SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
FASAKH
‫محدان‬ ‫بن‬ ‫ين‬‫ر‬‫فز‬ ‫حممد‬
22
‫محرم‬
1435
‫هجرة‬
Konsep Fasakh
2
Ibn Manzur
 Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab menyatakan
bahawa fasakh bererti batal (naqada) atau
bubar (faraqa).
 Apabila perkataan fasakh disandarkan kepada
nikah maka ia akan membawa maksud
membatalkan atau membubarkan pernikahan
oleh sebab-sebab tertentu yang menghalang
kekalnya perkahwinan tersebut.
3
Fuqaha klasik
 Fuqaha klasik cenderung mengaitkan istilah fasakh
dengan akad perkahwinan yang rosak (fasid). Dalam
konteks ini, apabila akad perkahwinan fasid, suami isteri
secara automatik akan terpisah. Proses ini dinamakan
fasakh.
 contoh, apabila salah seorang suami atau isteri telah
murtad dan apabila suami isteri mempunyai hubungan
susuan (al-radacah).
 Sementara itu Imam al-Syafici pula menambah sekiranya
suami atau isteri telah memasukkan syarat untuk fasakh
dan disebut dalam akad perkahwinan mereka akan
menyebabkan akad itu dinamakan fasid.
4
Fuqaha kontemporari
 Mereka telah memberikan definisi fasakh dalam skop
yang lebih luas serta menyeluruh. Wahbah al-Zuhaili
umpamanya telah melihat bahawa fasakh termasuk di
bawah kategori perpisahan suami isteri atau al-tafriq..
 Al-tafriq terbahagi kepada dua iaitu al-tafriq al-qada'i
iaitu perpisahan yang berlaku melalui penguatkuasaan
undang-undang. Contohnya al-tafriq dengan sebab
suami tidak memberi nafkah, sebab ila’, penyakit (al-cilal)
dan syiqaq. Manakala yang kedua, al-tafriq berlaku
secara fasakh melalui pembatalan akad perkahwinan
disebabkan oleh akad yang fasid
5
Kesimpulan
 Fasakh sebagai membatalkan akad perkahwinan yang
asal atau menghalang daripada berkekalan akad
perkahwinan tanpa mengurangi bilangan talak
disebabkan oleh akad yang rosak atau kerana sebab-
sebab yang lain.
6
7
Pensyariatan
Fasakh
Al-Quran
Ijma’
As-
sunnah
•Al-Baqarah 2:231
•An-Nisa’ 4:34-35
Al-
Quran
• َ
‫ا‬‫ل‬
‫ار‬ ‫ا‬‫ر‬ ِ
‫َض‬‫ا‬‫ل‬ ‫ا‬‫رَو‬ ‫ا‬‫ر‬‫ا‬‫ض‬
•Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak
memperoleh sesuatu yang akan dinafkahkan untuk isterinya. Hendaklah
dipisahkan antara keduanya
•(al-Daruqutni, Ali bin Umar, Sunan al-Daruqutni, Kitab al-Nikah, Bab al-Mahr. )
As-
Sunnah
•Para fuqaha telah menyusun satu kaedah fiqh yang mempunyai kaitan langsung
dengan hadith tersebut iaitu ‫الضرارَيزال‬
) ) yang bermaksud setiap kemudaratan
hendaklah dihilangkan. Menurut Ibn Nujaim, kaedah fiqh yang mempunyai
pengertian yang sama dengan maksud hadith tersebut ialah (
َ‫المشقةَتجلبَالتيسير‬
)
yang bermaksud kesukaran membawa kepada kemudahan.
•Abu Zahrah menggunakan istilah al-Talaq bi al-Hukm al-Qadi, manakala al-
Zuhaili pula menyebutnya sebagai al-Tafriq al-Qada'i apabila mereka
membincangkan tentang fasakh. Namun ada juga yang membincangkan soal ini
di bawah tajuk al-Khiyar
Ijma’
8
Pandangan Fuqaha Tentang
Fasakh
 Imam Malik telah membahagikan fasakh kepada dua.
Pertama, fasakh yang wajib tanpa ada pilihan kepada
suami isteri bahkan ia adalah atas perintah syarak
