bukan membuktikan yang mereka lebih hebat daripada diri kita. Mungkin mereka 
cuma ada lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan lebih baik. Jadi mengapa perlu bersedih, 
merendah diri dan takut untuk terus mencuba? 
Ada pelajar di universiti yang bersedih dan hilang keyakinan apabila melihat CGPA yang rendah. 
Keyakinan diri semakin parah apabila melihat pelajar lain mendapat CGPA yang lebh baik. Padahal, 
CGPA yang rendah cuma menunjukkan bahawa kita mungkin tidak belajar bersungguh-sungguh atau 
strategi belajar yang digunakan tidak berkesan. Jadi, mengapa perlu hilang keyakinan diri dan percaya 
yang diri kita tidak berpotensi untuk berjaya seperti orang lain juga? 
Saya percaya, satu perkara yang sedang berlaku ialah kita mudah lupa yang kita ini hebat juga orangnya. 
Kita mudah lupa kita ini dilihat sebagai hebat oleh orang-orang lain. Kita tidak mudah sedar bahawa 
ketika kita rasa rendah diri melihat kehebatan orang lain, orang lain juga merasa rendah diri apabila 
melihat kehebatan diri kita.
Jadi, hari ini, apa kata kita ingat kembali….. apa kata hari ini kita imbas kembali…. ingat semula kejayaan 
dan kehebatan kita di masa lepas. Kita ingat bukan untuk diceritakan kepada orang lain… tetapi untuk 
memenuhkan minda kita dengan fakta dan bukti bahawa kita juga hebat dan kita juga mencapai kejayaan 
seperti orang lain. 
Apabila minda sudah penuh dengan bukti kehebatan dan kemampuan diri, semangat dan keyakinan diri 
akan mula meningkat. Kita akan mula rasa bahawa kita juga layak menjadi hebat dan berjaya seperti 
orang lain. Kita juga mampu lakukan apa yang mampu dilakukan oleh orang-orang yang selalu membuat 
kita rasa kecil dan hina. 
Saya ucapkan, selamat ingat semula kehebatan dan kekuatan diri kita semua. 
Tue 9 Sep 2008 
Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, Perak 
Posted by Osman Affan under Cerita, Keyakinan Diri, Program Motivasi 
No Comments 
Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya 
kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. 
Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti 
biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramah di sini membuat saya rasa 
seperti saya sedang pulang ke kampung halaman saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan.
Walaupun sedang berada di dalam bulan Ramadhan, ia tidak menghalang pelajar untuk hadir ke program 
ini. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan keyakinan diri pelajar bukan sahaja untuk 
mencapai kecemerlangan, malah untuk bercakap dikhalayak ramai dan menyuarakan pendapat kepada 
orang lain. 
Puasa seperti tidak terasa bagi saya apabila mendapat kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik 
daripada para pelajar ini. Pada awalnya, saya dapat lihat dan rasakan yang ramai antara pelajar yang 
hadir ini mempunyai masalah keyakinan diri. Ini berdasarkan cara mereka menjawab soalan saya dan 
cara mereka memberi maklumbalas kepada aktiviti dan persoalan yang saya berikan. Itu adalah perkara 
biasa. Mana-mana universiti yang saya pergi, saya boleh perkara ini. 
Namun apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah selepas rehat tengahari iaitu pada sesi petang, 
semua pelajar ini seolah-olah telah berubah menjadi sekumpulan pelajar yang lain! Mereka kelihatan 
lebih bertenaga berbanding waktu pagi dan mereka mula memberikan jawapan dan maklumbalas yang 
cepat di dalam program ini. Saya turut merasa bertenaga diatas perubahan ini. Apa yang berlaku semasa 
rehat tadi? Mereka balik ke bilik dan makan tengahari kah? hehe… saya pasti tidak.
Apa yang berlaku ialah para pelajar ini sudah mula merasa selesa dan keyakinan diri mereka sudah mula 
meningkat. Ini terbukti apabila saya jalankan aktiviti di mana pelajar perlu hadir ke depan untuk 
bercakap selama beberapa minit, ada pelajar yang menawarkan diri untuk tampil tanpa disuruh atau 
dipaksa. 
Seronok melihat pelajar yang berusaha mencabar diri mereka. Seronok saya lihat pelajar bertungkus-lumus 
melawan rasa takut yang sedang mencengkam diri mereka. Pesan saya kepada mereka, siapa yang 
berani mencabar rasa takut mereka, akan wujud rasa berani untuk berjaya dalam bidang apa sahaja suatu 
hari nanti. 
Hasilnya, saya dapat banyak penyertaan pelajar dalam aktiviti bercakap di hadapan khalayak ramai 
secara spontan ini. Saya bawa bersama beberapa hadiah untuk saya berikan. Pemenangnya ialah dua 
pelajar perempuan (gambar di bawah) yang kelihatan agak gementar dan resah pada mulanya tetapi 
dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan memenuhi kehendak dan objektif yang telah saya berikan. 
Tahniah saya ucapakan.
Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada 
semua pensyarah yang terlibat terutamanya Cik Asniza dan En Zul yang banyak melayan kerenah saya 
semasa berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi. 
Wed 13 Aug 2008 
Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDM 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Program Motivasi 
No Comments 
Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti 
Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan 
UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. 
Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar 
semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik. 
Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program. 
“Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup 
berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan 
menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~ 
“Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal 
daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya 
capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~ 
“Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu 
perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~
“Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang 
ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan 
bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~ 
“Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” 
~Nadiah Mohd Razali~ 
“Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian 
audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~ 
“Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang 
paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti 
Norasiah Awang Su~ 
“Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. 
EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~ 
“Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu 
mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap 
tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~ 
“Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu 
diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more 
confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~ 
“Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, 
kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan 
diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~
“Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai 
bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak 
pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~ 
Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya. 
“Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap 
tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil 
keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira 
sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini 
akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” 
~Nurmuhsila Md Yusoff~ 
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling 
Universiti Darul Iman ini. 
Tue 1 Jul 2008 
3 Sumber Keyakinan diri - Kesimpulan 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
1 Comment 
Alhamdulillah. Saya telah kongsikan 3 sumber keyakinan diri untuk kita semua gunakan 
bagi meningkatkan tahap keyakinan diri kita. Bagi saya, tanpa keyakinan diri, kita sukar 
untuk melakukan sesuatu terutamanya sesuatu yang baru. Kita akan sukar untuk 
meletakkan matlamat kejayaan kerana kita bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh 
berjaya.
3 Sumber keyakinan diri yang telah saya kongsikan itu ialah 
1. Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’ 
2. Sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. 
3. Cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah 
mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 
1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang 
lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 
2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita 
bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih 
bersemangat daripada kita. 
Insyaallah saya akan letakkan hasil tulisan ini di dalam ruangan kompilasi tips dan petua dalam masa 
terdekat ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita yang membaca dan yang 
mencubanya. 
Mon 30 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.2 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Bagaimanakah ibu bapa boleh gunakan sumber keyakinan diri yang ketiga ini untuk membantu anak-anak 
mereka? Begini. 
Jika bercakap dengan anak-anak, elakkan daripada 
membandingkan kebolehan anak-anak kita dengan 
orang lain. Contohnya, kita kata kepada anak-anak kita, 
‘Belajar la betul-betul. Mak tengok anak jiran sebelah tu rajin 
belajar, keputusan pun cemerlang. Bukan macam kau.’ 
‘Masa abang kau dulu, tak payah suruh, dia belajar sendiri. Sebab tu dia boleh masuk universiti.’ 
‘Anak Pak Long kau semua cemerlang. Kenapa la anak-anak abah ni tak boleh jadi macam tu’. 
Membandingkan anak-anak kita dengan orang lain yang lebih 
cemerlang lebih banyak merosakkan daripada membantu 
sebenarnya. Walaupun niat kita baik untuk meningkatkan
semangat mereka, ia lebih memedihkan hati dan semangat mereka kerana mesej yang mereka perolehi 
ialah 
‘Asyik aku je yang tak pandai. Asyik aku je yang bodoh. Orang lain semua pandai, semua 
bagus.’ 
Apabila anak-anak dapat mesej begini, semangat dan keyakinan diri mereka akan terus jatuh. Dibimbangi 
mereka akan membesar dengan pemikiran bahawa semua orang lain lebih baik daripada mereka. 
Jadi, kalau mahu meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk kecemerlangan, ada dua langkah. 
Semasa berbual dengannya 
1. Imbas kembali cerita-cerita di mana anak-anak kita hebat, cemerlang, bijak dan yakin. Cerita 
dengan penuh keyakinan agar anak-anak kita ingat semula tentang kisah itu semua. Kesannya, 
kita akan lihat anak kita semakin bersemangat. Cara dia duduk juga akan berubah sedikit seperti 
mahu kita terus bercerita. Teruskan bercerita dengan ikhlas. (Ikhlas bermaksud tak nampak 
macam kita bercerita macam terpaksa atau tak bersungguh-sungguh). 
2. Apabila wajah anak-anak kita dah nampak mula bercahaya, mula berseri dan mula ceria, baru 
kita masukkan sedikit cerita tentang orang lain yang cemerlang. Dalam keadaan ceria, anak-anak 
kita akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita tentang kehebatan orang lain. Kemudian 
katakan kepada mereka, “Mak/abah rasa, anak-anak mak/abah lebih hebat dari mereka semua 
ni. Kalau belajar betul-betul sikit, tambah jadi rajin sikit, mesti tak ada orang lain boleh lawan. 
(Senyum dan kita mesti percaya apa yang kita katakan). 
Apa kata kita cuba teknik ini bila berpeluang. Jika kita tidak cuba, kita pasti akan gunakan cara lama yang 
biasa kita gunakan. Jangan risau jika tidak dapat buat dengan sempurna kerana setelah mencuba, kita 
akan dapat beberapa idea baru bagaimana mahu melaksanakan teknik ini dengan lebih berkesan. Untuk 
jangka masa panjang, kita akan mula meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak kita sendiri tanpa 
bantuan orang lain. Selamat mencuba. 
Thu 26 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.1 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Jika kita asyik membandingkan diri kita dengan orang yang kurang 
berjaya, tentu kita kelihatan lebih hebat bukan? Bukankah perasaan 
begini akan menghancurkan dan merosakkan kita di masa akan datang?
Ya, benar, jika kita terlalu bandingkan diri dengan orang yang kurang berjaya, kita akan gagal. Itulah 
sebabnya sumber ketiga keyakinan diri ini mengatakan bahawa anda perlu ingat 2 perkara iaitu 
1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang 
kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 
2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita 
bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat 
daripada kita. 
Tujuan kita membandingkan diri dengan orang kurang berjaya adalah 
sekadar untuk menaikkan semula semangat kita daripada bawah. Apabila 
semangat dan keyakinan diri kita jatuh ke paras terendah, tidak begitu 
mudah untuk kita mengangkatnya begitu sahaja. Saya dapati antara cara 
termudah untuk mengangkatnya semula ialah dengan membandingkan 
diri dengan kelemahan orang lain. 
Namun, kita tidak sepatutnya berhenti di situ. Apabila semangat dan keyakinan diri kita sudah meningkat 
sedikit akibat aktiviti perkara pertama, kita perlu tingkatkan lagi kejayaan kita dengan membandingkan 
diri kita dengan orang-orang yang lebih berjaya. 
Jika kita sedang lemah semangat dan tidak yakin diri, ia akan jadi lebih teruk jika kita bandingkan diri 
kita dengan orang-orang berjaya. Ini kerana kita akan rasa semakin jauh ketinggalan di belakang. Jadi 
apa kata kita naikkan dulu sedikit semangat kita. Kemudian, apabila ia 
sudah meningkat sedikit, kita pun sudah mula mampu hilangkan rasa 
sedih dan kecewa akibat rasa tidak yakin diri tadi, barulah kita 
bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini akan menambahkan 
dan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita sendiri. 
Idea mengenai sumber keyakinan diri ketiga ini sebenarnya datang apabila saya teringat kisah saya 
semasa di tingkatan lima. Ketika belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, saya dikelilingi oleh 
pelajar-pelajar cemerlang. Keputusan peperiksaan bulanan saya selalunya tidak sehebat kawan-kawan 
saya yang lain. Ini membuat saya merasa kecil dengan kebolehan diri saya terutamanya dalam bidang 
akademik. Lama-kelamaan, saya seolah-olah telah menerima kenyataan bahawa saya tidak 
sehebat pelajar lain. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat untuk keyakinan diri. 
Kemudian, beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM, saya pulang ke kampung dan mengambil peluang 
bermalam di rumah sahabat baik saya daripada sekolah lama (SMKA Tok Jiring). Ketika bermalam di 
sana, selepas membuat latihan dan sedikit ulangkaji, sahabat saya ini membuka cerita kisah sekolah 
rendah kami (SK Tok Jiring). Sahabat saya ceritakan tentang ke mana perginya 11 orang pelajar yang
berjaya mendapat 5A dulu. Masing-masing ada cerita kejayaan masing-masing. Semasa dia bercerita, 
saya mula sedar rupa-rupanya saya juga termasuk dalam cerita tersebut kerana saya adalah salah seorang 
daripada 11 pelajar tadi. Saya juga mula sedar yang saya sebenarnya datang dari kalangan pelajar 
cemerlang. Lebih hebat lagi, saya mula sedar yang kalau dulu saya boleh cemerlang, kenapa sekarang 
tidak boleh cemerlang? 
Cetusan idea ini terus meningkatkan semangat diri saya untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM 
pada tahun itu. Sejak hari tersebut, apabila saya lihat sahabat lain yang cemerlang di KISAS, saya akan 
kenang kembali bagaimana saya cemerlang suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama, saya tekadkan 
azam untuk capai kejayaan seperti beberapa pelajar cemerlang di dalam kelas saya dan kelas lain. Dua 
perkara ini berjaya mengekalkan semangat dan keyakinan diri saya hingga hari peperiksaan sebenar. 
Saya percaya anda boleh gunakan pendekatan ini. Saya juga percaya bahawa pendekatan ini boleh 
digunakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan semangat anak-anak. Bagaimana ye? Kita tunggu posting 
seterusnya. 
Wed 25 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat 
keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 
1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang 
kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 
2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita 
bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat 
daripada kita. 
Penggunaan perkara pertama adalah lebih kurang seperti cara membuat 
diri kita bersyukur. Apabila kita merungut tentang sekolah kita yang 
kurang peralatan atau kurang dewan besar, kita bandingkan sekolah kita 
dengan sekolah yang lebih mundur. Tentu kita akan rasa bersyukur 
berada di sekolah kita sekarang. Jika kita merungut tentang banyak 
masalah di tempat kerja kita sekarang, cuba bandingkannya dengan 
tempat kerja lain yang lebih teruk. Ini akan menimbulkan rasa bersyukur dan kita sepatutnya akan 
berhenti merungut.
Begitu juga dengan keyakinan diri, jika kita rasa lemah semangat dan hilang keyakinan diri, ingat kembali 
kelebihan diri kita dan bandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Ini akan 
mengangkat semangat kita kembali. Saya banyak kali bertemu pelajar di sekolah berasrama penuh dan 
pelajar diperingkat kolej dan universiti yang mengadu lemah semangat dan tidak ada keyakinan diri. 
Mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak kurang potensi untuk berjaya. 
Nasihat saya mudah sahaja. Tahukah pelajar ini semua bahawa di luar 
sana beribu-ribu lagi pelajar yang gagal memasuki asrama penuh, kolej 
dan universiti? Sedarkah pelajar ini semua bahawa apabila mereka 
berjaya berada di tempat sekarang, ia bermakna mereka lebih hebat 
(dalam beberapa perkara terutamanya pencapaian akademik) berbanding 
dengan pelajar-pelajar lain di luar sana? Tidakkah ini boleh membuat 
mereka merasa atau melihat kehebatan dan potensi yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka 
selama ini? 
Untuk hari ini, apa kata jika anda merasa rendah diri dan tidak berkebolehan, bandingkan diri anda 
dengan seseorang yang anda tahu anda lebih hebat daripadanya. Jika anda rasa tidak pandai, apa kata 
bandingkan diri anda dengan seseorang yang mungkin jauh lebih tidak 
pandai. Aktivti mudah ini sahaja akan meningkatkan tahap keyakinan diri 
anda. 
Saya faham mungkin ada antara anda yang terfikir bahawa, kalau kita 
asyik bandingkan diri kita dengan orang kurang berjaya, sampai bila kita 
akan berubah? Bukankah ia akan menyebabkan kita selesa dan tidak mahu berusaha kerana sangka kita 
sudah hebat? Bukankah ia akan menimbulkan rasa sombong, bangga diri dan bongkak? 
Jika anda terfikit begitu, tahniah. Ia menunjukkan anda benar-benar faham apa yang saya sampaikan di 
dalam posting ini. Saya akan menjawab persoalan itu dalam posting seterusnya dengan menerangkan 
tentang perkara kedua (di atas). 
Fri 20 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 2.1 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
1 Comment 
Sedarkah anda bahawa apabila kita merasa rendah diri, kita akan terlupa sebenarnya ada ramai orang 
yang menyokong kita dan ada ramai orang yang sebenarnya kagum dengan kehebatan kita.
Ada masanya, kita tidak pandai dalam sesuatu bidang dan 
kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam 
bidang akademik lalu rasa rendah diri terutamanya bila 
berada diantara kawan-kawan yang cemerlang 
akademiknya. Tetapi tahukah kita bahawa kita mungkin ada 
kehebatan lain yang kawan-kawan kita tadi tidak ada? 
Mungkin kita pandai bersukan? Mungkin kita pandai 
berkawan atau pandai bergaya? Itu semua adalah sesuatu 
yang patut kita banggakan dan patut rasa yakin dengan diri kita sendiri. 
Kita perlu tahu, kita mungkin tidak akan hebat dalam semua bidang. Takkanlah kita nak buat semua 
perkara di dunia ini. Perkara yang kita tak berapa pandai, biarkan orang lain yang buat. Bagi saya sendiri, 
saya rasa saya yakin dan cekap dalam teknik belajar. Tetapi bila saya balik ke rumah dan ada kerosakan 
elektrik, saya angkat tangan (menyerah kalah) dan panggil juru elektrik untuk membaikinya. Perlukah 
saya rasa rendah diri apabila juru elektrik itu datang ke rumah saya? 
Perlukan saya bersedih kerana saya tidak pandai membaiki 
kerosakan itu sendiri? Tentu tidak bukan? 
Mesejnya di sini ialah, kita ada kelebihan dan kekuatan kita 
tersendiri. Jangan biarkan kekuatan orang lain membuat kita rasa 
rendah diri. Jadi, setiap kali kita rasa rendah diri apabila melihat 
kehebatan orang lain, fikirkan tentang kehebatan kita sendiri. Tetapi 
dalam masa yang sama, buat keputusan sama ada kita mahu miliki 
kehebatan seperti orang tadi atau tidak. Contohnya, jika ada kawan pandai main catur dan kita tidak, 
jangan rasa rendah diri dan fikirkan tentang satu perkara di mana kita lebih hebat daripada kawan tadi. 
Kemudian, fikirkan, adakah kita mahu jadi pandai main catur? Kalau mahu, fikirkan begini, ‘kalau aku 
belajar betul-betul permainan ni, aku pun akan jadi sehebat dia’. Insyaallah perasaan rendah diri itu tidak 
akan mengganggu. 
Selamat meningkatkan keyakinan diri. 
Fri 13 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 2 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments
Sumber keyakinan diri yang kedua ialah sokongan 
daripada orang-orang yang mengenali diri 
kita. Jika anda sedar, kita selalu terlupa untuk melihat 
kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. 
Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, 
kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang 
lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri 
sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri, tidak yakin 
dan mula mengutuk diri sendiri. “Kenapa la aku tak 
pandai macam mereka? Kenapa la aku ni lembab 
sangat? Kenapa la aku ni tak pandai?”…… 
Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada 
orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah 
orang-orang yang selalu percayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Namun, jika mereka tidak begitu, 
cari orang lain yang boleh menyokong kita. 
Menyokong bukan bermaksud orang tersebut sentiasa mengatakan kita hebat. Ada masanya orang yang 
menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pastu tahu bahawa 
komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap 
komen membina daripada orang yang menyokong kita ini. 
Hari ini, apa kata anda senaraikan orang-orang yang anda rasa selalu menyokong anda. Senaraikan 
nama-nama orang yang anda rasa setiap kali anda mahu mencuba sesuatu, anda akan rasa lebih 
bersemangat apabila telah berbincang dengan orang-orang ini. Selamat menulis. 
Mon 9 Jun 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.3 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa 
perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips sumber pertama keyakinan diri ini. Sebelum itu, 
bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat. 
Contohnya, untuk pelajar, mungkin situasi di mana mereka perlu belajar subjek-subjek yang dikatakan 
sukar. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, mungkin mereka tidak yakin semasa hendak membentangkan
hasil kajian mereka di depan pelajar lain dan juga pensyarah. Bagi pekerja, mungkin 
mereka tidak yakin untuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lain 
terutamanya orang yang lebih berpangkat. 
Langkah pertama, kita patut sedar bahawa rasa berdebar diikuti degupan jantung yang 
begitu kencang adalah perkara biasa. Jangan merungut dan berharap agar kita tidak rasa 
berdebar. Jika anda tanya saya, saya akan kata bahawa rasa berdebar itu boleh membantu 
kerana ia sebenarnya akan membuat anda lebih berhati-hati dan peka. 
Langkah kedua, jika rasa berdebar membuat anda tidak boleh berfikir dengan baik, lakukan dua 
perkara ini. Satu, tarik nafas sedalam mungkin dan tahan selama beberapa saat. Jangan fikir apa-apa. 
Lepaskan nafas itu dengan gaya orang merasa lega. (Boleh bayangkan orang rasa lega lepaskan nafas 
bagaimana?). Kedua, senyum dan bayangkan/imaginasikan anda telah berjaya lakukan apa yang anda 
mahu lakukan dengan begitu baik sekali. Perkara ini belum berlaku tetapi ia adalah sumber keyakinan 
diri yang anda cipta sendiri di dalam minda. Fokuskan minda pada imaginasi ini. 
Langkah terakhir, cuba ingat gaya seseorang yang kelihatan yakin dan bersemangat. Ingat gaya 
mereka itu dan tiru gaya tersebut. Tiru juga bagaimana nada suara yang mereka gunakan. Jangan risau 
jika ia tidak menjadi 100% kerana ia tidak perlu. Maksud saya, tidak perlu jadi 100% untuk anda jadi 
yakin dan bersemangat. 
Ini adalah contoh amalan untuk meningkatkan keyakinan diri menggunakan sumber keyakinan diri 
pertama. Kejayaan teknik ini bergantung kepada usaha dan cubaan anda. Jika selama ini anda sentiasa 
bermasalah dengan keyakinan diri, tidak ada ruginya kalau anda mencuba 3 langkah mudah ini kan? 
Selamat mencuba. 
Fri 9 May 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.2 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
1 Comment 
Apabila kita merasa tidak yakin diri atau lemah semangat, kadangkala agak sukar untuk kita mengimbas 
kembali saat-saat gembira atau saat-saat di zaman kegemilangan kita di masa lepas. Ini kerana fikiran 
kita terlalu tertumpu kepada situasi sekarang dan kita seolah-olah tidak mampu melepaskan diri. Ini juga 
selalu menyebabkan kita merungut yang kita tidak ada saat-saat gembira atau saat-saat gemilang di masa 
lepas. Saya percaya ini tidak benar.
Namun, jika ada yang masih percaya itu semua benar (bahawa 
mereka tidak ada kenangan gembira atau kejayaan di masa lepas), 
apa yang boleh dilakukan? Saya cadangkan begini. Jika kita rasa kita 
tidak ada kenangan yang boleh menaikkan semangat diri untuk 
merasa yakin, kita boleh cipta sendiri satu kenangan baru. Apa 
maksud saya? 
Kenangan manis atau saat kegemilangan di masa lalu sebenarnya 
