SlideShare a Scribd company logo
1 of 82
Download to read offline
1 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Seminar 
Memahami Jin & Sihir 
Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah 
Pembentang 
Abu Abdis Sittir 
U. Mohamad Zahir Bin Kasir 
Kerjasama 
Nahl Event & Al Fawzaan Edu. Ctr.
2 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
بسم الله الرحمن الرحيم 
إن الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره، نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل 
له و من يضلل فلا هادي له. و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده و رسوله. 
فإن أصدق الحديث كلام الله، و خير الهدي هدي محمد صلى الله عليه و سلم، و شر الأمور محدثاتها، و كل محدثة 
بدعة ، و كل بدعة ضلالة و بعد: 
             1 
                     
          2 
                      
   3 
Sesungguhnya segala pujian kepada Allah dan kita memujiNya, meminta pertolonganNya dan meminta keampunan kepadaNya, Kita meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri- diri kita serta kejahatan amalan-amalan kita, barangsiapa yang diberi Allah hidayah maka tiada sesiapa yang boleh menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan maka tiada siapa yang memberinya petunjuk, aku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Esa tiada syarikat kepada bagiNya, dan Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. 
Maka sesungguhNya sebenar-benar perkataan adalah KalaamuLlah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad sollaLlahu ‘alaihi wasallam, dan seburuk-buruk perkara-perkara yang baru daripadanya, setiap daripada perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan. 
Alhamdulillah 
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam  
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.  
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat benar (dalam segala perkara),  Supaya Ia membaiki amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa- 
1 Surah Al ‘Imraan Ayat 102 
2 Surah An Nisaa Ayat 1 
3 Surah Al Ahzaab Ayat 70-71
3 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.  
Allah Ta’ala mengkhabarkan permusuhan yang nyata berterusan diantara Syaitan serta tipu dayanya kepada manusia, kerana sesungguhnya ia akan membawa anak Adam kepada apa yang dibayangkan bahawa dia akan membawa mereka kepada kemanfaatan mereka kemudian dia berlepas tangan dan menyerahkan mereka kepada kemusnahan dan kemudian berdiri melihat dan bergembira serta mentertawakan kebodohannya. Allah berfirman. 
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلِْْنْسَانِ اكْفُرْ فَ لَمَّا كَفَرَ قَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّه رَبَّ الْعَالَمِيَ 
(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!“ (surah al Hasyr ayat16) 
Allah Ta’ala berfirman: 
وَإِذْ زَيَّنَ لََمُُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالََمُْ وَقَالَ لََ غَالِبَ لَكُمُ الْيَ وْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِ ي نِّ جَارٌ لَكُمْ فَ لَمَّا تَ رَاءَتِ الْفِئَتَانِ 
نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَ يْهِ وَقَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِ ي نِّ أَرَىٰ مَا لََ تَ رَوْنَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِ يدُ الْعِقَابِ 
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing- masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab 
Maka kehidupan ini adalah merupakan pergelutan diantara manusia dengan syaitan, sedang syaitan menginginkan agar dapat membinasakan manusia dan mengalahkannya, sebab itu perlu untuk kita berterusan dalam pergelutan dengan musuh yang paling ketat kita, kewajipan setiap muslim agar dapat terselamat dari pergelutan ini ialah dengan mengetahui dengan pengetahuan yang sempurna untuk terselamat dari tipu daya syaitan dan kelicikannya dapat agar kejayaan yang sebenar dengan mendapat keridhoan Rabb dan SyurgaNya. 
Ini adalah sebab utama kita mendalami akan ilmu Jin dan sihir, tujuan utama mengenalinya dari sudut hakikat sebenar setiap dari keduanya, apa yang perlu diketahui agar menjadi pedoman dan mengelakkan dari kepercayaan yang tidak ada kaitan kepada ajaran Islam.
4 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Jin 
Dari sudut Bahasa; Jin dengan berbaris bawah ٌ نِج adalah sebuah kata nama bagi jenis yang banyak, sekiranya satu dinamakan Jiniy ia diambil dari Ijtinaan dan ia adalah berselindung dan sesuatu yang tersembunyi. Ia dinamakan demikian kerana tersembunyi mereka dari penglihatan manusia, maka mereka tidak dapat dilihat, sekiranya ramai dinamakan Jinnaan dan mereka juga dinamakan Jinnah4 
Dari kefahaman ini maka ia adalah sebalik dari Insan, ini adalah kerana asal insan adalah ins, sesungguhnya Ins ini dinamakan ins kerana Dzohirnya dan dapat dilihat dan pandangan dapat melihatnya, dinamakan juga Anastusy syaiaa آنست الشيء 
sekiranya saya dapat melihat sesuatu إذا أبصرته 
Begitu juga dikatakan لا جن بهذا الأمر Tidak ada jin dalam perkara ini, bermakna tidak ada yang tersembunyi dan tertutup dalam perkara ini. 
Mijan pula bermakna penghadang, in adalah kerana orang yang berperang akan menutup dirinya dengan menggunakannya (mijan) daripada panahan dan tikaman dan selainnya. Maka setiap sesuatu yang kamu mengambil untuk menyelamatkan dan memelihara diri adalah dinamakan Junnah daripadanya sabdaan Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: والصيام جُنَّةٌ dan puasa itu adalah penghalang kerana sesungguhnya ia menghalang pelakunya daripada bermaksiat. 
Dinamakan janin sebagai janin kerana ia tersembunyi di dalam perut ibunya sebagaimana Allah berfirman: 
الَّذِينَ يََْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الِْ ثِْْ وَالْفَوَاحِشَ إِلََّ اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَ كََُمْ مِنَ 
الَْْرْضِ وَإِذْ أَنْ تُمْ أَجِنَّةٌ فِِ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلََ ت زَُكُّوا أَنْ فُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بَِِنِ اتَّ قَىٰ 
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. 
Surah An Najm ayat 32 
Al Janaan dinamakan juga sebagai hati; fulan rabitul janaan ialah kukuh hatinya, mereka mengatakan bahawa sebab dinamakan demikian kerana ia tertutup, dan dada seseorang telah menutupinya, begitu juga kerisauan, fikiran dan lintasan hati tersemat dan terselindung didalamnya, maka setiap yang menutup sesuatu sebagai janaan. 
Janan dibaca pendek dinamakan sebagai kubur atau kafan kerana ia menutup akan mayat. 
4 Lisan Arab 13/95 dengan sedikit olahan.
5 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Al Jaann bapa Jin dicipta dari api, ia juga boleh jadi panggilan kepada Jin. Jaann juga boleh disebutkan sebagai sejenis dari jin matanya seperti dicelak bewarna dekat kekuningan tidak menyakiti orang ramai banyak didapati di dalam rumah orang ramai. 
Dalam sebuah hadits Nabi sollallahu ‘alaihi wasalaam sesungguhya melarang dari membunuh Jinnaan5 yaitu ular-ular yang didapati didalam rumah. 
Majannah pula dinamakan kalau sesuatu tempat yang banyak Jin didalamnya. 
Dari sudut Istilah pula lafadz Jin telah datang dalam al Quran pada ayat yang begitu banyak, dan dinamakan dengan nama mereka dalam satu surah ia adalah surah al Jinn, telah datang dari Sunnah yang suci begitu juga disebut dibeberapa tempat dan setiap daripada itu bahawasanya menunjukkan kepentingan dengan makhluk ini, ketikamana sesungguhnya ia berkongsi dengan manusia dalam pembebanan, Allah Ta’ala berfirman: 
وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 
Surah Adz Dzariyaat ayat 56 
Dapat dirumuskan dari definasi yang pelbagai bagi Jinn bahawa sesungguhnya: Suatu jenis dari ruh-ruh yang berakal yang berkeinginan serta dibebankan sebagaimana yang dibebankan keatasnya manusia, terlindung dari deria mereka tidak dilihat keatas tabiat mereka dan tidak kepada bentuk mereka yang benar, mereka mempunyai keupayaan untuk menukar bentuk mereka, mereka makan dan minum dan bernikah serta mereka mempunyai dzuriat mereka akan dihisab diatas amalan- amalan mereka di akhirat.6 
Definasi ini memberikan sifat-sifat yang terserlah bagi alam yang kita banyak menjahili dari tabiat kehidupannya, ini adalah kerana ia tidak kita nampak dari deria kita. 
Dari apa yang kita lalului bahawasanya Jin adalah makhluk yang berbeza dari kebiasaan manusia dari sudut bentuk, dan asas unsur apa yang mereka diciptakan darinya, bahawasanya mereka dicipta dari api berbeza pula manusia yang dicipta daripada tanah Allah Ta’ala berfirman: 
خَلَقَ الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ 
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
وَخَلَقَ الَْْانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ 
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
5 Sebuah hadits riwayat Muslim disohihnya dari Abu Lubabah, Kitab Salam Bab Qatl hayyaat wa ghairaha 
6 Al Fasl fil milal wan nihal 12/5 lihat juga Aqaid Islamiyah Sayyid Sabiq
6 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Begitu juga makhluk ini memiliki kehidupannya yang khusus dari sudut pemakanan dan peminuman berbeza dari manusia, dan selain dari perkara tersebut yang merupakan sifat-sifat yang khusus ada kepada Jin. 
Sejarah Jin 
Ciptaan Jin adalah terlebih awal dari ciptaan manusia ini telah diterangkan dengan jelas nas-nas dari alQuran sesungguhnya Allah telah berfirman: 
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَََإٍ مَسْنُونٍ 
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. 
وَالَْْانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَ بْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ 
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. 
Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksudkan sebelum itu ialah sebelum ciptaan Adam ‘’alaihis salaam.7 
Berkata Al Alusiy ddialam firmaan Allah: 
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لَِْهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ لََمُْ قُ لُوبٌ لََ ي فَْقَهُونَ بَِِا وَلََمُْ أَعْيٌُ لََ ي بُْصِرُونَ بَِِا وَلََمُْ ذذَانٌ 
لََ يَسْمَعُونَ بَِِا أُولَٰئِكَ كَالَْْنْ عَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 
Surah al ‘Araaf ayat 179 
“Didahulukan Jinn ini adalah kerana sesungguhnya mereka adalah yang terlebih mengetahui dari kalangan Jin dan Manusia dan terlebih banyak bilangan dan ciptaan yang terlebih lama.8 
Ada beberapa pendapat ulama yang menentukan jangka masa dan menerangkan bahawa sesungguhnya golongan Jin pernah tinggal dibumi sebelum manusia, daripada Mujahid daripada Abdullah bin Amr radhiyaAllahu ‘anhu pernah berkata: “Jinn dahulunya adalah keturunan Jaan berada dibumi sebelum 2 ribu tahun Allah menciptakan Nabi Adam a’alaihis salaam, mereka membuat kerusakan diatas bumi dan mereka menumpahkan darah lalu Allah mengutuskan tentera daripada kalangan Malaikat maka memukul mereka sehingga mereka pergi ke kepulauan dilautan lalu Allah Ta’ala berfirman kepada para malaikatNya: 
7 
8 Tafsir Ruhul Ma’aniy 9/119 dengan sedikit olahan.
7 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلََئِكَةِ إِ ي نِّ جَاعِلٌ فِِ الَْْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَ عَََْلُ فِيهَا مَنْ ي فُْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ اليدمَاءَ 
وَنََْنُ نُسَبيحُ بَِِمْدِكَ وَن قَُيدسُ لَكَ قَالَ إِ ي نِّ أَعْلَمُ مَا لََ تَ عْلَمُونَ 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 
Ciri-ciri dan Sifat Jin 
Jin dicipta daripada api, api mempunyai sifat yang terserlah berbeza dari tanah yang mana manusia dijadikan. Al Quran telah membincangkan sebahagian daripadanya dan Sunnah / hadits telah menerangkannya dengan penerangan yang lebih luas, terdapat juga perbezaan pendapat oleh sebahagaian ulama bagi sebahagian daripada sifat-sifat ini, hanya apa yang kita akan terangkan adalah pandangan yang kuat. 
Jin pada realitinya mempunyai sifat-sifat yang kebanyakan sama dengan manusia, hanya sifat-sifat itu berbeza dari manusia dari sudut kebagaimanaan sebagai contoh adalah berikut: 
1) Sesungguhnya jin mempunyai dzat dan sifat-sifat yang tersendiri serta mempunyai hakikat sifat berbeza dari sifat-sifat makhluk yang lain. 
Berkata Qadhi Abu Ya’la al Hanbali: Jin mempunyai jism-jism / bentuk badan yang bergandingan dan ia boleh menjadi halus atau kasar berbeza dengan pandangan Mu’tazilah mereka berpendapat bahawa Jin hanya mempunyai jism yang halus, kerana kehalusan ini ia tidak dapat dilihat. 9 
Berkata Ibnu Hazm pula: “Mereka mempunyai bentuk badan yang halus, bersih bersifat angin tiada warna bagi mereka dan unsur mereka adalah dari api sebagaimana unsur kita adalah dari tanah dan ini sebagaimana yang telah didatangkan oleh Al Quran, Allah berfirman: 
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَََإٍ مَسْنُونٍ 
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. 
وَالَْْانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَ بْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ 
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu (kejadian manusia), dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. 
Surah al Hijr ayat 26-27 
وَخَلَقَ الَْْانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ 
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
9 Kitab Mu’tamad dalam Usuluddin m.s. 172
8 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Surah Ar Rahman ayat 15 
Ini adalah salah satu punca keengganan Iblis menta’ati Allah agar sujud hormat kepada Nabi Adam ‘alaihis salaam kerana bermegah dari unsur kejadiannya pada hematnya lebih mulia dari unsur ciptaan Nabi Adam ‘alaihis salaam. 
قَالَ مَا مَنَ عَكَ أَلََّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْ رٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِِ مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِيٍ 
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." 
Surah al A’raaf ayat 12 
2) Jin boleh merubah bentuk mereka dan dilihat 
Jin boleh merubah bentuk mereka kepada bentuk-bentuk yang pelbagai ini diisyaratkan kepadanya dalil dari Al Quran dan Sunnah. Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah: “Jin boleh menukar bentuk kepada bentuk manusia, binatang melata maka mereka menyerupai bentuk ular, kalajengking dan selainnya, begitu juga kepada bentuk unta, lembu, kambing, kuda, baghal dan keldai serta boleh menyerupai kepada bentuk burung begitu juga boleh menyerupai manusia.10 Tidak menghalang ciptaan mereka dari api untuk mengubah bentuk mereka kepada bentuk-bentuk yang pelbagai. 
Bukti-bukti bolehnya Jin bertukar-tukar bentuk dan boleh dilhat. 
Bukti dari Al Quran 
وَإِذْ زَيَّنَ لََمُُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالََمُْ وَقَالَ لََ غَ الِبَ لَكُمُ الْيَ وْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِ ي نِّ جَارٌ لَكُمْ فَ لَمَّا تَ رَاءَتِ الْفِئَتَانِ 
نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَ يْهِ وَقَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِ ي نِّ أَرَىٰ مَا لََ تَ رَوْنَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِ يدُ الْعِقَابِ 
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing- masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". 
10 Iidhohul Dilalah fi ‘umumir Risalah m.s. 32
9 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Berkata Imam Tobary didalam tafsirnya berkenaan ayat ini. Dari Abdullah bin Abbas 
berkata: Telah datang Iblis pada hari Peperangan Badr dalam tentera-tentera syaitan 
bersama dengannya benderanya dalam bentuk seorang lelaki dari kalangan Bani 
Mudlij dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syum, maka berkata Syaitan kepada 
kaum musyrikiin: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat 
mengalahkan kamu.. Maka apabila orang semua sudah berbaris Nabi sollaLlahu 
‘alaihi wasallam mengambil segenggam tanah dan melontarkannya berhadapan 
dengan wajah-wajah kaum musyrikiin, lalu mereka kemudian berpaling dan cabut lari; 
Suraqah dan tentera-tenteranya berpaling dan hendak cabut lari maka berkata 
seorang lelaki: Wahai Suraqah kamu mendakwa sesungguhnya kamu adalah 
penolong kami beliau lalu berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat 
melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, 
dan Allah sangat berat azab seksaNya" ini ketikamana dia telah melihat para malaikat. 
Dari bukti sejarah yang sesuai untuk dijadikan contoh bagi permasalahan ini adalah 
apa yang diriwayatkan sesungguhnya Syaitan menyerupai seorang dari Syeikh / 
pembesar dari Najd, ketikamana orang Quraisy berkumpul di sebuah balai untuk 
merancang terhadap Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam ini telah diterangkan oleh 
Allah Ta’ala, sebagaimana Allah berfirman: 
وَإِذْ يََْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ ي قَْتُ لُوكَ أَوْ يُُْرِجُوكَ وَيََْكُرُونَ وَيََْكُرُ اللَّهُ وَال لَّهُ خَيْ رُ الْمَاكِرِينَ 
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan 
tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka 
menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik 
yang menggagalkan tipu daya. 
Bukti dari Sunnah
10 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Apa yang tsabit di sohihain dari Abu Hurairah sesungguhnya beliau berkata, bersabda 
Rasulullah sollaLlahu ‘alahi wasallam bersabda: Sesungguhnya Ifrit daripada 
kalangan jin telah cuba menggangguku malam semalam untuk memutuskan keatasku 
solatku, dan sesungguhnya Allah membuatku mampu keatasnya lalu aku 
mencekiknya, aku telah berniat untuk aku mengikatnya kesalah satu tiang dari masjid, 
sehingga kamu semua dapat melihatnya, kemudian aku teringat akan doa saudaraku 
Sulaimaan “Wahai Rabbku, ampunilah daku dan kurniakanlah daku kerajaan yang 
tidak layak seseorang selepasku diberikan” lalu Allah menolaknya dalam keadaan 
hina. 
` 
Dalam sohih Muslim dari Abu Darda beliau berkata: “Rasulullah berdiri (solat) lalu 
kami mendengarnya berkata: “Audzubillahi minka” / “Aku meminta perlindungan Allah 
daripadamu” kemudian beliau berkata lagi: “Aku melaknatimu dengan laknat Allah” 
kemudian beliau meluruskan tangannya seolah-olah ingin mengambil sesuatu, maka 
apabila selesai dari solat kami pun berkata: wahai Rasulullah, kami telah 
mendengarimu sesuatu dimana kami belum pernah mendengarnya dari mu sebelum 
ini, begitu juga kami nampak kamu meluruskan tanganmu kedepan. Beliau bersabda: 
“Sesungguhnya musuh Allah Iblis telah datang dengan bebola api yang ingin 
dicampakkan kemukaku, lalu aku mengatakan: Aku meminta perlindungan dengan 
Allah daripadamu” tiga kali kemudian aku ingin menangkapnya kemudian aku 
mengatakan: Aku melaknatimu dengan laknat Allah yang sempurna dan dia tidak 
berundur, kemudian aku ingin menangkapnya, demi Allah sekiranya tidak kerana do’a 
saudaraku Sulaiman sudah pasti akan diikat ditiang masjid untuk anak-anak kecil 
Madinah bermain.
11 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
3) Jin saling bernikah dan berketurunan 
Golongan Jin saling bernikah dan berketurunan serta mereka mempunyai zuriat berkata Ibnu Hajar al Haitamiy: “Mereka berdalilkan dengan saling bernikahnya golongan jin diantara mereka adalah dari Firman Allah: 
وَإِذْ قُ لْنَا لِلْمَلََئِكَةِ اسْجُدُوا لِِدَمَ فَسَجَدُوا إِلََّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الِْْ ي ن فَ فَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَ بيهِ أَفَ تَتَّخِذُونَهُ 
وَذُيري تََّهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِِّ وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِيَ بَدَلًَ 
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat- sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. 
Diantara dalil yang menunjukkan mereka ini saling bernikah dan beranak ialah firman Allah: 
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لََْ يَطْمِثْ هُنَّ إِنْسٌ قَ بْ لَهُمْ وَلََ جَانٌّ 
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; 
Berkata Ibnu Hajar al Haitami: Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya ia (Jin) berlaku kepada mereka at tomts yaitu Jima’”11 
Berkata pula Fakhru Razi berkenaan ayat diatas: “apakah faedah didalam menyebutnya Jan sedangkan sekiranya Jan tidak berjima’? Kami mengatakan bukan begitu, bahkan jin mereka mempunyai anak-anak dan zuriat ada bahawasanya khilaf adalah adakah mereka boleh menjima’ manusia atau pun tidak? Apa yang masyhur adalah mereka boleh menjima’ manusia.12 
Sekiranya jin tidak beranak pinak sudah pastilah pupus mereka dan tinggal satu pun dari mereka, kerana sesungguhnya telah pasti kematian mereka dengan dalil yang begitu banyak, sebagaimana halnya manusia dan sekiranya manusia tidak beranak pinak sudah pastilah pupus mereka. 
Dari Abdullah bin Amru radhiyaAllahu ‘anhuma berkata: Sesungguhnya Allah telah membahagikan diantara manusia dan jin 10 bahagian, maka Sembilan daripada bahagian ini adalah golongan Jin dan satu bahagian seorang tidaklah lahir dari kalangan manusia seorang anak, melainkan bersama akan lahir 9 anak dari kalangan Jin.13 
11 Fatawa Haditisiyah m.s. 68 
12 Tafsir al Kabeer 130/29 
13 Dikeluarkan oleh Ala’udin al Hindiy dalam Kanzul Ummal 177-178
12 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
4) Mereka makan dan minum 
Golongan Jin makan dan minum, masalah ini ada berapa pendapat ulama berkenaan dengannya; 
1. Semua jin makan dan minum 
2. Semua jin tidak makan dan minum 
3. Sebahagian makan dan minum sebahagian tidak makan dan minum. 
Sebahagian ulama yang mengatakan sebahagian makan dan minum sebahagian lain pula tidak makan dan minum dengan bersandarkan kepada hadits Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam: 
"خلق الله الْن الَاة أصنافص صنح حيات وعقارب وخشاا الْرضو وصنح كاريح فِ 
الَواءو وصنح عليهم الحساب والعقاب" 
Allah menciptakan Jin tiga jenis: satu jenis berupa ular, kala jengking dan binatang yang melata diatas bumi dan satu jenis seperti angin diudara, dan satu jenis keatas mereka penghisaban dan balasan. Berkata as suhaili, kemungkinan jenis yang kedua ia adalah jenis yang tidak makan dan minum sekiranya benar bahawa jin tidak makan dan minum. 
Berkata Imam Ibnu Hajar al Haitamy telah berkata Imam Fakhrud din ar razi: “ulama bersepakat bahawa para Malaikat tidak makan dan munum serta tidak bernikah adapun Jin maka sesungguhnya mereka makan, minum dan bernikah serta beranak pinak. 
Apa yang menunjukkan akannya adalah nas-nas yang menunjukkan bahawa Jin makan dan minum tanpa mengkhususkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain, dalam sebuah hadits dari Abdullah bin Mas’ud radhiyaAllahu ‘anhu beliau berkata Rasulullah bersabda: 
أتانِّ داعي الْنو فذهبت معهو فقرأت عليهم القرذن قالص فاتطلق بنا ف رَانا ذاارهم وذاار نيرانهمو 
وس لَوه الزاد فقالص لكم كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع فِ أيديكم أوفر ما يكون لحماو و 
كل بعرة علح لدوابكمو فقال رسول الله صلى الله عليه و سلمص فلَ تستنجوا بِما فإنهما طعام 
إخوانكم" 14 
“Telah datang kepadaku satu Jin, maka aku pun pergi bersamanya lalu aku membacakan kepadanya Al Quran” beliau berkata: Maka Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam membawa kami pergi menunjukkan kepada kami kesan-kesan mereka dan bekas api nyalaan mereka, mereka menanyanya bekalan maka Nabi bersabda: Untuk kamu setiap tulang yang disebut nama Allah diatasnya (sewaktu sembelihan) yang berada ditangan-tangan kamu yang merupakan daging yang cukup banyak begitu juga setiap kotoran yang keluar dari binatang 
14 Muslim Kitabus Solah Bab al Jahr bil Qiraati fis subh 1/332
13 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
ternakan sebagai makanan bagi binatang ternakan kamu. Lalu Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maka Janganlah kamu beristinjak dengan menggunakan keduanya kerana sesungguhnya keduanya adalah merupakan makanan bagi saudara-saudara kamu.” 
Begitu juga hadits yang dikeluarkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: 
قدم وفد الجن على النبي صلى الله عليه و سلم: فقالوا: يا محمد: انهَ أمتك أن يستنجوا بعظم أو روثة أو حممة 15 ، 
فإن الله تعالى جعل لنا فيها رزقا، فنهى النبي صلى الله عليه عن ذلك. 16 
Telah datang delegasi Jin kepada Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam mereka berkata: Wahai Muhammad: Larangilah umatmu dari beristinjak dengan menggunakan tulang atau kotoran (dari binatang ternakan) atau arang, sesungguhnya Allah Ta’ala telah menjadikan bagi kami didalamnya sebagai rezeki, lalu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam melaranginya. 
Nabi larang kita makan dengan menggunakan tangan kiri bahkan makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan. Daripada Abdullah Bin Umar radhiyaAllahu ‘anhuma sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"إدا أكل أحدكم فلي كَل بيمينهو وإذا شرب فليشرب بيمينهو فإن الشيطان ي كَل بشماله 
ويشرب بشماله" 
Sekiranya salah seorang dari kamu ingin makan maka makanlah dengan menggunakan tangan kanan dan sekiranya hendak minum minumlah dengan menggunakan tangan kanan, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan menggunakan tangan kirinya. 
Begitu juga yang menunjukkan golongan jin makan dan minum daripada Jabir Bin Abdullah sesungguhnya beliau mendengar Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطانص لَ مبيت لكم ولَ 
عشاءو وإذا لَ يذكر الله عند طعامه قالص أدركتم المبيت والعشاء" 17 
Sekiranya seseorang lelaki memasuki rumahnya lalu mengingati Allah ketika dia masuk kerumahnya dan ketika dia keluar akan berkata syaitan: Tidak ada tempat bermalam bagi kamu dan tidak ada makan malam bagi kamu sekiranya dia tidak mengingati Allah ketika makan berkata syaitan: kamu mendapatkan tempat tinggal dan makan malam. 
Hadits membaca doa Bismillahi awwalahu wa akhiraahu18 
Ulama berbeza pendapat berkenaan bagaimana cara jin makan dan minum; 
15 Bermakna - Arang Jami’ul Usul 146/7 
16 Abu Daud Kitabut Toharah Bab larangan dari beristinjak dengan menggunakannya. 
17 Muslim kitabul Asyribah 1598/5 Musnad Ahmad 383/3, Abu Daud Kitabul Ati’amah. 
18
14 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
1. Ada yang mengatakan bahawa mereka makan dan minum dengan hiduan dan bauan dan bukan mengunyah dan menelan. 
2. Sebahagian mengatakan bahawa mereka makan dan minum dengan mengunyah dan menelan 
Hadits diatas menunjukkan bahawa sekiranya dia boleh memuntahkan bermakana dia juga boleh menelan. 
5) Mereka adalah dari kalangan mukallaf; mempunyai keinginan dan pilihan. 
Golongan Jin adalah golongan yang diberikan bebanan iaitu Mukallaf seperti manusia, mereka mempunyai kehendak dan pilihan dan ini yang disaksikan baginya ayat-ayat al Quran dan Hadits Nabi. Allah Ta’ala berfirman: 
وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 
Allah juga berfirman : 
