SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Tersebutlah kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.Jajahan takluknya begitu luas. Seluruh
tanah Jawa dan kawasan sekitarnya di bawah pemerintahan Betara Majapahit..Betara
Majapahit mendapat tahu akan Singapura yang telah menjadi sebua negeri yang besar
dan makmur namun rajanya tidak menyembah kepada baginda, Betara Majapahit.
Betara Majapahit lalu menitahkan utusannya ke Singapura yang akan membawa
warkah dan bingkisan baginda. Tiba di Singapura, rombongan utusan itu lalu pergi
menghadap Seri Maharaja yang memerintah Singapura pada ketika itu lalu mereka
menyerahkan surat dan bingkisan Betara Majapahit itu.
Paduka Seri Maharaja lalu membaca warkah yang diutus betara Majapahit itu.
“Mohon tuanku perkenan melihat akan kepandaian para tukang di Majapahit. Apakah
ada, di Singapura ini, tukang yang sedemikian pandainya?”
Lalu dibukalah bingkisan kiriman Betara Majapahit itu.Baginda mendapati bingkisan itu
mengandungi segulung tatal yang panjangnya tujuh depa.Tatal itu telah ditarah tipis
seperti kertas tanpa putus.Tatal itu bergulung dan berbentuk seperti subang.
Melihat akan tatal tersebut, baginda tersenyum lalu bertitah, “Cis, dipertidaknya laki-laki
kita ini oleh Betara Majapahit, maka dikirimnya kita subang!”
Maka utusan dari Majapahit segera mendatangkan sembah seraya berkata, “Ampun,
Tuanku.Bukanlah demikian kehendak paduka Kakanda itu.Baginda hanya mahu tahu
sama ada di Singapura ini tukang-tukang yang pandai seperti itu.”
Setelah diam buat seketika, baginda lalu bertitah, “ Lebih daripada itu pun ada pada kita
di Singapura ini.”
Baginda lalu menitahkan Pawang Bentan datang menghadap.Titah baginda, Paduka
Seri Maharaja, “Kepandaian tukang-tukang di Singapura ini bukan sahaja cekap
menggunakan beliung malah lebih mahir daripada tukang-tukang di sana!”
Tidak lama kemudian, Pawang Bentan mengatur sembah.Seorang budak yang sedang
menangis juga disuruh menghadap baginda.
“Pawang Bentan, cukur kepala budak ini dengan beliung kamu. Tunjukkan kepandaian
kamu kepada utusan-utusan Majapahit ini!” titah Paduka Seri Maharaja.
Budak itu menjerit-jerit sambil dia meronta-ronta.Meskipun demikian kelakuan budak
itu, Pawang Bentan dengan cekapnya dapat melakukan titah baginda Paduka Seri
Maharaja.Dalam masa yang sekejap sahaja kepala budak yang sedang menangis lagi
meronta-ronta itu menjadi botak.Tangisan dan jeritan bukda lelaki itu tidak diendahkan
oleh Pawang Bentan.Para utusan Majapahit itu jadi terpegun melihatkan kecekapan
serta kepandaian Pawang Bentan itu.
“Lihatlah oleh kamu sekalian, betapa pandainya tukang kita ini.Kepala budak dapat
dicukurnya dengan mudah, apatah lagi menarah tatal seperti subang itu.Senang saja
baginya!” titah Paduka Seri Maharaja.
“Bawalah pulang beliung ini ke Majapahit dan persembahkan kepada saudara kita,
Betara Majapahit.”
Tidak lama kemudian, rombongan utusan dari Majapahit pulang.Surat dan kiriman raja
Singapura itu dipersembahkan kepada Betara majapahit. Para utusan itu memerikan
kepada Betara Majapahit akan kepandaian tukang-tukang di Singapura mencukur kepal
budak. Mendengarkan akan sembah utusannya itu, Betara Majapahit naik murka.
“Sungguhlah adinda kita itu mahu mengaibkan kita.Daripada sembah kamu itu, adinda
kita memberitahu bahawa jikalau kita datang ke Singapura, kepala kita juga akan
dicukurnya seperti dicukurnya kepala budak itu!” titah Betara Majapahit.
“Ini penghinaan buat kita!” titah baginda lagi.
Maka Betara Majapahit pun memerintahkan kelengkapan perang dibuat untuk
menyerang Singapura.
Khabar angkatan perang kerajaan Majapahit yang sedang dalam perjalanan hendak
menyerang Singapura pecah.Beratus-ratus kapal dan tongkang lengkap untuk
berperang telah dihantar oleh Betara Majapahit itu. Paduka Seri Maharaja
memberikantitah perintah agar rakyat Singapura segera membuat persiapan untuk
menghadapi ancaman Majapahit itu.
Setelah sekian lama belayar, ketumbukan Majapahit itu sampailah di perairan
Singapura.Angkatan tentera Majapahit pun bertempur dengan orang-orang
Singapura.Ramai askar daripada kedua-dua belah pihak telah gugur sewaktu
bertempur.Darah askar-askar yang gugur itu mengalir membasahi tanah.Dan sejak itu,
kawasan tersebut kekal merah tanahnya hingga sekarang. Kawasan medan
pertempuran itu dikenali dengan panggilan Bukit Merah hingga pada hari ini.
Setelah beberapa hari berperang, Singapura masih tidak berjaya tentera Majapahit
tawan.Akhirnya, angkatan tentera Majapahit itu pun pulang semula ke Pulau
Jawa.Singapura kini terselamat daripada ancaman dan serangan Majapahit pada kali
ini.
***************
Setelah tentera Majapahit gagal untuk menewaskan Singapura, keadaan negeri
kembali aman. Paduka Seri Maharaja mula sedar betapa negerinya itu diancam
serangan musuh. Baginda mempunyai beberapa orang penasihat yang terdiri daripada
pembesar-pembesarnya untuk membantu baginda memerintah Singapura.Baginda
selalu menerima nasihat dan buah fikiran pembesar-pembesar tersebut dalam
membuat apa-apa sahaja keputusan dalam pemerintahan.
Istana yang terletak di puncak Bukit Larangan itu dikawal rapi siang dan malam.Para
pembesar dan orang-orang biasa yang lainnya dilarang keluar dan masuk ke
istana.Mereka hendaklah meminta izin baginda terlebih dahulu jika ada apa-apa urusan
di istana itu. Sesiapa yang keluar dan masuk istana tanpa keizinan akan dihukum.
Paduka Seri Maharaja memerintahkan para pengawal istana menjaga istananya
dengan rapi.
Tersebutlah kisah seorang pengembara dari negeri Pasai yang dikenali sebagai Tun
Jana Khatib, tiba di Singapura.Tun Jana Khatib memiliki pelbagai ilmu, selain bijak
dalam ilmu dan hal-hal keagamaan.
Sewaktu Tun Jana Khatib tiba di hadapan istana, Raja Perempuan, permaisuri negeri
itu, sedang berdiri di tepi tingkap istana. Raja Perempuan terpandang akan kehadiran
Tun Jana Khatib itu. Tun Jana Khatib juga terpandang akan Raja Perempuan yang
sedang berdiri di tepi tingkap. Timbul dalam hati Tun Jana Khatib untuk menunjukkan
sedikit kepandaiannya. Dengan tenang, Tun Jana Khatib lalu merenung ke arah
sebatang pokok pinang di halaman istana. Tidak lama kemudian, pokok pinang itu
terbelah dua lalu tumbang.
Raja Perempuan itu begitu kagum dengan kepandaian Tun Jana Khatib itu.Tun Jana
Khatib berlalu pergi sambil tersenyum.Pada ketika itu, seorang pembesar negeri telah
memerhatikan gerak-geri Tun Jana Khatib yang menunjukkan kepandaiannya kepada
Raja Perempuan iru.
Sebaik-baik sahaja Tun Jana Khatib berlalu pergi, pembesar negeri tersebut masuk ke
dalam istana lalu terus menghadap Paduka Seri Maharaja.Pembesar itu pun
mengkhabarkan perihal Tun Jana Khatib yang mereka katakan telah menunjuk-
nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan.
Paduka Seri Maharaja menjadi murka sebaik-baik sahaja baginda mendengar akan
sembah para pembesarnya negeri itu.
“Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib yang tidak tahu akan dirinya, dia menunjuk-
nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan beta!”
Merah padam muka Paduka Seri Maharaja memberikan titah, “Dia tahu Raja