hanyalah satu imej yang dimainkan di dalam minda kita. Apabila kita 
teringat kenangan yang indah, kita kadang-kadang tersenyum dan 
ketawa sendirian walaupun itu tidak berlaku sekarang. Apa yang 
perlu kita tahu ialah minda kita sebenarnya tidak boleh 
bezakan sama ada apa yang kita kenang itu perkara yang 
benar atau rekaan imaginasi sahaja. Maksud saya, bila 
kita cipta/reka satu kenangan kejayaan di masa lepas di dalam 
minda, minda kita tidak tahu yang ia hanyalah satu imaginasi dan 
tidak pernah berlaku. Jadi, walaupun ia hanya imaginasi, minda kita 
boleh memberi arahan kepada tubuh kita untuk ketawa, senyum atau 
menangis disebabkan imaginasi itu. Hebat bukan? 
Ini bermakna, apabila kita bayangkan yang kita seorang yang hebat dan petah berkata-kata di masa lepas, 
minda kita akan beri arahan kepada seluruh tubuh kita agar berkelakuan, bergerak, berkata-kata seperti 
seorang yang betul-betul hebat dan petah berkata-kata. Kesannya kita akan menjadi yakin dan benar-benar 
percaya kita boleh menjadi hebat dan petah berkata-kata. Namun kita perlu ingat, yakin dan boleh 
buat adalah dua perkara berbeza. Ada orang yakin untuk bercakap dikhalayak ramai tetapi tidak boleh 
bercakap dengan baik. Ada orang yakin boleh menendang bola tetapi menendang seperti kayu memukul 
bola. Keyakinan perlu diikuti latihan susulan. Apabila kita yakin dan berlatih, kta lebih mudah menguasai 
sesuatu ilmu. 
Jadi hari ini, fikirkan apa kenangan kehebatan di masa lepas yang ingin anda cipta atau reka? Keyakinan 
diri untuk apa yang anda mahukan. Seterusnya nanti saya akan terangkan apa yang perlu dilakukan bagi 
melatih keyakinan diri yang baru menggunakan imaginasi kejayaan di masa lepas ini. 
Selamat mencuba. 
Mon 5 May 2008
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.1 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Sudahkah anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis anda di masa lalu? Jika 
sudah, bagus. Anda ternyata bersungguh-sungguh mahu meningkatkan tahap keyakinan diri anda. 
Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semula kenangan ini. 
Cari satu tempat yang tenang. Duduk dengan tenang dan imbas 
kembali kenangan ini semua. Jika anda seorang pelajar, boleh 
lakukan aktiviti ini sebelum mula belajar. Jika seorang pekerja, 
boleh lakukan aktiviti ini sebelum melakukan sesuatu yang 
mencabar keyakinan diri anda. (Jika anda lakukan selepas 
sembahyang lebih baik). Lihat semula kenangan ini semua seolah-olah 
anda sedang melihat satu tayangan gambar di dalam minda 
anda. Perkara yang paling penting anda harus capai dalam aktiviti 
ini ialah ‘anda perlu rasakan dengan jelas betapa 
seronoknya dan betapa hebatnya perasaan menjadi 
seorang yang berjaya’. 
Semasa mengimbas kenangan itu juga, cuba rasakan betapa keyakinan diri anda sangat tinggi 
ketika mengecapi kejayaan itu. Contohnya, ketika anda berjaya menjadi pelajar cemerlang dengan 
mendapat keputusan yang sangat baik di dalam peperiksaan dulu, apakah yang anda rasa? Gembira? 
Teruja? Yakin? Hebat? 
Teruskan berada di dalam perasaan itu semua buat seketika. Kemudian, dalam masa yang sama, cuba 
fikir begini, ‘kalau dulu boleh berjaya, maknanya aku pun orang yang hebat. Kalau dulu boleh berjaya, 
sekarang pun mesti sama boleh berjaya juga!’ 
Apa yang berlaku apabila anda lakukan aktiviti ini? Sebenarnya, apabila anda mengimbas kenangan 
kejayaan ini, anda sedang cuba mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Dalam satu masa, 
manusia hanya boleh meletakkan satu imej sahaja di dalam minda mereka untuk difokuskan. Maksudnya, 
jika anda sedang fokus kepada kegagalan lepas, imej kegagalan akan memenuhi minda anda. Jadi, imej 
kejayaan tidak akan berada di situ. Akibatnya, anda jadi resah, gelisah, bimbang setiap masa dan hilang 
keyakinan diri. 
Sama juga, apabila anda kekalkan imej kejayaan, ia akan memenuhi minda anda dan imej kegagalan 
tidak akan ada di situ. Hasilnya, anda rasa lebih tenang, ceria dan yakin dengan kebolehan diri anda.
Seterusnya, saya akan terangkan apa yang boleh anda lakukan jika anda tidak ada banyak kenangan 
manis atau kejayaan di masa lepas. 
Fri 2 May 2008 
3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau 
hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri 
anda?” 
Hari ini dan beberapa posting saya 
seterusnya, saya akan kongsikan 3 
sumber utama keyakinan diri yang boleh 
digunakan untuk menaikkan tahap 
keyakinan diri kita disaat kita merasa 
lemah, tidak bermaya, rendah diri dan 
tidak yakin. Sumber keyakinan diri yang 
pertama ialah “Kejayaan dan 
kenangan manis di masa lalu’. 
Adakah anda pernah mengecap apa-apa 
kejayaan (walaupun kecil) di masa lalu? 
Pernahkah anda menang apa-apa 
pertandingan, mendapat apa-apa 
anugerah atau dihadiahkan dengan 
sesuatu yang istimewa? Jika pernah (saya 
percaya tentu anda pernah ada pengalaman sebegini), anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan 
diri. 
Menurut pemerhatian saya, masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka 
terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan 
diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa 
mereka tidak cemerlang. Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan 
mereka.
Benarkah ini yang berlaku? Hmm…. jika anda tidak percaya, cuba 
anda bertanya kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih atau sekolah 
berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar 
yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang namun 
masih ramai juga antara mereka yang merasa tidak pandai, lemah dan 
tidak cemerlang. Apa yang bahayanya ialah apabila mereka mula 
percaya bahawa mereka tidak cemerlang, ia akan menjadi kenyataan. 
Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, apa kata hari ini 
anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik) anda di 
masa lalu yang bisa membuat anda rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri anda. Setelah 
anda senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa 
perubahan keyakinan di dalam diri anda. 
Selamat mencuba. 
Wed 30 Apr 2008 
3 sumber keyakinan diri 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang amat-amat berharga. Tanpa keyakinan diri, seorang yang 
berilmu tidak akan dapat mengamalkan ilmunya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang gagah tidak akan 
mampu menggunakan kekuatannya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang hebat tidak akan mampu 
menyerlahkan kehebatan dirinya. 
Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah 
hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah 
diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan 
orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan 
kebolehan diri sendiri. 
Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali 
ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua 
pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan 
tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali
bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama 
kekuatan dan keyakinan diri kita? 
Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini 
tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda 
lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda? 
Tue 29 Apr 2008 
3 Rahsia keyakinan diri 
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 
No Comments 
Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untuk meningkatkan tahap 
keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia ini bukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita 
biasa menghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-buku berbentuk 
pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terlupa rahsia-rahsia ini hingga kita 
mula merasa kurang yakin dan tidak bersemangat dalam apa sahaja perkara yang kita 
lakukan. 
Saya telah membuat kompilasi 3 rahsia keyakinan diri ini. Anda boleh membacanya 
semula di ruangan kompilasi tips dan petua atau klik disini. 
Beberapa minggu ini juga saya masih dihujani oleh soalan-soalan berbentuk keyakinan diri. Risau juga 
saya melihat masalah keyakinan diri yang melanda diri pelajar dan orang dewasa hingga ke tahap 
membahayakan diri dan juga mengganggu prestasi diri. Ada yang bijak tetapi merasa bodoh kerana 
keyakinan diri. Ada yang cemerlang tetapi rasa begitu hina hingga mahu membunuh diri disebabkan 
keyakinan diri. Ada yang hebat tetapi tidak berani mencuba kerana kurang keyakinan diri. 
Jadi, untuk posting seterusnya, saya akan kongsikan pula 3 sumber keyakinan diri. Teruskan membaca.

