Bab 11

802 views

Published on

Published in: Education, Sports, Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
802
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
19
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 11

  1. 1.  Bab 11 mengisahkan Megat Panji Alam yang murka serta malu dengan tindakan Laksamana Hang Tuah yang telah melarikan tunang baginda, Tun Teja ke Melaka. Megat Panji Alam membawa Megat Kembar Ali dan mengumpulkan bala tentera seramai 4 ribu orang serta gajah Syah Kertas untuk menyerang negeri Melaka, walaupun ditegah ayahandanya Raja Terengganu.  Rombongan Megat Panji Alam telah singgah terlebih dahulu di Inderapura sebelum melancarkan serangan ke atas negeri Melaka.
  2. 2. • Berita kemaraan mereka itu sampai ke pengetahuan Bendahara Paduka Raja. Lalu, Bendahara Paduka Raja pun segera mempersembahkan berita tersebut ke hadapan Raja Melaka. Bendahara Paduka Raja tidak ingin Megat Panji Alam sempat menjejakkan kaki ke Melaka lalu mencadangkan utusan menyusul ke Inderapura. Raja Melaka berkenan memerintahkan Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi menyusul ke Inderapura. • Setiba mereka di Inderapura, Laksamana Hang Tuah memohon kepada Raja Inderapura untuk mengaturkan perjumpaan dengan Megat Panji Alam. Dua hari kemudian, kedua-dua pihak berjumpa di balai penghadapan Raja Inderapura. Hang Jebat dan Hang Kasturi hilang kesabaran dan terus menyerang Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali sehingga tewas. Raja Inderapura murka atas kelancangan Hang Jebat dan Hang Kasturi berperang di istana baginda lalu menitahkan mereka dibunuh.
  3. 3. • Namun, Laksamana Hang Tuah tidak membiarkan sahabat-sahabatnya dihukum lalu mencabar titah Raja Inderapura. Raja Inderapura gentar melihat kemarahan Laksamana Hang Tuah lalu baginda terpaksa mengalah. • Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi selamat kembali ke Melaka membawa Syah Kertas iaitu gajah Megat Panji Alam yang terkenal garang. • Setiba di Melaka, Laksamana Hang Tuah dianugerahkan oleh Raja Melaka untuk menjaga Syah Kertas, manakala Hang Jebat dianugerahi Keris Panjang (Pendua) milik Megat Panji Alam dan Hang Kasturi pula dianugerahi Keris Pandak juga dimiliki Megat Panji Alam.
  4. 4. PERISTIWA PENTING & LATAR TEMPAT
  5. 5. • Megat Panji Alam murka kerana Tun Teja telah dilarikan oleh Laksamana Hang Tuah. • Megat Panji Alam merancang untuk menyerang negari Melaka. • Ayahanda Megat Panji Alam ingin menjodohkan meGat Panji Alam dengan puteri lain supaya dia dapat melupakan hasratnya untuk menyerang negeri Melaka. • Megat Panji Alam tiba di Inderapura dan disambut dengan meriah. • Bendahara Paduka Raja menyampaikan berita kepada Raja Melaka bahawa Megat Panji Alam hendak menyerang negeri Melaka. • Bendahara Paduka Raja mencadangkan supaya raja menghantar utusan ke Inderapura untuk menghadang kemaraan Megat Panji Alam. • Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah ke Inderapura menjadi utusan baginda. • Laksamana Hang Tuah ditemani Hang Jebat dan Hang Kasturi ke Inderapura.