Perempuan beta melihat ke arahnya sebab itulah dia hendak menunjuk-nunjukkan
kepandaiannya itu!”
Para pembesar yang hadir itu tunduk kerana mereka tidak mahu bertentang wajah
dengan Paduka Seri Maharaja yang sedang murka itu.
“Panglima, tangkap dan bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!”
Maka sekalian hulubalang diperintahkan menangkap Tun Jana Khatib.Tun Jana Khatib
berada tidak jauh dari perkarangan istana.Tun Jana Khatib tidak melawan apabila para
pegawai istana menahannya.Menurut pandangannya, dia tidak melakukan apa-apa
yang buruk lagi kesalahan.
Tun Jana Khatib lalu digiring masuk menghadap Paduka Seri Maharaja yang sedang
menantikannya di perkarangan istana. Tun Jana Khatib yang tidak menyangka apa-apa
yang buruk itu lalu mengangkat sembah.
“Hei, Tun Jana Khatib! Sungguhlah kamu tidak sedar diri.Tahukah kamu, kamu telah
menconteng aib di muka beta!” titah Paduka Seri Maharaja.
“Ampun tuanku, patik tidak melakukan apa-apa kesalahan apatah lagi mahu
mengaibkan tuanku, ampun tuanku!” rayu Tun Jana Khatib membela dirinya.
“Bukankah tadi, kamu sengaja menunjuk-nunjukkan kepandaian kamu di hadapan Raja
Perempuan beta?Kamu memang sungguh biadap!”
“Ampun tuanku, patik tidak bermasud begitu!” rayu Tun Jana Khatib.
“Datuk, bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!” titah Paduka Seri Maharaja.Baginda
lalu memandang ke arah para pembesarnya, “Biar hukuman ini menjadi contoh bagi
semua yang mahu mengaibkan beta!”
Semua yang ada di situ hanya berdiam diri mendengarkan titah Paduka Seri Maharaja.
Sebahagiam mereka mengganggap hukuman dan tuduhan itu tidak berasas sama
sekali. Namun mereka tidak membantah dan tidak mahu bersuara.
Tun Jana Khatib lalu diikat dan diheret ke tempat hukuman berdekatan dengan sebuah
pekan.Dengan tangannya yang terikat dan mukanya ditutup dengan kain hitam, Tun
Jana Khatib dibunuh oleh petanda yang menjalankan titah suruhan Paduak Seri
Maharaja.Jerit sakit Tun Jana Khatib mengharukan semua yang mendengarnya
sewaktu ditikam petanda itu. Darah yang mengalir daripada bekas luka di badan Tun
Jana Khatib akibat daripada tikaman keris petanda itu mengalir dengan banyaknya
tanpa berhenti. Namun, tanpa disedari ramai, angin bertiup kencang dan dengan tidak
semena-mena, tubuh Tun Jana Khatib yang terikat dan ditiam itu hilang ghaib daripada
pandangan orang ramai. Orang ramai yang menyaksikan pembunuhan kejam itu
tertanya-tanya akan peristiwa Tun Jana Khatib yang dihukum bunuh itu hilang lenyap
daripada pandangan mereka.
Seorang penjual kuih bingka yang berkedai tidak jauh dari tempat hukuman Tun Jana
Khatib dijalankan mengambil sehelai daun pisang yang menutup kuih jualannya lalu
menutup bekas darah Tun Jana Khatib yang masih basah di tanah itu.Dengan serta-
merta, kesan darah yang basah di tanah itu bertukar menjadi seketul batu.
Maka menurut cerita orang ramai, sebaik-baik sahaja berlakunya peristiwa
pembunuhan kejam Tun Jana Khatib itu, jasadnya yang ghaib telah ditemui terbujur di
Pulau Langkawi.Jasad itu telah dikebumikan dengan segera oleh penduduk di situ.
Peristiwa yang pelik itu membuat sebahagian besar penduduk Singapura berduka cita
dengan tindakan Paduka Seri Maharaja. Menurut mereka, peristiwa pembunuhan kejam
itu dan jasad Tun Jana Khatib yang ghaib itu menandakan sebuah perkara buruk akan
berlaku di Singapura. Rakyat semakin berasa sangsi dengan tindakan kejam Paduka
Seri Maharaja itu.
***************
Sangkaan orang ramai itu benar-benar berlaku.Tidak lama kemudian, selepas kejadi
pembunuhan kejam ke atas Tun Jana Khatib tersebut, berlakulah sebuah peristiwa
yang ganjil di Singapura.
Pada suatu hari, beratus-ratus ekor ikan tidak melompat-lompat dari laut lalu
menyerang manusia.Dengan jongor-jongor yang panjang lagi tajam itu, ikan-ikan itu
menikam sesiapa sahaja.Kejadian pembunuhan orang-orang yang berada di pantai
semakin hari semakin menjadi-jadi.
Banyaklah jasad nelayan-nelayan yang turun menjala atau menangkap ikan di laut
dijumpai terdampar di tepi-tepi pantai setiap hari.Rakyat semakin gempar mendengar
khabar tersebut.Ramai pula yang tidak berani turun ke laut.Mereka juga melarang anak-
anak mereka daripada bermain-main di kawasan pantai.
Rakyat menjadi semakin gempar dengan khabar ikan-ikan tidak melompat dari
laut.Serangan ikan-ikan todak itu semakin menjadi-jadi.Serangan todak itu bertambah
jauh hingga ke daratan.Keadaan menjadi kelam-kabut apabila ramai pula orang-orang
yang berumah di tepi pantai diserang dan terbunuh akibat serangan ikan-ikan todak itu.
Hari demi hari, ada sahaja berita tentang rakyat yang mati dibunuh ikan-ikan todak itu.
Hidup rakyat Singapura menjadi semakin susah. Mereka tidak berani keluar
rumah.Jumlah mangsa pembunuhan ikan-ikan todak itu pula terus meningkat.Serangan
ikan todak sekan-akan tiada henti-hentinya.
Pelabuhan Singapura yang sibuk dengan kegiatan berdagang mulai lengang sejak
peristiwa serangan ikan-ikan todak itu.Dikhabarkan juga bahawa para pedagang dari
luar negeri sudah tidak berani datang ke Singapura.Mereka takut menjadi mangsa
serangan ikan-ikan todak itu.
Berita serangan ikan-ikan todak itu lalu disembahkan kepada Paduka Seri Maharaja
oleh pembesar-pembesarnya itu. Baginda lalu menitahkan para pembesarnya pergi
mengiringi baginda ke tepi pantai.Baginda mahu menyaksikan sendiri kejadian
serangan ikan todak yang didakwa oleh para pembesarnya. Paduka Ser Maharaja
menaiki seekor gajah diiringi semua pembesarnya dan para hulubalang ke sana. Dalam
perjalanan baginda menuju ke pantai berdekatan, baginda menyaksikan sendiri rakyat
baginda bertempiaran melarikan diri menjauhi pantai.Terdapat ramai yang luka akibat
serangan ikan todak itu. Paduka Seri Maharaja menyaksikan ramai rakyatnya yang
bergelimpangan di tepi-tepi pantai akibat serangan ikan todak itu. Bagida berasa
terharu menyaksikan keadaan rakyatnya yang mati dan bergelimpangan di sepanjang
pantai.Baginda sedar Singapura telah ditimpa mala petaka yang amat dahsyat.
Serangan ikan-ikan todak itu terus menjadi-jadi.Baginda turun ke tepi pantai untuk
menyaksikan dengan lebih dekat serangan ikan-ikan todak itu.Ketika itu, tanpa disedari
seekor ikan todak berjaya melompat lalu melayang-layang ke arah Paduka Seri
Maharaja.
Paduka Seri Maharaja terperanjat namun baginda sempat megelakkan dirinya daripada
terkena tikaman ikan todak yang melayang-layang itu. Akan tetapi, lengan baju baginda
tercarik akibat serangan ikan todak yang seekor itu. Serangan ikan todak itu dan yang
menyebabkan lengan bajunya carik, menyedarkan Paduka Seri Maharaja bahawa
dirinya dalam keadaan yang bahaya. Baginda lalu bergegas kembali ke tempat
gajahnya yang berada jauh dari tepian pantai itu.
Melihat akan hal yang menimpa Paduka Seri Maharaja itu, perdana menteri lalu
berdatang sembah, “Ampun Tuanku, menurut patik, lebih baik Tuanku beredar dari sini.
Usahlah ditunggu-tunggu lagi, Tuanku!”
“Baiklah!Perintahkan semua rakyat beta berkubukan betis supaya ikan-ikan todak tidak
akan menyerang lagi,” perintah baginda.
