SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
FARAQ DALAM PERKAHWINAN 
1.0 PENGERTIAN FARAQ: 
Dari Segi Bahasa: 
Faraq berasal daripada perkataan faraqa dan masdarnya ialah tafriq yang 
bermaksud perkahwinan yang dipisahkan/dibubarkan. 
Dari Segi Istilah: 
Pada sudut istilah faraq yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud 
pemisahan atau pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya. Namun 
di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq digunakan bagi 
merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan melalui talak. 
2.0 ASAS AMBILAN HUKUM 
Faraq banyak disebut dalam kitab fiqh selalunya ia dikaitkan dengan kesan 
daripada perkahwinan yang tidak sah. Faraq dibezakan dari talak raj’ie yang 
biasa melihat kepada pembubaran perkahwinan melalui talak adalah disebabkan 
oleh kerana tidak ada persefahaman dan sebagainya sedangkan faraq 
disebabkan oleh rukun perkahwinan itu sendiri yang tidak sah. Dalam hal faraq 
hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan. 
Justeru perintah faraq juga hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah apabila 
terbukti sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Apa yang dimaksudkan dengan 
akad nikah yang tidak sah ialah nikah yang tiada/hilang salah satu syarat atau 
tiada kebanyakan daripada syarat sah nikah. 
3.0 HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN 
Sebelum dibincang lanjut mengenai faraq perlu difahami terlebih dahulu hukum-hukum 
bagi suatu perkahwinan yang terbit daripada akad nikah yang lazim dan tak lazim. Secara 
umumnya hukum bagi perkahwinan boleh dikategorikan 
kepada dua iaitu samada perkahwinan yang sah atau tidak sah. Walaupun begitu terdapat 
sesetengah ulamak seperi Ulamak Hanafi yang membezakan diantara perkahwinan yang 
bathil dan yang fasid. Namun di dalam kertas ini hanya membincangkan secara umum sahaja 
iaitu perkahwinan yang sah dan tidak sah. 
3.1 Perkahwinan Yang Sah 
Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang memenuhi segala rukun 
dan syarat perkahwinan. Bagi perkahwinan yang sah ia mempunyai kesan bagi semua 
perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti mas kahwin (mahar), nafkah untuk 
isteri, nasb terhadap anak yang dilahirkan juga mempunyai kesan terhadap 
pengharaman persemendaan (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan 
perkahwinan).
3.2 Perkahwinan Yang Tidak Sah/Fasid (Perkahwinan Yang Bathil Pada 
Pandangan Abu Hanifah) 
3.2.1 Bagi perkahwinan fasid ini Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf 
dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil 
tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke 
atas perkahwinan yang sah. Oleh itu tidak halal bagi suami melakukan 
persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain 
pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan 
mahar juga tidak diwajibkan bereddah. Selain itu isteri tersebut juga tidak 
terlibat dengan pegharaman musoharah (pengharaman berkahwin 
disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari 
kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi 
hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku 
bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan eddah menurut Imam Abu 
Hanifah. 
3.2.2 Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah 
tidak kira perkahwinan itu bathil atau fasid kerana Ulamak Maliki tidak 
membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil. 
Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada 
perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah: 
i. Haram dan diwajibkan faraq dengan serta merta. Tujuan faraq di 
sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat 
yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di 
sini adalah berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang 
mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada 
bayaran mahar. 
ii. Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan. 
iii. Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya 
maka anak yang dilahir hasil daripada aqad tersebut tetap 
dinasabkan kepada bapanya. Persebuhan yang berlaku antara 
mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami 
tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram. 
Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan 
tersebutmaka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan 
hukuman had. Anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan 
itu juga tidak dinasabkan kepada suami tersebut. 
iv. Bagi aqad fasid yang dipertikaikan ia masih memberi kesan 
undang-undang yang berkaitan dengan hak warisan antara suami 
isteri. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia 
sebelum difaraqkan maka pasangan yang masih hidup berhak 
mewarisi harta pasangannya tanpa mengambilkira persetubuhan 
telah berlaku ataupun belum. Walau bagaimanapun bagi 
perkahwinan yang telah disepakati fasidnya hak warisan tidak 
wujud sama sekali.
v. Sabit pengharaman persemendaan bila berlaku persetubuhan atau 
muqaddimah persetubuhan tanpa mengira perkahwinan itu 
disepakati fasid atau dipertikaikan. 
vi. Perempuan yang difaraqkan dan telah disetubuhi oleh suaminya 
diwajibkan bereddah sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki lain 
tetapi tidak jika dengan lelaki yang sama. 
4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 
Melalui peruntukan seksyen 10 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga 
Islam Negeri Terengganu 1985 memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan 
adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu mengikut hukum 
syarak untuk menjadikannya sah. 
Sekiranya sesuatu pernikahan itu ternyata fasid atau batal seperti tersilap 
wali, tidak menepati rukun nikah atau sebagainya maka sesuatu perkahwinan 
itu boleh dimohon untuk dibubarkan dan pasangan suami isteri tersebut 
difaraqkan. 
Permohonan untuk memfaraqkan sesuatu perkahwinan yang tidak sah 
boleh dibuat oleh pasangan tersebut iaitu sama ada isteri atau suami, ibu bapa 
atau penjaga atau juga pejabat agama yang menyedari kesilapan atau kekhilafan 
yang berlaku. Beberapa perkara yang perlu disertakan semasa permohonan 
faraq sesuatu perkahwinan di Mahkamah Syariah ialah: 
I. Permohonan 
II. Afidavit sokongan 
III. Salinan kad pengenalan 
IV. Sijil nikah 
V. Surat pengesahan perkahwinan 
5.0 KES-KES FARAQ 
Kebiasaannya pembubaran perkahwinan secara faraq yang berlaku di 
Malaysia adalah disebabkan oleh keraguan pada wali atau saksi. 
Kebanyakan kes faraq nikah juga adalah disebabkan oleh perkahwinan 
tanpa kebenaran wali/perkahwinan luar negara atau lebih tepat lagi 
perkahwinan sindiket.
5.1 Contoh Kes Pertama 
Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin 
Mohamad menentang Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Binti Hashim 
yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk memfaraqkan 
perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di Thailand. Hakim yang 
membicarakan kes tersebut telah memutuskan beberapa perkara iaitu: 
i. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai 
akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan 
dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang 
diistikhlafkan sebagai wali hakim. 
ii. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang 
terhadap akad nikah pasangan tersebut. 
iii. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai 
persetubuhan syubhat. 
Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan 
kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan. 
5.2 Contoh Kes Kedua 
Kes yang berlaku di Johor baru-baru ini adalah satu kes yang jarang-jarang 
berlaku di Malaysia. Dalam kes tersebut sepasang suami isteri, 
Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah telah 
diarahkan berpisah setelah pejabat agama mengesahkan pernikahn 
mereka tidak sah. 
Perkahwinan kedua-duanya tidak sah kerana pernikahan yang dilangsungkan 
menggunakan wali hakim, sedangkan adik lelaki Zanariah, Mohd Shafiq yang ketika 
itu berusia 19 tahun layak menjadi wali. Permohonan faraq nikah pasangan tersebut 
yang dibuat oleh jabatan agama seterusnya diterima oleh mahkamah apabila 
mahkamah memutuskan pasangan berpisah secara faraq dan boleh bernikah semula 
pada bila-bila masa.