khususnya kes yang melibatkan akad rosak. Contohnya
perkahwinan di antara mahram kerana susuan dan salah
seorang suami isteri murtad. Kedua ialah fasakh atas
pilihan suami isteri sama ada mereka memilih untuk
fasakh atau tidak. Termasuk di bawah kategori ini ialah
fasakh kerana penyakit dan lain-lainnya.
 Imam Hanafi pula, beliau telah membahagikan fasakh
kepada dua sebab utama iaitu fasakh dengan sebab
akad perkahwinan fasid dan fasakh dengan sebab-
sebab yang selain daripada itu.
9
 Ibn Qudamah juga telah membahagikan fasakh secara
tidak langsung kepada dua kategori iaitu fasakh yang
disebabkan oleh akad yang fasid dan yang berpunca
daripada penyakit-penyakit yang mengharuskan fasakh.
Menurut beliau, fasakh atas alasan ini dibuat dengan
keputusan daripada pihak kadi atau hakim.
 Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Ahwal al-
Syakhsiyyah telah membahagikan fasakh kepada dua
kategori yang utama iaitu fasakh yang tidak
membatalkan akad perkahwinan yang asal. Misalnya
fasakh kerana tidak ada persamaan taraf di antara
keduanya (kafa’ah). Kedua ialah fasakh yang
membatalkan akad nikah yang asal ataupun dipanggil
sebagai fasakh kerana akad yang rosak (fasid).
Contohnya fasakh kerana ada hubungan musaharah
(menjadi mahram dengan keluarga suami atau isteri)
dan fasakh kerana murtad salah seorang suami isteri. 10
Pandangan Mazhab Berkaitan
Fasakh
Mazhab Hanafi perpisahan
berbentuk fasakh
Pemisahan kadhi antara suami isteri
akibat penolakan isteri untuk masuk
Islam setelah suaminya yang merupakan
orang musyrik ataupun majusi masuk
Islam.
-Perpisahan yang disebabkan oleh pihak
perempuan tidak boleh dikatakan
sebagai talak kerana perempuan tidak
memiliki hak talak maka perpisahan ini
menjadi fasakh.
Pemisahan akibat adanya
ketidaksetaraan atau akibat
kurangnya mahar maka
perpisahan ini merupakan fasakh
kerana perpisahan ini terjadi bukan
dari pihak suami maka tidak
dijadikan sebagai talak.
Wujudnya perbezaan negara pasangan
suami isteri secara hakikat dan hukum.
Apabila salah satu pasangan suami
isteri keluar ke negara Islam dalam
keadaan muslim ataupun ahli
dzimmah. Dia tinggalkan pasangannya
dalam keadaan kafir di dar al-harb,
diqiaskan kepada hal murtad kerana
biasanya dia tidak boleh mendapatkan
manfaat.
Murtad salah seorang suami isteri
Kehendak orang yang merdeka
iaitu kemerdekaan seorang budak
perempuan sedangkan suaminya
terus menjadi budak maka dia
memiliki pilihan untuk terus
mempertahankan perkahwinan
ataupun mengakhirkannya.
Pilihan anak kecil lelaki ataupun
perempuan yang telah baligh.
Perpisahan ini tidak terjadi kecuali
pemisahan dari kadhi
11
Akad nikah yang tidak sah. Seperti kahwin
dengan saudara perempuan atau dengan
salah seorang yang diharamkan dan kahwin
dengan isteri orang lain atau perempuan yang
tengah menjalani masa iddah dari perceraian
dengan suaminya.
Wujud sesuatu yang mewajibkan
pengharaman untuk selamanya seperti
persetubuhan dengan syubhah dari salah
seorang suami isteri dengan orang tua pihak
yang lain atau keturunannya yang