Maka perdana menteri pun memerintahkan rakyat Singapura keluar dan berdiri di
sepanjang pantai.Ikan-ikan todak terus menyerang dan semakin ramai rakyat yang
terkorban.Mereka yang tidak dapat melarikan diri mati akibat ditikam ikan-ikan todak
itu.Keadaan menjadi huru-hara.Orang-orang yang terkena tikaman menjerit-jerit
kesakitan namun mereka tidak berani bersurai sebab takut dimurkai Paduka Seri
Maharaja.
Paduka Seri Maharaja kecewa menyaksikan bahawa ikhtiarnya untuk menghentikan
serangan ikan-ikan todak itu tidak menjadi. Ramai rakyatnya yang mati berkaparan dan
mayat-mayat mereka bergelimpangan di tepi pantai akibat serangan ikan-ikan todak itu.
“Apa akal datuk?Nampaknya, rancangan kita berkubukan betis tidak dapat
menghentikan serangan ikan-ikan todak ini!”
“Patik juga tidak tahu, Tuanku!” jawab pembesar tersebut.
Tatkala dalam keadaan bingung itu, datang seorang budak lalu menyembah Paduka
Seri Maharaja.
“Ampun tuanku.Mengapakah kita mesti berkubukan betis? Bukankah tindakan
sedemikian mengakibatkan ramai rakyat akan mati? Pada hemat patik, alangkah
baiknya kalau kita berkubukan batang pisang!”
Sembah budak lelaki itu membuat Paduka Seri Maharaja berfikir sejenak. Kata-kata
budak itu baginda dapati ada kebenarannya.
Baginda lalu menitahkan supaya orang-orangnya bersurai dan bersedia membina kubu
batang pisang di sepanjang pantai.
“Wahai sekalian rakyat Singapura, Tuanku menitahkan kita bina kubu batang pisang di
tepi pantai!”
Itulah arahan yang diberikan oleh beberapa orang pembesar kepada orang ramai di tepi
pantai.Maka sekalian rakyat pun pergilah menebang pokok-pokok pisang yang banyak
tumbuh di darat dan dipacakkan di sepanjang pantai sebagai kubu.Tidak lama
kemudian, ikan-ikan todak menyerang lagi.Ikan-ikan yang menyerang itu itu terlekat
pada batang-batang pisang yang dibuat kubu di sepanjang pantai itu dan tidak dapat
kembali ke dalam air. Orang-orang Singapura pun datang beramai-ramai menekan dan
membunuh ikan-ikan todak yang sudah menyerang mereka sebelum ini. Bangkai-
bangkai ikan todak bertimbun-timbun di sepanjang pantai itu.Tidak lama kemudian,
serangan ikan-ikan todak itu dapat diatasi.
Paduka Seri Maharaja berasa amat besar hati. Dia memandang kepada budak lelaki itu
lalu bertanya, “Siapakah nama kamu, wahai budak?”
“Patik, Hang Nadim, Tuanku!” jawab Hang Nadim.
Paduka Seri Maharaja memuji-muji kepandaian Hang Nadim yang dapat menghentikan
serangan ikan-ikan todak itu. Kemudian, baginda menitahkan seorang pembesarnya
membawa Hang Nadim menghadap baginda di istana.
“Beta amat terhutang budi atas jasa kamu, Nadim.Kalau tidak kerana kepandaian kamu
sudah tentu malapetaka akibat serangan ikan-ikan todak ini masih juga berlaku,” titah
baginda.
Tidak berapa lama sesudah peristiwa di pantai, Hang Nadim dibawa menghadap
Paduka Seri Maharaja di istana. Dalam upacara yang penuh kebesaran, Paduka Seri
Maharaja bertitah, “ Bagi pihak negeri Singapura dan rakyat jelata, beta mengucapkan
terima kasih kepada kamu, Hang Nadim. Sebagai menghargai jasa kamu menghentikan
serang ikan-ikan todak itu, beta mahu memberi kurnia kepada kamu sekeluarga.”
Selepas menerima kurnia raja itu, Hang Nadim lalu bermohon diri untuk pulang.
Kegembiraan yang Hang Nadim kecapi itu tidak lama.Kepandaiannya itu dicemburui
oleh sebilang besar para pembesar negeri.Mereka lalu bersidang. Tujuan mereka
bersidang itu adalah untuk membincangkan tentang tindakan yang akan mereka ambil
atas Hang Nadim yang dipuji-puji Paduka Seri Maharaja. Mereka juga berasa iri hati
atas Hang Nadim yang kini, menurut para pembesar itu, mengancam kedudukan
mereka di sisi Paduka Seri Maharaja.
“Sedangkan dia masih kecil lagi sudah begitu pandai menyelesaikan masalah
besar.Takut-takut, apabila di besar nanti, dia akan menggantikan tugas-tugas kita pula!”
kata salah seorang pembesar negeri.
“Betul kata Datuk itu!” sokong pembesar-pembesar yang lain.
“Hamba ada satu akal.Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik kita minta budak Nadim itu
dibunuh!”
Semua pembesar yang lain bersetuju dengan pendapat pembesar itu. Mereka
sememangnya berasa bimbang akan kepandaian Hang Nadim itu akan membuat
mereka hilang kuasa dan tidak disukai baginda lagi.
Maka para pembesar Singapura yang dengki itu pun bersepakat untuk melenyapkan
Hang Nadim.Mereka beramai-ramai pergi menghadap Paduka Seri Mahara lalu
menyembah dan mengusulkan agar baginda membunuh sahaja Hang Nadim.
“Sedangkan masih kecil, pacal itu sudah begitu cerdik akalnya.Bagaimana pula nanti
kalau dia sudah besar.Patik semua bimbang pacal Nadim akan menentang kekuasaan
tuanku kelak!”
Paduka Seri Maharaja yang tidak mahu berfikir panjang terus bersetuju dengan
pandangan dan apa-apa yang para pembesarnya sembahkan kepada baginda.
“Benar juga akan kata-kata datuk semua.Tapi, apakah yang boleh beta lakukan?”
“Mudah sahaja, tuanku.Kita bunuh sahaja pacal Nadim itu,” salah seorang pembesar itu
mengemukan pandangannya. Pembesar-pembesar yang lain bersetuju dengan
pandangan pembesar itu.
“Baiklah!Laksanakan segera kerja itu!” titah Paduka Seri Maharaja.
Tidak lama kemudian, Hang Nadim telah diseret dari rumahnya.Tangannya diikat dan
dia dibawa pergi ke tempat yang tiada sesiapa yang tahu melainkan pembesar-
pembesar yang dengki itu.
“Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak
yang malang itu.
Petanda yang menjalankan hukuman raja itu telah mengikat Hang Nadim dengan
seutas rantai besi.Dia dibawa naik perahu besar.Sampai di perairan Pulau Hantu, rantai
yang mengikat Hang Nadim itu ditambat ke sebongkah batu besar. Tanpa berasa belas
atau menghiraukan tangisan Hang Nadim, petanda dan pembantu-pembantunya,
menghumbankan Hang Nadim yang dirantai ke sebongkah batu besar itu masuk ke laut
dalam.
“Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak
yang malang itu, berulang-ulang kali.
Sesudah itu, mereka pulang semula ke Singapura.
Menurut cerita para nelayan yang mengail atau menjalan di perairan Pulau Hantu
tempat Hang Nadim dihumban ke laut, mereka ada terdengar suara tangisan budak dan
bunyi rantai besi hingga hari ini.
Istana di Bukit Larangan itu telah menyaksikan beberapa peristiwa sedih.
***************
Sang Rajuna Tapa Penghulu Bendahari kerajaan Singapura yang diperintah Raja
Iskandar Syah.Kekayaan negeri, harta dan wang kerajaan dia yang mengurusnya.
“Ampun, Tuanku. Adakah tuanku tahu bahawa Sang Rajuna Tapa, Penghulu Bendahari
ada seorang anak gadis yang cantik jelita?” sembah salah seorang menterinya.
“Beta tidak tahu,” tegas raja.“ Ada apa dengan anak gadisnya itu?”
“Menurut pendapat patik, gadis secantik itu molek Tuanku ambil kerana dia memang
sepadan dengan tuanku,” ujar menteri itu.
Raja iskandar Syah termakan dengan kata-kata menterinya itu.Akhirnya, baginda
menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya membawa anak gadisnya menghadap baginda.
Sewaktu kedua-dua anak-beranak datang menghadap baginda, Raja Iskandar Syah
telah jatuh berahi akan kecantikan anak gadis Sang Rajuna Tapa. Tanpa teragak-agak,
baginda memerintahkan agar anak gadisnya itu ditinggalkan di dalam istana baginda