  6. 6. • Laksamana Hang Tuah berserta rakan-rakannya selamat sampai ke negeri Inderapura. • Raja Inderapura mengaturkan perjumpaan antara Laksamana Hang Tuah dan Megat Panji Alam di balai penghadapan Raja Inderapura. • Laksamana Hang Tuah melarang Hang Jebat dan Hang Kasturi membunuh Megat Panji Alam di balai penghadapan Raja Inderapura. • Laksamana Hang Tuah dan Raja Inderapura menunggu kedatangan Megat Panji Alam di balai penghadapan. • Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali telah ditewaskan oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi di balai penghadapan Raja Inderapura. • Raja Inderapura merasa murka kerana tindakan Hang Jebat dan Hang Kasturi tersebut lalu dijatuhkan hukum bunuh. • Laksamana Hang Tuhah mempertahankan rakan-rakannya dari dihukum bunuh dengan mencabar titah Raja Inderapura. • Raja Inderapura mengalah kerana takut dengan cabaran Laksamana Hang Tuah. • Laksamana Hang Tuah dan sahabatnya selamat kembali ke Melaka lalu mereka diberi anugerah oleh Raja Melaka atas jasa mereka berjaya menewaskan Megat Panji Alam.
  7. 7. • Antara latar tempat yang terdapat dalam bab 11 ialah • Negeri Terengganu • Negeri Melaka • Negeri Inderapura
  8. 8. WATAK DAN PERWATAKAN
  9. 9. Watak-watak dalam Bab 11 Megat Panji Alam Laksamana Hang Tuah Megat Kembar Ali Raja Inderapura Bendahara Paduka Raja Raja Melaka Hang Jebat Hang Kasturi Beberapa watak sampingan. Hang Dolah Sang Perdana Sang Sura
  10. 10. • Seorang putera dari negeri Terengganu. • Megat panji alam sudah bertunang dengan TunTeja, puteri Bendahara Seri Buana, dari negeri Inderapura. • Megat Panji Alam merasa marah apabila mengetahui bahawa tunangnya telah dilarikan oleh Laksamana Hang Tuah. • Megat Panji Alam telah merancang membawa Megat Kembar Ali dan bala tentera seramai 4 ribu orang serta gajah Syah Kertas untuk menyerang negeri Melaka, walaupun ditegah ayahandanya Raja Terengganu. • Akhirnya, Megat Panji Alam tewas di tangan Hang Jebat dan Hang Kasturi di balai penghadapan Raja Inderapura.
  11. 11. • Laksmana Hang Tuah ialah hulubalang yang terkemukan di Melaka. • Laksamana Hang Tuah telah melarikan Tun Teja ke Melaka untuk dijpersembahkan kepada Raja Melaka agar dirinya mendapat keampunan dari Raja Melaka. • Laksamana Hang Tuah merasa marah apabila mengetahui Megat Terengganu hendak menyerang Melaka dengan membawa bala tentera seramai 4 ribu bersama Syah Kertas. • Laksamana Hang Tuah mencabar titah Raja Inderapura kerana mempertahankan sahabatnya dari dihukum bunuh oleh Raja Inderapura atas tindakan mereka membunuh Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali di balai penghadapan baginda. • Laksamana Hang Tuah telah dianugerahkan Syah Kertas oleh Raja Melaka atas jasanya dapat menghadang seranagan Megat Terengganu di Inderapura.
  12. 12. • Bendahara Paduka Raja adalah pembesar yang amat berwibawa dan mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh Raja Melaka dalam menguruskan hal pentadbiran negara. • Bendahara Paduka Raja juga telah mempersembahkan berita kemaraan Megat Terengganu yang hendak menyerang negeri Melaka kepada Raja Melaka • Bendahara juga menyarankan kepada Raja Melaka agar Megat Panji Alam itu segera di hadang lebih awal dengan menghantar utusan ke Inderapura. • Atas kebijaksanaan Bendahara itu telah menyumbangkan jasa bakti kepada Raja Melaka dan mendapat kebaikan kerana negeri Melaka kerana selamat dari serangan Megat Terengganu.
  13. 13. • Raja Melaka menerima pendapat Bendahara Paduka Raja mengenai berita kemaraan Megat Panji Alam. • Raja Melaka juga telah berkenan menghantar Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi pergi ke Inderapura sebagai utusan untuk menghadang kemaraan Megat Panji Alam sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Melaka. • Raja Melaka telah menganugerahkan syah kertas kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya menumpaskan Megat Panji Alam dan menganugerahkan Hang Jebat ‘Keris Pendua, Megat Panji Alam’ dan ‘Keris Pandak, Megat Panji Alam’ kepada Hang Kasturi.
  14. 14. TamatBerkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji

×