mewajibkan haram terjalinnya hubungan
perbesanan.
Perpisahan akibat lican kerana hal ini
menyebabkan pengharaman yang bersifat
abadi.
Perpisahan yang terjadi akibat penolakan si
suami untuk masuk Islam setelah isterinya
masuk Islam atau penolakan si isteri yang
selain perempuan Ahli Kitab untuk masuk
Islam setelah suaminya masuk Islam kerana
hal itu masuk ke dalam makna wujudnya
kerosakan kepada perkahwinan
Mazhab Maliki
12
Mazhab Syafici
-Perpisahan akibat kesulitan mahar,
kesulitan nafkah atau pakaian atau tempat
tinggal setelah suami diberikan tempoh
waktu selama tiga hari.
-Perpisahan akibat lican.
-Perpisahan akibat adanya cacat. Setelah
perkara ini diadukan kepada hakim.
Ditetapkan adanya cacat. Fasakh yang
bersifat langsung kecuali akibat impotensi
maka ditangguhkan setahun dari hari yang
ditetapkannya.
-Persetubuhan dengan syubhah seperti
persetubuhan dengan ibu mertuanya dan
anak perempuannya.
-Perpisahan akibat masuk Islamnya salah
seorang suami isteri.
-Tertawannya salah satu suami isteri
sebelum terjadi persetubuhan ataupun
sesudahnya kerana jika terjadi perhambaan
maka hak milik diri hilang termasuk juga
tanggungan.
-Perpisahan akibat murtadnya salah
seorang suami isteri
-Perpisahan akibat susuan dengan syarat
susuan ini terjadi selama lima kali secara
terpisah sebelum si anak berumur lebih
daripada dua tahun.
-Perpisahan akibat kehendak perempuan
yang merdeka adalah budak perempuan
yang merupakan isteri budak lelaki
merdeka maka dia langsung memiliki hak
untuk memilih tanpa mengadukan perkara
ini kepada hakim kecuali jika dimerdekakan
sebelum terjadi persetubuhan dalam masa
penyakit kronik.
-Perpisahan akibat adanya penipuan
-Suami masuk Islam dengan memiliki isteri
yang terdiri daripada dua orang perempuan
yang bersaudara atau lebih dari empat
orang isteri atau dua orang budak
perempuan.
-Kepemilikan salah satu suami isteri oleh
pihak lain.
-Wujud ketidaksetaraan akibat si
perempuan memberikan izin secara mutlak
lalu mendapat tahu bahawa si lelaki tidak
setara dengannya
-Perpindahan dari satu agama ke agama
yang lain seperti perpindahan agama
Yahudi ke agama Nasrani
13
Perpisahan akibat lican kerana hal ini menyebabkan pengharaman yang bersifat abadi meskipun kadhi tidak menetapkannya.
Perpisahan akibat wujudnya kecacatan yang dimiliki oleh keduanya iaitu gila dan ayan. Ataupun yang khusus bagi perempuan seperti daging
yang menutupi vagina, tulang yang menutupi vagina, bau busuk, berkudis dan bernanah dan berlubang antara dua jalan iaitu vagina dan dubur.
Atau yang khusus bagi lelaki seperti kembiri dan impoten maka perkahwinan tidak dapat difasakhkan selain daripada keputusan hakim
Salah seorang suami isteri masuk Islam
Perpisahan akibat ila’ dengan melalui keputusan kadhi, jika
melebihi tempoh empat bulan si suami masih tidak menggauli
isterinya dan juga tidak mentalak isterinya setelah hakim
perintahkannya.
Mazhab Hanbali
Khuluc jika perpisahan terjadi dengan tanpa lafaz talak atau
dengan tanpa niat talak
Murtadnya salah seorang suami isteri
14