untuk dijadikan sebagai salah seorang perempuan baginda.
Perintah Raja Iskandar Syah yang mengejut itu membuat Sang Rajuna Tapa tidak
dapat melakukan apa-apa untuk membantah titah baginda itu.Sang Rajuna Tapa
terpaksa pulang ke rumah dengan hati yang berat kerana anak gadisnya terpaksa
ditinggalkan di istana menurut perintah Raja iskandar.Anak gadinsya pula berasa sedih
kerana terpaksa melihat ayahnya pulang tanpa membawanya bersam-sama.
Diceritakan bahawa anak gadis Sang Rajuna Tapa tidak berasa bahagia hidup dalam
istana di Bukit Larangan itu.Dia memendam perasaan duka sepanjang waktu.
Pada suatu ketika, Raja Iskandar Syah menjatuhi atas anak perempuan Sang Rajuna
Tapa yang baginda simpan hukuman bunuh. Anak perempuan Bendahari itu akan
disula dengan segera.
Berita itu memeranjatkan Sang Rajuna Tapa dan isterinya.Mereka berdua segera
menghadap Raja Iskandar lalu memohon disiasat terlebih dahulu fitnah terhadap anak
gadis mereka itu sebelum dijatuhkan hukuman agar anak gadis mereka terselamat
daripada hukuman bunuh itu.
“Ampun tuanku, kalaulah benar anak patik itu bersalah, patik rela dengan hukuman itu,
tetapi, jika sebaliknya, ….”
Namun, kata-kata itu tidak meredakan kemurkaan Raja Iskandar.
“Sudahlah, jangan cuba hendak membela orang yang salah.Keputusan beta tak boleh
diubah-ubah lagi.Hukuman sula akan dijalankan pada pagi besok!”
“Patik merayu, tuanku, kalau anak patik itu hendak dihukum juga, hukumlah patik
sebagai gantinya!”
Apabila sampai masanya, hukuman sula itu pun dijalankan.Sang Rajuna Tapa
menahan kesabaran.Anak gadis Sang Rajuna Tapa diikat di sebuah kawasan terbuka
dengan sebuah pasar. Ramai penduduk kota Singapura keluar dan datang
menyaksikan peristiwa hukuman dula itu dijalankan.
Hukuman yang dijatuhkan Raja Iskandar Syah itu amat mendukakan hati Sang Rajuna
Tapa.Dia berasa malu kerana anak gadisnya itu disula di hadapan khalayak ramai.
“Anak perempuanku telah difitnah orang, dikatakan perempuan jahat.Dia telah dibunuh
oleh Raja.Anak itu anak kesayangan aku sekeluarga.Mengapa tidak disiasat terlebih
dahulu? Mengapa dia tidak dibicarakan sebelum dijatuhi hukuman?” tanya Sang Rajuna
Tapa kepada dirinya.
“Apa yang hendak dikatakan lagi, anak perempuan kita sudah mati dibunuh Raja akibat
fitnah,” tangis isterinya.
“Kanda berasa sungguh malu dengan perbuatan raja terhadap anak perempuan kita
itu.Baginda bertindak dengan tidak usul periksa dahulu!” sahut Sang Rajuna Tapa
dengan hiba.
“Anak kita dibunuh di khalayak ramai!”
Sang Rajuna Tapa semakin marah.Marahnya meluap-luap.Oleh sebab berasa terlalu
sakit hati dengan penghinaan atas hukuman anak gadinya itu, Sang Rajuna Tapa telah
membuat keputusan untuk menderhakan kepada Raja Iskandar. Dia akan membalas
dendam tindakan Raja yang membunuh anaknya yang tidak berdosa itu.
“Mengapakah anakku itu dibunuh?Mengapakah baginda mempercayai fitnah
orang?Sang Rajuna Tapa mengulangi kata-katanya itu dalam hati.
“Tindakan baginda tidak dapat aku maafkan.Pangkat aku tidak bereti lagi.Baginda tidak
mengendahkan aku lagi,” betik hati Sang Rajuna Tapa.
Semenjak kematian anaknya yang disula di pasar, Sang Rajuna Tapa telah membuat
keputusan. Dia akan belot kepada Raja Iskandar. Pada ketika itu juga, Singapura
dimusuhi kerajaan Majapahit.Kerajaan Majapahit sentiasa mencari jalan untuk
melanggar Singapura tetapi tidak berjasil kerana tiada sesiapa dalam kalangan orang-
orang Singapura yang mahu memberikan kerjasama kepada mereka.
“Sekarang, inilah peluang bagi aku balas dendam atas kematian anakku itu,” hati Sang
Rajuna Tapa berdetik kencang.Dia berasa sungguh geram memikirkan keaiban yang
telah Raja Iskandar jatuhkan kepada dia sekeluarga.
Sang Rajuna Tapa lalu mengutus surat kepada Betara Majapahit tanpa pengetahuan
sesiapa. Dalam suratnya, Penghulu Bendahari Singapura itu berjanji akan membuka
pintu kota bagi memudahkan bala tentera Majapahit masuk dan menawan Singapura.
Tawaran Sang Rajuna Tapa itu disambut baik oleh Betara Majapahit. Tidak lama
setelah mendapat surat itu, Betara Majapahit pun mengarahkan bala tenteranya yang
ramai itu belayar ke Singapura dalam perahu dan jong ke Singapura.
Pada hari yang ditetapkan, angkatan tentera Majapahit pun datang lalu menyerang
Singapura.Berita Singapura diserang oleh Majapahit memaranjatkan Raja Iskandar.
“Apa, Majapahit menyerang kita?Perintahkan orang-orang kita menentang tentera
Majapahit itu!” titah Raja Iskandar Syah.
Maka keluarlah semua hulubalang lengkap bersenjata menuju ke laut.Petempuran yang
hebat pun berlaku.Kedua-dua belah pihak sama-sama handal dan sama-sama
kuat.Tidak ada pihak yang mengalah.Namun begitu, ramai hulubalang daripada kedua-
dua belah pihak yang gugur.
Setelah berperang beberapa hari lamanya, tentera Majapahit berundur ke kapal mereka
dan tentera Singapura bertahan di dalam kota.
Sang Rajuna Tapa telah berjanji dengan ketua hulubalang tentera Majapahit yang dia
akan memberi isyarat dari darat apabila pintu kota itu akan dibukanya.
Apabila mendapat khabar mengenai kemunduran sementara tentera Majapahit itu, Raja
Iskandar Syah lalu menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya datang menghadap baginda.
“Keluarkan beras dari perbendaharaan kita dan agih-agihkan kepada rakyat jelata
supaya mereka dapat menggunakannya sewaktu berperang kelak,” titah Raja iskandar
Syah.
Sang Rajuna Tapa, sejak mula lagi, telah membuat keputusan untuk berbohong kepada
Raja iskandar Syah dengan menyemahkan bahawa semua makanan telah kehabisan
sewaktu dia pergi menghadap baginda.
“Ampun, Tuanku. Sebenarnya, bekalan beras kita dan makanan-makanan yang lain
semuanya sudah habis,” sembah Sang Rajuna Tapa dengan wajah yang berpura-pura
sedih. Disembahkan oleh Sang rajuna Tapa sedemikian kepada Raja Iskandar Syah
dengan harapan pertahanan askar-askar Singapura akan menjadi lemah.
Sembah Sang Rajuna Tapa itu membuat Raja Iskandar Syah menjadi cemas. Baginda
menitahkan pembesar-pembesar baginda yang lain bersidang dan menrundingkan
ikhtair untuk mengatasi masalah yang dihadapi negerinya itu.
Sewaktu askar-askar Singapura yang keletihan dan lapar itu sedang membuat
persiapan untuk menghadapi serangan tentera Majapahit, Sang Rajuna Tapa telah
membuka pintu kota dan membenarkan tentera Majapahit menyerbu masuk. Pada saat-
saat genting sebegitu, oleh sebab tidak ada masa lagi untuk mencari makanan lebih,
pertahanan askar-askar Singapura menjadi lemah. Ramailah askar-askar Singapura
yang lemah juga berada di dalam kota. Oleh itu, dengan mudah mereka kecundang
dalam tangan dan serangan tentera Majapahit.
Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya yang setia telah berjaya melepasakn diri
meninggalkan Istana Bukit Larangan dengan senyap-senyap.
Demikianlah terjadinya kejatuhan Singapura dalam tangan tentera Majapahit.
Diriwayatkan bahawa rumah Sang Rajuna Tapa telah runtuh dan kedua-dua Sang
Rajuna Tapa dan isterinya telah bertukar menjadi batu.Istana Bukit Larangan dibiarkan
sahaja setelah tentera Majapahit meninggalkan Singapura. Perihal kejatuhan kerajaan
Singapura selalu menjadi bahan perb

