1. Mata Pelajaran DUNIA SAIN DAN TEKNOLOGI ( Tahun 2 )
Tahun Dua (Damai)
Tarikh 29.03.2016
Masa 1200 - 1300
Tema / Topik
Sains Hayat
1.0 Manusia
Standard Kandungan 1.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia.
Standard Pembelajaran
1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri
mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi
pertambahan saiz, tinggi dan berat.
1.3.2 Membanding dan membezakan tumbesaran mereka
dengan rakan dari segi saiz, tinggi dan berat dengan
menjalankan aktiviti.
Objektif Pelajaran
Pada akhir Pembelajaran murid-murid boleh;
1. Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak
dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.
2. Membanding dan membezakan tumbesaran mereka dengan rakan dari
segi saiz, tinggi dan berat dengan menjalankan aktiviti.
Strategi P&P
Penyiasatan / Ujikaji.
1) Guru menunjukkan beberapa keping gambar individu sama yang
berlainan umur menggunakan MS Powerpoint.
2) Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perbezaan yang
dapat diperhatikan pada gambar-gambar tersebut.
3) Murid menunjukkan gambar mereka sejak lahir hingga sekarang kepada
kelas.
4) Murid menceritakan tentang perubahan dari segi saiz mereka.
5) Guru meminta murid meramalkan apakah perubahan yang mereka alami
selain dari pertambahan saiz.
6) Guru meminta murid menyatakan peringkat yang sesuai (bayi / kanak-
kanak/dewasa) untuk memakai kasut tersebut.
7) Guru meminta murid menyatakan apakah perubahan yang mereka alami
berdasarkan kasut-kasut yang ditunjukkan.
8) Berdasarkan langkah 3 hingga 8, murid menjelaskan perubahan yang
berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan hingga sekarang.
9) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid
untuk menguji kefahaman mereka.
10) Guru membuat rumusan bersama murid-murid
berhubungkait dengan tumbesar manusia.
EMK
Bahasa, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan, TMK
KBKK – Membanding, membeza dan meramalkan
Unsur KBAT Menganalisis
Penilaian Lembaran Kerja
BBB Labtop/MS Powerpoint/lembaran kerja
Refleksi