More Related Content

What's hot

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramAkhy Sham
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.jimoh370
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudZafirah Abdullah
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Khairul Anwar
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRINurul Husna
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.jimoh370
 
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuZul Fikri
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadithwmkfirdaus
 

What's hot (20)

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
Fiqh dakwah
Fiqh dakwahFiqh dakwah
Fiqh dakwah
 
Faraidh
FaraidhFaraidh
Faraidh
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.Munakahat, talaq.
Munakahat, talaq.
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 
Qazaf
QazafQazaf
Qazaf
 
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga MasakiniIsu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
 
Hudud
HududHudud
Hudud
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
 
fasakh
fasakhfasakh
fasakh
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 

Konsep Fasakh.ppt

  • 1. 1 FASAKH ‫محدان‬ ‫بن‬ ‫ين‬‫ر‬‫فز‬ ‫حممد‬ 22 ‫محرم‬ 1435 ‫هجرة‬
  • 3. Ibn Manzur  Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab menyatakan bahawa fasakh bererti batal (naqada) atau bubar (faraqa).  Apabila perkataan fasakh disandarkan kepada nikah maka ia akan membawa maksud membatalkan atau membubarkan pernikahan oleh sebab-sebab tertentu yang menghalang kekalnya perkahwinan tersebut. 3
  • 4. Fuqaha klasik  Fuqaha klasik cenderung mengaitkan istilah fasakh dengan akad perkahwinan yang rosak (fasid). Dalam konteks ini, apabila akad perkahwinan fasid, suami isteri secara automatik akan terpisah. Proses ini dinamakan fasakh.  contoh, apabila salah seorang suami atau isteri telah murtad dan apabila suami isteri mempunyai hubungan susuan (al-radacah).  Sementara itu Imam al-Syafici pula menambah sekiranya suami atau isteri telah memasukkan syarat untuk fasakh dan disebut dalam akad perkahwinan mereka akan menyebabkan akad itu dinamakan fasid. 4
  • 5. Fuqaha kontemporari  Mereka telah memberikan definisi fasakh dalam skop yang lebih luas serta menyeluruh. Wahbah al-Zuhaili umpamanya telah melihat bahawa fasakh termasuk di bawah kategori perpisahan suami isteri atau al-tafriq..  Al-tafriq terbahagi kepada dua iaitu al-tafriq al-qada'i iaitu perpisahan yang berlaku melalui penguatkuasaan undang-undang. Contohnya al-tafriq dengan sebab suami tidak memberi nafkah, sebab ila’, penyakit (al-cilal) dan syiqaq. Manakala yang kedua, al-tafriq berlaku secara fasakh melalui pembatalan akad perkahwinan disebabkan oleh akad yang fasid 5
  • 6. Kesimpulan  Fasakh sebagai membatalkan akad perkahwinan yang asal atau menghalang daripada berkekalan akad perkahwinan tanpa mengurangi bilangan talak disebabkan oleh akad yang rosak atau kerana sebab- sebab yang lain. 6