More Related Content

What's hot

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.jimoh370
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajiannornadiya
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11ayu227
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuahWarnet Raha
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.jimoh370
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
Ajarjong & ajarju sman 1 crs
Ajarjong & ajarju sman 1 crsAjarjong & ajarju sman 1 crs
Ajarjong & ajarju sman 1 crsPurna Senda
 
Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah muhammad
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakanzumaliah
 
Power point hikayat hang tuah bab 6
Power point hikayat hang tuah  bab 6Power point hikayat hang tuah  bab 6
Power point hikayat hang tuah bab 6manjaiqbal257
 
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)Asni Askariawati
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaMasniza Mustafa
 

What's hot (20)

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Hang jebat
Hang jebatHang jebat
Hang jebat
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
Ajarjong & ajarju sman 1 crs
Ajarjong & ajarju sman 1 crsAjarjong & ajarju sman 1 crs
Ajarjong & ajarju sman 1 crs
 
Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah
 
Watak dan perwatakan
Watak dan perwatakanWatak dan perwatakan
Watak dan perwatakan
 
Power point hikayat hang tuah bab 6
Power point hikayat hang tuah  bab 6Power point hikayat hang tuah  bab 6
Power point hikayat hang tuah bab 6
 
Pertarungan tuah dengan jebat
Pertarungan tuah dengan jebatPertarungan tuah dengan jebat
Pertarungan tuah dengan jebat
 
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)Tugas bahasa indonesia   hikayat patani (kelompok 6)
Tugas bahasa indonesia hikayat patani (kelompok 6)
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui TeladanProsa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
Prosa Tradisi Kepimpinan Melalui Teladan
 
Presentasi sebuah cerpen
Presentasi sebuah cerpenPresentasi sebuah cerpen
Presentasi sebuah cerpen
 
Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada
 

Similar to Kerajaan Majapahit

551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxFakrulHamka
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1cikgurusdi
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11ayu227
 
Cerita sastra melayu klasik hikayat petani
Cerita sastra melayu klasik hikayat petaniCerita sastra melayu klasik hikayat petani
Cerita sastra melayu klasik hikayat petaniYadhi Muqsith
 
Asal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiAsal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiGandis Indah
 
16. si tangan sakti
16. si tangan sakti16. si tangan sakti
16. si tangan saktiDody Irawan
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinlauchen32
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandAyi Milanisti
 
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...ViniAini
 

Similar to Kerajaan Majapahit (20)

551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
 
bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Cerita sastra melayu klasik hikayat petani
Cerita sastra melayu klasik hikayat petaniCerita sastra melayu klasik hikayat petani
Cerita sastra melayu klasik hikayat petani
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Asal mula bunga teratai
Asal mula bunga terataiAsal mula bunga teratai
Asal mula bunga teratai
 
16. si tangan sakti
16. si tangan sakti16. si tangan sakti
16. si tangan sakti
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
 
ihwm.pptx
ihwm.pptxihwm.pptx
ihwm.pptx
 
Islamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan islandIslamic kingdom in kalimatan island
Islamic kingdom in kalimatan island
 
Jataka 2
Jataka 2Jataka 2
Jataka 2
 
Drama7orang
Drama7orangDrama7orang
Drama7orang
 
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...
Green Yellow Playful Illustration English Book Report Education Presentation ...
 