More Related Content

What's hot

“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanAkta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanFirdaus Zailan
 
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)Awatif Atif
 
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beckman khalid
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORzatul ayuni
 
Definisi kaunseling
Definisi kaunselingDefinisi kaunseling
Definisi kaunselingguestd56616
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasiIda Hasniza
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Harry Man
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remajathiva1487
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Mohd Noor Noor
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya zakwan azhar
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi firo HAR
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangLinda Midy
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 

What's hot (20)

“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanAkta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
 
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)
Langkah meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri (1)
 
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 
Modul ldk
Modul ldkModul ldk
Modul ldk
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
 
Definisi kaunseling
Definisi kaunselingDefinisi kaunseling
Definisi kaunseling
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasi
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja22249089 Perkembangan Awal Remaja
22249089 Perkembangan Awal Remaja
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar Cemerlang
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Bengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan StressBengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan Stress
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 

Similar to Keyakinan diri

Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxgiap77
 
Refleksi akhlak
Refleksi akhlakRefleksi akhlak
Refleksi akhlakwan2012
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madelamelcassie
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdfIKomangAgusPramajaya
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Esai - Goresan Panas di Atas Kertas
Esai - Goresan Panas di Atas KertasEsai - Goresan Panas di Atas Kertas
Esai - Goresan Panas di Atas KertasEsa Karima
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari Buhari
 
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptx
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptxSeleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptx
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptxsyarifbbpmp
 
Basic helping skill
Basic helping skillBasic helping skill
Basic helping skillWanie Yuri
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukanRefleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukannuraida95
 
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYkesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYdevyana73
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahfarahmohammat
 
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia Institute
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia InstituteBaca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia Institute
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia InstituteArry Rahmawan
 

Similar to Keyakinan diri (20)

Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Refleksi akhlak
Refleksi akhlakRefleksi akhlak
Refleksi akhlak
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madela
 
Intern Sistematis
Intern Sistematis Intern Sistematis
Intern Sistematis
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan New.pdf
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Esai - Goresan Panas di Atas Kertas
Esai - Goresan Panas di Atas KertasEsai - Goresan Panas di Atas Kertas
Esai - Goresan Panas di Atas Kertas
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
 
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptx
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptxSeleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptx
Seleksi Kandidat Calon Guru Penggerak Calon Pengajar Praktik.pptx
 
Basic helping skill
Basic helping skillBasic helping skill
Basic helping skill
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukanRefleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Refleksi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
 
87002542 refleksi-esemen
87002542 refleksi-esemen87002542 refleksi-esemen
87002542 refleksi-esemen
 
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYkesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiah
 
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia Institute
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia InstituteBaca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia Institute
Baca Online Buku Sekeping Cinta by CerdasMulia Institute
 