يَا مَعْشَرَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ أَلََْ يَ تَِْكُمْ رُسُلٌ مِنْكُ مْ ي قَُصُّونَ عَلَيْكُمْ ذيَاتِِ وي نُْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ ي وَْمِكُمْ هَٰذَا 
قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنْ فُسِنَا وَغَرَّتْ هُمُ الحَْيَاةُ الدُّنْ يَا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْ فُسِهِمْ أَن هَُّمْ كَانُ وا كَافِرِينَ 19 
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul- rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat- ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya m ereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul- rasul itu). 
Ayat-ayat seperti ini menunjukkan akan ancaman kepada golongan Jin dan Manusia dengan adzab api neraka, atau ayat yang menunjukkan kerugian mereka yang tidak melaksanakan kewajipan Allah sebagaimana Allah berfirman: 
وَقَ يَّضْنَا لََمُْ قُ رَنَاءَ فَ زَي نَُّوا لََمُْ مَا ب يََْ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِِ أُمَ مٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ 
قَ بْلِهِمْ مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ إِن هَُّمْ كَانُوا خَاسِرِينَ 20 
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) 
19 Al An’aam ayat 130 
20 Fussilat ayat 25
15 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara- perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). 
Ini semua adalah merupakan dalil akan pembebanan Jin terhadap segala bebanan hukum-hukum Allah. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kehendak dan pilihan kalau tidak mereka sudah tentu tidak dituntut untuk beriman dan meninggalkan kekufuran, 
6) Ciri-ciri yang berbeza dari mereka adalah pergerakan yang pantas / cepat dan kemampuan yang boleh melakukan kerja-kerja yang berat. 
Allah mengkhususkan golongan Jin daripada golongan manusia dengan kemampuan dan kemahiran yang besar, Allah telah membuat golongan Jin berkhidmat dan membantu Nabi Sulaiman ‘alaihis salaam, mereka membina untuk Nabi Sulaiman istana-istana, begitu juga empangan-empangan serta membina baginya patung-patung 
Allah berfirman: 
ي عَْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَََارِيبَ وَتَََااِيلَ وَجِفَانٍ كَالَْْوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا ذلَ دَ اوُودَ شُكْرًا 
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ 
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. 
Allah menerangkan bagaimana periuk-periuk besar yang tetap menunjukkan kekuatan dan kemampuan Jin untuk melakukan kerja-kerja yang susah dilakukan oleh manusia. Ini juga dapat dilihat bagaimana ‘Ifrit bersedia untuk mendatangkan singgah sana Ratu Balqis Allah berfirman menerangkan perbualan Ifrit kepada Nabi Sulaiman: 
قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الِْْ ي ن أَنَا ذتِيكَ بِهِ قَ بْلَ أَنْ تَ قُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِ ي نِّ عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِيٌ 
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". 
7) Mereka mati dan akan dibangkitkan selepas kematian.
16 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Golongan Jin adalah makhluk yang akan mati sebagaimananya mati manusia, dalil daripada Al Quran yang menunjukkan bahawa mereka juga akan mati Firman Allah Ta’ala : 
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِِ أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَ بْلِهِمْ مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ إِن هَُّ مْ كَانُوا 
خَاسِرِينَ 
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi. 
Dalil dari Sabdaan Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam berkenaan kematian Jin: 
فعن ابن عباس أن النبي صلى الله علىيه وسلم كان يقولص أعوذ بعزتك الذي لَ إله إلَ أنت 
الذي لَ يَوت والْن و النس يَوتون 21 
Daripada Ibnu Abbas radhiyaAllahu ‘anhu pernah membaca doa ini: Aku meminta dengan kemuliaan dan keperkasaanMu yang tiada sesembahan yang layak disembah melainkanMu yang tidak mati sedang Jin dan Manusia akan mati. 
Dalil ini adalah paling jelas menerangkan bahawa golongan Jin mati sebagaimana matinya manusia. 
Begitulah dalil yang menunjukkan kematian Jin yang berbentuk ular dan sebagainya. 
8) Mereka tinggal di bumi ini. 
Golongan Jin tinggal dibumi ini sebagaimana manusia tinggal didalamnya. Ini berdasarkan kepada dalil ayat Sebagaimana Allah berfirman: 
فَ زَََلََّمَُا الشَّيْطَانُ عَنْ هَا فَ خََْرَجَهُمَا مَِِّا كَانَا فِيهِ وَقُ لْنَا اهْبِطُوا ب عَْضُكُمْ لِبَ عْضٍ عَدُ وٌّ وَلَكُمْ فِِ 
الَْْرْضِ مُسْتَ قَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلََٰ حِيٍ 
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". 
Imam Tobary menerangkan dalil ini menunjukkan bahawa turunnya Nabi Adam alaihi wasallam dan isterinya serta kedua musuh mereka Iblis pada waktu yang sama, sehingga Allah mengumpulkan mereka pada khabar berkenaan dengan 
21 Bukhari Kitabut tauhid Bab Firman Allah و هو العزيز الحكيم 368/13 , Ibnu Hibba di sohihnya 182/2
17 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
turunnya mereka selepas kesilapan yang telah mereka lakuikan begitu juga dengan iblis menjadi sebab kepada penurunan tersebut sebagaimana apa yang Allah sifatkan berkenaan dengan mereka. 
Begitu juga ayat berikut menerangkan bahawa bumi ini dijadikan untuk ‘Anaam’ yaitu Jin dan Manusia, atau semua makhluk yaitu merangkumi golongan yang dua ini dan bukan dimaksudkan sebagai manusia sahaja, ini lebih dikuatkan dengan Firman Allah selepasnya: 
وَالَْْرْضَ وَضَعَهَا لِلَْْنَامِ 
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia, JIn dan makhluk- makhlukNya yang lain: 
Selepas Allah menerangkan bagaimana di atas bumi ini ada buah-buahan pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. 
فَبِ يََ ي ذلََ ءِ رَبيكُمَا تُكَيذبَانِ 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang kamu berdua hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
Ini menunjukkan bahawa Jin dan Manusia tinggal di bumi, melainkan bahawa golongan Jin lebih banyak tinggal ditempat-tempat yang jauh dari manusia, seperti gua-gua, bilik air, tempat membuang sampah, perkuburan dan pergunungan sebagaimana didalam sebuah hadits: 
Diantaranya adalah hadtis: 
إن هذه الحشوا مَتضرة فإذا أتى أحدكم الخلَء فليقلص أعوذ بالله من الخبث و الخبائث. 22 
Sesungguhnya tandas-tandas ini dihadhiri oleh golongan syaitan maka sekiranya salah seorang dari kamu mendatangi tandas maka katakan: Aku meminta perlindungan Allah dari Khubts (jenis jin jantan) dan Khabaaits (jenis betinanya) 
Nabi juga mewasiati Salman al Farisy radhiyaAllahu dengan sabdanya: 
لَ تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولَ ذخر من يُرج منهاو فإنها معركة الشيطانو 
وبِا ينصب رايته. 23 
Janganlah jadi sekiranya engkau mampu orang yang pertama yang memasuki pasar dan orang yang terakhir keluar darinya maka sesungguhnya ia adalah peperangan syaitan disitulah dia memacakkan panji-panjinya / bendera- benderanya. 
Ada juga beberapa golongan Jin yang tinggal dirumah-rumah bersama manusia sebagaimana dan mereka dinamakan sebagai Jinnaanul Buyut (Jin- jin rumah) ia adalah dengan pembentukan ular, sebagaimana kisah seorang sahabat yang bergelut dengan jin yang berbentuk ular dirumahnya, sebab itulah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam melarang membunuh ular-ular yang ada dirumah-rumah sebelum memberi amaran kepadanya, kerana ada diantara jin tersebut beriman. 
22 Abu Daud Kitabut toharah Bab memasuki tandas 16/1, Musnad Ahmad 369/4 
23 Muslim Kitabul Fadhoilis Sohabah.
18 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Jenis-jenis Jin 
Jin mempunyai jenis-jenis yang pelbagai, mereka dari asal kejadian mereka secara umum, berbeza setiap dari jenis-jenis tersebut dari yang lain. Mereka mempunyai qabilah-qabilah yang berbeza diantara mereka jantan dan betina, mereka juga berbeza dari sudut ‘itiqad; ada diantara mereka yang beriman dan ada yang kafir, ada yang soleh dan yang toleh (sebalik dari soleh) mereka ini berpuak-puak dan kumpulan-kumpulan yang berbeza dan apa-apa yang berkaitan dengan jenis-jenis mereka. 
Jin dari sudut asal ciptaan mereka dan kekuatan 
Jin dari sudut asal ciptaan Allah kepada mereka berbeza-beza, sebahagian daripada mereka menyerupai ular, anjing dan haiwan-haiwan yang lain sebahagian mereka boleh terbang sebahagian tinggal disuatu tempat ada pula yang berpindah-randah. 
Sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadits berkenaan dengan jenis-jenis Jin. Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
الْن على الَاةص فثلث لَم أجنحة يطيرون فِ الَواءو والث حيات وكلَبو و الث يحلون و يظعنون. 
24 
Jin ada tiga jenis: 1/3 daripadanya mempunyai sayap dan terbang di udara, 1/3 ular dan anjing, 1/3 tinggal di satu tempat dan sebahagian pula berpindah randah. 
Didalam tafsir Ibnu Abbas radhiyaAllahu ‘anhu berkata: Jin ada tiga bahagian: sebahagian di udara, sebahagian naik dan turun bagaimana ia suka, sebahagian seperti anjing dan ular. 
Daripada Abu Darda’ radhiyaAllahu ‘anhu berkata Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alahi wasallam bersabda: 
عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلمص خلق الله الْن الَاة أصنافص صنح 
حيات وعقارب وحشاا الْرضو وصنح كالريح فِ الَواءو وصنح كبنِ ذدمو عليهم الحساب 
والعقاب. 
“Allah mencipta golongan Jin tiga jenis: Satu dari jenisnya; ular, kala jengking dan binatang yang melata, Ada jenis seperti angina di udara, ada pula jenis seperti anak Adam keatas mereka hisab dan balasan. 
Daripada jenis-jenis Jin ini adalah juga jenis berikut: 
24 Al Baihaqi fi Asmaai was sifaat.
19 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
1. Ifrit : Ia adalah golongan Jin yang melampau dari sudut kekuatan, kejahatan dan licik. 
Sebagaimana Allah berfirman berkenaan dengan perbualana Nabi Sulaiman dengan Jin Ifriit: 
قَالَ يَا أَي هَُّا الْمَلَُْ أَيُّكُمْ يَ تَِْينِِ بِعَرْشِهَا قَ بْلَ أَنْ يَ تَُْونِِّ مُسْلِمِيَ 
قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الِْْ ي ن أَنَا ذتِيكَ بِهِ قَ بْلَ أَنْ تَ قُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِ ي نِّ عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِيٌ 
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" 
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah 
Begitu juga hadits Ifriit yang ingin memutuskan solat Nabi sollaLlahu 
2. Khubbal : Ia adalah golongan jin yang menyakiti manusia, dinamakan orang yang dirasuki Jin sebagai mukhabbal 
3. Ghoul : Ia dikatakan sebagai ahli sihir dari kalangan Jin atau Jin yang mengganggu manusia samada dengan menyesatkan dari perjalanan seseorang atau menyerupai wanita cantik, hodoh pendek tinggi dan sebagainya sehingga menyerupai sesuatu haiwan untuk menakutkan orang ramai., 
Masyarakat kita dalam menamakan gangguan jin ini menamakan dengan beberapa nama-nama yang tidak kita dapati daripada Al Quran mahupun Sunnah yang menerangkannya bahkan dalam menamakannya demikian ada membawa kefahaman yang salah diantara nama-nama yang diberi ialah: Pocong, Toyol, Pontianak / Cik Pon, jembalang, hantu raya, Sundelbolong dan sebagainya. Nama-nama tersebut tidak ada petunjuk berkenaan dengannya adapun apa yang berkaitan dengan golongan jin adalah perkara ghaib, dan kepercayaan kepada hantu adalah kepercayaan yang bercanggah dari aqidah Islamiyah ini adalah kerana kita meyakini bahawa sesungguhnya selepas kematian seseorang akan berpindah ruh mereka kepada suatu alam yang lain, yaitu alam barzakh, tiada pengecualian kepada sesiapa untuk tidak melalui proses ini. 
Jin juga mempunyai Qabilah / Puak dan Berkaum. 
Jin juga berqabilah dan berkaum, Allah Ta’ala telah menerangkan bahawa Jin ini mempunyai kaum yang berbeza. Dimana Allah mengkhabarkan bagaimana golongan Jin yang mendengar kepada Al Quran daripada Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam kemudian mereka pergi kepada kaum mereka memberi peringatan kepada kaum kerabatnya Allah berfirman:
20 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
يَا قَ وْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَذمِنُوا بِهِ ي غَْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيَُِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 
"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
Berkata Imam Al Qurtubiy bahawa Ats Tsumaaliy berkata: Telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya mereka adalah dari kalangan Bani / Puak Asy Syisibaan dari kalangan Jin yang paling banyak bilangannya dan kekuatannya dan kebanyakan dari mereka adalah dari tentera Iblis. Ini adalah menunjukkan bahawa golongan Jin perkauman, keluarga dan kerabat; sebagaimana halnya manusia dan ini tidak menakjubkan dan sesungguhnya mereka ini bernikah dan beranak pinak. 
Sebagaimana mereka bersandar kepada kaum dan kabilah mereka, mereka juga bersandar kepada kawasan dari mana mereka berasal. 
ففي حديث أبي هريرة رضي الله عنه أنه كان يحمل مع النبي صلى الله عليه وسلم إداوة لوضوئه وحاجتهو 
فبينما هو يتبعه بِا فقال من هذا؟ فقالص أنا أبو هريرة فقال أبغنِ أحجارا أستنفض بِاو ولَ ت تَينِ 
بعظم ولَ برواةو ف تَيته ب حَجار أحَلها فِ طرف اوبي حتى وضعت إلَ جنبهو ثْ انصرفتو حتى إذا 
فرغ مشيت معه فقلتص ما بال العظم والرواة؟ قال هما من طعام الْنو وإنه أتانِّ وفد جن نصيبي – 
نعم الْن – فس لَونِّ الزادو فدعوت الله لَم أن لَ يَروا بعظم ولَ برواة إلَ وجدوا عليها طعما. 25 
Sebagaimana didalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiyaAllahu ‘anhu bahawa sesungguhnya beliau pernah membawa idawah / bekas untuk diisi air (seperti gayung) untuk wudhu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam dan hajat beliau. Sedang aku mengikuti Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam aku mengikuti beliau dengan membawa gayung tersebut beliau sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapakah ini? Maka beliau berkata: Aku Abu Hurairah lalu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Dapatkan aku batu-batu untuk aku membersihkan dengan menggunakannya, janganlah kamu datangkan kepadaku dengan tulang atau kotoran binatang, maka akupun mendatangkan batu-batu yang aku bawa dihujung pakaianku, sehinggalah diletakkan disebelah beliau, kemudian aku beredar, sehinggalah setelah beliau selesai, akupun berjalan bersama beliau sollaLlahu ‘alahi wasallam lalu akupun bertanya: Kenapakah tidak boleh tulang dan kotoran binatang? Beliau berkata keduanya ini adalah merupakan makanan bagi golongan Jin, bahawa sesungguhnya telah datang kepadaku satu delegasi dari golongan Jin Nasiibiin – sebaik-baik golongan Jin – mereka telah meminta dariku bekalan makanan bagi mereka, lalu aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka berlalu satu tulang atau keluaran binatang melainkan mereka mendapati keatasnya makanan. 
Nasiibiin dikatakan sebagai suatu kota di negeri Syaam, dan Jinnnya adalah daripada golongan Jin yang terhormat, dikatakan pula ia adalah suatu perkampungan di Yaman 
25 Bukhari Kitabul Manaqibil Ansaar Bab dzikr Jin 171/7
21 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
yang bukan di Iraq dan dikatakan sesugguhnya mereka ini daripada ninawa, dan Jin Nasiibiin telah datang kepada Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasalam diMakah. Ibnu Hajar menyebutkan bahawa sesungguhnya ia adalah sebuah tempat diantara Syaam dan Iraq. 
Dalam riwayat Muslim dari Sya’biy sesungguhnya delegasi Jin mendatangi ke Makkah bahawasanya mereka berasal dari Jazirah Arab, 
Sebahagian BInatang melihat syaitan 
Dari Abu Hurairah radhiyaAllah ‘anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasalam bersabda: 
"إذا سمعتم نهيق الحمار فتعوذوا بالله من الشيطان فإنها رأت شيطانا وإذا سمعتم صياح الديكة فسلو 
الله من فضله فإنها رأت ملكا" متفق عليه. 
Sekiranya kamu mendengar pekikan keldai maka mintalah pelindungan dengan Allah daripada syaitan maka sesungguhnya ia telah melihat syaitan, dan sekiranya kamu dengar kokokan ayam jantan maka mintalah Allah daripada kelebihanNya maka sesungguhnya dia melihat Malaikat. 26 
Jin mencuri pendengaran dari langit 
Jin dan syaitan mencuri-curi pendengaran dari langit sebagaimana Allah berfirman: 
وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِِ السَّمَاءِ ب رُُوجًا وَزَي نََّّاهَا لِلنَّاظِرِينَ و وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُ ي ل شَيْطَانٍ رَجِيمٍ و إِلََّ مَنِ اسْتَ رَقَ 
السَّمْعَ فَ تََْ بَ عَهُ شِهَابٌ مُبِيٌ 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan. Surah al Hijr ayat `16-18. 
Sebagaimana setelah menerangkan bagaimana Allah menjadikan langit penuh dengan bintang-bintang sebagai perhiasan bagi mereka yang melihat dan kami peliharanya daripada setiap syaitan yang direjam melainkan kepada yang mencuri pendengaran kami ikuti mereka dengan bebola api yang jelas. 
Sebagaimana dalam sebuah hadits dari Aisyah radhiyaAllahu ‘anha berkata: 
26 Bukhari syarh fathul bary 350/6, dan Muslim syarh Nawawi 47/17
22 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
قلتص يا رسول الله إن الكهان كانوا يحداون بالشيء فنجده حقا قالص "تلك الكلمة الحق يُطفها 
الْنِو فيقذفها فِ أذن وليهو ويزيد فيها مائة كذبة" 27 
Aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya para dukun mereka mengatakan sesuatu yang perkara dan kami dapatinya sebagai benar, Nabi bersabda: “Itu adalah kalimah yang benar jin mencurinya dan lalu melontarkannya ketelinga walinya dan dia menambahkannya dengan seratus pendustaan. 
BIlakah Jin bertempiaran? 
Jin bertempiaran apabila masuk waktu malam, di sebahagian malam. 
Jin dari sudut keimanan, kekufuran, kebaikan dan kejahatan. 
Hukum kewujudan Jin dan Hukum sesiapa yang mengingkarinya. 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحََْٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ أُوحِيَ إِلَََّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ ن فََرٌ مِنَ الِْْ ي ن فَ قَالُوا إِنَّا سمَِعْنَا ق رْذنًا عَجَبًا ي هَْدِي إِلََ 
الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبي نَا أَحَدًا 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! 
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Surah Jin ayat 1-2 
وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 
27 Bukhari dalam Tibb bab 46, Tauhid Bab 57, Muslim dalam Salam hadits `122-124
23 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
يَا مَعْشَرَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ أَلََْ يَ تَِْكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ ي قَُصُّونَ عَلَيْكُمْ ذيَاتِِ وي نُْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ ي وَْمِكُمْ هَٰذَا قَالُوا 
شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنْ فُسِنَا وَغَرَّتْ هُمُ الحَْيَاةُ الدُّنْ يَا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْ فُسِهِمْ أَن هَُّمْ كَانُوا كَافِرِينَ 
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah- perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). Surah Al An’am ayat 130. 
وَلَوْ شِئْ نَا لَِتَ يْ نَا كُلَّ ن فَْسٍ هُدَاهَا وَلَٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِينِ لََْمْلََْنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الِْْنَّةِ وَالن اسِ أَمََْعِيَ 
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". Surah As Sajadah ayat 13 
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لََْ يَطْمِثْ هُنَّ إِنْسٌ قَ بْ لَهُمْ وَلََ جَانٌّ 
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; Surah Ar Rahman ayat 56 
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الِْنْسُ وَالِْْنُّ عَلَىٰ أَنْ يَ تَُْوا بِِِثْلِ هَٰذَا الْقُرْذنِ لََ يَ تَُْونَ بِِِثْلِهِ وَلَوْ كَ انَ ب عَْضُهُمْ لِبَ عْضٍ 
ظَهِ يرًا 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri" Surah Al Israa ayat 88. 
فَ لَمَّا قَضَيْ نَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلََّمُْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلََّ دَابَّةُ الَْْرْضِ تَ كَُْلُ مِنْسَ تَََهُ فَ لَمَّا خَ رَّ تَ بَ يَّ نَتِ الِْْنُّ أَنْ 
لَوْ كَانُوا ي عَْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِِ الْعَذَابِ الْمُهِيِ 
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina. Surah Saba’ ayat 14
24 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran adalah dalil yang Qat’iy menunjukkan akan kewujudan Jin dan perlunya beriman kepada apa yang Allah khabarkan daripada perkara yang Ghaib kerana beriman kepada perkara yang ghaib adalah daripada keimanan yang dituntut keatas orang yang bertaqwa yang mendapat petunjuk Allah. 
Dalil dari Sunnah / Hadits juga banyak kita akan sebutkan sebahagian sahaja kerana cukup satu sahaja sebagai dalil untuk membawa kepada keimanan apatah sekiranya datang dengan begitu banyak. 
Sebagai contoh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Urwah dari A’isyah beliau berkata: Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
خلقت الملَئكة من نور وخلق الْان من مارج من النار وخلق ذدم مِا وصح لكم 
Telah diciptakan malaikat daripada cahaya, dan diciptakan Jin dari api yang menyala dan diciptakan Adam sebagaimana yang telah disifatkan kepada kamu. 28 
Hukum bagi sesiapa yang mengingkari kewujudan Jin. 
Hadits-hadits seperti ini telah diriwayatkan oleh sahabat yang tsiqaat dari kalangan sahabat dan tabi’in dari Rasulullah As Sodiqul Masduq / yang benar lagi dibenarkan kata-katanya. Tidak ada peluang untuk mendustakannya atau mentakwilnya takwil yang Fasid. 
Sebagaimana hadits-hadits telah menerangkan secara terperinci akan sifat-sifat dan keadaan jin, maka dimana tsabit kesohihan hadits tersebut maka wajib mengimani maka mendustakannya adalah mendustakan akan Al Quran ini adalah kerana Allah memerintahkan agar beriman kepada apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam. Sebagaimana Allah berfirman: 
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْ زَلْنَا وَاللَّهُ بَِِا تَ عْمَلُونَ خَبِير Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. 
يَا أَي هَُّا الَّذِينَ ذمَنُوا ذمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِ تَابِ الَّذِي ن زََّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ والْكِتَابِ الَّذِي أَنْ زَلَ مِنْ قَ بْلُ 
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلََئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَ وْمِ الِْخِرِ فَ قَدْ ضَلَّ ضَلََلًَ بَعِيدًا 
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 
28 Muslim Kitabuz Zuhd 2294 / 4
25 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Dari dalil diatas adalah menunjukkan akan kewujudan Jin begitu juga secara langsung menunjukkan akan pertemuan dan penampakan kepada Jin daripada Nabi secara langsung atau dengan pembentukan kepada para sahabat. 
Dalil Aqliy juga tidak menolak kewujudan alam Jin ini kerana begitu banyak sekali makhluk-makhluk yang ada yang tidak kita nampak tetapi kita yakini akan kewujudannya, tidak melihat sesuatu tidak semestinya tidak wujud sesuatu itu. Contoh yang jelas ialah ruh tidak kita lihat dan tidak diketahui hakikatnya walaubagaimanapun kita beriman kewujudannya. 
Kaedah: Sebagaimana tidak wujudnya sesuatu tidak selazimnya / semestinya tidak wujudnya sesuatu. 
Maka mengingkarinya adalah mengingkari Al Quran; dalam apa yang dibawanya dan juga sebahagian daripada keimanan pada ghaib. Boleh mengeluarkan seseorang daripada Islam kerana Islam perlu diambil keseluruhannya dan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian adalah ciri-ciri kekufuran. 
Kerasukan Hakikatnya 
Kerasukan / Penyurupan Jin kepada manusia adalah suatu yang benar dan tidak boleh didustakan, sekiranya dimaksudkan sebagai صرع maka ia membawa kepada dua makna iaitu samada penyakit sawan / gila babi atau dimaksudkan sebagai rasukan jin.29 
Ini diperkukuhkan lagi daripada Kitab dan Sunnah yang menunjukkan keberlakuan kerasukan ini adalah benar. 
Sebagaimana Allah berfirman: 
ا لَّذِينَ يَ كَُْلُونَ اليربَا لََ ي قَُومُونَ إِلََّ كَمَا ي قَُومُ الَّذِي ي تََخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَ ي س ذَٰلِكَ بِ ن هَُّمْ قَالُوا إِنَََّّا 
الْبَ يْعُ مِثْلُ اليربَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَ يْعَ وَحَرَّمَ اليربَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَ بيهِ فَانْ تَ هَىٰ فَ لَهُ مَا سَلَحَ وَأَمْرُهُ إِلََ 
اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَ وَُلَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
Dari Ibnu Mas’ud radhiyaAllahu ‘anhu berkata: 
29 Fathul Bary 114/10
26 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا دخل فِ الصلَة يقولص أللهم إنِّ أعوذ بك من الشيطان 
الرجيم و همزه و نفخه و نفثه قالص همزه الموتهو ونفثه الشعرو ونفخه الكبرياء. 30 
Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam selalunya sekiranya ingin memasuki solat dia mengatakan Ya Allah aku meminta perlindungan dengan dari syaitan yang direjam da dari hamaznya dan nafakhnya dan nafatsnya. Beliau bersabda: Hamaznya adalah alMutah31 (kerasukannya), Nafatsnya yaitu syairnya dan nafakhnya keangkuhannya. 
Ruqyah 
Ruqyah adalah mentera yang dibacakan sebagai satu cara perawatan samada dari penyakit badan atau gangguan jin dan sihir. Ruqyah ada yang syar’ie dan yang tidak syar’ie bermakna dilarang. Ruqyah yang dilarang dan tidak syari’ie adalah sekiranya ada terdapat didalamnya kesyirikan dan kekufuran. Ini adalah kerana Jabir radhiyaAllahu ‘anhu berkata: Pernah keluarga daripada kaum Ansar dikenali dengan keluarga Amru bin Hazm selalu meruqyah daripada humah32. Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam pula pernah melarang dari meruqyah, maka mereka lalu mendatangi Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda melarang dari meruqyah dan sesungguhnya kami meruqyah dari humah. Maka Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam mengatakan kepada mereka: Bentangkan kepadaku (ruqyah yang kamu bacakan) maka Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak mengapa dengan ini (ruqyah ini) ini adalah boleh dipercayai.33 
Ruqyah pada awalnya dilarang kemudian diberi rukhsoh / keringanan lalu dibenarkan. Dari Abdur Rahman bin Al Aswad dari bapanya berkata: “Aku telah bertanya Aisyah radhiyaAllah berkenaan dengan humah beliau berkata: 
قالتص رخص النبي صلى الله عليه وسلم الرقية من كل ذي حَة. 
Nabi sollaLlahu’alaihi wasallam meringakan dari meruqyah dari setiap yang mempunyai sengatan. 
Dari Imraan bin Husain radhiyaAllahu ‘anhuma berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"لَ رقية إلَ من عي أو حَة" 34 
30 Hakim dan disohihkan oleh Imam Adz Dzahabi. 
31 Al Mutah adalah sejenis keadaan gila dan kerasukan yang dialami seseorang sekiranya dia sedar akan kembali akal fikirannya seperti keadaan orang yang tidur dan mabuk. 
32 Berkata Imam al Khottobiy: Humah setiap binatang yang melata yang mempunyai racun seperti ular atau kala jengking. Dikatakan juga bahawa humah ialah jarum / penyengat kala jengking dan tebuan gunakan untuk menyengat. 
33 Muslim di shohihnya. Sohih Ibnu Majah oleh Albaniy 2833. 
34 Musnad Imam Ahmad 438/4, Tirmidzi 2058 dalam Tibb, Abu Daud 3884