More from muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 

More from muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 

Kerajaan Majapahit

  • 1. Tersebutlah kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.Jajahan takluknya begitu luas. Seluruh tanah Jawa dan kawasan sekitarnya di bawah pemerintahan Betara Majapahit..Betara Majapahit mendapat tahu akan Singapura yang telah menjadi sebua negeri yang besar dan makmur namun rajanya tidak menyembah kepada baginda, Betara Majapahit. Betara Majapahit lalu menitahkan utusannya ke Singapura yang akan membawa warkah dan bingkisan baginda. Tiba di Singapura, rombongan utusan itu lalu pergi menghadap Seri Maharaja yang memerintah Singapura pada ketika itu lalu mereka menyerahkan surat dan bingkisan Betara Majapahit itu. Paduka Seri Maharaja lalu membaca warkah yang diutus betara Majapahit itu. “Mohon tuanku perkenan melihat akan kepandaian para tukang di Majapahit. Apakah ada, di Singapura ini, tukang yang sedemikian pandainya?” Lalu dibukalah bingkisan kiriman Betara Majapahit itu.Baginda mendapati bingkisan itu mengandungi segulung tatal yang panjangnya tujuh depa.Tatal itu telah ditarah tipis seperti kertas tanpa putus.Tatal itu bergulung dan berbentuk seperti subang. Melihat akan tatal tersebut, baginda tersenyum lalu bertitah, “Cis, dipertidaknya laki-laki kita ini oleh Betara Majapahit, maka dikirimnya kita subang!” Maka utusan dari Majapahit segera mendatangkan sembah seraya berkata, “Ampun, Tuanku.Bukanlah demikian kehendak paduka Kakanda itu.Baginda hanya mahu tahu sama ada di Singapura ini tukang-tukang yang pandai seperti itu.” Setelah diam buat seketika, baginda lalu bertitah, “ Lebih daripada itu pun ada pada kita di Singapura ini.” Baginda lalu menitahkan Pawang Bentan datang menghadap.Titah baginda, Paduka Seri Maharaja, “Kepandaian tukang-tukang di Singapura ini bukan sahaja cekap menggunakan beliung malah lebih mahir daripada tukang-tukang di sana!” Tidak lama kemudian, Pawang Bentan mengatur sembah.Seorang budak yang sedang menangis juga disuruh menghadap baginda.
  • 2. “Pawang Bentan, cukur kepala budak ini dengan beliung kamu. Tunjukkan kepandaian kamu kepada utusan-utusan Majapahit ini!” titah Paduka Seri Maharaja. Budak itu menjerit-jerit sambil dia meronta-ronta.Meskipun demikian kelakuan budak itu, Pawang Bentan dengan cekapnya dapat melakukan titah baginda Paduka Seri Maharaja.Dalam masa yang sekejap sahaja kepala budak yang sedang menangis lagi meronta-ronta itu menjadi botak.Tangisan dan jeritan bukda lelaki itu tidak diendahkan oleh Pawang Bentan.Para utusan Majapahit itu jadi terpegun melihatkan kecekapan serta kepandaian Pawang Bentan itu. “Lihatlah oleh kamu sekalian, betapa pandainya tukang kita ini.Kepala budak dapat dicukurnya dengan mudah, apatah lagi menarah tatal seperti subang itu.Senang saja baginya!” titah Paduka Seri Maharaja. “Bawalah pulang beliung ini ke Majapahit dan persembahkan kepada saudara kita, Betara Majapahit.” Tidak lama kemudian, rombongan utusan dari Majapahit pulang.Surat dan kiriman raja Singapura itu dipersembahkan kepada Betara majapahit. Para utusan itu memerikan kepada Betara Majapahit akan kepandaian tukang-tukang di Singapura mencukur kepal budak. Mendengarkan akan sembah utusannya itu, Betara Majapahit naik murka. “Sungguhlah adinda kita itu mahu mengaibkan kita.Daripada sembah kamu itu, adinda kita memberitahu bahawa jikalau kita datang ke Singapura, kepala kita juga akan dicukurnya seperti dicukurnya kepala budak itu!” titah Betara Majapahit. “Ini penghinaan buat kita!” titah baginda lagi. Maka Betara Majapahit pun memerintahkan kelengkapan perang dibuat untuk menyerang Singapura. Khabar angkatan perang kerajaan Majapahit yang sedang dalam perjalanan hendak menyerang Singapura pecah.Beratus-ratus kapal dan tongkang lengkap untuk berperang telah dihantar oleh Betara Majapahit itu. Paduka Seri Maharaja
  • 3. memberikantitah perintah agar rakyat Singapura segera membuat persiapan untuk menghadapi ancaman Majapahit itu. Setelah sekian lama belayar, ketumbukan Majapahit itu sampailah di perairan Singapura.Angkatan tentera Majapahit pun bertempur dengan orang-orang Singapura.Ramai askar daripada kedua-dua belah pihak telah gugur sewaktu bertempur.Darah askar-askar yang gugur itu mengalir membasahi tanah.Dan sejak itu, kawasan tersebut kekal merah tanahnya hingga sekarang. Kawasan medan pertempuran itu dikenali dengan panggilan Bukit Merah hingga pada hari ini. Setelah beberapa hari berperang, Singapura masih tidak berjaya tentera Majapahit tawan.Akhirnya, angkatan tentera Majapahit itu pun pulang semula ke Pulau Jawa.Singapura kini terselamat daripada ancaman dan serangan Majapahit pada kali ini. *************** Setelah tentera Majapahit gagal untuk menewaskan Singapura, keadaan negeri kembali aman. Paduka Seri Maharaja mula sedar betapa negerinya itu diancam serangan musuh. Baginda mempunyai beberapa orang penasihat yang terdiri daripada pembesar-pembesarnya untuk membantu baginda memerintah Singapura.Baginda selalu menerima nasihat dan buah fikiran pembesar-pembesar tersebut dalam membuat apa-apa sahaja keputusan dalam pemerintahan. Istana yang terletak di puncak Bukit Larangan itu dikawal rapi siang dan malam.Para pembesar dan orang-orang biasa yang lainnya dilarang keluar dan masuk ke istana.Mereka hendaklah meminta izin baginda terlebih dahulu jika ada apa-apa urusan di istana itu. Sesiapa yang keluar dan masuk istana tanpa keizinan akan dihukum. Paduka Seri Maharaja memerintahkan para pengawal istana menjaga istananya dengan rapi.
  • 4. Tersebutlah kisah seorang pengembara dari negeri Pasai yang dikenali sebagai Tun Jana Khatib, tiba di Singapura.Tun Jana Khatib memiliki pelbagai ilmu, selain bijak dalam ilmu dan hal-hal keagamaan. Sewaktu Tun Jana Khatib tiba di hadapan istana, Raja Perempuan, permaisuri negeri itu, sedang berdiri di tepi tingkap istana. Raja Perempuan terpandang akan kehadiran Tun Jana Khatib itu. Tun Jana Khatib juga terpandang akan Raja Perempuan yang sedang berdiri di tepi tingkap. Timbul dalam hati Tun Jana Khatib untuk menunjukkan sedikit kepandaiannya. Dengan tenang, Tun Jana Khatib lalu merenung ke arah sebatang pokok pinang di halaman istana. Tidak lama kemudian, pokok pinang itu terbelah dua lalu tumbang. Raja Perempuan itu begitu kagum dengan kepandaian Tun Jana Khatib itu.Tun Jana Khatib berlalu pergi sambil tersenyum.Pada ketika itu, seorang pembesar negeri telah memerhatikan gerak-geri Tun Jana Khatib yang menunjukkan kepandaiannya kepada Raja Perempuan iru. Sebaik-baik sahaja Tun Jana Khatib berlalu pergi, pembesar negeri tersebut masuk ke dalam istana lalu terus menghadap Paduka Seri Maharaja.Pembesar itu pun mengkhabarkan perihal Tun Jana Khatib yang mereka katakan telah menunjuk- nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan. Paduka Seri Maharaja menjadi murka sebaik-baik sahaja baginda mendengar akan sembah para pembesarnya negeri itu. “Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib yang tidak tahu akan dirinya, dia menunjuk- nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan beta!” Merah padam muka Paduka Seri Maharaja memberikan titah, “Dia tahu Raja Perempuan beta melihat ke arahnya sebab itulah dia hendak menunjuk-nunjukkan kepandaiannya itu!” Para pembesar yang hadir itu tunduk kerana mereka tidak mahu bertentang wajah dengan Paduka Seri Maharaja yang sedang murka itu.
  • 5. “Panglima, tangkap dan bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!” Maka sekalian hulubalang diperintahkan menangkap Tun Jana Khatib.Tun Jana Khatib berada tidak jauh dari perkarangan istana.Tun Jana Khatib tidak melawan apabila para pegawai istana menahannya.Menurut pandangannya, dia tidak melakukan apa-apa yang buruk lagi kesalahan. Tun Jana Khatib lalu digiring masuk menghadap Paduka Seri Maharaja yang sedang menantikannya di perkarangan istana. Tun Jana Khatib yang tidak menyangka apa-apa yang buruk itu lalu mengangkat sembah. “Hei, Tun Jana Khatib! Sungguhlah kamu tidak sedar diri.Tahukah kamu, kamu telah menconteng aib di muka beta!” titah Paduka Seri Maharaja. “Ampun tuanku, patik tidak melakukan apa-apa kesalahan apatah lagi mahu mengaibkan tuanku, ampun tuanku!” rayu Tun Jana Khatib membela dirinya. “Bukankah tadi, kamu sengaja menunjuk-nunjukkan kepandaian kamu di hadapan Raja Perempuan beta?Kamu memang sungguh biadap!” “Ampun tuanku, patik tidak bermasud begitu!” rayu Tun Jana Khatib. “Datuk, bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!” titah Paduka Seri Maharaja.Baginda lalu memandang ke arah para pembesarnya, “Biar hukuman ini menjadi contoh bagi semua yang mahu mengaibkan beta!” Semua yang ada di situ hanya berdiam diri mendengarkan titah Paduka Seri Maharaja. Sebahagiam mereka mengganggap hukuman dan tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Namun mereka tidak membantah dan tidak mahu bersuara. Tun Jana Khatib lalu diikat dan diheret ke tempat hukuman berdekatan dengan sebuah pekan.Dengan tangannya yang terikat dan mukanya ditutup dengan kain hitam, Tun Jana Khatib dibunuh oleh petanda yang menjalankan titah suruhan Paduak Seri Maharaja.Jerit sakit Tun Jana Khatib mengharukan semua yang mendengarnya sewaktu ditikam petanda itu. Darah yang mengalir daripada bekas luka di badan Tun Jana Khatib akibat daripada tikaman keris petanda itu mengalir dengan banyaknya