Recently uploaded

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Keyakinan diri

  • 1. Keyakinan Diri Archived Posts from this Category Wed 14 Oct 2009 Saya terlupa…saya pun bijak juga… Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi [3] Comments Saya telah pergi ke banyak sekolah, kolej dan juga universiti. Saya telah temui bermacam-macam jenis pelajar. Ada pelajar cemerlang, ada pelajar malas, ada pelajar yakin untuk berjaya, ada pelajar takut mencuba dan mungkin ratusan atau ribuan jenis pelajar lagi. Antara jenis pelajar yang sering menarik perhatian saya ialah pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih memasuki asrama penuh, kolej ternama atau pusat-pusat pengajian tinggi terpilih. Apabila kita dengar seseorang pelajar itu berjaya memasuki mana-mana pusat pengajian yang terkenal dengan kecemerlangannya, apakah tanggapan kita terhadap pelajar tersebut? Kita akan terfikir bahawa betapa hebatnya dan betapa cemerlangnya pelajar ini bukan? Kita juga mungkin terfikir, tidak yakin dengan kebolehan diri, rasa tidak pandai dan rasa seperti orang bodoh tentu tidak pernah terlintas di fikiran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ini. Namun, tanggapan itu silap sama sekali.
  • 2. Kerap kali saya apabila saya bertemu dengan kumpulan pelajar terpilih dan cemerlang, majoriti daripada menghadapi masalah keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai. Mereka rasa cukup tertekan kerana mereka sukar untuk menjadi benar-benar cemerlang. Mereka rasa mereka tidak ada bakat dan kemahiran. Apa yang membimbangkan, ada antara mereka ini kekal dengan pemikiran tersebut hingga mereka gagal mencapai potensi sebenar yang terpendam di dalam diri mereka. Jika anda sedang belajar di sekolah berasrama penuh, kolej atau universiti yang dikenali, adakah anda menghadapi masalah yang sama? Adakah anda selalu rasa rendah diri dan tidak yakin untuk menjadi lebih berjaya berbanding orang lain? Jika jawapannya ya, jangan bimbang. Ini adalah perkara normal. Apa yang sedang berlaku ialah. “Anda sudah terlupa yang anda juga BIJAK dan HEBAT orangnya.” Jika anda sering bersedih kerana mengenangkan bahawa anda tidak sehebat orang lain, anda sebenarnya sedang membandingkan diri anda dengan · kejayaan orang lain yang belum anda kecapi. · kegagalan anda di masa lepas.
  • 3. Ada pelajar di sekolah berasrama penuh yang sering merasa rendah diri kerana mereka membandingkan keputusan peperiksaan mereka dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Padahal, keputusan pelajar lain yang cemerlang itu bukan membuktikan yang mereka lebih hebat daripada diri kita. Mungkin mereka cuma ada lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan lebih baik. Jadi mengapa perlu bersedih, merendah diri dan takut untuk terus mencuba? Ada pelajar di universiti yang bersedih dan hilang keyakinan apabila melihat CGPA yang rendah. Keyakinan diri semakin parah apabila melihat pelajar lain mendapat CGPA yang lebh baik. Padahal, CGPA yang rendah cuma menunjukkan bahawa kita mungkin tidak belajar bersungguh-sungguh atau strategi belajar yang digunakan tidak berkesan. Jadi, mengapa perlu hilang keyakinan diri dan percaya yang diri kita tidak berpotensi untuk berjaya seperti orang lain juga? Saya percaya, satu perkara yang sedang berlaku ialah kita mudah lupa yang kita ini hebat juga orangnya. Kita mudah lupa kita ini dilihat sebagai hebat oleh orang-orang lain. Kita tidak mudah sedar bahawa ketika kita rasa rendah diri melihat kehebatan orang lain, orang lain juga merasa rendah diri apabila melihat kehebatan diri kita.
  • 4. Jadi, hari ini, apa kata kita ingat kembali….. apa kata hari ini kita imbas kembali…. ingat semula kejayaan dan kehebatan kita di masa lepas. Kita ingat bukan untuk diceritakan kepada orang lain… tetapi untuk memenuhkan minda kita dengan fakta dan bukti bahawa kita juga hebat dan kita juga mencapai kejayaan seperti orang lain. Apabila minda sudah penuh dengan bukti kehebatan dan kemampuan diri, semangat dan keyakinan diri akan mula meningkat. Kita akan mula rasa bahawa kita juga layak menjadi hebat dan berjaya seperti orang lain. Kita juga mampu lakukan apa yang mampu dilakukan oleh orang-orang yang selalu membuat kita rasa kecil dan hina. Saya ucapkan, selamat ingat semula kehebatan dan kekuatan diri kita semua. Tue 9 Sep 2008 Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, Perak Posted by Osman Affan under Cerita, Keyakinan Diri, Program Motivasi No Comments Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramah di sini membuat saya rasa seperti saya sedang pulang ke kampung halaman saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan.
  • 5. Walaupun sedang berada di dalam bulan Ramadhan, ia tidak menghalang pelajar untuk hadir ke program ini. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan keyakinan diri pelajar bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan, malah untuk bercakap dikhalayak ramai dan menyuarakan pendapat kepada orang lain. Puasa seperti tidak terasa bagi saya apabila mendapat kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik daripada para pelajar ini. Pada awalnya, saya dapat lihat dan rasakan yang ramai antara pelajar yang hadir ini mempunyai masalah keyakinan diri. Ini berdasarkan cara mereka menjawab soalan saya dan cara mereka memberi maklumbalas kepada aktiviti dan persoalan yang saya berikan. Itu adalah perkara biasa. Mana-mana universiti yang saya pergi, saya boleh perkara ini. Namun apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah selepas rehat tengahari iaitu pada sesi petang, semua pelajar ini seolah-olah telah berubah menjadi sekumpulan pelajar yang lain! Mereka kelihatan lebih bertenaga berbanding waktu pagi dan mereka mula memberikan jawapan dan maklumbalas yang cepat di dalam program ini. Saya turut merasa bertenaga diatas perubahan ini. Apa yang berlaku semasa rehat tadi? Mereka balik ke bilik dan makan tengahari kah? hehe… saya pasti tidak.
  • 6. Apa yang berlaku ialah para pelajar ini sudah mula merasa selesa dan keyakinan diri mereka sudah mula meningkat. Ini terbukti apabila saya jalankan aktiviti di mana pelajar perlu hadir ke depan untuk bercakap selama beberapa minit, ada pelajar yang menawarkan diri untuk tampil tanpa disuruh atau dipaksa. Seronok melihat pelajar yang berusaha mencabar diri mereka. Seronok saya lihat pelajar bertungkus-lumus melawan rasa takut yang sedang mencengkam diri mereka. Pesan saya kepada mereka, siapa yang berani mencabar rasa takut mereka, akan wujud rasa berani untuk berjaya dalam bidang apa sahaja suatu hari nanti. Hasilnya, saya dapat banyak penyertaan pelajar dalam aktiviti bercakap di hadapan khalayak ramai secara spontan ini. Saya bawa bersama beberapa hadiah untuk saya berikan. Pemenangnya ialah dua pelajar perempuan (gambar di bawah) yang kelihatan agak gementar dan resah pada mulanya tetapi dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan memenuhi kehendak dan objektif yang telah saya berikan. Tahniah saya ucapakan.
  • 7. Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat terutamanya Cik Asniza dan En Zul yang banyak melayan kerenah saya semasa berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi. Wed 13 Aug 2008 Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDM Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Program Motivasi No Comments Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik. Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program. “Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~ “Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~ “Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~
  • 8. “Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~ “Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~ “Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~ “Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti Norasiah Awang Su~ “Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~ “Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~ “Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~ “Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~
  • 9. “Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~ Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya. “Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~ Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling Universiti Darul Iman ini. Tue 1 Jul 2008 3 Sumber Keyakinan diri - Kesimpulan Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment Alhamdulillah. Saya telah kongsikan 3 sumber keyakinan diri untuk kita semua gunakan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri kita. Bagi saya, tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukan sesuatu terutamanya sesuatu yang baru. Kita akan sukar untuk meletakkan matlamat kejayaan kerana kita bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh berjaya.
  • 10. 3 Sumber keyakinan diri yang telah saya kongsikan itu ialah 1. Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’ 2. Sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. 3. Cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita. Insyaallah saya akan letakkan hasil tulisan ini di dalam ruangan kompilasi tips dan petua dalam masa terdekat ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita yang membaca dan yang mencubanya. Mon 30 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.2 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Bagaimanakah ibu bapa boleh gunakan sumber keyakinan diri yang ketiga ini untuk membantu anak-anak mereka? Begini. Jika bercakap dengan anak-anak, elakkan daripada membandingkan kebolehan anak-anak kita dengan orang lain. Contohnya, kita kata kepada anak-anak kita, ‘Belajar la betul-betul. Mak tengok anak jiran sebelah tu rajin belajar, keputusan pun cemerlang. Bukan macam kau.’ ‘Masa abang kau dulu, tak payah suruh, dia belajar sendiri. Sebab tu dia boleh masuk universiti.’ ‘Anak Pak Long kau semua cemerlang. Kenapa la anak-anak abah ni tak boleh jadi macam tu’. Membandingkan anak-anak kita dengan orang lain yang lebih cemerlang lebih banyak merosakkan daripada membantu sebenarnya. Walaupun niat kita baik untuk meningkatkan