  • 8. •Al-Baqarah 2:231 •An-Nisa’ 4:34-35 Al- Quran • َ ‫ا‬‫ل‬ ‫ار‬ ‫ا‬‫ر‬ ِ ‫َض‬‫ا‬‫ل‬ ‫ا‬‫رَو‬ ‫ا‬‫ر‬‫ا‬‫ض‬ •Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak memperoleh sesuatu yang akan dinafkahkan untuk isterinya. Hendaklah dipisahkan antara keduanya •(al-Daruqutni, Ali bin Umar, Sunan al-Daruqutni, Kitab al-Nikah, Bab al-Mahr. ) As- Sunnah •Para fuqaha telah menyusun satu kaedah fiqh yang mempunyai kaitan langsung dengan hadith tersebut iaitu ‫الضرارَيزال‬ ) ) yang bermaksud setiap kemudaratan hendaklah dihilangkan. Menurut Ibn Nujaim, kaedah fiqh yang mempunyai pengertian yang sama dengan maksud hadith tersebut ialah ( َ‫المشقةَتجلبَالتيسير‬ ) yang bermaksud kesukaran membawa kepada kemudahan. •Abu Zahrah menggunakan istilah al-Talaq bi al-Hukm al-Qadi, manakala al- Zuhaili pula menyebutnya sebagai al-Tafriq al-Qada'i apabila mereka membincangkan tentang fasakh. Namun ada juga yang membincangkan soal ini di bawah tajuk al-Khiyar Ijma’ 8
  • 9. Pandangan Fuqaha Tentang Fasakh  Imam Malik telah membahagikan fasakh kepada dua. Pertama, fasakh yang wajib tanpa ada pilihan kepada suami isteri bahkan ia adalah atas perintah syarak khususnya kes yang melibatkan akad rosak. Contohnya perkahwinan di antara mahram kerana susuan dan salah seorang suami isteri murtad. Kedua ialah fasakh atas pilihan suami isteri sama ada mereka memilih untuk fasakh atau tidak. Termasuk di bawah kategori ini ialah fasakh kerana penyakit dan lain-lainnya.  Imam Hanafi pula, beliau telah membahagikan fasakh kepada dua sebab utama iaitu fasakh dengan sebab akad perkahwinan fasid dan fasakh dengan sebab- sebab yang selain daripada itu. 9
  • 10.  Ibn Qudamah juga telah membahagikan fasakh secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu fasakh yang disebabkan oleh akad yang fasid dan yang berpunca daripada penyakit-penyakit yang mengharuskan fasakh. Menurut beliau, fasakh atas alasan ini dibuat dengan keputusan daripada pihak kadi atau hakim.  Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Ahwal al- Syakhsiyyah telah membahagikan fasakh kepada dua kategori yang utama iaitu fasakh yang tidak membatalkan akad perkahwinan yang asal. Misalnya fasakh kerana tidak ada persamaan taraf di antara keduanya (kafa’ah). Kedua ialah fasakh yang membatalkan akad nikah yang asal ataupun dipanggil sebagai fasakh kerana akad yang rosak (fasid). Contohnya fasakh kerana ada hubungan musaharah (menjadi mahram dengan keluarga suami atau isteri) dan fasakh kerana murtad salah seorang suami isteri. 10
  • 11. Pandangan Mazhab Berkaitan Fasakh Mazhab Hanafi perpisahan berbentuk fasakh Pemisahan kadhi antara suami isteri akibat penolakan isteri untuk masuk Islam setelah suaminya yang merupakan orang musyrik ataupun majusi masuk Islam. -Perpisahan yang disebabkan oleh pihak perempuan tidak boleh dikatakan sebagai talak kerana perempuan tidak memiliki hak talak maka perpisahan ini menjadi fasakh. Pemisahan akibat adanya ketidaksetaraan atau akibat kurangnya mahar maka perpisahan ini merupakan fasakh kerana perpisahan ini terjadi bukan dari pihak suami maka tidak dijadikan sebagai talak. Wujudnya perbezaan negara pasangan suami isteri secara hakikat dan hukum. Apabila salah satu pasangan suami isteri keluar ke negara Islam dalam keadaan muslim ataupun ahli dzimmah. Dia tinggalkan pasangannya dalam keadaan kafir di dar al-harb, diqiaskan kepada hal murtad kerana biasanya dia tidak boleh mendapatkan manfaat. Murtad salah seorang suami isteri Kehendak orang yang merdeka iaitu kemerdekaan seorang budak perempuan sedangkan suaminya terus menjadi budak maka dia memiliki pilihan untuk terus mempertahankan perkahwinan ataupun mengakhirkannya. Pilihan anak kecil lelaki ataupun perempuan yang telah baligh. Perpisahan ini tidak terjadi kecuali pemisahan dari kadhi 11