  • 6. tanpa berhenti. Namun, tanpa disedari ramai, angin bertiup kencang dan dengan tidak semena-mena, tubuh Tun Jana Khatib yang terikat dan ditiam itu hilang ghaib daripada pandangan orang ramai. Orang ramai yang menyaksikan pembunuhan kejam itu tertanya-tanya akan peristiwa Tun Jana Khatib yang dihukum bunuh itu hilang lenyap daripada pandangan mereka. Seorang penjual kuih bingka yang berkedai tidak jauh dari tempat hukuman Tun Jana Khatib dijalankan mengambil sehelai daun pisang yang menutup kuih jualannya lalu menutup bekas darah Tun Jana Khatib yang masih basah di tanah itu.Dengan serta- merta, kesan darah yang basah di tanah itu bertukar menjadi seketul batu. Maka menurut cerita orang ramai, sebaik-baik sahaja berlakunya peristiwa pembunuhan kejam Tun Jana Khatib itu, jasadnya yang ghaib telah ditemui terbujur di Pulau Langkawi.Jasad itu telah dikebumikan dengan segera oleh penduduk di situ. Peristiwa yang pelik itu membuat sebahagian besar penduduk Singapura berduka cita dengan tindakan Paduka Seri Maharaja. Menurut mereka, peristiwa pembunuhan kejam itu dan jasad Tun Jana Khatib yang ghaib itu menandakan sebuah perkara buruk akan berlaku di Singapura. Rakyat semakin berasa sangsi dengan tindakan kejam Paduka Seri Maharaja itu. *************** Sangkaan orang ramai itu benar-benar berlaku.Tidak lama kemudian, selepas kejadi pembunuhan kejam ke atas Tun Jana Khatib tersebut, berlakulah sebuah peristiwa yang ganjil di Singapura. Pada suatu hari, beratus-ratus ekor ikan tidak melompat-lompat dari laut lalu menyerang manusia.Dengan jongor-jongor yang panjang lagi tajam itu, ikan-ikan itu menikam sesiapa sahaja.Kejadian pembunuhan orang-orang yang berada di pantai semakin hari semakin menjadi-jadi.
  • 7. Banyaklah jasad nelayan-nelayan yang turun menjala atau menangkap ikan di laut dijumpai terdampar di tepi-tepi pantai setiap hari.Rakyat semakin gempar mendengar khabar tersebut.Ramai pula yang tidak berani turun ke laut.Mereka juga melarang anak- anak mereka daripada bermain-main di kawasan pantai. Rakyat menjadi semakin gempar dengan khabar ikan-ikan tidak melompat dari laut.Serangan ikan-ikan todak itu semakin menjadi-jadi.Serangan todak itu bertambah jauh hingga ke daratan.Keadaan menjadi kelam-kabut apabila ramai pula orang-orang yang berumah di tepi pantai diserang dan terbunuh akibat serangan ikan-ikan todak itu. Hari demi hari, ada sahaja berita tentang rakyat yang mati dibunuh ikan-ikan todak itu. Hidup rakyat Singapura menjadi semakin susah. Mereka tidak berani keluar rumah.Jumlah mangsa pembunuhan ikan-ikan todak itu pula terus meningkat.Serangan ikan todak sekan-akan tiada henti-hentinya. Pelabuhan Singapura yang sibuk dengan kegiatan berdagang mulai lengang sejak peristiwa serangan ikan-ikan todak itu.Dikhabarkan juga bahawa para pedagang dari luar negeri sudah tidak berani datang ke Singapura.Mereka takut menjadi mangsa serangan ikan-ikan todak itu. Berita serangan ikan-ikan todak itu lalu disembahkan kepada Paduka Seri Maharaja oleh pembesar-pembesarnya itu. Baginda lalu menitahkan para pembesarnya pergi mengiringi baginda ke tepi pantai.Baginda mahu menyaksikan sendiri kejadian serangan ikan todak yang didakwa oleh para pembesarnya. Paduka Ser Maharaja menaiki seekor gajah diiringi semua pembesarnya dan para hulubalang ke sana. Dalam perjalanan baginda menuju ke pantai berdekatan, baginda menyaksikan sendiri rakyat baginda bertempiaran melarikan diri menjauhi pantai.Terdapat ramai yang luka akibat serangan ikan todak itu. Paduka Seri Maharaja menyaksikan ramai rakyatnya yang bergelimpangan di tepi-tepi pantai akibat serangan ikan todak itu. Bagida berasa terharu menyaksikan keadaan rakyatnya yang mati dan bergelimpangan di sepanjang pantai.Baginda sedar Singapura telah ditimpa mala petaka yang amat dahsyat. Serangan ikan-ikan todak itu terus menjadi-jadi.Baginda turun ke tepi pantai untuk menyaksikan dengan lebih dekat serangan ikan-ikan todak itu.Ketika itu, tanpa disedari
  • 8. seekor ikan todak berjaya melompat lalu melayang-layang ke arah Paduka Seri Maharaja. Paduka Seri Maharaja terperanjat namun baginda sempat megelakkan dirinya daripada terkena tikaman ikan todak yang melayang-layang itu. Akan tetapi, lengan baju baginda tercarik akibat serangan ikan todak yang seekor itu. Serangan ikan todak itu dan yang menyebabkan lengan bajunya carik, menyedarkan Paduka Seri Maharaja bahawa dirinya dalam keadaan yang bahaya. Baginda lalu bergegas kembali ke tempat gajahnya yang berada jauh dari tepian pantai itu. Melihat akan hal yang menimpa Paduka Seri Maharaja itu, perdana menteri lalu berdatang sembah, “Ampun Tuanku, menurut patik, lebih baik Tuanku beredar dari sini. Usahlah ditunggu-tunggu lagi, Tuanku!” “Baiklah!Perintahkan semua rakyat beta berkubukan betis supaya ikan-ikan todak tidak akan menyerang lagi,” perintah baginda. Maka perdana menteri pun memerintahkan rakyat Singapura keluar dan berdiri di sepanjang pantai.Ikan-ikan todak terus menyerang dan semakin ramai rakyat yang terkorban.Mereka yang tidak dapat melarikan diri mati akibat ditikam ikan-ikan todak itu.Keadaan menjadi huru-hara.Orang-orang yang terkena tikaman menjerit-jerit kesakitan namun mereka tidak berani bersurai sebab takut dimurkai Paduka Seri Maharaja. Paduka Seri Maharaja kecewa menyaksikan bahawa ikhtiarnya untuk menghentikan serangan ikan-ikan todak itu tidak menjadi. Ramai rakyatnya yang mati berkaparan dan mayat-mayat mereka bergelimpangan di tepi pantai akibat serangan ikan-ikan todak itu. “Apa akal datuk?Nampaknya, rancangan kita berkubukan betis tidak dapat menghentikan serangan ikan-ikan todak ini!” “Patik juga tidak tahu, Tuanku!” jawab pembesar tersebut. Tatkala dalam keadaan bingung itu, datang seorang budak lalu menyembah Paduka Seri Maharaja.
  • 9. “Ampun tuanku.Mengapakah kita mesti berkubukan betis? Bukankah tindakan sedemikian mengakibatkan ramai rakyat akan mati? Pada hemat patik, alangkah baiknya kalau kita berkubukan batang pisang!” Sembah budak lelaki itu membuat Paduka Seri Maharaja berfikir sejenak. Kata-kata budak itu baginda dapati ada kebenarannya. Baginda lalu menitahkan supaya orang-orangnya bersurai dan bersedia membina kubu batang pisang di sepanjang pantai. “Wahai sekalian rakyat Singapura, Tuanku menitahkan kita bina kubu batang pisang di tepi pantai!” Itulah arahan yang diberikan oleh beberapa orang pembesar kepada orang ramai di tepi pantai.Maka sekalian rakyat pun pergilah menebang pokok-pokok pisang yang banyak tumbuh di darat dan dipacakkan di sepanjang pantai sebagai kubu.Tidak lama kemudian, ikan-ikan todak menyerang lagi.Ikan-ikan yang menyerang itu itu terlekat pada batang-batang pisang yang dibuat kubu di sepanjang pantai itu dan tidak dapat kembali ke dalam air. Orang-orang Singapura pun datang beramai-ramai menekan dan membunuh ikan-ikan todak yang sudah menyerang mereka sebelum ini. Bangkai- bangkai ikan todak bertimbun-timbun di sepanjang pantai itu.Tidak lama kemudian, serangan ikan-ikan todak itu dapat diatasi. Paduka Seri Maharaja berasa amat besar hati. Dia memandang kepada budak lelaki itu lalu bertanya, “Siapakah nama kamu, wahai budak?” “Patik, Hang Nadim, Tuanku!” jawab Hang Nadim. Paduka Seri Maharaja memuji-muji kepandaian Hang Nadim yang dapat menghentikan serangan ikan-ikan todak itu. Kemudian, baginda menitahkan seorang pembesarnya membawa Hang Nadim menghadap baginda di istana. “Beta amat terhutang budi atas jasa kamu, Nadim.Kalau tidak kerana kepandaian kamu sudah tentu malapetaka akibat serangan ikan-ikan todak ini masih juga berlaku,” titah baginda.
  • 10. Tidak berapa lama sesudah peristiwa di pantai, Hang Nadim dibawa menghadap Paduka Seri Maharaja di istana. Dalam upacara yang penuh kebesaran, Paduka Seri Maharaja bertitah, “ Bagi pihak negeri Singapura dan rakyat jelata, beta mengucapkan terima kasih kepada kamu, Hang Nadim. Sebagai menghargai jasa kamu menghentikan serang ikan-ikan todak itu, beta mahu memberi kurnia kepada kamu sekeluarga.” Selepas menerima kurnia raja itu, Hang Nadim lalu bermohon diri untuk pulang. Kegembiraan yang Hang Nadim kecapi itu tidak lama.Kepandaiannya itu dicemburui oleh sebilang besar para pembesar negeri.Mereka lalu bersidang. Tujuan mereka bersidang itu adalah untuk membincangkan tentang tindakan yang akan mereka ambil atas Hang Nadim yang dipuji-puji Paduka Seri Maharaja. Mereka juga berasa iri hati atas Hang Nadim yang kini, menurut para pembesar itu, mengancam kedudukan mereka di sisi Paduka Seri Maharaja. “Sedangkan dia masih kecil lagi sudah begitu pandai menyelesaikan masalah besar.Takut-takut, apabila di besar nanti, dia akan menggantikan tugas-tugas kita pula!” kata salah seorang pembesar negeri. “Betul kata Datuk itu!” sokong pembesar-pembesar yang lain. “Hamba ada satu akal.Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik kita minta budak Nadim itu dibunuh!” Semua pembesar yang lain bersetuju dengan pendapat pembesar itu. Mereka sememangnya berasa bimbang akan kepandaian Hang Nadim itu akan membuat mereka hilang kuasa dan tidak disukai baginda lagi. Maka para pembesar Singapura yang dengki itu pun bersepakat untuk melenyapkan Hang Nadim.Mereka beramai-ramai pergi menghadap Paduka Seri Mahara lalu menyembah dan mengusulkan agar baginda membunuh sahaja Hang Nadim. “Sedangkan masih kecil, pacal itu sudah begitu cerdik akalnya.Bagaimana pula nanti kalau dia sudah besar.Patik semua bimbang pacal Nadim akan menentang kekuasaan tuanku kelak!”