More Related Content

What's hot

Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Ieta Sa'ad
 
Nota pengajian islam mpw 1143 t3
Nota pengajian islam mpw 1143 t3Nota pengajian islam mpw 1143 t3
Nota pengajian islam mpw 1143 t3
Fadhil Ismail
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
surrenderyourthrone
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Mahyuddin Khalid
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
azah narowi
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
surrenderyourthrone
 

What's hot (20)

Peranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam SyariePeranan & Etika Peguam Syarie
Peranan & Etika Peguam Syarie
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
Pengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta PusakaPengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta Pusaka
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Nota pengajian islam mpw 1143 t3
Nota pengajian islam mpw 1143 t3Nota pengajian islam mpw 1143 t3
Nota pengajian islam mpw 1143 t3
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas
 
Muamalat wahidah
Muamalat wahidahMuamalat wahidah
Muamalat wahidah
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
 
Article 121(1A) of federal constitution
Article 121(1A) of federal constitutionArticle 121(1A) of federal constitution
Article 121(1A) of federal constitution
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 

Viewers also liked

Seni muzik & tarian
Seni muzik & tarianSeni muzik & tarian
Seni muzik & tarian
Lily Lim
 
Tarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional MelayuTarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional Melayu
Ira Rushdan
 

Viewers also liked (18)

Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
isu semasa kaunseling - Perceraian
isu semasa kaunseling - Perceraianisu semasa kaunseling - Perceraian
isu semasa kaunseling - Perceraian
 
pekeliling sbpa umum
pekeliling sbpa umumpekeliling sbpa umum
pekeliling sbpa umum
 