  • 12. Akad nikah yang tidak sah. Seperti kahwin dengan saudara perempuan atau dengan salah seorang yang diharamkan dan kahwin dengan isteri orang lain atau perempuan yang tengah menjalani masa iddah dari perceraian dengan suaminya. Wujud sesuatu yang mewajibkan pengharaman untuk selamanya seperti persetubuhan dengan syubhah dari salah seorang suami isteri dengan orang tua pihak yang lain atau keturunannya yang mewajibkan haram terjalinnya hubungan perbesanan. Perpisahan akibat lican kerana hal ini menyebabkan pengharaman yang bersifat abadi. Perpisahan yang terjadi akibat penolakan si suami untuk masuk Islam setelah isterinya masuk Islam atau penolakan si isteri yang selain perempuan Ahli Kitab untuk masuk Islam setelah suaminya masuk Islam kerana hal itu masuk ke dalam makna wujudnya kerosakan kepada perkahwinan Mazhab Maliki 12
  • 13. Mazhab Syafici -Perpisahan akibat kesulitan mahar, kesulitan nafkah atau pakaian atau tempat tinggal setelah suami diberikan tempoh waktu selama tiga hari. -Perpisahan akibat lican. -Perpisahan akibat adanya cacat. Setelah perkara ini diadukan kepada hakim. Ditetapkan adanya cacat. Fasakh yang bersifat langsung kecuali akibat impotensi maka ditangguhkan setahun dari hari yang ditetapkannya. -Persetubuhan dengan syubhah seperti persetubuhan dengan ibu mertuanya dan anak perempuannya. -Perpisahan akibat masuk Islamnya salah seorang suami isteri. -Tertawannya salah satu suami isteri sebelum terjadi persetubuhan ataupun sesudahnya kerana jika terjadi perhambaan maka hak milik diri hilang termasuk juga tanggungan. -Perpisahan akibat murtadnya salah seorang suami isteri -Perpisahan akibat susuan dengan syarat susuan ini terjadi selama lima kali secara terpisah sebelum si anak berumur lebih daripada dua tahun. -Perpisahan akibat kehendak perempuan yang merdeka adalah budak perempuan yang merupakan isteri budak lelaki merdeka maka dia langsung memiliki hak untuk memilih tanpa mengadukan perkara ini kepada hakim kecuali jika dimerdekakan sebelum terjadi persetubuhan dalam masa penyakit kronik. -Perpisahan akibat adanya penipuan -Suami masuk Islam dengan memiliki isteri yang terdiri daripada dua orang perempuan yang bersaudara atau lebih dari empat orang isteri atau dua orang budak perempuan. -Kepemilikan salah satu suami isteri oleh pihak lain. -Wujud ketidaksetaraan akibat si perempuan memberikan izin secara mutlak lalu mendapat tahu bahawa si lelaki tidak setara dengannya -Perpindahan dari satu agama ke agama yang lain seperti perpindahan agama Yahudi ke agama Nasrani 13
  • 14. Perpisahan akibat lican kerana hal ini menyebabkan pengharaman yang bersifat abadi meskipun kadhi tidak menetapkannya. Perpisahan akibat wujudnya kecacatan yang dimiliki oleh keduanya iaitu gila dan ayan. Ataupun yang khusus bagi perempuan seperti daging yang menutupi vagina, tulang yang menutupi vagina, bau busuk, berkudis dan bernanah dan berlubang antara dua jalan iaitu vagina dan dubur. Atau yang khusus bagi lelaki seperti kembiri dan impoten maka perkahwinan tidak dapat difasakhkan selain daripada keputusan hakim Salah seorang suami isteri masuk Islam Perpisahan akibat ila’ dengan melalui keputusan kadhi, jika melebihi tempoh empat bulan si suami masih tidak menggauli isterinya dan juga tidak mentalak isterinya setelah hakim perintahkannya. Mazhab Hanbali Khuluc jika perpisahan terjadi dengan tanpa lafaz talak atau dengan tanpa niat talak Murtadnya salah seorang suami isteri 14