  • 11. Paduka Seri Maharaja yang tidak mahu berfikir panjang terus bersetuju dengan pandangan dan apa-apa yang para pembesarnya sembahkan kepada baginda. “Benar juga akan kata-kata datuk semua.Tapi, apakah yang boleh beta lakukan?” “Mudah sahaja, tuanku.Kita bunuh sahaja pacal Nadim itu,” salah seorang pembesar itu mengemukan pandangannya. Pembesar-pembesar yang lain bersetuju dengan pandangan pembesar itu. “Baiklah!Laksanakan segera kerja itu!” titah Paduka Seri Maharaja. Tidak lama kemudian, Hang Nadim telah diseret dari rumahnya.Tangannya diikat dan dia dibawa pergi ke tempat yang tiada sesiapa yang tahu melainkan pembesar- pembesar yang dengki itu. “Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak yang malang itu. Petanda yang menjalankan hukuman raja itu telah mengikat Hang Nadim dengan seutas rantai besi.Dia dibawa naik perahu besar.Sampai di perairan Pulau Hantu, rantai yang mengikat Hang Nadim itu ditambat ke sebongkah batu besar. Tanpa berasa belas atau menghiraukan tangisan Hang Nadim, petanda dan pembantu-pembantunya, menghumbankan Hang Nadim yang dirantai ke sebongkah batu besar itu masuk ke laut dalam. “Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak yang malang itu, berulang-ulang kali. Sesudah itu, mereka pulang semula ke Singapura. Menurut cerita para nelayan yang mengail atau menjalan di perairan Pulau Hantu tempat Hang Nadim dihumban ke laut, mereka ada terdengar suara tangisan budak dan bunyi rantai besi hingga hari ini. Istana di Bukit Larangan itu telah menyaksikan beberapa peristiwa sedih. ***************
  • 12. Sang Rajuna Tapa Penghulu Bendahari kerajaan Singapura yang diperintah Raja Iskandar Syah.Kekayaan negeri, harta dan wang kerajaan dia yang mengurusnya. “Ampun, Tuanku. Adakah tuanku tahu bahawa Sang Rajuna Tapa, Penghulu Bendahari ada seorang anak gadis yang cantik jelita?” sembah salah seorang menterinya. “Beta tidak tahu,” tegas raja.“ Ada apa dengan anak gadisnya itu?” “Menurut pendapat patik, gadis secantik itu molek Tuanku ambil kerana dia memang sepadan dengan tuanku,” ujar menteri itu. Raja iskandar Syah termakan dengan kata-kata menterinya itu.Akhirnya, baginda menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya membawa anak gadisnya menghadap baginda. Sewaktu kedua-dua anak-beranak datang menghadap baginda, Raja Iskandar Syah telah jatuh berahi akan kecantikan anak gadis Sang Rajuna Tapa. Tanpa teragak-agak, baginda memerintahkan agar anak gadisnya itu ditinggalkan di dalam istana baginda untuk dijadikan sebagai salah seorang perempuan baginda. Perintah Raja Iskandar Syah yang mengejut itu membuat Sang Rajuna Tapa tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantah titah baginda itu.Sang Rajuna Tapa terpaksa pulang ke rumah dengan hati yang berat kerana anak gadisnya terpaksa ditinggalkan di istana menurut perintah Raja iskandar.Anak gadinsya pula berasa sedih kerana terpaksa melihat ayahnya pulang tanpa membawanya bersam-sama. Diceritakan bahawa anak gadis Sang Rajuna Tapa tidak berasa bahagia hidup dalam istana di Bukit Larangan itu.Dia memendam perasaan duka sepanjang waktu. Pada suatu ketika, Raja Iskandar Syah menjatuhi atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang baginda simpan hukuman bunuh. Anak perempuan Bendahari itu akan disula dengan segera. Berita itu memeranjatkan Sang Rajuna Tapa dan isterinya.Mereka berdua segera menghadap Raja Iskandar lalu memohon disiasat terlebih dahulu fitnah terhadap anak
  • 13. gadis mereka itu sebelum dijatuhkan hukuman agar anak gadis mereka terselamat daripada hukuman bunuh itu. “Ampun tuanku, kalaulah benar anak patik itu bersalah, patik rela dengan hukuman itu, tetapi, jika sebaliknya, ….” Namun, kata-kata itu tidak meredakan kemurkaan Raja Iskandar. “Sudahlah, jangan cuba hendak membela orang yang salah.Keputusan beta tak boleh diubah-ubah lagi.Hukuman sula akan dijalankan pada pagi besok!” “Patik merayu, tuanku, kalau anak patik itu hendak dihukum juga, hukumlah patik sebagai gantinya!” Apabila sampai masanya, hukuman sula itu pun dijalankan.Sang Rajuna Tapa menahan kesabaran.Anak gadis Sang Rajuna Tapa diikat di sebuah kawasan terbuka dengan sebuah pasar. Ramai penduduk kota Singapura keluar dan datang menyaksikan peristiwa hukuman dula itu dijalankan. Hukuman yang dijatuhkan Raja Iskandar Syah itu amat mendukakan hati Sang Rajuna Tapa.Dia berasa malu kerana anak gadisnya itu disula di hadapan khalayak ramai. “Anak perempuanku telah difitnah orang, dikatakan perempuan jahat.Dia telah dibunuh oleh Raja.Anak itu anak kesayangan aku sekeluarga.Mengapa tidak disiasat terlebih dahulu? Mengapa dia tidak dibicarakan sebelum dijatuhi hukuman?” tanya Sang Rajuna Tapa kepada dirinya. “Apa yang hendak dikatakan lagi, anak perempuan kita sudah mati dibunuh Raja akibat fitnah,” tangis isterinya. “Kanda berasa sungguh malu dengan perbuatan raja terhadap anak perempuan kita itu.Baginda bertindak dengan tidak usul periksa dahulu!” sahut Sang Rajuna Tapa dengan hiba. “Anak kita dibunuh di khalayak ramai!”
  • 14. Sang Rajuna Tapa semakin marah.Marahnya meluap-luap.Oleh sebab berasa terlalu sakit hati dengan penghinaan atas hukuman anak gadinya itu, Sang Rajuna Tapa telah membuat keputusan untuk menderhakan kepada Raja Iskandar. Dia akan membalas dendam tindakan Raja yang membunuh anaknya yang tidak berdosa itu. “Mengapakah anakku itu dibunuh?Mengapakah baginda mempercayai fitnah orang?Sang Rajuna Tapa mengulangi kata-katanya itu dalam hati. “Tindakan baginda tidak dapat aku maafkan.Pangkat aku tidak bereti lagi.Baginda tidak mengendahkan aku lagi,” betik hati Sang Rajuna Tapa. Semenjak kematian anaknya yang disula di pasar, Sang Rajuna Tapa telah membuat keputusan. Dia akan belot kepada Raja Iskandar. Pada ketika itu juga, Singapura dimusuhi kerajaan Majapahit.Kerajaan Majapahit sentiasa mencari jalan untuk melanggar Singapura tetapi tidak berjasil kerana tiada sesiapa dalam kalangan orang- orang Singapura yang mahu memberikan kerjasama kepada mereka. “Sekarang, inilah peluang bagi aku balas dendam atas kematian anakku itu,” hati Sang Rajuna Tapa berdetik kencang.Dia berasa sungguh geram memikirkan keaiban yang telah Raja Iskandar jatuhkan kepada dia sekeluarga. Sang Rajuna Tapa lalu mengutus surat kepada Betara Majapahit tanpa pengetahuan sesiapa. Dalam suratnya, Penghulu Bendahari Singapura itu berjanji akan membuka pintu kota bagi memudahkan bala tentera Majapahit masuk dan menawan Singapura. Tawaran Sang Rajuna Tapa itu disambut baik oleh Betara Majapahit. Tidak lama setelah mendapat surat itu, Betara Majapahit pun mengarahkan bala tenteranya yang ramai itu belayar ke Singapura dalam perahu dan jong ke Singapura. Pada hari yang ditetapkan, angkatan tentera Majapahit pun datang lalu menyerang Singapura.Berita Singapura diserang oleh Majapahit memaranjatkan Raja Iskandar. “Apa, Majapahit menyerang kita?Perintahkan orang-orang kita menentang tentera Majapahit itu!” titah Raja Iskandar Syah.
  • 15. Maka keluarlah semua hulubalang lengkap bersenjata menuju ke laut.Petempuran yang hebat pun berlaku.Kedua-dua belah pihak sama-sama handal dan sama-sama kuat.Tidak ada pihak yang mengalah.Namun begitu, ramai hulubalang daripada kedua- dua belah pihak yang gugur. Setelah berperang beberapa hari lamanya, tentera Majapahit berundur ke kapal mereka dan tentera Singapura bertahan di dalam kota. Sang Rajuna Tapa telah berjanji dengan ketua hulubalang tentera Majapahit yang dia akan memberi isyarat dari darat apabila pintu kota itu akan dibukanya. Apabila mendapat khabar mengenai kemunduran sementara tentera Majapahit itu, Raja Iskandar Syah lalu menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya datang menghadap baginda. “Keluarkan beras dari perbendaharaan kita dan agih-agihkan kepada rakyat jelata supaya mereka dapat menggunakannya sewaktu berperang kelak,” titah Raja iskandar Syah. Sang Rajuna Tapa, sejak mula lagi, telah membuat keputusan untuk berbohong kepada Raja iskandar Syah dengan menyemahkan bahawa semua makanan telah kehabisan sewaktu dia pergi menghadap baginda. “Ampun, Tuanku. Sebenarnya, bekalan beras kita dan makanan-makanan yang lain semuanya sudah habis,” sembah Sang Rajuna Tapa dengan wajah yang berpura-pura sedih. Disembahkan oleh Sang rajuna Tapa sedemikian kepada Raja Iskandar Syah dengan harapan pertahanan askar-askar Singapura akan menjadi lemah. Sembah Sang Rajuna Tapa itu membuat Raja Iskandar Syah menjadi cemas. Baginda menitahkan pembesar-pembesar baginda yang lain bersidang dan menrundingkan ikhtair untuk mengatasi masalah yang dihadapi negerinya itu. Sewaktu askar-askar Singapura yang keletihan dan lapar itu sedang membuat persiapan untuk menghadapi serangan tentera Majapahit, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan membenarkan tentera Majapahit menyerbu masuk. Pada saat- saat genting sebegitu, oleh sebab tidak ada masa lagi untuk mencari makanan lebih,
  • 16. pertahanan askar-askar Singapura menjadi lemah. Ramailah askar-askar Singapura yang lemah juga berada di dalam kota. Oleh itu, dengan mudah mereka kecundang dalam tangan dan serangan tentera Majapahit. Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya yang setia telah berjaya melepasakn diri meninggalkan Istana Bukit Larangan dengan senyap-senyap. Demikianlah terjadinya kejatuhan Singapura dalam tangan tentera Majapahit. Diriwayatkan bahawa rumah Sang Rajuna Tapa telah runtuh dan kedua-dua Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah bertukar menjadi batu.Istana Bukit Larangan dibiarkan sahaja setelah tentera Majapahit meninggalkan Singapura. Perihal kejatuhan kerajaan Singapura selalu menjadi bahan perb