27 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Tidak ada ruqyah (lebih utama dan bermanfaat) melainkan dari ain atau humah. 
Begitu juga hadits Anas radhiyaAllahu ‘anhu : 
رخص رسول الله صلى الله عليه و سلم فِ الرقية من العي و الحمة والنملة 35 
Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam meringankan ruqyah daripada Ain, humah dan Namlah36 
Imam Nawawi berkata: Ini bukanlah bermakna bahawa ruqyah hanya dikhususkan untuk tiga-tiga tersebut, bahawasanya maknanya ialah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang tiga perkara ini maka nabi mengizinkan didalam ketiga- tiganya sekiranya ditanya yang lain sudah tentu mengizinkan kepada selainnya. Ini adalah kerana Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam pernah meruqyah dari selain tiga ini. 
Begitu juga dari hadits Jabir yang menunjukkan bahawa meruqyah dan memberi manfaat kepada orang lain sekiranya mampu perlu dilakukan. Jabir radhiyAllah berkata; Pakcikku sebelah ibu meruqyah daripada sengatan kala jengking, Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam meruqyah lalu beliau mendatangi Rasulullah solllahu ‘alalaihi wasallam: 
يا رسول الله! إنك نهيت عن الرقىو وأنا أرقي من العقرب فقال ص "من استطاع منكم أن ينفع اخاه 
فليفعل" 37 
Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda melarang dari ruqyah sedang aku meruqyah dari sengatan kala jengking lalu beliau bersabda: “Barang siapa yang diantara kamu yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.” 
Ruqyah yang syari’ie pula adalah ruqyah yang bersandarkan kepada Kitabullah dan sunnah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam dan juga termasuk ruqyah yang tidak ada pelanggaran syara’ 
Sebagaimana sekiranya ruqyah itu tidak mempunyai kesyirikan seperti didalam hadits berikut:- 
Serta hadits dari ‘Auf bin Malik Al Asyja’i - radhiallahu ‘anhu-, ia berkata: ”Kami dahulu menggunakan ruqyah pada masa jahiliyah, lalu kami tanyakan hal tersebut kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, ”Wahai Rasulullah, bagaimana menurut 
pendapatmu tentang ruqyah itu?” Beliau menjawab: 
اِعْرِضُوْا عَلَيَّ رِقَاكُمْ لَ بَ سََْ بِالُّرقَى مَا لََ يَكُنْ فِيه شِرْكٌ 
”Bacakanlah kepadaku ruqyah-ruqyah kalian, tidak mengapa menggunakan ruqyah selama tidak mengandung kesyirikan”8 
35 Muslim dalam sohihnya 185/14 
36 Namlah ialah luka yang keluar dari tepi badan, luka yang tidak keluar dari tepi juga sekiranya diruqyahkan akan pulih insyaAllah. 
37 Muslim 187/14
28 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Ruqyah juga dikenali sebagai azimah dan azaaim, yaitu orang Melayu menamakan sebagai azimat. 
Ruqyah yang tidak syar’ie pula adalah yang ada kesyirikan didalamnya atau kekufuran, jenis inilah yang Nabi pernah melarang kerana menyebabkan kesyirikan.  
Maka dengan ini ruqyah adalah untuk semua jenis penyakit jasmani mahupun rohani. Penyakit biasa atau penyakit disebabkan gangguan jin atau sihir. 
Adakah disyariatkan untuk merawat orang yang dirasuki syaitan 
Ibnu Mas’ud telah meruqyah seorang yang dirasuki dan ia telah disetujui oleh Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam. Ada riwayat yang Imam Ahmad merawat orang yang sakit dan ulama-ulama yang lain. 
Perbuatan ini telah dilakukan oleh ulama-ulama dari kalangan para salafus solehin dan juga para ulama terkemudian. 
Cara merawat rasukan Jin. 
Ada tiga tahap perawatan bagi rasukan jin ini. 
1) Tahap sebelum perawatan 
2) Tahap semasa merawat. 
3) Tahap selepas merawat. 
Tahap sebelum perawatan 
1- Siapkan suasana yang betul untuk merawat, keluarkan semua gambar-gambar dan patung-patung dirumah yang hendak dirawat sehingga mudah untuk para malaikat masuk kerumah. 
2- Keluarkan apa yang ada pada sisi pesakit dari ‘pendiding’ atau tangkal dan bakarlah ia sekiranya ada. 
3- Hendaklah tempat itu berjauhan dari nyanyian dan music 
4- Hendaklah tempat itu tidak ada dari larangan syara’ seperti ada percampuran antara lelaki dan wanita atau ada orang lelaki yang memakai cincin emas atau wanita yang membuka aurat. 
5- Memberikan ajaran kepada pesakit dan keluarganya sedikit pengajaran dari sudut aqidah agar hatinya berpaut kepada Allah dan tinggalkan apa yang selainNya. 
6- Menerangkan kepada pesakit dan ahli keluarga berkenaan dengan perbezaan antara cara perawatan yang disyariatkan dan yang tidak dan yang berkaitan dengan kesihiran. 
7- Bertanya kepada pesakit keadaannya dengan beberapa soalan-soalan yang ditujukan kepadanya seperti berikut:-
29 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
a. Adakah anda lihat mimpi yang menakutkan? 
b. Adakah anda melihat dalam mimpi akan jatuh dari tempat yang tinggi? 
c. Adakah anda melihat didalam mimpi binatang? Berapakah binatang tersebut? Adakah haiwan yang sama setiap kali mimpi? 
d. Adakah anda rasakan anda berjalan ditempat yang seram dalam mimpi anda? 
e. Adakah anda melihat binatang mengejarimu? 
8- Adalah digalakkannya untuk berwudhu sebelum memulakan perawatan dan juga dianjurkan orang-orang yang bersama-sama untuk berwudhu. 
9- Sekiranya pesakit seorang wanita hendaklah dia menutup auratnya dan diikat pakaiannya sebelum memulakan perawatan supaya tidak terbuka auratnya 
10- Jangan merawati wanita melainkan dengan keberadaan mahramnya. 
11- Hendaklah berdoa kepada Allah agar membantu anda dalam mengeluarkan jin ini. 
Tahap perawatan. 
Letakkan tangan anda diatas kepala pesakit kemudian dibaca ayat-ayat ini ditelinganya secara tartil.
30 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
31 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
32 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
33 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
34 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
35 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Cara bagaimana mengetahui kehadiran jin pada pesakit 
Boleh diketahui kehadiran Jin dalam diri pesakit sekiranya 
1) Memejamkan kedua mata, atau berkeliaran kedua mata, atau matanya pergi kepada hujung matanya atau dia meletakkan kedua tangannya keatas kedua matanya. 
2) Membesar urat-uratnya 
3) Memekik dan melolong 
4) Bergegar yang kuat dibadan atau bahagian hujung kaki dan tangan. 
5) Menyebut dengan namanya. 
Sekiranya diketahui akan kehadiran Jin boleh untuk menyoalnya beberapa soalan dengan soalan-soalan ini. 
1- Apakah namamu? 
2- Apakah agamamu? 
3- Apakah sebab engkau masuk kedalam jasad ini? 
4- Adakah bersama-sama denganmu selainmu? 
5- Adakah engkau bekerja dengan bersama dengan ahli sihir? 
6- Dimanakah engkau tinggal dalam jasad ini?
36 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Bagaimana berurusan dengan Jin Muslim 
Sekiranya anda mengetahui jin adalah muslim, maka boleh bertanya apakah sebab dia masuk kebadan pesakit? Dengan maklumat ini dapat dilakukan yang sepatutnya. 
A) Sekiranya dia masuk kerana keasyikannya kepada pesakit, perlu diterangkan keharaman perkara ini dan takutkanlah ia kepada adzab Allah dan balasanNya. 
B) Sekiranya sebabnya adalah kerana kedzoliman pesakit terhadapnya seperti tersiram air panas kepadanya atau terjatuh keatasnya dari tempat tinggi atau mengencingkannya. 
C) Sekiranya sebabnya adalah kedzoliman jin terhadap pesakit, tegaskan kepadanya bahawa kedzoliman adalah dosa besar dan balasan yang akan diterima sangat berat dan sesungguhnya kedzoliman adalah kegelapan pada hari Kiamat. 
Sekiranya dia terima dan ingin keluar maka bersyukur kepada Allah tetapi adalah boleh diambil perjanjian darinya seperti berikut: 
Aku berjanji kepada Allah Ta’ala akan aku keluar dari jasad ini dan tidak akan aku kembali lagi kejasadnya dan juga kepada sesiapa dari kalangan muslimin, dan sekiranya aku membatalkan janjiku maka keatasku Laknat Allah, malaikatNya dan laknat manusia sejagat, Ya Allah sekiranya aku ini jujur maka mudahkan urusan keluarku ni dan sekiranya ku berdusta maka engkau benarkanlah orang beriman mengatasiku dan Allah diatas apa yang aku katakan menyaksikan. 
Tetapkan keluarnya jin 
Sekiranya ia katakan akan keluar dari matanya atau tekaknya atau perutnya atau ditempat yang boleh membahayakan keatas pesakit maka laranginya tetapi keluarlah dari mulutnya, hidungnya, telinganya atau jari-jari tangan atau kakinya.dan katakanlah kepadanya sekiranya engkau telah kumpulkan dirimu dari jasad berilah salam sebelum engkau keluar. 
Memastikan jin telah keluar 
Kemudian setelah dikeluar perlu memastikan bahawa akan keluarnya kerana jin sangat suka menipu melainkan yang Allah pelihara dari dosa ini. 
Perlu untuk membaca ruqyah sekali lagi untuk kepastian sekiranya tiada kesan daripada pergerakan pada hujung anggotanya maka sudah benar-benar keluar sekiranya ada pergerakan maka dia masih lagi didalam badan dan perlu diruqyah lagi. 
Bagaimana berurusan dengan Jin Kafir 
1- Sekiranya mengetahui bahawa Jin adalah kafir, sebelum sesuatu bentangkan kepadanya agama Islam, dengan perbentangan yang menyeluruh dan jelas, dan perintahnya agar menerima Islam dan sekiranya ia terima ajarkan kepadanya cara bertaubat agar Allah menerima dari taubatnya dan diantara
37 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
bertaubat adalah dengan dia keluar dari jasad ini kerana perbuatannya ini adalah kedzoliman dan ia adalah perkara yang haram dalam Islam. 
2- Sekiranya mahu kekal diatas agamanya perintahnya agar keluar dari badan pesakit, sekiranya ia keluar Alhamdulillah sekiranya ia tidak mahu keluar boleh dengan cara berikut: - 
a. Memukul: ini perlu kepada kemahiran dalam memukul agar tidak memukul pesakit ini kerana jin boleh lari semasa memukul dan yang dipukul jadi pesakit. Dipukul dibahagian belikat, peha dan hujung kaki dan tangan. 
b. Membaca Al Quran: ia denan membaca surah-surah dan ayat yang memudharatkan jin dan akan terkesan dengan pembacaannya. 
Tahap selepas perawatan. 
Tahap ini adalah tahap yang penting dan merbahaya, mestilah pesakit memelihara dengan nasihat-nasihat yang mana dikedepankan sebagai cahaya dan petunjuk semasa hidupnya sehinggalah musuhnya tidak dapat kembali lagi kepadanya terlebih lagi dalam tahap ini. Nasihat-nasihat adalah berikut:- 
1. Memelihara solat lima waktu dimasjid 
2. Tidak mendengar kepada musik 
3. Berwudhu dahulu sebelum tidur dan membaca ayat kursiy dan dzikir tidur. 
4. Memelihara akan dzikir pagi dan petang. 
5. Membaca doa masuk tandas 
6. Membaca surah Baqarah dalam rumah pada setiap 3 hari. 
7. Membaca surah al Mulk sebelum tidur. 
8. Bersahabat dengan sahabat yang soleh dan menjauhi orang-orang yang ingkar kepada Allah 
9. Membaca Basmalah pada setiap nak lakukan sesuatu. 
10. Tidak tidur bersendirian. 
11. Nasihat kepada wanita agar menutup aurat dan jangan keluar rumah dalam keadaan berwangi-wangian kerana syaitan lebih dekat kepada wanita yang bertabaruj dan yang berwangi-wangian. 
12. Menjaga agar dapat sentiasa mendengar Al Quran dan membacanya satu juz sehari. 
Selepas sebulan dibacakan sekali lagi untuk kepastian tidak sekali didiami oleh syaitan. Dianjurkan agar sentiasa memeliharan akan dzikir-dzikir ini sebagai pembenteng yang kuat daripada syaitan-syaitan. 
Nasihat kepada Peruqyah 
Nasihat ini ditujukan bagi sesiapa yang diberi taufiq oleh Allah untuk merawati dengan menggunakan Ruqyah Syari’iyah agar ia menjadi cebisan-cebisan faedah untuk di ambil sebagai pedoman bagi jalan kebajikan ini yang menyampaikan kemanfaatan kepada orang lain. Ia boleh dirumuskan dengan nasihat-nasihat berikut: - 
1) Ikhlas kepada Allah.
38 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Hendaklah seorang peruqyah selalu matlamat dan kehendaknya dalam segala perbuatannya tidak menginginkan menunjuk-nunjuk (riyaa’) atau mendapat gelaran dan nama (sum’ah) atau hendak mengejarkan daripada dunia. Ini adalah kerana syarat penerimaan amalan sebagaimana yang dimaklumi ada 2; Keikhlasan kepada Allah dan Mutaba’ah / Mengikut kepada Kitab dan Sunnah. Dalil yang menunjukkan akan kepentingan ikhlas begitu banyak diantaranya Firman Allah Ta’ala: 
وَمَا أُمِرُوا إِالَّ لِيَعْبُدُوا االلََّ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الاصلََةَ وَيُؤْتُوا الازكَاةَ وَ لذََلِ يِِنُ الْقَيِّمَ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. 
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam sebuah hadits: 
وروى الإمام أحمد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: )إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر، قالوا: وما 
الشرك الأصغر؟ يا رسول الله، قال: الرياء، يقول الله عز وجل لهم يوم القيامة: إذا جُزِيَ الناس بأعمالهم اذهبوا 
إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا فانظروا هل تجدون عندهم جزاء( 
“Sesungguhnya yang paling aku takuti keatas kamu ialah syirik kecil. Mereka berkata: Apakah itu Syirik kecil wahai Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam? Beliau bersabda: “Riyaa’ Allah Ta’ala akan berfirman pada hari kiamat sekiranya orang ramai mendapat ganjaran daripada amalan-amalan mereka; pergilah kamu kepada mereka yang kamu menunjuk-nunjuk adakah kamu akan mendapat disisi mereka ganjaran” 
Kemungkinan tergerak didalam diri seorang perawat perasaan menunjuk- nunjuk apabila perbuatannya ini mula mendapat perhatian orang ramai, maka mereka mula memberikan perhatian kepadanya, mula meminta darinya ruqyah,maka waspadailah dari ini kerana sesungguhnya ia merupakan kelemahan diri yang akan membatalkan amalan-amalan soleh, hendaklah niatnya itu adalah merawat mereka yang ditimpa dengan ‘aini, sihir, dan rasukan adalah agar memanfaatkan mereka dengan menunaikan hajat-hajat mereka, serta menolak kesusahan yang telah meninmpa mereka, ini adalah kerana sesungguhnya kebajikan yang disampaikan kepada mereka mendapatkan pahala yang agung sebagaimana Nabi SollaLlahu’alahi wasallam bersabda: 
من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ومن يسر على معسر 
يسر الله عليه في الدنيا والآخرة ... والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. 38 
Barangsiapa yang meringankan dari seorang yang beriman sesuatu kesusahan dan kesusahan-kesusahan di dunia Allah akan meringankannya dari kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari Kiamat dan barangsiapa memudahkan keatas orang yang dalam kesempitan Allah akan memudahkan keatasnya di dunia dan akhirat dan Allah akan sentiasa membantu hamba selagi hamba itu membantu saudaranya. 
38 Sohih Muslim 4867
39 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Maka jadikanlah niat kita dalam meruqyah dalam menunaikan hajat mereka- mereka yang mendapat ujian dengan Ain, Sihir atau rasukan, sesungguhnya ganjaran yang besar disisi Allah menanti kita pada hari Kiamat kelak. Ameen. 
2) Berpegang teguh dengan Kitab dan Sunnah 
Sebagaimana yang perlu ditekankan bahawa amalan dan keta’atan agar diterima oleh Allah perlu memenuhi 2 syarat; keikhlasan dan mutaaba’ah iaitu mengikuti Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam dalam semua aspek dari kehidupan perawat dari sudut Aqidah, Ibadah dan Mu’amalat, hindarilah dari melakukan perkara yang bid’ah kerana sesungguhnya melarang kita dari melakukannya dalam banyak hadits diantaranya Sabdaan beliau sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari: 39 "در وهف هنم سيل ام اذه انرمأ يف ثدحأ نم" 
“Barangsiapa yang mengadakan perkara yang baru dalam urusan kami yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” 
Begitu juga sebuah hadits yang panjang yang masyhur : 
".....وإياكم و محدثات الأمور، فإنا كل محدثة بدعة و كل بدعة ضلالة" 
“Hindarilah dari perkara-perkara yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.”40 
Dalam berpegang kepada ajaran Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam adalah berpegang teguh kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam, berpegang kepada ajaran Nabi adalah berpegang kepada Ruqyah Syari’ayyah yang tepat dan benar datang dari Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam, dari petunjuknya sollaLlahu ‘alaihi wasallam, sahabat-sahabatnya, tabi’iun, tabi’ut tabiin yaitu para salafus solehin, hindarilah dari Ruqyah dan Tamimah / tangkal yang membawa kepada kesyirikan, Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam melarang dari menggunakannya. 
3) Memperbanyakkan dengan ibadat-ibadat Sunnah. 
Wasiat kepada peruqyahg ialah peliharalah solat berjemaan dengan berjemaah, banyakkan membaca Al Quran, selalu bergegas dalam mentaati perintah Allah, meninggalkan dari segalan yang dilarangnya sedang kamu sedang memerangi syaitan, tiada senjata bagimu melainkan ini, dari hadits Qudsi: 
39 Sohih Bukhari dalam kita As Sulh (2499), Muslim dalam Kitab Aqdiyah (3242) Abu Daud dalam Kitab Sunnah (3990), Ibnu Majah dalam Muqaddimah 14 
40 Abu Daud dalam Kitab Sunnah (3991), Musnah Ahmad (16521) dari Irbadh bin Saariyah.
40 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Sihir 
Dari sudut Bahasa: Ia adalah setiap yang halus dan tersembunyi sebabnya41. 
Begitulah dinamakan Sahur: Adalah kerana ia berlaku tersembunyi diakhir malam. 
Orang arab menamakan paru itu sebagai Sahr 
Dalam sebuah hadits Aisyah radhiyallah ‘anha berkata: 
"توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتي وفي يومي وبين سحري ونحري" 42 
Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam telah wafat didalam rumahku, pada hariku (giliranku) diantara dadaku dan leherku. 
Berkata al Azhari asal dari Sihr adalah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya, 
Sejarah Sihir 
Dalam menentukan sejarah bermulanya sihir ini, telah berlaku perbezaan pendapat diantara para sejarahwan. Sebahagian pengkaji yang mengkaji sejarah bermulanya sihir begitu jauh dalam sejarah kemanusiaan, mereka berhujah dengan apa yang di sebalik manusia dari tulisan-tulisan, tanda-tanda, serta gambar-garmbar dan kata- kata kuno yang didapati dirumah-rumah using dan kubur-kubur, ini sebenarnya ada kebenaran didalamnya, bukanlah sandaran kita diatas apa yang mereka berdalilkan sahaja, maka sesungguhnya hujah-hujah mereka masih ada kesangsian didalamnya, ini adalah kerana hujah sekiranya dilihat dari sejarah manusia yang begitu silam dan lampau manusia pada ketika belum dicatitkan sejarah ia adalah tahap apa yang sebelum sejarah. 
Sejarah mula dicatitkan sekiranya dikembalikan kepada 5 ribu tahun yang agak samar-samar, dan pengetahuan kita berkenaannya amat sedikit, oleh itu amat payah untuk kita menentukan dan menetapkan sebagaimana mereka menetapkan hanya dengan sandaran mereka terhadap kata-kata, tanda-tanda serta gambar-gambar yang diketemui manusia dan apa yang mereka mengetahuinya. 
Asas dan sandaran didalam membenarkan kata ini adalah firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala: 
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَ بْلِهِ مْ مِنْ رَسُولٍ إِلََّ قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مََْنُونٌ 
Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada 
41 Tafsir Ibnu Katsir 1/130 
42 Sebahagian dari hadits yang dikeluarkan oleh Bukhari 5/279 dalam wasoya dan Maghozi dan dalam Nikah
41 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila". (Dzariyaat : 25) 
Nas dari Al Quran secara umumnya menunjukkan bahawa semua umat telah menujukan kepada Rasul-Rasulnya dengan kata-kata yang Dzolim ini, yaitu dengan menuduh para Rasul dengan tuduhan mereka sebagai ahli sihir atau orang gila, dan ini bermakna bahawa seluruh umat telah mengenali akan kewujudan sihir dengan itu mereka menuduh para Rasul sebagai ahli sihir. 
Sebagaimana Rasul yang pertama yang diutuskan beliau adalah Nuh ‘alaihis salaam, dan tidak syak lagi bahawa sesungguhnya kaumnya juga melemparkan tuduhan ini kepada beliau berdalilkan dengan nas Al Quran Al Kareem. 
Berkata Imam Ibnu Hajar rahimahullah: Sihir telah ada di zaman Nuh ‘alaihis salaam, ketika Allah mengkhabar dari kaum Nuh ‘alaihis salaam bahawa sesungguhnya beliau adalah ahli sihir, begitu juga kisah Harut dan Marut ia berlaku sebelum Nabi Nuh ‘alaihis salaam sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Ishaaq dan selainnya.43 
Ibnu Hajar rahimahullah walaupun telah mengatakan bahawa disitu ada nas Al Quran yang jelas mengatakan bahawa kaum Nuh ‘alaihis salaam telah menuduhnya sebagai seorang ahli sihir. Maka sesungguhnya kata-kata ini tidak tepat, ini adalah kerana tidak didapati dari nas Al Quran dimana dikatakan dengan jelas berkenaan dengan ini, sekiranya beliau memaksudkan dengan berhujah dengan dalil dari nas yang umum yang mana dibawa dalilnya maka ini adalah benar dan tepat. 
Adapun apa yang dinukilkan dari Ibnu Ishaq bahawa kisah Harut dan Marut berlaku sebelum Nuh ‘alaihis salaam maka ini ada kemungkinannya, tetapi tidak kita jumpa satu dalil dari Kitab dan Sunnah yang membolehkan kita berdalil dengannya bagi menentukan masa yang berlakunya kisah ini. 
Begitu juga dakwaan dimana sebahagian berpendapat bahawa Sihir didalam sejarah manusia telah terlebih dahulu dari segala agama dan kepercayaan adalah tidak tepat ini adalah kerana sihir adalah penyelewangan dari jalan yang benar dan lurus. Allah telah menerangkan bahawa sesungguhnya manusia pada awalnya adalah mentauhidkan Allah dan berada didalam jalan yang lurus, hanya menyembah Allah yang Esa, Cukup bagi kita mengetahui bahawa manusia pertama yang dicipta Allah Ta’ala adalah Nabi Adam ‘alaihis salaam seorang Nabi yang mengenali Allah Tabaaraka wa Ta’ala, maka tidak boleh kita berpaling daripada ini selepas dapat penjelasan Allah untuk kita berpaling kepada kata-kata ahli sejarahwan dan ahli Ijtima’ dan sosial mendakwa kejahilan manusia dan kesesatan sebagai dasar, sedang Allah 
43 Fathul Baary 10/223
42 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
telahpun mengkhabarkan akan kebenaran , dan tiada selepas kebenaran melainkan kesesatan. 
Umat-umat terdahulu yang mengamalkan sihir 
Sihr Ahli Babil 
Babil adalah sebuah kota di Iraq di samping sungai Furat, kesan daripada kota ini masih kelihatan sehingga hari ini, ia adalah diantara kota teragung pada waktunya, kawasannya yang luas, penuh dengan kesenian dan ilmu-ilmu. Di antara ilmu ialah ilmu sihir dan ilmu falak. Maka ilmu sihir ini tersebar luas di sisi ahli Babil sehingga Allah memaklumkan didalam nas Al Quran. Berkata Ibnu Khaldun: “Adapun kewujudan Sihir pada ahli Babil dan mereka adalah daripada kalangan Kaldaniyuun daripada Nabat dan Suryaaniyuun maka mereka ini ramai, Al Quran telah mengatakannya dan telah datang daripada berita-berita dan ahli sihir di Babil dan Mesir pada ketika diutusnya Musa ‘alaihis salaam di pasar-pasar Nafiqah. 
وَاتَّ بَ عُوا مَا تَ تْ لُو الشَّيَاطِيُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِيَ كَفَرُوا ي عَُليمُونَ النَّاسَ 
ال ي سحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيِْ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا ي عَُليمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ ي قَُولََ إِنَََّّا نََْنُ فِتْ نَةٌ 
فَلََ تَكْفُرْ فَ يَتَ عَلَّمُونَ مِنْ هُمَا مَا ي فَُيرقُونَ بِهِ ب يََْ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَايرينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلََّ بِإِذْنِ اللَّهِ 
وَي تََ عَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلََ ي نَْ فَعُهُمْ وَلَقَدْ عَ لِمُوا لَمَنِ اشْتَ رَاهُ مَا لَهُ فِِ الِْخِ رَةِ مِنْ خَلََقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا 
بِهِ أَنْ فُسَهُمْ لَوْ كَانُوا ي عَْلَمُونَ 
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang- orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Baqarah : 106)
43 
Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 
Berkata Abu Bakar Ar Razi yang lebih dikenali dengan Al Jassos: “ Sesungguhnya Ahgli Babil mereka dahulu adalah dari kalangan Sobi’ah; yang menyembah akan planet-planet yang tujuh yang mereka menamakan tuhan-tuhan, mereka beri’tiqad bahawa alam ini semuannya dari perbuatan planet-planet ini, mereka ini adalah golongan Mu’atilah yang tidak mengiktiraf Pencipta yang Esa yang mencipta bintang- bintang dan setiap sesuatu pada alam ini. Mereka adalah kalangan yang Allah telah utus Ibrahim yang mengajak mereka kepada Allah dan berhujah dengan hujah-hujah yang tidak dapat mereka menolak kemudian mereka mencampaknya kedalam api dimana Allah menjadikannya sejuk dan sejahtera kemudian memerintahnya selepas itu berhijrah ke Syam. 
Berkata Al Jassos juga: “Sesunggunya Ahli Babil mereka dahulu menyembah berhala- berhala yang mereka buat diatas nama-nama planet-planet yang tujuh, dan mereka menjadikan setiap satu mempunyai bentuk yang didalamnya patungnya, dan mereka mendekatkan diri mereka kepadanya dengan pelbagai perbuatan bergantung kepada I’tiqad mereka dari bertepatan itu dengan planet-planet yang meminta daripadanya samada dari perbuatan yang baik atau jahat, maka barangsiapa yang inginkan sesuatu yang baik dan baik .., 
Beliau juga mengatakan: “Setiap dari pada pementeraan dengan cara Nabat merangkumi pengagungan planet-planet itu kepada apa yang mereka inginkan daripada kebaikan, kejahatan, kecintaan dan kebencian maka planet-planet tersebut akan memberikan mereka apa yang mereka hendakkan dan hajatkan, mereka mendakwa bahawa sesungguhnya mereka ketika itu melakukan apa yang mereka inginkan dengan tanpa menyentuh melainkan apa yang mereka kehadapankan dari sembahan kepada planet-planet yang mereka meminta darinya 
Sebahagian dari orang awam yang mendakwa bahawa sesungguhnya sihir itu boleh mengubah seseorang menjadi keldai atau anjing, kemudian sekiranya ia mahu akan mengembalikannya manusia, boleh menunggang telur atau penyapu, boleh terbang diatas angin boleh pergi ke Iraq ke India dan kemana-mana ia suka daripada negeri- negeri kemudian boleh dia kembali pada malam tersebut. 
Orang awam dari mereka juga beri’itqad demikian ini adalah kerana mereka menyembah planet-planet, dan setiap apa yang ahli sihir mengajak untuk mengagungkannya mereka mempercayainya, ahli-ahli sihir membuat helah kepada orang awam agar meyakini kebenaran kata-kata mereka…44 
Ahli dukun dan sihir dari kalangan Kaldaniyuun pula penuh dengan kekufuran dan kesyirikan yang berbeza dengan mengatakan bahawa planet-planet dan bintang- bintang mempunyai kesan terhadap kehidupan manusia, mereka menyandarkan kepada bintang-bintanga dan planet-planet banyak perkara; contoh darinya adalah apabila Nampak planet ‘Jupiter’ pada malam yang mempunyai bulan sebagai berita gembira wanita-wanita yang hamil adakan mendapat anak-anak lelaki, apabila nampak planet ‘Mercury’ pula menunjukkan akan ada pertambahan dalam urusan 
44 Lihat nukilan-nukilan ini di Ahkamul Quran oleh Jassos, 1/ 44-45, lihat juga di Milal dan Nihal oleh Syahrastaniy 2/5 dan 2/49.
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR
MEMAHAMI JIN DAN SIHIR