  • 11. semangat mereka, ia lebih memedihkan hati dan semangat mereka kerana mesej yang mereka perolehi ialah ‘Asyik aku je yang tak pandai. Asyik aku je yang bodoh. Orang lain semua pandai, semua bagus.’ Apabila anak-anak dapat mesej begini, semangat dan keyakinan diri mereka akan terus jatuh. Dibimbangi mereka akan membesar dengan pemikiran bahawa semua orang lain lebih baik daripada mereka. Jadi, kalau mahu meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk kecemerlangan, ada dua langkah. Semasa berbual dengannya 1. Imbas kembali cerita-cerita di mana anak-anak kita hebat, cemerlang, bijak dan yakin. Cerita dengan penuh keyakinan agar anak-anak kita ingat semula tentang kisah itu semua. Kesannya, kita akan lihat anak kita semakin bersemangat. Cara dia duduk juga akan berubah sedikit seperti mahu kita terus bercerita. Teruskan bercerita dengan ikhlas. (Ikhlas bermaksud tak nampak macam kita bercerita macam terpaksa atau tak bersungguh-sungguh). 2. Apabila wajah anak-anak kita dah nampak mula bercahaya, mula berseri dan mula ceria, baru kita masukkan sedikit cerita tentang orang lain yang cemerlang. Dalam keadaan ceria, anak-anak kita akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita tentang kehebatan orang lain. Kemudian katakan kepada mereka, “Mak/abah rasa, anak-anak mak/abah lebih hebat dari mereka semua ni. Kalau belajar betul-betul sikit, tambah jadi rajin sikit, mesti tak ada orang lain boleh lawan. (Senyum dan kita mesti percaya apa yang kita katakan). Apa kata kita cuba teknik ini bila berpeluang. Jika kita tidak cuba, kita pasti akan gunakan cara lama yang biasa kita gunakan. Jangan risau jika tidak dapat buat dengan sempurna kerana setelah mencuba, kita akan dapat beberapa idea baru bagaimana mahu melaksanakan teknik ini dengan lebih berkesan. Untuk jangka masa panjang, kita akan mula meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak kita sendiri tanpa bantuan orang lain. Selamat mencuba. Thu 26 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.1 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Jika kita asyik membandingkan diri kita dengan orang yang kurang berjaya, tentu kita kelihatan lebih hebat bukan? Bukankah perasaan begini akan menghancurkan dan merosakkan kita di masa akan datang?
  • 12. Ya, benar, jika kita terlalu bandingkan diri dengan orang yang kurang berjaya, kita akan gagal. Itulah sebabnya sumber ketiga keyakinan diri ini mengatakan bahawa anda perlu ingat 2 perkara iaitu 1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita. Tujuan kita membandingkan diri dengan orang kurang berjaya adalah sekadar untuk menaikkan semula semangat kita daripada bawah. Apabila semangat dan keyakinan diri kita jatuh ke paras terendah, tidak begitu mudah untuk kita mengangkatnya begitu sahaja. Saya dapati antara cara termudah untuk mengangkatnya semula ialah dengan membandingkan diri dengan kelemahan orang lain. Namun, kita tidak sepatutnya berhenti di situ. Apabila semangat dan keyakinan diri kita sudah meningkat sedikit akibat aktiviti perkara pertama, kita perlu tingkatkan lagi kejayaan kita dengan membandingkan diri kita dengan orang-orang yang lebih berjaya. Jika kita sedang lemah semangat dan tidak yakin diri, ia akan jadi lebih teruk jika kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini kerana kita akan rasa semakin jauh ketinggalan di belakang. Jadi apa kata kita naikkan dulu sedikit semangat kita. Kemudian, apabila ia sudah meningkat sedikit, kita pun sudah mula mampu hilangkan rasa sedih dan kecewa akibat rasa tidak yakin diri tadi, barulah kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini akan menambahkan dan meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri kita sendiri. Idea mengenai sumber keyakinan diri ketiga ini sebenarnya datang apabila saya teringat kisah saya semasa di tingkatan lima. Ketika belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, saya dikelilingi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Keputusan peperiksaan bulanan saya selalunya tidak sehebat kawan-kawan saya yang lain. Ini membuat saya merasa kecil dengan kebolehan diri saya terutamanya dalam bidang akademik. Lama-kelamaan, saya seolah-olah telah menerima kenyataan bahawa saya tidak sehebat pelajar lain. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat untuk keyakinan diri. Kemudian, beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM, saya pulang ke kampung dan mengambil peluang bermalam di rumah sahabat baik saya daripada sekolah lama (SMKA Tok Jiring). Ketika bermalam di sana, selepas membuat latihan dan sedikit ulangkaji, sahabat saya ini membuka cerita kisah sekolah rendah kami (SK Tok Jiring). Sahabat saya ceritakan tentang ke mana perginya 11 orang pelajar yang
  • 13. berjaya mendapat 5A dulu. Masing-masing ada cerita kejayaan masing-masing. Semasa dia bercerita, saya mula sedar rupa-rupanya saya juga termasuk dalam cerita tersebut kerana saya adalah salah seorang daripada 11 pelajar tadi. Saya juga mula sedar yang saya sebenarnya datang dari kalangan pelajar cemerlang. Lebih hebat lagi, saya mula sedar yang kalau dulu saya boleh cemerlang, kenapa sekarang tidak boleh cemerlang? Cetusan idea ini terus meningkatkan semangat diri saya untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM pada tahun itu. Sejak hari tersebut, apabila saya lihat sahabat lain yang cemerlang di KISAS, saya akan kenang kembali bagaimana saya cemerlang suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama, saya tekadkan azam untuk capai kejayaan seperti beberapa pelajar cemerlang di dalam kelas saya dan kelas lain. Dua perkara ini berjaya mengekalkan semangat dan keyakinan diri saya hingga hari peperiksaan sebenar. Saya percaya anda boleh gunakan pendekatan ini. Saya juga percaya bahawa pendekatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan semangat anak-anak. Bagaimana ye? Kita tunggu posting seterusnya. Wed 25 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 3 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. 2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita. Penggunaan perkara pertama adalah lebih kurang seperti cara membuat diri kita bersyukur. Apabila kita merungut tentang sekolah kita yang kurang peralatan atau kurang dewan besar, kita bandingkan sekolah kita dengan sekolah yang lebih mundur. Tentu kita akan rasa bersyukur berada di sekolah kita sekarang. Jika kita merungut tentang banyak masalah di tempat kerja kita sekarang, cuba bandingkannya dengan tempat kerja lain yang lebih teruk. Ini akan menimbulkan rasa bersyukur dan kita sepatutnya akan berhenti merungut.
  • 14. Begitu juga dengan keyakinan diri, jika kita rasa lemah semangat dan hilang keyakinan diri, ingat kembali kelebihan diri kita dan bandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Ini akan mengangkat semangat kita kembali. Saya banyak kali bertemu pelajar di sekolah berasrama penuh dan pelajar diperingkat kolej dan universiti yang mengadu lemah semangat dan tidak ada keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak kurang potensi untuk berjaya. Nasihat saya mudah sahaja. Tahukah pelajar ini semua bahawa di luar sana beribu-ribu lagi pelajar yang gagal memasuki asrama penuh, kolej dan universiti? Sedarkah pelajar ini semua bahawa apabila mereka berjaya berada di tempat sekarang, ia bermakna mereka lebih hebat (dalam beberapa perkara terutamanya pencapaian akademik) berbanding dengan pelajar-pelajar lain di luar sana? Tidakkah ini boleh membuat mereka merasa atau melihat kehebatan dan potensi yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka selama ini? Untuk hari ini, apa kata jika anda merasa rendah diri dan tidak berkebolehan, bandingkan diri anda dengan seseorang yang anda tahu anda lebih hebat daripadanya. Jika anda rasa tidak pandai, apa kata bandingkan diri anda dengan seseorang yang mungkin jauh lebih tidak pandai. Aktivti mudah ini sahaja akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda. Saya faham mungkin ada antara anda yang terfikir bahawa, kalau kita asyik bandingkan diri kita dengan orang kurang berjaya, sampai bila kita akan berubah? Bukankah ia akan menyebabkan kita selesa dan tidak mahu berusaha kerana sangka kita sudah hebat? Bukankah ia akan menimbulkan rasa sombong, bangga diri dan bongkak? Jika anda terfikit begitu, tahniah. Ia menunjukkan anda benar-benar faham apa yang saya sampaikan di dalam posting ini. Saya akan menjawab persoalan itu dalam posting seterusnya dengan menerangkan tentang perkara kedua (di atas). Fri 20 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 2.1 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment Sedarkah anda bahawa apabila kita merasa rendah diri, kita akan terlupa sebenarnya ada ramai orang yang menyokong kita dan ada ramai orang yang sebenarnya kagum dengan kehebatan kita.
  • 15. Ada masanya, kita tidak pandai dalam sesuatu bidang dan kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam bidang akademik lalu rasa rendah diri terutamanya bila berada diantara kawan-kawan yang cemerlang akademiknya. Tetapi tahukah kita bahawa kita mungkin ada kehebatan lain yang kawan-kawan kita tadi tidak ada? Mungkin kita pandai bersukan? Mungkin kita pandai berkawan atau pandai bergaya? Itu semua adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan patut rasa yakin dengan diri kita sendiri. Kita perlu tahu, kita mungkin tidak akan hebat dalam semua bidang. Takkanlah kita nak buat semua perkara di dunia ini. Perkara yang kita tak berapa pandai, biarkan orang lain yang buat. Bagi saya sendiri, saya rasa saya yakin dan cekap dalam teknik belajar. Tetapi bila saya balik ke rumah dan ada kerosakan elektrik, saya angkat tangan (menyerah kalah) dan panggil juru elektrik untuk membaikinya. Perlukah saya rasa rendah diri apabila juru elektrik itu datang ke rumah saya? Perlukan saya bersedih kerana saya tidak pandai membaiki kerosakan itu sendiri? Tentu tidak bukan? Mesejnya di sini ialah, kita ada kelebihan dan kekuatan kita tersendiri. Jangan biarkan kekuatan orang lain membuat kita rasa rendah diri. Jadi, setiap kali kita rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain, fikirkan tentang kehebatan kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, buat keputusan sama ada kita mahu miliki kehebatan seperti orang tadi atau tidak. Contohnya, jika ada kawan pandai main catur dan kita tidak, jangan rasa rendah diri dan fikirkan tentang satu perkara di mana kita lebih hebat daripada kawan tadi. Kemudian, fikirkan, adakah kita mahu jadi pandai main catur? Kalau mahu, fikirkan begini, ‘kalau aku belajar betul-betul permainan ni, aku pun akan jadi sehebat dia’. Insyaallah perasaan rendah diri itu tidak akan mengganggu. Selamat meningkatkan keyakinan diri. Fri 13 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 2 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments
  • 16. Sumber keyakinan diri yang kedua ialah sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. Jika anda sedar, kita selalu terlupa untuk melihat kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri, tidak yakin dan mula mengutuk diri sendiri. “Kenapa la aku tak pandai macam mereka? Kenapa la aku ni lembab sangat? Kenapa la aku ni tak pandai?”…… Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah orang-orang yang selalu percayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Namun, jika mereka tidak begitu, cari orang lain yang boleh menyokong kita. Menyokong bukan bermaksud orang tersebut sentiasa mengatakan kita hebat. Ada masanya orang yang menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pastu tahu bahawa komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap komen membina daripada orang yang menyokong kita ini. Hari ini, apa kata anda senaraikan orang-orang yang anda rasa selalu menyokong anda. Senaraikan nama-nama orang yang anda rasa setiap kali anda mahu mencuba sesuatu, anda akan rasa lebih bersemangat apabila telah berbincang dengan orang-orang ini. Selamat menulis. Mon 9 Jun 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.3 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips sumber pertama keyakinan diri ini. Sebelum itu, bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat. Contohnya, untuk pelajar, mungkin situasi di mana mereka perlu belajar subjek-subjek yang dikatakan sukar. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, mungkin mereka tidak yakin semasa hendak membentangkan