Adat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayuAdat resam kahwin melayu
Adat resam kahwin melayu
 
Borang pengesahan tidak bekerja PTPTN
Borang pengesahan tidak bekerja PTPTNBorang pengesahan tidak bekerja PTPTN
Borang pengesahan tidak bekerja PTPTN
 
Seni muzik & tarian
Seni muzik & tarianSeni muzik & tarian
Seni muzik & tarian
 
ZAPIN
ZAPINZAPIN
ZAPIN
 
Tarian zapin
Tarian zapinTarian zapin
Tarian zapin
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
Borang rmr1 m
Borang rmr1 mBorang rmr1 m
Borang rmr1 m
 
Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3Akuan sumpah 3
Akuan sumpah 3
 
Tarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional MelayuTarian Tradisional Melayu
Tarian Tradisional Melayu
 
Tarian di malaysia
Tarian di malaysiaTarian di malaysia
Tarian di malaysia
 
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaumSlide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
 
Tarian melayu johor
Tarian melayu johorTarian melayu johor
Tarian melayu johor
 
Thalaq
ThalaqThalaq
Thalaq
 
Pengertian talak
Pengertian talakPengertian talak
Pengertian talak
 

Similar to Faraq Dalam Perkahwinan (15)

Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
 
Konsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.pptKonsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.ppt
 
Rukun nikah
Rukun nikahRukun nikah
Rukun nikah
 
Pandunan pengurusan nikah di malaysia
Pandunan pengurusan nikah di malaysiaPandunan pengurusan nikah di malaysia
Pandunan pengurusan nikah di malaysia
 
perkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptxperkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptx
 
Akta memperbaharui undang2
Akta memperbaharui undang2Akta memperbaharui undang2
Akta memperbaharui undang2
 
Syariah-
 Syariah- Syariah-
Syariah-
 
Polisi undang undang kekeluargaan sivil
Polisi undang undang kekeluargaan sivil Polisi undang undang kekeluargaan sivil
Polisi undang undang kekeluargaan sivil
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2Biyh 8103 slide show 2
Biyh 8103 slide show 2
 
Peraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamPeraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islam
 