More Related Content

What's hot

Ebook gratis ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmad
Ebook gratis   ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmadEbook gratis   ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmad
Ebook gratis ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmadRohman Cahaya
 
Apa ertinya saya menganut islam dfy
Apa ertinya saya menganut islam   dfyApa ertinya saya menganut islam   dfy
Apa ertinya saya menganut islam dfyummuhani85
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercelanajikha
 
Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaRina Hafs
 
Al akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAl akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAzam Safari
 
Islam rukun dan makna
Islam rukun dan maknaIslam rukun dan makna
Islam rukun dan maknaHelmon Chan
 
Apa artinya saya menganut islam fathi yakan
Apa artinya saya menganut islam   fathi yakanApa artinya saya menganut islam   fathi yakan
Apa artinya saya menganut islam fathi yakanRahmat Hidayat
 

What's hot (19)

Jin dan syetan
Jin dan syetanJin dan syetan
Jin dan syetan
 
Tipu daya setan
Tipu daya setanTipu daya setan
Tipu daya setan
 
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
Ebook gratis ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmad
Ebook gratis   ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmadEbook gratis   ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmad
Ebook gratis ilmu hikmah, antara hikmah dan kedok perdukunan - perdana akhmad
 
Apa ertinya saya menganut islam dfy
Apa ertinya saya menganut islam   dfyApa ertinya saya menganut islam   dfy
Apa ertinya saya menganut islam dfy
 
Apa ertinya saya menganut islam karangan dr.fathi yakan
Apa ertinya saya menganut islam karangan dr.fathi yakanApa ertinya saya menganut islam karangan dr.fathi yakan
Apa ertinya saya menganut islam karangan dr.fathi yakan
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
Menjaga lidah
Menjaga lidahMenjaga lidah
Menjaga lidah
 
Pacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zinaPacaran = kredit zina
Pacaran = kredit zina
 
23 karakter munafik
23 karakter munafik23 karakter munafik
23 karakter munafik
 
Al akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudahAl akhlaaqul mahmuudah
Al akhlaaqul mahmuudah
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Islam rukun dan makna
Islam rukun dan maknaIslam rukun dan makna
Islam rukun dan makna
 
MENGENAL JIN
MENGENAL JINMENGENAL JIN
MENGENAL JIN
 
Ayat menghancur jin
Ayat menghancur jinAyat menghancur jin
Ayat menghancur jin
 
Doa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji waDoa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji wa
 
Kebersihan hati
Kebersihan hatiKebersihan hati
Kebersihan hati
 
Apa artinya saya menganut islam fathi yakan
Apa artinya saya menganut islam   fathi yakanApa artinya saya menganut islam   fathi yakan
Apa artinya saya menganut islam fathi yakan
 

Similar to MEMAHAMI JIN DAN SIHIR

keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...
keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...
keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...Muna Muna
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptxMuhammadDaud49625
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiatalaulawy
 
Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2alisaifudinhamz
 
Hari Raya Orang Mukmin.pptx
Hari Raya Orang Mukmin.pptxHari Raya Orang Mukmin.pptx
Hari Raya Orang Mukmin.pptxHaji Arifin
 
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDMODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDRambliPemula
 
Pagar diri dalam islam
Pagar diri dalam islamPagar diri dalam islam
Pagar diri dalam islamHelmon Chan
 
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Putrybq
 
Tafsir Surat an-Naas
Tafsir Surat an-NaasTafsir Surat an-Naas
Tafsir Surat an-NaasIdrus Abidin
 
Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Muhsin Hariyanto
 

Similar to MEMAHAMI JIN DAN SIHIR (20)

Husnudzon (3)
Husnudzon (3)Husnudzon (3)
Husnudzon (3)
 
keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...
keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...
keterkaitan ayat asmaul husna dengan hadis rasul dan dalam kehidupan sehari -...
 