  • 17. hasil kajian mereka di depan pelajar lain dan juga pensyarah. Bagi pekerja, mungkin mereka tidak yakin untuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lain terutamanya orang yang lebih berpangkat. Langkah pertama, kita patut sedar bahawa rasa berdebar diikuti degupan jantung yang begitu kencang adalah perkara biasa. Jangan merungut dan berharap agar kita tidak rasa berdebar. Jika anda tanya saya, saya akan kata bahawa rasa berdebar itu boleh membantu kerana ia sebenarnya akan membuat anda lebih berhati-hati dan peka. Langkah kedua, jika rasa berdebar membuat anda tidak boleh berfikir dengan baik, lakukan dua perkara ini. Satu, tarik nafas sedalam mungkin dan tahan selama beberapa saat. Jangan fikir apa-apa. Lepaskan nafas itu dengan gaya orang merasa lega. (Boleh bayangkan orang rasa lega lepaskan nafas bagaimana?). Kedua, senyum dan bayangkan/imaginasikan anda telah berjaya lakukan apa yang anda mahu lakukan dengan begitu baik sekali. Perkara ini belum berlaku tetapi ia adalah sumber keyakinan diri yang anda cipta sendiri di dalam minda. Fokuskan minda pada imaginasi ini. Langkah terakhir, cuba ingat gaya seseorang yang kelihatan yakin dan bersemangat. Ingat gaya mereka itu dan tiru gaya tersebut. Tiru juga bagaimana nada suara yang mereka gunakan. Jangan risau jika ia tidak menjadi 100% kerana ia tidak perlu. Maksud saya, tidak perlu jadi 100% untuk anda jadi yakin dan bersemangat. Ini adalah contoh amalan untuk meningkatkan keyakinan diri menggunakan sumber keyakinan diri pertama. Kejayaan teknik ini bergantung kepada usaha dan cubaan anda. Jika selama ini anda sentiasa bermasalah dengan keyakinan diri, tidak ada ruginya kalau anda mencuba 3 langkah mudah ini kan? Selamat mencuba. Fri 9 May 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.2 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment Apabila kita merasa tidak yakin diri atau lemah semangat, kadangkala agak sukar untuk kita mengimbas kembali saat-saat gembira atau saat-saat di zaman kegemilangan kita di masa lepas. Ini kerana fikiran kita terlalu tertumpu kepada situasi sekarang dan kita seolah-olah tidak mampu melepaskan diri. Ini juga selalu menyebabkan kita merungut yang kita tidak ada saat-saat gembira atau saat-saat gemilang di masa lepas. Saya percaya ini tidak benar.
  • 18. Namun, jika ada yang masih percaya itu semua benar (bahawa mereka tidak ada kenangan gembira atau kejayaan di masa lepas), apa yang boleh dilakukan? Saya cadangkan begini. Jika kita rasa kita tidak ada kenangan yang boleh menaikkan semangat diri untuk merasa yakin, kita boleh cipta sendiri satu kenangan baru. Apa maksud saya? Kenangan manis atau saat kegemilangan di masa lalu sebenarnya hanyalah satu imej yang dimainkan di dalam minda kita. Apabila kita teringat kenangan yang indah, kita kadang-kadang tersenyum dan ketawa sendirian walaupun itu tidak berlaku sekarang. Apa yang perlu kita tahu ialah minda kita sebenarnya tidak boleh bezakan sama ada apa yang kita kenang itu perkara yang benar atau rekaan imaginasi sahaja. Maksud saya, bila kita cipta/reka satu kenangan kejayaan di masa lepas di dalam minda, minda kita tidak tahu yang ia hanyalah satu imaginasi dan tidak pernah berlaku. Jadi, walaupun ia hanya imaginasi, minda kita boleh memberi arahan kepada tubuh kita untuk ketawa, senyum atau menangis disebabkan imaginasi itu. Hebat bukan? Ini bermakna, apabila kita bayangkan yang kita seorang yang hebat dan petah berkata-kata di masa lepas, minda kita akan beri arahan kepada seluruh tubuh kita agar berkelakuan, bergerak, berkata-kata seperti seorang yang betul-betul hebat dan petah berkata-kata. Kesannya kita akan menjadi yakin dan benar-benar percaya kita boleh menjadi hebat dan petah berkata-kata. Namun kita perlu ingat, yakin dan boleh buat adalah dua perkara berbeza. Ada orang yakin untuk bercakap dikhalayak ramai tetapi tidak boleh bercakap dengan baik. Ada orang yakin boleh menendang bola tetapi menendang seperti kayu memukul bola. Keyakinan perlu diikuti latihan susulan. Apabila kita yakin dan berlatih, kta lebih mudah menguasai sesuatu ilmu. Jadi hari ini, fikirkan apa kenangan kehebatan di masa lepas yang ingin anda cipta atau reka? Keyakinan diri untuk apa yang anda mahukan. Seterusnya nanti saya akan terangkan apa yang perlu dilakukan bagi melatih keyakinan diri yang baru menggunakan imaginasi kejayaan di masa lepas ini. Selamat mencuba. Mon 5 May 2008
  • 19. 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.1 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Sudahkah anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis anda di masa lalu? Jika sudah, bagus. Anda ternyata bersungguh-sungguh mahu meningkatkan tahap keyakinan diri anda. Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semula kenangan ini. Cari satu tempat yang tenang. Duduk dengan tenang dan imbas kembali kenangan ini semua. Jika anda seorang pelajar, boleh lakukan aktiviti ini sebelum mula belajar. Jika seorang pekerja, boleh lakukan aktiviti ini sebelum melakukan sesuatu yang mencabar keyakinan diri anda. (Jika anda lakukan selepas sembahyang lebih baik). Lihat semula kenangan ini semua seolah-olah anda sedang melihat satu tayangan gambar di dalam minda anda. Perkara yang paling penting anda harus capai dalam aktiviti ini ialah ‘anda perlu rasakan dengan jelas betapa seronoknya dan betapa hebatnya perasaan menjadi seorang yang berjaya’. Semasa mengimbas kenangan itu juga, cuba rasakan betapa keyakinan diri anda sangat tinggi ketika mengecapi kejayaan itu. Contohnya, ketika anda berjaya menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat keputusan yang sangat baik di dalam peperiksaan dulu, apakah yang anda rasa? Gembira? Teruja? Yakin? Hebat? Teruskan berada di dalam perasaan itu semua buat seketika. Kemudian, dalam masa yang sama, cuba fikir begini, ‘kalau dulu boleh berjaya, maknanya aku pun orang yang hebat. Kalau dulu boleh berjaya, sekarang pun mesti sama boleh berjaya juga!’ Apa yang berlaku apabila anda lakukan aktiviti ini? Sebenarnya, apabila anda mengimbas kenangan kejayaan ini, anda sedang cuba mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Dalam satu masa, manusia hanya boleh meletakkan satu imej sahaja di dalam minda mereka untuk difokuskan. Maksudnya, jika anda sedang fokus kepada kegagalan lepas, imej kegagalan akan memenuhi minda anda. Jadi, imej kejayaan tidak akan berada di situ. Akibatnya, anda jadi resah, gelisah, bimbang setiap masa dan hilang keyakinan diri. Sama juga, apabila anda kekalkan imej kejayaan, ia akan memenuhi minda anda dan imej kegagalan tidak akan ada di situ. Hasilnya, anda rasa lebih tenang, ceria dan yakin dengan kebolehan diri anda.
  • 20. Seterusnya, saya akan terangkan apa yang boleh anda lakukan jika anda tidak ada banyak kenangan manis atau kejayaan di masa lepas. Fri 2 May 2008 3 Sumber keyakinan diri - Sumber 1 Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?” Hari ini dan beberapa posting saya seterusnya, saya akan kongsikan 3 sumber utama keyakinan diri yang boleh digunakan untuk menaikkan tahap keyakinan diri kita disaat kita merasa lemah, tidak bermaya, rendah diri dan tidak yakin. Sumber keyakinan diri yang pertama ialah “Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’. Adakah anda pernah mengecap apa-apa kejayaan (walaupun kecil) di masa lalu? Pernahkah anda menang apa-apa pertandingan, mendapat apa-apa anugerah atau dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa? Jika pernah (saya percaya tentu anda pernah ada pengalaman sebegini), anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan diri. Menurut pemerhatian saya, masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa mereka tidak cemerlang. Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan mereka.
  • 21. Benarkah ini yang berlaku? Hmm…. jika anda tidak percaya, cuba anda bertanya kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih atau sekolah berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang namun masih ramai juga antara mereka yang merasa tidak pandai, lemah dan tidak cemerlang. Apa yang bahayanya ialah apabila mereka mula percaya bahawa mereka tidak cemerlang, ia akan menjadi kenyataan. Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, apa kata hari ini anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik) anda di masa lalu yang bisa membuat anda rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri anda. Setelah anda senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa perubahan keyakinan di dalam diri anda. Selamat mencuba. Wed 30 Apr 2008 3 sumber keyakinan diri Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang amat-amat berharga. Tanpa keyakinan diri, seorang yang berilmu tidak akan dapat mengamalkan ilmunya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang gagah tidak akan mampu menggunakan kekuatannya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang hebat tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan dirinya. Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali
  • 22. bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita? Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda? Tue 29 Apr 2008 3 Rahsia keyakinan diri Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untuk meningkatkan tahap keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia ini bukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita biasa menghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-buku berbentuk pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terlupa rahsia-rahsia ini hingga kita mula merasa kurang yakin dan tidak bersemangat dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Saya telah membuat kompilasi 3 rahsia keyakinan diri ini. Anda boleh membacanya semula di ruangan kompilasi tips dan petua atau klik disini. Beberapa minggu ini juga saya masih dihujani oleh soalan-soalan berbentuk keyakinan diri. Risau juga saya melihat masalah keyakinan diri yang melanda diri pelajar dan orang dewasa hingga ke tahap membahayakan diri dan juga mengganggu prestasi diri. Ada yang bijak tetapi merasa bodoh kerana keyakinan diri. Ada yang cemerlang tetapi rasa begitu hina hingga mahu membunuh diri disebabkan keyakinan diri. Ada yang hebat tetapi tidak berani mencuba kerana kurang keyakinan diri. Jadi, untuk posting seterusnya, saya akan kongsikan pula 3 sumber keyakinan diri. Teruskan membaca.