Syariah poligami
Syariah poligamiSyariah poligami
Syariah poligami
 
Al-Talak
Al-Talak Al-Talak
Al-Talak
 
Mahar
MaharMahar
Mahar
 
fasakh
fasakhfasakh
fasakh
 

Faraq Dalam Perkahwinan

  • 1. FARAQ DALAM PERKAHWINAN 1.0 PENGERTIAN FARAQ: Dari Segi Bahasa: Faraq berasal daripada perkataan faraqa dan masdarnya ialah tafriq yang bermaksud perkahwinan yang dipisahkan/dibubarkan. Dari Segi Istilah: Pada sudut istilah faraq yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya. Namun di dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan melalui talak. 2.0 ASAS AMBILAN HUKUM Faraq banyak disebut dalam kitab fiqh selalunya ia dikaitkan dengan kesan daripada perkahwinan yang tidak sah. Faraq dibezakan dari talak raj’ie yang biasa melihat kepada pembubaran perkahwinan melalui talak adalah disebabkan oleh kerana tidak ada persefahaman dan sebagainya sedangkan faraq disebabkan oleh rukun perkahwinan itu sendiri yang tidak sah. Dalam hal faraq hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan. Justeru perintah faraq juga hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Apa yang dimaksudkan dengan akad nikah yang tidak sah ialah nikah yang tiada/hilang salah satu syarat atau tiada kebanyakan daripada syarat sah nikah. 3.0 HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN Sebelum dibincang lanjut mengenai faraq perlu difahami terlebih dahulu hukum-hukum bagi suatu perkahwinan yang terbit daripada akad nikah yang lazim dan tak lazim. Secara umumnya hukum bagi perkahwinan boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perkahwinan yang sah atau tidak sah. Walaupun begitu terdapat sesetengah ulamak seperi Ulamak Hanafi yang membezakan diantara perkahwinan yang bathil dan yang fasid. Namun di dalam kertas ini hanya membincangkan secara umum sahaja iaitu perkahwinan yang sah dan tidak sah. 3.1 Perkahwinan Yang Sah Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang memenuhi segala rukun dan syarat perkahwinan. Bagi perkahwinan yang sah ia mempunyai kesan bagi semua perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti mas kahwin (mahar), nafkah untuk isteri, nasb terhadap anak yang dilahirkan juga mempunyai kesan terhadap pengharaman persemendaan (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan).
  • 2. 3.2 Perkahwinan Yang Tidak Sah/Fasid (Perkahwinan Yang Bathil Pada Pandangan Abu Hanifah) 3.2.1 Bagi perkahwinan fasid ini Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke atas perkahwinan yang sah. Oleh itu tidak halal bagi suami melakukan persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan mahar juga tidak diwajibkan bereddah. Selain itu isteri tersebut juga tidak terlibat dengan pegharaman musoharah (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan eddah menurut Imam Abu Hanifah. 3.2.2 Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah tidak kira perkahwinan itu bathil atau fasid kerana Ulamak Maliki tidak membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil. Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah: i. Haram dan diwajibkan faraq dengan serta merta. Tujuan faraq di sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di sini adalah berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada bayaran mahar. ii. Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan. iii. Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya maka anak yang dilahir hasil daripada aqad tersebut tetap dinasabkan kepada bapanya. Persebuhan yang berlaku antara mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram. Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebutmaka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan hukuman had. Anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan itu juga tidak dinasabkan kepada suami tersebut. iv. Bagi aqad fasid yang dipertikaikan ia masih memberi kesan undang-undang yang berkaitan dengan hak warisan antara suami isteri. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia sebelum difaraqkan maka pasangan yang masih hidup berhak mewarisi harta pasangannya tanpa mengambilkira persetubuhan telah berlaku ataupun belum. Walau bagaimanapun bagi perkahwinan yang telah disepakati fasidnya hak warisan tidak wujud sama sekali.
  • 3. v. Sabit pengharaman persemendaan bila berlaku persetubuhan atau muqaddimah persetubuhan tanpa mengira perkahwinan itu disepakati fasid atau dipertikaikan. vi. Perempuan yang difaraqkan dan telah disetubuhi oleh suaminya diwajibkan bereddah sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki lain tetapi tidak jika dengan lelaki yang sama. 4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Melalui peruntukan seksyen 10 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Negeri Terengganu 1985 memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu mengikut hukum syarak untuk menjadikannya sah. Sekiranya sesuatu pernikahan itu ternyata fasid atau batal seperti tersilap wali, tidak menepati rukun nikah atau sebagainya maka sesuatu perkahwinan itu boleh dimohon untuk dibubarkan dan pasangan suami isteri tersebut difaraqkan. Permohonan untuk memfaraqkan sesuatu perkahwinan yang tidak sah boleh dibuat oleh pasangan tersebut iaitu sama ada isteri atau suami, ibu bapa atau penjaga atau juga pejabat agama yang menyedari kesilapan atau kekhilafan yang berlaku. Beberapa perkara yang perlu disertakan semasa permohonan faraq sesuatu perkahwinan di Mahkamah Syariah ialah: I. Permohonan II. Afidavit sokongan III. Salinan kad pengenalan IV. Sijil nikah V. Surat pengesahan perkahwinan 5.0 KES-KES FARAQ Kebiasaannya pembubaran perkahwinan secara faraq yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan oleh keraguan pada wali atau saksi. Kebanyakan kes faraq nikah juga adalah disebabkan oleh perkahwinan tanpa kebenaran wali/perkahwinan luar negara atau lebih tepat lagi perkahwinan sindiket.
  • 4. 5.1 Contoh Kes Pertama Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin Mohamad menentang Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Binti Hashim yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di Thailand. Hakim yang membicarakan kes tersebut telah memutuskan beberapa perkara iaitu: i. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang diistikhlafkan sebagai wali hakim. ii. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang terhadap akad nikah pasangan tersebut. iii. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai persetubuhan syubhat. Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan. 5.2 Contoh Kes Kedua Kes yang berlaku di Johor baru-baru ini adalah satu kes yang jarang-jarang berlaku di Malaysia. Dalam kes tersebut sepasang suami isteri, Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah telah diarahkan berpisah setelah pejabat agama mengesahkan pernikahn mereka tidak sah. Perkahwinan kedua-duanya tidak sah kerana pernikahan yang dilangsungkan menggunakan wali hakim, sedangkan adik lelaki Zanariah, Mohd Shafiq yang ketika itu berusia 19 tahun layak menjadi wali. Permohonan faraq nikah pasangan tersebut yang dibuat oleh jabatan agama seterusnya diterima oleh mahkamah apabila mahkamah memutuskan pasangan berpisah secara faraq dan boleh bernikah semula pada bila-bila masa.