Tarian di malaysia

52,069 views

Published on

Published in: Education
10 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Buat arien juga, negara mu layak berasa kurang enak kerana ia memang hak negara mu dan kesilapan pemerintah malaysia yg kurang cermat meneliti permulaan satu2 budaya itu. Jadi harap saudara2 di indonesia tidak tersalah anggap terhadap secara keseluruhan rakyat malaysia kerana kami tidak tahu, dan cuma mengamalkan sesuatu yg kami rasa ada kaitan dengan keturunan kami,diharap jgn melontar caci keji kerana kalian dan saudara mu disini tetap saudara dan memang ada pertalian darah yg kuat dalam budaya terutama yg berasal dari darah jawa indonesia. Apakah sebab kami rakyat malaysia yg tidak tahu kelakuan pemerintah kami diblkg kami, bila kami kembara ke indonesia, kalian disana mahu menghentam atau mencaci kami padahal tetap asal dari kerabat yg tidak boleh lari dari keturunan?berckp sama bahasa jawa,tetapi kerana beza kerakyatan,yg tidak bersalah malahan saudara dihentam kalian disana. Keakraban keturunan perlu dijaga atau pemerintah yg membuat keputusan dblkg kita yg boleh jadi tersilap perlu dijaga? saya memilih keakraban saudara2 kerana tidak semua tempat pemerintahnya terbaik dan tidak bersalah. dari keakraban itu boleh mengawal kuasa pemerintah supaya lebih teliti betul ya. :)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Buat pengetahuan Arien Saeng, antara sebabnya kerana, kebanyakan dari penduduk malaysia juga merupakan etnik suku jawa,banjar,bugis,minang,madailing. Oleh sebab itu berlaku penyebaran budaya tradisi antara kedua2 negara. sebahagian besar populasi melayu malaysia ialah sama keturunan dengan indonesia. Terutama negeri Johor,Selangor,Negeri sembilan,Perak. Di Johor misalnya majoriti suku jawa masih memain Barongan yg pernah diclaim oelh malaysia sbagai tradisi malaysia. jd timbul perbalahan tradisi budaya ini. Penduduk johor mengakuinya sebab berketurunan sama indonesia,tetapi pemerintah yg terkeliru membuat keputusan.atas sebab itu berlaku byk percanggahan asal seperti silat,wayang kulit,kuda kepang dan dan lain2 budaya itu kerana ras indonesia ada juga di malaysia.hanya keturunan tertentu yg ketahuinya dan akuinya tp bukan semua mengetahuinya. Salam wong jowo muar johor. :)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • saya sangat berterimah kasih atas adanya link ini
    tpi saya sebagai warga negara Indonesia ingin menyampaikan
    kenapa orang Malaysia suka meniru negara lain contoh :Indonesia .Padahal negara Malysia sudah memiliki keragaman budaya yang mat bagus dan banyak,sehingga banyak sekali turis2 maca negara yang mau melihatnya
    ini hanya penyampaian saya tpi jangandi anggap enteng karena ini menyangkut negara kami INDONESIA
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • cukup membantu keja kelompok saya
    tpi kenapa negara Malysia ingin meniru2 negara Indonesia dan negara lainnya,padahalkan Malaysia sudah banyak keragaman budaya yang amat bagus dan berpotensi bagi negara lain (turis2 maca negara )
    terimah kasih ini hanya peringatan dari negara tetanggga INDONESIA
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • tiap daerah dan negeri dalam malaysia adat dan budaya tidak terkecuali seni tarian.yang mungkin memeliki keindahan gerak gaya tari nan unik.masih belom di tonjulkan untuk jadi seni budaya khazana negara
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
52,069
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
392
Actions
Shares
0
Downloads
1,201
Comments
10
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tarian di malaysia

  1. 2. <ul><li>Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. </li></ul><ul><li>Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. </li></ul><ul><li>Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia. </li></ul>
  2. 3. TARIAN KAUM MELAYU Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
  3. 4. Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
  4. 5. Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.
  5. 6. Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
  6. 7. Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
  7. 8. TARIAN KAUM CINA Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.
  8. 9. Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.
  9. 11. TARIAN KAUM INDIA Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.
  10. 12. TARIAN BANGSA SIKH Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.
  11. 13. TARIAN SUKU KAUM IBAN Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
  12. 14. TARIAN SUKU KAUM KADAZAN Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.
  13. 15. Jom Kita Menyanyi
  14. 16. Eh Wau Bulan Eh Wau Bulan Eh Wau Bulan Teraju Tiga Eh Wau Bulan Eh Wau Bulan Eh wau Bulan Teraju Tiga Seni Malaysia indah rupanya Ayuhlah kita mengamalkannya Budaya kita milik bersama Sama-sama menyayanginya
  15. 17. Habis Dahh..

×