Islam menggalakkan perkahwinan kerana ia membantu mencapai kesempurnaan rohani dan mengikuti teladan Nabi Muhammad. Perkahwinan juga merupakan fitrah manusia dan cara untuk menyalurkan kehendak semula jadi seperti kasih sayang dan hubungan keluarga. Lebih-lebih lagi, perkahwinan membentuk institusi keluarga yang penting dalam masyarakat. Oleh itu, Islam menetapkan garis panduan terperinci untuk
1. Galakan Berkahwin
Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan
dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.Hidup berkeluarga danberkahwin khasnya dapat membantu
seseorang mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu Sunnah Nabi dan Nabi akan berbangga
dengan jumlah umatnya yang ramai.Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al -Hakim yang
berbunyi:
“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya,sesungguhnya aku akan berbangga dengan
kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhirat nanti”- (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
Berkahwin serta hidup berkeluarga juga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT semenjak Adam yang
menjadikan manusia dan semua makhluk berpasang-pasangan.Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta
salah satu daripada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.Di mana dengan berkahwin,seseorang itu
dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara’,seperti berkasih
sayang,mengadakan hubungan kelamin serta berbincang.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri) ,dan dijadikan bagi
kamu daripada pasangan kamu anak-anak dan cucu-cicit…”- (Surah An-Nahl 16:72)
Dalam konteks lain,perkahwinan dan hidup berkeluarga juga merupakan suatu institusi sosial yang akan
membentuk anak-anak dan zuriat keturunan dalam kelompok keluarga,seterusnya ia akan membentuk masyarakat
dan berkembang membentuk sebuah negara.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)…” -
(Surah Az-Zariat 51:49)
Dalam membentuk institusi keluarga ,Islam lebih menekankan galakan tersebut kepada mereka yang belum
memiliki isteri serta golongan remaja dan belia khasnya.Ini kerana merekalah yang selalunya mudah terdorong ke
lembah maksiat dan menghadapai lebih banyak cabaran.Saranan dan galakan tersebut terkandung dalam nas Al-
Quran dan Hadis.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud:
“Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu
untukberkahwin,hendaklah berkahwin.Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan
menjaga kehormatan.Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh
menjadi perisai.- (riwayat Ibnu Mas’ud)
Oleh kerana pembentukan keluarga dan perkahwinan merupakan suatu institusi yang penting,Islam telah
menggariskan peraturan yang lengkap dan mengambil perhatian yang serius terhadapnya,bermula dengan mencari
bakal suami dan isteri.Melalui proses peminangan seterusnya barulah terbentuknya sebuah ikatan perkahwinan.
2. Islam menggariskan landasan yang terperinci agar perkembangan manusia di muka bumi ini brlaku dengan baik dan
mengikut kaedah syariat Islam,seperti menjaga kehormatan manusia,kesucian zuriat,keturunan yang mulia dan
supaya terjalin kasih sayang yang harmoni.