Allah s wt
Allah s wtAllah s wt
Allah s wt
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
 
Malapetaka akhir jaman
Malapetaka akhir jamanMalapetaka akhir jaman
Malapetaka akhir jaman
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Kinerja setan 2
Kinerja setan 2Kinerja setan 2
Kinerja setan 2
 
Menutup Gerbang Setan
Menutup Gerbang SetanMenutup Gerbang Setan
Menutup Gerbang Setan
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2Rekonstruksi makna hijrah 2
Rekonstruksi makna hijrah 2
 
Hari Raya Orang Mukmin.pptx
Hari Raya Orang Mukmin.pptxHari Raya Orang Mukmin.pptx
Hari Raya Orang Mukmin.pptx
 
Tawadhu' (rendah hati) 01
Tawadhu' (rendah hati) 01Tawadhu' (rendah hati) 01
Tawadhu' (rendah hati) 01
 
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SDMODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
MODUL AJAR KELAS PAI IV KURIKULUM K13 SD
 
Tawadhu' (rendah hati)
Tawadhu' (rendah hati)Tawadhu' (rendah hati)
Tawadhu' (rendah hati)
 
Pagar diri dalam islam
Pagar diri dalam islamPagar diri dalam islam
Pagar diri dalam islam
 
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
 
Tafsir Surat an-Naas
Tafsir Surat an-NaasTafsir Surat an-Naas
Tafsir Surat an-Naas
 
Iman kepada malaikat
Iman kepada malaikatIman kepada malaikat
Iman kepada malaikat
 
Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01
 
Makalah "Taqwa"
Makalah "Taqwa"Makalah "Taqwa"
Makalah "Taqwa"
 

Recently uploaded

WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDAprihatiningrum Hidayati
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxArdianAlaziz
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxWahyudinHioda
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 

Recently uploaded (13)

WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 

MEMAHAMI JIN DAN SIHIR

  • 1. 1 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah Pembentang Abu Abdis Sittir U. Mohamad Zahir Bin Kasir Kerjasama Nahl Event & Al Fawzaan Edu. Ctr.
  • 2. 2 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. بسم الله الرحمن الرحيم إن الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره، نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له. و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده و رسوله. فإن أصدق الحديث كلام الله، و خير الهدي هدي محمد صلى الله عليه و سلم، و شر الأمور محدثاتها، و كل محدثة بدعة ، و كل بدعة ضلالة و بعد:              1                                2                          3 Sesungguhnya segala pujian kepada Allah dan kita memujiNya, meminta pertolonganNya dan meminta keampunan kepadaNya, Kita meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri- diri kita serta kejahatan amalan-amalan kita, barangsiapa yang diberi Allah hidayah maka tiada sesiapa yang boleh menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan maka tiada siapa yang memberinya petunjuk, aku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Esa tiada syarikat kepada bagiNya, dan Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. Maka sesungguhNya sebenar-benar perkataan adalah KalaamuLlah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad sollaLlahu ‘alaihi wasallam, dan seburuk-buruk perkara-perkara yang baru daripadanya, setiap daripada perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan. Alhamdulillah Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam  Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.  Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat benar (dalam segala perkara),  Supaya Ia membaiki amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa- 1 Surah Al ‘Imraan Ayat 102 2 Surah An Nisaa Ayat 1 3 Surah Al Ahzaab Ayat 70-71
  • 3. 3 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.  Allah Ta’ala mengkhabarkan permusuhan yang nyata berterusan diantara Syaitan serta tipu dayanya kepada manusia, kerana sesungguhnya ia akan membawa anak Adam kepada apa yang dibayangkan bahawa dia akan membawa mereka kepada kemanfaatan mereka kemudian dia berlepas tangan dan menyerahkan mereka kepada kemusnahan dan kemudian berdiri melihat dan bergembira serta mentertawakan kebodohannya. Allah berfirman. كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلِْْنْسَانِ اكْفُرْ فَ لَمَّا كَفَرَ قَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّه رَبَّ الْعَالَمِيَ (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!“ (surah al Hasyr ayat16) Allah Ta’ala berfirman: وَإِذْ زَيَّنَ لََمُُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالََمُْ وَقَالَ لََ غَالِبَ لَكُمُ الْيَ وْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِ ي نِّ جَارٌ لَكُمْ فَ لَمَّا تَ رَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَ يْهِ وَقَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِ ي نِّ أَرَىٰ مَا لََ تَ رَوْنَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِ يدُ الْعِقَابِ Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing- masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab Maka kehidupan ini adalah merupakan pergelutan diantara manusia dengan syaitan, sedang syaitan menginginkan agar dapat membinasakan manusia dan mengalahkannya, sebab itu perlu untuk kita berterusan dalam pergelutan dengan musuh yang paling ketat kita, kewajipan setiap muslim agar dapat terselamat dari pergelutan ini ialah dengan mengetahui dengan pengetahuan yang sempurna untuk terselamat dari tipu daya syaitan dan kelicikannya dapat agar kejayaan yang sebenar dengan mendapat keridhoan Rabb dan SyurgaNya. Ini adalah sebab utama kita mendalami akan ilmu Jin dan sihir, tujuan utama mengenalinya dari sudut hakikat sebenar setiap dari keduanya, apa yang perlu diketahui agar menjadi pedoman dan mengelakkan dari kepercayaan yang tidak ada kaitan kepada ajaran Islam.
  • 4. 4 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Jin Dari sudut Bahasa; Jin dengan berbaris bawah ٌ نِج adalah sebuah kata nama bagi jenis yang banyak, sekiranya satu dinamakan Jiniy ia diambil dari Ijtinaan dan ia adalah berselindung dan sesuatu yang tersembunyi. Ia dinamakan demikian kerana tersembunyi mereka dari penglihatan manusia, maka mereka tidak dapat dilihat, sekiranya ramai dinamakan Jinnaan dan mereka juga dinamakan Jinnah4 Dari kefahaman ini maka ia adalah sebalik dari Insan, ini adalah kerana asal insan adalah ins, sesungguhnya Ins ini dinamakan ins kerana Dzohirnya dan dapat dilihat dan pandangan dapat melihatnya, dinamakan juga Anastusy syaiaa آنست الشيء sekiranya saya dapat melihat sesuatu إذا أبصرته Begitu juga dikatakan لا جن بهذا الأمر Tidak ada jin dalam perkara ini, bermakna tidak ada yang tersembunyi dan tertutup dalam perkara ini. Mijan pula bermakna penghadang, in adalah kerana orang yang berperang akan menutup dirinya dengan menggunakannya (mijan) daripada panahan dan tikaman dan selainnya. Maka setiap sesuatu yang kamu mengambil untuk menyelamatkan dan memelihara diri adalah dinamakan Junnah daripadanya sabdaan Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: والصيام جُنَّةٌ dan puasa itu adalah penghalang kerana sesungguhnya ia menghalang pelakunya daripada bermaksiat. Dinamakan janin sebagai janin kerana ia tersembunyi di dalam perut ibunya sebagaimana Allah berfirman: الَّذِينَ يََْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الِْ ثِْْ وَالْفَوَاحِشَ إِلََّ اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَ كََُمْ مِنَ الَْْرْضِ وَإِذْ أَنْ تُمْ أَجِنَّةٌ فِِ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلََ ت زَُكُّوا أَنْ فُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بَِِنِ اتَّ قَىٰ (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Surah An Najm ayat 32 Al Janaan dinamakan juga sebagai hati; fulan rabitul janaan ialah kukuh hatinya, mereka mengatakan bahawa sebab dinamakan demikian kerana ia tertutup, dan dada seseorang telah menutupinya, begitu juga kerisauan, fikiran dan lintasan hati tersemat dan terselindung didalamnya, maka setiap yang menutup sesuatu sebagai janaan. Janan dibaca pendek dinamakan sebagai kubur atau kafan kerana ia menutup akan mayat. 4 Lisan Arab 13/95 dengan sedikit olahan.
  • 5. 5 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Al Jaann bapa Jin dicipta dari api, ia juga boleh jadi panggilan kepada Jin. Jaann juga boleh disebutkan sebagai sejenis dari jin matanya seperti dicelak bewarna dekat kekuningan tidak menyakiti orang ramai banyak didapati di dalam rumah orang ramai. Dalam sebuah hadits Nabi sollallahu ‘alaihi wasalaam sesungguhya melarang dari membunuh Jinnaan5 yaitu ular-ular yang didapati didalam rumah. Majannah pula dinamakan kalau sesuatu tempat yang banyak Jin didalamnya. Dari sudut Istilah pula lafadz Jin telah datang dalam al Quran pada ayat yang begitu banyak, dan dinamakan dengan nama mereka dalam satu surah ia adalah surah al Jinn, telah datang dari Sunnah yang suci begitu juga disebut dibeberapa tempat dan setiap daripada itu bahawasanya menunjukkan kepentingan dengan makhluk ini, ketikamana sesungguhnya ia berkongsi dengan manusia dalam pembebanan, Allah Ta’ala berfirman: وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Surah Adz Dzariyaat ayat 56 Dapat dirumuskan dari definasi yang pelbagai bagi Jinn bahawa sesungguhnya: Suatu jenis dari ruh-ruh yang berakal yang berkeinginan serta dibebankan sebagaimana yang dibebankan keatasnya manusia, terlindung dari deria mereka tidak dilihat keatas tabiat mereka dan tidak kepada bentuk mereka yang benar, mereka mempunyai keupayaan untuk menukar bentuk mereka, mereka makan dan minum dan bernikah serta mereka mempunyai dzuriat mereka akan dihisab diatas amalan- amalan mereka di akhirat.6 Definasi ini memberikan sifat-sifat yang terserlah bagi alam yang kita banyak menjahili dari tabiat kehidupannya, ini adalah kerana ia tidak kita nampak dari deria kita. Dari apa yang kita lalului bahawasanya Jin adalah makhluk yang berbeza dari kebiasaan manusia dari sudut bentuk, dan asas unsur apa yang mereka diciptakan darinya, bahawasanya mereka dicipta dari api berbeza pula manusia yang dicipta daripada tanah Allah Ta’ala berfirman: خَلَقَ الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, وَخَلَقَ الَْْانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 5 Sebuah hadits riwayat Muslim disohihnya dari Abu Lubabah, Kitab Salam Bab Qatl hayyaat wa ghairaha 6 Al Fasl fil milal wan nihal 12/5 lihat juga Aqaid Islamiyah Sayyid Sabiq
  • 6. 6 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Begitu juga makhluk ini memiliki kehidupannya yang khusus dari sudut pemakanan dan peminuman berbeza dari manusia, dan selain dari perkara tersebut yang merupakan sifat-sifat yang khusus ada kepada Jin. Sejarah Jin Ciptaan Jin adalah terlebih awal dari ciptaan manusia ini telah diterangkan dengan jelas nas-nas dari alQuran sesungguhnya Allah telah berfirman: وَلَقَدْ خَلَقْنَا الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَََإٍ مَسْنُونٍ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. وَالَْْانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَ بْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksudkan sebelum itu ialah sebelum ciptaan Adam ‘’alaihis salaam.7 Berkata Al Alusiy ddialam firmaan Allah: وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لَِْهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ لََمُْ قُ لُوبٌ لََ ي فَْقَهُونَ بَِِا وَلََمُْ أَعْيٌُ لََ ي بُْصِرُونَ بَِِا وَلََمُْ ذذَانٌ لََ يَسْمَعُونَ بَِِا أُولَٰئِكَ كَالَْْنْ عَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al ‘Araaf ayat 179 “Didahulukan Jinn ini adalah kerana sesungguhnya mereka adalah yang terlebih mengetahui dari kalangan Jin dan Manusia dan terlebih banyak bilangan dan ciptaan yang terlebih lama.8 Ada beberapa pendapat ulama yang menentukan jangka masa dan menerangkan bahawa sesungguhnya golongan Jin pernah tinggal dibumi sebelum manusia, daripada Mujahid daripada Abdullah bin Amr radhiyaAllahu ‘anhu pernah berkata: “Jinn dahulunya adalah keturunan Jaan berada dibumi sebelum 2 ribu tahun Allah menciptakan Nabi Adam a’alaihis salaam, mereka membuat kerusakan diatas bumi dan mereka menumpahkan darah lalu Allah mengutuskan tentera daripada kalangan Malaikat maka memukul mereka sehingga mereka pergi ke kepulauan dilautan lalu Allah Ta’ala berfirman kepada para malaikatNya: 7 8 Tafsir Ruhul Ma’aniy 9/119 dengan sedikit olahan.
  • 7. 7 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلََئِكَةِ إِ ي نِّ جَاعِلٌ فِِ الَْْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَ عَََْلُ فِيهَا مَنْ ي فُْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ اليدمَاءَ وَنََْنُ نُسَبيحُ بَِِمْدِكَ وَن قَُيدسُ لَكَ قَالَ إِ ي نِّ أَعْلَمُ مَا لََ تَ عْلَمُونَ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Ciri-ciri dan Sifat Jin Jin dicipta daripada api, api mempunyai sifat yang terserlah berbeza dari tanah yang mana manusia dijadikan. Al Quran telah membincangkan sebahagian daripadanya dan Sunnah / hadits telah menerangkannya dengan penerangan yang lebih luas, terdapat juga perbezaan pendapat oleh sebahagaian ulama bagi sebahagian daripada sifat-sifat ini, hanya apa yang kita akan terangkan adalah pandangan yang kuat. Jin pada realitinya mempunyai sifat-sifat yang kebanyakan sama dengan manusia, hanya sifat-sifat itu berbeza dari manusia dari sudut kebagaimanaan sebagai contoh adalah berikut: 1) Sesungguhnya jin mempunyai dzat dan sifat-sifat yang tersendiri serta mempunyai hakikat sifat berbeza dari sifat-sifat makhluk yang lain. Berkata Qadhi Abu Ya’la al Hanbali: Jin mempunyai jism-jism / bentuk badan yang bergandingan dan ia boleh menjadi halus atau kasar berbeza dengan pandangan Mu’tazilah mereka berpendapat bahawa Jin hanya mempunyai jism yang halus, kerana kehalusan ini ia tidak dapat dilihat. 9 Berkata Ibnu Hazm pula: “Mereka mempunyai bentuk badan yang halus, bersih bersifat angin tiada warna bagi mereka dan unsur mereka adalah dari api sebagaimana unsur kita adalah dari tanah dan ini sebagaimana yang telah didatangkan oleh Al Quran, Allah berfirman: وَلَقَدْ خَلَقْنَا الِْنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَََإٍ مَسْنُونٍ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. وَالَْْانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَ بْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu (kejadian manusia), dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Surah al Hijr ayat 26-27 وَخَلَقَ الَْْانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 9 Kitab Mu’tamad dalam Usuluddin m.s. 172
  • 8. 8 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Surah Ar Rahman ayat 15 Ini adalah salah satu punca keengganan Iblis menta’ati Allah agar sujud hormat kepada Nabi Adam ‘alaihis salaam kerana bermegah dari unsur kejadiannya pada hematnya lebih mulia dari unsur ciptaan Nabi Adam ‘alaihis salaam. قَالَ مَا مَنَ عَكَ أَلََّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْ رٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِِ مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِيٍ Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Surah al A’raaf ayat 12 2) Jin boleh merubah bentuk mereka dan dilihat Jin boleh merubah bentuk mereka kepada bentuk-bentuk yang pelbagai ini diisyaratkan kepadanya dalil dari Al Quran dan Sunnah. Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah: “Jin boleh menukar bentuk kepada bentuk manusia, binatang melata maka mereka menyerupai bentuk ular, kalajengking dan selainnya, begitu juga kepada bentuk unta, lembu, kambing, kuda, baghal dan keldai serta boleh menyerupai kepada bentuk burung begitu juga boleh menyerupai manusia.10 Tidak menghalang ciptaan mereka dari api untuk mengubah bentuk mereka kepada bentuk-bentuk yang pelbagai. Bukti-bukti bolehnya Jin bertukar-tukar bentuk dan boleh dilhat. Bukti dari Al Quran وَإِذْ زَيَّنَ لََمُُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالََمُْ وَقَالَ لََ غَ الِبَ لَكُمُ الْيَ وْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِ ي نِّ جَارٌ لَكُمْ فَ لَمَّا تَ رَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَ يْهِ وَقَالَ إِ ي نِّ بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِ ي نِّ أَرَىٰ مَا لََ تَ رَوْنَ إِ ي نِّ أَخَافُ اللَّهَ وَاللَّهُ شَدِ يدُ الْعِقَابِ Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing- masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya". 10 Iidhohul Dilalah fi ‘umumir Risalah m.s. 32
  • 9. 9 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Berkata Imam Tobary didalam tafsirnya berkenaan ayat ini. Dari Abdullah bin Abbas berkata: Telah datang Iblis pada hari Peperangan Badr dalam tentera-tentera syaitan bersama dengannya benderanya dalam bentuk seorang lelaki dari kalangan Bani Mudlij dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syum, maka berkata Syaitan kepada kaum musyrikiin: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu.. Maka apabila orang semua sudah berbaris Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam mengambil segenggam tanah dan melontarkannya berhadapan dengan wajah-wajah kaum musyrikiin, lalu mereka kemudian berpaling dan cabut lari; Suraqah dan tentera-tenteranya berpaling dan hendak cabut lari maka berkata seorang lelaki: Wahai Suraqah kamu mendakwa sesungguhnya kamu adalah penolong kami beliau lalu berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya" ini ketikamana dia telah melihat para malaikat. Dari bukti sejarah yang sesuai untuk dijadikan contoh bagi permasalahan ini adalah apa yang diriwayatkan sesungguhnya Syaitan menyerupai seorang dari Syeikh / pembesar dari Najd, ketikamana orang Quraisy berkumpul di sebuah balai untuk merancang terhadap Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam ini telah diterangkan oleh Allah Ta’ala, sebagaimana Allah berfirman: وَإِذْ يََْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ ي قَْتُ لُوكَ أَوْ يُُْرِجُوكَ وَيََْكُرُونَ وَيََْكُرُ اللَّهُ وَال لَّهُ خَيْ رُ الْمَاكِرِينَ Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. Bukti dari Sunnah
  • 10. 10 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Apa yang tsabit di sohihain dari Abu Hurairah sesungguhnya beliau berkata, bersabda Rasulullah sollaLlahu ‘alahi wasallam bersabda: Sesungguhnya Ifrit daripada kalangan jin telah cuba menggangguku malam semalam untuk memutuskan keatasku solatku, dan sesungguhnya Allah membuatku mampu keatasnya lalu aku mencekiknya, aku telah berniat untuk aku mengikatnya kesalah satu tiang dari masjid, sehingga kamu semua dapat melihatnya, kemudian aku teringat akan doa saudaraku Sulaimaan “Wahai Rabbku, ampunilah daku dan kurniakanlah daku kerajaan yang tidak layak seseorang selepasku diberikan” lalu Allah menolaknya dalam keadaan hina. ` Dalam sohih Muslim dari Abu Darda beliau berkata: “Rasulullah berdiri (solat) lalu kami mendengarnya berkata: “Audzubillahi minka” / “Aku meminta perlindungan Allah daripadamu” kemudian beliau berkata lagi: “Aku melaknatimu dengan laknat Allah” kemudian beliau meluruskan tangannya seolah-olah ingin mengambil sesuatu, maka apabila selesai dari solat kami pun berkata: wahai Rasulullah, kami telah mendengarimu sesuatu dimana kami belum pernah mendengarnya dari mu sebelum ini, begitu juga kami nampak kamu meluruskan tanganmu kedepan. Beliau bersabda: “Sesungguhnya musuh Allah Iblis telah datang dengan bebola api yang ingin dicampakkan kemukaku, lalu aku mengatakan: Aku meminta perlindungan dengan Allah daripadamu” tiga kali kemudian aku ingin menangkapnya kemudian aku mengatakan: Aku melaknatimu dengan laknat Allah yang sempurna dan dia tidak berundur, kemudian aku ingin menangkapnya, demi Allah sekiranya tidak kerana do’a saudaraku Sulaiman sudah pasti akan diikat ditiang masjid untuk anak-anak kecil Madinah bermain.
  • 11. 11 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 3) Jin saling bernikah dan berketurunan Golongan Jin saling bernikah dan berketurunan serta mereka mempunyai zuriat berkata Ibnu Hajar al Haitamiy: “Mereka berdalilkan dengan saling bernikahnya golongan jin diantara mereka adalah dari Firman Allah: وَإِذْ قُ لْنَا لِلْمَلََئِكَةِ اسْجُدُوا لِِدَمَ فَسَجَدُوا إِلََّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الِْْ ي ن فَ فَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَ بيهِ أَفَ تَتَّخِذُونَهُ وَذُيري تََّهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِِّ وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِيَ بَدَلًَ Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat- sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. Diantara dalil yang menunjukkan mereka ini saling bernikah dan beranak ialah firman Allah: فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لََْ يَطْمِثْ هُنَّ إِنْسٌ قَ بْ لَهُمْ وَلََ جَانٌّ Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; Berkata Ibnu Hajar al Haitami: Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya ia (Jin) berlaku kepada mereka at tomts yaitu Jima’”11 Berkata pula Fakhru Razi berkenaan ayat diatas: “apakah faedah didalam menyebutnya Jan sedangkan sekiranya Jan tidak berjima’? Kami mengatakan bukan begitu, bahkan jin mereka mempunyai anak-anak dan zuriat ada bahawasanya khilaf adalah adakah mereka boleh menjima’ manusia atau pun tidak? Apa yang masyhur adalah mereka boleh menjima’ manusia.12 Sekiranya jin tidak beranak pinak sudah pastilah pupus mereka dan tinggal satu pun dari mereka, kerana sesungguhnya telah pasti kematian mereka dengan dalil yang begitu banyak, sebagaimana halnya manusia dan sekiranya manusia tidak beranak pinak sudah pastilah pupus mereka. Dari Abdullah bin Amru radhiyaAllahu ‘anhuma berkata: Sesungguhnya Allah telah membahagikan diantara manusia dan jin 10 bahagian, maka Sembilan daripada bahagian ini adalah golongan Jin dan satu bahagian seorang tidaklah lahir dari kalangan manusia seorang anak, melainkan bersama akan lahir 9 anak dari kalangan Jin.13 11 Fatawa Haditisiyah m.s. 68 12 Tafsir al Kabeer 130/29 13 Dikeluarkan oleh Ala’udin al Hindiy dalam Kanzul Ummal 177-178
  • 12. 12 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 4) Mereka makan dan minum Golongan Jin makan dan minum, masalah ini ada berapa pendapat ulama berkenaan dengannya; 1. Semua jin makan dan minum 2. Semua jin tidak makan dan minum 3. Sebahagian makan dan minum sebahagian tidak makan dan minum. Sebahagian ulama yang mengatakan sebahagian makan dan minum sebahagian lain pula tidak makan dan minum dengan bersandarkan kepada hadits Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam: "خلق الله الْن الَاة أصنافص صنح حيات وعقارب وخشاا الْرضو وصنح كاريح فِ الَواءو وصنح عليهم الحساب والعقاب" Allah menciptakan Jin tiga jenis: satu jenis berupa ular, kala jengking dan binatang yang melata diatas bumi dan satu jenis seperti angin diudara, dan satu jenis keatas mereka penghisaban dan balasan. Berkata as suhaili, kemungkinan jenis yang kedua ia adalah jenis yang tidak makan dan minum sekiranya benar bahawa jin tidak makan dan minum. Berkata Imam Ibnu Hajar al Haitamy telah berkata Imam Fakhrud din ar razi: “ulama bersepakat bahawa para Malaikat tidak makan dan munum serta tidak bernikah adapun Jin maka sesungguhnya mereka makan, minum dan bernikah serta beranak pinak. Apa yang menunjukkan akannya adalah nas-nas yang menunjukkan bahawa Jin makan dan minum tanpa mengkhususkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain, dalam sebuah hadits dari Abdullah bin Mas’ud radhiyaAllahu ‘anhu beliau berkata Rasulullah bersabda: أتانِّ داعي الْنو فذهبت معهو فقرأت عليهم القرذن قالص فاتطلق بنا ف رَانا ذاارهم وذاار نيرانهمو وس لَوه الزاد فقالص لكم كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع فِ أيديكم أوفر ما يكون لحماو و كل بعرة علح لدوابكمو فقال رسول الله صلى الله عليه و سلمص فلَ تستنجوا بِما فإنهما طعام إخوانكم" 14 “Telah datang kepadaku satu Jin, maka aku pun pergi bersamanya lalu aku membacakan kepadanya Al Quran” beliau berkata: Maka Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam membawa kami pergi menunjukkan kepada kami kesan-kesan mereka dan bekas api nyalaan mereka, mereka menanyanya bekalan maka Nabi bersabda: Untuk kamu setiap tulang yang disebut nama Allah diatasnya (sewaktu sembelihan) yang berada ditangan-tangan kamu yang merupakan daging yang cukup banyak begitu juga setiap kotoran yang keluar dari binatang 14 Muslim Kitabus Solah Bab al Jahr bil Qiraati fis subh 1/332
  • 13. 13 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. ternakan sebagai makanan bagi binatang ternakan kamu. Lalu Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maka Janganlah kamu beristinjak dengan menggunakan keduanya kerana sesungguhnya keduanya adalah merupakan makanan bagi saudara-saudara kamu.” Begitu juga hadits yang dikeluarkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: قدم وفد الجن على النبي صلى الله عليه و سلم: فقالوا: يا محمد: انهَ أمتك أن يستنجوا بعظم أو روثة أو حممة 15 ، فإن الله تعالى جعل لنا فيها رزقا، فنهى النبي صلى الله عليه عن ذلك. 16 Telah datang delegasi Jin kepada Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam mereka berkata: Wahai Muhammad: Larangilah umatmu dari beristinjak dengan menggunakan tulang atau kotoran (dari binatang ternakan) atau arang, sesungguhnya Allah Ta’ala telah menjadikan bagi kami didalamnya sebagai rezeki, lalu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam melaranginya. Nabi larang kita makan dengan menggunakan tangan kiri bahkan makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan. Daripada Abdullah Bin Umar radhiyaAllahu ‘anhuma sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: "إدا أكل أحدكم فلي كَل بيمينهو وإذا شرب فليشرب بيمينهو فإن الشيطان ي كَل بشماله ويشرب بشماله" Sekiranya salah seorang dari kamu ingin makan maka makanlah dengan menggunakan tangan kanan dan sekiranya hendak minum minumlah dengan menggunakan tangan kanan, kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan menggunakan tangan kirinya. Begitu juga yang menunjukkan golongan jin makan dan minum daripada Jabir Bin Abdullah sesungguhnya beliau mendengar Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: "إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطانص لَ مبيت لكم ولَ عشاءو وإذا لَ يذكر الله عند طعامه قالص أدركتم المبيت والعشاء" 17 Sekiranya seseorang lelaki memasuki rumahnya lalu mengingati Allah ketika dia masuk kerumahnya dan ketika dia keluar akan berkata syaitan: Tidak ada tempat bermalam bagi kamu dan tidak ada makan malam bagi kamu sekiranya dia tidak mengingati Allah ketika makan berkata syaitan: kamu mendapatkan tempat tinggal dan makan malam. Hadits membaca doa Bismillahi awwalahu wa akhiraahu18 Ulama berbeza pendapat berkenaan bagaimana cara jin makan dan minum; 15 Bermakna - Arang Jami’ul Usul 146/7 16 Abu Daud Kitabut Toharah Bab larangan dari beristinjak dengan menggunakannya. 17 Muslim kitabul Asyribah 1598/5 Musnad Ahmad 383/3, Abu Daud Kitabul Ati’amah. 18
  • 14. 14 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 1. Ada yang mengatakan bahawa mereka makan dan minum dengan hiduan dan bauan dan bukan mengunyah dan menelan. 2. Sebahagian mengatakan bahawa mereka makan dan minum dengan mengunyah dan menelan Hadits diatas menunjukkan bahawa sekiranya dia boleh memuntahkan bermakana dia juga boleh menelan. 5) Mereka adalah dari kalangan mukallaf; mempunyai keinginan dan pilihan. Golongan Jin adalah golongan yang diberikan bebanan iaitu Mukallaf seperti manusia, mereka mempunyai kehendak dan pilihan dan ini yang disaksikan baginya ayat-ayat al Quran dan Hadits Nabi. Allah Ta’ala berfirman: وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Allah juga berfirman : يَا مَعْشَرَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ أَلََْ يَ تَِْكُمْ رُسُلٌ مِنْكُ مْ ي قَُصُّونَ عَلَيْكُمْ ذيَاتِِ وي نُْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ ي وَْمِكُمْ هَٰذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنْ فُسِنَا وَغَرَّتْ هُمُ الحَْيَاةُ الدُّنْ يَا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْ فُسِهِمْ أَن هَُّمْ كَانُ وا كَافِرِينَ 19 Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul- rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat- ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya m ereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul- rasul itu). Ayat-ayat seperti ini menunjukkan akan ancaman kepada golongan Jin dan Manusia dengan adzab api neraka, atau ayat yang menunjukkan kerugian mereka yang tidak melaksanakan kewajipan Allah sebagaimana Allah berfirman: وَقَ يَّضْنَا لََمُْ قُ رَنَاءَ فَ زَي نَُّوا لََمُْ مَا ب يََْ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِِ أُمَ مٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَ بْلِهِمْ مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ إِن هَُّمْ كَانُوا خَاسِرِينَ 20 Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) 19 Al An’aam ayat 130 20 Fussilat ayat 25
