Dokumen tersebut membahasakan etika kewartawanan Islam yang menegaskan pentingnya kejujuran, kebenaran dan kewajaran dalam menyampaikan berita. Wartawan Islam perlu menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama dalam mengumpul dan menyebarkan informasi serta menghindari fitnah, kepentingan pribadi dan melanggar privasi orang lain.
2. Profesion kewartawanan merupakan satu kerjaya menyampaikan
maklumat secara berterusan bagi membina insan, keluarga dan
masyarakat.
Dunia kewartawanan memerlukan pengamalnya bersikap terbuka, tidak
memihak serta berfikiran positif dalam menunaikan tanggungjawabnya.
Dua fungsi wartawan yang nyata ialah mengumpulkan fakta iaitu
mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperoleh dan menyusun
maklumat tersebut dengan tepat dan menarik agar dapat disampaikan
kepada masyarakat.
3. Etika berasal daripada perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal daripada
perkataan Greek, ethos yang bermaksud watak atau budaya.
Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan.
Maksud etika berkaitan dengan kerja secara umumnya bermaksud
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab
terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.
Di dalam Islam, etika merujuk kepada akhlak2 yang berasal daripada perkataan
khuluk. Ianya diambil daripada al-Quran bermaksud budi pekerti, perangai,
tingkah laku atau tabiat.
4. Kewartawanan juga didefinisikan sebagai segala kegiatan yang berkaitan dengan
hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah.
Kewartawanan bukan sahaja yang berkaitan dengan hal-hal penerbitan dan
penulisan surat khabar atau majalah, malah turut melibatkan bidang
komunikasi penyiaran, televisyen dan radio serta apa sahaja yang bersifat
memberi maklumat termasuklah lukisan-lukisan di dalam gua-gua purba, batu
bersurat dan sebagainya.
5. Pengamal kewartawanan Islam harus menyedari bahawa teori
kewartawanan dan pendekatan mencari maklumat serta
menyebarkan berita telah disimpulkan dalam al-Quran melalui
firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 135:
6. َِِّلِل ااءاداهُش ِطْسِقْلِِب انيِامَّواق اوُنوُكاوُناآم اينِذَّلا ااهُّايأ اَياو ِنْيادِالاوْلا ِواأ ْمُكِسُفانأ ٰىالاع ْوالاوْاقْاْلْنُكاي نِإ ۚ انيِبار
اْلا اوُعِبَّتات اَلاف ۖ اامِِِب ٰاَلْاوأ َُّالِلاف اًريِقاف ْاوأ اًّيِناغاوُضِرْعُت ْاوأ اوُوْلات نِإاو ۚ اوُلِدْعات انأ ٰىاوا َّنِإافااِِب انااكاَّلِل
اًريِباخ انوُلامْعات
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan
kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka
janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran
disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada
keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun
enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
7. Salah satu sifat yang perlu dimiliki wartawan antaranya ialah mempunyai etika kerja
yang bersikap jujur dan mempunyai tingkah laku sebagaimana yang digariskan
mengikut hukum al-Quran dan al-Hadis.
Terdapat beberapa perkara perlu dikemukakan sekiranya perlu membina kod etika
kewartawanan Islam. Antaranya ialah:
Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T. dalam setiap khabar berita.
Bersifat amanah pada diri dan masyarakat.
Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya.
Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan
8. Dunia kewartawanan Islam, metod ilmu periwayatan hadis hendaklah
digunapakai dalam membuat sesuatu laporan.
Proses periwayatan sesuatu hadis akan dinilai sumbernya, kesinambungan
sanadnya serta perlakuan perawinya. Kesahihan dalam periwayatan akan
lahirlah Hadis Sahih, Hasan, Da’if dan sebagainya bergantung kepada aspek-
aspek yang dikaji.
Aspek penulisan dalam dunia kewartawanan, sesuatu berita hendaklah disaring
dan dinilai agar
9. Cabaran untuk berhadapan dengan golongan berpengaruh.
Rasuah.
Keraguan terhadap sumber berita.
Muslihat
Konflik kepentingan
Kecenderungan peribadi.
Pencerobohan ruang privasi
10. Islam meletakkan prinsip yang kukuh agar wartawan Islam, menerima maklumat
dan menyebarkan berita perlu terikat dengan firman Allah SWT dalam surah al-
hujurat ayat 49(6):
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah kamu selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu mengenainya-
sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
11. Wartawan hendaklah bijak menghubungkaitkan isu atau berita yang ditulis
dengan dakwahkepada Allah SWT.
Penulis mesti mahir dalam bidang yang tertentu.
Menulis dengan ikhlas bererti.
Hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan tidak meruntuh,
berkata benar walaupun pahit
12. Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam
diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar
dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita,
berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu
dirahsiakan dan sebagainya