  • 15. 15 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara- perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). Ini semua adalah merupakan dalil akan pembebanan Jin terhadap segala bebanan hukum-hukum Allah. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kehendak dan pilihan kalau tidak mereka sudah tentu tidak dituntut untuk beriman dan meninggalkan kekufuran, 6) Ciri-ciri yang berbeza dari mereka adalah pergerakan yang pantas / cepat dan kemampuan yang boleh melakukan kerja-kerja yang berat. Allah mengkhususkan golongan Jin daripada golongan manusia dengan kemampuan dan kemahiran yang besar, Allah telah membuat golongan Jin berkhidmat dan membantu Nabi Sulaiman ‘alaihis salaam, mereka membina untuk Nabi Sulaiman istana-istana, begitu juga empangan-empangan serta membina baginya patung-patung Allah berfirman: ي عَْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَََارِيبَ وَتَََااِيلَ وَجِفَانٍ كَالَْْوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا ذلَ دَ اوُودَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. Allah menerangkan bagaimana periuk-periuk besar yang tetap menunjukkan kekuatan dan kemampuan Jin untuk melakukan kerja-kerja yang susah dilakukan oleh manusia. Ini juga dapat dilihat bagaimana ‘Ifrit bersedia untuk mendatangkan singgah sana Ratu Balqis Allah berfirman menerangkan perbualan Ifrit kepada Nabi Sulaiman: قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الِْْ ي ن أَنَا ذتِيكَ بِهِ قَ بْلَ أَنْ تَ قُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِ ي نِّ عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِيٌ Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". 7) Mereka mati dan akan dibangkitkan selepas kematian.
  • 16. 16 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Golongan Jin adalah makhluk yang akan mati sebagaimananya mati manusia, dalil daripada Al Quran yang menunjukkan bahawa mereka juga akan mati Firman Allah Ta’ala : أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِِ أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَ بْلِهِمْ مِنَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ إِن هَُّ مْ كَانُوا خَاسِرِينَ Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi. Dalil dari Sabdaan Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam berkenaan kematian Jin: فعن ابن عباس أن النبي صلى الله علىيه وسلم كان يقولص أعوذ بعزتك الذي لَ إله إلَ أنت الذي لَ يَوت والْن و النس يَوتون 21 Daripada Ibnu Abbas radhiyaAllahu ‘anhu pernah membaca doa ini: Aku meminta dengan kemuliaan dan keperkasaanMu yang tiada sesembahan yang layak disembah melainkanMu yang tidak mati sedang Jin dan Manusia akan mati. Dalil ini adalah paling jelas menerangkan bahawa golongan Jin mati sebagaimana matinya manusia. Begitulah dalil yang menunjukkan kematian Jin yang berbentuk ular dan sebagainya. 8) Mereka tinggal di bumi ini. Golongan Jin tinggal dibumi ini sebagaimana manusia tinggal didalamnya. Ini berdasarkan kepada dalil ayat Sebagaimana Allah berfirman: فَ زَََلََّمَُا الشَّيْطَانُ عَنْ هَا فَ خََْرَجَهُمَا مَِِّا كَانَا فِيهِ وَقُ لْنَا اهْبِطُوا ب عَْضُكُمْ لِبَ عْضٍ عَدُ وٌّ وَلَكُمْ فِِ الَْْرْضِ مُسْتَ قَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلََٰ حِيٍ Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". Imam Tobary menerangkan dalil ini menunjukkan bahawa turunnya Nabi Adam alaihi wasallam dan isterinya serta kedua musuh mereka Iblis pada waktu yang sama, sehingga Allah mengumpulkan mereka pada khabar berkenaan dengan 21 Bukhari Kitabut tauhid Bab Firman Allah و هو العزيز الحكيم 368/13 , Ibnu Hibba di sohihnya 182/2
  • 17. 17 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. turunnya mereka selepas kesilapan yang telah mereka lakuikan begitu juga dengan iblis menjadi sebab kepada penurunan tersebut sebagaimana apa yang Allah sifatkan berkenaan dengan mereka. Begitu juga ayat berikut menerangkan bahawa bumi ini dijadikan untuk ‘Anaam’ yaitu Jin dan Manusia, atau semua makhluk yaitu merangkumi golongan yang dua ini dan bukan dimaksudkan sebagai manusia sahaja, ini lebih dikuatkan dengan Firman Allah selepasnya: وَالَْْرْضَ وَضَعَهَا لِلَْْنَامِ Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia, JIn dan makhluk- makhlukNya yang lain: Selepas Allah menerangkan bagaimana di atas bumi ini ada buah-buahan pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. فَبِ يََ ي ذلََ ءِ رَبيكُمَا تُكَيذبَانِ Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang kamu berdua hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Ini menunjukkan bahawa Jin dan Manusia tinggal di bumi, melainkan bahawa golongan Jin lebih banyak tinggal ditempat-tempat yang jauh dari manusia, seperti gua-gua, bilik air, tempat membuang sampah, perkuburan dan pergunungan sebagaimana didalam sebuah hadits: Diantaranya adalah hadtis: إن هذه الحشوا مَتضرة فإذا أتى أحدكم الخلَء فليقلص أعوذ بالله من الخبث و الخبائث. 22 Sesungguhnya tandas-tandas ini dihadhiri oleh golongan syaitan maka sekiranya salah seorang dari kamu mendatangi tandas maka katakan: Aku meminta perlindungan Allah dari Khubts (jenis jin jantan) dan Khabaaits (jenis betinanya) Nabi juga mewasiati Salman al Farisy radhiyaAllahu dengan sabdanya: لَ تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولَ ذخر من يُرج منهاو فإنها معركة الشيطانو وبِا ينصب رايته. 23 Janganlah jadi sekiranya engkau mampu orang yang pertama yang memasuki pasar dan orang yang terakhir keluar darinya maka sesungguhnya ia adalah peperangan syaitan disitulah dia memacakkan panji-panjinya / bendera- benderanya. Ada juga beberapa golongan Jin yang tinggal dirumah-rumah bersama manusia sebagaimana dan mereka dinamakan sebagai Jinnaanul Buyut (Jin- jin rumah) ia adalah dengan pembentukan ular, sebagaimana kisah seorang sahabat yang bergelut dengan jin yang berbentuk ular dirumahnya, sebab itulah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam melarang membunuh ular-ular yang ada dirumah-rumah sebelum memberi amaran kepadanya, kerana ada diantara jin tersebut beriman. 22 Abu Daud Kitabut toharah Bab memasuki tandas 16/1, Musnad Ahmad 369/4 23 Muslim Kitabul Fadhoilis Sohabah.
  • 18. 18 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Jenis-jenis Jin Jin mempunyai jenis-jenis yang pelbagai, mereka dari asal kejadian mereka secara umum, berbeza setiap dari jenis-jenis tersebut dari yang lain. Mereka mempunyai qabilah-qabilah yang berbeza diantara mereka jantan dan betina, mereka juga berbeza dari sudut ‘itiqad; ada diantara mereka yang beriman dan ada yang kafir, ada yang soleh dan yang toleh (sebalik dari soleh) mereka ini berpuak-puak dan kumpulan-kumpulan yang berbeza dan apa-apa yang berkaitan dengan jenis-jenis mereka. Jin dari sudut asal ciptaan mereka dan kekuatan Jin dari sudut asal ciptaan Allah kepada mereka berbeza-beza, sebahagian daripada mereka menyerupai ular, anjing dan haiwan-haiwan yang lain sebahagian mereka boleh terbang sebahagian tinggal disuatu tempat ada pula yang berpindah-randah. Sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadits berkenaan dengan jenis-jenis Jin. Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: الْن على الَاةص فثلث لَم أجنحة يطيرون فِ الَواءو والث حيات وكلَبو و الث يحلون و يظعنون. 24 Jin ada tiga jenis: 1/3 daripadanya mempunyai sayap dan terbang di udara, 1/3 ular dan anjing, 1/3 tinggal di satu tempat dan sebahagian pula berpindah randah. Didalam tafsir Ibnu Abbas radhiyaAllahu ‘anhu berkata: Jin ada tiga bahagian: sebahagian di udara, sebahagian naik dan turun bagaimana ia suka, sebahagian seperti anjing dan ular. Daripada Abu Darda’ radhiyaAllahu ‘anhu berkata Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alahi wasallam bersabda: عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلمص خلق الله الْن الَاة أصنافص صنح حيات وعقارب وحشاا الْرضو وصنح كالريح فِ الَواءو وصنح كبنِ ذدمو عليهم الحساب والعقاب. “Allah mencipta golongan Jin tiga jenis: Satu dari jenisnya; ular, kala jengking dan binatang yang melata, Ada jenis seperti angina di udara, ada pula jenis seperti anak Adam keatas mereka hisab dan balasan. Daripada jenis-jenis Jin ini adalah juga jenis berikut: 24 Al Baihaqi fi Asmaai was sifaat.
  • 19. 19 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. 1. Ifrit : Ia adalah golongan Jin yang melampau dari sudut kekuatan, kejahatan dan licik. Sebagaimana Allah berfirman berkenaan dengan perbualana Nabi Sulaiman dengan Jin Ifriit: قَالَ يَا أَي هَُّا الْمَلَُْ أَيُّكُمْ يَ تَِْينِِ بِعَرْشِهَا قَ بْلَ أَنْ يَ تَُْونِِّ مُسْلِمِيَ قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الِْْ ي ن أَنَا ذتِيكَ بِهِ قَ بْلَ أَنْ تَ قُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِ ي نِّ عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِيٌ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah Begitu juga hadits Ifriit yang ingin memutuskan solat Nabi sollaLlahu 2. Khubbal : Ia adalah golongan jin yang menyakiti manusia, dinamakan orang yang dirasuki Jin sebagai mukhabbal 3. Ghoul : Ia dikatakan sebagai ahli sihir dari kalangan Jin atau Jin yang mengganggu manusia samada dengan menyesatkan dari perjalanan seseorang atau menyerupai wanita cantik, hodoh pendek tinggi dan sebagainya sehingga menyerupai sesuatu haiwan untuk menakutkan orang ramai., Masyarakat kita dalam menamakan gangguan jin ini menamakan dengan beberapa nama-nama yang tidak kita dapati daripada Al Quran mahupun Sunnah yang menerangkannya bahkan dalam menamakannya demikian ada membawa kefahaman yang salah diantara nama-nama yang diberi ialah: Pocong, Toyol, Pontianak / Cik Pon, jembalang, hantu raya, Sundelbolong dan sebagainya. Nama-nama tersebut tidak ada petunjuk berkenaan dengannya adapun apa yang berkaitan dengan golongan jin adalah perkara ghaib, dan kepercayaan kepada hantu adalah kepercayaan yang bercanggah dari aqidah Islamiyah ini adalah kerana kita meyakini bahawa sesungguhnya selepas kematian seseorang akan berpindah ruh mereka kepada suatu alam yang lain, yaitu alam barzakh, tiada pengecualian kepada sesiapa untuk tidak melalui proses ini. Jin juga mempunyai Qabilah / Puak dan Berkaum. Jin juga berqabilah dan berkaum, Allah Ta’ala telah menerangkan bahawa Jin ini mempunyai kaum yang berbeza. Dimana Allah mengkhabarkan bagaimana golongan Jin yang mendengar kepada Al Quran daripada Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam kemudian mereka pergi kepada kaum mereka memberi peringatan kepada kaum kerabatnya Allah berfirman:
  • 20. 20 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. يَا قَ وْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَذمِنُوا بِهِ ي غَْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيَُِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Berkata Imam Al Qurtubiy bahawa Ats Tsumaaliy berkata: Telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya mereka adalah dari kalangan Bani / Puak Asy Syisibaan dari kalangan Jin yang paling banyak bilangannya dan kekuatannya dan kebanyakan dari mereka adalah dari tentera Iblis. Ini adalah menunjukkan bahawa golongan Jin perkauman, keluarga dan kerabat; sebagaimana halnya manusia dan ini tidak menakjubkan dan sesungguhnya mereka ini bernikah dan beranak pinak. Sebagaimana mereka bersandar kepada kaum dan kabilah mereka, mereka juga bersandar kepada kawasan dari mana mereka berasal. ففي حديث أبي هريرة رضي الله عنه أنه كان يحمل مع النبي صلى الله عليه وسلم إداوة لوضوئه وحاجتهو فبينما هو يتبعه بِا فقال من هذا؟ فقالص أنا أبو هريرة فقال أبغنِ أحجارا أستنفض بِاو ولَ ت تَينِ بعظم ولَ برواةو ف تَيته ب حَجار أحَلها فِ طرف اوبي حتى وضعت إلَ جنبهو ثْ انصرفتو حتى إذا فرغ مشيت معه فقلتص ما بال العظم والرواة؟ قال هما من طعام الْنو وإنه أتانِّ وفد جن نصيبي – نعم الْن – فس لَونِّ الزادو فدعوت الله لَم أن لَ يَروا بعظم ولَ برواة إلَ وجدوا عليها طعما. 25 Sebagaimana didalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiyaAllahu ‘anhu bahawa sesungguhnya beliau pernah membawa idawah / bekas untuk diisi air (seperti gayung) untuk wudhu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam dan hajat beliau. Sedang aku mengikuti Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam aku mengikuti beliau dengan membawa gayung tersebut beliau sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapakah ini? Maka beliau berkata: Aku Abu Hurairah lalu Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Dapatkan aku batu-batu untuk aku membersihkan dengan menggunakannya, janganlah kamu datangkan kepadaku dengan tulang atau kotoran binatang, maka akupun mendatangkan batu-batu yang aku bawa dihujung pakaianku, sehinggalah diletakkan disebelah beliau, kemudian aku beredar, sehinggalah setelah beliau selesai, akupun berjalan bersama beliau sollaLlahu ‘alahi wasallam lalu akupun bertanya: Kenapakah tidak boleh tulang dan kotoran binatang? Beliau berkata keduanya ini adalah merupakan makanan bagi golongan Jin, bahawa sesungguhnya telah datang kepadaku satu delegasi dari golongan Jin Nasiibiin – sebaik-baik golongan Jin – mereka telah meminta dariku bekalan makanan bagi mereka, lalu aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka berlalu satu tulang atau keluaran binatang melainkan mereka mendapati keatasnya makanan. Nasiibiin dikatakan sebagai suatu kota di negeri Syaam, dan Jinnnya adalah daripada golongan Jin yang terhormat, dikatakan pula ia adalah suatu perkampungan di Yaman 25 Bukhari Kitabul Manaqibil Ansaar Bab dzikr Jin 171/7
  • 21. 21 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. yang bukan di Iraq dan dikatakan sesugguhnya mereka ini daripada ninawa, dan Jin Nasiibiin telah datang kepada Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasalam diMakah. Ibnu Hajar menyebutkan bahawa sesungguhnya ia adalah sebuah tempat diantara Syaam dan Iraq. Dalam riwayat Muslim dari Sya’biy sesungguhnya delegasi Jin mendatangi ke Makkah bahawasanya mereka berasal dari Jazirah Arab, Sebahagian BInatang melihat syaitan Dari Abu Hurairah radhiyaAllah ‘anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasalam bersabda: "إذا سمعتم نهيق الحمار فتعوذوا بالله من الشيطان فإنها رأت شيطانا وإذا سمعتم صياح الديكة فسلو الله من فضله فإنها رأت ملكا" متفق عليه. Sekiranya kamu mendengar pekikan keldai maka mintalah pelindungan dengan Allah daripada syaitan maka sesungguhnya ia telah melihat syaitan, dan sekiranya kamu dengar kokokan ayam jantan maka mintalah Allah daripada kelebihanNya maka sesungguhnya dia melihat Malaikat. 26 Jin mencuri pendengaran dari langit Jin dan syaitan mencuri-curi pendengaran dari langit sebagaimana Allah berfirman: وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِِ السَّمَاءِ ب رُُوجًا وَزَي نََّّاهَا لِلنَّاظِرِينَ و وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُ ي ل شَيْطَانٍ رَجِيمٍ و إِلََّ مَنِ اسْتَ رَقَ السَّمْعَ فَ تََْ بَ عَهُ شِهَابٌ مُبِيٌ Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan. Surah al Hijr ayat `16-18. Sebagaimana setelah menerangkan bagaimana Allah menjadikan langit penuh dengan bintang-bintang sebagai perhiasan bagi mereka yang melihat dan kami peliharanya daripada setiap syaitan yang direjam melainkan kepada yang mencuri pendengaran kami ikuti mereka dengan bebola api yang jelas. Sebagaimana dalam sebuah hadits dari Aisyah radhiyaAllahu ‘anha berkata: 26 Bukhari syarh fathul bary 350/6, dan Muslim syarh Nawawi 47/17
  • 22. 22 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. قلتص يا رسول الله إن الكهان كانوا يحداون بالشيء فنجده حقا قالص "تلك الكلمة الحق يُطفها الْنِو فيقذفها فِ أذن وليهو ويزيد فيها مائة كذبة" 27 Aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya para dukun mereka mengatakan sesuatu yang perkara dan kami dapatinya sebagai benar, Nabi bersabda: “Itu adalah kalimah yang benar jin mencurinya dan lalu melontarkannya ketelinga walinya dan dia menambahkannya dengan seratus pendustaan. BIlakah Jin bertempiaran? Jin bertempiaran apabila masuk waktu malam, di sebahagian malam. Jin dari sudut keimanan, kekufuran, kebaikan dan kejahatan. Hukum kewujudan Jin dan Hukum sesiapa yang mengingkarinya. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحََْٰنِ الرَّحِيمِ قُلْ أُوحِيَ إِلَََّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ ن فََرٌ مِنَ الِْْ ي ن فَ قَالُوا إِنَّا سمَِعْنَا ق رْذنًا عَجَبًا ي هَْدِي إِلََ الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبي نَا أَحَدًا Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Surah Jin ayat 1-2 وَمَا خَلَقْتُ الِْْنَّ وَالِْنْسَ إِلََّ لِيَ عْبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 27 Bukhari dalam Tibb bab 46, Tauhid Bab 57, Muslim dalam Salam hadits `122-124
  • 23. 23 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. يَا مَعْشَرَ الِْْ ي ن وَالِْنْسِ أَلََْ يَ تَِْكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ ي قَُصُّونَ عَلَيْكُمْ ذيَاتِِ وي نُْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ ي وَْمِكُمْ هَٰذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنْ فُسِنَا وَغَرَّتْ هُمُ الحَْيَاةُ الدُّنْ يَا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنْ فُسِهِمْ أَن هَُّمْ كَانُوا كَافِرِينَ Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah- perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). Surah Al An’am ayat 130. وَلَوْ شِئْ نَا لَِتَ يْ نَا كُلَّ ن فَْسٍ هُدَاهَا وَلَٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِينِ لََْمْلََْنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الِْْنَّةِ وَالن اسِ أَمََْعِيَ Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)". Surah As Sajadah ayat 13 فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لََْ يَطْمِثْ هُنَّ إِنْسٌ قَ بْ لَهُمْ وَلََ جَانٌّ Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; Surah Ar Rahman ayat 56 قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الِْنْسُ وَالِْْنُّ عَلَىٰ أَنْ يَ تَُْوا بِِِثْلِ هَٰذَا الْقُرْذنِ لََ يَ تَُْونَ بِِِثْلِهِ وَلَوْ كَ انَ ب عَْضُهُمْ لِبَ عْضٍ ظَهِ يرًا Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri" Surah Al Israa ayat 88. فَ لَمَّا قَضَيْ نَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلََّمُْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلََّ دَابَّةُ الَْْرْضِ تَ كَُْلُ مِنْسَ تَََهُ فَ لَمَّا خَ رَّ تَ بَ يَّ نَتِ الِْْنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا ي عَْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِِ الْعَذَابِ الْمُهِيِ Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina. Surah Saba’ ayat 14
  • 24. 24 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran adalah dalil yang Qat’iy menunjukkan akan kewujudan Jin dan perlunya beriman kepada apa yang Allah khabarkan daripada perkara yang Ghaib kerana beriman kepada perkara yang ghaib adalah daripada keimanan yang dituntut keatas orang yang bertaqwa yang mendapat petunjuk Allah. Dalil dari Sunnah / Hadits juga banyak kita akan sebutkan sebahagian sahaja kerana cukup satu sahaja sebagai dalil untuk membawa kepada keimanan apatah sekiranya datang dengan begitu banyak. Sebagai contoh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Urwah dari A’isyah beliau berkata: Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: خلقت الملَئكة من نور وخلق الْان من مارج من النار وخلق ذدم مِا وصح لكم Telah diciptakan malaikat daripada cahaya, dan diciptakan Jin dari api yang menyala dan diciptakan Adam sebagaimana yang telah disifatkan kepada kamu. 28 Hukum bagi sesiapa yang mengingkari kewujudan Jin. Hadits-hadits seperti ini telah diriwayatkan oleh sahabat yang tsiqaat dari kalangan sahabat dan tabi’in dari Rasulullah As Sodiqul Masduq / yang benar lagi dibenarkan kata-katanya. Tidak ada peluang untuk mendustakannya atau mentakwilnya takwil yang Fasid. Sebagaimana hadits-hadits telah menerangkan secara terperinci akan sifat-sifat dan keadaan jin, maka dimana tsabit kesohihan hadits tersebut maka wajib mengimani maka mendustakannya adalah mendustakan akan Al Quran ini adalah kerana Allah memerintahkan agar beriman kepada apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam. Sebagaimana Allah berfirman: فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْ زَلْنَا وَاللَّهُ بَِِا تَ عْمَلُونَ خَبِير Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. يَا أَي هَُّا الَّذِينَ ذمَنُوا ذمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِ تَابِ الَّذِي ن زََّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ والْكِتَابِ الَّذِي أَنْ زَلَ مِنْ قَ بْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلََئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَ وْمِ الِْخِرِ فَ قَدْ ضَلَّ ضَلََلًَ بَعِيدًا Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 28 Muslim Kitabuz Zuhd 2294 / 4
  • 25. 25 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Dari dalil diatas adalah menunjukkan akan kewujudan Jin begitu juga secara langsung menunjukkan akan pertemuan dan penampakan kepada Jin daripada Nabi secara langsung atau dengan pembentukan kepada para sahabat. Dalil Aqliy juga tidak menolak kewujudan alam Jin ini kerana begitu banyak sekali makhluk-makhluk yang ada yang tidak kita nampak tetapi kita yakini akan kewujudannya, tidak melihat sesuatu tidak semestinya tidak wujud sesuatu itu. Contoh yang jelas ialah ruh tidak kita lihat dan tidak diketahui hakikatnya walaubagaimanapun kita beriman kewujudannya. Kaedah: Sebagaimana tidak wujudnya sesuatu tidak selazimnya / semestinya tidak wujudnya sesuatu. Maka mengingkarinya adalah mengingkari Al Quran; dalam apa yang dibawanya dan juga sebahagian daripada keimanan pada ghaib. Boleh mengeluarkan seseorang daripada Islam kerana Islam perlu diambil keseluruhannya dan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian adalah ciri-ciri kekufuran. Kerasukan Hakikatnya Kerasukan / Penyurupan Jin kepada manusia adalah suatu yang benar dan tidak boleh didustakan, sekiranya dimaksudkan sebagai صرع maka ia membawa kepada dua makna iaitu samada penyakit sawan / gila babi atau dimaksudkan sebagai rasukan jin.29 Ini diperkukuhkan lagi daripada Kitab dan Sunnah yang menunjukkan keberlakuan kerasukan ini adalah benar. Sebagaimana Allah berfirman: ا لَّذِينَ يَ كَُْلُونَ اليربَا لََ ي قَُومُونَ إِلََّ كَمَا ي قَُومُ الَّذِي ي تََخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَ ي س ذَٰلِكَ بِ ن هَُّمْ قَالُوا إِنَََّّا الْبَ يْعُ مِثْلُ اليربَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَ يْعَ وَحَرَّمَ اليربَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَ بيهِ فَانْ تَ هَىٰ فَ لَهُ مَا سَلَحَ وَأَمْرُهُ إِلََ اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَ وَُلَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Dari Ibnu Mas’ud radhiyaAllahu ‘anhu berkata: 29 Fathul Bary 114/10
  • 26. 26 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا دخل فِ الصلَة يقولص أللهم إنِّ أعوذ بك من الشيطان الرجيم و همزه و نفخه و نفثه قالص همزه الموتهو ونفثه الشعرو ونفخه الكبرياء. 30 Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam selalunya sekiranya ingin memasuki solat dia mengatakan Ya Allah aku meminta perlindungan dengan dari syaitan yang direjam da dari hamaznya dan nafakhnya dan nafatsnya. Beliau bersabda: Hamaznya adalah alMutah31 (kerasukannya), Nafatsnya yaitu syairnya dan nafakhnya keangkuhannya. Ruqyah Ruqyah adalah mentera yang dibacakan sebagai satu cara perawatan samada dari penyakit badan atau gangguan jin dan sihir. Ruqyah ada yang syar’ie dan yang tidak syar’ie bermakna dilarang. Ruqyah yang dilarang dan tidak syari’ie adalah sekiranya ada terdapat didalamnya kesyirikan dan kekufuran. Ini adalah kerana Jabir radhiyaAllahu ‘anhu berkata: Pernah keluarga daripada kaum Ansar dikenali dengan keluarga Amru bin Hazm selalu meruqyah daripada humah32. Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam pula pernah melarang dari meruqyah, maka mereka lalu mendatangi Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda melarang dari meruqyah dan sesungguhnya kami meruqyah dari humah. Maka Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam mengatakan kepada mereka: Bentangkan kepadaku (ruqyah yang kamu bacakan) maka Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak mengapa dengan ini (ruqyah ini) ini adalah boleh dipercayai.33 Ruqyah pada awalnya dilarang kemudian diberi rukhsoh / keringanan lalu dibenarkan. Dari Abdur Rahman bin Al Aswad dari bapanya berkata: “Aku telah bertanya Aisyah radhiyaAllah berkenaan dengan humah beliau berkata: قالتص رخص النبي صلى الله عليه وسلم الرقية من كل ذي حَة. Nabi sollaLlahu’alaihi wasallam meringakan dari meruqyah dari setiap yang mempunyai sengatan. Dari Imraan bin Husain radhiyaAllahu ‘anhuma berkata: Sesungguhnya Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda: "لَ رقية إلَ من عي أو حَة" 34 30 Hakim dan disohihkan oleh Imam Adz Dzahabi. 31 Al Mutah adalah sejenis keadaan gila dan kerasukan yang dialami seseorang sekiranya dia sedar akan kembali akal fikirannya seperti keadaan orang yang tidur dan mabuk. 32 Berkata Imam al Khottobiy: Humah setiap binatang yang melata yang mempunyai racun seperti ular atau kala jengking. Dikatakan juga bahawa humah ialah jarum / penyengat kala jengking dan tebuan gunakan untuk menyengat. 33 Muslim di shohihnya. Sohih Ibnu Majah oleh Albaniy 2833. 34 Musnad Imam Ahmad 438/4, Tirmidzi 2058 dalam Tibb, Abu Daud 3884
  • 27. 27 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Tidak ada ruqyah (lebih utama dan bermanfaat) melainkan dari ain atau humah. Begitu juga hadits Anas radhiyaAllahu ‘anhu : رخص رسول الله صلى الله عليه و سلم فِ الرقية من العي و الحمة والنملة 35 Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam meringankan ruqyah daripada Ain, humah dan Namlah36 Imam Nawawi berkata: Ini bukanlah bermakna bahawa ruqyah hanya dikhususkan untuk tiga-tiga tersebut, bahawasanya maknanya ialah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang tiga perkara ini maka nabi mengizinkan didalam ketiga- tiganya sekiranya ditanya yang lain sudah tentu mengizinkan kepada selainnya. Ini adalah kerana Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam pernah meruqyah dari selain tiga ini. Begitu juga dari hadits Jabir yang menunjukkan bahawa meruqyah dan memberi manfaat kepada orang lain sekiranya mampu perlu dilakukan. Jabir radhiyAllah berkata; Pakcikku sebelah ibu meruqyah daripada sengatan kala jengking, Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam meruqyah lalu beliau mendatangi Rasulullah solllahu ‘alalaihi wasallam: يا رسول الله! إنك نهيت عن الرقىو وأنا أرقي من العقرب فقال ص "من استطاع منكم أن ينفع اخاه فليفعل" 37 Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda melarang dari ruqyah sedang aku meruqyah dari sengatan kala jengking lalu beliau bersabda: “Barang siapa yang diantara kamu yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.” Ruqyah yang syari’ie pula adalah ruqyah yang bersandarkan kepada Kitabullah dan sunnah Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam dan juga termasuk ruqyah yang tidak ada pelanggaran syara’ Sebagaimana sekiranya ruqyah itu tidak mempunyai kesyirikan seperti didalam hadits berikut:- Serta hadits dari ‘Auf bin Malik Al Asyja’i - radhiallahu ‘anhu-, ia berkata: ”Kami dahulu menggunakan ruqyah pada masa jahiliyah, lalu kami tanyakan hal tersebut kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, ”Wahai Rasulullah, bagaimana menurut pendapatmu tentang ruqyah itu?” Beliau menjawab: اِعْرِضُوْا عَلَيَّ رِقَاكُمْ لَ بَ سََْ بِالُّرقَى مَا لََ يَكُنْ فِيه شِرْكٌ ”Bacakanlah kepadaku ruqyah-ruqyah kalian, tidak mengapa menggunakan ruqyah selama tidak mengandung kesyirikan”8 35 Muslim dalam sohihnya 185/14 36 Namlah ialah luka yang keluar dari tepi badan, luka yang tidak keluar dari tepi juga sekiranya diruqyahkan akan pulih insyaAllah. 37 Muslim 187/14
  • 28. 28 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Ruqyah juga dikenali sebagai azimah dan azaaim, yaitu orang Melayu menamakan sebagai azimat. Ruqyah yang tidak syar’ie pula adalah yang ada kesyirikan didalamnya atau kekufuran, jenis inilah yang Nabi pernah melarang kerana menyebabkan kesyirikan. Maka dengan ini ruqyah adalah untuk semua jenis penyakit jasmani mahupun rohani. Penyakit biasa atau penyakit disebabkan gangguan jin atau sihir. Adakah disyariatkan untuk merawat orang yang dirasuki syaitan Ibnu Mas’ud telah meruqyah seorang yang dirasuki dan ia telah disetujui oleh Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam. Ada riwayat yang Imam Ahmad merawat orang yang sakit dan ulama-ulama yang lain. Perbuatan ini telah dilakukan oleh ulama-ulama dari kalangan para salafus solehin dan juga para ulama terkemudian. Cara merawat rasukan Jin. Ada tiga tahap perawatan bagi rasukan jin ini. 1) Tahap sebelum perawatan 2) Tahap semasa merawat. 3) Tahap selepas merawat. Tahap sebelum perawatan 1- Siapkan suasana yang betul untuk merawat, keluarkan semua gambar-gambar dan patung-patung dirumah yang hendak dirawat sehingga mudah untuk para malaikat masuk kerumah. 2- Keluarkan apa yang ada pada sisi pesakit dari ‘pendiding’ atau tangkal dan bakarlah ia sekiranya ada. 3- Hendaklah tempat itu berjauhan dari nyanyian dan music 4- Hendaklah tempat itu tidak ada dari larangan syara’ seperti ada percampuran antara lelaki dan wanita atau ada orang lelaki yang memakai cincin emas atau wanita yang membuka aurat. 5- Memberikan ajaran kepada pesakit dan keluarganya sedikit pengajaran dari sudut aqidah agar hatinya berpaut kepada Allah dan tinggalkan apa yang selainNya. 6- Menerangkan kepada pesakit dan ahli keluarga berkenaan dengan perbezaan antara cara perawatan yang disyariatkan dan yang tidak dan yang berkaitan dengan kesihiran. 7- Bertanya kepada pesakit keadaannya dengan beberapa soalan-soalan yang ditujukan kepadanya seperti berikut:-
  • 29. 29 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. a. Adakah anda lihat mimpi yang menakutkan? b. Adakah anda melihat dalam mimpi akan jatuh dari tempat yang tinggi? c. Adakah anda melihat didalam mimpi binatang? Berapakah binatang tersebut? Adakah haiwan yang sama setiap kali mimpi? d. Adakah anda rasakan anda berjalan ditempat yang seram dalam mimpi anda? e. Adakah anda melihat binatang mengejarimu? 8- Adalah digalakkannya untuk berwudhu sebelum memulakan perawatan dan juga dianjurkan orang-orang yang bersama-sama untuk berwudhu. 9- Sekiranya pesakit seorang wanita hendaklah dia menutup auratnya dan diikat pakaiannya sebelum memulakan perawatan supaya tidak terbuka auratnya 10- Jangan merawati wanita melainkan dengan keberadaan mahramnya. 11- Hendaklah berdoa kepada Allah agar membantu anda dalam mengeluarkan jin ini. Tahap perawatan. Letakkan tangan anda diatas kepala pesakit kemudian dibaca ayat-ayat ini ditelinganya secara tartil.
  • 30. 30 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
  • 31. 31 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
  • 32. 32 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
  • 33. 33 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
  • 34. 34 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl.
  • 35. 35 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Cara bagaimana mengetahui kehadiran jin pada pesakit Boleh diketahui kehadiran Jin dalam diri pesakit sekiranya 1) Memejamkan kedua mata, atau berkeliaran kedua mata, atau matanya pergi kepada hujung matanya atau dia meletakkan kedua tangannya keatas kedua matanya. 2) Membesar urat-uratnya 3) Memekik dan melolong 4) Bergegar yang kuat dibadan atau bahagian hujung kaki dan tangan. 5) Menyebut dengan namanya. Sekiranya diketahui akan kehadiran Jin boleh untuk menyoalnya beberapa soalan dengan soalan-soalan ini. 1- Apakah namamu? 2- Apakah agamamu? 3- Apakah sebab engkau masuk kedalam jasad ini? 4- Adakah bersama-sama denganmu selainmu? 5- Adakah engkau bekerja dengan bersama dengan ahli sihir? 6- Dimanakah engkau tinggal dalam jasad ini?
  • 36. 36 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Bagaimana berurusan dengan Jin Muslim Sekiranya anda mengetahui jin adalah muslim, maka boleh bertanya apakah sebab dia masuk kebadan pesakit? Dengan maklumat ini dapat dilakukan yang sepatutnya. A) Sekiranya dia masuk kerana keasyikannya kepada pesakit, perlu diterangkan keharaman perkara ini dan takutkanlah ia kepada adzab Allah dan balasanNya. B) Sekiranya sebabnya adalah kerana kedzoliman pesakit terhadapnya seperti tersiram air panas kepadanya atau terjatuh keatasnya dari tempat tinggi atau mengencingkannya. C) Sekiranya sebabnya adalah kedzoliman jin terhadap pesakit, tegaskan kepadanya bahawa kedzoliman adalah dosa besar dan balasan yang akan diterima sangat berat dan sesungguhnya kedzoliman adalah kegelapan pada hari Kiamat. Sekiranya dia terima dan ingin keluar maka bersyukur kepada Allah tetapi adalah boleh diambil perjanjian darinya seperti berikut: Aku berjanji kepada Allah Ta’ala akan aku keluar dari jasad ini dan tidak akan aku kembali lagi kejasadnya dan juga kepada sesiapa dari kalangan muslimin, dan sekiranya aku membatalkan janjiku maka keatasku Laknat Allah, malaikatNya dan laknat manusia sejagat, Ya Allah sekiranya aku ini jujur maka mudahkan urusan keluarku ni dan sekiranya ku berdusta maka engkau benarkanlah orang beriman mengatasiku dan Allah diatas apa yang aku katakan menyaksikan. Tetapkan keluarnya jin Sekiranya ia katakan akan keluar dari matanya atau tekaknya atau perutnya atau ditempat yang boleh membahayakan keatas pesakit maka laranginya tetapi keluarlah dari mulutnya, hidungnya, telinganya atau jari-jari tangan atau kakinya.dan katakanlah kepadanya sekiranya engkau telah kumpulkan dirimu dari jasad berilah salam sebelum engkau keluar. Memastikan jin telah keluar Kemudian setelah dikeluar perlu memastikan bahawa akan keluarnya kerana jin sangat suka menipu melainkan yang Allah pelihara dari dosa ini. Perlu untuk membaca ruqyah sekali lagi untuk kepastian sekiranya tiada kesan daripada pergerakan pada hujung anggotanya maka sudah benar-benar keluar sekiranya ada pergerakan maka dia masih lagi didalam badan dan perlu diruqyah lagi. Bagaimana berurusan dengan Jin Kafir 1- Sekiranya mengetahui bahawa Jin adalah kafir, sebelum sesuatu bentangkan kepadanya agama Islam, dengan perbentangan yang menyeluruh dan jelas, dan perintahnya agar menerima Islam dan sekiranya ia terima ajarkan kepadanya cara bertaubat agar Allah menerima dari taubatnya dan diantara
  • 37. 37 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. bertaubat adalah dengan dia keluar dari jasad ini kerana perbuatannya ini adalah kedzoliman dan ia adalah perkara yang haram dalam Islam. 2- Sekiranya mahu kekal diatas agamanya perintahnya agar keluar dari badan pesakit, sekiranya ia keluar Alhamdulillah sekiranya ia tidak mahu keluar boleh dengan cara berikut: - a. Memukul: ini perlu kepada kemahiran dalam memukul agar tidak memukul pesakit ini kerana jin boleh lari semasa memukul dan yang dipukul jadi pesakit. Dipukul dibahagian belikat, peha dan hujung kaki dan tangan. b. Membaca Al Quran: ia denan membaca surah-surah dan ayat yang memudharatkan jin dan akan terkesan dengan pembacaannya. Tahap selepas perawatan. Tahap ini adalah tahap yang penting dan merbahaya, mestilah pesakit memelihara dengan nasihat-nasihat yang mana dikedepankan sebagai cahaya dan petunjuk semasa hidupnya sehinggalah musuhnya tidak dapat kembali lagi kepadanya terlebih lagi dalam tahap ini. Nasihat-nasihat adalah berikut:- 1. Memelihara solat lima waktu dimasjid 2. Tidak mendengar kepada musik 3. Berwudhu dahulu sebelum tidur dan membaca ayat kursiy dan dzikir tidur. 4. Memelihara akan dzikir pagi dan petang. 5. Membaca doa masuk tandas 6. Membaca surah Baqarah dalam rumah pada setiap 3 hari. 7. Membaca surah al Mulk sebelum tidur. 8. Bersahabat dengan sahabat yang soleh dan menjauhi orang-orang yang ingkar kepada Allah 9. Membaca Basmalah pada setiap nak lakukan sesuatu. 10. Tidak tidur bersendirian. 11. Nasihat kepada wanita agar menutup aurat dan jangan keluar rumah dalam keadaan berwangi-wangian kerana syaitan lebih dekat kepada wanita yang bertabaruj dan yang berwangi-wangian. 12. Menjaga agar dapat sentiasa mendengar Al Quran dan membacanya satu juz sehari. Selepas sebulan dibacakan sekali lagi untuk kepastian tidak sekali didiami oleh syaitan. Dianjurkan agar sentiasa memeliharan akan dzikir-dzikir ini sebagai pembenteng yang kuat daripada syaitan-syaitan. Nasihat kepada Peruqyah Nasihat ini ditujukan bagi sesiapa yang diberi taufiq oleh Allah untuk merawati dengan menggunakan Ruqyah Syari’iyah agar ia menjadi cebisan-cebisan faedah untuk di ambil sebagai pedoman bagi jalan kebajikan ini yang menyampaikan kemanfaatan kepada orang lain. Ia boleh dirumuskan dengan nasihat-nasihat berikut: - 1) Ikhlas kepada Allah.
  • 38. 38 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Hendaklah seorang peruqyah selalu matlamat dan kehendaknya dalam segala perbuatannya tidak menginginkan menunjuk-nunjuk (riyaa’) atau mendapat gelaran dan nama (sum’ah) atau hendak mengejarkan daripada dunia. Ini adalah kerana syarat penerimaan amalan sebagaimana yang dimaklumi ada 2; Keikhlasan kepada Allah dan Mutaba’ah / Mengikut kepada Kitab dan Sunnah. Dalil yang menunjukkan akan kepentingan ikhlas begitu banyak diantaranya Firman Allah Ta’ala: وَمَا أُمِرُوا إِالَّ لِيَعْبُدُوا االلََّ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الاصلََةَ وَيُؤْتُوا الازكَاةَ وَ لذََلِ يِِنُ الْقَيِّمَ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam sebuah hadits: وروى الإمام أحمد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: )إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر، قالوا: وما الشرك الأصغر؟ يا رسول الله، قال: الرياء، يقول الله عز وجل لهم يوم القيامة: إذا جُزِيَ الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا فانظروا هل تجدون عندهم جزاء( “Sesungguhnya yang paling aku takuti keatas kamu ialah syirik kecil. Mereka berkata: Apakah itu Syirik kecil wahai Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam? Beliau bersabda: “Riyaa’ Allah Ta’ala akan berfirman pada hari kiamat sekiranya orang ramai mendapat ganjaran daripada amalan-amalan mereka; pergilah kamu kepada mereka yang kamu menunjuk-nunjuk adakah kamu akan mendapat disisi mereka ganjaran” Kemungkinan tergerak didalam diri seorang perawat perasaan menunjuk- nunjuk apabila perbuatannya ini mula mendapat perhatian orang ramai, maka mereka mula memberikan perhatian kepadanya, mula meminta darinya ruqyah,maka waspadailah dari ini kerana sesungguhnya ia merupakan kelemahan diri yang akan membatalkan amalan-amalan soleh, hendaklah niatnya itu adalah merawat mereka yang ditimpa dengan ‘aini, sihir, dan rasukan adalah agar memanfaatkan mereka dengan menunaikan hajat-hajat mereka, serta menolak kesusahan yang telah meninmpa mereka, ini adalah kerana sesungguhnya kebajikan yang disampaikan kepada mereka mendapatkan pahala yang agung sebagaimana Nabi SollaLlahu’alahi wasallam bersabda: من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة ... والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. 38 Barangsiapa yang meringankan dari seorang yang beriman sesuatu kesusahan dan kesusahan-kesusahan di dunia Allah akan meringankannya dari kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari Kiamat dan barangsiapa memudahkan keatas orang yang dalam kesempitan Allah akan memudahkan keatasnya di dunia dan akhirat dan Allah akan sentiasa membantu hamba selagi hamba itu membantu saudaranya. 38 Sohih Muslim 4867
  • 39. 39 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Maka jadikanlah niat kita dalam meruqyah dalam menunaikan hajat mereka- mereka yang mendapat ujian dengan Ain, Sihir atau rasukan, sesungguhnya ganjaran yang besar disisi Allah menanti kita pada hari Kiamat kelak. Ameen. 2) Berpegang teguh dengan Kitab dan Sunnah Sebagaimana yang perlu ditekankan bahawa amalan dan keta’atan agar diterima oleh Allah perlu memenuhi 2 syarat; keikhlasan dan mutaaba’ah iaitu mengikuti Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam dalam semua aspek dari kehidupan perawat dari sudut Aqidah, Ibadah dan Mu’amalat, hindarilah dari melakukan perkara yang bid’ah kerana sesungguhnya melarang kita dari melakukannya dalam banyak hadits diantaranya Sabdaan beliau sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari: 39 "در وهف هنم سيل ام اذه انرمأ يف ثدحأ نم" “Barangsiapa yang mengadakan perkara yang baru dalam urusan kami yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” Begitu juga sebuah hadits yang panjang yang masyhur : ".....وإياكم و محدثات الأمور، فإنا كل محدثة بدعة و كل بدعة ضلالة" “Hindarilah dari perkara-perkara yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.”40 Dalam berpegang kepada ajaran Nabi sollaLlahu ‘alaihi wasallam adalah berpegang teguh kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam, berpegang kepada ajaran Nabi adalah berpegang kepada Ruqyah Syari’ayyah yang tepat dan benar datang dari Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam, dari petunjuknya sollaLlahu ‘alaihi wasallam, sahabat-sahabatnya, tabi’iun, tabi’ut tabiin yaitu para salafus solehin, hindarilah dari Ruqyah dan Tamimah / tangkal yang membawa kepada kesyirikan, Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam melarang dari menggunakannya. 3) Memperbanyakkan dengan ibadat-ibadat Sunnah. Wasiat kepada peruqyahg ialah peliharalah solat berjemaan dengan berjemaah, banyakkan membaca Al Quran, selalu bergegas dalam mentaati perintah Allah, meninggalkan dari segalan yang dilarangnya sedang kamu sedang memerangi syaitan, tiada senjata bagimu melainkan ini, dari hadits Qudsi: 39 Sohih Bukhari dalam kita As Sulh (2499), Muslim dalam Kitab Aqdiyah (3242) Abu Daud dalam Kitab Sunnah (3990), Ibnu Majah dalam Muqaddimah 14 40 Abu Daud dalam Kitab Sunnah (3991), Musnah Ahmad (16521) dari Irbadh bin Saariyah.
  • 40. 40 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Sihir Dari sudut Bahasa: Ia adalah setiap yang halus dan tersembunyi sebabnya41. Begitulah dinamakan Sahur: Adalah kerana ia berlaku tersembunyi diakhir malam. Orang arab menamakan paru itu sebagai Sahr Dalam sebuah hadits Aisyah radhiyallah ‘anha berkata: "توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتي وفي يومي وبين سحري ونحري" 42 Rasulullah sollaLlahu ‘alaihi wasallam telah wafat didalam rumahku, pada hariku (giliranku) diantara dadaku dan leherku. Berkata al Azhari asal dari Sihr adalah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya, Sejarah Sihir Dalam menentukan sejarah bermulanya sihir ini, telah berlaku perbezaan pendapat diantara para sejarahwan. Sebahagian pengkaji yang mengkaji sejarah bermulanya sihir begitu jauh dalam sejarah kemanusiaan, mereka berhujah dengan apa yang di sebalik manusia dari tulisan-tulisan, tanda-tanda, serta gambar-garmbar dan kata- kata kuno yang didapati dirumah-rumah using dan kubur-kubur, ini sebenarnya ada kebenaran didalamnya, bukanlah sandaran kita diatas apa yang mereka berdalilkan sahaja, maka sesungguhnya hujah-hujah mereka masih ada kesangsian didalamnya, ini adalah kerana hujah sekiranya dilihat dari sejarah manusia yang begitu silam dan lampau manusia pada ketika belum dicatitkan sejarah ia adalah tahap apa yang sebelum sejarah. Sejarah mula dicatitkan sekiranya dikembalikan kepada 5 ribu tahun yang agak samar-samar, dan pengetahuan kita berkenaannya amat sedikit, oleh itu amat payah untuk kita menentukan dan menetapkan sebagaimana mereka menetapkan hanya dengan sandaran mereka terhadap kata-kata, tanda-tanda serta gambar-gambar yang diketemui manusia dan apa yang mereka mengetahuinya. Asas dan sandaran didalam membenarkan kata ini adalah firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala: كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَ بْلِهِ مْ مِنْ رَسُولٍ إِلََّ قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مََْنُونٌ Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada 41 Tafsir Ibnu Katsir 1/130 42 Sebahagian dari hadits yang dikeluarkan oleh Bukhari 5/279 dalam wasoya dan Maghozi dan dalam Nikah
  • 41. 41 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila". (Dzariyaat : 25) Nas dari Al Quran secara umumnya menunjukkan bahawa semua umat telah menujukan kepada Rasul-Rasulnya dengan kata-kata yang Dzolim ini, yaitu dengan menuduh para Rasul dengan tuduhan mereka sebagai ahli sihir atau orang gila, dan ini bermakna bahawa seluruh umat telah mengenali akan kewujudan sihir dengan itu mereka menuduh para Rasul sebagai ahli sihir. Sebagaimana Rasul yang pertama yang diutuskan beliau adalah Nuh ‘alaihis salaam, dan tidak syak lagi bahawa sesungguhnya kaumnya juga melemparkan tuduhan ini kepada beliau berdalilkan dengan nas Al Quran Al Kareem. Berkata Imam Ibnu Hajar rahimahullah: Sihir telah ada di zaman Nuh ‘alaihis salaam, ketika Allah mengkhabar dari kaum Nuh ‘alaihis salaam bahawa sesungguhnya beliau adalah ahli sihir, begitu juga kisah Harut dan Marut ia berlaku sebelum Nabi Nuh ‘alaihis salaam sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Ishaaq dan selainnya.43 Ibnu Hajar rahimahullah walaupun telah mengatakan bahawa disitu ada nas Al Quran yang jelas mengatakan bahawa kaum Nuh ‘alaihis salaam telah menuduhnya sebagai seorang ahli sihir. Maka sesungguhnya kata-kata ini tidak tepat, ini adalah kerana tidak didapati dari nas Al Quran dimana dikatakan dengan jelas berkenaan dengan ini, sekiranya beliau memaksudkan dengan berhujah dengan dalil dari nas yang umum yang mana dibawa dalilnya maka ini adalah benar dan tepat. Adapun apa yang dinukilkan dari Ibnu Ishaq bahawa kisah Harut dan Marut berlaku sebelum Nuh ‘alaihis salaam maka ini ada kemungkinannya, tetapi tidak kita jumpa satu dalil dari Kitab dan Sunnah yang membolehkan kita berdalil dengannya bagi menentukan masa yang berlakunya kisah ini. Begitu juga dakwaan dimana sebahagian berpendapat bahawa Sihir didalam sejarah manusia telah terlebih dahulu dari segala agama dan kepercayaan adalah tidak tepat ini adalah kerana sihir adalah penyelewangan dari jalan yang benar dan lurus. Allah telah menerangkan bahawa sesungguhnya manusia pada awalnya adalah mentauhidkan Allah dan berada didalam jalan yang lurus, hanya menyembah Allah yang Esa, Cukup bagi kita mengetahui bahawa manusia pertama yang dicipta Allah Ta’ala adalah Nabi Adam ‘alaihis salaam seorang Nabi yang mengenali Allah Tabaaraka wa Ta’ala, maka tidak boleh kita berpaling daripada ini selepas dapat penjelasan Allah untuk kita berpaling kepada kata-kata ahli sejarahwan dan ahli Ijtima’ dan sosial mendakwa kejahilan manusia dan kesesatan sebagai dasar, sedang Allah 43 Fathul Baary 10/223
  • 42. 42 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. telahpun mengkhabarkan akan kebenaran , dan tiada selepas kebenaran melainkan kesesatan. Umat-umat terdahulu yang mengamalkan sihir Sihr Ahli Babil Babil adalah sebuah kota di Iraq di samping sungai Furat, kesan daripada kota ini masih kelihatan sehingga hari ini, ia adalah diantara kota teragung pada waktunya, kawasannya yang luas, penuh dengan kesenian dan ilmu-ilmu. Di antara ilmu ialah ilmu sihir dan ilmu falak. Maka ilmu sihir ini tersebar luas di sisi ahli Babil sehingga Allah memaklumkan didalam nas Al Quran. Berkata Ibnu Khaldun: “Adapun kewujudan Sihir pada ahli Babil dan mereka adalah daripada kalangan Kaldaniyuun daripada Nabat dan Suryaaniyuun maka mereka ini ramai, Al Quran telah mengatakannya dan telah datang daripada berita-berita dan ahli sihir di Babil dan Mesir pada ketika diutusnya Musa ‘alaihis salaam di pasar-pasar Nafiqah. وَاتَّ بَ عُوا مَا تَ تْ لُو الشَّيَاطِيُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِيَ كَفَرُوا ي عَُليمُونَ النَّاسَ ال ي سحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيِْ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا ي عَُليمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ ي قَُولََ إِنَََّّا نََْنُ فِتْ نَةٌ فَلََ تَكْفُرْ فَ يَتَ عَلَّمُونَ مِنْ هُمَا مَا ي فَُيرقُونَ بِهِ ب يََْ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَايرينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلََّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَي تََ عَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلََ ي نَْ فَعُهُمْ وَلَقَدْ عَ لِمُوا لَمَنِ اشْتَ رَاهُ مَا لَهُ فِِ الِْخِ رَةِ مِنْ خَلََقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْ فُسَهُمْ لَوْ كَانُوا ي عَْلَمُونَ Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang- orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Baqarah : 106)
  • 43. 43 Siri Sem/Memahami Jinn & Sihr /Nov 2014/AlFawzaan/AnNahl. Berkata Abu Bakar Ar Razi yang lebih dikenali dengan Al Jassos: “ Sesungguhnya Ahgli Babil mereka dahulu adalah dari kalangan Sobi’ah; yang menyembah akan planet-planet yang tujuh yang mereka menamakan tuhan-tuhan, mereka beri’tiqad bahawa alam ini semuannya dari perbuatan planet-planet ini, mereka ini adalah golongan Mu’atilah yang tidak mengiktiraf Pencipta yang Esa yang mencipta bintang- bintang dan setiap sesuatu pada alam ini. Mereka adalah kalangan yang Allah telah utus Ibrahim yang mengajak mereka kepada Allah dan berhujah dengan hujah-hujah yang tidak dapat mereka menolak kemudian mereka mencampaknya kedalam api dimana Allah menjadikannya sejuk dan sejahtera kemudian memerintahnya selepas itu berhijrah ke Syam. Berkata Al Jassos juga: “Sesunggunya Ahli Babil mereka dahulu menyembah berhala- berhala yang mereka buat diatas nama-nama planet-planet yang tujuh, dan mereka menjadikan setiap satu mempunyai bentuk yang didalamnya patungnya, dan mereka mendekatkan diri mereka kepadanya dengan pelbagai perbuatan bergantung kepada I’tiqad mereka dari bertepatan itu dengan planet-planet yang meminta daripadanya samada dari perbuatan yang baik atau jahat, maka barangsiapa yang inginkan sesuatu yang baik dan baik .., Beliau juga mengatakan: “Setiap dari pada pementeraan dengan cara Nabat merangkumi pengagungan planet-planet itu kepada apa yang mereka inginkan daripada kebaikan, kejahatan, kecintaan dan kebencian maka planet-planet tersebut akan memberikan mereka apa yang mereka hendakkan dan hajatkan, mereka mendakwa bahawa sesungguhnya mereka ketika itu melakukan apa yang mereka inginkan dengan tanpa menyentuh melainkan apa yang mereka kehadapankan dari sembahan kepada planet-planet yang mereka meminta darinya Sebahagian dari orang awam yang mendakwa bahawa sesungguhnya sihir itu boleh mengubah seseorang menjadi keldai atau anjing, kemudian sekiranya ia mahu akan mengembalikannya manusia, boleh menunggang telur atau penyapu, boleh terbang diatas angin boleh pergi ke Iraq ke India dan kemana-mana ia suka daripada negeri- negeri kemudian boleh dia kembali pada malam tersebut. Orang awam dari mereka juga beri’itqad demikian ini adalah kerana mereka menyembah planet-planet, dan setiap apa yang ahli sihir mengajak untuk mengagungkannya mereka mempercayainya, ahli-ahli sihir membuat helah kepada orang awam agar meyakini kebenaran kata-kata mereka…44 Ahli dukun dan sihir dari kalangan Kaldaniyuun pula penuh dengan kekufuran dan kesyirikan yang berbeza dengan mengatakan bahawa planet-planet dan bintang- bintang mempunyai kesan terhadap kehidupan manusia, mereka menyandarkan kepada bintang-bintanga dan planet-planet banyak perkara; contoh darinya adalah apabila Nampak planet ‘Jupiter’ pada malam yang mempunyai bulan sebagai berita gembira wanita-wanita yang hamil adakan mendapat anak-anak lelaki, apabila nampak planet ‘Mercury’ pula menunjukkan akan ada pertambahan dalam urusan 44 Lihat nukilan-nukilan ini di Ahkamul Quran oleh Jassos, 1/ 44-45, lihat juga di Milal dan Nihal oleh Syahrastaniy 2/5 dan 2/49.